tekad pengurusan kandungan kursus modul · pdf file · 2014-08-29sempadan dan...

2
TEKAD PENGURUSAN PRESTASI CEMERLANG (Untuk Kumpulan Sokongan II) LATARBELAKANG & OBJEKTIF KURSUS Pada hakikatnya, para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri telah mempamerkan kesungguhan dalam memenuhi keperluan mempelajari pelbagai kemahiran baru seiring dengan kemajuan pesat bidang teknologi. Bagaimanapun dalam era internet, ICT, dunia tanpa sempadan dan cabaran-cabaran global, wujud kemungkinan kita terlepas pandang perkara-perkara asas yang harus dikuasai. Di samping itu, wujud kemungkinan manusia lupa tentang aspek-aspek yang menyentuh etiket sosial, tentang bagaimana menguruskan masa yang ada dan cara mengekalkan semangat kental dalam bekerja dan memperjuangkan hidup serta menjaga imej organisasi tempat mereka bekerja. Hasil daripada kesedaran inilah, yang bertepatan sekali dengan wawasan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri tentang usaha latihan back to basics bagi para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam, program ini telah dirangka bagi kakitangan dalam Kumpulan Sokongan II (N17 - N22) bagi memperkasakan ciri-ciri positif dalam diri mereka sebagai persiapan menjadi golongan pelapis kepada para pentadbir dan pengurus selaras dengan usaha transformasi Perkhidmatan Awam. Di samping itu program ini diharapkan dapat membantu para peserta memenuhi skim perkhidmatan yang bersesuaian. Pada asasnya, matlamat program ini bertujuan untuk merencanakan pembangunan diri dan mewujudkan keupayaan menerajui perubahan melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan. KANDUNGAN KURSUS MODUL I (peningkatan prestasi & pengurusan pentadbiran) - Sistem Pentadbiran Kerajaan - Syarat Lantikan, Kenaikan Pangkat dan Kemudahan Cuti (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri 2008) - Aspek Pentadbiran Pejabat dan Cara Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Awam - Kelakuan dan Tatatertib (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri 2008) - Manual Prosedur Kerja & Fail Meja - Pengenalan Pengurusan Organisasi - Surat-Menyurat Rasmi - Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan (PKPA 1/2008) - Plan Integriti Nasional - Sistem Fail dan Rekod - Pengendalian Dokumen Terperingkat - Arahan Perkhidmatan MODUL II (Peningkatan Akauntabiliti Pengurusan Kewangan) - Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan - Pengurusan Hasil - Pengurusan Bayaran - Tatacara Pungutan dan Pengakaunan Hasil - Penyesuaian Hasil - Pengurusan Perolehan Kerajaan - Kawalan Peruntukan - Penyelenggaraan Buku Vot - Pengurusan Harta Awam - Audit Dalaman MODUL III (Kepimpinan & Keberkesanan Peribadi) - Pengurusan Integriti - Nilai dan Etika - Kepimpinan - Motivasi dan Kesannya atas Produktiviti - Komunikasi - Pengucapan Awam - Pengurusan Masa - Pengurusan Stres PENDEKATAN KURSUS - Ceramah - Latihamal/Perbincangan Kumpulan - Perkongsian Pengalaman PENCERAMAH - Para pegawai INSAN - Penceramah Undangan KUMPULAN SASAR Program ini digubal khas untuk para pegawai dalam Kumpulan Sokongan II, iaitu gred 17 – 22, untuk merealisasikan potensi dan sumbangan mereka dalam program Transformasi Perkhidmatan Awam. Peserta terpilih akan dikehendaki menghadiri ketiga-tiga modul mengikut tarikh yang telah ditetapkan. BILANGAN PESERTA 40 orang

Upload: vuongmien

Post on 13-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEKAD PENGURUSAN PRESTASI CEMERLANG

(Untuk Kumpulan Sokongan II)

LATARBELAKANG &

OBJEKTIF KURSUS

Pada hakikatnya, para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri telah mempamerkan kesungguhan dalam memenuhi keperluan mempelajari pelbagai kemahiran baru seiring dengan kemajuan pesat bidang teknologi. Bagaimanapun dalam era internet, ICT, dunia tanpa sempadan dan cabaran-cabaran global, wujud kemungkinan kita terlepas pandang perkara-perkara asas yang harus dikuasai. Di samping itu, wujud kemungkinan manusia lupa tentang aspek-aspek yang menyentuh etiket sosial, tentang bagaimana menguruskan masa yang ada dan cara mengekalkan semangat kental dalam bekerja dan memperjuangkan hidup serta menjaga imej organisasi tempat mereka bekerja. Hasil daripada kesedaran inilah, yang bertepatan sekali dengan wawasan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri tentang usaha latihan back to basics bagi para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam, program ini telah dirangka bagi kakitangan dalam Kumpulan Sokongan II (N17 - N22) bagi memperkasakan ciri-ciri positif dalam diri mereka sebagai persiapan menjadi golongan pelapis kepada para pentadbir dan pengurus selaras dengan usaha transformasi Perkhidmatan Awam. Di samping itu program ini diharapkan dapat membantu para peserta memenuhi skim perkhidmatan yang bersesuaian. Pada asasnya, matlamat program ini bertujuan untuk

merencanakan pembangunan diri dan mewujudkan

keupayaan menerajui perubahan melalui peningkatan

kemahiran dan pengetahuan.

KANDUNGAN KURSUS

MODUL I (peningkatan prestasi

& pengurusan pentadbiran)

- Sistem Pentadbiran Kerajaan - Syarat Lantikan, Kenaikan Pangkat dan

Kemudahan Cuti (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri 2008)

- Aspek Pentadbiran Pejabat dan Cara Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Awam

- Kelakuan dan Tatatertib (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri 2008)

- Manual Prosedur Kerja & Fail Meja - Pengenalan Pengurusan Organisasi - Surat-Menyurat Rasmi - Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan

(PKPA 1/2008) - Plan Integriti Nasional - Sistem Fail dan Rekod - Pengendalian Dokumen Terperingkat - Arahan Perkhidmatan

MODUL II (Peningkatan Akauntabiliti

Pengurusan Kewangan)

- Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan - Pengurusan Hasil - Pengurusan Bayaran - Tatacara Pungutan dan Pengakaunan Hasil - Penyesuaian Hasil - Pengurusan Perolehan Kerajaan - Kawalan Peruntukan - Penyelenggaraan Buku Vot - Pengurusan Harta Awam - Audit Dalaman

MODUL III (Kepimpinan & Keberkesanan Peribadi)

- Pengurusan Integriti - Nilai dan Etika - Kepimpinan - Motivasi dan Kesannya atas Produktiviti - Komunikasi - Pengucapan Awam - Pengurusan Masa - Pengurusan Stres

PENDEKATAN KURSUS

- Ceramah - Latihamal/Perbincangan Kumpulan - Perkongsian Pengalaman

PENCERAMAH

- Para pegawai INSAN - Penceramah Undangan

KUMPULAN SASAR

Program ini digubal khas untuk para pegawai dalam Kumpulan Sokongan II, iaitu gred 17 – 22, untuk merealisasikan potensi dan sumbangan mereka dalam program Transformasi Perkhidmatan Awam. Peserta terpilih akan dikehendaki menghadiri ketiga-tiga modul mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

BILANGAN PESERTA

40 orang

PERTANYAAN

1. Haji Zulkifli Nasir Tel: 088-315158 Pengarah Program 2. Encik Mursaid Abdul Latif Tel: 088-315180/0168117662 Penyelaras Program 3. Puan Nur Amira Abdullah Tel: 088-315188 Setiausaha No. Fax INSAN: 088-315136

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menggunakan Borang Permohonan Kursus INSAN dan hendaklah disampaikan ke alamat berikut: Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) Tingkat 7, Blok B Bangunan Wisma MUIS Beg Berkunci No. 97 88999 Kota Kinabalu (u.p. Penyelaras Program) selewat-lewatnya pada 12 September 2014. Borang Permohonan Kursus INSAN boleh didapati dari lamanweb INSAN di www.sabah.gov.my/insan NOTA: Para pemohon tidak boleh memilih untuk

menyertai mana-mana satu modul sahaja. Mereka

wajib mengikuti semua Modul bermula dari Modul I.

Mereka yang memohon dan terpilih untuk menghadiri

Modul I, tidak perlu lagi membuat permohonan untuk

menghadiri Modul II dan Modul III. Mereka memang

diwajibkan menghadiri Modul II dan Modul III pada

tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebelum layak

diberi sijil.

TEKAD PENGURUSAN PRESTASI CEMERLANG

(Kumpulan Sokongan II) PERKHIDMATAN AWAM

NEGERI SABAH Siri II/2014

22- 26 September 2014 (Modul I) 6 – 10 Oktober 2014 (Modul II)

20 – 24 Oktober 2014 (Modul III)

KAMPUS PEMBANGUNAN KEPIMPINAN INSAN

KENINGAU