perkara – perkara sami’yat

Upload: kuliah75

Post on 17-Jul-2015

1.356 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PERKARA PERKARA

samiyyatKUMPULAN 6MOHAMAD AZMI BIN SABTU MD. ASRI BIN MD. JOHAR SHAZALEEN BINTI 730703045171 740610045155

IBRAHIM 740621045054 750530015801

MOHD NAZRI BIN HJ. AHMAD

Apakah perkara perkara Samiyyat?

PENGERTIAN SAMIYYAT

Pengertian Samiyyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis. Perkara samiyyat juga boleh diberi maksud perkara yang berlaku di luar batas akal fikiran manusia yang wajib dipercayai sepenuhnya oleh umat

Dalil kewajipan beriman dengan perkara samiyyat seperti:Firman Allah yang bermaksud:

(Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkaraperkara ghaib - Surah Al-Baqarah 3

Baginda bersabda: Al-Islam ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikat, kitabkitabnya, rasul-rasulnya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada Qadar baik dan jahatnya

Contoh - contoh perkara samiyyat:1.

Alam Barzah - alam kubur

2.

Soalan kubur - soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakirNikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula Mizan : Alat timbangan amalan

3.

4.

5. 6.

7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga 8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah 9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah 10. Dosa : Ganjaran buruk bagi orang yang tidak melaksanakan suruhan Allah. 11. Pahala : Ganjaran yang baik bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.

Antara dalil-dalil yang berkaitan dengan Perkara samiyyat: Alam Barzah alam kubur

Istilah yang tepat menurut al-Quran dan al-Hadis ialah Alam Barzakh. Menurut keyakinan (iktikad) Ahl alSunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia berada di antara alam pilihan (dunia) dengan alam akhirat.

Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala di dalam surah Al-Mukminun 23:99-100:

99. Kesudahan golongan Yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) 100. "Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Antara dalil-dalil yang berkaitan dengan Perkara samiyyat: Azab kubur

DALIL-DALIL BERKAITAN samiyyat

Pertama:

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikatmalaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong

DALIL-DALIL BERKAITAN samiyyat

Kedua: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab

Antara dalil-dalil yang berkaitan dengan Perkara samiyyat: Neraka

DALIL-DALIL BERKAITAN samiyyat

Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan, kemudian dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). (Nuh 71:25)

Antara dalil-dalil yang berkaitan dengan Perkara samiyyat: Mahsyar

DALIL-DALIL BERKAITAN samiyyat

Perhimpunan di Padang Mahsyar: Ingatlah hari yang kami akan mengumpulkan orangorang yang bertakwa kepada Tuhan yang Maha Pemurah sebagai Tuhan yang terhormat dan kami akan menghalau orang yang derhaka ke neraka jahannam dalam keadaan dahaga (Surah Maryam:85-86)

DALIL-DALIL BERKAITAN samiyyatDaripada Aisyah r.a , beliau mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda: Dihimpun manusia pada hari kiamat dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhitan. Lalu berkata Aishah: Wahai Rasullullah, kalau begitu ramai manusia di hari itu dapat melihat (aurat) yang lain. Baginda menjawab: Wahai Aisyah, suasana di hari itu membingungkan manusia daripada melihat seseorang akan (aurat)

Kesimpulan

Rasulullah s.a.w telah beriman kepada barang yang diturunkan kepadaNya daripada TuhanNya, demikian pula orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikatNya, kitabNya, dan RasulNya (mereka berkata), Kami tidak membezakan diantara seorang pun daripada RasulrasulNya dan mereka berkata, kami dengar dan kami taat (mereka berdoa) ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kami kembali"

Ada Persoalan ????

Syukran Jazilan Ma`as salamah Wa ilal liqa