tr 12:6:74 ucapan presiden umno merangkap perdana …

19
TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA MENTERI DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG KEDUA PULUH LIMA DI DEWAN NIRWANA, HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR PADA 29.HB JUN, 1974 Bismillahir-Rahmanir-Rahim; Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara Pengerusi, Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Dif-dif yang terhormat, Saudara-saudara perwakilan sekalian. Pada hari yang berbahagia ini, kita bersama-sama mengucap syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan berkat taufik dail hidayahNya, kita dapat sekali lagi beramai- ramai menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang kedua puluh lima ini. Saya suka mengucapkan terimakasih kepada saudara-saudara para perwakilan yang datang dari jauh dan dekat imtuk meng- hadiri Perhimpunan Agung tahun ini. Barangkali ramai juga antara para perwakilan yang datang awal-awal lagi semasa Pesta Pembangunan dan seterusnya Persidangan Menteri-menteri Luar Negara-negara Islam yang berlangsung baru-baru ini. Oleh itu, boleh dikatakan Perhimpunan Agung kita ini mempunyai sempena dan erti yang penting menyusul dua peristiwa bersejarah bagi negara kita. Saya berdoa mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang memberkati Perhimpunan Agung kita yang kedua puluh lima ini dan menunjukkan kita kepada jalan kejayaan dan kebahagiaan. Semenjak Perhimpunan Agung kita tahun lalu, beberapa peristiwa penting telah berlaku yang membawa perubahan kepada Parti dan Negara. Peristiwa yang amat menyedihkaii kita sekalian ialah kehilangan Timbalaa Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail. Kematian Allahyarham itu adalah satu kerugian besar kepada kita, lebih-lebih lagi pada diri saya sendiri. Allahyarham ialah seorang patriot sejati, seorang tokoh nasionalis Melayu yang berkaliber besar, berani dan tegas tetapi berdisiplin serta patuh 265

Upload: others

Post on 28-Oct-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

TR 12:6:74

UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAPPERDANA MENTERI DI PERHIMPUNANAGUNG UMNO YANG KEDUA PULUH LIMADI DEWAN NIRWANA, HOTEL HILTON,

KUALA LUMPUR PADA 29.HB JUN, 1974

Bismillahir-Rahmanir-Rahim;

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara Pengerusi, Ahli-ahli Majlis Tertinggi, Dif-dif yangterhormat, Saudara-saudara perwakilan sekalian.

Pada hari yang berbahagia ini, kita bersama-sama mengucapsyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana denganberkat taufik dail hidayahNya, kita dapat sekali lagi beramai-ramai menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang keduapuluh lima ini.

Saya suka mengucapkan terimakasih kepada saudara-saudarapara perwakilan yang datang dari jauh dan dekat imtuk meng-hadiri Perhimpunan Agung tahun ini. Barangkali ramai juga antarapara perwakilan yang datang awal-awal lagi semasa PestaPembangunan dan seterusnya Persidangan Menteri-menteri LuarNegara-negara Islam yang berlangsung baru-baru ini. Oleh itu,boleh dikatakan Perhimpunan Agung kita ini mempunyaisempena dan erti yang penting menyusul dua peristiwa bersejarahbagi negara kita. Saya berdoa mudah-mudahan Allah YangMaha Pengasih dan Penyayang memberkati Perhimpunan Agungkita yang kedua puluh lima ini dan menunjukkan kita kepadajalan kejayaan dan kebahagiaan.

Semenjak Perhimpunan Agung kita tahun lalu, beberapaperistiwa penting telah berlaku yang membawa perubahankepada Parti dan Negara. Peristiwa yang amat menyedihkaiikita sekalian ialah kehilangan Timbalaa Presiden UMNOmerangkap Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail.Kematian Allahyarham itu adalah satu kerugian besar kepadakita, lebih-lebih lagi pada diri saya sendiri. Allahyarham ialahseorang patriot sejati, seorang tokoh nasionalis Melayu yangberkaliber besar, berani dan tegas tetapi berdisiplin serta patuh

265

Page 2: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

kepada pendapat ramai. Allahyarham ialah seorang yang benar-benar taat setia kepada Ptrlembagaan UMNO dan Negarasepanjang hayatnya. Allahyarham adalah menjadi contohpemimpin dan rakyat yang mempertahankan "rule of law" iaituundang-undang Parti dan Negara. Sesungguhnya kembalinyaAllahyarham ke alam baqa' itu sangat dirasai oleh saya sendiriapatah lagi oleh keluarganya. Allahyarham ialah sahabat karibsaya di luar dan dalam Parti dan Kerajaan. Jasa-jasa Allab.yarb.ammempelopori kebangkitan kebangsaan Melayu dan memperjuang-kan kemerdekaan tanahair tidak ternilai harganya dan akan diukir-kan dengan tinta emas dalam sejarah negara.

Saya rasa sebesar kehormatan setiap rakyat boleh berikankepada nama dan roh Allahyarham ialah bagi kita orang-orangMelayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya menjadikan TunDr Ismail sebagai contoh dan tauladan seorang pemimpin danrakyat yang berguna kepada negara. Marilah kita mengingatibeliau dan berdoa kepada Allah Subhanahuwataala mudah-mudahan dicucuri rahmatNya ke atas roh Allahyarham dan jugake atas roh pemimpin-pemimpin Melayu lain yang telah berjasakepada Bangsa, Negara dan. Ugama.

Saya suka mengambil peluang ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Hussein Onn yang telah dilantikmenjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan PresidenUMNO. Beliau ialah seorang tokoh yang telah lama berjuangdalam UMNO. Saya mempunyai keyakinan yang penuh bahawabeliau akan dapat menjalankan tugas yang berat itu denganjujur dan penuh dedikasi.

Saudara-saudara sekalian.

Seperti Perhimpunan Agung tahun lepas, ini adalah Perbim-punan Agung biasa, tidak ada pemilihan Presiden, TimbalanPresiden, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis TertinggiUMNO. Pada masa hadapan ini haraslah kita akan kehilangansatu dua tokoh-tokoh yang biasa dengan kita di PerhimpunanAgung dan tokoh-tokoh baru akan timbul. Tahun ini Johormenaikkan dua orang tokoh baru iaitu Datuk Ali Haji Ahmaddan Datuk Mohamad Rahmat. Tetapi saya fikir kedua-duatokoh ini tidak akan dapat menandingi Tan Sri Sardon tentangkehali|Ban bahasa aslinya. Penghormatan saya kepada Tan SriSardon sangatlah tinggi. Oleh sebab itulah beliau telah dipilih

266

Page 3: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

untuk menjadi Menteri Pengiring kepada DYMM Seri PadukaBaginda Yang di Pertuan Agung dan DYMM Seri PadukaBaginda Raja Permaisuri Agung dalam lawatan Duli-Duli YangMaha Mulia ke England pada bulan hadapan.

Saya mendapat tahu bagi menyempurnakan tugas beliau yangberat itu, Tan Sri Sardon sekarang sedang giat mempelajari"Queen's English" dan "BBC English". Saya suka pesan kepadasahabat karib saya itu iaitu satu syarat utama untuk menguasai"Queen's English" ialah orang itu mesti bertutur dengan mulutnyatertutup dan had lajunya bercakap seperti tembakan senapangpatah dan tidak seperti tembakan mesin-gun. Saya harap TanSri Sardon akan ingat petua saya ini.

Saudara-saudara sekalian.

Melihat ramainya bilangan wakil yang hadir hari ini, jelaslahparti kita sekarang dalam keadaan yang knkuh dan kuat. Per-paduannya bertambah teguh, pandangan rakyat terhadapnyasemakin meningkat. Ramai bakat baru di samping ahli-ahlilama atau veteran memberikan nafas baru serta kekuatan kepadaParti UMNO untuk menghadapi cabaran-cabaran tahun 1974 dantahun-tahun berikutnya. Bilangan ahli-ahli terutama di peringkatBahagian, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah bolehdikatakan luar biasa sedikit tetapi ini bolehlah disilatkan sebagaiperkembangan yang sihat sesuai dengan keadaan hari ini.Namun begitu, kita haruslah sentiasa berwaspada supaya sebarangperbuatan yang boleh merosakkan proses demokrasi yang sihatdalam Parti tidak berleluasa sehingga merosak pula sistempemerintahan secara demokrasi berparlimen dalam negara kita.

Hari ini keadaan dan structure politik tanahair telah berubahcorak. Kita akan menghadapi Pilihanraya dalam suasana barudi mana UMNO dan parti-parti seperjuangan dengan kita akanbertanding atas nama Barisan Nasional dan tidak lagi atas namaPerikatan. Ini adalah satu perubahan yang besar dan pentingkerana kita semua sedar kita akan menghadapi cabaran baruhasil dari suasana politik yang telah bertukar itu. Bagaimanapun,ini tidaklah bermakna UMNO tidak mampu menghadapi keadaanperubahan ini dengan sendiri atau dengan bentuk Perikatandahulu. UMNO dan Perikatan mampu berbuat demikian untukmempertahankan kekuasaan politik yang ada di tangan kitasekarang ini.

267

Page 4: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Tetapi, kita berjuang bukan hanya sekadar hendak berkuasasemata-mata. Kita berjuang kerana hendak benar-benar melahir-kan satu rupabangsa Malaysia yang bersatupadu5 bersendikanRukunegara dan keperibadlan kita sendiri. Maka itu kita merasamustahak memupuk semangat Malaysia yang kita harap akanmenjadi sifat semua rakyat kita pada masa hadapan. Jenterapolitik yang sebaik-sebaiknya untuk mencapai matalamat iniialah melalui Barisan Nasional. Dengan kata-kata lain, BarisanNasional adalah asas baru politik di Malaysia ini.

Kita sangat teliti dalam hal ini, iaitu mula-mula kita tubuhkanKerajaan Campuran antara Parti Bumiputra/Perikatan denganSUPP di Sarawak, kemudian antara Gerakan dan Perikatan diPtilau Pinang, PPP dan Perikatan di Perak dan antara Perikatandengan PAS di Kelantan, Trengganu, Kedah, Perlis dan seterusnyadi peringkat Pusat dan, setelah diadakan beberapa rundingan,Parti-parti dalam Kerajaan Campuran telah bersetuju bergerakbersama dalam Barisan Nasional. Lahirnya Barisan Nasional intadalah kemuncak strateji politik kita dalam tahun-tahuntujuhpuluhan.

Tentu ada orang yang bertanya, apakah Barisan Nasional itu?Barisan Nasional ialah satu Gabungan Parti-parti politik atauConfederation of political parties yang menerima konsep dandasar yang diperjuangkannya. Seperti dimaklum, dasar perjuanganBarisan Nasional ialah membeiituk dan mengekalkan satu bangsaMalaysia yang kuat, bersatupadu dan harmonis; berusahamencapai kemajuan kebendaan dan rohaniah; mendukungprinsip-prinsip Rukunegara untuk mewujudkan satu masyarakatyang adil dan saksama untuk semua rakyat. Pada masa ini?

keanggotaan Barisan Nasional terdiri daripada UMNO, MCA,MIC, Perikatan Sarawak, Perikatan Sabah, SUPP, GerakanRakyat Malaysia, PPP dan PAS. Parti-parti politik yang lainboleh menjadi ahli Barisan Nasional jika dipersetujui dengaiisebulat suara oleh sembilan anggota asal Barisan Nasional itu.

Saya suka mengumumkan iaitu kesembilan Parti dalam BarisanNasional telahpun bersetuju hendak menggunakan "Neraca"sebagai simbol Pilihanraya Umum akan datang. Neraca ini ber^-wama emas dengan latar belakangnya berwarna biru. Sayapercaya, dengan berkat Tuhan, simbol pilihanraya BarisanNasional ini akan mendapat sokongan penuh daripada pengundi^pengundi.

268

Page 5: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Saya juga berharap, demi untuk mencapai kemakmuran hidupdan keamanan negara? rakyat Malaysia yang berbilang bangsa,dan rakyal Bumiputra terutamanya, akan memberi kepercayaanpenuh kepada Barisan Nasional dan ahli-ahli serta penyokong-penyokong Barisan Nasional mestilah meneruskan perjuanganParti masing-masing dengan lebih dedikasi lagi daripada masa-masa yang lampau. Parti-parti dalam Barisan Nasional haruslahmemperbaiki lagi sifat, peribadi dan semangat patriotism ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya. Mereka hendaklah mempunyaiketabahan dan keazaman kebangsaan yang kuat untuk menentu-kan structure politik dan ekonomi Malaysia di masa hadapan.

Akhir-akhir ini nampaknya demam pilihanraya mula merebak.Ramai yang sedang meramalkan pilihanraya akan diadakan tidaklama lagi. Sebenarnya saya belum lagi mendapat "ilham" bilaPilihanraya Umum akan diadakan, tetapi saya sukalah bayang-kan kepada saudara-saudara bahawa Pilihanraya Umum tidaklahbegitu jauh seperti setengah-setengah orang menyangka dantidaklah pula dekat sangat seperti ramai orang bertaruh. Namunbegitu, saya mintalah saudara-saudara, setelah pulang dari Per-himpunan Agung ini membuat persediaan seolah-olah kita akanadakan Pilibanraya tidak lama lagi.

Saudara-saudara sekalian.

Untuk menentukan Parti kita dan Barisan Nasional menangdalam Pilihanraya Umum dengan cemerlangnya, maka kitaharuslah sentiasa menyesuaikan diri dan dasar kita denganhasrat rakyat dan menerima perubahan-perubahan yang di-kehendaki oleh zaman. Kita bersedia memberi peluang kepadajenerasi-jenerasi muda untuk menceburkan diri dalam UMNOdan saya sukacita melihat ramai orang-orang muda yang ber-juang dalam UMNO hari ini. Kepada mereka ini saya sukamenasihatkan supaya mereka betul-betul memahami konsep"Bersatu, Bersedia dan Berkhidmat" dan mereka mestilah patuhkepada dasar dan perjuangan Parti. Orang-orang yeteran atau"order lama" dalam UMNO diharapkan menggunakan tenagadan fikiran orang-orang muda sepertilah juga mereka yang mudadan baru dalam Parti mestilah mendapat bantuan dan bimbingandaripada ahli-ahli veteran supaya mengelakkan pecah belah danperselisihan faham dalam Parti kita.;

269

Page 6: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Saudara-saudara sekalian.

Berikutan dengan arahan saya tahun lepas supaya diperkemas-kan lagi jentera Parti kita di semua peringkat, beberapa per-ubahan telah dan sedang berlaku terutama sekali di peringkatBahagian. Sungguhpun demikian, saya rasa pejabat-pejabat kitadi peringkat Bahagian masih belum lagi memberikan perkhidmatan.yang sepenuhnya kepada masyarakat. Saya ingin melihat usaha-usaha yang lebih giat lagi dijalankan untuk meujadi PejabatBahagian UMNO sebagai "nadi" perkhidmatan Parti bagi tiap-tiap kawasan Parlimen. Saya juga suka menasihatkan semuaWakil Rakyat kita supaya memberikan perkhidmatan merekakepada rakyat dan menemui mereka di pejabat-pejabat UMNO.Masanya telah tiba bagi semua Wakil Rakyat mempunyaisistem kerja yang lebih teratur dan tersusun serta mempunyaihubungan erat dengan Bahagian masing-masing. Saya tahu adawakil rakyat kita yang tidak pernah menjejak kaki ke pejabat-pejabat UMNO Bahagian sehinggalah tiba Pilihanraya.

Sikap dan cara kerja seperti ini tidaklah sesuai dengan usahakita menjadikan Pejabat Bahagian sebagai nadi perkhidmataflParti. Saya berharap mulai dari sekarang, semua Wakil RakyatUMNO dan juga Perikatan akan dapat menjadikan Pejabat Partisebagai Pejabat Wakil Rakyat. Cara ini akan mendekatkan lagihubungan Parti dengan rakyat, di samping memudahkan kitamenyelaraskan semua kegiatan Parti dengan kegiatan Wakil-waki]Rakyat sekalian.

Saya juga sedar masih ada beberapa Bahagian yang belummempunyai pejabatnya yang sempurna. Saya percaya perkaraitii dapat diatasi dengan kerjasama Wakil-wakil Rakyat diBahagian tersebut di samping bantuan dari Perhubungan Negeri.Saya berharap Ketua-Ketua Perhubungan Negeri akan mengkajihal ini dan mencari jalan untuk membina bangunan PejabatUMNO di Bahagian-bahagian yang belum mempunyai bangunan-nya sendiri. Parti kita telah wujud lebih dari dua puluh lapantahun dan sudah sepatutnya Parti mempunyai organisasi yangteguh dan pejabat yang sempurna. Saya percaya JawatankuasaPerhubungan Negeri dapat berikhtiar untuk menolong mana-mana Bahagian mengadakan sebuah bangunan yang sesuai untukpejabatnya. Hanya dengan adanya sebuah pejabat yang sempurnadan aktif, barulah kita dapat benar-benar memberikan perkhid-matan kepada masyarakat di tiap-tiap kawasan pilihanraya.

270

Page 7: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Pada masa ke hadapan ini, pejabat-pejabat Bahagian terutama-nya akan menjadi lebih aktif dan sibuk lagi dengan wujudnyaBarisan Nasional. Parti kita sebagai tulang belakang BarisanNasional haruslah mengubahsuaikan kedudukan kita untuk mem-bolehkan kita meraainkan peranan yang lebih besar dan lebih beratlagi.

Peranan kita sebagai tulang belakang Barisan Nasional bukansahaja bertambah berat daripada peranan semasa di dalam Pe-rikatan bahkan juga akan bertambah rumit lagi oleh kerana prosespolitik hari ini bertambah complex dan sophisticated. Cara-carabaru untuk menghadapi masaalah rakyat bersama-sama rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional haruslah diwujudkan bukansaja untuk menarik pengundi-pengundi supaya terus kekal menyo-kong Parti kitai bahkan juga untuk memberi keyakinan penuhkepada penyokong-penyokong anggota Barisan Nasional yang lainbahawa Parti kita sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasiserta bersikap adil dan saksama. Sesuai dengan peranan baru inijuga kita akan mengadakan program-prograjn yang benar-benartersusun untuk membolehkan kita memberikan perkhidmatan yangluas serta berkesan kepada selurah masyarakat. Peranan kita diperingkat Bahagian sangat mustahak dilaksanakan dengan sem-purna sebagai pemimpin di peringkat itu. Sekiranya kita tidakdapat menyesuaikan perjalanan UMNO dengan kehendak-kehen-dak baru ini, saya khuatir sumbangan kita kepada, Barisan Nasionaltidak benar-benar berkesan sepertimana yang dikehendaki.

Saudara-saudara sekalian.

Selaras dengan peranan baru ini, cara-cara perjalanan Parti kitajuga akan diperbaharui melalui beberapa pindaan kepada P'er-lembagaan UMNO. Pindaan-pindaan yang dicadangkan ini. ber-tujuan memperkuatkan lagi tenaga Parti kita pada keseluruhannyauntuk membolehkan kita bergerak dengan lebih cergas dan efektifmenghadapi cabaran-cabaran masa akan datang. Pindaan-pindaanyang dicadangkan ini saya percaya akan memperkemaskan lagipergerakan parti kita. Pindaan yang penting sekali yang akan kitabahaskan dalam Perhimpunan Agung ini ialah berkenaan denganbilangan wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung dan juga wakilCawangan untuk Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Mengikutpindaan ini, kita akan mengadakan had maksima bilangan per-wakilan yang boleh hadir dalam Persidangan Bahaigian dan Per-himpunan Agung. Jika dahulu, kita berdasarkan kepada jumlah

271

Page 8: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

ahli-ahli tanpa ada hadnya, maka sekarang kita fikir mustahakmenghadkan bilangannya.

Di niasa-tnasa yang sudah-sudah, jika sesebuah Bahagian itumempunyai ramai ahli maka ramailah pula perwakilannya. Per-aturan ini akan diubah kepada sistem baru iaitu tiap-tiap Bahagiantidak boleh menghantar lebih daripada sepuluh orang wakil ke Per-himpunan Agung walaupun bilangan ahlinya ramai. Ini bermaknasekkanya Bahagian itu mempunyai 20,000 orang ahli, perwakilan-nya tidak lebih dari sepuluh orang dan sekiranya Bahagian itumempunyai 5,000 ahli, perwakilan ialah sepuluh orang juga. Hadmaksima ini juga dikenakan kepada Mesyuarat PerwakilanBahagian, iaitu Cawangan-cawangan tidak boleh menghantar lebihdari lima orang wakil walaupun ahlinya lebih daripada 250 orang.

Satu pindaan lagi ialah bagi memboiehkan mana-mana Bahagianyang tidak dapat menjelaskan yurannya dalam masa, yang tertentumenghantar wakilnya ke Perhimpunan Agung tetapi perwakilan inihendaklah terdiri dari Ketua Bahagian sahaja tetapi dia tidakmempunyai hak mengundi ataupun bertanding untuk sebarangjawatan di Perbimpunan Agung. Saya percaya cara ini bukansahaja akan mendorong Bahagian-bahagian UMNO menjalankantugas-tugasnya dengan sempuma bahkan akan menghalangBahagian yang tidak berjalan dengan sempurna untuk mendapathak yang sama sebagaimana Bahagian-bahagian lain yang patuhkepada Perlembagaan UMNO.

Saudara-saudara sekalian.

Sebagaimana saya sebutkan tadi, sejak tumbuhnya kesedaranbaru di peringkat Bahagian, nampaknya telah timbul bermacain-macam tektik yang dilakukan oleh golongan kecil untuk merebutkuasa. Satu cara yang dilakukan mereka ialah mempengaruhi ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian menyuarakan undi tak percaya ter-hadap Ketua Bahagian untuk menyingkirkannya dan mencalunkanKetua yang baru. Hal seperti ini tidak berlaku di masa lalu tetapisaya nampak perbuatan seperti ini akan merebak jika kita tidakmengawalnya dari sekarang.

Untuk mengatasi masaalah ini, Perlembagaan UMNO telahdipinda supaya menghalang perbuatan seperti ini daripada berlaku.Ini bermakna ahli-ahli Jawatankuasa tidak berhak lagi menying-kirkan Ketua Bahagian kecuali Majlis Tertinggi UMNO1 mem-persetujuinya. Dengan yang demikian, dasar demokrasi yang kita

272

Page 9: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

junjung dalara UMNO di mana tiap-tiap wakil mempunyai hakmengundi sentiasa terpelihara. Selaia dari pindaan-piadaan yangbesar ini untuk menjainin keutuhan Parti dan proses denaokrasidalam Parti kita, Majlis Tertinggi juga telah mencadangkanbeberapa pindaan kecil yang tidak melibatkan perubahan dasarParti.

Saya tidaklah hendak bercakap panjang dalam hal ini, hanya,saya suka menggesa ahli-ahli Parti supaya menjunjung tinggi Per-lembagaan kita. Jika Perlejnbagaan itu dipersendakan oleh mana-mana golongan, sudah tentu kekuatan Parti kita akan terjejas danmasa depan kita terancam. Oleh yang demikian, saya menyeru ke-pada seluruh perwakilan supaya memahajni semangat dan tujuanMajlis Tertinggi mencadangkan pindaan-pindaan ini dan saya juga,menyeru saudara-saudara sekalian supaya memberikan sokonganpenuh kepada pindaan-pindaan ini.

Saudara-saudara sekalian.

Kita sedia maklum bahawa pembangunan ekonomi dan sosialdalam sesebuah negara itu bergantung kepada pimpinan politikyang efektif dalam suasana politik yang aman dan tenteram. Pem-bangunan bermakna tindakan-tindakan dan perubahan-perubahansosial dan segala tindakan dan perubahan ini sudah tentu akanmembawa berbagai reaksi ke atas structure ekonomi dan masya-rakat.

Oleh keraiia adanya pertalian erat antara kesetabilan politikdengan pimpinan yang efektif, serta pentingnya dasar-dasar negaradilaksanakan dengan jayanya, maka perlulah kita mengatur danmenyusun strateji pelaksanaan sesuai dengan kehendak-kehendakbaru itu, Dalam ertikata ini, saya seringkali mengarahkan jenteraParti kita di semua peringkat supaya menyedari hakikat politik,dankehendak-kehendak pembangunan dan keselamatan. Pendek kata,untuk membolehkan kita terus menerus memegang teraju pimpinanpolitik di negara ini, kita hendaklah sentiasa beipegang teguh. ke-pada dasar perjuangan kita dan melakukan tindakan-tindakanpolitik yang menjadikan Parti kita benar-benar efektif dalammenyatukan dan menggembelingkan seluruh tenaga rakyat untukpembangunan.

Dalam keadaan negara kita yang masih muda ini, amatlahpenting dan mustahak hubungan yang lebih rapat di antara Partidengan pentadbiran kerana tanpa perhubungan yang rapat ini, kita

273

Page 10: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

tidak dapat mempesatkan pembangunan sesuai dengan jadualwaktu kita. Oleh itu, saudara-saudara sekalian hendaklah memberiperhatian yang berat atas perkarai ini dan merangka cara-cara baruuntuk membolehkan UMNO menjadi jambatan yang akan meag-hubungkan kita dengan Parti-parti lain, atas dasar pembangunannegara dan perpaduan rakyat. Kita sedar dan faham kerumitanmungkin timbul dalam menjalankan peranan baru ini, tetapi demikepentingan pembangunan negara untuk perpaduan rakyat, segalakerumitan ini tidaklah menjadi masaalah kepada kita. Sebaliknyakita semua yakin bahawa Parti kita mempunyai keupayaan dankemampuan untuk benar-benar menjadi jambatan itu dan kitamestilah menggunakan keupayaan kita untuk meneruskan prosespembangunan negara seperti yang digariskan dalam Rukunegara.

Saudara-saudara sekalian.

Dua puluh lapan tahun dahulu, dalam Perhimpunan Agung kitayang pertama, kita telah berikrar bahawa UMNO akan memeliliaradan mempertahankan negara; mempertahan, menegak dan me-ngembangkan Ugama Islam di samping membenarkan kebebasanberugama; mengawal, memelihara dan mengamalkan asas-asaspemerintahan demokrasi; mewujudkan satu bangsa yang kuat danbersatu pada melaksanakan rancangan-rancangan bagi memajukanekonomi rakyat terutama sekali rakyat yang mundur iaitu orang-orang Melayu dan Bumiputra, dan mewujudkan masyarakat adil,modern dan maju.

Di atas dasar inilah kita telah berjaya mendapatkan sokonganorang-orang Melayu, dan kemudiannya menarik orang-orangMelayu, dan kemudiannya menarik orang-orang China dan Indiabersatu dalam Perikatan untuk kejayaan dan kemajuan. Dasar-dasar ini, masih kekal dan belum berubah, walaupun banyak dari-padanya telah kita laksanakan dan mencapai hasilnya.

Pada hemat saya, dalam Perhimpunan Agung kita yang ke duapuluh lima ini, eloklah kita mengulangi lagi ikrar mendukungdasar-dasar yang telah diberkati Tuhan. dengan kejayaan itu. Ikrarsuci yang kita lafazkan dua puluh lapan tahun dahulu pada asasnyaialah untuk mewujudkan sebuah negara yang berdasarkankerjasama di antara semua kaum dan bukan persaingan, di manakekayaan negara adalah untuk rakyat; di mana perhubunganmasyarakat adalah berdasarkan hak sama atau equality danperhubungan di antara bangsa berdasarkan saling menghormatiatau "mutual respect" dan ingin bersahabat dengan semua negara,

274

Page 11: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Saudara-saudara sekalian.

Negara kita kaya raya dalam semua aspek tetapi masih adalagi dalam negara kita yang dikasihi ini segolongan rakyat yangmasih berada; dalam keadaan daif dan miskin terutama sekalimereka yang tinggal di luar bandar dan juga di kawasan sesak dipinggir bandar. Tiada siapa dapat menafikan bahawa taraf hiduprakyat telah bertambah tinggi sejak dua puluh tahnn lalu, tetapibelumlah terdapat pembahagian kekayaan negara yang adil dansaksama. Kedua-dua keadaan inilah yang sekarang menjadimatalamat utama perjuangan Parti kita dan Kerajaan hari inisupaya rakyat yang kurang bernasib baik itu mendapat tempat yangsempurna. Sebagaimana yang pernah saya katakan, RancanganMalaysia Kedua yang memasuki tahun keempat pelaksanaannyamerupakan langkah pertama ke arah pelaksanaan Dasar EkonomiBaru kita. Oleh itu, semasa menyusun Rancangan Malaysia Ketigaeloklah kita mengkaji semula strateji-strateji politik kita untukmempastikan supaya hasrat rakyat dipenuhi dalam rancanganketiga itu. Saya suka berterus terang di sini bahawa kita sekarangini telah masuk ke zaman ekonomi kewangan dan sebagai sebuahnegara muda yang belum banyak mempunyai pengalaman, kitamestilah menyelesaikan segala masaalah kita untuk membolehkankita menjadi sebuah negara perindusterian yang berjaya.

Sebagai Parti yang berkuasa, adalah menjadi tanggungjawab kitamenentukan bahawa kita dapat mencapai matalamat DasarEkonomi Baru kita dan melahirkan suasana hidup yang aman danharmonis dan saksama. Setiap pdkerja akan mendapat pendapatanyang seimbang dengan pekerjaannya dan setiap rakyat mendapatpeluang pelajaran dan latihan yang sewajarnya. Matalamatmasyarakat adil yang saya sebutkan tadi akan menghendaki kitameneotukan keutamaan untuk tindakan kita. Matalamat kita initidak akan dapat dicapai dalam masa lima atau sepuluh tahun,tetapi kita boleh mengadakan tapak yang sesuai bagi melaksana-kan hasrat dan cita-cita negara aman, stabil dan makmur.

Saudara-saudara sekalian.

Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai setakat ini dalani:pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru sudahpun diterangkan denganpanjang lebar dalam kajian Pertengahan Penggal RancanganMalaysia Kedua dan Penyata Ekonomi Perbendaharaan. KajianPertengahan Penggal ini telahpun dibahaskan dan diterima oleh

275

Page 12: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Parlimen. Begitu juga Penyata Ekonomi yang menunjukkanangka-angka pencapaian terakbir dalam kedua-dua sektor per-tanian dan perindusterian.

Kita bersyukur dengan izin Allah Subhanahuwataala tahunlalu melihat perkembangan-perkembangan yang pesat di bidangekonomi iaitu berpunca dari pengeluaran yang bertambahmeningkat serta harga pasaran yang tinggi bagi hasil negarabahan-bahan ekspot kita seperti getah, kelapa sawit dan kayu.

Dari segi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, kita telah berjayamemsnuhi matalamat objektif pertama membasmi kemiskinandengan angka lebih 350,000 peluang pek rjaan baru iaitu lebihseparuh daripada angka 600,000 bagi tempoh lima tahun. Begitujuga di bidang kemajuan tanah, hampk 100,000 ekar tanah barutelali dibuka di bawah rancangan PELDA dan lebih 200^000 ekartanab mendapat kemudahan parit dan taliair untuk dimajukanbagi tanaman padi dua musim.

Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mempesat-kan aktiviti ekonomi orang-orang kita boleh dikatakan sangatberhasil dengan kejayaan yang dicapai oleh PERNAS, UDA,Perbadanan Ekonomi Negeri, RISDA dan Lembaga PertubuhanPeladang. Saudara-saudara yang telah berpeluang melawat PestaPembangunan Kebangsaan baru-baru ini dapat menyaksikan sendirikejayaan orang-orang kita di bidang perniagaan dan usaha-usahalain dengan mendapat bantuan serta tunjuk ajar daripada ajensi-ajensi Kerajaan yang sentiasa bersedia memberikan bantuan dankhidmat nasihat yang perlu. Kejayaan orang-orang kita ini baiksebagai pembuat roti atau pengusaha batik menunjukkan bahawakita memang mempunyai kebolehan yang sama dengan orang laindan hanya memerlukan kesediaan dan keazaman serta bantuansupaya potensi ini dapat dipupuk sehingga mencapai hasil yangdicita-citakan itu.

Kerajaan kita pada hari ini telah berbuat apa yang patut dalamusaha hendak memberikan kehidupan yang lebih baik dan ke-dudukan yang lebih sempurna kepada rakyat, khasnya orang-orangkita sendiri. Selain dari membuka rancangan-rancangan kemajuantanah secara besar-besaran di dalam kawasan-kawasan pem-bangunan raksaksa iaitu di Pahang Tenggara, Trengganu Tengah,Johor Tenggara, Seberang Perak, kita akan membawa industeri kekawasan-kawasan ini supaya dapat perimbangan antara sektor

276

Page 13: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

pertanian dengan sektor perindusterian. Hari ini pun, bandar-;

bandar kecil yang dulunya tidak mempunyai apa-apa sedangbergerak maju dengan bermacam rupa perusahaan yang memberi-kan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.

Saudara-saudara sekalian.

Dalam pada kita menjalankan langkah-langkah untuk membawakemajuan, kita tidak pula sunyi daripada masaalah-masaalah yanglazim dalam kehidupan moden. Hari ini kita menghadapi masaalahinflasi atau kenaikan harga barang-barang. Inflasi adalah masaalahseluruh dunia terutama disebabkan kekurangan bekalan bahan-bahan makanan yang dikehendaki oleh penduduk-penduduk duniayang semakin ramai.

Syukur Alhamdulillah, meskipun kita bersama-sama mengalamikeadaan inflasi ini, negara kita boleh dikatakan tidak begitu terukkalau dibandingkan dengan negara-negara jiran apatah lagi negara-negara perindusterian di Eropah, Amerika dan bahagian benuaAsia yang lain.

Dalam pada itu, Kerajaan sentiasa bertindak dan mencari jalanuntuk mengurangkan tekanan inflasi ini terutama kepada rakyatyang berpendapatan rendah dan kaum tani. Selain daripada ElaunBantuan Khas yang diberi kepada kakitangan Kerajaan peringkatbawahan, langkah-langkah yang lain dijalankan serentak iaitusubsidi untuk barang-barang keperluan seperti beras, gula, tepungdan minyak; bantuan buku-buku sekolah percuma kepada kanak-kanak dari keluarga miskin; pengecualian cukai ke atas beberapajenis barang-barang impot yang mustahak; dan baru-baru ini sayamengumumkan subsidi baja urea kepada petani-petani untukmembantu pengeluaran padi dengan harga yang patut. Semuabantuan dan subsidi ini berjumlah tidak kurang dari $500 jutaringgit setahun dan saya percaya tidak ada Kerajaan di mana-manajua yang berbuat demikian.

Bagaimanapun, patutlah kita ingat semasa barang-barang impotnaik tinggi itu, barang-barang pengeluaran kita sendiri mendapatharga yang lumayan di pasaran dunia. Harga getah, kelapa sawit,bijih timah dan lain-lain hasil bumi sangat tinggi pada masa iniyang bennakna pendapatan yang lebih kepada rakyat. Kita tahuramai saudara-saudara di Rancangan Kemajuan Tanah yai^beroleh pendapatan lebih $1,000 sebulan hari ini yang mana

277

Page 14: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

meletakkan mereka di kalangan rakyat yang berpendapatan tinggisama seperti golongan pekerja mahir ataupun kumpulan executivedi bandar-bandar.

Seperti yang sering saya tegaskan, Kerajaan akan sentiasamengawal keadaan ini agar kehidupan rakyat terutama yangberpendapatan rendah tidak begitu terdesak oleh tekanan inflasi.Saya juga ingin mengulangi nasihat agar mereka juga mengambillangkah-langkah yang wajar membantu diri mereka sendiri denganusaha bercucuk tanam dan mengadakan apa jua bekalan makanandengan berternak dan usaha-usaha sambilan yang lain. DasarKerajaan mengenai bekalan makanan keperluan sudahpun diubahdan kita akan berasaha mengeluarkan beras secukupnya di sampingbahan-bahan lain dan tidak bergantung pada impot lagi.

Saudara-saudara sekalian.

Satu lagi masaalah besar yang kita hadapi ialah soal keselamatandalam negeri khasnya ancaman pengganas-pengganas Komunisyang hendak menimbulkan huru-hara dan mengambil kekuasaandengan cara kekerasan. Kita patut bersyukur keadaan ini tidaklahbertambah berat daripada sudah-sudah meskipun selama enambulan yang lalu ini terdapat banyak akthdti dan berita-beritapertempuran antara Pasukan Keselamatan kita dengan pengganas-pengganas itu. Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal baik dandalam tempoh itu kita berjaya mengenakan pukulan teruk ke atasmereka, menghapuskan bilangan yang besar dan mematahkankekuatan mereka itu.

Seperti yang kita maklum, bahaya ancaman pengganas ini dapatdikurangkan ataupun dihapuskan sama sekali sdkiranya rakyatmemberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan. Mereka itu tentutidak dapat bertapak kecuali ada orang-orang yang bersimpatidengan mereka dan memberi mereka bantuan maklumat danbekalan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Kerajaan mem-punyai bukti yang nyata iaitu semasa Gerakan Indera di Raubtidak lama dulu, ada penduduk-penduduk kampung baru yangmemberikan pengganas-pengganas itu bantuan dan menyembunyi-kan maklumat daripada Kerajaan. Begitu juga dalam peristiwaLebub Raya Timur/Barat baru-baru ini ada golongan yang ber-simpati dan bekerjasama dengan pengganas-pengganas itu hinggamereka berjaya melakukan angkara memusnahkan jentera-jenteraberat di situ.

278

Page 15: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Saya ingin berkata terus terang di sini iaitu golongan rakyatyang membantu pengganas-pengganas itu adalah musuh negarayang paling keji dan sayugia disingkirkan dari masyarakat kita.Bahkan mereka adalah lebih jahat daripada pengganas itu sendirikerana mereka berpura-pura baik tetapi berusaha merosakkannegara dari dalam masyarakat sendiri. Tindakan segera sedangdiambil terhadap orang-orang ini kerana kita tahu tanpa merekaitu kegiatan-kegiatan pengganas-pengganas tadi akan lumpuh samasekali. Mereka adalah musuh dalam selimut dan kita bukan hanyamesti berwaspada terhadap mereka bahkan hendaklah bersungguh-sungguh mengidentify mereka dan mengambil tindakan yang kerasterbadap mereka itu.

Kepada pengganas-pengganas itu, saya mengulangi seraan agarmereka menghentikan keganasan mereka dan perjuangan yangsia-sia serta hampa itu. Dalam pertemuan saya dengan PengerusiMao Tse-tung semasa lawatan ke Peking baru-baru ini, beliautelah berkata bahawa pengganas-pengganas ini adalah masaalahMalaysia sendiri dan kita berhak mengambil apa juga tindakanuntuk menghapuskan atau menyelesaikannya. Jadi baiklah merekamenghentikan perbuatan jahat yang merugikan negara dan kembalikepada masyarakat. Bagaimanapun, kalau mereka terus ingkar,Kerajaan berazam akan meneruskan tindakan habis-habisan untukmenghapuskan mereka dari bumi Malaysia ini.

Sehingga hari ini, Kerajaan telah membelanjakan lebih dari$12,000 juta dari tahun 1971-1973 untuk pertahanan dan ke-selamatan iaitu Polis dan Tentera termasuk Gerakan atau Operasi.Bagi tahun 1974 ini dianggarkan tidak kurang dari $5,300 jutaiaitu kira-kira 20% daripada belanjawan negara. Sebahagian dari-pada perbelanjaan itu dapat dikurangkan dan digunakan untukpembangunan sekiranya ancaman keselamatan negara dapat di-hapuskan.

Saudara-saudara sekalian.

Hari ini kita berada di mercu kejayaan yang boleh kita bangga-kan dalam bidang hubungan luar negeri. Hasil dari langkah-langkahyang telah kita jalankan, Malaysia mempunyai nama yang sangatharum serta menduduki tempat yang tertinggi di mata dunia inter-nasional. Kemnncak dari usaha-usaha kita di bidang diplomatikialah termeterinya hubungan rasmi antara Malaysia denganRepablik Rakyat Cina semasa lawatan saya ke Peking akbir bulanlalu.

279

Page 16: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Seperti yang pernah saya terangkan dahulu, hubungan luarnegeri kita hari ini mempunyai tiga arah yang utama iaitukerjasama serantau atau regional co-operation; kerjasama dengannegara-negara Islam oleh kerana kita adalah negara Islam; danketiganya, persahabatan yang luas atas dasar saling menghormatidan berbaik-baik tidak mengira sistem ekonomi/politik atau corakpentadbiran sesebuah negara itu.

Semenjak tahun 1970, semasa saya mengambil alih pimpinannegara, kita telah berusaha sungguh-sungguh mengamalkan pojitikbebas dan tidak terikat kepada mana-mana blok dunia sebagaianggota kumpulan negara-negara berkecuali. Penerimaan kitamenyertai Non-Aligned Nations merupakan satu tapak kemajuanbagi kita kerana Malaysia terpilih antara negara-negara yangduduk dalam Jawatankuasa Tetapnya dan pernah mendapatpenghormatan mengadakan Sidang Jawatankuasa itu dalam tahun1972. Saya turat hadir dalam Persidangan Ketua-ketua Negaradi Algeria tahun lalu di mana gagasan Malaysia menjadikanrantau Asia Tenggara ini Kawasan Aman, Bebas dan Berkecualiatau Deklarasi Kuala Lumpur mendapat sokongan yang kuatdan penuh.

Kegiatan dan usaha kita mendekati Negara-negara Islambermula pada tahun 1970 semasa saya menghadiri PersidanganJeddah untuk membentuk Sekretariat Islam. Kita bersyukur kehadrat Allah, berkat usaha kita itu Persidangan memilih YangTeramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagaiSetiausaha Agung yang pertama iaitu satu penghormatan tinggibagi rakyat dan negara kita. Kepercayaan dan penghormatannegara-negara Islam kepada kita jelas semasa saya menghadiriPersidangan Ketua-ketua Negara Islam di Lahore bulan Pebruarilalu yang memilih Kuala Lumpur sebagai tempat PersidanganMenteri-menteri Luar Negara-negara Islam yang baru saja selesaiempat hari yang lalu.

Saudara-saudara sekalian tentu telah mengikuti perjalanan sidangtersebut dan saya amat gembira kerana program lima-mata yangkita kertrakakan telah mendapat sambutan baik dan diterima penuholeh negara-negara yang hadir. Kita boleh berbangga kerana padakeSelurUhannya para Menteri yang datang itu memuji negara kitabukan sahaja dari aspek Persidangan dan program yang kitacadangkan, tetapi juga dalam aspek kesetabilan politik, ke-makmuran dan kemajuan yang mereka saksikan sendiri di

280

Page 17: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Pesta Pembangunan serta dari lawatan mereka ke beberapanegeri iaitu Pahang, Kelantan, Melaka, Johor dan Pulau Pinang.

Tidak siapa yang boleh menafikan dengan berkat Allab. usahakita yang baik itu meletakkan mertabat Malaysia di tempat yangtinggi di mata dunia Islam dan juga dunia internasional. Kalaupunkita mengeluarkan belanja untuk membiayai Persidangan itu, sayayakin dan percaya atas kebijaksanaan serta munafaat yang didapatidari langkah itu.

Begitu juga, saudara-saudara sekalian, mengenai langkah yangkita ambil untuk menjalin hubungan diplomatik dengan RepablikRakyat Cina. Sebagai negara yang menjalankan politik bebas,langkah ini sangatlah penting dan mustahak bagi keamanan dankesetabilan Negara kita dan juga rantau ini. Saya berbangga dengansambutan yang meriah dan luar biasa yang diberi oleh Kerajaandan rakyat Repablik Rakyat Cina. Ini adalah penghormatan yangtidak temilai terhadap Malaysia dan rakyatnya.

Lawatan saya ke Peking mempunyai erti yang besar kepadakita oleh kerana dengan adanya hubungan diplomatik itu kitatelah menemui persetujuan dengan Repablik Rakyat Cina atasbeberapa perkara pokok—soal dua kerakyatan atau dual nationalityyang telahpun ditolak oleh RRC; soal Party Komunis Malaysia;dan soal-soal politik regional dan bilateral setakat yang berkaitandengan RRC.

Dalam perbincangan saya dengan pemimpin-pemimpin RRCiaitu Pengerusi Mao Tse-tung, Perdana Menteri Chou En-Lai,Naib Perdana Menteri Li Hsien-nien dan lain-lain, nyata dan jelashasrat RRC hendak berbaik-baik dengan kita atas dasar-dasaryang dipersetujui itu. RRC dengan tegas menolak prinsipdua-kerakyatan yang diamalkan selama ini dan secara tegasjuga mensifatkan orang-orang keturunan Cina yang telah memilihkerakyatan Malaysia terputus hubungan sama sekali dengan negaranenek moyang mereka itu. Begitu juga mengenai orang-orangyang bermastautin tetap di Negara ini dan bukan warganegaraMalaysia, jika mereka hendak menjadi rakyat Repablik RakyatCina, RRC akan menerima mereka sebagai rakyatnya tetapimereka ini mestilah patuh pada undang-undang Malaysia danmenghormati adat resam serta kebiasaan hidup rakyat Malaysia.Jadi bolehlah disimpulkan iaitu rakyat Malaysia dari keturunanCina mestilah menumpukan taat setia mereka kepada negara iriidan mengamalkan cara hidup sebagai orang-orang Malaysia tulin.

281

Page 18: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Mengenai Parti Komunis Malaysia atau MCP, Pengerusi Maotegas menyatakan bahawa ini adalah soal dalam negeri kita danterpulanglah kepada kita mengambil tindakan sewajarnya ke atasmereka itu. Cina tidak campurtangan dalam hal ini dan meng-hormati semangat Communique Peking di mana kedua-dua negaramenentang pencerobohan dan subversion dari mana-mana pihak.

Perdana Menteri Chou telah juga memberi sokongan kepadaASEAN dan gagasan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali.Begitu juga, beliau menyetujui berkenaan dengan hak perairanMalaysia-Indonesia di Selat Melaka dan akan menyokong tuntutankita di Persidangan Undang-undang Laut yang sedang berlangsungsekarang di Caracas, Venezuela.

Saya percaya hasil-hasil dari lawatan saya dan hubungan diplo-matik yang sudah terjalin dengan Repablik Rakyat Cina itu akanmenguntungkan kita di kedua-dua bidang politik antarabangsadan juga perdagangan yang mana RRC bersedia membeli bahan-bahan mentah secara langsung daripada kita dan mereka akanmembekalkan beras kalau kita menghendakinya. Dari segi tindakankita terhadap MCP, seperti saya katakan tadi, ini tanggungjawabkita dan tidak kena mengena dengan RRC dan kita berharappengganas-pengganas dan penyokong-penyokong mereka insaf akanhakikat ini.

Saudara-saudara sekalian.

Saya telah berucap agak panjang sedikit meliputi perkembangan-perkembangan politik dalam negeri khasnya Barisan Nasional,mengenai masaalah-masaalah dalam negeri kita dan perkembangandalam perhubungan luar negeri, dan yang lebih penting perkara-perkara yang menyentuh Parti kita untuk menghadapi masahadapan. Hari ini dan esok, kita akan menumpukan sepenuhperhatian kepada perkara-perkara yang penting ini dan mencarihuraian mengenai masaalah-masaalah yang kita hadapi bersama-sama itu. Marilah kita berdoa mudah-mudahan Allah memberkatisegala usaha kita dan memberikan kita taufik dan MdayahNyamemimpin UMNO yang kita kasihi ini mencapai mercu kejayaanyang gemilang dalam memberikan perkhidmatannya kepada Bangsa,Negara dan Ugama Islam Yang Maha Suci.

Sekianlah sahaja. Saya ucapkan kepada para perwakilan selamatbersidang dan berjaya.

282

Page 19: TR 12:6:74 UCAPAN PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA …

Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein berucap merasmikan Sidang Khas MIC di DewanBahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 7hb Julai, 1974.

(Gambar Jabatan Penerangan Malaysia)