article 3 54-74 21pages noraini omar - jpim

Upload: symok79

Post on 20-Jul-2015

1.192 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima Oleh: Hajah Noraini Haji Omar Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

ABSTRAKKajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima SPM (KBSM) di sekolahsekolah daerah Samarahan Sarawak. Faktor-faktor yang dikaji adalah minat dan sikap. Kajian ini adalah merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul melalui borang soal selidik bertajuk Faktor-Faktor Pencapaian Pelajar yang mengandungi 26 item dan satu set soalan yang mengandungi 40 item untuk mengukur pencapaian pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan lima dari 5 buah sekolah di daerah Samarahan. Kaedah temubual juga digunakan untuk mengupas dan memperjelaskan isu-isu yang diliputi oleh kajian. Dapatan kajian mendapati faktor sikap mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ujian korelasi pearson pada aras signifikan 0.01. Sementara faktor minat tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Implikasi faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam telah dibincangkan secara teori dan praktik. Cadangan bagi meningkatkan pencapaian pelajar berdasarkan faktor yang dikemukakan telah dibincangkan.

PENDAHULUAN Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang diwajibkan terhadap pelajar Islam dan mula dimasukkan ke dalam jadual waktu rasmi sekolah mulai tahun 1962. Penguatkuasaan ini bermula berikutan daripada peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan kepada laporan kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran 1960 yang berbunyi : Aturan-aturan hendaklah dibuat untuk memberi pelajaran Agama Islam di semua sekolah bantuan yang mempunyai murid Islam tidak kurang daripada 15 orang. Matlamatnya adalah untuk

54 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

melahirkan masyarakat yang teguh aqidah, berkeperibadian tinggi, beramal soleh dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.

LATAR BELAKANG KAJIAN Meneliti komen Datuk Abdul Rafie Mahat, Ketua Pengarah Pendidikan berkaitan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2002 yang menunjukkan kemerosotan sebanyak enam peratus berbanding tahun sebelumnya adalah untuk dua tahun berturut-turut semenjak tahun 2001 yang merosot sebanyak 4.9 peratus daripada tahun sebelumnya. Lebih menyedihkan apabila Datuk Abdul Rafie Mahat, Ketua Pengarah Pendidikan mendedahkan bahawa kemerosotan ini berpunca daripada tahap penguasaan yang sangat lemah dalam pengetahuan yang berkaitan dengan fardu ain. Faktor yang sama juga diberikan oleh beliau sewaktu mengulas mengenai kemerosotan mata pelajaran yang sama pada tahun sebelumnya. Telah banyak kajian berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pelbagai mata pelajaran. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Fedigan dan Gary (1978) antara faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ialah sikap dan minat terhadap pelajaran. Mat Darus Othman (1992) dalam kajiannya juga mendapati faktor sikap mempunyai kaitan dengan pencapaian mata pelajaran Ekonomi. Menurut Abdul Halim Mohammad dan Wan Mohamad Wan Sulong (2006), dalam Kajian Antara Minat Dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Kes Ke Atas Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Di IPTA Malaysia, mendapati sikap dan minat pelajar terhadap pelajaran bahawa Arab adalah penting dalam menentukan kejayaan mereka.

55 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Ramai pengkaji telah mengemukakan teori berkaitan faktorfaktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar ialah minat, sikap, gaya pembelajaran pelajar, kaedah pengajaran guru dan latar belakang keluarga. Di samping bahan dan alatan, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran boleh membantu mencapai keberkesanan pembelajaran mereka (Biggs & Moore 1993). Ramsden (1992) pula merumuskan satu ciri pengajaran berkualiti adalah penggunaan kaedah mengajar dan tugasan oleh guru yang memerlukan pelajar memainkan peranan aktif, bekerjasama dan bertanggungjawab.

KERANGKA KONSEPTUAL Dalam kajian ini, pengkaji telah menggabungkan dua model, khususnya Kemp dan Smellie (1997) dan Gersten (1998) serta memilih dua unsur atau faktor yang dihubungkait dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam, iaitu minat dan sikap pelajar sebagai sandaran pada kerangka konseptual kajian. Hal ini kerana bagi pengkaji, minat dan sikap mempengaruhi motivasi belajar pelajar. Berdasarkan unsurunsur berikut, kerangka konseptual adalah seperti terdapat dalam Rajah 1.1.

PENCAPAIAN MATAPELJARAN TINGKATAN EMPAT

MINAT PELAJAR SIKAP

RAJAH 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

56 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

OBJEKTIF KAJIAN Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk: a. Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan b. Islam Tingkatan Lima.

Mengenalpasti tahap minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima.

c.

Mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

d.

Mengenalpasti hubungan minat dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima.

e.

Mengenalpasti hubungan sikap dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima.

PERSOALAN KAJIAN Melalui kajian ini, pengkaji berusaha untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan-persoalan berikut: a. Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima? b. Apakah tahap minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima? c. d. Apakah sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam? Apakah hubungan minat dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima? e. Apakah hubungan sikap dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima?

57 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

TINJAUAN LITERATUR Minat Dan Sikap Minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan. Namun ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang murid yang berminat dengan mata pelajaran Sains, tetapi malas untuk membuat kajian sains tidak akan berjaya menjadi seorang ahli sains. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Menurut Kajian Mc Clelland et al.(1953) motivasi pencapaian adalah keinginan (minat) berusaha untuk berjaya dalam piawaian tertentu. Motivasi pencapaian sering diukur dengan Thematic Apperception Test atau TAT. Ujian ini mengandungi perkara-perkara yang membawa kecenderungan terhadap kejayaan. Dalam keadaan ini apa yang menyebabkannya seronok bekerja adalah kerana pekerjaan itu sendiri. Kata-kata seperti , Inilah minat saya. Memang ini kegemaran saya sejak dulu, adalah gambaran dorongan dalaman.(Abdullah Hassan, Ainon Mohd.Nor, 2007). Kenworthy (1992) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik.

Sikap Sikap wujud bersama manusia sejak dilahirkan. Sikap adalah nur atau cahaya dan roh yang ada dalam jasad manusia. Edwards (1975) pula menghubungkan sikap dengan penilaian perasaan atau rasa suka dan

58 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

tidak suka, atau dengan pengertian jelas kesan positif atau negatif adalah disebabkan oleh objek psikologi yang khusus. Apabila individu itu suka ataupun tidak, bersetuju ataupun tidak pada apa jua perkara, individu itu dikatakan mempunyai perlakuan positif dan negatif pada perkara itu. Menurut Aminah (2004), dalam kajiannya mendapati sikap pelajar Melayu terhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila didapati 73 peratus tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung pada guru.(Utusan Malaysia, 17 Jun 2008) Katz (1960) membincangkan fungsi sikap dengan panjang lebar dan beliau berpendapat fungsi sikap boleh dikaitkan dengan perubahan sikap. Beliau berpendapat sikap boleh berubah dengan adanya insentif dan denda. Berikutnya, beliau mengemukakan empat fungsi perubahan sikap iaitu fungsi intrumental, fungsi ego-penahanan, fungsi nilai ekspresif dan fungsi pengetahuan. Semua fungsi sikap ini kuat mempengaruhi perubahan sikap individu. Terdapat juga kajian yang menghubungkaitkan sikap dengan motif, termasuklah Schumann (1978), Brown (1981) dan Gardner (1985). Cooper dan McGaugh (1966) pula mengkaji hubungan di antara ideologi dan sikap. Bagi mereka, ideologi adalah sebagai sistem kognitif yang luas yang menentukan tabiat. Menurut Cohan (1966), sikap pelajar merupakan sesuatu faktor meramal pencapaian pelajar dalam pelajaran. Bagi Fishbein dan Ajzen (1978) teori sikap pada asalnya adalah kepercayaan (belief) dan attitute (sikap). Ia berkembang dengan menambah tingkahlaku (behaviour) yang harus diukur dengan mengaitkan subjek kepada kepercayaan yang menunjukkan persetujuan atau tidak setuju.

59 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN MINAT DAN SIKAP Kajian tentang minat Pengkaji bidang pendidikan negara kita telah lama mengkaji tentang faktor minat yang dihubungkaitkan dengan pecapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Kajian Antara Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Bacelor Bahasa Arab Arab Di IPTA Malaysia, oleh Mohd.Mansor Daud (2003), 62.5% pelajar tidak berminat mempelajari bahasa Arab. Hal ini kerana 45% daripada mereka melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Agama (Arab) kerana pilihan keluarga dan kebanyakan daripada mereka beranggapan bahawa bahasa Arab adalah susah. Dapatan kajian Zarin Ismail dan Abd.Halim Tamuri (2006), menunjukkan bahawa minat pelajar-pelajar terhadap bahan-bahan media massa yang berbentuk Pandidikan Islam, pengetahuan am dan juga pendidikan memberi kesan yang positif terhadap pegangan nilainilai akhlak dan juga persepsi mereka kepada pengajaran Pendidikan Islam di sekolah mereka. Aiiri (2003), meninjau aspek minat pelajar terhadap Pendidikan Islam, dan mendapati 54.5% daripada pelajar mengatakan mereka kurang berminat terhadap subjek ini dan seramai 54.7% mengatakan subjek Pendidikan Islam membosankan mereka. Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa mereka tidak berminat dengan Pendidikan Islam kerana kurikulumnya yang sukar difahami serta faktor pengajaran guru yang bersifat satu hala (berpusatkan guru). Hadiah Senin (1997), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar

60 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di daerah Batu Pahat Johor mendapati pelajar-pelajar yang baik pencapaiannya dalam mata pelajaran sejarah adalah pelajar yang mempunyai minta terhadap mata pelajaran tersebut.

Kajian Tentang Sikap Che Basar (1986), yang menjalankan kajian tentang sambutan dengan keberkesanan Pendidikan Islam di Kolej Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah mendapati 77.7 peratus pelajar menunjukkan sikap positif dan yang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Hanya sedikit sahaja pelajar yang ponteng kelas Pendidikan Islam kerana terlibat dengan aktiviti luar. Dalam kajian Abdullah Hassan (1987:653) mendapati kebanyakan rancangan pengajaran dan pembelajaran bahasa berhasil disebabkan oleh kesungguhan dan sikap pelajar

mempelajarinya lebih daripada apa yang diajarkan secara formal. Menurut Ismail Sini, pelajar yang baik dari segi kecerdikan, kecergasan dan tindak balasnya dapat memainkan peranan ke arah kejayaan program pembelajaran. Dapatan kajian oleh Ab.Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan Sulong (2003), bertajuk Antara Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab Di IPTA mendapati minta pelajar terhadap bahasa Arab adalah tinggi. Tetapi para pelajar tidak menunjukkan sikap yang selari dengan pengkhususan mereka. Neal et.al (1970), telah menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar gred enam dan gred lapan di sebuah pekan berhampiran St.Paul, Amerika Syarikat. Dapatan kajian mendapati menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pencapaian pelajar. Kajian tersebut juga mendapati salah satu sebab utama mengapa sikap

61 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

positif terhadap mata pelajaran amat diperlukan ialah kesan sikap demikian memberi kesan motivasi kepada pelajar. Jika seseorang

mempunyai sikap positif terhadap sesuatu mata pelajaran, mereka akan mempelajari pelajaran tersebut dengan lebih mendalam.

METODOLOGI KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan kombinasi antara kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif digunakan untuk meninjau tentang faktor-faktor pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, sementara kaedah kualitatif digunakan untuk mendapat respon di kalangan pelajar tentang kekuatan sesuatu faktor yang tersenarai. Antaranya faktor minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini dijalankan secara kajian tinjauan dan kaedah temu bual separa berstruktur. Maklumat kajian diperoleh melalui soal selidik. Kaedah tinjauan adalah satu sistem mengumpul data untuk menghurai, membanding atau menjelaskan pengetahuan, sikap atau amalan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima Bagi menjawab persoalan ini, pengkaji mendapati bahawa tahap pencapaian pelajar adalah pada tahap sederhana baik. Hal ini menyokong kajian Robiah Sidin (1994) yang menyatakan semakin tinggi markah yang diperolehi semakin dekat seseorang mencapai tahap yang cemerlang. Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian pelajar

62 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima bagi lima buah sekolah adalah pada tahap yang baik.

Jadual 1: Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam __________________________________________________________ Tahap Cemerlang Frekuensi Peratus 23 11.5 28 14.0 Baik 42 21.0 37 18.5 Sederhana 24 12.0 14 7.0 Lemah 13 6.5 09 4.5 Gagal 10 5.0 Jumlah 200 100 __________________________________________________________ Gred 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G

Jadual 1 jelas menunjukkan daripada 200 orang pelajar, terdapat 51 orang pelajar atau (25.5%) pelajar mencapai tahap cemerlang dalam mata pelajaran ini. Manakala seramai 79 orang pelajar (39.5%) mencapai tahap yang baik. Bagi tahap sederhana terdapat 38 orang (19%) pelajar mencapai tahap tersebut. Manakala terdapat 22 orang pelajar (11.0%) mendapat gred yang lemah dan 10 orang pelajar

mendapat gred gagal 9G dengan (5.0%). Kesimpulannya, jika melihat kepada peratusan tersebut dapat dirumuskan bahawa tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam peringkat SPM untuk lima buah sekolah tersebut masih berada pada tahap yang baik.

63 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Tahap minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima Antara tujuan kajian ialah untuk melihat minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Jadual 2 menunjukkan min dan sishan piawai bagi tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

Jadual 2: Min dan Sisishan Piawai Tahap Minat Pelajar Dalam Pendidikan Islam ________________________________________________________Item Min S.P _____________________________________________________________________ 1. Berminat mempelajari P.I. 4.54 .64 2. Gembira berpeluang mempelajari PI 4.60 .61 3. Saya suka belajar PI 4.43 .64 4. PI memberi kesan dalam hidup 4.47 .64 5. PI penting sebagai pedoman 4.72 .53 6. Aspek TL sebab keputusan Merosot 3.55 1.21 7. PI amat membosankan 4.39 .80 Min Keseluruhan 4.38 .47

___________________________________________________________

Jadual 2 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai minat pelajar terhadap pendidikan Islam. Soal selidik yang digunakan mempunyai skala Likert lima point dari 1 hingga 5. Kesemua item dalam instrumen mengukur minat ini mempunyai min yang tinggi dengan julat 4.39 hingga 4.72 serta min dan sisihan piawai keseluruhan ialah masing-masing 4.38 dan .47. Keputusan ini menunjukkan bahawa tahap minat pelajar adalah pada aras yang tinggi. Dapatan ini menggambarkan bahawa pelajar masih lagi bersetuju mengatakan bahawa mereka

64 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

berminat untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Melalui temubual dengan responden, responden 1 mengatakan; saya berminat mempelajari pendidikan Islam..kerana saya berminat mempelajari Islam. Sebagai seorang Islam saya mestilah patuh dengan ajaran Islam...diam ehem...saya juga berminat sebab saya rasa saya perlu belajar agama Islam. Kenyataan responden 2; minat...beliau menjawab dengan yakin dan menambah seminatminatnya. sebab belajar pendidikan Islam mudah difahami, mudah nak skor dan kerana ia berkaitan dengan agama kita sendiri...bukan kerana nak lulus exam sahaja. sebab dapat belajar sesuatu yang baru yang kita tidak tahu, jadi kalau ustaz dan ustazah mengajar atau sesiapa sahaja, memang saya minat...contoh dalam tingkatan lima, saya boleh belajar tentang bab perkahwinan..saya memang absolutely minat dan happy.... Minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam bukan hanya sekadar untuk lulus dalam peperiksaan SPM tetapi mereka berminat kerana mereka berasa mempelajari Pendidikan Islam adalah sebagai satu kewajipan untuk belajar tentang agama Islam itu sendiri. Hal ini amat penting dalam suasana masyarakat kita terutama sekali pelajar sekarang yang banyak terlibat dalam perkara-perkara kebejatan sosial seperti yang disebut oleh Abdul Halim dan Khadijah (2003), pernah menyatakan: Tidak dapat dinafikan masalah keruntuhan akidah dan sosial seperti gejala murtad, keruntuhan akhlak, zina, rogol serta kegagalan remaja Islam untuk melaksanakan tuntutan asas sebagai seorang muslim telah menimbulkan pelbagai pandangan dan persepsi di kalangan masyarakat terhadap Pendidikan Islam amnya dan guru-guru Pendidikan Islam khususnya.

65 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Jadual 3 menunjukkan min dan sishan piawai bagi sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

Jadual 3: Min dan Sisishan Piawai Sikap Pelajar Dalam Pendidikan Islam _________________________________________________________Item 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Min S.P 4.14 4.42 4.05 4.35 3.93 3.06 4.37 4.04 .73 .72 .77 .73 .85 .76 .88 .78

_________________________________________________________PI menarik minat saya Azam untuk dapat A Mengambil bahagian aktif Ingin mempelajari PI Lebih mendalam Saya melengkapkan nota BM lebih seronok dari PI Datang sekolah lebih seronok kalau tidak ada PI Min Keseluruhan

________________________________________________________

Jadual 3 menunjukkan taburan min dan sisihan piawai sikap pelajar terhadap pendidikan Islam. Soal selidik yang digunakan mempunyai skala Likert lima point dari 1 hingga 5. Kesemua item dalam instrumen mengukur sikap ini mempunyai min yang tinggi dengan julat 3.06 hingga 4.37 serta min keseluruhan ialah 4.04. Dapatan ini menunjukkan bahawa, pelajar mempunyai sikap yang sangat positif dengan mata pelajaran Pendidikan Islam. Mereka masih lagi besikap positif dan berinisiatif untuk belajar Pendidikan Islam. Para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti Pendidikan

Islam, berazam untuk mendapat Gred A, ingin mendalami Pendidikan

66 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Islam malah mereka tidak berasa bosan untuk mempelajari Pendidikan Islam. Kenyataan ini disokong oleh jawapan responden 1; bagi saya tidak...tidak membosankan.

Dengan yakin dan tengok muka saya bila ditanya tentang azam untuk mendapat gred A. Kenyataan responden; ada.

Kenyataan responden 2; Ada, selalu,..tetapi sekali sahaja saya gagal iaitu pada tahun lepas, dapat 38 markah.

Apabila disoal tentang adakah subjek Pendidikan Islam amat membosankan? ......er..terpulang kepada orang yang mengajar contoh kalau guru masuk, hanya baca buku sahaja, itu memang bosanlah...sebab kita tidak faham apa yang dia ajar...tapi keseluruhannya saya rasa subjek ini tidak membosankan...bosan atau tidak melihat kepada penyampaian guru.

67 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Hubungan minat dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima Untuk mengenalpasti hubungan minat dan sikap pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima, ujian korelasi Pearson- r di gunakan. Keputusan ujian tersebut adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Keputusan ujian Korelasi pemboleh ubah minat dan sikap dengan pencapaian pelajar __________________________________________________________ Pembolehubah Pencapaian Pendidikan Islam ____________________________________________________ r p Minat Sikap 0.109 0.144* 0.123 0.042

__________________________________________________________ r = korelasi pearson *signifikan 2 hala p < 0.05 p = signifikan

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4, dapatan kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ( r = 0.109, p > 0.05). Dapatan ini menyokong kajian Mc Clelland et

al.(1953), yang mengatakan ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang murid yang berminat dengan mata pelajaran Sains, tetapi malas untuk membuat kajian sains tidak akan berjaya menjadi seorang ahli sains.

68 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Namun terdapat kajian yang menentang pendapat ini. Hal ini ditunjukkan melalui kajian Hadiah (1997) dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di daerah Batu Pahat Johor mendapati pelajar-pelajar yang baik pencapaiannya dalam mata pelajaran sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat terhadap mata pelajaran tersebut. Dapatan kajian Zarin dan Ab. Halim (2006), menunjukkan bahawa minat pelajar-pelajar terhadap bahan-bahan media massa yang berbentuk Pandidikan Islam, pengetahuan am dan juga pendidikan memberi kesan yang positif terhadap pegangan nilai-nilai akhlak dan juga persepsi mereka kepada pengajaran Pendidikan Islam di sekolah mereka. Hal ini juga bertentangan dengan dapatan temubual iaitu

responden telah menyatakan faktor minat telah mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Min tertinggi bagi setiap item adalah 4.72 di mana para pelajar mempunyai minat yang amat tinggi atau amat bersetuju mengatakan bahawa Pendidikan Islam penting sebagai pedoman hidup mereka. Kenyataan responden 2, apabila ditanya tentang adakah Pendidikan Islam memberi kesan dalam hidup?. Responden menjawab,ya...memberi kesan yang baik dalam hidup saya...contoh kepentingan solat...insya Allah saya akan lakukan lima waktu...a...apa lagi ya...adab dengan orang tua, alam sekitar...jadi Pendidikan Islam ni mengajar kita. Walaupun dapatan kajian mendapati tidak ada hubungan yang signifikan antara faktor minat dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam, namun kalau kita melihat dari segi teorinya, minat akan lahir daripada perasaan dalaman

69 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

yang mungkin mempengaruhi pergerakan dan akan mengubah sikap seseorang. Seseorang yang berminat sudah semestinya mempunyai Minat juga biasanya

motivasi dalaman untuk mempelajari sesuatu.

berkait rapat dengan sikap seseorang di mana sikap biasanya dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti minat dan kecenderungan yang mana minat inilah yang akan melahirkan cara berfikir dan bertindak seseorang. Dalam hal ini, mengapa minat tidak mempunyai hubungan signifikan dengan pencapaian pelajar.

Hubungan sikap dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima Dapatan kajian dari Jadual 4 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam (r = 0.144, p < 0.05). Walau

bagaimanapun hubungan tersebut adalah pada tahap yang lemah. Dapatan ini menyokong kajian oleh Neal. et al. (1970), yang telah menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar gred enam dan gred lapan di sebuah pekan berhampiran St.Paul, Amerika Syarikat. Dapatan

kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pencapaian pelajar. Kajian tersebut juga mendapati salah satu sebab utama mengapa sikap positif terhadap mata pelajaran amat diperlukan ialah kesan sikap demikian memberi kesan motivasi kepada pelajar. Jika seseorang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu mata pelajaran, mereka akan mempelajari pelajaran tersebut dengan lebih mendalam. Naele (1943), dalam kajiannya mendapati salah satu faktor utama sikap positif amat diperlukan dalam pembelajaran ialah kerana sikap sedemikian memberi kesan motivasi kepada pelajar.

70 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Dapatan ini juga selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Chakravathy (1969), terhadap pelajar-pelajar Melayu di Sekolah Menengah Alam Shah yang mendapati tardapat kaitan antara sikap dengan pencapaian pelajar. Kajian beliau mendapati sikap pelajar aliran sastera mempunyai pertalian yang signifikan antara sikap dengan pencapaian manakala bagi pelajar aliran sains pula tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pencapaian. Dapatan ini bertentangan dengan kajian oleh Ahmad Yunus (2002), telah mendapati sikap pelajar Islam sendiri terhadap mata pelajaran Tasawwur Islam kurang membantu dalam membina peribadi muslim sejati.

RUMUSAN Berdasarkan dapatan kajian dan persoalan kajian jelas

menunjukkan bahawa, didapati tahap pencapaian pelajar untuk mata pelajaran Pendidikan Islam adalah pada tahap baik. Pelajar juga didapati sangat berminat dan mempunyai sikap yang sangat positif terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini juga mendapati pembolehubahpembolehubah yang dikaji iaitu minat tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar manakala faktor sikap mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pemboleh ubah ini perlu dipupuk supaya pencapaian mereka dalam pendidikan Islam lebih memberangsangkan.

IMPLIKASI DAN CADANGAN Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlulah dipertingkatkan lagi supaya pemupukan minat dan sikap pelajar dapat dikekalkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal

71 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

ini sekaligus dapat membantu pencapaian cemerlang pelajar Melayu Muslim. Kajian ringkas ini mendapati bahawa, sikap pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar berbanding minat. Justeru kajian sebegini perlu dilakukan untuk mencari punca sebenar faktor-faktor yang mempengaruhi pancapaian mereka agar dengan itu kemelut kemerosotan pencapaian mereka dapat diatasi. Daripada kajian yang dijalankan, penyelidik mencadangkan beberapa perkara seperti berikut:

Pemilihan Sampel Pemilihan sampel untuk kajian ini hendaklah diperluas supaya dapat memberikan jawapan yang signifikan pada setiap persoalan kajian. Pemilihan sampel juga boleh diperluaskan ke semua sekolah yang ada di bahagian Samarahan supaya dapatan kajian dapat memberi input kepada khalayak yang lebih besar dan digeneraslisasikan. Pemilihan sampel juga perlu mengambil kira aspek ciri-ciri yang mewakili populasi. Sampel juga perlu diberi penerangan yang rapi supaya mereka menjawab soal selidik dengan ikhlas, bersungguhsungguh dan bukan sambil lewa. Hal ini akan memberi kesan kepada dapatan kajian yang dihasilkan.

Pihak Berwajib (Jabatan Pelajaran Sarawak dan Kementerian Pelajaran Malaysia) Penyelidik mencadangkan agar pihak berwajib ini dapat menyediakan modul-modul yang lebih efektif untuk pengajaran dan pembelajaran supaya murid lebih berminat mempelajari mata pelajaran

72 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

Pendidikan Islam. Penyediaan bahan bantu mengajar yang interaktif telah terbukti menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran ini. Pengkaji juga mencadangkan supaya, sukatan pelajaran bagi subjek ini dikurangkan supaya guru dapat menjelaskan secara terperinci tentang sesuatu konsep yang diajar. Peruntukan masa bagi pengajaran Pendidikan Islam perlu dipertimbangkan dan difikirkan kewajarannya dengan sukatan pelajaran yang begitu padat. Keadaan ini ditambah pula dengan tanggungjawab guru Pendidikan Islam perlu diambil perhatian oleh pihak pentadbir supaya mereka dapat menjalankan fungi yang sebenarnya. Pemilihan guru untuk mengajar subjek Pendidikan Islam juga harus diambil kira sama ada dari segi kemahiran dan sahsiahnya.

Pihak Sekolah Dan Guru Pendidikan Islam Dapatan kajian menunjukkan bahawa minat tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini bertentangan dengan beberapa kajian yang menyatakan semakin tinggi minat seseorang semakin tinggi pencapaian dalam sesuatu mata pelajaran. Jika dilihat daripada segi teorinya (Woolfolk 1998), mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspekaspek yang dikatakan telah mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang. Namun tidak dinafikan kadang-kadang minat tidak selari dengan sikap sseorang. Ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang murid yang berminat dengan mata pelajaran Sains, tetapi malas untuk membuat kajian sains tidak akan berjaya menjadi seorang ahli sains. Pengkaji berpendapat bahawa hal ini berlaku disebabkan kecuaian responden ketika menjawab soalan yang berkaitan dengan minat.

73 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima

RUJUKAN: Abd.Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. (2003). Antara Minat Dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Ke as Pelajar Bacelor Bahasa Arab Di IPTA Malaysia. Wacana Pendidikan Islam (Siri 5). Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Adnan Yusoop (2002). Kurikulum Pendidikan Islam Semakan KBSR & KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. Aminah (2008). Utusan Malaysia. (16 Jun 2008). Biggs, J.B. (1987). Teaching for learning: The view from cognitive psychology. Victoria: The Australian Council for Educational Research Ltd. Chakravathy. (1969). A. Study of attitudes of Malayan students towards mathematic. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya. Hadiah Senin (1997). Faktor-Faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mc Clelland et al. (1953). The achievement motive. New York : Appleton CenturyCrofts. Robiah Sidin (1994). Pendidikan Di Malaysia. Cabaran Untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Utusan Malaysia (2008). 16 Jun 2008. Woolfolk A. (1998). Educational psychology. (8 th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

74 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008