tajuk forum (senarai semak)

Upload: mohdnasir-salim

Post on 03-Apr-2018

291 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Tajuk Forum (Senarai Semak)

    1/3

    TAJUK-TAJUK FORUM

    SUBJEK : KURIKULUM

    1. Huraikan kekuatan dan kelemahan Kuriklum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) berbanding

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?

    2. Adakah matlamat pendidikan selepas merdeka telah dapat dicapai? Bincangkan.

    3. Bincangkan kepentingan Tunjang Sains dan Teknologi dalam KSSR.

    4. Huraikan kepentingan Modul Teras Tema dalam organisasi KSSR.

    5. Bagaimanakah guru dapat mengintegrasikan antara pengalaman dalam bilik darjah dengan

    pengalaman luar bilik darjah dalam mata pelajaran pengkhususan anda.

    6. 'Guru Sebagai Sumber Ilmu' vs 'Guru Sebagai Fasilitator' Bincangkan dalam konteks pelaksanaan

    KBSR/KSSR.

    7. Huraikan bagaimana elemen Kreativiti dan Inovasi diintegrasikan dalam mata pelajaran di sekolah

    rendah.

    8. Beri justifikasi kepentingan penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

    sekolah rendah.

    9. Bincangkan kesan aspek psikologikal dalam bilik darjah KBSR/KSSR.

    10. Mengapakah perlu dilaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam KSSR?

    Bincangkan.

    SUBJEK : KANAK-KANAK OKU

    1. Sebagai seorang guru, bincangkan simptom kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi

    masalah dalam pembelajaran.

    2. Pendidikan khas di Malaysia melalui tiga fasa perkembangan. Pada pendapat anda fasa manakah

    yang betul memberi makna kepada kanak-kanak pendidikan khas bagi kategori bermasalah

    pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.

    3. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai adalah mereka yang secara tradisinya dianggap

    kanak-kanak yang mempunyai masalah mental yang cukup berat di mana mereka menghadapi

    kesulitan dalam pergerakan dan masalah dalam tingkah laku. Bincangkan dalam konteks punca

    berlaku kecacatan dan langkah-langkah pencegahan bagi kanak-kanak kategori pelbagai

    kecacatan yang anda ketahui.

  • 7/29/2019 Tajuk Forum (Senarai Semak)

    2/3

    4. Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 menyatakan guru-guru boleh mengubah suai

    kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan

    Khas. Bincangkan konsep pengubahsuaian kaedah dan teknik dalam pendidikan khas

    SUBJEK : KREATIVITI KANAK-KANAK

    1. Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rigid. Adakah anda

    setuju dengan kenyataan ini.

    2. Bagaimanakah imaginasi kanak-kanak dapat direalisasikan dalam kehidupan harian?

    3. Aktiviti seni adalah untuk kanak-kanak yang kurang berminat belajar. Bincangkan.

    4. Penilaian seni penting untuk mengesan perkembangan holistik kanak-kanak. Bincangkan.

    SUBJEK : SIMANTIK

    1. Semantik merupakan satu kajian makna kata. Kajian makna ini perlu dipelajari oleh pelajar

    memandangkan kepentingan bidang ini dalam memberi tafsiran yang pelbagai bagi sesuatu kata.

    Bincangkan kepentingan semantik dalam P&P di sekolah.

    2. Semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapatmenghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpada. Berdasarkan pernyataan tersebut,bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat menghuraikan maknayang sebenar berbanding semantik.

    3. Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna.

    4. Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasakiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam

    kalangan murid di dalam bilik darjah. Beri cadangan anda dalam mempertingkatkan pengajaranperibahasa di sekolah.

    5. Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontektual

    6. Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Beri ulasan anda sejauh manakahbidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

  • 7/29/2019 Tajuk Forum (Senarai Semak)

    3/3

    SUBJEK : KESUSASTERAAN

    1. Jelaskan apa yang anda faham dengan konsep kaum dan bangsa Melayu.

    2. Pada penilaian anda kenapa suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat mempelajari

    bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu tetapi tidak pada hari ini.

    3. Budaya popular dikatakan mengugat identiti dan jati diri bangsa. Hujahkan.

    4. Pada penilaian anda, mampukah bahasa dan kesusasteraan Melayu memainkan peranannya

    dalam kegiatan ekonomi.

    5. Setujukah anda jika dikatakan majlis perkahwinan telah dikomersialkan. Beri hujah anda dengan

    mengemukakan bukti-bukti yang sesuai.