pembangunan bahan e-pembelajaran matematik … · aplikasi ‘jcross’ iaitu kuiz dalam bentuk...

27

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para
Page 2: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para
Page 3: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK BERASASKAN

MOODLE BERTAJUK ‘STANDARD FORM’, ‘PROBABILITY 1’ DAN ‘LINES

AND PLANES IN 3-DIMENSIONS’

NURUNNAJWA BINTI MOHD NAZMI

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

ii

Page 5: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

iii

DEDIKASI

Buat abah dan mak,

Mohd Nazmi Rohani & Siti Buniah Nasiran,

Doa restumu sentiasa mengiringi daku….

Pengorbananmu ku sanjung tinggi….

Buat abang dan adik-adikku,

Zulfahmi,

Mohammad Zukhair, Mohammad Afham,

Aiman Alif & Ahmad Ajmal Hasif,

Gapailah impian dan kejayaan setinggi mungkin….

Buat rakan-rakan UTM,

Kenangan bersamamu terpahat kukuh di ingatan…

Page 6: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia

dan izinnya dapat saya menyiapkan projek pembangunan bahan e-pembelajaran

Matematik berasaskan MOODLE bertajuk ‘Standard Form’, ‘Probability 1’ dan ‘Lines

And Planes In 3-Dimensions’ ini.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia saya, PM Dr. Zaleha

Binti Ismail atas tunjuk ajar dan bimbingan serta keprihatinan beliau ke atas usaha saya

menyiapkan projek ini. Juga penghargaan ini dirakam untuk kedua orang tua saya yang

banyak memberikan sokongan moral sepanjang masa.

Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu

secara langsung dan tidak langsung sepanjang penghasilan projek ini. Jasa kalian semua

tidak akan dapat dilupakan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Sekian…

Page 7: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

v

ABSTRAK

Pembelajaran yang berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang

berkesan kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar dan

menekankan konsep kolaborasi. Projek e-pembelajaran ini telah memilih satu sistem

pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic

Learning Environment). Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya

menyokong prinsip konstruktivisme sosial yang mana guru dan pelajar saling

berinteraksi menerusi sumber dan aktiviti. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk

‘Standard Form’, ‘Probability 1’ dan ‘Lines And Planes In 3-Dimensions’ ini

menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan Sukatan

KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah Teacher’s

Note, Students’ Lesson, Quiz, Assignment, Forum, Chat dan Journal. Teacher’s Note

disediakan dalam dua bentuk iaitu HTML dan powerpoint sebagai alternatif kepada guru

semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Students’ Lesson pula

disediakan dalam bentuk interaktif yang mana pelajar boleh berinteraksi terus

dengannya. Quiz yang disokong dengan pangkalan data membenarkan guru dan pelajar

mengikuti prestasi pelajar apabila markah, tempoh masa, kekerapan penggunaan boleh

diperoleh. Manakala Forum, Chat dan Journal disediakan untuk memberi ruang

kolaborasi kepada guru dan pelajar yang mana komunikasi dua hala dibenarkan. Projek

yang menggunakan model rekabentuk intruksi bersistem ADDIE ini diharap dapat

digunakan oleh pelajar untuk membantu mengatasi masalah kekurangan guru dan

membolehkan pelajar berdikari dalam pembelajaran mereka.

Page 8: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

vi

ABSTRACT

The web-based learning can be regarded an effective alternative, as this method

enables students and emphasizing on collaborative learning. This e-learning project

chooses the management system MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic

Learning Environment). This system is appropriate as the design supports the social

constructivism where teachers and students can interact via source and activity. The e-

learning content for ‘Standard Form’, ‘Probability 1’ and ‘Lines And Planes In 3-

Dimensions’ provided sorts of source and learning activity based on Integrated

Curriculum for Secondary Schools (KBSM). The types of activities meant by

MOODLE are Teacher’s Note, Students’ Lesson, Quiz, Assignment, Forum, Chat and

Journal. Teacher’s Note is provided in two types, in HTML and PowerPoint as an

alternative for teacher in teaching and learning process. While for Students’ Lesson is

provided in interactive way where students can interact in virtual community. For Quiz,

is supported by database that allows teacher and students knowing their achievement

when marks, time and the usage can be achieved. While Forum, Chat and Journal is

provided to give collaborative space for teacher and student that enables two way

communications. This project that used instructional model design ADDIE is might be

used for students to solve limited teacher and enables to be independent in their learning

process.

Page 9: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiv

xvii

xviii

1

3

6

7

8

8

Page 10: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

viii

2

1.5.2 Guru

1.5.3 Sekolah

1.5.4 Ibu bapa dan Masyarakat

1.6 Skop Projek

1.7 Kerangka Teori Projek

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Pelajar

1.8.2 Pengajaran

1.8.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.8.4 Web Portal Pendidikan

1.9 Penutup

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 E-Pembelajaran

2.2.1 Kebaikan E-Pembelajaran

2.3 E-pembelajaran Matematik Di Luar Negara

2.4 E-pembelajaran Matematik Di Dalam Negara

2.5 Sistem Pengurusan Kursus – Sumber Terbuka

2.6 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Kursus – MOODLE

2.6.1 Rangka Keseluruhan MOODLE

2.6.2 Pengurusan Laman Web

2.6.3 Pengurusan Pengguna

2.6.4 Pengurusan Kursus

2.6.4.1 Modul Tugasan

2.6.4.2 Modul ‘Choice’

2.6.4.3 Modul Jurnal

2.6.4.4 Modul Pembelajaran

2.6.4.5 Modul Kuiz

2.6.4.6 Modul Tinjauan

9

9

9

10

11

12

13

13

13

13

14

15

16

18

20

22

25

26

27

28

28

29

30

31

31

31

32

32

Page 11: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

ix

3

2.6.4.7 Modul ‘Chat’

2.6.4.8 Modul Forum

2.6.4.9 Modul Glossari

2.7 Kajian Berkaitan Dengan Pembelajaran Matematik

2.7.1 Kesukaran Bagi Tajuk ‘Standard Form’

2.7.2 Kesukaran Bagi Tajuk ‘Probability I’

2.7.3 Kesukaran Bagi Tajuk ‘Lines and Planes

In 3-Dimensions’

2.8 Penutup

PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan

3.2 Kaedah Perlaksanaan

3.2.1 Analisis

3.2.1.1 Analisis Terhadap Pengguna

3.2.1.2 Analisis Kesalahan Lazim

3.2.2 Rekabentuk

3.2.3 Pembangunan

3.2.3.1 Permulaan Pembangunan Web

Portal

3.2.3.2 Pembangunan Bahan Sumber

3.2.3.3 Pembangunan Bahan Aktiviti

(Students’ Lesson)

3.2.3.4 Pembangunan Bahan Aktiviti

(Quiz)

3.2.3.5 Pembangunan Bahan Aktiviti

(Hot Potatoes Quiz)

3.2.3.6 Pembangunan Bahan Aktiviti

(Assignment)

3.2.3.7 Pembangunan Bahan Aktiviti

32

33

33

33

35

36

37

38

39

39

41

41

42

45

52

53

54

55

56

57

58

59

Page 12: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

x

4

(Forum)

3.2.3.8 Pembangunan Bahan Aktiviti

(Chat)

3.2.3.9 Pembangunan Bahan Aktiviti

(Journal)

3.2.4 Perlaksanaan

3.2.5 Penilaian

3.3 Penutup

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN

4.1 Pengenalan

4.2 Bahan E-Pembelajaran: Web Portal Matematik

4.2.1 Skrin ‘Login’

4.2.2 Skrin ‘Main Menu’

4.2.3 Rekabentuk Topik ‘Standard Form’

4.2.3.1 Bahan Pengajaran Guru

4.2.3.2 Bahan Pembelajaran Pelajar

4.2.3.3 Kuiz Dan Latihan Ulangkaji

4.2.3.4 Tugasan

4.2.3.5 Forum Dan Perbincangan

4.2.3.6 Jurnal

4.2.4 Rekabentuk Topik ‘Probability 1’

4.2.4.1 Bahan Pengajaran Guru

4.2.4.2 Bahan Pembelajaran Pelajar

4.2.4.3 Kuiz Dan Latihan Ulangkaji

4.2.4.4 Tugasan

4.2.4.5 Forum Dan Perbincangan

4.2.4.6 Jurnal

4.2.5 Rekabentuk Topik ‘Lines And Planes In 3-

Dimensions’

60

60

61

61

62

64

64

65

67

67

68

70

71

73

74

75

75

76

78

79

81

81

82

82

Page 13: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

xi

5

4.2.5.1 Bahan Pengajaran Guru

4.2.5.2 Bahan Pembelajaran Pelajar

4.2.5.3 Kuiz Dan Latihan Ulangkaji

4.2.5.4 Tugasan

4.2.5.5 Forum Dan Perbincangan

4.2.5.6 Jurnal

4.3 Penutup

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Kebaikan Web Portal

5.4 Kelemahan Web Portal

5.5 Masalah-masalah Yang Dihadapi

5.6 Cadangan Bagi Mengatasi Masalah

5.7 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN A

83

85

86

87

87

88

89

90

90

91

93

94

95

96

98

102

Page 14: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

2.1 Sebahagian dari inventori terhadap kandungan Human

Computer Interaction

23

2.2 Dapatan Kajian 24

3.1 Analisis kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar

bagi tajuk ‘Standard Form’, ‘Probability 1’ dan

‘Lines And Planes In 3-Dimensions’

42

3.2 Analisis kesalahan lazim bagi membantu

menyelesaikan masalah yang melibatkan tajuk

‘Standard Form’, ‘Probability 1’ dan ‘Lines And

Planes In 3-Dimensions’

44

3.3 Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran Yang

Perlu Dicapai Selepas Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Bagi Topik ‘Standard Form’.

46

3.4 Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran Yang

Perlu Dicapai Selepas Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Bagi Topik ‘Probability 1’.

47

3.5 Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran Yang

Perlu Dicapai Selepas Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Bagi Topik ‘Lines And Planes In 3-

Dimensions’.

48

3.6 Jadual Yang Terdiri Daripada Item-Item Soalan,

Jawapan, Maklum balas dan Miskonsepsi Bagi Kuiz

49

Page 15: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

xiii

Bagi Tajuk ‘Standard Form’.

3.7 Jadual Yang Terdiri Daripada Item-Item Soalan,

Jawapan, Maklum balas dan Miskonsepsi Bagi Kuiz

Bagi Tajuk ‘Probability I’.

50

3.8 Jadual Yang Terdiri Daripada Item-Item Soalan,

Jawapan, Maklum balas dan Miskonsepsi Bagi Kuiz

Bagi Tajuk ‘Lines and Planes In 3-Dimensions’.

51

Page 16: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori Projek 11

3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 40

3.2 Skrin ‘Edit Profile’ 53

4.1 Skrin ‘login’ 65

4.2 Skrin ‘New account’ untuk pengguna baru yang

ingin mendaftarkan diri untuk mengakses sistem

web portal

66

4.3 Skrin yang menunjukkan web portal

‘Mathematics Form 4’ di dalam sistem

MOODLE

66

4.4 Skrin ‘main menu’ keseluruhan web portal 67

4.5 Skrin bagi tajuk ‘Standard Form’ yang

diletakkan di ruangan pertama di dalam web

portal

68

4.6 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Standard

Form’ dalam bentuk HTML

69

4.7 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Standard

Form’ dalam bentuk Power Point

69

4.8 Contoh skrin nota pembelajaran pelajar yang

mengemukakan soalan untuk mencungkil idea

asal pelajar.

71

4.9 Contoh skrin nota pembelajaran pelajar yang 71

Page 17: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

xv

memaparkan jawapan terhadap jawapan daripada

soalan yang dikemukakan

4.10 Skrin ‘Quiz’ untuk para pelajar bagi tajuk

‘Standard Form’

72

4.11 Skrin ‘Hot Potatoes Quiz’ yang menggunakan

aplikasi ‘JCloze’ iaitu kuiz dalam bentuk latihan

isi tempat kosong bagi tajuk ‘Standard Form’.

73

4.12 Skrin ‘Forum’ untuk para pelajar mengeluarkan

pendapat mereka mengenai tajuk ‘Standard

Form’

74

4.13 Skrin bagi tajuk ‘Probability 1’ yang diletakkan

di ruangan ketujuh di dalam web portal

76

4.14 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Probability 1’

dalam bentuk HTML

77

4.15 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Probability 1’

dalam bentuk Power Point

77

4.16 Skrin nota pembelajaran pelajar bagi tajuk

‘Probability 1’

79

4.17 Skrin ‘Quiz’ untuk para pelajar bagi tajuk

‘Probability 1’

80

4.18 Skrin ‘Hot Potatoes Quiz’ yang menggunakan

aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka

silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’

80

4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para pelajar mengeluarkan

pendapat mereka mengenai topik ‘Probability 1’

81

4.20 Skrin bagi tajuk ‘Lines And Planes In 3-

Dimensions’ yang diletakkan di ruangan

kesebelas di dalam web portal

83

4.21 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Lines And

Planes In 3-Dimensions’ dalam bentuk HTML

84

4.22 Skrin nota untuk guru bagi tajuk ‘Lines And 84

Page 18: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

xvi

Planes In 3-Dimensions’ dalam bentuk Power

Point

4.23 Skrin nota pembelajaran pelajar bagi tajuk ‘Lines

And Planes In 3-Dimensions’

85

4.24 Skrin ‘Quiz’ untuk para pelajar bagi tajuk ‘Lines

And Planes In 3-Dimensions’

86

4.25 Skrin ‘Hot Potatoes Quiz’ yang menggunakan

aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka

silangkata bagi tajuk ‘Lines And Planes In 3-

Dimensions ’

87

4.26 Skrin ‘Forum’ untuk para pelajar mengeluarkan

pendapat mereka mengenai topik ‘Lines And

Planes In 3-Dimensions’

88

Page 19: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

xvii

SENARAI SINGKATAN

ADDIE : Analysis, Design, Development, Implimentation, Evaluation

ALT : Advanced Learning Technology

HTML : HyperText Markup Language

ICT : Teknologi Komunikasi Maklumat (Information and

Communication Technology)

KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia

LAN : Local Area Network

MOODLE : Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment

OSS : Open Source Software

PIPP : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPSMI : Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

WAN : Wide Area Network

Page 20: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

xviii

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT

A Soalan Latihan Bersama Skema Jawapan

Latihan

102

Page 21: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada era millenium ini, semua orang berlumba-lumba untuk menjadikan diri dan

masyarakat mencapai kecemerlangan dalam segala aspek. Bidang pendidikan tidak

ketinggalan dalam persaingan sihat ini.

“Kita perlu ingat bahawa dalam dunia tanpa sempadan ini, anak-anak kita tidak

lagi bersaing sesama mereka di dalam Malaysia, sebaliknya bersaing dengan seluruh

masyarakat dunia.”

(YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussin, Perutusan tahun baru 2006)

Justeru dalam mengharungi persaingan dalam pendidikan ini, negara telah

melancarkan satu pelan bagi memartabatkan institusi pendidikan negara. Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Januari 2007 adalah semata-mata untuk

memastikan bidang pendidikan bertaraf tinggi di mata dunia. Ini kerana untuk

menjadikan sesebuah negara itu menjadi negara maju, bidang pendidikan adalah kunci

utamanya. Dengan pendidikan akan lahir seorang warga yang berilmu dan berkemahiran

tinggi untuk mengharungi dunia globalisasi ini.

Page 22: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

PIPP yang dilancarkan bersama enam teras ini iaitu Membina Negara Bangsa,

Membangunkan Modal Insan, Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Merapatkan Jurang

Pendidikan, Memartabatkan Profesion Perguruan, dan Melonjakkan Kecemerlangan

Institusi Pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2006

hingga 2010. Sejumlah RM23.198 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memastikan pelaksanaan program

pembangunan pendidikan berjalan lancar. Ini termasuk memastikan setiap sekolah

dibekalkan dengan kemudahan komputer dan internet, menaiktaraf semua sekolah dengan

mengambil kira infrastruktur, akses jalur lebar SchoolNet, TV pendidikan, Program

Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) serta pelbagai inisiatif

teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang lain untuk memberikan keselesaan kepada

para pelajar untuk belajar dalam suasana yang kondusif.

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, kementerian memperkenalkan

ICT dalam pendidikan meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru, termasuk

memperkenalkan projek ICT melalui pembekalan komputer sebagai aktiviti utama

penyediaan infrastruktur ICT. Usaha itu termasuk memperkenalkan projek Schoolnet

menjurus kepada penyediaan prasarana jalur lebar bagi capaian internet di semua sekolah

dan hasilnya, 9,285 sekolah dirangkaikan dan projek MySchoolNet yang menekankan

kepada pembudayaan internet dalam pembelajaran harian. Projek makmal

pengkomputeran membolehkan 5,037 sekolah dilengkapi 133,000 komputer sehingga

tahun lalu. Pada masa yang sama, TV pendidikan tetap diteruskan bagi membantu

pembelajaran di sekolah (Utusan Malaysia, 27 Januari 2007).

Rombakan besar-besaran ini sebenarnya untuk memastikan pelajar-pelajar

dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan ICT dengan baik,

berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya

menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Page 23: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

1.2 Latar Belakang

Bagi menunaikan hasrat negara menuju ke arah negara maju pada tahun 2020,

kecemerlangan dalam bidang pendidikan Matematik amat penting sekali. Ini kerana

Matematik sering dilihat sebagai wasilah dalam penerokaan sains dan teknologi,

penghubung antara sains tabii dengan alam tinggi, ilmu alat kepada ilmu-ilmu warisan,

keperluan asas dalam kehidupan bermasyarakat, penggilap akal dan minda serta menjadi

suatu pengukur kecerdasan insan. Matematik menjadi ilmu sepunya kepada banyak

bidang ilmu (Mat Rofa Ismail, 2004). Justeru adalah penting bagi seseorang pelajar yang

mendalami ilmu Matematik dapat memahami sepenuhnya konsep dan dapat

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dengan itu guru-guru perlu menjalankan

suatu pengajaran yang berkesan kepada pelajar-pelajar mereka. Menurut Esah Sulaiman

(2003), pengajaran itu hendaklah mengaplikasikan pelbagai kaedah mengajar untuk

memudahkan serta menanam minat untuk belajar di kalangan pelajar, pengetahuan yang

luas dan mendalam untuk membantu pelajar dalam pembelajaran mereka. Ternyata di

sini bahawa pengajaran yang berkesan itu juga adalah melibatkan pelajar-pelajar secara

aktif dalam pembelajaran iaitu dengan melakukan aktiviti, berbincang, mengemukakan

soalan, memberi pendapat dan lain-lain lagi di mana pelajar bukan sebagai pelajar yang

pasif.

Dengan penerapan teknologi dalam pendidikan Matematik menjadikan para

pelajar berminat untuk belajar secara aktif sekaligus dapat mencungkil potensi diri dalam

bidang berkaitan. Penggunaan teknologi interaktif ini akan menjadikan para pelajar tidak

bosan untuk belajar dan dapat menguasai ilmu yang dipelajari dengan berkesan. Menurut

Prairie (2005),

“ Today’s teacher can use technologies to support her choices of learning

theories. There is now no doubt that when technology is used in developmentally

appropriate ways, it can have have dramatic impact on learning.”

Page 24: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

Menurut Nik Azis Nik Pa (1989), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran

Matematik tradisional, para pelajar hanya diajar cara untuk menyelesaikan masalah yang

diberikan dengan langkah-langkah tertentu sahaja. Pelajar yang mengikut langkah guru

saja yang dianggap berjaya, manakala pelajar yang menggunakan langkah ciptaan sendiri

dianggap tidak berjaya. Keadaan ini sebenarnya telah membataskan tahap pemikiran

pelajar dan menjadikan pendidikan Matematik suatu perkara yang menggunakan hafalan

semata-mata. Justeru, perkara ini tidak harus dibiarkan kerana ia akan membataskan

hasrat Malaysia menuju ke arah negara maju. Sesebuah negara maju memerlukan

rakyatnya berfikiran terbuka, kreatif dan kritis bagi menghadapi cabaran globalisasi yang

semakin mencabar.

Justeru pendidikan Matematik telah diubah untuk meningkatkan mutu dan kualiti

bagi memastikan para pelajar memahami setiap konsep dalam ilmu Matematik untuk

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pendidikan yang berasaskan teknologi terkini

seperti penggunaan komputer dan internet telah diterapkan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran Matematik sama ada di dalam atau di luar kelas.

Menurut Lim et. al, (2003), kaedah alternatif pengajaran dan pembelajaran adalah

berasaskan web yang mana ia menggalakkan pelajar meneroka pengetahuan-pengetahuan

baru yang tidak mungkin diterima daripada sebuah kelas tradisional. Dengan wujudnya

penerapan teknologi dalam bidang pendidikan ini membolehkan para pelajar belajar

secara aktif dan berdaya saing. Menurutnya lagi sistem pembelajaran berasaskan web

adalah sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Sesungguhnya potensi web

dalam pendidikan ini amat luas. Menurut Prairie (2005),

“With technology children can draw and dictate or write their thoughts and

ideas. Curiculum web can be designed as a group in a software programme. Children

can identify what they know or what they want to explore. And these early

communication can be recorded, copied, displayed on a screen, or sent to others.....”

Page 25: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

Penggunaan teknologi seperti komputer dan internet akan menjadikan pelajar-

pelajar belajar secara aktif dan dapat berkongsi dan bertukar-tukar maklumat hasil

daripada penerokaan mereka ke alam cyber. Hal ini akan dapat menonjolkan

kemampuan mereka dalam pembelajaran selain meningkatkan lagi minat mereka

terhadap pelajaran. Teknologi ini juga menggalakkan para pelajar membuat keputusan

dalam penyelesaian masalah dan mengkehendakkan mereka berfikir secara kreatif dan

kritis.

Justeru projek “Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE bagi

Tajuk ‘Standard Form’, ‘Probability I’ dan ‘Lines And Planes In 3-Dimensions’” ini

diwujudkan bagi membantu para pelajar untuk belajar menerusi alam maya ini.

Pembangunan web portal ini menjanjikan bahan-bahan yang bermutu dan berkualiti serta

menarik untuk guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakannya.

Fokus utama penggunaan web portal ‘Standard Form’, ‘Probability I’ dan ‘Lines

And Planes in 3-Dimensions’ ini adalah berpusatkan pelajar dan pembelajaran adalah

lebih kepada pendekatan konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu pendekatan teori

pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif. Sebagai satu teori

pembelajaran, fokusnya adalah kepada keupayaan pelajar untuk membina makna dan

membentuk pembelajaran mereka. Prinsip konstruktivisme sesuai untuk e-pembelajaran

kerana ia berkait dengan pembelajaran berpusatkan pelajar (Faisal Mohamad et. al,

2002). Salah satu elemen dalam konstruktivisme adalah konstruktivisme sosial.

Konstruktivisme sosial menekankan pembelajaran bercorak berkumpulan, koperatif dan

kolaborasi. Konstruktivisme percaya bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial

di mana pelajar bertukar idea bersama rakan dalam kumpulan kecil atau kelas besar.

Dengan menggunakan web portal sebagai bahan pendidikan akan melatih para

pelajar supaya lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar dapat pengalaman secara

‘hands-on’ dalam mengendalikan web portal tersebut dan mereka dapat membuat latihan

Page 26: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

serta latih tubi berulangkali bagi meningkatkan kecekapan. Projek web portal yang

dilengkapi oleh ‘Resource’ (Sumber), ‘Lesson’ (Nota Pembelajaran), ‘Forum’, ‘Chat’

(Perbualan), ‘Assignment’ (Tugasan), ‘Quiz’ (Kuiz), ‘Exercise’ (Latihan), dan ‘Further

Information’ (Maklumat tambahan berkenaan tajuk pembelajaran) dan aktiviti-aktiviti

pembelajaran yang lain dapat melatih dan menjadikan para pelajar cekap untuk

mengendalikan bahan berteknologi ini. Selain itu, pendekatan ini sekaligus dapat

meningkatkan kefahaman para pelajar dan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh

guru di sekolah. Penggunaan laman web untuk pembelajaran juga akan menjadikan para

pelajar tidak segan untuk belajar dan ini dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap

sesuatu pembelajaran.

Rozinah Jamaluddin (2000) menyatakan pendapatnya bahawa web portal dapat

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai:

(a) Tutorial interaktif dengan memilih bahan yang sesuai berdasarkan kepada

kemasukan berterusan maklum balas pelajar dengan mengambil kira rekod

pelajar.

(b) Realiti maya yang boleh mensimulasikan keadaan sebenar.

(c) Pengajaran atau sumber yang dihasilkan dalam internet seperti World

Wide Web yang memberikan perkhidmatan 24 jam sehari.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah pembelajaran seperti kurangnya minat pelajar terhadap Matematik,

kesukaran pelajar memahami konsep Matematik, pembelajaran Matematik secara

berstruktur sebenarnya telah wujud sejak dahulu lagi dan ianya berterusan sehingga ke

hari ini. Sebagai contoh, terdapat pelajar melakukan kesilapan semasa pembundaran dan

membentuk angka bererti (Spooner, 2002), gagal menyelesaikan masalah yang berkaitan

Page 27: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN MATEMATIK … · aplikasi ‘JCross’ iaitu kuiz dalam bentuk teka silangkata bagi tajuk ‘Probability 1’ 80 4.19 Skrin ‘Forum’ untuk para

dengan kebarangkalian (Yudariah et.al, 2005) dan juga gagal untuk mengimaginasikan

sudut-sudut dalam bentuk 3-matra (Lau, 2007).

Di zaman serba moden ini, usaha-usaha ke arah pembaikan dalam pembelajaran

turut dijalankan dengan menggunakan teknologi komputer. Penggunaan sistem

pengurusan kursus MOODLE sebagai medium pembelajaran yang dinamik banyak

dijalankan di universiti dan sekolah menengah di luar negara, namun perkembangan

kursus ini belum lagi sampai di peringkat sekolah menengah di Malaysia.

Keupayaan MOODLE yang mampu menjanjikan suasana atau persekitaran

pembelajaran yang interaktif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik

boleh menarik minat pelajar untuk belajar dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

Menyedari kebaikan ini, satu projek web portal dilaksanakan supaya dapat menyediakan

bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan untuk mata pelajaran

Matematik tingkatan 4 bagi tajuk ‘Standard Form’, ‘Probability I’ dan ‘Lines and Planes

in 3-Dimensions’ dengan menggunakan perisian MOODLE.

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek pembangunan e-pembelajaran berasaskan MOODLE bagi

topik ‘Standard Form’, ‘Probability I’ dan ‘Lines and Planes in 3-Dimensions’ tingkatan

4 ini adalah untuk menghasilkan:

i. Bahan pengajaran guru

ii. Bahan pembelajaran pelajar

iii. Kuiz dan Latihan ulangkaji

iv. Tugasan

v. Forum dan perbincangan

vi. Jurnal pelajar