tajuk 7 sistem persekutuan - upm edutrain interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/tajuk...

24
TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

Upload: vuthien

Post on 08-Jun-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

TAJUK 7SISTEM PERSEKUTUAN

Konsep asas persekutuan

Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri

Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

Page 2: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

JENIS SISTEM PEMERINTAHAN

1. Kerajaan Persekutuan

• satu bentuk pembahagian kuasa di antara dua peringkatkerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

• Contoh: Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Australia

2. Kerajaan Kesatuan(unitary): satu bentuk penyusunan politikdengan segala kuasa tertumpu kepada kerajaan pusat.

• Kerajaan Pusat berkuasa penuh dalam undang-undang

• Negeri atau kerajaan tempatan tiada kuasa besar

• Contoh: Indonesia, Perancis

3. Kerajaan Gabungan/konfederasi

• kebanyakan kuasa tertumpu kepada kerajaan-kerajaannegeri/Kebanyakan kuasa pada Kerajaan negeri

Page 3: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

KONSEP PERSEKUTUAN

(Latin) – Fides : ikatan atau perjanjian sukarela di antara pihak yang

terlibat dalam membentuk negara

– Foedus : perjanjian, persetujuan atau perikatan

– K.C. Wheare - sistem persekutuan merujuk kepadasatu penyusunan politik dalam mana wujudnyadua peringkat kerajaan iaitu sebuah kerajaanpusat dengan dua atau lebih kerajaan negeri.Setiap kerajaan ini dihadkan bidang kuasa masing-masing, dan dalam pada itu mempunyai sifatsedarjat (co-equal) serta bebas daripada campurtangan antara satu sama lain.

Page 4: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

KONSEP PERSEKUTUAN

• Sistem yang merujuk kepada satu penyusunan politikdengan kewujudan dua peringkat kerajaan – sebuahKerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

• Kerajaan Negeri mempunyai sebahagian besar kuasayang bersifat tempatan seperti pengurusan sumber(tanah, air , perparitan)

• Kerajaan Persekutuan/Pusat mempunyai kuasa untukperkara-perkara yang bersifat umum sepertimenyediakan kemudahan am dan kebajikan sertamenjaga keselamatan; Pertahanan, Pendidikan, Keselamatan, Dasar Luar dll

Page 5: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN • Kebiasaannya mengamalkan sistem perlembagaan bertulis• Sempadan negeri dan persekutuan ditentukan dengan jelas• Pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis mengenai fungsi

kerajaan – sekurang-kurangnya satu bidang perkara bagi satu kerajaan –perlembaghaan rigid supaya bagi memastikan kedua-dua kerajaan pusatdan negeri tidak berpeluang mengambil kuasa antara satu sama lain.

• Sebuah kerajaan mempunyai bidang kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan kepadanya

• Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung denganrakyatnya

• Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat• Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan yang ditentukan oleh

perlembagaan dengan sendiri• Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa sendiri - wilayah

persekutuan – kawasan pentadbiran atau ibu kota

• Wujud kecenderungan untuk berlaku ketidakseimbangan pembangunandan kemajuan antara negeri-negeri

Page 6: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

KELEBIHAN SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN

• Ia membolehkan negeri yang kecil bergabung dengan negeriyang besar tanpa kehilangan kebebasan dan hak untukmembuat ketetapan sendiri.

• Apabila berlaku gabungan negeri, negara persekutuan akanmenjadi lebih kuat dari segi kedudukan ekonomi, pendudukdan politik.

• Corak pemerintahan persekutuan juga membolehkankepentingan tempatan disuara dan disalurkan kepadaperingkat kerajaan pusat untuk penyelesaian.

• Corak pemerintahan persekutuan di samping, memastikankeseragaman dasar bagi seluruh negara juga membolehkankepentingan tempatan diselesaikan.

• Dapat mengawal supaya kerajaan pusat tidak terlalu kuatdan menjejas kepentingan kerajaan negeri.

6

Page 7: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

7

KELEMAHAN CORAK PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN

• Kekerapan wujudnya masalah persaingan kuasa antarakerajaan pusat dengan kerajaan negeri, misalnya atas soalsumbangan kewangan kepada kerajaan pusat.

• Kemungkinan negeri-negeri berkenaan akan mengamalkandasar tertentu untuk melindungi kepentingan negerinya.

• Corak pemerintahan juga merupakan satu corakpemerintahan yang mahal dan rumit untuk dikendalikan,terutama kerana institusi pentadbiran yang sama perludiwujudkan di setiap negeri persekutuan.

• Kerap mengakibatkan rasa kurang berpuas hati di kalangananggota negeri menyertai persekutuan.

Page 8: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA

1. Fasa konfederasi (sebelum 1895)• Pulau Pinang, Melaka dan Singapura – Gabenor Inggeris• Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang – sistem Residen2. Fasa persekutuan (1895 – 1946)• NNMB• NNMTBFasa kesatuan• NNS• Kesatuan Malaya (Januari 1946 – Julai 1946)4. Fasa persekutuan• PTM 1948• Persekutuan Malaya 1957• Persekutuan Malaysia 1963 hingga kini

Page 9: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA

• Wujud pembahagian kuasa di antara kerajaanpersekutuan dan kerajaan negeri

• Pembahagian kuasa kerajaan berdasarkanperuntukan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 73 :

– “Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepadaParlimen untuk menggubal undang-undang bagi seluruhPersekutuan dan mana-mana bahagiannya, manakalaDewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undangbagi seluruh atau sebahagian negeri itu sahaja.

• Kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkanperuntukan perlembagaan

Page 10: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

PEMBAHAGIAN KUASA

KUASA PERUNDANGAN (kuasa Parlimen dan DUN :• Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan; Senarai

Pertama (Persekutuan), Kedua (Negeri) dan Ketiga (Bersama)• Senarai Tambahan : Kuasa kerajaan Sabah & Sarawak

– diberi kuasa kuasa tambahan meliputi undang-undang dan adatBumiputera, Mahkamah Bumiputera dan kereta api Sabah di Sabah.

– Dibawah Akta Imigresen 1963 – kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa – untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dankediaman di negeri-negeri itu.

• Kuasa baki perundangan/residual (Perkara 77) : PerlembagaanPersekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeriuntuk meluluskan undang-undang bagi perkara-perkara yang tidak disebut dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri danSenarai Bersama – dikenali sebagai Kuasa-kuasa Baki.

Page 11: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

Jadual Pembahagian Kuasa Kerajaan Pusat dan Negeri

Senarai (I) Persekutuan Senarai (II) Negeri Senarai (III) Bersama/ Konkaren)

• Hal-Ehwal Luar Negara• Keselamatan Dalam Negeri• Pertahanan• Kewangan• Kewarganegaraan• Buruh dan Keselamatan Sosial• Pelajaran• Pengangkutan dan Perkapalan• Kerja Raya Persekutuan dan Tenaga• Penerbitan dan Penapisan

• Hal-Ehwal Agama Islam dan AdatIstiadat Orang Melayu

• Pertanian dan Perhutanan• Tanah• Kerajaan Tempatan• Perkhidmatan Tempatan• Kerja Raya Negeri dan Bekalan Air• Hari Kelepasan Negeri• Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri

• Biasiswa• Kebajikan Masyarakat• Kesihatan Awam• Perancangan Bandar dan Kampung• Perparitan dan Pengairan• Pengembaraan• Pemulihan Tanah Lombong• Kebudayaan dan Sukan • Ternakan Haiwan• Kutu Rayau dan Penjaja

• Ukur• Undang-undang Jenayah dan Sivil• Perdagangan dan Perusahaan• Ubat dan Kesihatan• Pilihanraya Persekutuan• Hari Kelepasan Persekutuan• Panggung Wayang dan Tempat

Hiburan• Kebajikan Orang Asli• Perumahan Persekutuan• Syarikat Kerjasama

• Penyiasatan untuk maksud Negeri• Penyu dan Penangkapan Ikan di

Sungai

• Perlindungan Binatang Negeri danBurung Liar

• Pengurusan Air

Page 12: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

PEMBAHAGIAN KUASA

KUASA EKSEKUTIF• Kerajaan Persekutuan tertumpu kepada Senarai Persekutuan manakala

bidang kuasa kerajaan negeri terkandung dalam Senarai Negeri danSenarai Bersama.

• Perkara 94 – Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapaperkara yang membolehkan kuasa eksekutif kerajaan persekutuandiperluas meliputi perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan SenaraiBersama. Ini boleh dilakukan bagi maksud-maksud tertentu iaitu:– mengumpulkan perangkaan– menjalankan penyiasatan dan kajian– menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan teknikal dan nasihat– menjalankan pemeriksaan ke atas kegiatan mana-mana jabatan

kerajaan negeri dengan tujuan untuk membuat laporan kepadakerajaan persekutuan

Page 13: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

13

PEMBAHAGIAN KUASA

KUASA KEWANGAN

• Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua sumber hasilyang utama terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan – kerajaannegeri bergantung pada sumber kewangan daripada kerajaan persekutuan

• Satu perempat daripada hasil kerajaan negeri diperoleh daripada pemberiankerajaan persekutuan

• 2 jenis pemberian wajib persekutuan kepada negeri (Perkara 109)– Pemberian mengikut bilangan orang di sesebuah negeri– Pemberian jalan raya berasaskan kepanjangan jalan negeri yang

berkenaan

• Segala wang dan hasil kerajaan negeri hendaklah dimasukkan ke dalamKumpulan wang yang disatukan

• Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak dibenarkan mengenakansebarang cukai, kecuali mengikut kuasa undang-undang

• Negeri Sabah dan Sarawak diberi pemberian khas tambahan yang tertentu.• Kerajaan negeri tidak boleh membuat apa-apa pinjaman, kecuali kerajaan

persekutuan atau daripada sesebuah bank yang diluluskan oleh kerajaanpersekutuan – tempoh pinjaman adalah tidak melebihi lima tahun.

Page 14: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri

i. mengubah undang-undang sempadan negeri(Per. 2b)

ii. perlembagaan persekutuan undang-undang utama(Per. 4 fasal 1)

iii. undang-undang negeri akan terbatal jika didapatibercanggah dengan undang-undang persekutuan(Per. 75)

iv. kuasa persekutuan membuat undang-undang(Per. 73)

v. kuasa persekutuan ke atas Senarai Negeri (Per. 76)

Page 15: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

PENTADBIRAN NEGERI

• Sejarah Pentadbiran Negeri

• Pentadbiran Negeri– Kuasa Pemerintahan– Badan Eksekutif Negeri– Badan Perundangan Negeri– Penyelarasan Pentadbiran

• Jentera Pentadbiran Negeria. Perkhidmatan Awam Negerib. Jabatan Kerajaan– Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri– Pejabat Kewangan Negeri– Penasihat Undang-Undang

Negeri– Unit Perancangan Ekonomi

Negeri

• Peringkat Pentadbiran Negeri– Pentadbiran Daerah– Pentadbiran Mukim – Pentadbiran Kampung

• Kerajaan Tempatan / PBT

Page 16: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

SEJARAH PENTADBIRAN NEGERI: Pentadbiran Inggeris

Perjanjian Pangkor 1874

Negeri-negeriSelat 1826

NNMB 1895 NNMTB 1909

Inggeris menguasai pentadbiran negeri kecuali hal ehwal agama Islam dan adat Melayu

Rakyat tempatan tiada peluang untuk mentadbir

- Bentuk pemerintahan setiap negeri sama kecuali Singapura - Setiap negeri ada perlembagaan sendiri

- Kuasa pemerintahan pada sultan negeri masing-masing dan dibantu Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri

- Struktur pentadbiran di N9 berbeza

PTM 1948

Page 17: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

PENTADBIRAN NEGERI:Sistem badan eksekutif/kabinet negeri

Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa

• MMK terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa tertentu

• Jawatankuasa diketuai/dipengerusikan oleh ahli MMK/Exco dan setiausaha adalah pegawai kerajaan (dari SUK)

• Setiap jawatankuasa akan mengawasi pelaksanaan dasar oleh agensi di negeri

Sistem Pentadbiran Bermenteri

• MMK berbentuk kementerian dan menyerupai sistem kabinet pusat

• Sabah-kabinet negeri• Sarawak-Majlis Tertinggi • Seorang menteri

bertanggungjawab ke atas satu kementerian

• dibantu oleh menteri muda

Page 18: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

PENTADBIRAN NEGERI:Badan perundangan negeri

Dewan Undangan Negeri

• membuat undang-undang negeri

• bidang tugas, kuasa & keanggotaan ditentukan oleh perlembagaan negeri

• satu dewan sahaja

• ahli dari pilihanraya DUN

• 3 orang ahli dari kerajaan negeri(ex-officio): Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri

Page 19: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

PENYELARASAN PENTADBIRAN KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI

Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri disalurkan melalui:

• Majlis Raja-raja

• Majlis Kewangan Kebangsaan

• Majlis Tanah Kebangsaan

• Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan

• Dewan Negara

Page 20: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

Struktur Jentera Pentadbiran Negeri(ringkas)

Pejabat MB/KM

Pejabat SUK

Pejabat Daerah

Pentadbiran Mukim

Pentadbiran Kampung

Pentadbiran Bahagian (Sarawak)

Page 21: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

Pentadbiran Daerah

• cara pentadbiran kawasan / wilayah yang jauh dari pusat bandar

• sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa (disentralisasi kuasa)

Devolusi (penurunan kuasa)

kuasa membuat keputusan dalam daerah/wilayah diserahkan

kepada badan yang mentadbir wilayah tersebut

spt pihak berkuasa tempatan

Dikonsentrasi (perkongsian kuasa)

Kuasa membuat keputusan pentadbiran diberikan kepada

suatu unit atau organisasi dengan izin pentadbiran pusat spt

pentadbiran daerah

Kerajaan tempatan Pentadbiran daerah

Page 22: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

Pentadbiran Daerah, Mukim dan Kampung

Peringkat S’jungMalaysia

Sabah Sarawak Kelantan

Bahagian - - Residen* -

Daerah PegawaiDaerah

PegawaiDaerah

PegawaiDaerah

PegawaiDaerah*

Mukim/Daerahkecil

Penghulu KetuaAnak Negeri

PegawaiPerkhidmatanTadbir Negeri

Penggawa

Kampung KetuaKampung

Ketua Kampung

Penghulu Penghulu

Page 23: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan

Kerajaan Tempatan

• Memberi autonomi/peluang kepada penduduk tempatan untuk mentadbir wilayah sendiri

• Peningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan• Penyertaan rakyat tempatan dalam pengurusan hal ehwal

dan kepentingan mereka• Memberikan kemudahan sosial dan perkhidmatan

perbandaran spt; penjagaan kebersihan awam, memungut sampah, kesihatan am, menyediakan sistem pembentungan dll

• Bidang kuasa kecil: punyai kuasa untuk membuat undang-undang (by laws), mendakwa, memiliki harta, membuat kontrak, mengutip sewa dan cukai dll

• Kawalan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 24: TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN - UPM EduTrain Interactive …vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/TAJUK 7.pdf · 2016-05-25 · jenis sistem pemerintahan 1. ... kelemahan corak pemerintahan