institusi pemerintahan

34
Institusi Pemerintahan Wan Nurul Hafizah Nur Azreen Mohd Kamil Arif ‘fizo omar’

Upload: mohd-najmi-saffuan

Post on 30-Jul-2015

280 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Institusi pemerintahan

Institusi Pemerintahan

Wan Nurul Hafizah Nur Azreen Mohd Kamil Arif ‘fizo omar’

Page 2: Institusi pemerintahan

Isi Kandungan

Bil. Tajuk Slide

2.1 Instisusi Pemerintahan

2.1.1 Raja / Maharaja (China & Rusia)

2.1.1.1

Menghuraikan kedudukan & peranan Maharaja China

2.1.1.2

Menghuraikan kedudukan & peranan Raja Russia

Page 3: Institusi pemerintahan

Institusi pemerintahan (China) • Di negara China, kewujudan sistem maharaja dikatakan bermula

sejak zaman Dinasti Hsia yang dianggap sebagai dinasti pertama dan berkekalan sehingga tahun 1911. Antara dinasti yang wujud lanjutan daripada Dinasti Hsia ialah Dinasti Shang (1750 SM), Dinasti Chin, Dinasti Sung, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Ming dan Dinasti Ching (Manchu).

• Pemerintahan bercorak maharaja di negara China berakhir dengan berlakunya Revolusi pada tahun 1911. Sehubungan itu, walau sekerap mana sekalipun penggantian dinasti berlaku namun kedudukan maharaja sebagai pemerintah tertinggi tetap terpelihara. Maharaja kekal kedudukannya sebagai tonggak terpenting dalam kerajaan selagi berupaya mengekalkan mandat dari syurga. Maharaja China menjalankan pelbagai peranan dalam memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah di negara China sehingga kejatuhan Dinasti Manchu pada 1911.

Page 4: Institusi pemerintahan

Institusi pemerintahan (Russia)

• Sistem pemerintah Rusia telah mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja  bermula tahun 1547 sehingga tahun 1917.

• Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan empayar Byzantine selepas berlakunya perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469.

• Sistem pemerintahan di Rusia menggunakan konsep caesaropapism iaitu konsep gabungan unsur keagamaan dan politik yang mengkehendaki rakyat taat setia kepada pemeriantah Rusia.

• Gelaran raja/maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran Caesar yang diguna pakai oleh pemerintah empayar Byzantine.

• Ivan IV merupakan raja pertama yang menggunakan gelaran Tsar dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada tahun 1917.

• Pada abad ke 16 hingga abad ke-20, pemerintahan beraja di Rusia di bawah Dinasti Romanov iaitu bermula dengan Michael Ramanov (1613-1645), Peter The Great (1682-1725), Catherine I (1725-1727), Tzar Alexander I (1801-1825), Tzar Nicholas I (1825-1855), Tzar Alexander II (1855-1881), dan Tzar Nicholas II (1894-1917).

Page 5: Institusi pemerintahan

Kedudukan Maharaja Dalam Susun Lapis

• Dalam susun lapis masyarakat, maharaja berada pada kedudukan tertinggi .

• Maharaja membahagikan negara China kepada dua bahagian, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah.

• Bagi membantu maharaja di peringkat pusat, golongan sarjana yang berpendidikan dan lulus peperiksaan awam dalam ajaran Confucius bertanggungjawab membantu dalam menggubal dasar-dasar awam kepada peringkat bawahan.

• Di peringkat wilayah pula, pentadbiran lam dipertanggungjawabkan kepada golongan warlord atau hulubalang.

• Golongan ini membentuk pentadbiran sendiri di peringkat wilayah. • Jarak yang jauh di antara peringkat pusat dan wilayah, memudahkan

mereka membentuk sistem pencukaian, tentera dan pentadbiran sendiri.

• Ajaran Confucius membentuk satu aliran falsafah yang utama di China dan seterusnya menjadi asas kepada kebudayaan masyarakat tempatan di negara berkenaan sehingga kedatangan orang-orang Barat.

Page 6: Institusi pemerintahan

Kedudukan Raja Rusia

1. Kedudukan Tertinggi• Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia,

Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur masyarakat. Rakyat perlu taat dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar merupakan ketua dalam setiap bidang pemerintahan di Rusia. Tsar berkuasa membuat segala keputusan yang akan dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar rakyat tidak boleh membantah.

Page 7: Institusi pemerintahan

2.Berkuasa mutlak• Sebelum Revolusi Rusia 1917, Rusia mempratikkan

pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1547, Ivan IV yang lebih dikenali sebagai ”Ivan yang ganas” telah memerintah Rusia dengan menggunakan kuasa mutlak. Beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-undang baharu pada tahun 1550, menubuhkan badan perwakilan feudal (Zemskii Sabor) pertama di Rusia dan berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan (1552) dan Astrakhan (1556). Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolai II  (1894-1917) mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.

Page 8: Institusi pemerintahan

3. Hak Istimewa• Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia

mempunyai hak istimewa dalam masyarakat seperti kekebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang.

Page 9: Institusi pemerintahan

1.     Politik

Peranan Maharaja ( China )

Page 10: Institusi pemerintahan

Ketua Pemerintah

• Dalam sistem pemerintahan Maharaja merupakan ketua pemerintah tertinggi negara yang berkuasa mutlak.

• berkuasa penuh dalam semua aspek yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial.

• Segala perintah maharaja rakyat tidak boleh engkar dan jika engkar rakyat boleh dijatuhkan hukuman yang berat.

• Maharaja China juga sebagai ketua perundangan, eksekutif, & kehakiman.

• Untuk melicinkan pentadbiran Maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi.

• Terdapat 6 orang pembesar kanan. • Maharaja juga menubuhkan jabatan khas  iaitu Jabatan

Penapis sebagai mata dan telinga dan maharaja.

Page 11: Institusi pemerintahan

Melantik golongan pembesar• Maharaja China mempunyai peranan yang sangat besar

dalam urusan melantik golongan pembesar sama ada di peringkat pusat atau wilayah.

• Golongan pembesar yang akan dilantik oleh maharaja ini perlu lulus dalam peperiksaan awam China yang diadakan diperingkat pusat, wilayah dan kampung.

• Maharaja perlu melantik golongan pembesar yang benar-benar boleh menjalankan tugas mereka kerana kuat atau lemah seseorang maharaja itu bergantung kepada mereka.

• Golongan pembesar ini dianggap sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan untuk menunjukkan betapa pentingnya golongan ini.

• Mereka akan membantu maharaja dalam pemerintahan sama ada diperingkat pusat atau wilayah.

Page 12: Institusi pemerintahan

Menggubal undang-undang• Maharaja China juga berperanan dalam pengubalan

undang-undang yang akan digunakan di negara China.

• Setiap arahan atau kata maharaja akan menjadi undang-undang. Kedudukan maharaja adalah mengatasi undang-undang.

• Sistem perundangan yang digubal akan memastikan kedudukan maharaja terjamin sebagai pemerintah berkuasa mutlak dan untuk memastikan negara sentiasa aman dan selamat.

• Maharaja juga menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh.

Page 13: Institusi pemerintahan

Sebagai ketua tentera• Maharaja adalah sebagai ketua tentera dan

bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman negara serta rakyat.

• Baginda akan dibantu oleh golongan pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang keselamatan terutama golongan bangsawan perang dan anggota tentera.

Page 14: Institusi pemerintahan

2.  Ekonomi

Peranan Maharaja ( China )

Page 15: Institusi pemerintahan

Ekonomi• Maharaja perlu memastikan ekonomi negara China

sentiasa berkembang dan mampu memenuhi keperluan dalam negara iaitu sesuai dengan pengamalan dasar tutup pintunya.

• Maharaja menguasai semua hasil ekonomi negara, menentukan dan menguasai semua sistem pungutan cukai negara, terlibat dalam kegiatan perdagangan, menaungi perdagangan Asia Tenggara dalam perdagangan ufti, menentukan sistem sukatan dan timbangan dan sebagainya.

Page 16: Institusi pemerintahan

3.  Sosial

Peranan Maharaja ( China )

Page 17: Institusi pemerintahan

Ketua agama• Maharaja China juga merupakan ketua agama

yang diamalkan di negara China seperti Buddha, Toisme & Confucius.

• Baginda bertanggungjawab memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama yang dianuti di China dan memastikan kepercayaan agama mereka tidak dicemari oleh pengaruh luar seperti agama Kristian.

Page 18: Institusi pemerintahan

Ketua adat istiadat dan adat resam masyarakat China.

• Maharaja juga bertanggungjwab untuk memastikan setiap adat istiadat diraja dan adat resam dipatuhi setiap masa seperti adat kow-tow iaitu adat bersujud dihadapan maharaja sebanyak 9 kali tanpa boleh melihat wajah maharajanya.

• Adat ini mesti dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing yang ingin mengadap maharaja.

• Maharaja juga perlu memastikan alat-alat kebesaran diraja sentiasa dijaga seperti lambang naga yang hanya boleh dipakai oleh Maharaja dan kerabat diraja sahaja

Page 19: Institusi pemerintahan

Pamerkan diri sebagai pemimpin intelektual bagi seluruh rakyat.

• Maharaja bertanggungjawab untuk menjadikan istana sebagai pusat perkembangan ilmu.

• Oleh itu istana telah dijadikan sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan China untuk memilih kakitangan awam bagi menjawat jawatan tertinggi negara.

Page 20: Institusi pemerintahan

Peranan Raja (Russia)1. Ketua Negara

Page 21: Institusi pemerintahan

Ketua Negarao Maharaja Rusia berperanan sebagai ketua negara

atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pentadbiran.

o Baginda berkuasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial seperti mana zaman pemerintahan Tzar Nicholas II.

Page 22: Institusi pemerintahan

Peranan Raja (Russia)2. Dasar Luar

Page 23: Institusi pemerintahan

Dasar Luaro Tsar Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan

luar negeri/hubungan diplomatik. o Maharaja Rusia telah menjalinkan hubungan

diplomatik dengan negara-negara Eropah Barat termasuk Jerman untuk melatih ketenteraan Rusia.

o Tsar Alexander I (1801-1825) telah menandatangani satu perjanjian dengan Napoleon pada tahun 1807 iaitu Rusia bebas menjalankan dasar menakluki Turki dan berjaya merampas wilayah Bessarabia pada tahun 1812.

Page 24: Institusi pemerintahan

Peranan Raja (Russia)3. Melantik Menteri

Page 25: Institusi pemerintahan

Melantik Menterio Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar juga

mempunyai kuasa melantik menteri bagi mengukuhkan kedudukannya.

o Selain itu baginda juga berkuasa untuk memecat menteri yang dianggap menentangnya dalam pemerintahan.

o Contohnya semasa pemerintahan Tsar Nicholas II. o Tsar akan memilih dan melantik menterinya yang benar-

benar boleh dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan. o Menteri diibarat sebagai tulang belakang atau

penyokong kuat kerajaan. o Kuat atau lemah seseorang Tsar itu bergantung kepada

golongan menteri ini.

Page 26: Institusi pemerintahan

Peranan Raja (Rusia)4. Bertanggungjawab menjaga keamanan

Page 27: Institusi pemerintahan

Bertanggungjawab menjaga keamanan

o Pemerintahan Rusia bertanggungjawab untuk memulih, menjaga keamanan dan keselamatan seluruh negara Rusia daripada ancaman musuh.

o Pemerintah Michael Ramanov telah berjaya mempertahankan Rusia daripada pencerobohan asing dengan menjadikan beberapa buah bandar yang berkubu di selatan untuk menentang Tartar dan Turki.

Page 28: Institusi pemerintahan

Peranan Raja (Rusia)5. Mengetuai ketenteraan

Page 29: Institusi pemerintahan

Mengetuai ketenteraano Dasar perluasan wilayah juga mendorong pemerintah Rusia

mengawal ketenteraan. o Oleh sebab Rusia sering terancam telah menyebabkan

pemerintah Rusia memperkuatkan tenteranya seperti mana yang dilakukan oleh Peter The Great.

o Peter teleh menambah peruntukan ketenteraan sebanyak 2.3 juta rouble pada tahun 1701 kepada 32 juta rouble pada tahun 1710. 

o Peter juga memastikan peruntukkan perbelanjaan pusat memberi keutamaan kepada pertahanan negara Rusia.

o Begitu juga dengan pemerintah Yekaterina Agung (1762-1796) yang meluaskan kuasanya ke Poland-Lithuana dan di selatan memerangi wilayah empayar Uthmaniyyah. 

o Alexander II (1855-1881) yang telah memodenkan tentera Rusia berjaya membebaskan Bulgaria daripada pemerintahan Uthmaniyyah dalam Perang Rusia-Turki (1877-1898).

Page 30: Institusi pemerintahan

Peranan Raja (Rusia)6. Mengetuai bidang ekonomi

Page 31: Institusi pemerintahan

Mengetuai bidang ekonomio Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi

supaya negara bertambah kukuh dan stabil. o Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi

dapat dilihat semasa pemerintahan Peter The Great, Tzar Alexander II dan Tzar Nicholas II.

o Semasa Peter The Great, beliau telah menggalakkan pembangunan industri perkilangan membuat senjata, peralatan tentera, pembuatan makanan, sektor pembuatan seperti tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit. Industri besi dan keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia boleh muncul sebagai pembekal besi utama untuk pasaran Eropah pada abad ke-18.

• Tzar Alexander II pula membangunkan sistem pengangkutan kereta api bagi memajukan lagi sektor industri di Rusia.

• Begitu juga pemerintah Tzar Nicholas II turut memberi tumpuan kepada kemajuan pengangkutan kereta api kerana ia menjadi kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia.

Page 32: Institusi pemerintahan

Peranan Raja (Russia)7. Sebagai ketua agama Kristian

Page 33: Institusi pemerintahan

Sebagai ketua agama Kristiano Pemerintah Rusia juga berperanan sebagai ketua agama

dan bertanggungjawab memperkukuhkan serta menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks.

o Pemerintah Rusia perlu memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama.

o Sebagai contoh pemerintah Peter The Great telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak menukar agama. 

o Bagi menjayakan hasratnya juga, beliau telah mengarahkan mubaligh Kristian mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi sasaran pemerintah.

Page 34: Institusi pemerintahan

Maharaja China dan Rusia