pemerintahan beraja mesopotamia

21

Click here to load reader

Upload: bobby-ing

Post on 27-Oct-2015

142 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

Pemerintahan Beraja Mesopotamia

Tamadun Mesopotamia dijangka bermula lebih kurang tahun 3000 SM. Di Lembah

Sungai Tigris dan Euphretes.

Mengamalkan sistem  beraja tetapi pemerintahannya berasingan mengikut Negara

Kota seperti Ur, Urech, dan Kish.

Asal-usul pemerintahan beraja Mesopotamia dikesan daripada jawatan En, dan Lugal

pada zaman proto-dinasti dan dinasti awal.

Raja / Lugal memainkan peranan yang amat penting dalam pemerintahan dan

pentadbiran sehingga digelar” Pemerintah Agong”.

Peranan raja dalam pemerintahan

Raja berkuasa mutlak dan menjalankan tugas bagi pihak dewa Negara kota.

Raja mempunyai kuasa melantik pegawai  menguruskan pentadbiran Negara.

Memberi arahan dan nasihat kepada pegawai kerajaan selain melayan aduan daripada

rakyat.

Menjemput dan meraikan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan di samping menyambut

duta asing.

Sebagai menteri kerja awam yang bertanggungjawab menyediakan sistem pengairan,

terusan, tembok dan benteng.

Pada zaman kemuncak raja Mesopotamia berkuasa ke atas 40 wilayah.

Semasa pemerintahan Sargon, beliau telah mengiktiraf pemerintah tempatan untuk

menguruskan empayarnya yang luas.

 

Peranan dalam bidang ketenteraan

Raja di Mesopotamia bertindak sebagai panglima tentera yang mengetuai setiap

peperangan.

Page 2: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

Raja mengetuai segala aspek ketenteraan termasuk merangka strategi dan taktik

peperangan.

Raja bertanggungjawab menghadapi ancaman musuh dari luar (orang gasar) dan

peperangan sesama sendiri yang sering berlaku antara Negara Kota.

Raja Mesopotamia turut dibantu oleh pegawai tentera professional yang dikenali

sebagai Agaush.

Mengarahkan wanita terlibat dalam peperangan untuk membantu merawat dan

menyediakan makanan.

 

Peranan raja dalam bidang kehakiman

Raja bertindak sebagai ketua hakim Negara dan bertanggungjawab mewujudkan

keadilan dalam negeri.

Memastikan golongan kaya yang berpengaruh tidak menindas rakyat yang miskin.

Memastikan masyarakat mendapat layanan dan keadilan daripada pemerintah.

Pada zaman Hammurabi, baginda mewujudkan kod undang-undang Hammurabi yang

dipahat di papan batu.

Undang-undang Hammurabi memperuntukkan hukuman dan denda yang berbeza

mengikut kelas masyarakat.

Hammurabi juga menyerahkan hak mengadili kes-kes kecil kepada ketua-ketua

masyarakat yang telah berumur dan berpengalaman.(Counsil of Elders)

 

Peranan raja dalam keagamaan

Raja dianggap sebagai wakil tuhan tetapi tidak disembah sebagai tuhan oleh rakyat.

Raja merupakan ketua agama dan berkuasa melantik ketua paderi.

Raja secara langsung terlibat aktif dalam upacara dan perayaan keagamaan.

Bertanggungjawab membina dan memelihara rumah-rumah ibadat/ berhala (ziggurat).

Page 3: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

Memastikan setiap penduduk Negara kota melakukan pemujaan terhadap dewa

penaung Negara kota untuk mengelakkan kemarahan / bencana.

Kesimpulan

Raja-raja dalam tamadun Mesopotamia tidak mewujudkan pengagihan kuasa dari segi

perundangan eksekutif dan kehakiman sebaliknya peranan raja dapat dilihat dalam

semua bidang selaras dengan kuasa raja yang autokratik.

Page 4: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

Pemerintahan Beraja Mesir sistem pemerintahan monarki

sistem monarki bmula selepas Raja Menes bjaya menyatukan Mesir utara & Mesir Selatan d bwh pmrintahannya

Menes telah mengasaskan dinasti pertama & merupakan firaun pertama

sumber penting ialah batu Narmer- mengandungi maklumat mengenai simbol, dogma & ksenian yg mlambangkan konsep perajaan

firaun merupakan satu-satunya sumber autoriti

dbantu oleh skumpulan pegawai yg tdiri dpd kerabat diraja

pegawai2 dbri mandat oleh raja utk mjlnkan tugas2 rasmi dlm bidang sekular & keagamaan

golongan kerabat dianggap mempunyai kuasa  misteri utk mmerintah

firaun mlantik anggota keluarga dlm jwt penting sg langkah keselamatan & mengelakkan blaku rampasan kuasa

semasa pemerintahan dinasti ke-4, putera raja dlantik memegang jwt wazir & ketua pendeta

jwt2 utama akan dwarisi scr turun temurun

wazir sbg ketua eksekutif ngr & wajib mdpt pkenan dpd firaun sblum mbuat kputusan penting

wazir dkehendaki menghadap raja stp hari utk mlaporkan pkembangan dlm ngr

tiada pengagihan kuasa atr perundangan, eksekutif & kehakiman

firaun bkuasa mutlak & btindak sbg ketua pdeta, ketua hakim, ketua ptadbir & ketua panglima tentera

firaun dianggap Tuhan & mempunyai kuasa misteri utk memerangi kuasa2 asing serta mwujudkan keamanan, keselamatan & keadilan dlm ngr

dpt memerangi musuh spiritualnya

firaun mpunyai tggjwb memelihara Maat iaitu peraturan, kebenaran & keadilan

blh mewujudkan Maat melalui Authoritative Utterence & pemahamannya

skiranya blaku huru-hara dlm ngr, maka ia dkaitkan dgn kegagalan raja utk memelihara Maat

firaun harus memastikan rakyat hidup aman & makmur

firaun mpunyai kebolehan memelihara Maat

org Mesir pcy bhw firaun mpunyai keupayaan utk mengawal alam snula jadi serta mningkatkan ksuburan tanah & pengeluaran haasil ptanian

kpcyaan org Mesir, firaun masih lagi bkuasa slpas kmatiannya & ia akan mlindungi mrk d akhirat

firaun mpunyai pengaruh dm mnentukan banjir kerap blaku

pd musim kmarau, upacara ritual akan diadakan atas nama firaun

sblum pemerintahannya dinasti ke-4, tdpt amalan mbunuh pengikut raja apabila raja mangkat dgn tujuan utk menemani raja d syurga

firaun bperanan sbg ktua pendeta & mjlnkan upacara ritual& mlantik para pdeta mjlnkan tugas

peranan sbg ketua pdeta jelas dlm lakaran2 yg tdpt pd dinding rh bhala

dr segi praktikal, raja mlantik pdenta utk mjlnkan tugasnya

ciri utama dlm pemerintahan beraja d Mesir ialah sifat dualisme dlm sistem politik

Page 5: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

sifat dualisme wujud lahir dpd kwujudan 2 unit politik sblum penyatuan Mesir

sifat dualisme dpt dilihat dlm penggunaan lambang, gelaran & alat kbsran

dr segi pewarisan takhta, puteri mahkota mpunyai hak utk mwarisi takhta

puteri mahkita akan menyerahkan hak memerintah kpd suaminya & beliau btindak sbg great wife

lazimnya, puteri mahkota akan mengahwini abang kandungnya sendiri utk memelihara kesucian darah keturunan raja

konsep ketuhanan yg dikaitkan dgn firaun berubah dr semasa ke semasa mengikut perubahan dlm kpcyan agama

status raja yg bsifat Tuhan mcapai kmuncakpd zmn pemerintahan dinasti ke-3 & ke-4

pd zmn ini, firaun dianggap sbg pjelmaan Tuhan Horus & mpunyai hak mengerah rakyat mbina piramid2

pd zmn pmrintahan dinasti ke-5, para pdeta agama Re mengemukakan ajaran baru iaitu firaun dianggap anak Tuhan Matahari

sbg anak Tuhan matahari, firaun dkehendaki mbuat pengakuan d hadapan pdeta Re bhw beliau tdk akan mlakukan dosa

pd akhir pmrintahan dinasti ke-5, kpcyan Osiris-Horus amat popular. firaun akan mnaiki takhta sbg Horus & mjd Osiris slpas kmatian

pd zmn perantaran pertama, keyakinan rakyat terhdp sifat ketuhanan yg dimilki oleh Raja merosot krn keadaan huru hara dlm ngr

pd zmn krj ptghan, raja sbg good shepherd of realm btggjwb memelihara kebajikan rakyatnya

pd zmn krj baru, pkembangan semangat patriotisme ekoran kjayaan org Mesir mengusir org asing serta meluaskan kuasa mybbkan raja dianggap sbg divine war lord jelmaan Tuhan Menthu/ Baal

firaun Amenhopis mpnalkan pemujaan patungnya bsama patung2 tuhan yg lain

pd tahap akhir, konsep raja bsifat Tuhan hilang pengaruh & rakyat mula menyembah Amon, Re & Osiris

Sistem Pemerintahan Monarki ( sistem pemerintahan Beraja)         Sejarah sistem beraja bermula apabila Raja Menes berjaya menyatukan masyarakat

Mesir Utara dengan Mesir Selatan.         Menurut Franfort dalam bukunya “Ancient Egyption Religion: A Interpretation”

(1956:18) menjelaskan bahawa Raja Menes telah meletakan asas bagi kelahiran satu tradisi perajaan Mesir dan kemudian diikuti oleh raja2 Mesir lainnya.

1.2  Konsep Dualisme.o   Konsep ini merupakan satu perbezaan penting pemerintahan sistem beraja di Mesir dengan

tamadun2 lain.o   Sejarah Mesir bermula dari dua (2) unit politik , geografi dan kefahaman konsep dunia

iaitu Utara – Selatan, 2 tanah ( The Two Lands) atau (The Two Banks). Kedua unit ini disatukan oleh seorang Firaun.

o   Konsep ini diperkukuhkan melalui lambang gelaran dan alat kebesaran. Contoh;i.                    Mahkota - Mahkota Putih (Mesir Utara) dan Mahkota Merah(Mesir Selatan)ii.                   Gelaran – Terdapat nama Two Ladies – Dewi Buto (Tuhan Penaung Mesir Utara) dan

Dewi Nekhbet (Tuhan Penaung Mesir Selatan)iii.                Lambang – Lebah (Bee) Mesir Utara dan Sedage (Mesir Selatan)

1.3  Pewaris Takhta.

Page 6: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

  Satu lagi yang membezakan Mesir dengan tamadun lain ialah tentang pewaris takhta.  Dari segi teori dan praktik takhta diwarisi oleh anggota keluarga sebelah perempuan.

Selepas berkahwin ia akan diserahkan hak memerintah kepada suaminya.  Puteri Mahkota akan menjadi Great Wife atau Permaisuri Raja.  Puteri Mahkota akan berkahwin dengan abang kandungnya. Perkahwinan ini digalakan

untuk mengekalkan kesucian darah keturunan raja. Jika abang kandung tidak ada, barulah berkahwin dengan orang luar.

                          Cth ; Janda Raja Tutankhamun – pernah menulis surat kepada Raja Hittite iaitu Raja Suppiliulimus untuk menghantar putera mahkotanya dijadikan suaminya dan berjanji akan menabalkan sebagai Firaun.

2             KEDUDUKAN DAN PERANAN RAJA2.1  Raja Berkuasa Mutlak / Autoriti.o   Mempunyai sumber kuasa mutlak dan sumber autoriti.o   Dipercayai mendapat mandat dari syurga untuk memerintah.o   Dipercayai boleh menguasai dan mengawal alam semula jadi. Kuasa ini tidak akan hilang

selepas kematiannya kerana ia dapat melindungi pengikutnya di akhirat.o   Oleh itu pengikut2nya akan dibunuh supaya dapat menemani raja atau membantu raja di

syurga.2.2  Pentadbiran         Raja akan melantik sekumpulan pegawai bagi membantunya melicinkan pentadbiran.

Kumpulan ini terdiri daripada kalangan anggota kerabat diraja..         Pegawai2 tersebut diberi mandat untuk menjalankan tugasnya dalam urusan sekular

(kehidupan harian) dan soal keagamaan.         Pegawai2 tersebut mempunyai kuasa misteri yang diberikan oleh Firaun bagi

menjalankan tugas2nya.         Raja mewujudkan jawatan Wazir sebagai ketua eksekutif mentadbir negera. Kuasa untuk

bertindak dan mentadbir tetapi keputusan penting mesti dimaklumkan kepada raja bagi mendapatkan kebenaran.

         Oleh itu wazir dikehendaki menghadap raja setiap hari dan melaporkan perkembangan terkini.

2.3  Keagamaano   Raja / Firaun menjadi ketua agama atau ketua paderi.o   Raja terlibat dalam upacara keagamaan yang dikendalikan oleh golongan bangsawan atau

pendita.2.4  Ketenteraan  Firaun bertindak sebagai ketua panglima angkatan perang.  Semasa berlakunya peperangan , tentera Mesir akan diketuai oleh wazir bagi pihak raja.2.5  Perundangan/ Kehakimano   Menurut kepercayaan Mesir , Raja adalah merupakan jelmaan tuhan.o   Raja mempunyai kuasa misteri untuk keamanan, keselamatan dan keadilan.o   Sebagai jelmaan tuhan . orang Mesir percaya raja mmpunyai t/jawab memelihara “Maat”

iaitu konsep mengenai peraturan, kebenaran atau keadilan.o   Disamping itu raja juga bert/jawab mewujudkan hubungan harmoni antara manusia dan

kuasa2 luar biasa.

Page 7: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

8. Bentuk dan struktur organisasi :

8.1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlaq serta dianggap suci

8.2. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.

8.3. Firaun dianggap sebagai tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar

sebagai Raja Matahari,iaituAmon-Re.

8.4. Firaun juga merupakan ketua pendeta,ketua hakim,pemilik tanah,dan ketua pahlawan. 

8.5. Golongan pahlawan menjalankan pentadiran,menjaga keamanan,mengurus dan mengagihkan

makanan dan menjadi pegawai,penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.

8.6. Para rahib dipertanggunjawabkan oleh firaun untuk mantadbir hal keagamaan.

8.7. Jurutulis ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.

8.8. Rakya bebas terdiri daripada petani,pedagang dan artisan.

8.9. Hamba adalah susun lapis masyarakat yang paling bawah.

9. Sistem Pemerintahan dan peranannya:

9.1. Raja – Ketua dan pemerintahan Mesir Purba.Bergelar Firaun .Perkataan Firaun dari Yunani Pharaoh –

bermaksud rumah yg agong. Merujuk istana dan raja yang memerintah. Berperanan:

9.1.1. Raja berkuasa mutlak 

9.1.2. Dianggap sebagai suci dan dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.

9.1.3.Mewarisi pemerintahan secara turun temurun.

9.1.4.Dalam dinasti ke tiga dan empat Firaun digelar Amon Re – Raja Matahari.

9.1.5.Ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan pahlawan.

9.1.6.Dibantu golongan bangsawan dalam jalakan pemerintahan, menjaga keamanan, mengurus dan

mengagih makanan.

9.1.7.Melantik para rahib mentadbir hal keagamaan.

9.1.8.Melantik orang awam sebagai jurutulis rekod kerajaan.

9.1.9.Firaun Hatshepsut seorang wanita – membina terusan dan menukar padang pasir jadi tanah

pertanian yang subur

9.2. Pembesar, Bangsawan, Rahib, Jurutulis, Tuan Tanah

9.2.1. Membantu raja sebagai pegawai, penasihat dan gabenor wilayah.

9.2.2. Rahib mentadbir hal keagamaan.

9.2.3. Jurutulis merekod rekod kerajaan.

9.3. Rakyat Bebas – Petani, Pedagang, Artisan

9.4. Hamba

Tamadun India

F1. Sistem Beraja.

H1a. Pada tahap awal pembentukannya, iaitu antara tahun 600 - 320 S.M., tamadun India mempunyai dua bentuk

kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. 

H1b. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. 

H1c. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.

H1d. Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. 

H1e. Kedudukan seseorang raja ini kemudiannya diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan

kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. 

Page 8: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

H1f. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan

Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.

F2. Pemerintahan Berbentuk Empayar

H2a. . Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya

dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321-185 S.M.. 

H2b. Hal ini telah mengubah status raja kepada maharaja.

H2c. Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. 

H2d. Ibu negaranya terletak di Pataliputra. 

H2e. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka, iaitu dari tahun 273 - 232

S.M.. Penilaian itu dibuat berasaskan kejayaan Asoka menamatkan perang saudara. selepas Kematian ayahnya,

Bindusara, dan menakluk negeri Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai di India. 

H2f. Selepas Perang Kalinga, Asoka. lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan

melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan. 

H2g. Walaupun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk

menjalankan pemerintahannya.

Sistem Pemerintahan Kemaharajaan di China

Di negara China, kewujudan sistem maharaja dikatakan bermula sejak zaman Dinasti Hsia yang dianggap sebagai dinasti pertama dan berkekalan sehingga tahun 1911. Antara dinasti yang wujud lanjutan daripada Dinasti Hsia ialah Dinasti Shang (1750 SM), Dinasti Chin, Dinasti Sung, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Ming dan Dinasti Ching (Manchu).

Pemerintahan bercorak maharaja di negara China berakhir dengan berlakunya Revolusi pada tahun 1911. Sehubungan itu, walau sekerap mana sekalipun penggantian dinasti berlaku namun kedudukan maharaja sebagai pemerintah tertinggi tetap terpelihara. Maharaja kekal kedudukannya sebagai tonggak terpenting dalam kerajaan selagi berupaya mengekalkan mandat dari syurga. Maharaja China menjalankan pelbagai peranan dalam memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah di negara China sehingga kejatuhan Dinasti Manchu pada 1911.

Kedudukan Maharaja

Memerintah Berdasarkan Ajaran Confucius

Dalam mengabsahkan kedudukan maharaja dalam sistem pemerintahan di negara China, ia haruslah dilihat melalui kombinasi beberapa aspek terutamanya antara falsafah

Page 9: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

Confucius dan kepercayaan masyarakat terhadap perkembangan politik semasa yang melibatkan maharaja dengan kerajaan yang ditadbir serta hubungannya dengan kesejahteraan masyarakat pada ketika itu.

Konsep Mandat Dari Syurga

Kedudukan politik seseorang maharaja adalah dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of haeven atau mandat dari syurga. Konsep ini secara langsung meletakkan maharaja sebagai wakil syurga atau anak syurga (Tuhan) dan ia memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada seseorang maharaja.

Konsep ini juga menjelaskan bahawa Tuhan telah menganugerahkan  kepada maharaja tersebut satu kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.

Dalam hal ini, ahli falsafah terkenal China, Kung Fu-Tze menyatakan bahawa, “sesiapa (maharaja) yang berjaya mendapat mandat dari syurga akan berjaya menjadi maharaja, namun sekiranya mandat tersebut ditarik balik, ia (maharaja) akan dianggap sebagai penjenayah dan harus digulingkan”. Justeru bagi mengekalkan legitimasinya, seseorang maharaja harus memastikan kehidupan rakyat sentiasa berada dalam keadaan tenteram, harmoni dan makmur. Sekiranya maharaja tersebut gagal, maka mandatnya dianggap telah ditarik balik dan harus digantikan dengan seseorang yang lain yang mendapat mandat  baru dari syurga.

Kedudukan Maharaja Dalam Susun Lapis

Dalam susun lapis masyarakat pula, maharaja berada pada kedudukan tertinggi dalam sistem feudal. Justeru dalam mengekalkan kedudukannya, maharaja membahagikan negara China kepada dua bahagian, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah. Bagi membantu maharaja di peringkat pusat, golongan sarjana yang berpendidikan dan lulus peperiksaan awam dalam ajaran Confucius bertanggungjawab membantu dalam menggubal dasar-dasar awam serta melaksanakan arahan maharaja ke peringkat bawahan.Golongan ini mendapat status yang tinggi di istana serta berpengaruh dalam kalangan rakyat disebabkan pengetahuannya dalam ajaran Confucius. Di peringkat wilayah pula, pentadbiran lam dipertanggungjawabkan kepada golongan warlord atau hulubalang. Golongan ini membentuk pentadbiran sendiri di peringkat wilayah. Jarak yang jauh di antara peringkat pusat dan wilayah, memudahkan mereka membentuk sistem pencukaian, tentera dan pentadbiran sendiri.

Kedudukan seseorang maharaja semakin diperkukuhkan melalui falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan kesetiaan kepada maharaja sebagai keperluan kepada masyarakat selain isteri taat kepada suami dan anak taat kepada ibu bapa. Ajaran Confucius yang kemudianya menjadi ideologi politik dalam pembentukan sistem pentadbiran dinasti di China secara tidak langsung memperkasakan lagi kedudukan seseorang maharaja sebagai pemerintah. Sejak zaman dinasti-dinasti awal lagi, ajaran Confucius menjadi pegangan dalam pemerintahan. Ia membentuk satu aliran falsafah yang utama di China dan seterusnya menjadi asas kepada kebudayaan masyarakat tempatan di negara berkenaan sehingga kedatangan orang-orang Barat.

Peranan Maharaja di China

Page 10: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

1.     Politik

Ketua pemerintahDalam sistem pemerintahan Maharaja merupakan ketua pemerintah tertinggi negara yang berkuasa mutlak. Maharaja berkuasa penuh dalam semua aspek yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Segala perintah maharaja rakyat tidak boleh engkar dan jika engkar rakyat boleh dijatuhkan hukuman yang berat. Maharaja China juga sebagai ketua perundangan, eksekutif, & kehakiman. Untuk melicinkan pentadbiran Maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi.Terdapat 6 orang pembesar kanan. Maharaja juga menubuhkan jabatan khas  iaitu Jabatan Penapis sebagai mata dan telinga dan maharaja.

Melantik golongan pembesarMaharaja China mempunyai peranan yang sangat besar dalam urusan melantik golongan pembesar sama ada di peringkat pusat atau wilayah. Golongan pembesar yang akan dilantik oleh maharaja ini perlu lulus dalam peperiksaan awam China yang diadakan diperingkat pusat, wilayah dan kampung. Maharaja perlu melantik golongan pembesar yang benar-benar boleh menjalankan tugas mereka kerana kuat atau lemah seseorang maharaja itu bergantung kepada mereka. Golongan pembesar ini dianggap sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan untuk menunjukkan betapa pentingnya golongan ini. Mereka akan membantu maharaja dalam pemerintahan sama ada diperingkat pusat atau wilayah. Memerintah berdasarkan prinsip Confucianisme.Mengikut ajaran Confucius, “sesiapa berjaya mendapat mandat dari syurga akan berjaya menjadi pemerintah yang baik dan rakyat dapat menikmati kehidupan yang aman serta makmur”. Sekiranya bencana alam berlaku menunjukkan bahawa maharaja yang memerintah tidak lagi mempunyai mandat dari syurga  dan dianggap sebagai penjenayah. Maharaja mesti memerintah negara berdasarkan prinsip-prinsip anjaran confuciannisme.

Menggubal undang-undangMaharaja China juga berperanan dalam pengubalan undang-undang yang akan digunakan di negara China. Setiap arahan atau kata maharaja akan menjadi undang-undang. Kedudukan maharaja adalah mengatasi undang-undang. Sistem perundangan yang digubal akan memastikan kedudukan maharaja terjamin sebagai pemerintah berkuasa mutlak dan untuk memastikan negara sentiasa aman dan selamat. Maharaja juga menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh.

Sebagai ketua tenteraMaharaja adalah sebagai ketua tentera dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman negara serta rakyat. Baginda akan dibantu oleh golongan pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang keselamatan terutama golongan bangsawan perang dan anggota tentera.

2.  Ekonomi

Maharaja perlu memastikan ekonomi negara China sentiasa berkembang dan mampu memenuhi keperluan dalam negara iaitu sesuai dengan pengamalan dasar tutup pintunya. Maharaja menguasai semua hasil ekonomi negara, menentukan dan menguasai

Page 11: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

semua sistem pungutan cukai negara, terlibat dalam kegiatan perdagangan, menaungi perdagangan Asia Tenggara dalam perdagangan ufti, menentukan sistem sukatan dan timbangan dan sebagainya.

3.  Sosial

Ketua agamaMaharaja China juga merupakan ketua agama yang diamalkan di negara China seperti Buddha, Toisme & Confucius. Baginda bertanggungjawab memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama yang dianuti di China dan memastikan kepercayaan agama mereka tidak dicemari oleh pengaruh luar seperti agama Kristian.

Ketua adat istiadat dan adat resam masy China.Maharaja juga bertanggungjwab untuk memastikan setiap adat istiadat diraja dan adat resam dipatuhi setiap masa seperti adat kow-tow iaitu adat bersujud dihadapan maharaja sebanyak 9 kali tanpa boleh melihat wajah maharajanya. Adat ini mesti dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing yang ingin mengadap maharaja. Maharaja juga perlu memastikan alat-alat kebesaran diraja sentiasa dijaga seperti lambang naga yang hanya boleh dipakai oleh Maharaja dan kerabat diraja sahaja.

Pamerkan diri sebagai pemimpin intelektual bagi seluruh rakyat.Maharaja bertanggungjawab untuk menjadikan istana sebagai pusat perkembangan ilmu. Oleh itu istana telah dijadikan sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan China untuk memilih kakitangan awam bagi menjawat jawatan tertinggi negara.

Kesimpulan

Sistem pemerintahan bermaharaja di China mula tergugat apabila berlakunya campurtangan kuasa Barat terutama apabila China mengalami kekalahan dalam Perang Inggeris-China I pada tahun 1842. Negara China yang semakin lemah dan kucar kacir ini telah mendorong golongan berpendidikan Barat melancarkan revolusi pada tahun 1911. Revolusi ini akhirnya telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan bermaharaja di China dan kemudian diganti dengan sistem pemerintahan bercorak Republik dan selepas itu sistem pemerintahan Komunis. Ketua pemerintahannya adalah berjawatan sebagai Presiden.

Soalan-soalan Perbincangan:

a)     Huraikan kedudukan dan peranan raja/maharaja dalam pemerintahan di China pada abad ke-16.

b)     Bandingkan kedudukan dan peranan raja/maharaja dalam pemerintahan di China dengan Russia pada abad ke-16.

c)      Perundangan merupakan satu perkara penteng yang dijalankan oleh maharaja di China dan raja Rusia pada abad ke-16. Bincangkan.

C Tamadun China

F1. Sistem Pentadbiran Berpusat

Page 12: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

H1a. Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pernerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat. 

F2. Pemerintahan Bercorak Empayar

H2a. Perluasan kuasa ini juga telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M.. H2b. Pada. masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. 

F3. Sistem Birokrasi

H3a. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. H3b. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu. H3c. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. H3d. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. H3e. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.iri-ciri Sistem pemerintahan Beraja di China

Bermula dengan pemerintahan Raja Huang Ti pada tahun 2697 smPEMERINTAHAN BERCORAK DINASTI BERMULA SEMASA RAJA YUDinasti Hsia memulakan sistem pemerintahan berdasarkan keturunan(2205-1755 sm)

1.Maharaja menduduki lapisan tertinggi dalam struktur social. Maharaja tinggal di ibu kota Peking dan memerintah kerajaan melalui kuasa mutlaknya.2. Sistem maharaja di China sebelum campurtangan barat di pegang oleh Dinasti Manchu. Maharaja dibantu oleh pembesar pusat ,wilayah dan daerah.3. Kedudukan politik sesorang maharaja adalah melalui konsep “mandat dari syurga”.Konsep ini meletakkan maharaja sebagai wakil syurga atau anak syurga.4. Maharaja dianggap suci dan kuasa memerintah adalah dari syurga.Tiada siapa yang boleh mendakwa maharaja.5. Maharaja mesti memerintah dengan aman dan adil. Jika berlaku bencana alam atau sebarang kekacauan didalam negeri,ini menunjukkan kegagalan maharaja mengekalkan mandat dari syurga.Maka maharaja akan digantikan oleh pemerintah baru.Gelaran Maharaja digunakan oleh Shih Huang Ti (221-220sm) iaitu Dinasti Chin.Dinasti Chin diganti oleh beberapa dinasti seperti Han,Sui,Tang,Mongol,Ming dan Manchu.Maharaja mempunyai kedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat.Maharaja dibantu oleh pembesar di pelbagai peringkat.Struktur pentadbiran

Kuasa autonomi diberikan oleh maharaja kepada pentadbir awam dan di wilayah-wilayahSetiap wilayah dikuasai oleh seorang pentadbir awam,gabenor tentera dan pengawas

Mandat dari syurga

Kuasa dan kedudukan raja datang dari langit.Maharaja dianggap anak syurga.Diberi mandat untuk memerintah dunia.Dianggap ditarik balik apabila pemerintahan maharaja menunjukkan tanda-tanda kelemahan seperti peperangan,bencana,perebutan takhta , persengketaan dan lain-lain lagi.

Page 13: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

Pemerintahan Beraja Eropah

Pemerintahan Beraja Yunani

Tamadun Yunani

Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara kota. Bentuk

pemerintahan tersebut mengalami pelbagai perubahan daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator (tirani), dan

akhirnya kepada demokrasi. Kewujudan pelbagai bentuk pemerintahan ini menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha

meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.

Sistem Beraja

Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan sistem beraja. 

Dalam sistem ini, raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul. 

Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama. 

Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim, dan ketua agama merosot. 

Akibatnya, lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya amat terhad.  Ini adalah kerana dalam sistem ini pemerintahan

dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

Sistem Oligarki

Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan oligarki.

Aritokrasi

Daripada kalangan konsul ini lahir pula golongan aristokrat yang kuat. 

Mereka memiliki kuasa yang besar dan pernerintahan oleh golongan aristokrat ini dinamakan aristokrasi.

Tirani

Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul pula golongan yang menuntut

Page 14: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

hak dan ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa. 

Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator. 

Biasanya, diktator bukan daripada golongan aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau tentera. 

Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut, tetapi tindakan itu telah ditentang oleh golongan aristokrat. 

Demokrasi

Oleh itu, lahir pula sistem demokrasi.

Dalam. sistem demokrasi ini terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. 

Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan

hingga setahun. 

Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini boleh mengemukakan

cadangan tentang dasar kerajaan. 

Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis. 

Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan. Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya. 

Walaupun sistem demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di negara kota yang mengamalkan

sistem beraja yang berkuasa mutlak.

Sistem Pemerintahan Tentera.

Jika demokrasi diamalkan di Athens, di Sparta pula, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan. 

Dengan ini sistem pertahanan telah diberikan perhatian yang penting. 

Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah menyebabkan Sparta berjaya

melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.

Tamadun Rom

F1. Sistem Beraja

H1a. Dalam tamadun Rom pula, pemerintahannya telah bermula dengan sistem beraja dari tahun

753 S.M. lagi. 

H1b. Pada masa itu, Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang

Page 15: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan. 

H1c. Pemerintahan secara mutlak oleh raja-raja Etruscan ini tidak disenangi oleh masyarakat

Latin. 

H1d. Oleh itu, masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai

patrician telah bangun memberontak. 

F2. Sistem Republik

Rom kemudiannya membentuk sebuah republik pada tahun 509 S.M..

Dalam sistem republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak. 

Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu

Dengan adanya dua orang konsul ini, maka, antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa.

Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan

hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan. 

Kebiasaannya, sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah

praeotor, iaitu pemerintah tentera. 

Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom. 

Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk

diluluskan.

F3. Pemerintahan Bercorak Empayar

H3a. Sistem republik di Rom ini telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di bawah

pemerintahan Julius Caesar. 

H3b. Perubahan ini berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani,

Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain) dan beberapa kawasan di Jerman. 

H3c. Pemerintahan bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya

sistem pentadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditaklukinya. 

H3d. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasai

angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja.

H3e. Gelaran maharaja ini telah diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27-14

S.M.. 

H3e. Walaupun memerintah sebagai maharaja, namun, beliau berjaya membawa keamanan dan

keagungan kepada empayar Rom. 

H3f. Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun. 

H3g. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romatia (Keamanan Rom). 

Page 16: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

H3h. Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri

daripada pelbagai bangsa Dalam tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Sistem Beraja

Pengenalan

Institusi beraja di Tanah Melayu di kesan seawall abad ke-15 iaitu semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Pada masa ini, mereka mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini menerima pengaruh yang amat kuat dari India dan agama Hindu-Buddha. Mengikut sistem ini, raja merupakan seorang ketua negara dan baginda dibantu oleh golongan pembesar. Sistem pemerintahan beraja Kerajaan Melayu Melaka ini kemudian diwarisi oleh negeri-negeri Malayu yang lain seperti Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.

Konsep Raja Melayu

1. Dewa raja

Dalam sistem beraja, raja itu dianggap sebagai dewa raja. Baginda disifatkan sebagai seorang yang mulia dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Menurut Sejarah Melayu, raja dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi atau Zul-Illahi fil-alam. Menurut Adat Raja-raja Melayu dan Undang-undang Melaka pula, raja dianggap sebagai “Khalifah Allah di Dunia”. Raja juga dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dan Tuhan. Kepercayaan ini menyebabkan raja itu wajib disembah.

2. Mulia

Raja dianggap sebagai seorang yang mulia. Keadaan ini dapat dilihat dari segi pentadbiran. Raja dianggap sebagai ketua kerajaan di mana semua keputusan yang hendak diambil perlu disahkan oleh baginda. Baginda berkuasa untuk melakukan apa sahaja mengikut budi bicaranya. Kekuasaannya bukan sahaja meliputi bidang pentadbiran tetapi juga soal ekonomi, agama dan peradatan orang Melayu. Kata-kata baginda adalah muktamat dan menjadi undang-undang. Di sini dapat kita membuat kesimpulan bahawa raja sebagai seorang ketua kerajaan, merupakan kuasa tertinggi dengan budi pekerti yang mulia.

3. Kuasa mutlak

Dalam pemerintahan, raja itu berkuasa mutlak. Raja berkuasa mutlak bermakna bahawa semua undang-undang yang dibuat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya, rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan segala undang-undang yang dibuat oleh baginda. Baginda juga berkuasa penuh ke atas semua aspek dalam kerajaan seperti memegang jawatan penting dan menjatuhkan hukuman mati. Selain itu, baginda juga boleh melantik sesiapa sahaja yang akan menjadi pembesar. Walaupun baginda berkuasa mutlak tetapi baginda masih tidak boleh memerintah sesuka hati. Dalam Sejarah Melayu menasihatkan : “Raja-raja itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada muafakat dengan segala pegawai, tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpamanya kayu, kerana api itu tidak akan nyala, jikaalau tiada kayu…”

Page 17: Pemerintahan Beraja Mesopotamia

4. Daulat

Daulat dikatakan berasal daripada perkataan Arab, “daulah” yang bermaksud “negeri”. Walau bagaimanapun, daulat bermaksud kesucian seseorang raja dan bagi masyarakat melayu, konsep ini menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Konsep ini juga merupakan unsur asas kepada kekuasaan dan keagungan seseorang raja dan kerajaannya. Di Tanah Melayu, telah banyak berlaku kes yang membabitkan persoalan daulat ini.

5. Derhaka

Konsep derhaka ini seiring dengan konsep daulat. Dalam konsep ini, seseorang yang melanggar konsep daulat didapati menderhaka kepada sultan atau raja dan akan ditimpa tulah. Kepercayaan yang begini terus diperturun sejak zaman berzaman. Sebenarnya, konsep ini dibiuat semata-mata untuk meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Golongan ini akan dipandang mulia dan disanjung sebagai seorang yang sakral.

6. Hak istimewa

Raja-raja Melayu ini mempunyai hak-hak istimewa dan hak ini tidak boleh digunakan oleh rakyat. Contohnya, warna kuning merupakan warna diraja dan hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarga raja. Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir dan tilam. Rakyat adalah dilarang menggunakan kain berwarna kuning kecuali untuk baju dan destar. Selain itu, paying putih adalah khas untuk sultan yang memerintah dan paying kuning adalah khas bagi anak raja. Penggunaan bahasa dalaman seperti santap, gering dan beta juga dilarang sekali terhadap rakyat jelata. Hanya golongan diraja sahaja berhak menggunakannya.

7. Lambang kebesaran

Sejak dahulukala, sultan adalah lambang kebesaran tetapi baginda merasakan kedudukan sultan sebagai pucuk kerajaan bergantung kepada alat-alat kebesaran yang dimilikinya. Alat-alat kebesaran ini ialah cop mohor, keris, payung, kendi, lembing, tombak dan sebagainya. Alat kebesaran ini yang akan membezakan hak istimewa sultan daripada pembesarnya. Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakan dalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada kerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini, baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.