tajuk 5 gabung

11
DISEDIAKAN OLEH : NUR ATIQAH BINTI SHAHROM NASUHA BINTI SHAMSUDIN PISMP 8G AMBILAN JANUARI 2010 EDU 3108 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Upload: atiqahshahrom

Post on 27-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tajuk 5

TRANSCRIPT

Page 1: tajuk 5 gabung

DISEDIAKAN OLEH :

NUR ATIQAH BINTI SHAHROMNASUHA BINTI SHAMSUDIN

PISMP 8G AMBILAN JANUARI 2010

EDU 3108ASAS KEPEMIMPINAN DAN

PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Page 2: tajuk 5 gabung

TAJUK 5:

PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

Page 3: tajuk 5 gabung

PERANAN-PERANAN GURU

Page 4: tajuk 5 gabung

PENGAMAL ILMU & KEMAHIRAN

• Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.• Menstruktur pengajaran dengan

mengintegrasikan unsur kemahiran dan nilai.• Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan

meninggikan adab murid.• Mempraktikkan budaya ilmu seperti

membaca, berfikir,membuat penyelidikan & mencari idea baru.

Page 5: tajuk 5 gabung

PEMBIMBING

• Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.

• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.

• Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan & amalan seharian.

• Mengenal pasti dan membantu murid yang mengalami masalah seperti pelajaran, sosioemosi & kesihatan.

Page 6: tajuk 5 gabung

PENGAMAL REFLEKTIF • Kamus Dewan Dwibahasa (1979), reflektif ditakrifkan

sebagai ‘gambar (bayangan) dalam cermin, pembalikan, renungan, kenangan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan.

• Oxford Wordpower Dictionary (1998) pula mendefinisikannya sebagai ‘thoughtful’ ‘to think deeply’.

• Banyak pendapat yang diketemukan berhubung dengan amalan reflektif.

• Mengikut Mezirow (1994), mengamalkan reflektif dalam proses pedagogi membolehkan pembelajaran bermakna (meaningful learning) berlaku menerusi penilaian kendiri terhadap sesuatu andaian, pola interaksi dan tindakan.

Page 7: tajuk 5 gabung

• John Dewey (1933) pula telah berkali-kali menegaskan kepentingan amalan reflektif dalam pembelajaran.

• Menurutnya, semasa membuat refleksi terhadap pengalaman, seseorang boleh memahami sesuatu situasi yang kabur dialaminya kepada satu situasi yang jelas.

• Sementara itu, Donald Schon (1983,1987) mendefinisikan pengamal reflektif sebagai seorang yang boleh berfikir semasa bertindak balas.

Page 8: tajuk 5 gabung

• Melalui amalan reflektif, seorang guru bukan sahaja dapat memanfaatkannya untuk membantu pelajar-pelajarnya meminati pelajaran, malah mengelakkan keciciran ilmu dalam kalangan pelajar sehingga menyebabkan mereka tidak lagi mahu bersaing dengan rakan-rakan yang lebih cemerlang dan sentiasa berasa rendah diri yang lama-kelamaan menyebabkan mereka menjadi kelompok pelajar yang gagal atau lemah dalam pelajaran.

• Guru reflektif pastinya tidak akan mengabaikan potensi pelajarnya dan sering kali bereflektif dan membantu pelajarnya membuat refleksi agar situasi ‘menang-menang’ dapat diperoleh.

Page 9: tajuk 5 gabung

PENYELIDIK

• Salah satu kekuatan dalam disiplin ilmu ialah sentiasa melakukan penyelidikan.

• Seseorang guru adalah terlibat secara langsung dalam proses pembangunan modal insan di peringkat akar umbi perlu senantiasa melakukan penyelidikan demi menaikkan mutu pengajaran di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.

Page 10: tajuk 5 gabung

KRITERIA GURU SEBAGAI PENYELIDIK

1) Guru akan sentiasa memperbaiki mutu P&P.2) Guru akan mendapat idea untuk

mempelbagaikan kaedah dan strategi P&P.3) Kajian tindakan dapat membantu guru dalam

melahirkan modal insan yang berkualiti.4) Kajian tindakan dapat membantu guru untuk

berperanan secara aktif dalam pembangunan pendidikan di Malaysia.

5) Guru akan menjadi semakin peka terhadap persekitaran P&P

Page 11: tajuk 5 gabung

6) Menanamkan sikap mengkaji dalam diri guru.7) Hasil dapatan kajian tindakan guru boleh

berkongsi bersama guru yang lain dengan itu penambahbaikan terhasil melalui gabungan idea yang berbeza dan bermutu

8) Guru akan sentiasa membuat refleksi pada setiap P&P yang dilakukan bagi mencari kelemahan yang perlu diatasi.

9) Melalui kajian tindakan, guru dapat menanamkan budaya membaca dalam diri.

10) Melalui kajian tindakan guru lebih memahami dan mendekati keperluan pembelajaran pelajar