kajian tindakan sme 6044 gabung

Upload: rabitah-said

Post on 05-Apr-2018

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    1/36

    1

    SME 6044 ISU KONTEMPORARI DALAM

    PENDIDIKAN MATEMATIK

    KAJIAN TINDAKAN

    Meningkatkan Kemahiran Pelajar Memfaktor Persamaan

    Kuadratik Dengan Menggunakan Kalkulator (Backward

    Solution- Kaedah Kebelakang) Bagi Pelajar DTK2

    Disediakan Oleh :

    HANIM BINTI YAHAYA M20112001455

    NORSHAHADAH BINTI ABD RAHMAN M20112001458

    Disemak Oleh :

    PROF. DR. MARZITA BINTI PUTEH

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    2/36

    2

    PENGHARGAAN

    Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas

    Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga baginda. para sahabat serta muslimin dan

    muslimat. Alhamdulillah ke hadrat Allah, kami memanjatkan keyukuran, di atas nikmat dan

    limpah kurnia serta keizinanNya jua saya berpeluang menyiapkankan Kerja Kursus SME 6044.

    Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr. Marzita

    binti Puteh di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan serta galakkan ynag telah diberikan dalam

    menyiapkan Kajian Tindakan ini.

    Akhir sekali, ribuan penghargaan yang tidak terhingga buat suami yang disayangi, anak

    yang dikasihi, dan rakan seperjuangan yang sentiasa memberi galakkan dan semangat serta

    mendoakan kejayaan ini. Kalian tetap dalam ingatan dan jasa kalian terpahat disaburi dan tidak

    akan dilupakan. InsyaAllah.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    3/36

    3

    ABSTRAK

    Kajian Tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar

    kejuruteraan semester dua Politeknik Sultan Azlan Shah semasa menyelesaikan pemasalahan

    melibatkan Persamaan Kuadratik. Topik persamaan kuadratik ini telah digunakan dalam

    beberapa topik Matematik Kejuruteraan 2. Tinjauan awal dibuat melalui semakan tugasan yang

    diberi, pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dan praujian. Hasil tinjauan didapati

    pelajar sering terhenti menyelesaikan pemasalahan di dalam topik Matematik Kejuruteraan satu

    hanya kerana pelajar tersangkut pada langkah yang melibatkan Persamaan Kuadratik. Seramai

    10 orang pelajar dari kelas DTK2 terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian adalah membimbing

    pelajar menyelesaikan pemasalah Perasamaan Kuadratik dengan bantuan kalkulator dan

    penulisan langkah-langkah penyelesaian secara Kaedah Kebelakang (Backward Solution).

    Selepas proses bimbingan, pelajar diberi pascaujian. Hasil analisis mendapati pelajar mampu

    menyelesaikan masalah Persamaan Kuadratik dengan cepat dan betul sekaligus dapat

    menyelesaikan pemasalahan dalam topik Matematik Kejuruteraan 2.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    4/36

    4

    ISI KANDUNGAN

    PENGHARGAAN i

    ABSTRAK ii

    ISI KANDUNGAN iii

    BAB 1 : PENDAHULUAN 1

    1.1 PENGENALAN 1

    1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU 2

    BAB 2 : FOKUS KAJIAN 4

    2.1 ISU KEPERIHATINAN 4

    2.2 KUMPULAN SASARAN 4

    BAB 3 : OBJEKTIF KAJIAN 5

    3.1 PENGENALAN 5

    3.2 OBJEKTIF UMUM 5

    3.3 OBJEKTIF KHUSUS 5

    BAB 4 : PELAKSANAAN KAJIAN 6

    4.1 PENGENALAN 6

    4.2 TINJAUAN MASALAH 7

    4.2.1 PEMERHATIAN 7

    4.2.2 PRAUJIAN 8

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    5/36

    5

    4.2.3 SOAL SELIDIK 8

    4.3 TEKNIK KALKULATOR DAN KAEDAH KEBELAKANG 9

    4.4 PASCAUJIAN 9

    4.5 PASCA SOAL SELIDIK 10

    BAB 5 : ANALISIS DATA 11

    5.1 PENGENALAN 11

    5.2 ANALISA SOAL SELIDIK 11

    5.2.1 ANALISA DEMOGRAFI 12

    5.2.2 ANALISA AMALAN PEMBELAJARAN PELAJAR 13

    5.3 ANALISA PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN 15

    BAB 6 : REFLEKSI DAN RUMUSAN KAJIAN 17

    BAB 7 : CADANGAN 19

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    6/36

    6

    SENARAI JADUAL V

    JADUAL 5.1 : BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA 12

    JADUAL 5.2 : BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT BANGSA 12

    JADUAL 5.3 : BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT GRED MATEMATIK 13

    KEJURUTERAAN SATU

    JADUAL 5.4 : AMALAN PEMBELAJARAN PELAJAR 13

    JADUAL 5.5 : MARKAH PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN 15

    JADUAL 5.6 : UJIAN SAMPEL BERPASANGAN 15

    JADUAL 5.7 : RUMUSAN MASALAH/KESILAPAN PELAJAR 16

    SENARAI RAJAH V

    RAJAH 4.1 : KURT LEWINS ACTION RESEARCH SPIRAL 6

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    7/36

    7

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN

    Pendidikan Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo pada

    tahun 1969 dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Ini

    dikukuhkan lagi melalui satu resolusi yang telah dipersetujui oleh Jemaah Kabinet dalam Pelan

    Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan pada tahun 1985 1995.

    Keputusan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991) sekali lagi memberi ruang kepadapenambahan bilangan politeknik dan penawaran program-program sijil dan diploma bagi

    memenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuruteraan, teknologi,

    rekabentuk dan komunikasi visual, perdagangan dan hospitaliti.

    Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) merupakan politeknik ke 15 ditubuhkan oleh

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan tenaga

    separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan awam dan swasta. PSAS telah

    mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan nama Politeknik Tanjong Malim (PTM). PTM

    dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan ditukar nama menjadi

    Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

    Terdapat 4 jurusan utama yang dikendalikan oleh PSAS iaitu Elektrik, Mekanikal, Awam

    dan Perdagangan. Setiap semester pengambilan kemasukan pelajar ke PSAS mencecah

    seribu orang pelajar. Melalui rekod pelajar, didapati kebanyakan pelajar memperolehi gred yang

    rendah di dalam subjek matematik di peringkat SPM. Oleh itu, pihak Jabatan Politeknik telah

    mengambil langkah dengan menetapkan pelajar di bidang kejuruteraan iaitu Elektrik, Mekanikal

    dan Awam diwajibkan mengambil Matematik Kejuruteraan 1 ketika di semester satu. Kemudiandiikuti dengan Matematik Kejuruteraan 2 hingga Metematik Kejuruteraan 5. Topik-topik di dalam

    Matematik Kejuruteraan 1 dan 2 merupakan topik asas kepada Matematik Kejuruteraan

    contohnya tajuk Persamaan Kuadratik.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    8/36

    8

    1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

    Topik persamaan kuadratik ini sebenarnya telah diperkenalkan semasa zaman

    persekolahan lagi. Topik tersebut dipelajari semasa pelajar berada di dalam Tingkatan 4 dan 5

    persekolahan. Namun begitu masih ramai pelajar yang menghadapi masalah dalam

    menyelesaikan persamaan kuadratik ini. Keadaan ini berlarutan sehinggalah pelajar

    melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Siti Aisyah (2001), tahap

    persediaan matematik yang baik adalah penting apabila mengikuti pengajian peringkat tinggi

    kerana pengajian dalam bidang kejuruteraan memerlukan kemahiran matematik.

    Memandangkan kebanyakan latar belakang pelajar yang memasuki politeknik mendapat

    keputusan lemah dalam matematik peringkat SPM, maka politeknik telah menyusun silibusMatematik Kejuruteraan 1 melibatkan topik-topik asas dalam matematik. Ini bertujuan untuk

    memantapkan semula asas matematik dalam diri pelajar bagi memudahkan pelajar dapat

    mengikuti aras matematik yang lebih tinggi di kemudian hari. Siti Aisyah (2001) menyatakan

    bahawa pelajar yang mempunyai latarbelakang matematik yang baik biasanya didapati juga

    menunjukkan pencapaian yang baik pada matapelajaran yang lain.

    Topik persamaan kuadratik telah digunakan semula dalam beberapa topik Matematik

    Kejuruteraan 2. Antaranya topik nilai minimum dan nilai maksimum yang melibatkan pelajar

    mencari koordinat titik pertukaran bagi suatu lengkungan. Apabila dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran, pelajar sering terhenti menyelesaikan pemasalahan hanya kerana pelajar

    tersangkut pada langkah yang melibatkan persamaan kuadratik. Keadaan ini dibuktikan oleh

    Sumarni (2007) dalam kajiannya menyatakan pelajar mempunyai masalah dalam memberikan

    jawapan penyelesaian persamaan kuadratik dengan dua sebutan.

    Pelbagai alasan dikemukakan oleh pelajar dalam permasalahan ini. Pelajar

    memaklumkan bahawa mereka telah lupa kaedah yang perlu digunakan untuk menyelesaikan

    pemasalahan persamaan kuadratik. Pelajar juga memberikan alasan amat sukar untuk

    mengingati kaedah-kaedah tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh sikap pelajar sendiri yang

    hanya menghafal langkah-langkah penyelesaian yang diajar di dalam kelas berbanding

    memahami konsep yang perlu ditekankan. Menurut Habibah (2004) kebanyakkan pelajar

    mengganggap matematik sebagai suatu matapelajaran yang perlu diikuti peraturannya

    walaupun mereka tidak memahami peraturan tersebut dan seterusnya mereka hanya

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    9/36

    9

    menggunakan kaedah yang diajar oleh guru sahaja untuk menghasilkan penyelesaian sesuatu

    masalah. Bagi mengatasi masalah ini, penguasaan penyelesaian kuadratik perlu

    dipertingkatkan dikalangan pelajar kerana topik ini merupakan topik asas yang akan

    digunapakai pada topik-topik matematik kejuruteraan yang lain.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    10/36

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    11/36

    11

    BAB 3

    OBJEKTIF KAJIAN

    3.1 PENGENALAN

    Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat

    mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar

    terhadap penyelesaian pemasalahan Persamaan Kuadratik akan dipertingkatkan. Keyakinan

    pelajar juga akan bertambah apabila menyelesaikan masaalah menggunakan bantuan

    kalkulator dan penulisan langkah-langkah penyelesaian secara Kaedah Kebelakang (BackwardSolution).

    3.2 OBJEKTIF UMUM

    Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menyelesaiakan persamaan

    kuadratik

    3.3 OBJEKTIF KHUSUS

    1. Membantu pelajar menguasai kemahiran menyelesaikan persamaan kuadratik

    dengan kalkulator.

    2. Membantu pelajar menyelesaikan persamaan kuadratik dengan betul.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    12/36

    12

    BAB 4

    PELAKSANAAN KAJIAN

    4.1 PENGENALAN

    Kajian ini merupakan Kajian Tindakan kerana ianya terdiri dari unsur iaitu menyelidik

    dan bertindak. Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang

    boleh digunakan oleh guru dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam

    bilik darjah (Pembestarian Sekolah, 20 Mei, 2010). Noraini (2010) mengatakan kajian tindakan

    secara amnya merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara

    individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia

    ada. Terdapat pelbagai reka bentuk model kajian tindakan. Bagi kajian ini, penyelidik telah

    menggunakan model Kurt Lewin kerana model ini digunakan apabila masalah sudah diketahui

    iaitu bersesuaian dengan kajian ini yang telah mengetahui masalah diperingkat awal. Rajah 4.1

    menunjukkan model Kurt Lewin.

    Rajah 4.1 Kurt Lewin's Action Research Spiral

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    13/36

    13

    4.2 TINJAUAN MASALAH

    Tinjauan masalah merupakan langkah pertama yang telah diambil oleh pengkaji.

    Langkah ini bertujuan memungut data bagi memperolehi maklumat berkenaan kelemahan

    pelajar di dalam menyelesaikan persamaan kuadratik. Tindakan pembetulan dan

    penambahbaikan dilaksanakan berdasarkan hasil analisis tinjauan yang dijalankan. Tinjauan

    dilakukan adalah berdasarkan kepada beberpa cara.

    4.2.1 PEMERHATIAN

    Pengkaji telah membuat pemerhatian secara tidak formal sewaktu aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedah pemerhatian digunakan untuk

    mendapatkan hasil data yang neutral. Sejajar dengan pendapat Lim C.H.(2007)

    menyatakan melalui pemerhatian pengkaji berpeluang memungut data dengan

    memerhati fenomena yang sedang berlaku di hadapan matanya. Didapati proses

    pembelajaran Matematik Kejuruteraan 2 tidak berjalan dengan lancar kerana pelajar

    sering terhenti menyelesaikan soalan dengan baik hanya kerana ketika proses

    penyelesaian soalan bertemu persamaan kuadratik. Apabila pemasalahan ini ditimbul,

    pelajar mula menunjukkan sikap kurang berminat untuk meneruskan langkah dalam

    menyelesaikan soalan yang diberi. Alasan pelajar kerana telah lupa teknik untuk

    menyelesaikan masalah persamaan kuadratik.

    Pemerhatian juga dibuat ke atas tugasan-tugasan yang diberikan oleh pendidik.

    Melalui penelitian dan penyemakan tugasan pelajar, pengkaji mendapati pelajar tidak

    dapat menyelesaiakan pemasalahan berkaitan topik matematik kejuruteraan 2 dengan

    betul hanya kerana pelajar telah melakukan kesilapan pada bahagian yang

    melibatkan persamaan kuadratik.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    14/36

    14

    4.2.2 PRAUJIAN

    Soalan praaujian menjadi salah satu instrumen kajian ini. Soalan yang diberikan

    kepada pelajar dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang

    telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Politeknik. Soalan-soalan ujian adalah

    merujuk daripada buku-buku rujukan dan telah disemak oleh Ketua Kursus Matematik

    iaitu Puan Noor Azilla binti Mohamed Nor dan penyelaras Matematik Kejuruteraan Satu

    iaitu Cik Hafiza Ibrahim. Ini bagi mengelakkan kesilapan kosep dan kefahaman.

    Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk menguji tahap pengetahuan

    sedia ada pelajar dalam menyelesaikan permasalahan melibatkan persamaan kuadratik.

    Ianya juga digunakan untuk mengesan tentang masaalah sebenar yang dihadapi oleh

    pelajar ketika menyelesaikan soalan berkaitan persamaan kuadratik. Disini didapati

    masalah sebenar pelajar ialah tidak mengenali persamaan kuadratik dan telah lupa

    teknik dan langkah yang terlibat untuk menyelesaikan persamaan kuadratik. Bagi

    pendapat pengkaji, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana pelajar telah

    belajar menyelesaikan persamaan kuadratik sejak dibangku sekolah lagi. Malahan

    pelajar politeknik diajar semula persamaan kuadratik dalam subjek matematik

    kejuruteraan satu. Selain itu, didapati juga kebanyakan pelajar tidak diberi pendedahan

    cara mencari jawapan yang betul melalui kalkulator. (rujuk lampiran praujian)

    4.2.3 SOAL SELIDIK

    Pengkaji berpendapat memungut data melalui kaedah pemerhatian sahaja

    belum mampu memberi jawapan yang tepat dalam pemasalahan yang timbul. Menurut

    Lim C. (2007), biasanya pemerhatian dikombinasikan dengan kaedah lain. Menurutnya

    lagi, dalam kombinasi tersbut, data pemerhatian akan digunakan bagi

    menyokong/menambah atau ditriangulasikan dengan kaedah lain. Oleh itu, pengkaji

    telah menggunakan borang soal selidik untuk dikombinasikan dengan pemerhatian.

    Borang soal selidik diedarkan kepada peajar bertujuan meninjau persepsi serta

    pemahaman pelajar mengenai persamaan kuadratik. Penggunaan borang soal selidik

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    15/36

    15

    dapat meningkatkan ketetpatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh

    responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji (Majid, 2000).

    4.3 TEKNIK KALKULATOR DAN KAEDAH KEBELAKANG

    Setelah menganalisis data, didapati pelajar berhadapan dengan masalah pemahaman

    konsep serta membuat pemfaktoran yang tidak tepat dan seterusnya memberikan jawapan

    yang salah. Terdapat juga pelajar yang langsung tidak mencuba menyelesaikan masalah

    persamaan kuadratik. (rujuk lampiran pre test). Sehubungan dengan itu, pengkaji mengambil

    langkah memperkenalkan kaedah baru menyelesaikan persamaan kuadratik dengan

    menggunakan bantuan kalkulator serta langkah-langkah kaedah kebelakang Backward

    Solution. Penggunaan kalkulator adalah untuk memastikan pelajar mendapat jawapan akhir

    dengan betul. Pengkaji mengajar teknik mencari jawapan dengan menggunakan kalkulator

    saintifik FX-570 sahaja. Setelah pelajar menguasai teknik memperoleh jawapan melalui

    kalkulator dengan tepat, seterusnya pelajar diajar langkah-langkah kaedah ke belakang.

    Kaedah ini bertujuan untuk pelajar memahami konsep sebenar pemfaktoran serta penghasilan

    jawapan akhir.

    4.4 PASCAUJIAN

    Langkah terakhir ialah responden menduduki pascaujian. Ujian ini dijalankan bagi

    melihat keberkesanan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah persamaan kuadratik

    dengan betul dengan membandingkan keputusan antara praujian dan pascaujian. Bagi

    mengelakkan kesahan dalaman terjejas maka soalan dalam pascaujian adalah sama dengan

    soalan praujian.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    16/36

    16

    4.5 PASCA SOAL SELIDIK

    Langkah terakhir ialah, responden dikehendaki menjawab pasca soal selidik. Item di

    dalam pasca soal selidik dibina sama dengan pra soal selidik. Ianya bertujuan melihat persepsi

    dan pemahaman responden selepas diajar menggunakan kaedah penyelesaian berbantukan

    kalkulator dan kaedah kebelakang.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    17/36

    17

    BAB 5

    ANALISIS DATA

    5.1 PENGENALAN

    Keputusan hasil kajian adalah maklumat yang diperolehi oleh pengkaji melalui

    penggunaan borang selidik dan praujian-pascaujian. Data-data ynag diperolehi melalui

    nstrumen kajian dianalisis menggunakan perisian "The Statistical Package for Social Science

    (SPSS)" versi 16. Pengkaji menggunakan Ujian T Sampel berpasangan terhadap markah

    praujian dan pasca ujian bagi mengenalpasti perbezaan signifikan antara markah praujian dan

    pascaujian.

    5.2 ANALISA SOAL SELIDIK

    Borang soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

    Bahagian A persoalan berkaitan demografi responden manakala Bahagian B berkaitan amalan

    pembelajaran pelajar. Bahagian ini mengandungi 18 item yang dikemukakan berdasarkan skala

    Likert empat pilihan.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    18/36

    18

    5.2.1. ANALISA DEMOGRAFI

    Jadual 5.1: Bilangan responden mengikut jantina

    Jantina

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative

    Percent

    Valid Lelaki 8 80.0 80.0 80.0

    Perempuan 2 20.0 20.0 100.0

    Total 10 100.0 100.0

    Jadual 5.1 di atas menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina. Jadual tersebut

    menjelaskan bahawa bilangan sampel perempuan (20%) adalah sangat kurang

    berbanding sampel lelaki (80%). Oleh sebab sampel yang terbabit di dalam kajian ini

    adalah kalangan pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, ini menjelaskan bahawa

    penglibatan kaum perempuan dalam jurusan berkaitan adalah sedikit berbanding

    perempuan di Politeknik Sultan Azlan Shah.

    Jadual 5.2: Bilangan responden mengikut bangsa

    Bangsa

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative

    Percent

    Valid Melayu 5 50.0 50.0 50.0

    Cina 2 20.0 20.0 70.0

    India 3 30.0 30.0 100.0

    Total 10 100.0 100.0

    Jadual 5.2 di atas menunjukkan taburan responden berdasarkan bangsa. Jadual

    tersebut jelas menunjukkan bahawa penglibatan sampel dari bangsa Melayu di dalam

    kajian ini adalah yang paling ramai (50%) berbanding sampel daripada bangsa India

    (30%) dan bangsa cina (20%).

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    19/36

    19

    Jadual 5.3: Bilangan responden mengikut gred matematik kejuruteraan satu

    Gred Matematik Kejuruteraan 1

    Frequency Percent Valid Percent

    Cumulative

    Percent

    Valid B+ 5 50.0 50.0 50.0

    B 3 30.0 30.0 80.0

    B- 2 20.0 20.0 100.0

    Total 10 100.0 100.0

    Jadual 5.3 di atas menunjukkan taburan responden berdasarkan gred yang diperolehi

    bagi matematik kejuruteraan satu. Jadual tersebut jelas menunjukkan bahawa

    penglibatan sampel adalah ditahap gred baik dan sederhana. Ini bertepatan dengan

    kehendak ciri-ciri responden kajian ini.

    5.2.2 ANALISA AMALAN PEMBELAJARAN PELAJAR

    Jadual 5.4: Amalan pembelajaran pelajar

    Jawapan: 4 = Sangat setuju 3 = setuju 2 = tidak setuju 1 = sangat tidak setuju

    Bil Pernyataan1 (%)

    Pra/Pasca

    2 (%)

    Pra/Pasca

    3 (%)

    Pra/Pasca

    4 (%)

    Pra/Pasca

    1 Saya meminati matapelajaran Matematik 10 60 20 20 10 80

    2 Tajuk ini sangat sukar bagi saya 40 100 50 10

    3Saya tahu persamaan kuadratik melibatkan

    hanya 1 pembolehubah 60 40 100

    4 Saya tahu kuasa tertinggi bagi pembolehubahpersamaan kuadratik ialah 2

    30 40 20 10 100

    5 Saya tahu persamaan kuadratik boleh difaktor 10 80 10 100

    6 Saya tahu selesaikan persamaan kudratik

    menggunakan formula10 60 50 30 50

    7 Saya tahu selesaikan persamaan kuadratik

    menggunakan penyempurnaan kuasa dua90 10 90 10

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    20/36

    20

    8 Saya akan membaca tajuk yang akan dipelajari

    terlebih dahulu70 20 20 10 70 10

    9 Saya selalu berbincang dengan rakan-rakan 20 60 10 40 10 60

    10 Saya selalu bertanyakan pada pensyarah apabila

    saya tidak faham40 20 10 20 10 80

    11 Saya selalu mendapat keputusan yang rendahdalam matapelajaran matematik

    10 50 40 20 80

    12 Saya sentiasa menyiapkan sendiri tugasan yang

    diberikan40 60 20 80

    13 Saya hanya faham semasa pensyarah mengajar

    tetapi kemudiannya lupa90 10 80 20

    14 Pensyarah matematik tidak membantu saya

    untuk memahami topic yang diajar80 90 20 10

    15 Cara pensyarah mengajar amat membosankan

    dan tidak menarik100 20 60 20

    16 Saya tidak memahami apa yang disampaikan

    oleh pensyarah matematik

    100 90 10

    17 Saya akan belajar jika pensyarah matematik

    seorang yang garang80 80 20 20

    18 Saya suka ponteng kelas matematik 10 100 40 40 10

    Berdasarkan analisis yang diperolehi pada jadual 5.2.2, secara keseluruhannya

    penggunaan kaedah berbantukan kalkulator dan kaedah kebelakang telah memberi

    impak yang baik kepada penerimaan pelajar dalam pembelajaran matematik khususnya

    yang melibatkan penyelesaian persamaan kuadratik. Ini dapat dilihat dalam penyataan

    1, pra-soal selidik menunjukkan 70% pelajar sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju

    suka pada matematik berbanding dengan pasca-soal selidik, 100% mengatakan setuju

    dan sangat bersetuju suka pada matematik. Perkara ini juga disokong dengan hasil

    dapatan penyataan-penyataan lain di atas seperti penyataan 2 dan 18.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    21/36

    21

    5.3 ANALISA PRAUJIAN DAN PASCA UJIAN

    Jadual 5.5: Markah Praujian dan Pascaujian

    Bil Pelajar Praujian (%) Pascaujian (%)

    1 A 17 92

    2 B 13 90

    3 C 0 80

    4 D 10 98

    5 E 19 100

    6 F 20 100

    7 G 12 968 H 25 100

    9 I 15 94

    10 J 0 90

    Jadual 5.6 Ujian Sampel Berpasangan

    Paired Samples Test

    Paired Differences

    t df

    Sig. (2-

    tailed)Mean

    Std.

    Deviation

    Std. Error

    Mean

    95% Confidence Interval of

    the Difference

    Lower Upper

    Pair 1 skorpra -

    skorpasca

    -

    8.09000

    E1

    5.08702 1.60866 -84.53904 -77.26096 -50.290 9 .0

    Jadual 5.5 menunjukkan markah yang diperolehi ketika praujian dan pascaujian. Dapatan kajian

    mendapati pencapaian pelajar dalam tajuk persamaan kuadratik sangat meningkat setelah

    belajar menggunkan kaedah berbantukan kalkulator dan kaedah kebelakang. Kenyataan ini

    disokong dengan jadual 5.6 di mana melalui analisis ujian T sampel berpasangan menunjukkan

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    22/36

    22

    terdapat perbezaan yang signifikan antara markah praujian dan pascaujian (p

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    23/36

    23

    BAB 6

    REFLEKSI DAN RUMUSAN KAJIAN

    Setelah selesai kajian dijalankan ke atas pelajar, didapati kaedah penyelesaian

    berbantukan kalkulator dan kaedah kebelakang amat membantu pelajar dalam memahami

    konsep penyelesaian persamaan kuadratik. Melalui ujian yang diberikan terdapat peningkatan

    markah skor ujian yang ketara diantara praujian dan pascaujian,.

    Selepas diajar menggunakan teknik berbantukan kalkulator dan kaedah kebelakang

    untuk penyelesaian persamaan kuadratik, ujian pasca diberikan kepada pelajar untuk menguji

    sama ada terdapat peningkatan pemahaman pelajar terhadap penyelesaian persamaan

    kuadratik. Soalan yang diberikan kepada pelajar ini adalah sama dengan soalan pra ujian iaitu

    soalan jenis subjektif.

    Hasil pascaujian mendapati pelajar mampu menyelesaikan soalan persamaan kuadratik

    yang dikemukakan. Jawapan yang diberikan oleh pelajar bagi kebanyakkan soalan adalah tepat

    berbanding dengan jawapan yang diberikan oleh mereka sebelum kaedah baru diperkenalkan

    iaitu semasa menjawab soalan praujian. Ini menunjukkan pascaujian yang dijalankan

    menunjukkan keputusan yang amat memberangsangkan.

    Melalui soal selidik yang dijalankan, ramai pelajar yang menyatakan bahawa mereka

    mula berminat dengan matemtik. Dengan menggunakan kalkulator, mereka dapat mengetahui

    terlebih dahulu jawapan akhir yang perlu dicari bagi soalan dan daripada jawapan tersebut

    membantu mereka berupaya mereka memahami konsep penyelesaian persamaan kuadratik

    dan seterusnya menyelesaikan soalan-soalan tersebut. Tambahan mereka lagi, kaedah ini

    amat membantu mereka dalam memahami penyelesaian persamaan kuadratik yang sebelum

    ini menjadi masalah untuk diselesaikan. Penyelesaian juga menjadi mudah. Secara

    keseluruhannya, mereka amat berbangga dengan pencapaian diri mereka.

    Bagi pensyarah yang mengajar kursus ini pula, beliau mengakui bahawa pelajar

    menunjukkan reaksi yang memberangsangkan terhadap kaedah yang digunakan. Penerangan

    bagi penyelesaian persamaan kuadratik ini menjadi lebih mudah disamping penerimaan pelajar

    yang amat membanggakan. Pensyarah juga mencadangkan agar kaedah yang digunakan

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    24/36

    24

    olehnya perlu juga digunapakai oleh pensyarah lain yang mempunyai pelajar yang lambat

    menguasai penyelesaian persamaan kuadratik.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    25/36

    25

    BAB 7

    CADANGAN

    Melalui hasil dapatan kajian yang dijalankan terdapat beberapa cadangan dari pihak

    pengkaji bagi membantu pelajar dan juga pensyarah dalam usaha meningkatkan pemahaman

    pelajar terhadap penguasaan matematik dikalangan pelajar khususnya dalam topik yang

    melibatkan penyelesaian persamaan kuadratik. Adalah diharapkan dengan cadangan yang

    diberikan ini dapat membantu pensyarah dan juga pelajar dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Seterusnya adalah amat diharapkan dengan cadangan yang diberikan juga

    dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka khususnya dalam kursus

    Matematik Kejuruteraan.

    Berikut adalah cadangan-cadangan yang dikemukakan :-

    Kajian analisis terhadap kesilapan pelajar dalam penyelesaian persamaan kuadratik

    perlu juga dilaksanakan bagi mengetahui kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan

    pelajar dan seterusnya membolehkan pensyarah menyelesaikan permasalahan yang

    dihadapi oleh pelajar berkenaan.

    Selain kaedah backward solution, perisian multimedia interaktif boleh juga digunakan

    dalam membantu pelajar menguasai topik penyelesaian persamaan kuadratik. Kajian

    boleh juga dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat sama ada terdapat peningkatan

    pemahaman pelajar dalam mempelajari persamaan kuadratik dengan menggunakan

    perisian multimedia.

    Pelajar harus didedahkan dengan penggunaan kalkulator yang betul. Bengkel

    penggunaan kalkulator dengan berkesan mungkin perlu dilaksanakan. Melalui bengkel

    ini pelajar didedahkan dengan penggunaan kalkulator dalam penyelesaian matematik

    sama ada bagi tujuan semakan ataupun penyelesaian masalah.

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    26/36

    26

    RUJUKAN

    Habibah Suid (2004). Faktor-Faktor Kelemahan Pelajar Dalam Matapelajaran Matematik Di

    Peringkat Sekolah Rendah. Retrieved 10 May, 2012, fromhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HABIBAHAP990122D2004TTP.pdf

    Lim, C. H. (2007). Penyelidikan Pendidikan Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Shah Alam :

    McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

    Noraini Idris (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Shah Alam: McGraw Hill (Malaysia)

    Sdn. Bhd.

    Siti Aisyah Sheikh Abdullah (2001). Kajian Kebolehan Matematik Dan Pencapaian Pelajar

    Kejuruteraan Di UiTM Kampus Bukit Mertajam. Retrieved 10 May, 2012, from

    http://eprints.ptar.uitm.edu.my/4005/1/LP_SITIAISHAH_SHEIKH_ABDULLAH_01_24.pdf

    Sumarni Abu Bakar (2002). Analisa Kesilapan Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Pra-

    Kalkulus. Retrieved 10 May, 2012, fromhttp://eprints.ptar.uitm.edu.my/3996/

    Membudayakan Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Retrieved 8 May, 2012, fromhttp://pembestariansekolah.wordpress.com/2010/05/20/membudaya-kajian-tindakan-

    dalam-pendidikan/

    Format Laporan Kajian Tindakan Terkini.Retrieved 8 May, 2012,

    fromhttp://azaha83.blogspot.com/2010/08/format-laporan-kajian-tindakan-terkini.html

    http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HABIBAHAP990122D2004TTP.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HABIBAHAP990122D2004TTP.pdfhttp://eprints.ptar.uitm.edu.my/4005/1/LP_SITIAISHAH_SHEIKH_ABDULLAH_01_24.pdfhttp://eprints.ptar.uitm.edu.my/4005/1/LP_SITIAISHAH_SHEIKH_ABDULLAH_01_24.pdfhttp://eprints.ptar.uitm.edu.my/3996/http://eprints.ptar.uitm.edu.my/3996/http://eprints.ptar.uitm.edu.my/3996/http://pembestariansekolah.wordpress.com/2010/05/20/membudaya-kajian-tindakan-dalam-pendidikan/http://pembestariansekolah.wordpress.com/2010/05/20/membudaya-kajian-tindakan-dalam-pendidikan/http://pembestariansekolah.wordpress.com/2010/05/20/membudaya-kajian-tindakan-dalam-pendidikan/http://azaha83.blogspot.com/2010/08/format-laporan-kajian-tindakan-terkini.htmlhttp://azaha83.blogspot.com/2010/08/format-laporan-kajian-tindakan-terkini.htmlhttp://azaha83.blogspot.com/2010/08/format-laporan-kajian-tindakan-terkini.htmlhttp://pembestariansekolah.wordpress.com/2010/05/20/membudaya-kajian-tindakan-dalam-pendidikan/http://pembestariansekolah.wordpress.com/2010/05/20/membudaya-kajian-tindakan-dalam-pendidikan/http://eprints.ptar.uitm.edu.my/3996/http://eprints.ptar.uitm.edu.my/4005/1/LP_SITIAISHAH_SHEIKH_ABDULLAH_01_24.pdfhttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HABIBAHAP990122D2004TTP.pdf
  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    27/36

    27

    LAMPIRAN PRE TEST

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    28/36

    28

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    29/36

    29

    LAMPIRAN POST TEST

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    30/36

    30

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    31/36

    31

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    32/36

    32

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    33/36

    33

    LAMPIRAN SOAL SELIDIK (PRE TEST)

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    34/36

    34

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    35/36

  • 7/31/2019 Kajian Tindakan SME 6044 GABUNG

    36/36