definisi masalah matematik-gabung

Upload: tg-nur-ain

Post on 08-Aug-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    1/48

    2.0 Masalah Matematik Dalam Kalangan Kanak-Kanak

    Bermasalah Pembelajaran

    Kesukaran dalam membezakan nombor

    Kanak-kanak ini mengalami masalah dalam membezakan nombor yang kelihatan

    hampir sama dari segi bentuk atau rupa dan juga sebutan. Nombor yang agak

    mengelirukan mereka ialah nombor 6 dan 9, nombor 8 dan 0, nombor 3 dan 8.

    Tidak faham konsep operasi dalam matematik.

    Kanak-kanak berkeperluan khas ini juga mempunyai masalah dalam memahami

    konsep operasi tambah, tolak, darab, bahagi dan sebagainya. Mereka juga tidak

    dapat memahami perkataan atau operasi yang sama atau sinonim seperti perkataan

    tambah ditukar kepada perkataan jumlahkan atau himpunkan. Perkataan tolak

    ditukar menjadi kurangkan,bagi darab diganti dengan perkataan gandakan. Bagi

    perkataan bahagi yang ditukar kepada pecahkan.

    Keliru dengan urutan nombor seperti menaik dan menurun.

    Kanak-kanak ini juga sukar mengingat nombor-nombor yang terdapat dalam satu

    urutan sama ada urutan menaik atau menurun. Hal ini disebabkan mereka lemah

    dalam kemahiran mengingat susunan nombor. Ini ditambah pula dengan

    ketidakupayaan mereka untuk membaca dan menyusun nombor dengan betul.

    1

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    2/48

    Sukar dalam membezakan bentuk.

    Mereka sukar dalam membezakan bentuk. Masalah ini berkaitan dengan masalah

    pengamatan peglihatan mereka. Akibatnya, mereka akan mengambil jalan mudah

    dalam menyebut nombor tersebut tanpa berfikir panjang.

    Tidak mahir dalam membezakan warna

    Mereka mengalami masalah dalam menamakan warna yang hampir-hampir sama.

    Antara warna yang sering mengelirukan mereka ialah merah dan oren serta hijau

    dan biru. Menurut kajian warna merah dan merah jambu terang tidak sesuai

    digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap kanak-kanak. Ini

    kerana warna ini akan menyebabkan gangguan pada penglihatan mereka.

    Bermasalah dalam memahami konsep rumah dalam nombor yang melebihi 2

    digit.

    Misalnya, apabila diberi nombor 3 digit misalnya, mereka tidak dapat menyatakan

    atau membezakan kedudukan bagi nombor tersebut. Disamping itu, mereka tidak

    tahu menamakan rumah nombor bagi digit yang terdapat dalam nombor tersebut.

    Tidak memahami ayat matematik

    Kanak-kanak dengan masalah ini tidak dapat memahami soalan matematik yang

    berbentuk ayat. Bagi mereka soalan dalam bentuk ayat adalah sukar ditafsirkan

    maknanya. Ini disebabkan mereka mengalami masalah dalam membaca.

    Tidak memahami konsep bentuk lazim

    Jika mereka diberi ayat matematik dan dikehendaki menukar ayat matematik

    tersebut dalam bentuk lazim mereka tidak dapat menukarkannya. Oleh itu mereka

    2

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    3/48

    tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan dan seterusnya menunjukkan cara

    kerja bagi menyelesaikan masalah yang diberi.

    Tidak mampu membezakan jarak dan ruang

    Kanak-kanak bisanya belajar melalui bermain dengan objek seperti periuk,

    kuali, objek yang boleh dimasukkan dalam sesuatu bekas. Tetapi bagi kanak-kanak

    ini mereka agak sukar dalam menentukan kedudukan sesuatu objek dan agak lemah

    dalam mengagak jarak. Walaubagaimanapun, ibubapa kepada kanak-kanak ini

    mendapati kanak-kanak dengan masalah matematik ini tidak seronok bermain

    dengan bongkah, puzzle, model, atau blok-blok binaan. Kanak-kanak dengan

    masalah ini akan ketinggalan pengalaman penting dalam belajar nombor. Konsep

    seperti atas-bawah, permulaan-tamat, luar-dalam, tinggi-rendah, jauh-dekat amat

    mengelirukan kanak-kanak dengan masalah matematik ini.

    Gangguan dalam masalah membezakan jarak dan ruang juga ada kaitannya dengan

    memahami kesuluruhan sistem nombor. Sebagai contoh apabila mereka diminta

    melukis gambar manusia mereka akan melukis bahagian badan yang tidak berkaitan

    atau tidak kena pada tempatnya. Antara kemungkinan lukisan yang akan dilukis

    ialah sepasang kaki akan dilukis pada bahagian tepi muka atau lukisan manusia

    tanpa anggota badan sama sekali.

    Gangguan dalam motor-visual dan kemampuan persepsi visual

    Murid dengan masalah matematik kadang kala mengalami kesukaran dalam

    menjalankan aktiviti yang melibatkan motor visual dan kemampuan persepsi visual.

    Sesetengah kanak-kanak ini tidak boleh mengira objek dalam satu siri susunan

    dengan menunjuk objek tersebut sambil menyebut nombor satu, dua , tiga, empat,

    lima dan seterusnya. Memahami merupakan kemahiran awal dalam neuromotor dan

    perkembangan persepsi daripada terus merujuk kepada objek.

    Menurut Bley dan Thornton, 1989 ;Thornton, Jones, dan Toohey, 1983 terdapat

    sesetengah murid yang tidak dapat mengecam atau mengenali set objek atau objekyang terdapat dalam satu kumpulan. Ketika ingin menambah satu set objek dengan

    3

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    4/48

    bilangan 4 dengan satu set objek dengan bilangan 5, mereka tetap akan mengira

    objek tersebut satu persatu untuk mengatahui jumlah dua set objek tersebut.

    Masalah bahasa dan membaca

    Konsep awal kuantiti dapat dirujuk kepada penggunaan bahasa seperti itu sahaja,

    lebih, besar dan sedikit. Sesetengah murid dengan masalah matematik mempunyai

    penguasaan bahasa pertuturan yang tinggi dan kadangkala akan menjadi pembaca

    yang hebat. Bagaimanapun masalah matematik ini akan menjadi lebih teruk akibat

    bahasa oral dan kekurangan atau kelemahan dalam membaca. Masalah bahasa

    mereka akan menyebabkan mereka keliru dengan istilah tambah, tolak, pinjam dan

    rumah tempat.

    Lemah dalam konsep arah dan masa

    Konsep asas masa biasanya diperlukan atau digunakan semasa zaman prasekolah.

    Perkataan seperti 10 minit lagi tinggal, dalam setengah jam, nanti kebiasaannya

    menjadi kosa kata yang melibatkan konsep masa yang biasa digunakan oleh murid-

    murid di prasekolah. Setelah melepasi zaman prasekolah mereka akan

    menggantikan perkataan setengah jam kepada minit yang terdekat. Namun begitu

    kanak-kanak dengan masalah matematik mempunyai masalah dalam memahami

    konsep masa dan arah.

    Oleh itu, mereka sering sesat ketika ingin mencari jalan pulang ke rumah daripada

    sekolah atau tidak mampu mencari jalan untuk ke rumah rakannuya. Mereka juga

    lupa dengan konsep masa seperti pagi atau tengah hari dan akibatnya mereka akan

    pulang ke rumah ketika waktu rehat, dan mereka menganggap waktu persekolahan

    telah tamat. Mereka tidak tahu menentukan masa yang diperlukan dan masa yang

    diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

    4

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    5/48

    Masalah ingatan

    Fakta komputasi seperti penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian

    harus diingati bagi menjadikan pembelajaran matematik lebih berkesan. Murid

    dengan masalah ingatan yang teruk kebiasaannya memahami konsep komputasi

    tetapi mereka tidak memahami sistem nombor di sebalik komputasi tersebut. Ingatan

    dari penglihatan juga amat penting bagi murid dewasa mempelajari geometri dimana

    ia menuntut mereka untuk mengingat pelbagai bentuk geometri dan bilangan sisi

    yang terdapat dalam bentuk

    Kekurangan strategi pembelajaran matematik

    Sesetengah masalah matematik berpunca daripada kekurangan dalam penggunaan

    strategi yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah. Murid memerlukan

    strategi yang sesuai bagi memahami masalah, mengetahui apa kehendak soalan

    dan membuat keputusan terhadap kaedah yang sesuai digunakan bagi

    menyelesaikan masalah.

    Kajian menunjukkan murid dengan masalah pembelajaran kebiasannya tidak

    menggunakan sebarang strategi atau mereka memilih strategi yang salah. Terdapat

    segelintir murid yang lambat dalam dalam perkembangan dan mengaplikasikan

    strategi dalam mengingat dan mendapatkan semua maklumat, tetapi mereka

    mampu memperolehi dan menggunakan strategi pembelajaran matematik jika

    mereka dibekalkan dengan arahan yang betul.

    5

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    6/48

    Anxiety (kerisauan)

    Anxiety merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatkan perasaan trauma

    mahupun risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau. Contonhya, mereka

    akan merasa risau apabila melihat angka-angka. Antara ciri-ciri gangguan masalah

    anxiety ialah:

    a) Kognitif

    Rasa takut pada perkara yang tidak pasti

    b) Somatik

    Menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan

    yang dirasakan boleh mengancam keselamatannya.

    Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh

    serta sistem pencernaan terganggu.

    c) Emosi

    Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci

    d) Tingkahlaku

    Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca anxiety

    Tidak dapat mengawal diri

    Disleksia

    6

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    7/48

    Disleksia merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan

    menulis. Dibawah merupakan ciri-ciri murid dengan masalah disleksia:

    a) Pendengaran

    Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan

    Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf

    Payah menyebut huruf m dan n

    b) Pertuturan dan penulisan

    Kesalahan mengeja perkataan. Sebagai contoh perkataan magic

    dieja sebagai mjc

    Susunan huruf terbalik. Contohnya mengeja does sebagai dose

    Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama. Contohnya

    should sebagai shud

    Kesalahan/ kurang tepat sebutan

    Tidak lancer, tersekat atau gagap

    Mathophopia (math anxiety)

    Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi

    keupayaanya dalam matematik. Ciri-ciri gangguan bagi masalah ini ialah:

    a) Tidak suka matematik

    b) Berasa tidak pasti /kurang yakin

    7

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    8/48

    c) Pencapaian lemah

    d) Kekurangan minat

    e) Sikap tidak ambil peduli

    Diskalkulia

    Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang

    tertentu dalam otak yang tidak berfungsi secara normal. Ciri-ciri gangguan

    diskalkulia ialah:

    a) Pengiraan

    Sukar mempelajari dan mengingat nombor

    Sukar memahami konsep nombor

    b) Membaca dan menulis nombor

    Terkeliru nombor 12 dengan 21

    Salah membaca nombor 5004 dibaca dengan 504

    c) Arah

    Sukar memahami arah kiri atau kanan

    Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta

    8

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    9/48

    3.0 Punca Masalah Matematik di Kalangan Murid

    Bekeperluan Khas

    Kebanyakan simptom masalah pembelajaran merupakan punca kepada masalah

    Matematik di kalangan murid pendidikan khas. Antara punca kepada masalah

    matematik dalam kalangan murid bekeperluan khas adalah seperti berikut:

    1. Sekolah

    9

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    10/48

    a) Pihak pentadbir

    Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas PKBP

    Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid PKBP

    sebaliknya menumpu kepada murid UPSR

    b) Kelas PKBP

    Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian

    Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan

    2. Guru

    Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak

    berperingkat-peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia

    ada murid, tiada aktiviti pengukuhan

    Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai

    Emosi guru garang, tidak sabar

    Kurang prihatin

    Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul

    Guru kurang berminat

    Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan

    pengajaran dan pembelajaran secara individu

    Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan

    3. Ibu Bapa Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku,

    dan sebagainya

    Tidak memberi dorongan

    Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak

    Sibuk dengan hal sosioekonomi

    Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak

    10

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    11/48

    4. Murid

    a. Masalah kurang kecerdasan @ mental

    Warisan daripada genetik ibu bapa

    Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran

    Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan

    Kekurangan makanan yang berzat

    b. Faktor sikap

    o Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai -

    tidak berminat

    c. Faktor Masalah pengamatan

    Masalahpendengaran, penglihatan, dan psikomtor

    d. Faktor fizikal

    o Makanan yang tidak berzat

    o Murid cepat letih tak mampu menumpukan kepada proses

    pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di

    sekolah atau kerja rumah

    o Keletihan

    o Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik

    o Berpenyakit - kerap tidak hadir ketinggalan dalam pelajaran

    e. Tidak boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa

    Inggeris

    f. Penempatan murid yang tidak sesuai

    Disleksia, slow learnerdan sebagainya

    11

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    12/48

    5. FAKTOR LAIN

    Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar

    Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar

    Sukatan Pelajaran yang terlalu umum

    Persekitaran P & P yang tidak ceria

    4.0 Strategi Menangani Masalah Matematik DalamKalangan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

    Beri murid persediaan dalam pembelajaran matematik

    Adalah penting bagi para guru untuk mengetahui sebanyak mana tahap pencapaian

    murid-murid bagi memastikan murid telah betul-betul bersedia dengan apa yang

    bakal dipelajari kelak. Masa dan usaha perlu ditanamkan dalam membina asas yang

    12

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    13/48

    kukuh bagi mengelakkan sebarang kesulitan kelak seperti seorang murid mencuba

    untuk beralih kepada kemahiran yang lebih tinggi dan sesuatu yang lebih abstrak

    dalam proses matematik.

    a) Berikut adalah asas pembelajaran dalam mempelajari nombor-nombor asas

    mengikut Bley & Thornton, 1989. Tambahan lagi mengikut mereka, jika

    mereka kekurangan asas pembelajaran dalam mengenali nombor asas

    mereka perlu diajar mengenai:

    i. Memadankan (konsep sama dan mengelaskan objek)

    ii. Mengenali sekumpulan objek

    iii. Mengira (memadankan nombor dengan nombor)

    iv. Menamakan nombor (boleh menyatakan bahawa nombor 7 datang

    selepas nombor 8)

    v. Menulis nombor 1 hingga 10 (menulis nombor dalam susunan yang

    betul, dapat menulis nombor dengan urutan menaik dan menurun)

    vi. Mengukur dan memadankan (megagak, memadankan objek)

    vii. Operasi (boleh menamakan nombor 10 tanpa merujuk kepada objek)

    viii. Sistem perpuluhan ( mempelajari sistem titik perpuluhan)

    Mulakan pengajaran dengan sesuatu yang konkrit kepada abstrak

    13

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    14/48

    Murid akan lebih memahami konsep matematik apabila guru mengajar sesuatu

    konsep itu dengan sesuatu yang konkrit kepada abstrak. Seorang guru harus

    merancang 3 peringkat penyampaian arahan iatu:

    i. Peringkat konkrit

    Menggunakan objek sebenar dalam mengajar sesuatu kemahiran.

    Objek yang digunakan mestilah seuatu yang boleh dilihat, dirasa.

    ii. Peringkat separa konkrit

    Persembahan grafik boleh digunakan dalam memberi arahan pada

    peringkat ini untuk menggantikan penggunaan objek sebenar

    Sebagai contoh bentuk bulat melambangkan objek dalam bayangan

    daripada lembara kerja.

    iii. Peringkat abstrak

    Pada peringkat ini nombor digunakan sepenuhnya untuk

    menggantikan bentuk grafik .

    Menyediakan peluang untuk membuat latihan dan ulang kaji

    Murid memerlukan banyak masa untuk membuat ulangkaji, latih tubi latihan untuk

    mempelajari konsep matematik, sehingga mereka mampu menggunakan konsep ini

    secara langsung.Terdapat banyak cara untuk menjalankan latihan ini dan para guru

    perlu mempelbagaikan kaedah sekerap yang mungkin sepanjang proses pengajaran

    dan pembelajaran Teknik-teknik yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan

    lembaran kerja, kad imbasan, permainan, teknik pengurusan tingkahlaku seperti

    (pemberian ganjaran pada tugasan yang dapat diselesaikan).

    14

    +

    2 + 3 = 5

    = 5

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    15/48

    Ajar murid untuk membuat kesimpulan umum terhadap situasi baru

    Murid harus belajar membuat kesimpulan tentang banyak situasi. Sebagai contoh

    mereka boleh menggunakan fakta komputasi (pecongakan / kiraan) terhadap

    pelbagai soalan yang bermasalah yang dibina oleh guru atau murid dan diubah.

    Sasaran adalah untuk memperoleh kemahiran mengenali konsep operasi komputasi

    (pecongakan/kiraan) dan gunakannya dalam pelbagai situasi.

    Ajar kosakata yang terdapat dalam matematik

    Kosa kata dan konsep dalam matematik adalah baru bagi sesetengah murid, dan ia

    perlu dipelajari. Murid mungkin mengetahui operasi matematik tetapi mereka

    mungkin tidak mengetahui istilah yang tepat bagi operasi tersebut.

    Mengambil berat tentang kelemahan dan kekuatan murid dalam Matematik.

    Sebelum menggunakan suatu teknik dalam mengajar Matematik, para

    guru haruslah mengetahui kemampuan dan ketidakupayaan murid melalui tahap

    pencapaian dan hasil kerja yang melibatkan operasi yang ditunjukkan oleh murid.

    Bina asas yang kukuh tentang konsep dan kemahiran dalam matematik

    Cara mengajar yang lemah akan membuatkan masalah Matematik murid menjadi

    lebih teruk. Matapelajaran ini perlu diajar dengan menggunakan asas yang kukuh

    melalui pengukuhan terhadap konsep Matematik. Menurut Bereiter (1968) beliau

    mencadangkan beberapa garis panduan bagi membantu perkembangan murid

    dalam membina asas yang kukuh dalam pemikiran Matematik:

    i. Penekanan harus diberikan terhadap arahan dalam matematik.

    Arahan yang diberi adalah kepada menjawab soalan

    berbanding membuat sesuatu.

    15

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    16/48

    ii. Segala kosep yang dipelajari haruslah dapat diaplikasikan terhadap

    pelbagai jenis soalan dan aplikasi dengan pelbagai cara dalam

    mengendalikan masalah.

    iii. Arahan yang disampaikan haruslah lengkap dan jelas agar

    murid dapat menerima arahan yang mereka perlukan. Hal ini

    kerana sesetengah program matematik memerlukan masa yang

    singkat untuk latihan.

    Elakkan murid daripada terlalu banyak mengingat.

    Guru harus menetapkan bilangan atau kuantiti latihan yang diberikan agar segala

    masalah dapat dikendalikan dengan mudah.

    Menyediakan langkah berjaga-jaga dengan membuat pengulangan terhadap

    suatu topik setelah diajarkan selama sehari atau 2 hari.

    Berikan latihan dalam kuantiti yang terkawal.

    Kuantiti latihan yang dibekalkan kepada murid haruslah dalam kuantiti yang terkawal

    bagi mengelakkan murid daripada mengamalkan atau melakukan sesuatu yang

    salah konsepnya.

    Buat lakaran bagi soalan

    Bantu murid dalam memahami masalah matematik dengan menggunakan lakaran

    atau lukisan agar mereka mendapat gambaran tentang suatu soalan yang diajukan.

    16

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    17/48

    Beri masa tambahan kepada murid untuk memproses sebarang maklumat

    Masa tambahan harus diperuntukkan kepada murid bagi membantu murid

    memahami soalan yang diberi dalam bentuk visual (gambar, carta, graf dan

    sebagainya).

    Gunakan lagu untuk membantu murid mengingat sesuatu konsep yang diajar.

    Cipta lagu berdasarkan tajuk yang diajar untuk membantu murid mengingat. Guna

    rentak lagu yang biasa didengar oleh murid kemudian ubah liriknya berdasarkantajuk atau topik yang diajar.

    Berikan latihan interaktif dan intensif mengikut kesesuaian usia dalam bentuk

    permainan sebagai salah satu bahan yang dapat memotivasikan mereka.

    Cabar dan galakkan minda mereka untuk berfikir sesuatu yang sukar dimana ia

    berkaitan dengan masalah sebenar dalam kehidupan seharian mereka dan minta

    mereka mencari jalan penyelesaiannya.

    Gunakan alat manipulatif dan teknologi seperti pita perakam dan kalkulator bagi

    membantu murid-murid tersebut.

    Integrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang

    mengalami masalah disleksia dan diskalkulia.

    Kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi amat membantu kanak-kanak

    dengan masalah diskalkulia dan disleksia atau mana- kanak-kanak dengan masalah

    matematik untuk belajar seperti kanak-kanak normal lain. Menurut Thomas 1992,

    dan Florian 2004, ICT dapat meningkatkan motivasi, menerapkan rasa ingin

    bersaing terhadap diri sendiri dan juga dapat timbulkan rasa ingin bersaing. Kedua

    dua tokoh ini telah menyenaraikan 6 kelebihan menggunakan ICT dalam

    persekitaran pembelajaran. Antara kelebihan tersebiuat ialah ia dapat digunakan

    sebagai bahan bantu mengajar, alat menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran,

    17

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    18/48

    alat untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedah eksplorasi dalam

    pembelajaran dan alat pemudahcara.

    Mengintegrasikan ICT dalam kalangan kanak-kanak pendidikan khas tidak hanya

    termaktub kepada penggunaan komputer dan perisian khas sahaja bahkan pelbagai

    komponen ICT yang lain sepeti pembesar suara, projektor, joystick, capaian internet

    dan sebagainya. Perisian-perisian lain seperti Microsoft office word, Microsoft office

    excel, Microsoft office paint dan microsoft office power point juga turut membolehkan

    kanak-kanak ini belajar. Sebagai contoh perisian mudah yang memberi impak yang

    amat besar ialah perisian Microsoft office powerpoint kerana perisian ini member

    peluang kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi

    menarik.

    Menggunakan kaedah pelbagai deria

    Kaedah yang paling berkesan untuk mengajar matematik adalah dengan melibatkan

    pelbagai deria yang dikenali sebagai kaedah pelbagai deria (kaedah multi sensory).

    Kajian daripada The National Institute of Child Health and Human Development

    menunjukkan bahawa kaedah pelbagai deria adalah pendekatan yang paling

    berkesan untuk kanak-kanak yang menghapi masalah pembelajaran. Menggunakan

    kaedah ini bermaksud membantu kanak-kanak tersebut belajar melalui lebih daripda

    satu deria terutamanya melalui sentuhan (touch) dan pergerakan (kinestetik).

    Kaedah ini dapat meransang pembelajaran kanak-kanak dan menggalakkan mereka

    menggunakan sebahagian atau kesemua deria untuk :

    i. Mengumpul maklumat tentang suatu tugasan

    ii. Melihat logik yang terlibat dalam menyelesaikan masalah.

    iii. Menghubungkan maklumat kepada idea yang mereka telah

    sedia ketahui dan fahami

    iv. Tap into non-verbal reasoning skill

    v. Memahami perhubungan di antara konsep

    18

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    19/48

    vi. Mempelajari maklumat dan menyimpannya untuk diingati pada masa akan

    datang.

    Kaedah ini dapat membantu guru menyesuaikan gaya pembelajaran murid.Ia juga

    dapat meransang pembelajaran secara visual. Bahan visual yang mengandungi

    animasi yang menarik dan berwarna warni juga membolehkan murid memperolehi

    daya imaginasi yang yang tinggi sehingga dapat menggambarkan bentuk, ruang,

    saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaan bahan visual ialah poster, model,

    filem, video, multi image media, penggunaan warna untuk memaparkan nombor

    dan lain-lain bahan visual yang sesuai.

    Teknik yang melibatkan deria sentuhan juga dapat digunakan untuk mengajar murid-

    murid ini. Teknik ini dinamakan tactile method . melalui kaedah ini guru boleh

    menggunakan objek-objek kecil seperti batu untuk mewakilkan nilai nombor untuk

    mengajar kemahiran mengira, melakukan proses penambahan, penolakan,

    pembahagian dan pendaraban. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan-

    bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dan sebagainya untuk membina model

    terutamanya yang melibatkan tajuk 3-dimensi seperti kiub, kuboid, silinder,

    Kaedah pelbagai deria menggunakan pergerakan badan yang dinamakan kinestetik

    juga dapat digunakan. Ia merupakan kebolehan anggota badan dalam melakukan

    pergerakan hasil daripada penyampaian idea, perasaan serta mencari keputusan

    masalah. Sebagai contoh permainan yang melibatkan aktiviti mengira seperti

    permainan Ludo dan dam ular adalah sangat sesuai bagi memberi peluang kepada

    murid mengira tanpa merasa mereka dipaksa belajar.

    Menggunakan kaedah eksperimen / kerja praktik

    Kaedah ini boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk

    mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran matematik, kaedah

    eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu

    mengajar untuk memahami konsep dan menguasai kemahiran dalam penyelesaian

    masalah matematik.

    19

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    20/48

    Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kaedah ini telah digunakan secara

    meluas. Berikut adalah contoh aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen:

    a) Menyukat air dengan menggunakan bekas dan silinder penyukat untuk

    mempelajari isipadu cecair

    b) Membimbing murid melipat dan melorek bahagian kertas untuk mengenali

    pecahan

    c) Menyusun jubin dalam bentuk segiempat yang berbagai saiz untuk

    menemui luas segiempat tepat.

    d) Mengagihkan sebilangan biji gula ke dalam beberapa bekas yang

    disediakan untuk memahami konsep bahagi dan purata.

    Eksposisi atau direct instruction

    Satu kaedah dimana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau

    dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan

    merekod maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu

    aktiviti. Kaedah ini juga sering dinamakan sebagai systemic teaching, explicit

    instruction, explicit teaching, dan active teaching menurut Husen & Postlehwaite,

    1970. Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan:

    a) Penerangan dan peghuraian idea dan konsep matematik yang akan

    dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar

    b) Demonstrasi cara melukis atau membuat sesuatu binaan geometri

    c) Penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah

    Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam

    peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan

    20

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    21/48

    sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan

    pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ia perlu

    dirancang dengan teliti supaya perlaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan

    mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    yang telah disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.

    Permainan dan simulasi

    Permainan merupakan satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan

    daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik menurut D Augustine,

    1973 ;Sabel & Maletsky, 1972. Dengan bermain rasa bosan murid dapat

    dikurangkan khususnya semasa menyelesaikan pelbagai masalah matematik.

    Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di

    dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan kepada prinsip bermain sambil

    belajar.

    Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui

    aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi

    kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan

    ataupun penyelesaian dalam rekreasi matematik.

    Maths is more than rote memorization and practise. Maths is a creative activity, like

    drawing or writing or playing basketball. In fact, one of the best definitions of

    creativity that i have heard says thatncreativity is play

    (Flansburg, 1994:17)

    21

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    22/48

    5.0Kaedah Pembelajaran Matematik Pendidikan Khas

    Setiap guru mempunyai gaya dan teknik serta kebolehan yang berbeza-beza

    bergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima oleh guru

    tersebut. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara dan gaya penyampaian serta

    pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun pendekatan dan kaedah

    yang digunakan dalam P & P masih sama.

    Kaedah merujuk kepada tindakan guru yang bersistematik dengan tujuan

    mencapai objektif pengajaran tertentu dalam jangka pendek. Ia juga cara mendekati

    sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkansusunan yangteliti dan rapi. Menurut Mok Soon Sang (1995), antara kaedah-kaedah

    pengajaran matematik yang perlu difahami dan dikuasai oleh guru adalah kaedah

    kerja praktik, kaedah penemuan, kaedah induksi dan deduksi. Walaupun begitu

    terdapat beberapa lagi kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan

    pengajaran matematik pendidikan khas di dalam kelas.

    Manakala menurut Modul OUM HBSS 2203 (2009), terdapat tiga pendekatan

    yang boleh digunakan dalam pengajaran matematik iaitu pendekatan berpusatkan

    22

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    23/48

    murid, pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru. Tetapi

    untuk pembelajaran pendidikan khas, di sini kita hanya akan membincangkan dua

    pendekatan sahaja iaitu pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan

    berpusatkan bahan. Ini adalah kerana dalam matematik pendidikan khas, guru

    biasanya akan menjalankan pengajaran lebih kepada berpusatkan murid dan juga

    penggunaan bahan.

    a. Pendekatan berpusatkan murid

    Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan

    penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan

    kepada kumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan

    berinteraksi secara terkawal. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat

    merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan

    kepada murid untuk menyuarakan pendapat (Modul OUM HBSL2203, 2009).

    Salah satu kaedah dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ialah

    pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid

    berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman

    sendiri. Dalam kaedah ini, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu

    kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Ini membolehkan

    guru membimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-

    aktiviti pemulihan.

    Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan

    pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid

    yang mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut (DAgustine,

    1973), permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti

    23

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    24/48

    dan memupuk minat murid terhadap matematik (http://mujahid.tripod.com). Ianya

    dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah

    matematik.

    Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan

    pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain

    sambil belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika

    menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian.

    Dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh dipupuk.

    Secara lazimnya, tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam

    permainan. Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan

    seterusnya mengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik. Matematik

    berbentuk rekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan

    konsep yang mudah diingati oleh murid. Juga menjadi kelaziman seseorang,

    pengetahuan atau pembelajaran yang diperoleh secara tidak formal (permainan)

    lebih diingati berbanding pembelajaran secara formal.

    Contohnya adalah lebih baik seorang guru mengajar matematik kepada

    seorang murid yang memerlukan pemulihan untuk menggunakan bahasa yang biasadengan mereka. Iaitu bahasa yang difahami oleh murid akan memudahkan mereka

    untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dengan guru. Murid juga akan

    terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan

    oleh guru. Dalam masa yang sama guru mesti menyediakan bahan, situasi cerita

    yang boleh merangsang mereka bercerita dan berbincang samada dengan guru

    atau rakan.

    Ramai pakar pendidikan menyatakan bahawa jika menggunakan pengalaman

    sedia ada murid sesuatu pengajaran dan pembelajaran ia akan lebih berkesan.

    Bermula dengan pengalaman mereka, guru boleh membimbing murid mempelajari

    sesuatu konsep matematik dengan lebih baik dan berkesan.

    b. Pendekatan pemusatan bahan

    Penyampaian pengajaran dan pembelajaran matematik haruslah disertai

    dengan penggunaan bahan dan teknologi sejajar dengan perkembangan aruspemikiran murid ke arah zaman maklumat. Misalnya pada peringkat awal untuk

    24

    http://mujahid.tripod.com/http://mujahid.tripod.com/
  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    25/48

    mengenal nombor, guru boleh menggunakan flash card sebagai bahan bantu yang

    ringkas (Modul OUM HBSS2203, 2009).

    Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan

    pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman web dalam

    pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru boleh

    memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatian perhatian

    murid untuk mempelajari matematik. Guru juga boleh menggunakan laman web

    untuk mengakses permainan-permainan matematik secara online

    Selain itu guru boleh menggunakan model-model dan bahan-bahan maujud

    seperti kuboid, kubus, prisma dan sfera untuk mengajar geometri dan bentuk benda.

    Murid juga digalakkan untuk membina bentuk-bentuk seperti sfera, kubus, kuboid

    dari plastesin atau tanah liat.

    Bahan atau peralatan lain yang boleh digunakan oleh guru termasuk

    overhead projektor, kamera digital, carta, CDRI yang dibekalkan oleh Bahagian

    Teknologi Pendidikan, CD PPSMI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia atau CD yang dibeli oleh pihak sekolah sendiri. Dengan menggunakan

    bahan bantu mengajar akan dapat meningkatkan minat murid yang mempunyaimasalah dalam pembelajaran matematik untuk mempelajari matematik dengan lebih

    gigih lagi.

    Alat bantu mengajar tebahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan

    pembelajaran. Bahan pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh

    guru manakala bahan pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan

    untuk kegunaan pelajar. Tujuan menggunakan bahan bantu belajar adalah bagi

    membolehkan pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah dan guru juga

    dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik.

    Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk

    meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran yang hendak diajar adalah

    seperti bahan bahan aktiviti, bahan kit bantu mengajar Matematik dan Set

    Permainan Matematik.

    25

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    26/48

    Contoh set permainan matematik ialah:

    Set permainan matematik

    Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke

    titik yang lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan

    mencari benda-benda yang tersembunyi.

    Menyambungkan garis putus-putus atau titik untuk mencari jalan

    keluar.

    Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar.

    Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid.

    Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor.

    Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran

    operasi tambah dan tolak

    Membentuk gambar daripada tangram.

    Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey)

    Jigsaw puzzle bernombor

    Boling nombor

    Roda impian

    Dart bermagnet

    Pancing ikan

    Lisan Latih tubi / congak

    Bahan konkrit Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah

    Antara kaedah lain yang boleh di lakukan ialah :

    1. Kaedah Pembelajaran Kontekstual

    Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud

    kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat

    pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan

    26

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    27/48

    juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar

    di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari

    dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.

    Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan

    perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran

    yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka

    perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya

    dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana

    tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajardijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar

    bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran

    ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi

    kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

    Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku

    apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan

    cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka

    dalam kerangka rujukan mereka sendiri.Pendekatan pembelajaran dan

    pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam

    konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa

    seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima

    akal dan kelihatan bermakna.

    2. Kaedah Konstruktivisme

    27

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    28/48

    Konstruktivisme bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang

    pendidikan. Pengaruh konstruktivisme dalam era teknologi maklumat dan

    komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan

    behaviorism yang mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada

    kognitivisme yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh

    pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.

    Bruner (1960), telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan

    satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan

    kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan

    mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan

    yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model

    mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan

    membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan

    (Beyond the information given). Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah

    memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning)

    Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina maknatentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang

    mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui

    refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka

    bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada

    mereka maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa yang mereka

    lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau

    mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan

    maklumat baru ini dengan lebih baik. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997),

    konstruktivism adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada

    penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.

    3. Teknik Pembelajaran Aktif

    28

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    29/48

    Antara teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah konsep

    nombor yang dihadapi oleh murid ialah penglibatan aktif murid dalam

    pengajaran dan pembelajaran dimana murid terlibat secara aktif seperti

    menulis dan berbincang bersama guru serta pergerakan yang melibatkan

    anggota badan. Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran

    dapat diberikan kepada pembinaan konsep baru atau kemahiran

    penguasaan baru. Penglibatan aktif pelajar merupakan asas yang penting

    kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang

    menyeluruh. Apabila guru mengajar murid membilang nombor, guru perlu

    libatkan pelajar dalam pembelajaran, contohnya, guru menyuruh murid

    mengira nombor yang ditulis atas papan hitam. Guru perlu menekankan

    pembelajaran berpusatkan murid supaya murid bertindak lebih aktif dalam

    pembelajaran dan mengelakkan rasa bosan terhadap pengajaran guru

    4. Teknik latihan berterusan dan pelbagai

    Setelah guru mengajar murid mengenal dan menghafal nombor yang

    tertentu, murid perlu dilibatkan dengan kefahaman konsep dan penguasaan

    kemahiran ynag telah diajar. Penguasaan Matematik tidak hanya bergantung

    pada kefahaman konsep semata-mata sebaliknya latihan yang mencukupi

    perlu dilakukan oleh guru dari masa ke semasa sehingga murid mencapai

    kemahiran yang hendak diajar. Guru boleh memberikan lembaran kerja

    kepada murid untuk meningkatkan kemahiran murid dalam konsep mengenal

    nombor.Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan bahan bantu belajar

    untuk murid supaya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebihmendalam lagi. Guru juga boleh membina bahan bantu mengajar yang

    29

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    30/48

    bersesuaian dengan mengaitkan dengan persekitaran murid, contohnya

    menggunakan bahan maujud, bahan 3D dan sebagainya.

    6.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

    Rancangan Pengajaran Harian Matematik

    Kelas: 1 Bestari

    Matapelajaran: Matematik

    Tarikh: 7 September 2011

    Masa: 8.45 pagi-9.45 pagi

    Bilangan murid: 5 orang

    Kumpulan 1 (sederhana): 3 orang (slow learner)

    30

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    31/48

    Kumpulan 2 (lemah): 2 orang (1 sindrom down, 1 hiperkatif)

    Tajuk: 3.0 Operasi Tambah

    Kemahiran: 3.1.1 Penyatuan dua kumpulan

    Hasil pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:

    Kumpulan 1 (sederhana)

    1) Menambah sebarang nombor 1 digit dengan 1 digit

    2) Menjawab sekurang-kurangnya 4 daripda 5 soalan yang diberikan

    Kumpulan 2 (lemah)

    1) Menyebut dan menunjukkan simbol tambah dengan betul

    2) Menjawab sekurang-kurangnya 2 daripada 5 soalan yang diberikan

    Pengetahuan sedia ada: Murid sudah mengenal nombor dalam lingkungan 1 hingga

    20

    Perentasan kurikulum: Bahasa Melayu, Kemahiran manipulatif

    Penerapan nilai: kerjasama, kerajinan, ketilitian

    Kecerdasan pelbagai: muzik, kinstetik, linguistik

    Terapi: motor halus, pertuturan

    BBB: bongkah dadu, lembaran kerja

    Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan

    Set induksi

    5 minit

    Nyanyian

    Contoh lirik lagu:

    1 tambah 1 sama

    dengan dua

    2 tambah 1 ada tiga

    3 tambah satu sama

    -Guru menyanyikan lagu yang

    mempunyai kaitan dengan

    konsep penambahan.

    -Murid menyanyi bersama-

    sama guru.

    Teknik:

    Nyanyian

    Terapi:

    pertuturan

    31

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    32/48

    dengan empat

    4 tambah satu ada

    lima

    Langkah 1

    15 minit

    Pengenalan tentang

    konsep tambah

    Meneka benda didalam balang/kotak

    -Guru meletakkan 4 buah

    kotak di atas meja yang berisi

    beberapa jenis objek yang

    berlainan.

    -Murid diminta untuk meneka

    barang yang terdapat di dalam

    4 buah kotak tersebut

    -Murid diminta untuk

    mengelompokkan objek yang

    sama jenis dan murid mengira

    bilangan objek bersama-sama

    guru.

    -Murid diperkenalkan konsep

    dan istilah tambah dengan

    menunjukkan penyatuan bagi 2

    kumpulan.

    BBB:

    kotak/baling,

    kereta

    mainan,

    manik

    Langkah 2

    20 minit

    Penyatuan 2kumpulan

    -Murid diberikan beberapabatang ais krim dan kad

    nombor.

    -Guru akan membaling dadu

    dan murid diminta untuk

    menyebut nombor yang

    terdapat pada dadu.

    Teknik: kuiz

    Terapi: cara

    kerja

    MI: kinestetik

    32

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    33/48

    -Murid akan mengambil

    bilangan batang ais krim

    mengikut nombor pada dadu

    yang dibaling oleh guru.

    -Langkah 2 dan 3 diulang

    beberapa kali.

    Nilai:

    kesungguhan

    BBB: dadu,manik, kad

    nombor

    Langkah 3

    15 minit

    Latihan Pengukuhan -Guru mengedarkan lembaran

    kerja kepada murid-murid

    Kumpulan lemah:

    -murid-murid dikehendaki untuk

    mengisi ruang kosong dengan

    nombor yang bersesuaian dan

    menjumlahkannya dengan

    bantuan gambar.

    Kumpulan sederhana

    -Murid dikehendaki menjawab

    soalan yang berkaitan dengan

    operasi tambh yang diedarkan

    oleh guru.

    Teknik: latih

    tubi

    Terapi: cara

    kerja

    MI: logik

    matematik

    BBB:

    lembaran

    kerja

    Penutup

    5 minit

    Magic Show Guru menunjukkan satu

    pertunjukkan magik kepada

    murid-murid.

    BBB: duit

    syiling 20

    sen

    REFLEKSI GURU PELATIH:

    Kekuatan :

    33

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    34/48

    Kelemahan:

    Cadangan:

    ULASAN PENSYARAH/ GURU PEMBIMBING:

    Nama Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________________

    Tandantangan / Tarikh : _____________________________________________

    7.0 Laporan

    Pada tugasan kali ini kami diminta menjalankan tugasan secara berpasangan.

    Tugasan yang perlu kami laksanaka ialah membina instrumen ujian diagnostik bagi

    menguji tahap pencapaian murid-murid berkeperluan khas. Oleh itu kami telah

    bersepakat untuk memilih tajuk 2.0 iaitu nombor bulat dalam lingkungan 10 untuk

    dijadikan tajuk soalan bagi ujian diagnostik kami.

    Kami telah menjalankan ujian diagnostic terhadap murid-murid Pendidikan

    Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II,

    Kuala Terengganu pada 3 Ogos 2011. Murid yang kami pilih bernama Nurul Aslizai.

    Adik Nurul berusia 11 tahun dan berasal dari Batu Burok. Sepanjang pemerhatian

    kami terhadap adik Nurul, kami dapati dia telah mengenal nombor bulat 1- 10. Malah

    dia boleh menulis dan menyebut nombor dengan baik. Walaubagaimanapun, adik

    Nurul keliru dengan nombor urutan menaik dan menurun. Contohnya, selepas

    nombor 7, dia masih lagi menulis 7 bukannya 8. Hasil dari ujian tersebut, kami hanya

    dapat mengenalpasti satu kesilapan sahaja. Kami seharusnya menyediakan34

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    35/48

    pelbagai set ujian soalan diangnostik yang berlainan tajuk bagi menghadapi

    sebarang kemungkinan seperti ini. Dalam kes ini adik Nurul dapat menguasai tajuk

    2.0 dengan baik. Dia seharusnya diuji dengan satu set ujian dengan tajuk yang lebih

    tinggi aras kesukarannya seperti ujian yang melibatkan tajuk wang, masa, operasi

    tambah atau tolak ada sebagainya.

    Setelah program ujian diagnostik selesai, kami dikehendaki untuk

    menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu

    Belajar(BBB) untuk subjek Matematik bagi persediaan macroteaching. Kami telah

    dinasihati oleh pensyarah pembimbing, iaitu Pn Maznah supaya ditingkatkan aras

    kemahiran yang hendak diajar. Oleh itu, kami telah memilih operasi tambah.

    Rentetan daripada itu kami dikehendaki membina set Bahan Bantu Belajar (BBB)

    yang berkaitan dengan tajuk yang telah kami pilih. Bahan bantu belajar yang dibina

    haruslah tahan lasak dan kukuh, kemas, berwarna-warni, menarik perhatian, saiz

    yang sesuai dengan bilangan murid-murid, konkrit, mudah dikendalikan, tidak

    mencederakan, dan sebagainya. Kami telah membina sebuah dadu daripada

    mounting board untuk dijadikan BBB kami. Bahan bantu belajar lain yang kami

    gunakan sbagai BBB kami ialah bahan-bahan maujud seperti pembaris, pengasah

    pensel, pemadam dan pensel. Kami juga menggunakan batang ais krim yang

    bewarna-warni.

    Pelaksanaan macroteaching baru-baru ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan

    Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 7 September 2011. Program macroteaching

    tidak dapat dilaksanakan di SK Seri Budiman II kerana terdapat masalah yang tidak

    dapat dielakkan. Walaubagaimanpun, program macroteaching yang diadakan baru-

    baru ini telah berjalan dengan lancar. Setiap kumpulan diberikan satu kelas untuk

    mengajar yang terdiri daripada 5-6 orang murid. Kumpulan saya telah memperoleh

    murid-murid pendidikan khas dari kumpulan empat. Menurut guru-guru yang

    mengajar kelas 4, murid-murid di dalam kelas 4 memiliki tahap pencapaian yang

    sangat rendah. Dimana mereka tidak mampu untuk membaca. Bagi tahap

    pencapaian dalam matapelajaran matematik pula mereka masih dalam proses

    mengenal nombor 1 hingga 10 walaupun telah mempelajari tajuk tersebut selama 3

    tahun. Kenyataan daripada guru-guru tersebut telah membuat kami bertambah

    berdebar-debar untuk mengajar mereka.

    35

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    36/48

    Namun begitu kami tetap berusaha semaksima yang mungkin untuk mengajar

    topik penambahan kepada murid-murid. kami sangat teruja melihat kelakuan murid-

    murid yang sungguh bersemangat untuk belajar. Kami cuba untuk menerangkan

    kepada mereka tentang konsep penambahan dengan menggunakan bahan-bahan

    maujud seperti pembaris, pengasah pensel, pemadam dan pensel. Kami juga

    menggunakan batang ais krim yang bewarna-warni untuk melakukan aktiviti

    penambahan berdasarkan balingan dadu. Penggunaan batang ais krim yang

    bewarna-warni dapat dijadikan sebagai terapi visual. Ini merupakan salah satu cara

    untuk meningkatkan daya tumpuan belajar dan sebagai rangsangan kepada murid-

    murid. Semasa sesi pengajaran berlangsung, kami dapati kebanyakan murid-murid

    tidak dapat menguasai apa yang diajar. Hanya terdapat 2 orang murid sahaja yang

    dapat memahami topik yang diajar. Hal ini demikian kerana mereka belum

    didedahkan lagi dengan topik penambahan.

    Tindak balas daripada murid-murid ini membuatkan kami agak panik dan

    kelam kabut ketika mengajar ditambah pula saya terlalu terikat dengan langkah yang

    telah kami rancang dalam RPH. Ditambah lagi dengan keberadaan guru sekolah

    tersebut sebagai pemerhati membuatkan kami lebih cemas dan hilang arah apabila

    respon yang kami harapkan langsung tidak kedengaran. Segala masalah ini

    berpunca daripada kekurangan pengalaman kami mengajar di dalam satu kelas

    pendidikan khas yang sebenar. Kami merasakan bahawa seorang guru haruslah

    lebih kreatif dalam menukar corak PnP mengikut situasi serta keperluan dan bukan

    hanya bergantung kepada RPH semata-mata. RPH merupakan panduan pengajaran

    kepada guru semata-mata dan ini bikan bermakna guru tidak boleh mengubah

    corak pembelajarannya. Saya berasa agak kecewa kerana objektif pembelajaran

    kumpulan saya tidak tercapai. Walau apa pun, kami akan jadikan pengalaman inisebagai satu pengajaran bagi untuk memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan

    yang telah kami lakukan sepanjang program itu berlangsung.

    36

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    37/48

    8.0 Refleksi Individu

    (Disediakan oleh: Verawati bt Boiran)

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah dan

    kurnia-Nya saya dan rakan saya iatu Tengku Nur Ain Binti Tengku Mohd Khairi telah

    berjaya menyelesaikan Tugasan Projek bagi matapelajaran Kaedah KhasPengajaran Dan Pembelajaran Matematik (PKB 3108) pada masa yang telah

    ditetapkan. Kali ini kami diminta menyelesaikan tugasan ini secara berpasangan

    agar segala bebanan tugasan dapat saya selesaikan dengan mudah dan terancang

    mengikut kehendak soalan.

    Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk

    mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Maznah Binti Madu selaku

    pensyarah matapelajaran Kaedah Khas Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

    kerana telah memberi banyak tunjuk ajar, bimbingan, sumbangan idea yang bernas

    dan membina serta panduan yang amat berguna buat saya dan rakan sekumpulan

    bagi menyelesaikan tugasan ini. Segala bimbingan dan tunjuk ajar yang puan telah

    curahkan tidak ternilai harganya dan tidak akan dapat kami bayar degan wang

    ringgit. Segala-galanya amat bernilai buat kami yang masih mentah dan tidak

    berpegalaman. Maka dengan adanya bantuan daripada puan, saya dan rakan

    sekumpulan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lebih sistematik. Ribuanterima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya kerana tidak lelah

    37

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    38/48

    dan jemu memberi sokongan dan dorongan terhadap saya. Segala sokongan dan

    bantuan dalam bentuk material dan bukan material dan telah mereka berikan amat

    saya hargai dan rasa syukur itu tidak dapat saya ungkapkan dengan bait kata-kata.

    Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga ingin saya ucapkan kepada

    rakan kerja saya kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik tanpa mengira

    masa serta tidak kedekut berkongsi pandangan, pendapat dan juga idea yang amat

    berguna dan bernas sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini. Tidak

    dilupakan juga, rakan-rakan yang lain kerana sudi berkongsi bahan rujukan dan

    sedia memberi pandangan serta pendapat yang sangat membina buat saya dan

    rakan sekumpulan.

    Bagi tugasan projek kali ini, saya dan rakan sekumpulan dikehendaki mencari

    dan mengumpul maklumat mengenai masalah matematik kanak-kanak bekeperluan

    khas, strategi bagi mengatasi masalah tersebut, punca kepada masalah matematik,

    dan kaedah pengajaran matematik dalam pendidikan khas dan membina instrumen

    ujian diagnostik bagi menguji tahap pemahaman matematik murid-murid

    berkeperluan khas ini. Menerusi ujian diagnostik tersebut kami dikehendaki

    menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai dengan tahap

    kemampuan dan pencapai murid berkeperluan khas ini. setelah itu kami dikehendakimembina set Bahan Bantu Belajar (BBB) yang lengkap dan dapat digunakan

    sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang telah dirancang dalam

    RPH yang telah kami sediakan. BBB yang kami bina haruslah sesuai dengan

    masalah dan keperluan murid-murid agar sebarang masalah yang telah dikesan

    melalui ujian dapat ditangani dan ditangani lantas murid ini dapat memahami apa

    yang cuba disampaikan oleh guru.

    Langkah pertama yang telah saya dan rakan sekumpulan ambil setelah

    mendapat tugasan ialah pembahagian tugas. Dengan adanya pembahagian tugas

    ini kami akan dapat menyelesaikan tugas dengan teratur dan kami lebih faham dan

    jelas dengan tugasan yang perlu diselesaikan kelak. Setelah itu, kami membuat

    perbincangan bagi memilih dan menentukan tajuk yang ingin kami pilih bagi

    membina ujian diagnostik. Secara jujurnya dapat saya katakan disini proses

    membina ujian diagnostik ini agak kurang membebankan kami kerana kami telah

    mempunyai sedikit asas dalam membina set ujian diagnostik. Hal ini kerana padasemester lepas, kami telah mempelarinya dalam matapelajaran Pentaksiran Dalam

    38

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    39/48

    Pendidikan Khas. Dapat saya ringkaskan disini bahawa ujian diagnostik merupakan

    satu alat pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan

    kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Ujian diagnostik

    bertujuan dapat membantu guru mengenal pasti secara khusus kawasan kesukaran

    murid, membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai

    sesuatu kemahiran, membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut

    kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid, membantu

    guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau

    kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik, dan membolehkan guru merancang

    dan membina program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap

    murid.

    Rentetan daripada itu saya dan ahli kumpulan telah sepakat untuk memilih

    tajuk 2.0 iaitu nombor bulat dalam lingkungan 10 bagi tajuk soalan ujian diagnostik

    kami. Bagi memudahkan kerja kami, saya dan rakan telah membuat rujukan di

    perpustakaan bagi mendapatkan bahan-bahan ujian tersebut. Kami juga telah

    mengakses internet bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Terdapat banyak

    bahan rujukan bercetak seperti buku di perpustakaan yang dapat membantu kami.

    Tidak kurang juga dengan maklumat daripada internet. Kemudian, kami membinasatu draf soalan ujian diagnostik seperti yang telah kami rancangkan untuk disemak.

    Terdapat beberapa penambahbaikan perlu ditambah setelah semakan. Melalui

    semakan tersebut saya dan rakan sekumpulan dikehendaki membaiki gambar yang

    kami gunakan di dalam soalan tersebut. Hal ini kerana gambar yang kami gunakan

    agak kabur dan ini akan mengelirukan murid.

    Kemudian pada 3 ogos 2011 saya dan rakan sekelas telah ke Sekolah

    Kebangsaan Seri Budiman II bagi menjalankan ujian diagnostik. Syukur

    Alhamdulillah kesemua rakan seperjuangan saya dapat menjalankan ujian

    diagnostik seperti yang dirancang walau mengalami beberapa masalah. Bagi saya

    dan pasangan , kami tidak mengalami masalah kerana murid yang kami pilih iatu

    nurul aslizai dapat mengenal nombor dalam lingkungan 1 hingga 10. Adik nurul juga

    mampu menjawab ujian yang telah kami sediakan dengan hanya melakukan satu

    kesalahan. Dia mengalami sedikit masalah dalam menulis urutan nombor dalam

    susuanan menaik, dimana dia tidak dapat menulis nombor 8 setelah nombor 7.Namun begitu dia mampu menyebut urutan nombor tersebut dengan betul tanpa

    39

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    40/48

    bantuan daripada kami. Melalui tugasan ini saya telah mempelajari satu ilmu di

    mana seorang guru haruslah sentiasa berfikiran jauh dan berjaga-jaga dalam segala

    hal dan kemungkinan. Apa yang dapat saya katakan disini ialah saya seharusnya

    perlu menyediakan pelbagai set ujian soalan diangnostik yang berlainan tajuk bagi

    menghadapi sebarang kemungkinan seperti ini. Dalam kes ini adik Nurul dapat

    menguasai tajuk 2.0 dengan baik. Dia seharusnya diuji dengan satu set ujian

    dengan tajuk yang lebih tinggi aras kesukarannya seperti ujian yang melibatkan tajuk

    wang, masa, operasi tambah atau tolak ada sebagainya.

    Setelah menyelesaikan segala tugasan mengenai ujian diagnostik, saya dan

    rakan telah membuat perbincangan dengan pensyarah matapelajaran iatu Puan

    Maznah terhadap hasil ujian diagnostik kami terhadap adik Nurul bagi membuat

    tindakan susulan iatu merancang satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kami

    dinasihati agar merancang satu RPH yang lebih tinggi aras kemahirannya. Menerusi

    perbincangan dan percambahan idea antara kami bertiga, kami dapati tajuk yang

    paling sesuai ialah tajuk operasi tambah dalam lingkungan satu hingga sepuluh.

    Sepanjang proses merancang RPH ini saya dapati banyak ilmu baru yang telah saya

    pelajari antaranya ialah kemahiran dalam memilih jenis soalan latihan yang ingin

    digunakan bagi lembaran kerja. Bagi menjadikan lembaran kerja yang kamisediakan lebih menarik kami telah menyelitkan unsur seni seperti yang telah kami

    pelajari dalam lembaran kerja yang kami sediakan. Secara tidak langsung, sekali

    lagi saya telah didedahkan dengan penyediaan satu RPH yang penting dalam

    komponen matapelajaran Pendidikan Khas iatu matapelajaran matematik. Dapat

    saya katakana disini perancangan dalam membina RPH ini perlulah teliti kerana

    murid-murid ini memiliki tahap pemikiran yang agak rendah berbanding murid biasa.

    Langkah seterusnya ialah membina satu set Bahan Bantu Belajar (BBB) yang

    berkaitan dengan tajuk operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10. BBB ini

    haruslah dapat membantu guru dalam menangani masalah yang dialami oleh murid,

    disamping dapat menjimatkan masa guru dalam mengajar. Bahan bantu belajar

    yang dibina haruslah tahan lasak dan kukuh, kemas, berwarna-warni, menarik

    perhatian, saiz yang sesuai dengan bilangan murid-murid, konkrit, mudah

    dikendalikan, tidak mencederakan, dan sebagainya.

    40

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    41/48

    Pada tanggal 7 September 2011 saya dan rakan yang lain telah ke Sekolah

    Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu bagi menjalankan macroteaching

    kami. Aktiviti macroteaching ini tidak dapat kami jalankan di sekolah yang sama

    kerana beberapa terdapat beberapa kekangan masalah yang tidak dapat kami

    elakkan. Maka sebagai jalan keluarnya kami telah memilih Sekolah Kebangsaan

    Padang Hiliran. Dengan izin daripada ALLAH SWT program microteaching kami

    telah berlanjalan dengan lancar di SK padang hiliran. Setiap kumpulan akan

    mendapat 5 hingga 6 orang murid untuk diajar. Saya dan rakan telah diberi amanah

    untuk menjalankan macroteaching ke atas murid dari kelas 4. Menurut guru-guru

    yang mengajar kelas 4, murid-murid di dalam kelas 4 memiliki tahap pencapaian

    yang sangat rendah. Dimana mereka tidak mampu untuk membaca. Bagi tahap

    pencapaian dalam matapelajaran matematik pula mereka masih dalam proses

    mengenal nombor 1 hingga 10 walaupun telah mempelajari tajuk tersebut selama 3

    tahun. Kenyataan daripada guru-guru tersebut telah membuat saya bertambah

    berdebar-debar untuk mengajar mereka. Namun atas semangat ingin bergelar

    seorang pendidik suatu hari kelak, segala perasaan itu saya ketepikan dan saya

    bertekad untuk mengajar mengajar dengan semampu yang mungkin.

    Rakan sekumpulan saya iatu Ain telah memulakan proses pengaaran dan

    pembelajaran dengan memulakan set induksi kami dengan menyanyi lagu kmari

    mengira. Semua murid di dalam kelas kelihatan sangat bersemangat untuk belajar.

    Semangat ingin belajar mereka membuatkan saya terharu dan lebih bersemangat

    untuk mengajar. Saya dan rakan menggunakan bahan-bahan maujud untuk

    menerangkan konsep penambahan. Dimana pada awal proses pembelajaran murid

    diminta mengelompokkan barang yang sama jenis lalu menjumlahkannya. Antara

    bahan maujud yang kami gunakan ialah pensel, pemadam, pengasah, pembaris,dan batang ais krim yang berwarna warni bagi menarik perhatian mereka.

    Setelah beberapa minit proses pengajaran dan pembelajaran berjalan saya

    dapati murid-murid tidak dapat memahami apa yang kami cuba sampaikan. Hanya

    beberapa segelintir daripada mereka dapat memahami apa yang kami sampaikan.

    Hal ini kerana mereka belum didedahkan dengan kemahiran ini. Respon daripada

    murid-murid ini membuatkan saya agak panik dan kelam kabut ketika mengajar

    ditambah pula saya terlalu terikat dengan langkah yang telah kami rancang dalam

    41

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    42/48

    RPH kami. Kekalutan ini berpunca daripada kekurangan pengalaman mengajar di

    dalam satu kelas pendidikan khas yang sebenar. Iktibarnya, saya haruslah menjadi

    seorang guru yang lebih kreatif di dalam kelas satu masa nanti dan tidak hanya

    bergantung pada RPH semata-mata. Benar kata orang proses mengajar ini

    memerlukan seni. Oleh itu, saya telah bertekad di dalam hati untuk menjadi seorang

    pendidikan yang kreatif dan sentiasa mempelbagaikan aktiviti dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Sejujurnya, dapat saya nyatakan di sini, saya agak

    kecewa kerana objektif saya tidak tercapai sepenuhnya seperti yang saya dan rakan

    rancangkan. Kami mengharapakan sesuatu yang lebih baik dengan adanya bahan

    bantu belajar yang telah kami bina.

    Tuntasnya, dapat saya rasakan bahawa segala aktiviti yang kami jalankan di

    sekolah sepanjang menyelesaikan tugasan ini telah banyak memberi pendedahan

    tentang dunia sekolah yang sebenar buat saya setelah bergelar guru suatu masa

    nanti. Saya berharap agar segala pengalaman ini dapat saya jadikan panduan dan

    peringatan buat diri saya sendiri pada tahun hadapan. Ini kerana tahun hadapan

    praktikum pertama saya akan bermula. Segala yang baik itu akan saya jadikan

    teladan dan akan saya amalkan. Bagi mana yang kurang dan lemah itu akan saya

    jadikan sempadan dan peringatan buat saya. Diharapkan tugasan ini memenuhi

    segala kriteria yang telah dipetapkan. Saya juga berharap agar sebarang kelemahan

    dan kekurangan yang saya lakukan pada tugasan kali ini dapat saya perbaiki pada

    masa yang akan datang. Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada semua pihak

    yang terlibat dalam proses menyiapkan kerja kursus ini sama ada secara langsung

    atau tidak langsung. Sekian. Wallahualam

    42

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    43/48

    Refleksi

    (Disediakan oleh: Tg Nur Ain bt Tg Mohd Khairi)

    Bersukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, akhirnya saya telah berjaya

    menyiapkan tugasan projek ini bagi matapelajaran Kaedah Khas Pengajaran dan

    Pembelajaran Matematik (PKB3108) pada masa yang telah ditetapkan.

    Mengikut senarai tugasan yang diberi, kami perlu mencari dan mengumpul

    maklumat mengenai masalah matematik kanak-kanak bekeperluan khas, strategi

    bagi mengatasi masalah tersebut, punca kepada masalah matematik, dan kaedah

    pengajaran matematik dalam pendidikan khas. Selain itu, kami juga perlu

    menyediakan satu instrumen ujian matematik terhadap murid-murid pendidikan khas

    bermasalah pembelajaran dan melaksanakan macroteaching terhadap murid-murid

    di sekolah. Saya dan ahli kumpulan saya, Verawati bt Boiran telah bersepakat untuk

    memilih tajuk 2.0 iaitu nombor bulat dalam lingkungan 10 untuk dijadikan soalan bagi

    ujian diagnostik. Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan

    guru untuk mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang

    dihadapi oleh seseorang murid. Ujian diagnostik bertujuan untuk membantu guru

    mengenal pasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid,

    membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu

    kemahiran, membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan

    dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid, membantu guru

    merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan

    dengan lebih tepat dan sistematik, dan membolehkan guru merancang dan membina

    program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

    43

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    44/48

    Pelaksanaan ujian diagnostik, telah dilakukan terhadap murid-murid

    Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Sekolah Kebangsaan Seri

    Budiman II, Kuala Terengganu pada 3 Ogos 2011. Alhamdulillah, semua kumpulan

    telah berjaya melaksanakan ujian diagnostik dengan jayanya. Kumpulan saya telah

    melakukan ujian diagnostik terhadap seorang murid PKBP iaitu adik Nurul.

    Sepanjang pemerhatian kami terhadap adik Nurul, kami dapati dia telah mengenal

    nombor bulat 1- 10. Malah dia boleh menulis dan menyebut nombor dengan baik.

    Walaubagaimanapun, adik Nurul keliru dengan nombor urutan menaik dan menurun.

    Contohnya, selepas nombor 7, dia masih lagi menulis 7 bukannya 8. Hasil dari ujian

    tersebut, kami hanya dapat mengenalpasti satu kesilapan sahaja. Oleh itu, apa yang

    telah dapat saya pelajari di sini ialah guru harus menyediakan beberapa tajuk lain

    untuk diuji kepada murid-murid dan bukannya satu tajuk sahaja. Kumpulan saya

    telah memilih tajuk nombor bulat 1-10 dan kami dapati, murid tersebut telah pun

    menguasai nombor 1-10. Kami sepatutnya menyediakan beberapa tajuk lagi untuk

    diuji setelah murid tersebut telah mengusai tajuk nombor bulat. Penyediaan soalan

    bagi tajuk lain bertujuan untuk mengenalpasti apakah kelemahan atau kesulitan lain

    yang dihadapai oleh murid tersebut. Contohnya, guru menyediakan 3 tajuk untuk

    diuji seperti nombor bulat 1-10, operasi tambah dan tolak, dan wang.

    Setelah program ujian diagnostik selesai, kami dikehendaki untuk

    menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu

    Belajar(BBB) untuk subjek Matematik bagi persediaan macroteaching. Kami telah

    dinasihati oleh pensyarah pembimbing, iaitu Pn Maznah supaya ditingkatkan aras

    kemahiran yang hendak diajar. Oleh itu, kami telah memilih operasi tambah. Di sini

    kami sekali lagi didedahkan dengan cara membuat RPH Matematik Pendidikan Khas

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Format RPH Matematik Pendidikan

    Khas hampir sama dengan format RPH bagi Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris.

    Syukur alhamdilillah, kami tidak mengahdapai sebarang kesulitan dalam pembikinan

    RPH tersebut kerana sebelum kami telah didedahkan dengan RPH bagi subjek lain.

    Penggunaan bahan bantu belajar (BBB) sangatlah penting digunakan

    semasa pengajaran dan pembelajaran (PnP). Bahan bantu mengajar merangkumi

    alat, benda, perkakasan dan kelengkapan daripada sumber pendidikan. Tujuan

    utama mengadakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran adalah untuk

    44

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    45/48

    memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi pengajaran. BBB yang

    dihasilkan mestilah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut; tahan lasak dan kukuh,

    kemas, menarik perhatian, saiz yang sesuai dengan bilangan murid-murid, konkrit

    dan sebagainya

    Setelah RPH dan BBB telah lengkap, tibalah masa untuk melakukan

    pengajaran macroteaching di sekolah. Pelaksanaan macroteaching baru-baru ini

    dilakukan di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 7

    September 2011. Program macroteaching tidak dapat dilaksanakan di SK Seri

    Budiman kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanpun,

    program macroteaching yang diadakan baru-baru ini telah berjalan dengan lancar.

    Setiap kumpulan diberikan satu kelas untuk mengajar yang terdiri daripada 5-6

    orang murid. Kumpulan saya telah memperoleh murid-murid pendidikan khas dari

    kumpulan empat. Kami dimaklumkan oleh guru pendidikan khas di situ bahawa

    murid-murid dari kelas 4 masih tidak boleh membaca. Tambahan lagi, guru

    matematik juga memaklumkan kepada kami bahawa mereka telah diajar mengenal

    nombor selama 3 bulan, tetapi masih terdapat diantara mereka yang masih tidak

    mengusai tajuk nombor bulat 1-10. Ini merupakan satu cabaran bagi kumpulan saya

    untuk mengajar, kerana kami mengajar mengenai penambahan nombor bulat 1-10

    sedangkan murid-murid belum diajar topik ini.

    Walaubagaimanpun, saya dan Verawati berusaha sedaya upaya untuk

    mengajar topik penambahan kepada murid-murid. Saya sangat teruja melihat

    kelakuan murid-murid yang sungguh bersemangat untuk belajar. Kami cuba untuk

    menerangkan kepada mereka tentang konsep penambahan dengan menggunakan

    bahan-bahan maujud seperti pembaris, pengasah pensel, pemadam dan pensel.

    Kami juga menggunakan batang ais krim yang bewarna-warni untuk melakukan

    aktiviti penambahan berdasarkan balingan dadu. Penggunaan batang ais krim yang

    bewarna-warni dapat dijadikan sebagai terapi visual. Ini merupakan salah satu cara

    untuk meningkatkan daya tumpuan belajar dan sebagai rangsangan kepada murid-

    murid. Semasa sesi pengajaran berlangsung, kami dapati kebanyakan murid-murid

    tidak dapat menguasai apa yang diajar. Hanya terdapat 2 orang murid sahaja yang

    dapat memahami topik yang diajar. Hal ini demikian kerana mereka belum

    didedahkan lagi dengan topik penambahan.

    45

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    46/48

    Semasa sesi PnP berlangsung, kami rasakan yang kami terlalu ikutkan RPH

    yang telah dirancang menyebabkan kami berasa panik apabila murid tidak dapat

    memahami apa yang diajar. Hal ini disebabkan kurangnya pengalaman kami

    mengajar murid-murid pendidikan khas di kelas sebenar. Pada pandangan saya,

    sebagai guru, kita haruslah lebih kreatif menukar corak PnP mengikut pemahaman

    murid-murid dan bukannya hanya bergantung kepada RPH semata-mata. Segala

    kelemahan dan kesilapan yang telah kami lakukan akan kami perbaiki supaya

    perkara ini tidak berulang lagi semasa kami menjalani praktikum pada semester

    hadapan. Walaupun RPH merupakan panduan pengajaran kepada guru, tetapi tidak

    bermakna guru tidak boleh mengubah corak pembelajaran. Saya berasa agak

    kecewa kerana objektif pembelajaran kumpulan saya tidak tercapai. Walau apa pun,

    saya akan jadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran bagi saya untuk

    memperbaiki segala kesilapan dan kekurangan sepanjang program itu berlangsung.

    Setelah saya mengimbas kembali rentetan peristiwa atau aktviti sepanjang

    penyiapan tugasan projek ini, saya dapati terdapat beberapa kelemahan yang

    berpunca dari saya sendiri terutamanya yang melibatkan interaksi dengan pihak

    sekolah yang kami kunjungi. Pihak sekolah tidak dapat meyediakan sebarang

    persiapan dewan kepada kami kerana maklumat lambat diterima oleh pihak sekolah.

    Hal ini kerana, terdapat kesilpan teknikal dari pihak kami yang menyebabkan surat

    tidak dapat difakskan pada masa yang ditetapkan. Oleh itu pada masa hadapan,

    kami seharusnya memaklumkan seminggu sebelum program itu dijalankan supaya

    segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancarnya.

    Kesimpulannya, program ujian diagnostik dan macroteaching telah banyak

    memberikan pengalaman dan pengajaran kepada saya. Mengenai ujian diagnostik,

    seseorang guru haruslah menyediakan lebih dari satu kemahiran untuk diuji.

    Manakala bagi macroteaching pula, guru seharusnya lebih kreatif untuk menukar

    strategi pengajaran bergantung kepada tahap pengusaan dan pemahaman murid-

    murid dan bukannya hanya bergantung kepada RPH semata-mata. Segala

    kelamahan dan kekurangan datangya dari kesilapan asya sendiri dan segala

    kebaikan datang dari Allah s.w.t. Sekian.

    46

  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    47/48

    Bibliografi

    Janet Lerner, (1993), Leraning Disabilities: Theories, Diagnosis &Teaching Strategies, Houghton Mifflin Company.

    Kauffman. M, Hallahan. P, (2006), Exceptinal Learners: An Introduction

    to Special Education, United States: Pearson Education.

    http://www.sheppardsoftware.com/preschool/animals/ocean/animalocea

    nfindcountgame.htm (diakses pada 23 Augus 2011)

    http://www.aaamath.com/plc31_x2.htm (diakses pada 23 Augus 2011)

    http://www.ismartboard.com/kindergarten-first-second-grade/k-1-2-math-

    smartboard-lessons/ (diakses pada 23 Augus 2011)

    47

    http://www.sheppardsoftware.com/preschool/animals/ocean/animaloceanfindcountgame.htmhttp://www.sheppardsoftware.com/preschool/animals/ocean/animaloceanfindcountgame.htmhttp://www.aaamath.com/plc31_x2.htmhttp://www.ismartboard.com/kindergarten-first-second-grade/k-1-2-math-smartboard-lessons/http://www.ismartboard.com/kindergarten-first-second-grade/k-1-2-math-smartboard-lessons/http://www.sheppardsoftware.com/preschool/animals/ocean/animaloceanfindcountgame.htmhttp://www.sheppardsoftware.com/preschool/animals/ocean/animaloceanfindcountgame.htmhttp://www.aaamath.com/plc31_x2.htmhttp://www.ismartboard.com/kindergarten-first-second-grade/k-1-2-math-smartboard-lessons/http://www.ismartboard.com/kindergarten-first-second-grade/k-1-2-math-smartboard-lessons/
  • 8/22/2019 Definisi Masalah Matematik-Gabung

    48/48