tajuk 2 ( sosiologi sukan ) stpm

13
SOSIOLOGI SUKAN

Upload: mvpdina

Post on 21-Jun-2015

3.703 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

SOSIOLOGI SUKAN

Page 2: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

2 . SOSIOLOGI SUKAN

2.1 Pengenalan sosiologi sukan

a. Definisi : Kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam masyarakat.

Saintifik : sesuatu yang teratur,empirikal, sistematik serta mengambil kira isu berkaitan validiti dan reliabiliti kaedah kajian yang digunakan

Struktur : suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro seperti individu, seorang pelajar, seorang atlit dan seorang guru. Makro pula kumpulan pelajar atau satu unit pasukan.

Proses : interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik, sosialisasi,proses mengistitutsikan dan yang lain berkaitan.

Page 3: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

B. Konsep asas kesukanan

Main : Menyatukan dugaan dan harapan seseorang melalui tindakannya semasa sukan. Bermain menggambarkan keadaan dalam fikiran dan perasaan hasil daripada penglibatan dalam sukan.

Permainan : Merujuk reka bentuk struktur, dan format sesuatu aktiviti sukan. Komponen-komponen ini meliputi peraturan, strategi, kemudahan dan peralatan sukan.

Sukan : Merujuk cara atau gaya tindakan dalam sukan. Koperatif (saling bekerjasama) dan kompetitif (sifat pertandingan) merupakan tingkah laku asas manusia yang biasa timbul semasa mereka berinteraksi. Kedua-duanya merupakan pengalaman yang diperoleh semasa bersukan walaupun mungkin satu daripadanya lebih dirasai daripada satu lagi.

Page 4: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

1. Penglibatan penonton dan penyertaan Penyokong

Sumber pendapatan

2. Impak ekonomi Perniagaan yang memberi keuntungan

Penganjuran

3. Budaya Budaya bersukan

Masyarakat sihat dan cergas

4. Integrasi kaum Sukan untuk semua

Sukan prestasi tinggi dan sukan Massa

Page 5: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

a. Konsep budaya dan nilai

Budaya sebagaib cermin masyarakat

Nilai sebagai idea atau pegangan sesuatu masyarakat

b. Nilai sukan dalam masyarakat berdasarkan

Kaum

Negara

Serantau

Global

Page 6: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

Konsep sosialisasi sukan :

Merupakan satu proses yang memerlukan manusia mempelajari mengenai nilai dan budaya. Ia akan mewujudkan satu bentuk integrasi yang sentiasa berjaya menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi satu entiti yang umum,seperti satu pasukan. Penglibatan dalam sukan akan menyediakan ruang yang luas hingga berlakunya proses sosialisasi ini.

Sosialisasi ke dalam sukan

Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi.

2. Sosialisasi menerusi sukan

Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.

Page 7: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

•Boleh dianggap sebagai hubungan antara kelas sosial dan bangsa.

•Minat dalam sukan boleh mengatasi kelas @ status & batasan sosial.(egalitarian)

•Mereka yang berbakat tanpa mengambil kira latar belakang sosial (meritocratic)

•Boleh mempunyai satu keadaan susun lapis masyarakat yang sangat tinggi spt. Institusi lain, sukan juga menyedia dan menekankan pembentukan struktur terhadap ketidaksamaan sosial.

Page 8: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

A. Konsep integrasi kaum dalam sukan

Peringkat sekolah

Peringkat Pengajian Tinggi

Peringkat Daerah dan Negeri

Peringkat Kebangsaan

Peringkat Antarabangsa

Sukan untuk semua

Sukan Prestasi Tinggi

Perbezaan warna kulit dan warisan budaya mempengaruhi penglibatan individu dalam sukan yang diceburinya.

Kaum adalah kumpulan manusia yang mempunyai fahaman idea yang dipercayai bersama masyarakat tersebut.

Etnik adalah berasaskan kepada warisan budaya dalam sekumpulan manusia yang berkait rapat dengan budaya dan latar belakang budayanya.

Kumpulan etnik adalah kategori manusia yang mempunyai sifat yang jelas di mana mereka berkongsi hidup yang digabungkan dgn. Latar belakang budaya yang sama.

Page 9: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

B. Polarisasi kaum

Punca

Kesan

C. Sukan dominan berdasarkan kaum

Punca

Contoh

Implikasi

Langkah mengatasi

Page 10: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

a. Peranan gender dalam masyarakat

1.1 Isu gender, konflik peranan dan persamaan taraf

Tiada masa

Masalah pengangkutan

Bimbang untuk berada diluar rumah apabila malam

Kekurangan duit sendiri

Halangan budaya kerana kerja

Kurang yakin pada diri sendiri

Imej diri

Kepercayaan negatif terhadap diri

Kurang mendapat dorongan

Pakaian dan peralatan yang diperlukan

Kawalan sosial

Hal-hal agama dan bangsa

Page 11: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

b. Perkembangan penyertaan wanita dalam sukanSekolah

Kebangsaan

Antarbangsa

c. Sumbangan wanita dalam perkembangan sukan negaraPenyokong

Atlet

Pegawai

Jurulatih

Pemasaran perniagaan

kerjaya

Page 12: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

Peranan sukan dalam peningkatan ekonomi

Penganjuran acara sukan

Pelancongan

Tajaan

Hak siaran

Sportbiz

Penghasilan produk sukan

Page 13: Tajuk 2 ( Sosiologi Sukan ) Stpm

Soalan Latihan

1. Bezakan asas kesukanan berikut :

i. main

ii. Permainan

iii. Sukan

2. Jelaskan perbezaan konsep sosialisasi ke dalam sukan dan sosialisasi menerusi sukan serta berikan contoh yang relevan.

3. Bincangkan sukan dominan berdasarkan kaum boleh memberikan implikasi yang negatif dan bagaimana cara mengatasinya.

4. Jelaskan isu wanita dan sukan memberikan konflik peranan dan bagaimana persamaan taraf dapat dipupuk dalam masyarakat.

5. Berikan sumbangan wanita dalam perkembangan sukan di negara ini.

6. Bagaimanakah penganjuran acara sukan dapat mempertingkatkan dan menjana ekonomi negara.

7. Nyatakan bagaimana peranan sukan dapat menggalakkkan integrasi antara kaum