tajuk 2 - pengintegrasian

10
8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 1/10 PJM3108 PENDIDIKAN LUAR Tajuk 2  PENGINTEGRASIAN, GABUNGJALIN DAN KESEPADUAN MATA PELAJARAN LAIN DALAM PENDIDIKAN LUAR Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengintegrasian, gabungjalin dan kesepaduan mata pelajaran lain dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Mencirikan konsep Pendidikan Luar merentasi kurikulum 2. Menghuraikan dan memberi contoh penggabungjalinan dan kesepaduan dalam Pendidikan Luar 3. Menjelaskan penerapan nilai dan pembentukan sahsiah dalam Pendidikan Luar Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 19 Pengintegrasian, Gabungjalin dan Kesepaduan Matapelajaran Lain dalam Pendidikan Luar Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum Penggabungjalinan Mata Pelajaran Berteraskan Akademik Penerapan Nilai Pembentukan Sahsiah

Upload: marhisham-luit

Post on 09-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 1/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

Tajuk 2

 PENGINTEGRASIAN, GABUNGJALIN DAN KESEPADUAN

MATA PELAJARAN LAIN DALAM PENDIDIKAN LUAR

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengintegrasian, gabungjalin dan

kesepaduan mata pelajaran lain dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan

dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mencirikan konsep Pendidikan Luar merentasi kurikulum

2. Menghuraikan dan memberi contoh penggabungjalinan dan kesepaduan dalam

Pendidikan Luar 

3. Menjelaskan penerapan nilai dan pembentukan sahsiah dalam Pendidikan Luar 

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

19

Pengintegrasian,Gabungjalin dan

KesepaduanMatapelajaran

Lain dalamPendidikan Luar 

Pendidikan Luar 

Merentasi

Kurikulum

Penggabungjalinan

Mata Pelajaran

Berteraskan

AkademikPenerapan Nilai

Pembentukan

Sahsiah

Page 2: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 2/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

20

 

2.1 Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum.

Kurikulum didefinisikan sebagai satu rancangan  pendidikan yang

mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma. Dengan

kata lain kurikulum merupakan segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran

yang meliputi semua ilmu pengetahuan serta kemahiran, norma dan nilai

masyarakat yang dirancang untuk pelajar sekolah. Kurikulum juga mengandungi

unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat

untuk diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi lain.

Dalam konsep Pendidikan Luar merentasi kurikulum guru mengajar subjek

yang berlainan dengan menjadikan Pendidikan Luar sebagai aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Dalam melaksanakan pengajaran geografi contohnya,

Pendidikan Luar boleh dirancang supaya pelajar dapat berinteraksi dengan alam

semula jadi untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar.

Sebelum kita meneroka bidang Pendidikan Luar dengan lebih

mendalam, cuba terangkan pengintegrasian, gabungjalin dan

kesepaduan mengikut kefahaman anda sendiri.

Page 3: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 3/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

21

2.2 Penggabungjalinan Mata Pelajaran.

Penggabungjalinan merupakan satu proses penyampaian beberapakemahiran di dalam satu mata pelajaran. Rasionalnya adalah dengan cara ini,

beberapa kemahiran akan diperolehi oleh pelajar secara serentak dan terpadu.

Ciri-ciri penggabungjalinan

i. Merupakan gabungan beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata

pelajaran.

ii. Berlaku secara antara disiplin iaitu kemahiran-kemahiran adalah dari

bidang-bidang berlainan

iii. Berlaku secara intradisiplin

iv. Organisasi pembelajaran adalah adalah fleksibel iaitu tekanan terhadap

kemahiran-kemahiran sampingan boleh berubah-ubah dan tidak mengikut

satu urutan tertentu

v. Oleh sebab pelbagai kemahiran digabungjalinkan, interaksi antara guru

dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah lebih mesra

Kepentingan Penggabungjalinan

i. Dapat mengelakkan kebosanan terhadap pembelajaran jika hanya satu

kemahiran sahaja diajar 

ii. Melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik danbermakna

iii. Menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan

Page 4: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 4/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

22

Kesepaduan

Kesepaduan adalah merupakan satu strategi yang dilaksanakan dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan ialah proses

menyatupadukan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran ke dalam

matapelajaran yang lain.  Dengan kata lain kesepaduan atau penyebatian

merupakan proses menyatukan isi atau kandungan daripada beberapa mata

pelajaran. Contohnya, dalam Pendidikan Luar terdapat pelajaran membaca

kompas, aktiviti ini berkonsepkan penyebatian mata pelajaran matematik dan

geografi ke dalam Pendidikan Luar. Kebanyakan proses kesepaduan berlaku

secara inter disiplin, beberapa ilmu pengetahuan dari bidang yang berlainan

disebatikan dalam satu mata pelajaran. ( Rujuk rajah 2.1 ) Selain daripada mata

pelajaran nilai juga boleh disebati ke dalam aktiviti Pendidikan Luar.

Rajah 2.1: Model penyebatian mata pelajaran geografi dan matematik dalam

Pendidikan Luar 

 

Ma

Page 5: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 5/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

23

 

Ciri-ciri kesepaduan

i. Faslitator seharusnya mempunyai pengetahuan terhadap mata pelajaran

yang hendak disebatikan

ii. Aspek kesepaduan akan membantu pemahaman pelajar 

iii. Penyebatian bergantung kepada kebolehan dan pencapaian pelajar 

iv. Kesepaduan seharusnya berdasarkan berfokuskan objektif mata pelajaran

Tujuan strategi kesepaduan

i. Melalui proses kesepaduan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentakii. Menimbulkan susana pembelajaran yang lebih terbuka

iii. Membolehkan pelajar membuat ulangkaji bagi subjek tertentu secara tidak

langsung

2.3 Berteraskan Akademik

Konsep berteraskan akademik boleh difahamkan sebagai sesuatu yang

berlandaskan sukatan, mempunyai huraian, matlamat dan objektif tersendiri. Jika

dilihat dari sudut Pendidikan Luar, ia merupakan salah satu daripada spectrum

dalam skop Pendidikan Jasmani. Spektrum ini menjadi lebih penting apabila

potensi dan kemahuan individu diperkembangkan dalam menghadapi situasi dan

persekitaran yang berubah dan mencabar.

Ini bermakna, Pendidikan Luar merupakan satu sukatan yang telah

digariskan di dalam kurikulum di sekolah dan aktiviti-aktivitinya telah dirancang

dengan teliti dan dikelolakan dengan sebaik mungkin dalam usaha untuk

mendidik dan menerapkan nilai-nilai dalam diri pelajar untuk menghadapi situasi

sebenar dalam kehidupan.

Page 6: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 6/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

24

 

Dalam proses penguasaan dan pendedahan kemahiran, elemen-elemen

alam sekitar dan keselamatan merupakan elemen teras dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Suasana yang dihadapi akan menjadikan individu lebihberkeyakinan dan bermotivasi. Lantaran itu, Pendidikan Luar akan lebih berfungsi

dalam menghayati konsep pendidikan seumur hidup dalam pembentukan individu

yang sihat dan seimbang dalam semua aspek.

2.4 Penerapan nilai

Nilai murni sewajarnya menjadi asas kepada pembinaan dan

pembangunan manusia. Masyarakat perlu mempertahan nilai-nilai yang baik atau

nilai-nilai murni bagi mengatasi segala kejahilan, kemungkaran, kejahatan dan

kemusnahan. Untuk membina insan sempurna dan insan kamil yang

menekankan kepada jasmani, emosi dan intelektual, aspek nilai murni haruslah

diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan

insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan

nilai-nilai murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang

dilaksanakan. Penerapan nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras

dengan tuntutan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia.

 

Page 7: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 7/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

25

Masalah sosial dan krisis moral tidak akan dapat dibendung sekiranya

nilai-nilai tidak di pertahankan oleh masyarakat. Nilai-nilai ini amat perlu dalam

melaksanakan segala dasar kerajaan contohnya dasar pembangunan, dasar 

sosial, urusan perniagaan, hubungan, peraturan dan undang-undang.

Penerapan nilai murni hendaklah dilakukan secara bersahaja dan tidak

langsung. Kita tidak boleh menerapkan kesemua nilai murni dalam satu mata

pelajaran atau satu masa. Walau bagai mana setiap aktiviti mempunyai beberapa

nilai murni dan usaha menerapkan nilai-nilai hendaklah merupakan satu proses

yang berulang dan berterusan.

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penerapan nilai-nilai murni yang

ditekankan ialah:

o kebersihan dari segi mental dan fizikal

o belas kasihan

o kesederhanaan

o kerajinan

o berterima kasih

o kejujuran

o keadilan

o hormat menghormati

o semangat bermasyarakat

o kasih sayang

o tidak angkuh

o kebebasan

Page 8: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 8/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

26

Dalam program Pendidikan Luar yang berasaskan pendidikan secara

amnya nilai-nilai murni ini mudah diserapkan di dalam aktivitinya.

o Berdisiplin

o Bersemangat waja

o Berkeyakinan diri

o Setia kepada Negara

o Sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan

o Memupuk kerjasama

o Perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

o Berdikari

o Bekerjasama

o Menepati masa

o Sabar 

o Bersyukur 

o Cintakan Negara

o Bersikap positif 

2.5 Pembentukan Sahsiah.

Menurut kamus dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. Kagan J

dan Segal J (1988) mendefinisikan sahsiah sebagai pesonaliti seorang individu

yang merangkumi proses berfikir, merasa tingkah laku dan hubungannya dengan

sekitaran. Sahsiah sebagai cara individu mengorganisasi watak, perangai,intelek, posture gerakan badan dan menentukan penyesuaian yang unik

terhadap sekitran. Sahsiah dengan kata lain merujuk kepada cara pembentukan

peribadi individu secara keseluruhan. Sahsiah merangkumi perangai,

kecergasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, interaksi, bentuk badan, cita-

cita dan nilai-nilai.

Page 9: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 9/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

27

Aktiviti Pendidikan Luar dilihat dapat merangsang pembentukan sahsiah

yang baik kepada peserta. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti

Pendidikan Luar dapat membantu merangsangkan pembentukan sahsiah.Aktiviti-aktiviti fizikal yang dirancang dengan teliti akan merangsang

pembentukan personaliti yang baik. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan alam

sekitaran secara langsung akan membenarkan pelajar membentuk kemantapan

sahsiah.

Latihan

Huraikan kenyataan “Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum”

 

Page 10: Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

8/8/2019 Tajuk 2 - PENGINTEGRASIAN

http://slidepdf.com/reader/full/tajuk-2-pengintegrasian 10/10

PJM3108 PENDIDIKAN LUAR 

  TUGASAN TERARAH

Apakah peranan guru dalam membentuk sahsiah melalui aktivitiPendidikan Luar? Dapatkan maklumat dan bahan-bahan rujukan

tambahan.

RUJUKAN

Phyllis Ford, 1981, Principles and Practices of Outdoor / EnvironmentalEducation. New York: Wiley�

C. A. Lewis, 1975, The Administration of Outdoor EducationPrograms. Dubuque, IA: Kendall-Hunt�

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, 1985, Teachingin the Outdoors, Danville, IL: Interstate)

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan

diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk 憇 oft dan� 慼

ard copy.�

LAMAN WEB

www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor