unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

28
UNIT 3 Pengintegrasian Perisian Instruksional Dalam P&P Hasil Pembelajaran : 1. Menyatakan perkembangan perisian instruksional secara umum. 2. Menghuraikan kelebihan perisian instruksional dengan jelas. 3. Mengklasifikasikan tujuh (7) strategi penyampaian perisian instruksional dengan betul. 4. Menghuraikan takrifan Sistem Pembelajaran Bersepadu secara umum.

Upload: azharisuboh

Post on 27-Jun-2015

1.949 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

UNIT 3Pengintegrasian Perisian Instruksional Dalam P&P

Hasil Pembelajaran :1. Menyatakan perkembangan perisian instruksional secara umum.2. Menghuraikan kelebihan perisian instruksional dengan jelas.3. Mengklasifikasikan tujuh (7) strategi penyampaian perisian

instruksional dengan betul.4. Menghuraikan takrifan Sistem Pembelajaran Bersepadu secara

umum.

Page 2: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

PENGENALAN

• Penggunaan media instruksional dalam pendidikan dikesan telah bermula sejak 1905 melalui penggunaan projektor filem dan aplikasi ini berkembang kepada pelaksanaan TV pendidikan dan seterusnya teknologi baru sehingga kini. (Heinich et al., 1996)

• Sehingga than 60-an, TV pendidikan merupakan satu-satunya media instruksional yang dominan sehinggalah penemuan teknologi komputer.

Page 3: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

PENGENALAN

• Perisian instruksional ini bermula seawal than 1960-an apabila Patrick Suppes dan rakannya dari University Stanford melaksanakan projek pembangunan koswer bagi tujuan pendidikan.

• Universiti Illinios juga membangunkan projek PLATO (Programmed Logic for Automatic Teaching Operation), dimana beratus-ratus perisian bagi pelbagai topik telah dibangunkan. (Newby et. al., 2000).

Page 4: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

PENGENALAN• Ketika itu, pembangunan koswer amat rumit kerana

menggunakan kaedah pengaturcaraan dan juga terhad dari sudut interaktiviti.

• Namun, dengan perkembangan teknologi, pelbagai perisian pengarangan multimedia terkini dapat memudahkan lagi proses penyediaan perisian instruksional yang dibangunkan.

• Dengan keupayaan perisian alat pengarangan ini, pelbagai penggunaan elemen multimedia dapat digabungkan serta interaktiviti (kawalan pengguna) menjadi lebih mudah dan baik.

Page 5: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN

• Membina Kemahiran Kognitif- Proses pengulangan yang boleh dilakukan oleh

perisian instruksional lebih membantu murid mengingati berbanding proses pengulangan melalui bahan bercetak.

- Maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal berserta visual akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan mencapai semula makluamt dari memori. (Mayer, 2001).

Page 6: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN

• Menggalakkan Pembelajaran Kendiri- Pembelajaran kendiri melalui perisian instruksional

adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi, di mana melalui pembelajaran kendiri, murid boleh mengawal pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan serta kesesuaian mereka.

- Dengan berbantukan jadual pelajar yang sesuai, platform pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan.

Page 7: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN• Menjadikan Pembelajaran Aktif- Perisian instruksional mempunyai kelebihan dari segi

interaktif yang tidak ada pada media pengajaran lain.- Interaktiviti menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam

kalangan murid pada sebarang peringkat umur dan komputer adalah satu-satunya media yang mempunyai potensi ini. (Sewell, 1990)

- Dengan adanya interaktiviti, proses pembelajaran menjadi aktif dan secara tidak langsung dapat menarik tumpuan murid, ingatan jangka panjang, pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar.

Page 8: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN

• Menggalakkan Pembelajaran yang Menghiburkan

- Elemen multimedia terutamanya animasi telah menjadikan pembelajaran berasaskan perisian instruksional sesuatu yang menghiburkan dan tidak membosankan. (Jamalludin, Baharudin & Zaitun, 2001 : Chan Lin, 2000).

- Akan tetapi, penerapan nilai hiburan perlulah tidak berlebihan kerana dikhuatiri menganggu proses pembelajaran serta memberi kesan yang tidak baik.

Page 9: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN

• Mempelbagaikan Latar Belakang dan Kaedah Belajar

- Perisian instruksional menyampaikan isi pelajaran kepada murid dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih menarik berbanding buku atau media lain dan mampu memenuhi strategi belajar yang variasi (Ellis, 2004)

Page 10: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN

• Mengatasi Masalah Bilangan Murid yang Ramai

- Perisian instruksional dapat mengatasi masalah keberkesanan pengajaran sekiranya melibatkan bilangan murid yang ramai.

- Ini kerana, perisian instruksional menawarkan kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu serta menjamin pencapaian yang baik.

Page 11: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN

• Mengatasi Masalah Bilangan Murid yang Ramai

- Perisian instruksional dapat mengatasi masalah keberkesanan pengajaran sekiranya melibatkan bilangan murid yang ramai.

- Ini kerana, perisian instruksional menawarkan kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap murid secara individu serta menjamin pencapaian yang baik.

Page 12: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN• Melibatkan Lebih daripada Satu Deria

Page 13: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN

• Menjimatkan Masa Pembelajaran- Perisian instruksional dapat menjimatkan masa

pembelajaran seseorang murid. Banyak dapatan kajian mendapati penggunaan perisian instruksional mampu mengurangkan tempoh pembelajaran murid jika dibandingkan dengan kaedah tradisi, (Khairul Hashim, 2003).

Page 14: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

KEPENTINGAN & KELEBIHAN• Membantu Meningkatkan Pencapaian

Akademik Murid- Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan

keberkesanan perisian instruksional dari segi peningkatan pencapaian murid.

- Setiap kajian merumuskan bahawa penggunaan perisian instruksional menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian murid serta mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, terutamanya murid yang lemah (NCREL, 2002)

- Rujuk Jadual 3.1 dalam Modul Teknologi Maklumat Sekolah Rendah.

Page 15: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN

Page 16: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Latih Tubi

• Memberikan ruang kepada murid untuk melakukan latihan yang banyak serta mendapatkan maklum balas terhadap ketepatan jawapan.

• Menggunakan pendekatan pengulangan maklumat bagi memahirkan murid terhadap sesuatu topik.

• Sesuai untuk mempelajari konsep yang mudah mahupun sukar tetapi memerlukan penghafalan.

• Sesuai untuk matapelajaran berbentuk fakta, bukan kemanusiaan.

Page 17: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Latih Tubi

Page 18: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Tutorial• Merupakan strategi untuk menjitukan pemahaman

murid terhadap sesuatu topik.• Strategi tutorial mementingkan persembahan

kandungan mata pelajaran berbanding dengan latih tubi yang hanya berfokuskan latihan.

• Strategi persembahan tutorial adalah hampir sama dengan kaedah pengajaran di kelas iaitu dimulakan dengan persembahan kandungan, pengukuhan dan penilaian.

Page 19: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Tutorial

Page 20: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Tutorial• Strategi Persembahan tutorial terbahagi kepada 2

kategori iaitu :1. Linear Tutorial : persembahan mudah secara

turutan yang sama untuk semua murid tanpa mengambil kira kemampuan mereka.

2. Branching Tutorial : Strategi yang lebih pinta, di mana turutan pembelajaran ditentukan berdasarkan kemampuan murid.

Page 21: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Simulasi• Simulasi ialah suatu persekitaran pembelajaran yang

mampu menggambarkan situasi atau keadaan sebenar dengan bantuan perisian komputer.

• Membolehkan murid mencuba sesuatu aktiviti berulang-ulang kali sebelum mencuba aktiviti sebenar yang mereka pelajari.

• Menjimatkan dari segi pembelian peralatan sebenar yang mahal, latihan alternatif terhadap sesuatu operasi yang bahaya atau mustahil dilakukan.

• Menjimatkan masa serta menggalakkan penglibatan yang terus aktif daripada murid.

Page 22: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Simulasi• Perisian simulasi terbahagi kepada 2 kategori iaitu :1. Simulasi Fizikal : membolehkan murid memanipulasi

sesuatu perkara atau proses yang dipersembahkan di atas skrin komputer. Contohnya : melihat kesan campuran kimia, operasi litar elektronik, operasi rangkaian komputer.

2. Simulasi Interaktif : Berfungsi untuk mempercepatkan atau memperlahankan sesuatu proses yang dalam dunia sebenar berlaku terlalu pantas atau terlalu perlahan. Contohnya : Pembentukan atom, perubahan biologi sesuatu tumbuhan atau haiwan.

Page 23: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Simulasi

Page 24: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Permainan Instruksional

• Strategi persembahan yang menggabungkan pendidikan dengan hiburan untuk pembelajaran berkesan.

• Menggabungkan strategi simulasi dan latih tubi dalam bentuk persembahan yang menghiburkan dan mendidik.

• Dibangukan dalam bentuk 2D atau 3D dengan berbantukan elemen multimedia yang lain seperti grafik, audio dan teks.

• Fitur-fitur yang biasa ada dalam perisian ini ialah peraturan, menang atau kalah, multiplayer, pertandingan, giliran, cabaran, mata atau markah, hukuman, tahap, fantasi, peralatan dan gabungan kemahiran serta nasib. (Alessi & Trollip, 2001).

Page 25: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : Penyelesaian Masalah

• Menyediakan aktiviti yang memerlukan murid berfikir, menganalisis, mengorganisasikan, meramal dapatan atau keluaran serta formulasi idea untuk mencari penyelesaian.

• Perisian ini sangat sesuai untuk matapelajaran seperti sains dan matematik.

• Kaedah ini mampu meningkatkan motivasi dan meningkatkan minat murid terhadap sesuatu topik. Namun boleh juga mengecewakan murid sekiranya mereka gagal mendapatkan penyelesaian yang sepatutnya.

Page 26: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : ILS• ILS ialah Sistem Pembelajaran Bersepadu iaitu

merupakan kombinasi pembelajaran berasaskan perisian instruksional pelbagai strategi serta sumber-sumber lain yang berkaitan yang boleh diperolehi melalui sistem rangkaian atau secara dalam talian.

• Umpama one-stop center bagi murid dan guru memperolehi bahan P&P.

• Menawarkan pelbagai teknik dan strategi pembelajaran secara berpusat, kebiasaannya sebagai pakej kurikulum yang lengkap dengan bantuan teknikal dan latihan.

Page 27: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

STRATEGI PENYAMPAIAN : ILS• Berkeupayaan menyimpan rekod setiap murid seperti

tugasan, markah, keaktifan dan sebagainya. Rekod ini boleh dicetak oleh guru untuk tujuan pemantauan atau simpanan.

• Aktiviti yang ada dalam ILS merangkumi latih tubi yang mudah sehinggalah tutorial yang pintar.

• Kebanyakkan ILS kini menggunakan konsep tutorial pinta yang lengkap sebagai pengganti guru dalam mengendalikan keseluruhan aktiviti P&P.

• Amat sesuai untuk aktiviti pendidikan jarak jauh.

Page 28: Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p

Sekian, terima kasih.