tajuk 2 komunikasi lisan edit

Upload: syafiq-aidil

Post on 01-Mar-2016

257 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Komunikasi

TRANSCRIPT

1.0SINOPSIS Tajuk ini menjelaskan perihal komunikasi lisan dalam bahasa Melayu kepada pelajar, iaitu definisi dan konsep, ciri-ciri komunikasi lisan, bentuk komunikasi lisan sehala dan dua hala.

2.0HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, para pelajar seharusnya dapat:1.menjelaskan konsep dan bentuk komunikasi lisan2.menghuraikan ciri-ciri komunikasi lisan3.membandingbezakan bentuk komunikasi lisan sehala dan dua hala

3.0KERANGKA TAJUK

Komunikasi Lisan

Ciri-ciri Komunikasi LisanBentuk Komunikasi Lisan Dua HalaBentuk Komunikasi Lisan Sehala

4.0ISI KANDUNGAN 4.1CIRI-CIRI KOMUNIKASI LISAN

Komunikasi verbal ataupun lisan mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu:Perbendaharaan Kata Komunikasi lisan tidak akan efektif (berkesan) sekiranya disampaikan dengan kata-katayang tidak dapat difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata menjadi sesuatu yang penting dalam berkomunikasi dengan individu lainKecepatan (Jeda)Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara dapat diaturkandengan baik, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.

Intonasi suara Intonasi suara akan mempengaruhi erti pesanan secara dramatik sehingga pesanan akan menjadi lain ertinya apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza. Intonasi suara yang tidak konstekstual merupakan masalah dalam komunikasi.HumorDapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dungan (1989), telah menulis dalam tulisannya bahawa ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Ketawa mempunyai hubungan fizik dan psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka adalah merupakan satu-satunya selingan dalam komunikasi.Singkat dan jelasKomunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada pokokpermasalahan sehinggakan mudah untuk difahami.

Ketepatan Masa (Timing)Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. Ini kerana perhatian terhadap aspek ini dapat menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap dengan padat, ringkas dan jelas

4.2Persediaan sebelum komunikasi lisan

Sebelum seseorang itu bercadang untuk memulakan jalinan komunikasi lisan dengan khalayak, audiens atau para hadirin, persediaan rapi perlu dilakukan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

a.Analisis hadirin Bertujuan untuk memahami demografi hadirin seperti lingkungan umur, jantina, jenis pekerjaan, kumpulan etnik, orang bandar, desa, latar belakang agama dan asal usul hadirin.Analisis hadirin juga merangkumi maklumat anggaran latar pendidikan hadirin, sifat diri hadirin, tahap pemikiran, tahap sosioekonomi, latar belakang sosiobudaya, minat serta pandangan atau sikap hadirin terhadap topik yang bakal disampaikan. Maklumat ini akan membantu penceramah atau komunikator menyediakan teks ucapannya dengan baik dan sesuai dengan tahap pemikiran audiensnya.

b. Kajian mengenai topik yang akan disampaikanSetiap pengucapan awam mempunyai topik yang terfokus. Adakalanya topik ditentukan oleh penganjur. Topik untuk pengucapan awam hendaklah mengkhusus kerana topik yang luas skopnya akan menyulitkan hadirin memahami maksud yang disampaikan. Komunikator atau penceramah harus berkemampuan menguasai topik yang diperkatakan. Buat penyelidikan untuk mengumpul maklumat daripada pembacaan dan juga internet.

c.Susunan bahanSetelah kajian dilakukan dan pengumpulan data dan bahan sokongan diperoleh, penceramah perlu menyusun bahan-bahan ini mengikut susunan dan berdasarkan matlamat ucapan. Antara persediaan bahan yang perlu diambilkira ialah idea utama, ata, bahan sokongan, sumber petikan dan alat bantu penyampaian bahan seperti LCD, Komputer riba, wayar sambungan dll.

d. Pemilihan perkataan atau bahasa yang sesuai dengan kumpulan sasaranKemahiran menguasai bahasa membantu meningkatkan keberkesanan pengucapan awam. Bahasa yang baik memudahkan penyampaian idea di samping dapat menarik perhatian pendengar. Ketepatan istilah yang jelas, mudah difahami dan tidak mengelirukan. Gunakan perkataan yang berhemah, lemah lembut meskipun bernada tegas. Gunakan frasa penyambung dan bahasa pengulangan untuk menekankan isi penting.

e.Penyediaan penutup Penutup pengucapan awam adalah sama pentingnya dengan pembuka ucapan. Kedua-duanya harus meninggalkan rasa kepuasan kepada hadirin. Penutup harus dapat menyakini audiens supaya bersetuju dengan topik yang dikemukan. Lazimnya perkataan yang menjadi penutup ucapan adalah seperti kesimpulannya, akhir kata, akhir sekali, sebagai penutup bicara. Sebelum itu, pengucap harus menekankan beberapa perkara penting dengan mengimbas semula perkara yang disebutkan dalam ucapannya. Misalnya, Sebelum saya mengakhiri ucapan, izinkan saya menekankan sekali lagi ..... Pengucap boleh mengakhiri ucapan dengan memetik kata-kata hikmah, peribahasa atau pantun.

4.3Bentuk Komunikasi Lisan

Menurut Zawiyah Mohammad Yusof (2009:170), menjelaskan bentuk komunikasi yang lazim wujud dalam masyarakat ialah penyampaian berbentuk penerangan, mendidik dan penyampaian berbentuk memujuk, meyakinkan dan mempengaruhi khalayak supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh komunikator.

Penyampaian berbentuk penerangan atau mendidik contohnya kuliah dan ceramah. Kuliah dan ceramah biasanya memberi maklumat semasa, maklumat baharu atau ilmu untuk meningkatkan serta mengukuhkan ilmu yang sedia ada. Dalam ucapan penerangan atau informatif, audiens belajar tentang perkara baharu atau mengetahui maklumat baharu tentang kursus yang diikuti. Kenyataan informatif lazimnya dirumuskan untuk menekankan pengetahun atau keupayaan audiens. Ada tiga cara mengkategorikan ucapan informatif, iaitu melalui format, kandungan dan tujuan. Ucapan informatif boleh dibahagikan kepada dua berdasarkan kandungannya. Ada ucapan tentang proses, peristiwa dan konsep. Jenis-jenis ucapan informatif juga boleh dikenal pasti bergantung kepada maksud pengucap. Ini termasuklah penjelasan, huraian dan arahan, Perkara yang diucapkan seharusnya baru bagi audiens.

Penyampaian berbentuk memujuk, meyakinkan atau mempengaruhi dikenali juga sebagai ucapan berpengaruh. Ucapan berpengaruh bertujuan untuk mengubah sikap perlakuan kepercayaan atau mengukuhkan sikap hadirin di samping mendorong hadirin mengambil bahagian dalam pengundian dan sebagainya.Terdapat tiga kategori ucapan jenis ini. Tiga kategori itu ialah pernyataan fakta, pernyataan nilai dan pernyataan polisi.

Pernyataan fakta merupakan isu yang terdapat dua atau lebih pembuktian yang bercanggah yang memerlukan audienss memilih sendiri apa yang benar. Misalnya jurujual yang memujuk orang ramai untuk membeli barangannya, peraih undi yang mempengaruhi orang ramai untuk menyokong calon yang dikehendaki dan orang yang memberi semangat kepada orang lain dan mempengaruhi orang untuk mengubah pemikiran dari yang lama kepada yang baharu seperti amalan kitar semula barangan terpakai dan sebagainya.

Pernyataan nilai melangkaui isu kebenaran atau kepalsuan dan meneroka idea, orang atau objek. Pernyataan nilai seperti kempen belilah barangan buatan Malaysia, menggalakkan penggunaan produk industri kecil dan sederhana dan kempen membeli di kedai Satu Malaysia atau mendapat rawatan di Klinik Satu Malaysia merupakan contoh-contoh ucapan yang menyatakan nilai.

Pernyataan polisi pula ialah satu langkah ke hadapan persoalan fakta atau nilai. Misalnya ucapan tentang polisi kerajaan Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Informasi tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Dasar Satu Malaysia dan sebagainya. Oleh itu, khalayak menjangkakan akan lebih memahami polisi berkenaan selepas mengikuti ucapan atau syarahan tentang polisi tersebut.

4.3.1Taklimata.Definisi Taklimat Taklimat ditakrifkan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu perkara. Taklimat juga merupakan ucapan memaklumkan dan disampaikan secara hubungan dua hala dan dalam situasi formal. Oleh itu, taklimat boleh didefinisikan sebagai satu sesi memberikan penerangan tentang sesuatu yang berlaku atau dihasilkan dan disampaikan secara komunikasi dua hala , iaitu penyampai taklimat dan pendengar.

b.Ciri-ciri Penyampaian Taklimat yang baik Menurut Siti Hajar (1997), taklimat yang berkesan mestilah mengambil kira aspek pemilihan tajuk taklimat dan persediaan untuk menyampaikan taklimat berkenaan. Pemilihan Tajuk Taklimat

Tajuk dan isi taklimat hendaklah menarik dan menepati tujuan taklimat diberikan. Maklumat yang hendak disampaikan mestilah secara terperinci. Penggunaan ayat dan kosa kata yang dapat difahami oleh khalayak yang mendengar. Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang jelas mengandungi maklumat yang hendak disampaikan.

Persediaan untuk menyampaikan taklimatSemasa memberi taklimat, sebutan, nada suara dan intonasi seharusnya berjaya menarik perhatian khalayak pendengar. Selain itu , mimik muka dan gerak laku yang sesuai akan menyokong kepada penghayatan taklimat yang disampaikan dan membantu kepada pemahaman khalayak mengenai taklimat yang berkenaan.

Taklimat dapat disampaikan secara berkesan sekiranya penyampai menggunakan alat bantu yang sesuai seperti maklumat edaran bertulis, menggunakan Projektor Overhead (OHP), carta, gambar rajah, filem, slaid atau pita video. Penggunaan media maklumat seperti ini akan dapat menarik perhatian khalayak untuk mengikuti informasi yang diberikan sambil merujuk maklumat yang diberi. Oleh itu, khalayak akan dapat mengikuti taklimat yang diberikan secara berfokus.

Pertimbangan khalayak / hadirin

Terdapat tiga elemen penentu yang tergolong dalam pertimbangan khalayak atau hadirin ini, iaitu:

1.Penentuan siapakah golongan khalayak yang akan mendengar taklimat kerana perkara ini boleh membantu untuk menentukan jenis taklimat yang mereka perlukan. Contohnya kanak-kanak kaum wanita, golongan belia dan remaja atau para pegawai kerajaan.

2.Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan kandungan taklimat. Contohnya dari aspek status akademik, sosiobudaya , status ekonomi, penduduk bandar dan luar bandar.

3.Menentukan bilangan khalayak yang hadir untuk membantu proses penyediaan nota, tempat, jamuan dan lain-lain.

iv.Pertimbangan SuasanaSuasana formal berlaku sekiranya khalayak pendengar taklimat itu terdiri daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/ swasta dan pelawat luar negara. Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya terdiri daripada ibu bapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya. Suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks menakala teks taklimat bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan mudah.

v.Imej Penyampai TaklimatPenyampai taklimat perlu memiliki keyakinan diri untuk mempengaruhi khalayak yang mendengar taklimat yang disampaikan. Antara ciri-ciri yang dapat memberi imej yang baik terhadap penyampai taklimat ialah berasa yakin untuk menyampaikan maklumat, lancar menyusun atur ayat dan penerangan supaya maklumat itu dapat diikuti oleh khalayak pendengar. Selain itu penyampai taklumat haruslah menunjukkan dia bersemangat untuk menyampaikan taklimat supaya kesediaan mengikuti maklumat ini berterusan dalam diri pendengar. Lebih baik lagi sekiranya sewaktu penyampaian maklumat ini berlaku, pendengar sentiasa berasa ingin tahu sepanjang mengikuti taklimat itu.

C. Kesimpulan

Taklimat merupakan keterangan ringkas mengenai sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Taklimat bertujuan untuk memaklumkan dan disampaikan secara formal. Memandangkan taklimat merupakan komunikasi dua hala, ini bermakna sesi bersoal jawab antara pemberi taklimat dan khalayak perlu berlaku supaya maklumat yang disampaikan itu lebih jelas dan difahami oleh kedua-dua pihak. Taklimat yang baik akan disusuli dengan tindakan oleh khalayak pendengar.

4.3.2.Pengumumana. Definisi PengumumanPengumuman ialah salah satu daripada cara memindahkan maklumat daripada penyampai kepada penerima. Pengumuman bertujuan memberitahukan sesuatu hal yang dianggap dapat membantu pelaksanaan sesuatu aktiviti. pemberitahuan tentang bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh, atau pengumuman tentang berita kematian, perkahwinan dan sebagainya. Dengan membuat pengumuman kepada orang ramai, maklumat dapat disampaikan terus kepada kumpulan sasaran.

Pengumuman lazimnya dibuat di tempat awam seperti di lapangan terbang, stesen kereta api. terminal bas, teksi, padang dan sebagainya. Pengumuman penting di tempat kerja pejabat, sekolah, perpustakaan, pusat membeli belah lazimnya menggunakan siar raya. Oleh itu, penyampai pengumuman mestilah dapat menyampaikan mesej secara berkesan menggunakan bahasa yang ringkas, tepat dan padat dengan maklumat supaya memudahkan kumpulan sasaran memahami mesej tersebut.

b. Ciri-ciri Pengumuman Lisan yang Baik

Pengumuman lisan ialah pengumuman secara langsung daripada penyampai sama ada menggunakan alat pembesar suara atau tidak. Pengumuman lisan ini juga boleh dirakam terlebih dahulu. Dalam pengumuman lisan, ayat yang digunakan hendaklah ayat yang jelas, ringkas dan padat dengan maklumat. Penyampai pengumuman pula mestilah tahu pada bahagian ayat yang mana, mereka perlu berhenti (jeda) sebentar untuk memastikan khalayak dapat mengikuti butiran maklumat secara berkesan.

i.Isi yang disampaikan perlu tegas dan tepat maksudnyaIsi pengumuman perlu sejajar dengan tujuan pengumuman itu dibuat. Antara tujuan pengumuman untuk memberitahu maklumat, ada yang bertujuan untuk kumpulan sasaran bertindak. Oleh itu, pengumuman hendaklah disampaikan secara tegas dan menepati maksudnya.

ii.Memasukkan perkara penting sahajaOleh sebab pengumuman ini dilaksanakan terus kepada kumpulan sasaran, adalah penting untuk memasukkan perkara penting dalam pengumuman itu. Pengumuman akan diulang sebanyak dua kali pada satu-satu masa. Pengumuman pertama adalah untuk menarik perhatian manakala pengumuman kedua lazimnya diberi perhatian oleh pendengar untuk memahami dan mengesan maklumat penting yang disampaikan. Oleh itu biasanya dalam sesuatu pengumuman hanya terdapat satu atau dua perkara sahaja yang disampaikan.

iii.Maklumat perlu ringkas dan padatPengumuman hendaklah diberikan secara ringkas dan padat. Ini kerana biasanya pengumuman diberikan di tempat awam seperti di stesen bas, lapangan terbang ataupun di pusat membeli belah.Suasana yang sibuk boleh menjejaskan perhatian pendengar. Oleh itu, maklumat perlu ringkas dan padat supaya kumpulan sasaran boleh mendapatkan maklumat penting yang disampaikan.

iv.Menggunakan ayat pasif untuk memelihara sifat keobjektifan pengumumanGunakanlah ayat pasif untuk menulis pengumuman. Penggunaan ayat pasif bertujuan memelihara sifat keobjektifan maklumat dalam pengumuman tersebut. Ayat-ayat pasif dapat dikenali melalui penggunaan imbuhan pasif di-. Contohnya:Semua pelajar tahun enam, dikehendaki... atau Penumpang pesawat AK 515 ke Kota Kinabalu diminta beratur di pintu A5

c. KesimpulanKemahiran menyampaikan pengumuman amat perlu dikuasai dengan baik demi menjamin pengumuman yang disampaikan dapat menarik perhatian audiens. Akhirnya, akan membolehkan khalayak yang mendengar pengumuman berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan lalu mereka boleh membuat tindakan susulan.

4.3.3.Pidato

a. Definisi Pidato Pidato ialah suatu ucapan dengan susunan kata yang baik untuk disampaikan kepada khalayak. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang yang mendengar pidato itu. Pidato disampaikan secara individu kepada khalayak bagi meyakinkan khalayak berkenaan sesuatu tajuk. Pidato merupakan satu bentuk komunikasi sehala kerana khalayak tidak perlu bersoal jawab atau memberi pandangan mereka sekadar mengikuti buah fikiran yang disampaikan oleh pemidato.Tujuan pidato adalah untuk menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada audiens dalam dalam masa yang sama meyakinkan audiens agar bersetuju dengan hujah-hujah pemidato.

b. Ciri-ciri Teks Pidato yang baik

i.Pidato yang baik ialah pemidato tidak membaca teks sebaliknya menyampaikan hujah menggunakan kepetahan berucap dan kemahiran menghafal hujah-hujah serta tertumpu kepada satu topik sahaja.

ii. Cara memulakan pidato, lazimnya dengan memetik kata-kata hikmat, pernyataan atau bahasa perumpamaan. Tujuannya adalah supaya pendengar tertarik dan mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang apa yang bakal disampaikan dalam pidato itu. Isi yang baik haruslah mengandungi huraian dan contoh, statistik, kata-kata bidalan dan kata-kata orang ternama untuk mengukuhkan hujah. Penutup pula eloklah diulang semula isi yang telah disampaikan. Kemudian, nasihat dan ajakan amat sesuai mengakhiri pidato.

iii.SalutasiBahagian paling awal dalam pidato ialah salutasi, iaitu dimulakan dengan salam dan seterusnya menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis, jemputan kehormat, para hakim, penganjur majlis dan para hadirin mengikut kesesuaian majlis dan juga mengikut susunan protokol.

Iv .Pembuka kataPemidato lazimnya memilih pembuka kata yang menarik seperti dimulakan dengan serangkap pantun, seloka, kata-kata hikmat atau mutiara kata untuk menarik perhatian para hadirin dan juga para hakim. Kebolehan pemidato memetik kata-kata seperti itu menunjukkan pemidato seorang yang bijak menghubungkait pembuka kata dengan topik yang akan disampaikan.

v.Permulaan isi, takrif dan penjelasan isi pidato

Pada bahagian ini, pemidato perlu memberi takrif dan huraian tajuk yang akan disampaikan. Penjelasan takrifan ini merupakan asas dan juga batasan topik yang akan disampaikan dalam pidato. Hujah-hujah seterusnya akan diberikan selaras dengan tajuk dan takrif yang diberikan.

vi Isi utama, Huraian dan Contoh

Pemilihan isi utama dalam pidato hendaklah selaras dengan takrif yang diberikan dan disusuli dengan hujah yang bernas. Setiap hujah yang dikemukakan perlu bersandarkan kepada bukti dan disokong oleh penulisan atau pendapat pihak yang berautoriti. Sekiranya setiap isi disusuli dengan huraian dan contoh yang sahih seperti statistik, kes-kes mahkamah, laporan ekonomi atau laporan tahunan sudah pasti audiens yakin dan akan bersetuju dengan hujah isi pemidato itu.

ViiKesimpulan

Pada akhir pidato, seorang pemidato perlu membuat rumusan dan sekali lagi menyatakan pendiriannya tentang topik yang telah dihujahkan. Penegasan pendirian pemidato dan kemahirannya menyampaikan pidato akan mempengaruhi pendirian audiens sama ada untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan dia.

c.Ciri-ciri Penyampaian Pidato yang baikGaya pemidato merangkumi kemahiran pemidato menggunakan bahasa badan untuk berkomunikasi dengan audiens. Anggota badan yang terlibat ialah bahagian mata, kepala, tangan dan mulut. Pemidato yang berkesan akan menggunakan gayanya yang tersendiri dan tidak meniru gaya orang lain.

i.Anggota badan yang dianggap penting semasa pidato ialah mata dan kepala. Mata yang memandang muka hadirin, ke arah kiri atau kanan akan menarik audiens untuk mengikuti hujah pemidato. Memandang tepat ke arah audiens secara menyeluruh akan menyebabkan audiens berasa dekat dengan pemidato dan tindakan memandang ke arah mata audiens dapat menarik perhatian mereka untuk memberi tumpuan kepada mesej yang hendak disampaikan oleh pemidato.

ii.Aksi tangan yang pelbagai gaya semasa berpidato bermaksud pemidato mempunyai keyakinan yang tinggi sewaktu berhujah. Tindakan pemidato menggenggam tangan, menunjukkan ekspresi yakin dan pendirian yang teguh manakala bibir yang sentiasa mengukir senyuman akan memberi keselesaan kepada audiens untuk terus mengikuti hujah pemidato berbanding dengan pemidato yang serius raut wajah.

iii.Intonasi suara turut menyumbang kepada gaya pemidato yang berkesan penekanan tinggi naik suara akan membuatkan audiens peka terhadap isu-isu penting yang dikemukakan. Bersuara lantang ketika pemidato menyatakan pendirian. Kemahiran memasukkan unsur humor dalam pidato akan dapat menjadikan pemidato lebih bergaya malah sekiranya pemidato berjaya mencuit hati audiens atau menyentuh emosi audiens dengan perasaan sedih, gembira atau membakar semangat patriotik mereka, seorang pemidato itu dianggap berjaya menyampaikan pidatonya.

iv.Pakaian

Pakaian merupakan salah satu daripada gaya penampilan yang amat penting semasa menyampaikan pidato. Khalayak akan membuat pemerhatian sama ada pemidato seorang yang boleh dipercayai atau sebaliknya. Untuk pemidato lelaki, digalakkan memakai suit kemas, bertali leher dan berkasut kulit, berstokin manakala bagi pemidato wanita, pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata. Sekiranya pemidato memilih untuk memakai pakaian kebangsaan, mereka bolehlah memakai baju Melayu, lengkap dengan sampin dan bersongkok. Pakaian merupakan salah satu daripada aspek utama yang akan menentukan tanggapan pertama audiens terhadap pemidato.

c. KesimpulanPidato ialah ucapan yang disampaikan dengan susunan idea yang baik dengan gaya yang meyakinkan. Kebolehan menyampaikan pidato merupakan kemahiran komunikasi yang memerlukan keberanian, yakin, tetap pendirian

4.3.4.Ucapan/ Syarahan

a.DefinisiSyarahan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menghuraikan atau menjelaskan sesuatu tajuk. Syarahan merupakan aktiviti sehala, iaitu penyampai akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi serta meyakinkan para pendengar.Kebolehan menyampaikan syarahan bertujuan menguji kebolehan penyampai memberikan idea atau membuat kupasan tentang sesuatu tajuk. Selain daripada itu, syarahan yang disampaikan akan mempengaruhi khalayak untuk memberikan perhatian serius terhadap sesuatu isu dan akhirnya khalayak akan bertindak untuk melaksanakan seperti yang telah disarankan dalam syarahan itu.

b.Ciri-ciri syarahan yang baiki.Memastikan Topik dan Tujuan Menyampaikan Syarahan

Menurut Ainon Mohad dan Abdullah Hassan (2006) , terdapat dua tujuan utama penyampaian syarahan, iaitu untuk memberikan maklumat kepada khalayak dan juga untuk mempengaruhi mereka. Oleh itu, penyampai haruslah bersedia memberikan penjelasan yang jelas, penerangan lanjut, membetulkan salah faham dan boleh menerangkan bagaimana sesuatu itu dilakukan. Untuk menjadikan syarahan lebih berkesan gunakan banyak ilustrasi, definisi, bukti dan hujah-hujah daripada pelbagai sumber. Oleh itu seorang penyampai perlu melakukan pembacaan yang sangat mendalam tentang perkara yang akan disampaikan sebelum memberi syarahannya. ii.Sasaran Khalayak Syarahan yang akan disampaikan pula perlu sesuai dengan khalayak yang akan menjadi sasarannya. Latar belakang pendidikan, umur, agama, jantina, bangsa dan pekerjaan perlu dijadikan pertimbangan sebelum syarahan disampaikan. Maklumat ini perlu agar penyampai dapat memberikan syarahan yang sesuai dengan tahap dan kebolehan khalayak bagi menjamin maklumat yang disampaikan itu amat bersesuaian dan bertepatan dengan kemampuan mereka memahami maklumat itu.

iii.Menyusun Bahan-BahanBahan yang akan menjadi fokus utama seorang penyampai dalam syarahannya hendaklah disusun dalam kerangka yang sistematik. Maklumat yang diberikan perlulah dimulakan dengan memberikan takrif atau pengertian topik utama syarahan kemudian diikuti dengan isi utama, isi sampingan dan dikemukakan hujah dan bukti yang kukuh daripada pelbagai sumber bacaan. Bahan-bahan hendaklah disusun mengikut keutamaan.

iv.KelancaranKelancaran menyampaikan syarahan lebih tertumpu kepada pembahagian masa menyampaikan maklumat dalam masa yang ditetapkan. Kebolehan penyampai menepati masa merupakan salah satu daripada kelancaran yang dimaksudkan. Selain daripada itu, kejelasan idea, bahasa serta pemilihan perkataan atau istilah turut membantu kelancaran penyampaian maklumat kepada khalayak. Latihan menyampaikan syarahan dapat membantu kelancaran penyampai. v.Intonasi SuaraIntonasi dan nada suara memberi kesan terhadap penyampaian syarahan. Nada tinggi atau nada rendah akan memberi kesan audio kepada khalayak. Ini akan membuatkan khalayak memberi perhatian terhadap isu yang diperkatakan sekiranya disampaikan dalam nada tinggi. Sebaliknya penggunaan nada rendah lebih sesuai sewaktu menyampaikan harapan atau berita sedih. Penggunaan nada yang saling bertukar ganti akan memberi kesan yang menyegarkan terhadap khalayak berbanding dengan penyampaian yang menggunakan hanya senada dan mendatar.

vi.Kecekapan BerbahasaSyarahan yang baik dan berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah.Penggunaan ayat yang ringkas, padat dan bernas memudahkan khalayak mengikuti syarahan yang disampaikan. Sekiranya syarahan itu diselangselikan dengan bahasa perbandingan, peribahasa, bahasa kiasan ataupun bahasa yang perumpamaan sudah pasti khalayak akan memberi fokus kerana penggunaan bahasa seperti itu akan mendorang khalayak memikirkan maksudnya. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan khalayak menjadi pendengar aktif.

c. KesimpulanSyarahan merupakan bidang yang mencungkil bakat dan daya kreativiti seseorang untuk menyampaikan pendapat atau pendiriannya dengan harapan khalayak turut serta menyokong atau bersetuju dengan topik yang disampaikan oleh penyampai. Oleh itu, syarahan memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan kerana kematangan dan kebijaksanaan menyampaikan buah fikiran dengan yakin di khalayak ramai merupakan satu bentuk komunikasi lisan yang perlu dipelajari.

4.3.5.Pengacaraan Majlisa.Definisi Noresah Baharum et. al. (2010) mentakrifkan pengacara majlis sebagai seorang yang mengendalikan persembahan, atau acara dalam sesuatu majlis manakala Siti Hajar Abd. Aziz (2008) mentakrifkan pengacara sebagai individu yang mengendalikan perjalanan sesuatu majlis, persembahan atau pertunjukan.Mengacarakan majlis merupakan satu daripada komunikasi khalayak yang perlu diselenggarakan dengan cekap dan berkesan. Ini kerana seorang pengacara majlis merupakan orang yang berkomunikasi secara dua hala dengan khalayak. Kejayaan menganjurkan majlis secara teratur menjadi tanggungjawab pengacara majlis.

b.Ciri-ciri Pengacaraan Majlis yang BaikBeberapa kriteria atau ciri yang patut dipertimbangkan sebelum memilih seseorang individu untuk menjadi pengacara majlis. Antaranya adalah pengacara majlis hendaklah :i.Terdiri daripada mereka yang berkebolehan, iaitu tidak kekok tampil ke hadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin.

ii.Peka dengan situasi majlis termasuk sebarang perubahan yang bakal berlaku pada saat-saat akhir.

iii.Sentiasa bersedia mengumumkan dan memaklumkan apa-apa perubahan mengikut urutan majlis.

iv. Mempunyai suara yang jelas, cerita dan dapat menghidupkan suasana.

v. Seorang yang kreatif dan mampu melahirkan ujaran yang spontan sekiranya terdesak.

vi.Berketerampilan dan boleh membezakan antara majlis rasmi, separauh rasmi dan tidak rasmi.

vii.Tahu menyusun pengucapan yang bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.

viii.Pengacara majlis harus tahu dan faham menggunakan panggilan hormat dan protokol dalam majlis, penggunaan salutasi yang betul kepada tetamu kehormat yang akan menghadiri majlis itu. Oleh itu pengacara perlu sentiasa mendapat maklumat terkini tentang status kehadiran tetamu kehormat. Sekiranya tetamu itu tidak dapat menghadiri majlis dan diganti pula oleh orang lain, maklumat seperti ini perlu dimaklumkan kepada pengacara majlis. c. KesimpulanKomunikasi lisan bagi seorang pengacara majlis merupakan kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai sebaik-baiknya kerana kejayaan sesuatu majlis amat bergantung kepada kewibawaan pengacara majlis mengawal suasana. Kemahiran komunikasi secara sponton juga diperlukan ketika mengendalikan majlis kerana kadangkala berlaku insiden yang di luar jangkaan seperti persembahan tergendala kerana masalah teknikal. Dalam situasi seperti ini, kemahiran berkomunikasi secara spontan perlu untuk mengawal keadaan. Sekiranya pengacara majlis mengendalikan majlis rasmi seperti Hari Konvokesyen, pengacara majlis tidak perlu memasukkan unsur humor atau bahasa berbunga-bunga sebaliknya bahasa yang digunakan perlulah bahasa yang ringkas, mengikut susun atur pergerakan majlis. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa mengacara majlis merupakan kemahiran yang perlu dilatih dan memerlukan bakat semulajadi sesuai dengan jenis majlis yang dikendalikan.

4.3.6.ForumMenurut Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin (2012), menjelaskan komunikasi lisan jenis forum juga dikenali sebagai diskusi. Forum dijayakan oleh kumpulan kecil yang terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pengerusi dan seorang ahli panel. Walau bagaimanapun, sebagai aktiviti lisan di sekolah, forum dikendalikan dengan seorang pengerusi dan tiga orang ahli panel. Forum boleh berbentuk interaksi antara pengerusi dan ahli panel sahaja kemudian diikuti dengan sesi soal jawab dengan khalayak.

Forum terbahagi kepada dua bentuk, iaitu forum bebas dan forum gabungan.Forum bebas terdiri daripada forum panel dan forum perbahasan.Dalam forum panel, ahli panel diberikan tajuk yang sesuai dengan kepakaran masing-masing tetap berkait dengan tema forum. Pengerusi akan mengemukakan soalan-soalan mengikut giliran.Setelah semua ahli panel memberikan pendapat, pendengar pula diberi peluang mengemukakan soalan. Pengerusi akan membuat kesimpulan forum keseluruhannya.

Forum gabungan pula merujuk kepada forum yang dijalankan sesudah komunikasi khalayak dijalankan. Sebagai contoh, forum wawancara dijalankan selepas wawancara, forum kuliah diadakan selepas kuliah dan forum seminar diadakan selepas seminar atau forum persidangan dijalankan selepas ahli panel membentangkan kertas kerja. Khalayak dibenarkan mengemukakan soalan ataupun pandangan berdasarkan apa yang dikatakan oleh ahli panel dan pengerusi. Seluruh sesi dikendalikan oleh pengerusi.

Ciri-ciri Forum yang Baik Pengerusi akan memperkenalkan tajuk, ahli panel dan bidang kepakaran masing-masing, isu tentang tajuk yang diforumkan, meminta setiap ahli panel menyatakan pendirian atau menjelaskan peranan mereka berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Pengerusi juga akan mengemukakan status atau harapan masyarakat tentang isu yang dikemukan dan ahli panel memberi respon bagaimana mereka menangani isu tersebut. Akhir sekali pengerusi akan memberi peluang kepada khalayak untuk sesi soal jawab.

Soalan yang pengerusi kemukakan boleh berasaskan maklum balas atau tinjauan pendapat orang ramai tentang isu yang dibincangkan. Ahli panel diminta mengemukan pendirian mereka terhadap isu, masalah yang dihadapi dan tindakan yang akan dilakukan.

Diskusi diakhiri dengan rumusan yang dapat dibuat hasil daripada perbincangan dan tindakan susulan yang akan diambil untuk mengatasi isu berkenaan.

Sesi soalan jawab diadakan untuk khalayak bertanyakan ahli panel. Persetujuan bersama dikemukakan dan pengerusi merumuskan hasil forum pada bahagian penutup diskusi.

Kesimpulan

Forum merupakan satu bentuk komunikasi dua hala yang melibatkan pengerusi dengan ahli panel dan juga khalayak yang mendengar forum itu. Tajuk yang dibincangkan dalam forum biasanya sarat dengan maklumat dan menyentuh kepakaran dalam bidang tertentu. Forum diadakan untuk mendapatkan persetujuan bersama bagi mengatasi isu atau masalah yang dihadapi. Lazimnya forum berakhir dengan saranan agar pendekatan bersepadu dilaksanakan untuk mengatasi masalah atau isu yang dibincangkan.

4.3.7.Wawancara dan Temu bualDefinisi Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1998), menjelaskan wawancara merupakan satu proses komunikasi dua hala yang formal. Aktiviti ini dilakukan secara terancang yang melibatkan proses menyoal dan menjawab antara orang yang mewawancara dengan orang yang diwawancara. Biasanya wawancara dilakukan dengan berasaskan sesuatu tajuk atau isu yang ditetapkan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat daripada orang yang diwawancara. Aktiviti ini lazimnya dijalankan dalam keadaan yang mesra dan tidak terlalu rasmi.

Terdapat dua bentuk wawancara, iaitu wawancara berita dan wawancara rencana. Wawancara berita bertujuan untuk mendapatkan maklumat khusus tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang berlaku. Wawancara bentuk ini dilakukan dengan cara bersemuka atau melalui telefon dan yang diutamakan adalah maklumat atau fakta. Wawancara rencana pula dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang personaliti dan pendapat seseorang.Wawancara ini bersifat bebas dan biasanya dilakukan dalam suasana yang mesra dan kerap dijalankan di rumah atau pejabat. Kebiasaannya orang kenamaan seperti tokoh-tokoh korporat, akademik, politik sering menjadi sasaran untuk diwawancara. Selain itu,maklumat tentang tajuk atau isu yang ditetapkan, sifat-sifat peribadi, latar belakang, kekuatan, kegemaran dan sebagainya dijadikan bahan penulisan wawancara.Ciri-ciri Wawancara Wawancara yang berjaya adalah wawancara yang mencapai objektifnya, iaitu dapat mengumpul maklumat pengetahuan dan pendapat yang dikehendaki daripada orang yang diwawancara. Kedua-dua pihak hendaklah berpengetahuan luas, bijak, berfikiran kritis dan analitis. Selain itu, mereka perlu saling hormat menghormati, berperwatakan peramah, lemah lembut, sopan santun serta tertib.

Soalan yang dikemukakan hendaklah berkaitan secara langsung terhadap tajuk yang dibincangkan, isu atau pengalaman peribadi orang yang diwawancara. Oleh sebab itu, wawancara itu hendaklah dibuat secara terancang. Orang yang diwawancara perlu mengetahui soalan yang akan ditanya supaya dia menyediakan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan itu.

Wawancara ini berbentuk dialog atau perbualan yang mengandungi tiga bahagian utama, iaitu pendahuluan, perkara yang berkaitan dengan tajuk dan penutup. Pada bahagian pendahuluan biasanya tajuk yang akan dibincangkan diberikan penerangan terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan bahagian isi atau fokus wawancara dan diakhiri dengan penutup.

Bahasa yang digunakan hendaklah mudah dan tidak berbunga-bunga. Soalan yang dikemukakan hendaklah ringkas dan jelas. Biasanya soalan terbuka lebih banyak ditanya daripada soalan-soalan peribadi. Audiens yang hadir pula bergantung kepada jenis wawancara yang dikendalikan sama ada wawancara berita atau wawancara rencana. Wawancara berita terdiri daripada khalayak yang bebas meliputi pelbagai latar belakang pendidikan manakala wawancara rencana lazim-n ya terdiri daripada khalayak yang khusus daripada bidang yang sama atau yang ada kena mengena dengan tajuk yang dibincangkan.

Kemahiran menyoal merupakan aspek penting dalam sesi wawancara. Soalan-soalan yang dibina mestilah menepati maklumat yang ingin diketahui. Kemahiran menyoal perlulah merangkumi aspek tajuk, tujuan, maklumat yang ingin diperoleh, pemilihan kata tanya yang sesuai dan soalan jenis terbuka menggunakan kata kunci sejauhmanakah, apakah rasional, apakah implikasi, apakah harapan

Kesimpulan

Wawancara merupakan kemahiran komunikasi formal berbentuk dua hala. Oleh itu, sebelum sesi wawancara dimulakan orang yang akan mengemukakan wawancara perlulah membuat persediaan rapi dan mengetahui langkah-langkah mengendalikan wawancara kerana lazimnya wawancara diadakan secara langsung berhadapan dengan khalayak. Sesi soal jawab juga diberikan dan khalayak bebas mengemukakan soalan. Oleh itu, pewawancara perlu bijak berkomunikasi dengan individu yang diwawancara dan juga dengan khalayak.

4.3.8.MesyuaratDefinisiBermesyuarat merupakan satu bentuk komunikasi lisan. Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt (1998), menjelaskan mesyuarat diadakan dengan tujuan untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit, membuat sesuatu keputusan dan memberi atau mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak. Mesyuarat yang baik dikendalikan dalam suasana baik, bersopan dan beradab. Semua butiran percakapan akan direkodkan (untuk semakan, rujukan dan tindakan selanjutnya) dan catatan ini dikatakan minit mesyuarat.

Semasa bermesyuarat, ahli- ahli mesyuarat diberi peluang untuk meningkatkan kemahiran mendengar, kemahiran memahami dan kemahiran menuturkan idea atau buah fikiran secara jelas dan teratur. Pengerusi mesyuarat dikehendaki mengendalikan mesyuarat dan mengawal perbincangan agar sentiasa menepati agenda mesyuarat yang telah ditetapkan. Setiausaha mencatat segala pandangan dan pendapat serta idea-idea yang dipersetujui. Tugas ahli-ahli lain adalah memberi pendapat, bantahaan, cadangan dan sebagainya. Dalam hal ini, ahli-ahli boleh bersetuju dengan apa yang ditimbulkan dalam mesyuarat atau membantah ataupun berkecuali, Mereka boleh memberikan alasan-alasan mereka secara logik dan berkesan.

Tujuan bermesyuarat adalah memberi peluang untuk mendengar percakapan atau pandangan orang lain , membuat cadangan atau bantahan menggunakan alasan-alasan yang munasabah. Membiasakan ahli-ahli mesyuarat bersuara dalam suasana yang formal dengan pertuturan yang sopan dan jelas. Pada akhir mesyuarat selalu satu keputusan yang dibuat secara kolektif akan dikemukakan sebagai jalan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Keputusan sebulat suara adalah sebaik-baik keputusan yang diharapkan daripada mesyuarat.

Ciri-ciri Mesyuarat yang Baik Mesyuarat yang baik adalah mesyuarat yang dikendalikan mengikut agenda yang dikemukakan. Pengerusi mesyuarat mempunyai kuasa untuk memula dan mengakhiri mesyuarat. Pengerusi akan mengikuti agenda mesyuarat satu persatu dimulakan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu, membincangkan perkara-perkara berbangkit, membuat pindaan atau pembetulan dan mendapatkan maklum balas terhadap perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang lalu.

Segala keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat bukanlah keputusan individu sebaliknya keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli mesyuarat. Oleh itu, penulisan minit mestilah seperti yang berikut Mesyuarat telah bersetuju menerima atau Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa.. Keputusan akhir tentang sesuatu perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat.

Mesyuarat yang baik akan dikendalikan dalam masa yang tidak terlalu panjang.Keberkesanan mesyuarat perlulah dikawal selia oleh pengerusi. Sekiranya perbincangan telah tersasar daripada agenda, pengerusi berhak memberhentikan perbincangan itu dan mengingatkan ahli-ahli mesyuarat supaya kembali kepada agenda yang disediakan.

Setiausaha mencatat kehadiran ahli-ahli mesyuarat dalam minit mesyuarat dan memastikan semua butiran tidak hadir bersebab dicatatkan dalam minit mesyuarat. Setiausaha akan memastikan semua keputusan mesyuarat, pembetulan atau pindaan butiran mesyuarat direkodkan. Sebarang pembetulan dalam minit perlu dibuat sebelum minit mesyuarat itu disahkan dalam mesyuarat.

Dalam hal yang memerlukan tindakan, nama atau jawatan orang yang dipertanggungjawabkan perlu dicatat dalam minit mesyuarat supaya perkara itu dapat dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

Perbincangan dalam mesyuarat meskipun tegang perlulah menggunakan bahasa yang sopan tanpa menyinggung perasaan orang lain. Setelah kesemua agenda mesyuarat diikuti, pengerusi hendaklah memberi ruang kepada setiap ahli-ahli mesyuarat untuk mengemukakan pandangan mereka untuk mengisi agenda hal-hal lain. Perkara yang disentuh dalam hal-hal lain merupakan perkara yang tidak tersenarai dalam agenda mesyuarat.

Waktu ditanggungkan mesyuarat perlu dicatat dalam minit mesyuarat dan perlulah digunakan ungkapan ditangguhkan kerana mesyuarat akan disambung pada masa akan datang. Pada bahagian akhir/ penutup mesyuarat hendaklah dicatat nama dan jawatan orang yang akan mengesahkan minit itu, iaitu pengerusi dengan persetujuan semua ahli-ahli mesyuarat.

KesimpulanMesyuarat merupakan satu aktiviti lisan yang berbentuk dua hala antara ahli-ahli mesyuarat untuk mencapai keputusan yang sepakat tentang sesuatu program. Oleh itu, kemahiran komunikasi yang terlibat adalah kemahiran menyoal, menyatakan pandangan, memberikan cadangan atau menyatakan bantahan perlulah disuarakan dengan cara yang sopan dan teratur mengikut prosedur mesyuarat. Komunikasi secara lisan dalam mesyuarat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk menjamin mesyuarat yang diadakan tidak memakan masa yang terlalu lama ,sehingga ahli-ahli mesyuarat hilang tumpuan dan minat. Oleh yang demikian peranan pengerusi dan setiausaha mesyuarat amat penting dalam pengendalian mesyuarat.

Mengumpul Maklumat

Kumpul maklumat dan buat catatan berkaitan perkara-perkara berikut:i. Debatii. Perbincanganiii. Temu dugaiv. Dialog

SOALAN TUTORIAL1. Huraikan tujuan penyampai taklimat menganalisis khalayak.

2.Banding bezakan contoh teks pengacaraan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan teks pengacaraan Majlis Persaraan. Bincangkan perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua teks tersebut.

3.Nyatakan persamaan dan perbezaan antara debat dan pidato.

4.Buat kajian dan penyelidikan tentang teks ucapan dan teks syarahan. Analisis keberkesan wacana dalam kedua-dua teks.

5.Sediakan atur cara bagi Majlis Perasmian Hari Guru tahun ini.

6.Jelaskan kepentingan penampilan diri untuk seorang pemidato.

7. Huraikan peranan pengerusi mesyuarat yang berkesan dalam pengendalian mesyuarat.

8.Jelaskan kepentingan gerak geri, mimik muka dan gaya bahasa badan dalam pidato.

9.Tonton rakaman video Pidato Antarabangsa. Buat ulasan tentang kemahiran berkomunikasi pemidato yang terdapat dalam tayangan video itu.

10.Jelaskan ciri-ciri penulisan minit mesyuarat yang baik.

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, Ab. (1998). Bahasa Melayu Komunikasi 3. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, Ab. Rahim Selamat. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd. Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (1999). Komunikasi untuk Guru. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2000).Kemahiran Interpersonal untuk Guru Bestari. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad (Editor) .(2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Faiziah Hj. Shamsudin. (2012). Bahasa Melayu Komunikatif. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Syahrul Nizam Junaini. (2011). Seni Bahasa Badan. Batu Caves : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Zawiyah Mohammad Yusof . (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

1