tajuk 2 (kumpulan a)

28
KUMPULAN A: Andy Nazmi Dany Thein Syawal Raney Melayu Islam Beraja

Upload: ms-yati

Post on 10-Jun-2015

1.282 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

SC2/MVM/12b

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 2 (Kumpulan A)

KUMPULAN A:

AndyNazmiDanyThein

SyawalRaney

Melayu Islam Beraja

Page 2: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Kerjasama

Kerjasama adalah dilakukan secara beramai-ramai lagi mencapai sesuatu matlamat.

Kerjasama dapat mewujudkan persaudaraan dan bertanggungjawab bersama bagi kebaikan ahli-ahli dalam masyarakat tersebut.

Page 3: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Aktiviti bergotong-royong telah diamalkan oleh masyarakat di negara kita sejak dahulu lagi. Amalan gotong-royong membersihkan persekitaran rumah bersama-sama ahli keluarga bukan sahaja melahirkan suasana yang ceria dan mengelakkan daripada penyakit tetapi juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Terdapat banyak kebaikan jika amalan ini diamalkan oleh kita.

Pembahagian kerja dan perlaksanaan kerja yang baik mampu membuahkan hasil yang sedap mata memandang dan menyenangkan semua pihak. Seperti membersihkan kolam ikan di hadapan rumah bersama-sama mampu memastikan persekitaran rumah sentiasa ceria.

Page 4: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Suasana yang ceria adalah hasil dari amalan gotong-royong bersama-sama ahli keluarga memastikan kejayaan anak-anak tersebut. Sesungguhnya, suasana yang ceria dan bersih akan menjanjikan kejayaan anak-anak mereka agar dapat berfikiran lebih positif.

Persekitaran yang bersih juga mampu mengelakan daripada jangkitan penyakit yang boeh membahayakan ahli keluarga tersebut. Dengan ini, mereka dapat meneruskan rutin harian mereka masing-masing dan juga member contoh sebagai modal insan gemilang yang seimbang jasmani dan rohaninya.

Page 5: Tajuk 2 (Kumpulan A)
Page 6: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Adat Istiadat & Budaya Bangsa. Adat bukanlah satu peraturan static atau beku. Adat boleh

hidup subur dan boleh berkembang dengan mengambil mana-mana unsur kebudayaan dan kerugian yang sesuai dengan peradaban orang-orang Brunei. Maksudnya adat itu boleh dipermodenkan, diperelokkan tetapi hendaklah sentiasa dalam keadaan asli.

Sebagai rakyat Brunei adalah penting bagi kita untuk mempertahankan ciri-ciri kebudayaan kita sebagai orang Brunei yang mana sentiasa galat-mengalati diantara satu sama dengan yang lain, bermaruah, beradat istiadat dan juga taat beragama dan beristiadat.

Memandangkan Negara kita terdiri daripada 7 rumpun melayu iaitu;Brunei, Belait, Kedayan, Tutong, Dusun, Bisaya & Murut. Maka oleh kita sudah setentunya Negara kita mempunyai pelbagai adat dan juga kebudayaan bangsa yang selaras dengan falsafah Melayu Islam Beraja.

Page 7: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Pendidikan

Dalam konteks MIB melengkapkan insan dengan ilmu pengetahuan yang mendatangkan kemanfaatan kepada negara, bangsa dan ugama dan juga untuk mendidik dan mengasuh kemuliaan budi pekerti dan menanamkan iman, keta'atan kepada Raja serta melahirkan tenaga manusia yang berkemahiran dan tenaga yang berguna serta berkeupayaan bagi memikul tangunggjawab dalam meneruskan kehidupan berbangsa dan bernegara.

Page 8: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Keagamaan.

Semua ajaran Islam yang dilakukan adalah ibadat termasuk cara hidup yang meliputi segala aspek kehidupan harian. perkara yang merosakan akidah juga perlu diterangkan sejelas-jelasnya kepada prang Islam. Inibolehlah disebarkan dan diterangkan melalui khutbah Juma'at , ceramah dan sebagainya.

Page 9: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Undang-Undang

Undang-undang dubuat adalah menurut dan selaras dengan hukum-hukum yang disebutkan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran. Undang-undang dinegara ini perlu dikuatkan berasaskan konsep Melayu Islam Beraja. Contohnya, pejabat sektor swasta perlu memberi kelapangan bagi pekerjanya yang beragama Islam untuk menjalankan ibadat seperti menunaikan sembahyang Juma'at

Page 10: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Kewujudan corak kehidupan yang berteraskan MIB haruslah berfungsi sebagai bentang pertahanan

nilai-nilai luhur budaya kita. Dengan adanya usaha pengukuhan dan amalan hidup

berbudaya yang tulen untuk mengidealisasikan MIB, mudah-mudahan masyarakat kita dapat menyekat berbagai-bagai unsur yang tidak

sesuai yang terbawa masuk oleh arus pembangunan yang permodenan Negara kita

sayangi ini. 

Page 11: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Kehidupan Berjiran.

Kehidupan kejiranan adalah amat penting bagi kita semua ianya adalah untuk menolong kita apabila kita dalam susah dan meminta pertolongan dari pada mereka. Contoh –contohnya adalah ; Meminta bantuan semasa kecemasan. Bergotong-royong. Menambah kenalan. Kunjung – Mengunjung. Bertegur sapa. Menghulurkan bantuan.

Page 12: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Mengapa kita perlu berjiran?

Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajiban mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.

Meminta bantuan semasa kecemasan.

Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain lagi. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat mlahirkan suasana seperti ini.

Page 13: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Bergotong-royong.

Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, masjid, balairaya, longkang dan sebagainya ataupun membaiki rumah atau jambatan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat kejiranan.

Menambah Kenalan.

Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita.

Page 14: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Kunjung-Mengunjung.

Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya. Ini kerana peluang masa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat. 

Bertegur Sapa.

Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.

Page 15: Tajuk 2 (Kumpulan A)

MENGHORMATI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG ADA.

Menghormati budaya dan adat istiadat adalah juga terdiri daripada peraturan-peraturan dan undang undang yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Di antara nya ialah :

Undang-undang taraf kerakyatan negara Brunei 1962 menetapkan ketulenan Melayu Brunei iaitu rakyat Sultan dengan kuasa mutlak undang-undang yang dikhususkan kepada puak-puak jati Bangsa Melayu iaitu Belait,Bisaya,Brunei,Dusun,Kedayan,Murut & Tutong.

Undang-undang dari segi memelihara dan mempertahankan kedaulatan Negara Brunei Darussalam iaitu dengan cara menubuhkan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Sepertimana penubuhan ini adalah bertindak sebagai penghalang kepada ancaman-ancaman kuasa luar yang cuba menceroboh Negara Brunei Darussalam secara langsung atau tidak langsung.

Page 16: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Peraturan yang harus kita lakukan selaku rakyat Negara Brunei Darussalam ialah menghormati Sultan atau pemimpin kita tidak kira bangsa ,agama mahupun puak-puak yang terdapat di Negara Brunei ini. Kerana dengan menghormati Sultan atau pemimpin kita. Dengan sendirinya kita boleh mengkukuhkan lagi perpaduan rakyat dan penduduk-penduduk Negara Brunei Darussalam.

Sebagai rakyat Brunei kita mestilah menghormati segala undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan atau yang

telah di wujudkan oleh pemimpin-pemimpin kita yang dulu mahupun sekarang kerana tanpa undang-undang dan peraturan-peraturan ini negara kita tidak akan dapat membangun dan maju secara stabil .

Page 17: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Mengekalkan Kebudayaan.

Kebudayaan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatukan dan mewujudkan persefahaman di kalangan rakyat, budaya selain boleh mengukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan mewujudkan rasa saling menghormati dan toleransi.

Warisan budaya sesebuah bangsa itu adalah juga merangkumi lagu-lagu dan muzik termasuk peralatan muzik penduduk tempatan. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam apabila kita memperkatakan lagu- lagu, irama dan peralatan muzik Melayu Brunei ianya meliputi tujuh puak Melayu Brunei seperti yang terkandung di dalam Akta Taraf Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun 1962 .

Page 18: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Sehubungan dengan ini, lagu-lagu dan irama Melayu Brunei asli tujuh puak berkenaan adalah juga merupakan identiti dan khazanah warisan bangsa yang perlu dipertahankan. Ianya mencerminkan daya ekspresi dan kreatif tamadun sesuatu bangsa. Seperti yang kita sedia maklum muzik adalah karya seni dan ekspresi yang terdiri dari bunyi-bunyian atau vokal ataupun kedua-duanya, yang mana dari gabungan tersebut menghasilkan sebuah karya yang indah dan harmonis. Di dalam masyarakat lagu dan muzik ditampilkan sebagai perantara komunikasi simbolik atau penyampaian mesej yang mengekspresi jiwa yang kreatif dan pemikiran tertentu kepada pendengar. Muzik dan lagu di zaman silam hingga sekarang digunakan sebagai saluran komunikasi untuk menyampaikan luahan kalbu, keindahan suasana persekitaran dan penyebaran mesej yang berbentuk nasihat dan menyuntik semangat.

Kebudayaan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatukan dan mewujudkan persefahaman di kalangan rakyat, budaya selain boleh mengukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan mewujudkan rasa saling menghormati dan toleransi.

Page 19: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Warisan budaya sesebuah bangsa itu adalah juga merangkumi lagu-lagu dan muzik termasuk peralatan muzik penduduk tempatan. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam apabila kita memperkatakan lagu- lagu, irama dan peralatan muzik Melayu Brunei, ianya meliputi tujuh puak Melayu Brunei seperti yang terkandung di dalam Akta Taraf Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun 1962 . Sehubungan dengan ini, lagu-lagu dan irama Melayu Brunei asli tujuh puak berkenaan adalah juga merupakan identiti dan khazanah warisan bangsa yang perlu dipertahankan. Ianya mencerminkan daya ekspresi dan kreatif tamadun sesuatu bangsa.

Page 20: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Seperti yang kita sedia maklum muzik adalah karya seni dan ekspresi yang terdiri dari bunyi-bunyian atau vokal ataupun kedua-duanya, yang mana dari gabungan tersebut menghasilkan sebuah karya yang indah dan harmonis. Di dalam masyarakat lagu dan muzik ditampilkan sebagai perantara komunikasi simbolik atau penyampaian mesej yang mengekspresi jiwa yang kreatif dan pemikiran tertentu kepada pendengar. Muzik dan lagu di zaman silam hingga sekarang digunakan sebagai saluran komunikasi untuk menyampaikan luahan kalbu, keindahan suasana persekitaran dan penyebaran mesej yang berbentuk nasihat dan menyuntik semangat.

Page 21: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Brunei. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Brunei. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Brunei dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinkan hubungan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Page 22: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuatkan jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Brunei.Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Brunei dengan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan.

Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda tidak kira lelaki ataupun wanita yang tidak mempunyai masalah

perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini

sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Brunei patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting

untuk memupuk perpaduan kaum di Brunei dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempereratkan perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum

sejak kecil.

Page 23: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Semangat Cintakan

Raja

Page 24: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Semangat Bangsa Agama & Tanah Air.

Page 25: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Semangat Kenegaraan Tinggi.

Penuntut-penuntut adalah terdiri daripada belia-belia muda negara dan adalah merupakan aset dan bakal peneraju kepimpinan negara di masa akan datang. Penuntut-penuntut semua sudah melimpasi alam sekolah menengah. Oleh itu ianya merupakan satu kejayaan yang patut diakui. Sekarang penuntut semua adalah dalam proses mendapatkan ijazah tertentu dalam pelbagai bidang, sama ada di peringkat sarjana muda, sarjana atau Ph.D peringkat diploma atau professional.

Rakyat dan penduduk negara ini termasuk belia dan remaja semangat dan tanggungjawab kenegaraan di hati sanubari masing-masing dan mengenai cinta dan taat setia yang berterusan kepada Raja dan Walil Amri yang berjiwa rakyat demi untuk memajukan negara.

Page 26: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Sokongan dan penyertaan rakyat dan penduduk di dalam acara sambutan perayaan ulang tahun hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam ke 66. Ini adalah tahun yang

mempunyai signifikan kenegaraan yang terpuji dan menjadi tradisi oleh sesama rakyat dan penduduk di

negara ini.

Page 27: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Menghormati & Memahami

Menghormati antara satu sama yang lain, tidak kira bangsa.

Memahami adat resam, bagi puak-puak melayu dan menjaga keturunan agar ianya tidak pupus.

Menghormati dan memahami bahasa-bahasa yang sedia ada dan mempelajari bahasa yang baru didengar.

Sebagai contoh, semasa perkahwinan puak Melayu Brunei dan Melayu Tutong mengadakan basuh kaki dan menghantar sirih junjung.

Page 28: Tajuk 2 (Kumpulan A)

Done by : Hakiem, Danny, Nazmi, Raney, Lim Andrian & Syawal.