tajuk 1 pengenalan pj suaian.pdf

Upload: ainaziz03

Post on 04-Jun-2018

530 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    1/19

    PENGENALANMenurut Mahmod Nazar (2000), golongan istimewa ditakrifkan sebagai pelajaryang mempunyai batas keupayaan fizikal dan mental. Kanak-kanak istimewa initidak seharusnya terpinggir dalam kurikulum sekolah. Bagi mengelakkan pelajaristimewa terasa terpinggir, pelajar istimewa akan mengikuti kurikulum sekolah biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan khas.

    KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT

    Golongan istimiwa juga merupakan golongan yang berhak untuk mempelajaridan mengaplikasikan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan. Kanak-kanakistimewa tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajardiberi pendidikan.

    10.1

    TToo pp iik k

    11 00 Pendidikanasmani

    Suaian

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan konsep, definisi dan matlamat Pendidikan Jasmanisuaian;

    2. Menghuraikan keperluan psikologi dan pengubahsuaianorang kurang upaya; dan

    3. Menghuraikan kategori pelajar dalam pelaksanaan Pendidikan Jasmani suaian.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    2/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 202

    Memandangkan keupayan golongan ini yang agak terhad dalam mata pelajaran,maka Pendidikan Jasmani suaian diperkenalkan. Disebabkan ciri-ciri istimewagolongan ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka perlu disesuaikan

    mengikut batasan keperluan. Penyesuaian yang dimaksudkan ialah menyediakankemudahan, alatan, objektif dan aktiviti yang menepati keperluan.

    10.1.1 Definisi Pendidikan Jasmani Suaian

    Pendidikan Jasmani suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Pendidikan Jasmani suaian membenarkan pelajar istimewa mengikuti kelas dengan lancartanpa ada sekatan atau batasan. Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagaipelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan dan batasan pelajar yangmengikutinya.

    10.1.2 Konsep Pendidikan Jasmani Suaian

    Pendidikan Jasmani suaian sama seperti Pendidikan Jasmani yang diajar didalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional, bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu

    kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamatdan berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kiradalam melaksanakan Pendidikan Jasmani suaian ialah potensi dan keupayaanindividu untuk melakukan aktiviti tersebut.

    10.1.3 Matlamat dan Tujuan

    Bersesuaian dengan Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia, iaitu untukmemberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dankebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran(suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangankhas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dantanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektifpendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dansistem persekolahan.

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    3/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 203

    Pendidikan Jasmani suaian mempunyai persamaan matlamat dan tujuan denganPendidikan Jasmani yang di perkenalkan di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani suaian bermatlamat menyediakan keperluan Pendidikan Jasmani

    kepada pelajar istimewa.

    Berdasarkan maklumat tersebut objektif-objektif pengajaran bagi pelajaristimewa haruslah nyata, bermakna dan dirancang untuk jangka masa yangpendek. Objektif ini mempunyai dua komponen iaitu:

    Tingkah laku yang dapat diperhatikan; dan

    Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan kali berdasarkan peratusgerak balas.

    Ciri-ciri objektif pengajaran yang dicadangkan bersesuaian dengan Pendidikan Jasmani Suaian ialah:

    (a) Khusus: Pelajar dapat memberi tumpuan selama 75 peratus ketika bermain bola;

    (b) Pencapaian utama yang di inginkan: Pelajar akan dapat berjalan diataspalang;

    (c) Tingkah laku yang dapat diperhatikan: Pelajar akan dapat berbarismenunggu giliran masing-masing;

    (d) Kriteria pencapaian yang jelas. Contohnya tiga orang pelajar dapatmembaling kearah gol dengan tepat;

    (e) Syarat-syarat yang sesuai. Contohnya tiga orang pelajar dapat membalingke arah gol dengan tepat dari jarak satu meter;

    (f) Objektif haruslah berorentasi pelajar; dan

    (g) Jangka masa yang diperlukan untuk mencapai setiap objektif berbeza darisatu hari ke satu hari.

    Selain daripada objektif pembelajaran, dalam program Pendidikan Jasmanisuaian, objektif psikomotor juga perlu diberi perhatian. Aspek yang menjaditumpuan utama dalam program Pendidikan Jasmani Suaian dari sudutpsikomotor berkaitan fizikal, motor, kecergasan dan permainan.

    (a) Fizikal Pendidikan ini lebih memberi tumpuan kepada aspek struktur anotomiindividu, kawalan postur adalah merupakan asas yang perlu di bina bagimembolehkan individu mengalami perkembangan, pertumbuhan dan

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    4/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 204

    kematangan motor bersesuaian dengan umur. Kawalan postur jugamenyediakan pelajar untuk mempelajari kemahiran motor yang lebihkompleks. Tumpuan utama dalam latihan fizikal ini ialah dua aspek iaitu

    postur statik dan juga postur yang dinamik.

    (b) Motor Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yangmampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asasseperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot,ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Dalam Pendidikan Jasmani suaianaspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspekfizikal dan motor.

    Aspek motor juga tertumpu kepada perihal kualiti pergerakkan individudan perlakuan harus ke arah mencapai tahap berkemahiran. Faktor asasyang terlibat ialah:

    (i) Imej tubuh;

    (ii) Kawalan objek;

    (iii) Orientasi spatial (ruang);

    (iv) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor;

    (v) Perkembangan kemahiran; dan

    (vi) Kecergasan.

    (c) Permainan Secara tradisinya aktiviti permainan ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukandan rekreasi. Permainan merupakan tempat untuk pelajar mengaplikasikanaspek fizikal, motor dan kecergasan. Aktiviti permainan memberi ruangkepada pelajar istimewa melibatkan diri dalam berkomunikasi danmelibatkan diri dalam aktiviti sosial.

    Nyatakan definisi dan matlamat Pendidikan Jasmani suaian.

    SEMAK KENDIRI 10.1

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    5/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 205

    KEPERLUAN PSIKOLOGI DANPENGUBAHSUAIAN SIKAP ORANG

    KURANG UPAYAOrang istimewa mempunyai keperluan hidup seperti manusia biasa. Sepertiyang digambarkan mengikut Maslow (1970), keperluan hidup manusia tersusunmengikut hieraki iaitu keperluan hidup, keperluan keselamatan, keperluan kasihsayang, keperluan ego dan penghormatan juga keperluan kendiri.

    10.2.1 Konflik Pelajar Istimewa

    Namun setelah mengetahui serta menyederi kekurangan yang ada pada diri

    sendiri, pelajar istimewa ini akan cuba mengasingkan diri, merasa malu, rendahdiri, kurang yakin serta bimbang terhadap masa depan yang serba kekurangan.Pandangan negatif masyarakat, ibubapa, keluaraga dan rakan-rakan menjadikankeadaan lebih buruk.

    Di antara sikap negatif orang normal yang memburukkan lagi keadaantermasuklah:

    (a) Kegelisahan atau keraguan melayan orang yang kurang upaya dalaminteraksi;

    (b) Tidak menerima orang kurang upaya sebagai sebahagian daripadamasyarakat serta mengasingkan mereka daripada masyarakat;

    (c) Mengambarkan orang kurang upaya sebagai orang yang terlalu tidak berupaya dan mengharapkan simpati daripada masyarakat;

    (d) Menafikan hak orang kurang upaya dalam masarakat contohnyamenafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan; dan

    (e) Mengejek, mencaci serta merendahkan nama baik orang kurang upaya.

    Sokongan daripada ibu bapa, rakan-rakan, masyarakat dan institut pendidikanamat penting untuk mengembalikan sifat positif serta keyakinan diri kepadaorang kurang upaya.

    10.2

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    6/19

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    7/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 207

    (i) Tidak memfokuskan keupayaan yang sedia ada pada populasi;

    (ii) Membuat keputusan yang tetap dalam pengurusan tingkah laku.Konsep ganjaran dan dendaan yang sama dengan populasi yang lain;dan

    (iii) Memupuk kefahaman pemikiran mengenai kesamaan peluang dalammasyarakat.

    10.2.3 Pengubahsuaian Kurikulum di Sekolah

    Sistem pembelajaran seharusnya memberi peluang yang sama rata antaragolongan pelajar. Kurikulum yang dirancang bagi setiap pelajar seharusnyasama bagi mengelak rasa tersisih di kalangan pelajar. Memandangkankeupayaan fizikal dan mental yang terhad, satu penyesuaian kurikulum perludirangka untuk membenarkan golongan kurang upaya ini dapat belajar sepertikanak-kanak biasa. Dalam Pendidikan Jasmani pengajaran yang disesuaikandengan golongan ini dikenali sebagai Pendidikan Jasmani Suaian. Keupayaanpelajar kurang upaya menyertai sesatu aktiviti Pendidikan Jasmani atau sukanakan memberikan mereka motivasi atau semangat untuk memberi sumbangankepada masyarakat.

    KATEGORI PELAJAR DALAMPELAKSANAAN PENDIDIKAN JASMANISUAIAN

    Jasma dan French (1994), telah memperkenalkan hieraki dalam menentukankedudukan penempatan pelajar istimewa didalam kelas. Terdapat 2 tahappelajar iaitu:

    (a) Tahap BerasinganPada tahap berasingan pelajar ini dipisahkan dengan pelajar normal secarakeseluruhan. Pengajaran pada tahap ini membolehkan guru memberiperhatian sepenuhnya kepada golongan pelajar istimewa ini.Tahap ini

    10.3

    Ringkaskan faktor-faktor yang perlu dielakkan oleh keluarga bila berhadapan dengan pelajar istimewa.

    AKTIVITI 10.1

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    8/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 208

    akan memudahkan guru merancang aktiviti yang bersesuaian bagigolongan pelajar.

    Tahap berasingan di bahagikan kepada tiga kategori seperti yangdinyatakan di dalam Jadual 10.1.

    Jadual 10.1 : Tiga Kategori Tahap Berasingan

    Kategori Penerangan

    Institusi Khas Pelajar ini di kumpulkan dalam satu kelas dan juga satusekolah yang mempunyai ketidakupayaan yang sama. Contohinstitusi ini ialah sekolah kanak-kanak buta.

    Program

    Bersendirian Khas

    Dalam program ini pelajar akan berada di rumah, pakar atau

    guru akan datang mengajar, melawat dan merawat pelajar ini.Pelajar akan dikawal oleh keluarga secara sepenuhnya.

    Program Berasingandi Sekolah Khas

    Pelajar istimewa dari pelbagai kategori dalam satu daerah ataukawasan dikumpulkan untuk belajar dalam satu sekolah.Contoh institusi ini ialah sekolah pendidikan khas.

    (b) Tahap Integrasi PersekitaranMaksud integrasi persekitaran ialah pelajar penggabungan ke dalamsekolah atau bilik darjah biasa untuk memberi peluang pelajar istimewa inimenikmati kemudahan belajar dalam keadaan normal. Integrasi ini

    memberi peluang kepada pelajar kurang upaya menikmati segalakemudahan dalam keadaan normal seperti pelajar biasa yang lain.Menurut Bariah (1995), pendidikan inkluksif akan dapat:

    (i) Memberi kesedaran kepada pelajar normal tentang kehadiran kanak-kanak istimewa;

    (ii) Memberi peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diriseterusnya menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan; dan

    (iii) Dapat meningkatkan konsep kendiri dan menyakinkan kanak-kanak

    istimewa bahawa mereka standing dengan kanak-kanak normal.

    Tahap integrasi boleh dibahagikan kepada tiga seperti yang telahdijelaskan di dalam Jadual 10.2.

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    9/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 209

    Jadual 10.2 : Tiga Kategori Tahap Integrasi

    Kategori Penerangan

    Program Khas SepenuhMasa Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untukmengikuti pelajaran biasa bagi semua matapelajaran.

    Program Khas SepenuhMasa yang Diawasi

    Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untukmengikuti pelajaran biasa bagi semua matapelajaran tetapidiawasi oleh seorang guru.

    Program Khas SeparuhMasa

    Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untukmengikuti pelajaran biasa bagi matapelajaran tertentusahaja.

    10.3.1 Pelaksanaan Program Pendidikan JasmaniSuaian

    Selain daripada mengetahui kedudukan kategori pelajar, dalam melaksanakanprogram Pendidikan Jasmani Suaian, guru juga perlu memilih pendekatan yang bersesuaian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Perlaksanaanprogram Pendidikan Jasmani Suaian ini menggunakan 2 pendekatan yangutama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori.

    (a) Pendekatan Kategori Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani ini menerusi kategori adalah berdasarkan pengkelasan keupayaan spesifik individu dalam populasikhas.

    Pendekatan kategori ini khusus dikelaskan kepada keupayaan spesifik yangsama. Pendekatan kategori ini amat berkesan dalam urusan pentadbiran dantujuan pembiayaan program, selain daripada menumpukan kepada ketidakupayaan spesifik.

    Pelbagai jenis kategori yang boleh kita gunakan dalam mengkategoripelajar istimewa di antaranya ialah:

    (i) Kategori yang melibatkan ketidakupayaan berdasarkan fungsi yangterjejas dan dijelaskan dengan lebih umum. Contohnya cacatpendengaran sebagai satu kumpulan.

    (ii) Kategori berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Di mana iamelibatkan keupayaan motor dan ujian kemahiran.

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    10/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 210

    (iii) Kategori melibatkan ketidakupayaan untuk menjalani perkembanganyang normal. Kategori ini melibatkan pencapaian individu dalamproses perkembangan motor.

    Keadaan di mana kes kurang upaya digolongkan mengikut bagaimanasensori, integrasi dan respon motor terjejas. Individu yang terjejas fungsipenglihatan atau pendengaran digolongkan dalam ketidakupayaan darisegi sensori (cacat visual). Individu yang mengalami masalah pembelajaran(learning disability ) digolongkan dalam ketidakupayaan integrasi (rencatmental). Individu yang mengalami masalah fizikal dan neurologi puladigolongkan dalam ketidakupayaan kecacatan neuorologi (respon motor ).

    (b) Pendekatan Tanpa Kategori

    Pendekatan ini tidak berdasarkan kategori ketidak upayaan spesifik.Pendekatan tanpa kategori lebih kepada tahap keupayaan motor danpengkhususannya. Pendekatan ini lebih bersifat umum dan inimembolehkan interaksi yang lebih luas. Pendekatan ini juga dianggap berkesan di dalam bidang pendidikan kerana dapat menghindarkantanggapan yang negatif terhadap golongan kurang upaya.

    Pendekatan tanpa kategori juga bertujuan mengurangkan fokus terhadapkategori tradisional. Pendekatan tanpa kategori mengemukakan sistemkategori alternatif. Keadaan di mana kurangnya kes ketidakupayaanpsikomotor digolongkan kepada tahap-tahap seperti ringan ( mild ),sederhana ( moderate ), serius ( severe ) dan teruk ( profound ).

    Di antara ujian-ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks Oseretsky danUjian Motor Kasar Ulrich. Kanak-kanak istimewa dalam kes-kes yangringan dilihat sebagai mempunyai keupayaan untuk berfungsi secara lebih baik berbanding kanak-kanak istimewa yang mempunyai kes yang seriusdan teruk. Pendekatan seumpama ini adalah dianggap menggalakkanproses pembelajaran dan keupayaan untuk berfungsi, jika dilihat dariperspektif perkembagaan yang meliputi keseluruhan domain kognitif,afektif dan psikomotor.

    Sistem tanpa kategori ini memfokuskan kepada keupayaan individu(bukan label spesifik) untuk menjalani program pendidikan khas. Semuakes kurang upaya atau tidak upaya digolongkan sebagai ketidakupayaanperkembangan ( development disability ). Pendekatan tanpa kategori inimelibatkan penilaian seseorang individu berdasarkan tahap fungsi biologiatau motor. Sistem kategori ini tidak melibatkan ketidakupayaan yangspesifik.

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    11/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 211

    10.3.2 Penilaian Keupayaan Motor

    Proses pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani Suaian bagipelajar pendidikan khas bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor.Proses yang terlibat ialah:

    Mengumpul data berdasarkan ujian dan rekod;

    Menginterpretasi data melalui proses analisis; dan

    Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehi.

    Perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian,seharusnya berlandaskan empat tujuan spesifik utama iaitu, sila rujuk Rajah

    10.1.

    Rajah 10.1: Empat tujuan spesifik perlaksanaan prosespenilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian

    Sekarang, mari kita bincang tujuan-tujuan tersebut dengan lebih lanjut.

    (a) Penapisan dan Rujukan Screening and Reference )

    Proses ini juga digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi program biasa. Proses penapisan dan rujukan akan menentukan mana-manakumpulan pelajar yang memerlukan pengujian lanjut. Sewaktu prosespenapisan, pilihan aktiviti mesti disesuaikan dengan matlamat dan objektifPendidikan Jasmani. Di antara aktiviti yang popular untuk proses iniadalah:

    (i) Imbangan;

    (ii) Kemahiran mengawal bola ( dribble );

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    12/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 212

    (iii) Koordinasi bilateral;

    (iv) Kawalan motor visual;

    (v) Kemahiran berbasikal; dan(vi) Sukan dan permainan.

    (b) Diagnosis dan Penempatan Diagnosis and Placement ) Proses penilaian ini adalah bersifat individu dan intensif, proses inidikendalikan oleh mereka yang terlatih. Dalam program Pendidikan Jasmani Suaian, penilaian diagnosis bertujuan untuk menentukanpenempatan khas yang sesuai bagi membolehkan individu yang terlibatmengikuti program Pendidikan Jasmani yang dirangkakan. Untuk itu 2model telah digunakan sebagai panduan untuk penilaian:

    (i) Model IEP ( Individual Educational Program ); dan

    (ii) Model REI ( Regular Educational Initiative ).

    (c) Pengajaran dan Kemajuan Pelajaran Proses penilaian ini dijalankan selepas selesai proses penempatan pelajar.Proses ini dipandu oleh matlamat Falsafah Pendidikan Negara (JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dan objektif pengajaran danpembelajaran yang spesifik proses ini juga merupakan bentuk penilaianyang berterusan.

    (d) Klasifikasi Sukan Sport lassification ) Merupakan proses penilaian bagi membezakan dan menentukan sesuatuklasifikasi keupayaan berdasarkan keadaan kesihatan ( medical condition )serta keupayaan pelajar.

    Bateri Ujian FizikalPenggunaan bateri ujian ini amat popular di dalam program Pendidikan Jasmanikhas. Bateri ujian telah digunakan sejak tahun 50an lagi:

    (i) 50 an Ujian Kecergasan Kraus Weber (ii) 60 an Ujian Kecergasan AAHPER

    (iii) 70 an Ujian Kecekapan Motor Bruiniks Oseretsky

    (iv) 80 an Ujian Kemahiran Motor Ulrich (Kemahiran Motor Kasar) danInventori Kemahiran Motor Warden dan Bruniks

    (v) 90 an Sistem Pemprograman Penilaian dan pentafsiran Bricker

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    13/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 213

    10.3.3 Konsep dalam Pendidikan Jasmani Suaian

    Dalam Pendidikan Jasmani Suaian terdapat tiga konsep yang digunakan iaitusila Rujuk Rajah 10.2.

    Rajah 10.2: Tiga konsep pendidikan jasmani suaian

    Mari kita bincang konsep-konsep ini dengan lebih lanjut.

    (a) Konsep Perkembangan Development oncept ) Manusia normal mengalami perkembangan fizikal yang seiring denganumur kronologi. Masalah utama di dalam pengendalian populasi pelajaristimewa ialah perkembangan fizikal mereka tidak sama dengan umurkronologi. Perkembangan fizikal pelajar istimewa bergantung kepadaumur perkembangan. Contohnya ada pelajar yang mempunyai umurkronologi 12 tahun tetapi dilihat dari segi perkembanganya fizikalnyaumur perkembanganya hanya 7 tahun. Pendekatan perkembangan inimemberi tumpuan kepada pengajaran kemahiran berdasarkan kematanganindividu dan bukan pencapaian individu.

    (i) Kaedah Pendekatan PerkembanganTerdapat satu keselanjaran pengembangan dalam mengkelasankemahiran fizikal. Kemahiran fizikal boleh diperluaskan kepada bidang seperti kecergasan, kemahiran motor asas, akuatik sertaaktiviti individu dan berkumpulan.

    (ii) Perkembangan KekuatanKeselanjaran perkembangan bagi aspek kekuatan otot boleh di bina berdasarkan keupayaan menghadapi rintangan progresif seperti yangtelah dinyatakan di dalam Rajah 10.3.

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    14/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 214

    Rajah 10.3: Tahap perkembangan kekuatan individu mengikutDe Lorrne & Watkins (1951)

    Jadual 10.3 menerangkan tahap-tahap ini satu persatu.

    Jadual 10.3 : Tahap Perkembangan Kekuatan Individu

    Tahap-tahap Penerangan

    Tahap Pasif Pada tahap ini guru perlu menggerakkan pelajar mengikut julatpergerakan yang mampu dihasilkan. Pergerakan pelajar ini bergantung sepenuhnya kepada guru.

    Tahap Bantuan Pelajar yang berada pada tahap ini bergantung separa kepada bantuan guru. Pelajar ini berupaya menggerakkan beberapasendi dengan sendiri tanpa bantuan guru.

    Tahap Aktif Pada tahap ini pelajar mampu mencapai julat pergerakan yanglengkap. Pelajar ini hanya bergantung sedikit saja pada bantuanguru. Pada tahap ini pelajar sudah mencapai kekuatan danfleksibiliti yang sesuai dengan umur kronologi (UK).

    Tahap Rintangan Peringkat ini merupakan permulaan kemampuan bagi pelajarmenipulasi daya isometrik dan isokinetik .

    (iii) Perkembangan MotorPerkembangan motor mengkaji perubahan-perubahan dari segikeupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku s epanjang hayat(lahir sehingga kematian), sila rujuk Rajah 10.4.

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    15/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 215

    Rajah 10.4: Perkembangan motor individu

    Dalam Pendidikan Jasmani Suaian, pengetahuan mengenaiperkembangan motor amat perlu kerana:

    Pengetahuan mengenai perkembangan motor menyediakanmaklumat mengenai keadaan dan urutan perkembangankemahiran motor asas yang normal. Perkembangan ini berkaitandengan hasil kematangan biologi dan interaksi persekitaran;

    Memberi insight mengenai kewujudan faktor-faktor perbezaanindividu dari segi kadar perkembangan dan pembentukankemahiran motor spesifik; dan

    Pengetahuan mengenai perkembangan motor memberi ideaterhadap perkembangan kemahiran normal bagi populasiindividu berkeperluan istimewa.

    Dari segi praktikal, pengetahuan mengenai perkembangan motormembolehkan:

    Proses penilaian dan pengukuran normatif dalam membantuproses mengenalpasti. Contohnya kes-kes seperti kecacatanneurologi motor dan kes-kes bakat atau kebolehan luar biasa.Perkembangan motor membolehkan guru merancang kesediaandan cabaran baru bagi pelajar (dalam konteks pengalamanpembelajaran); dan

    Menonjolkan kepentingan praktikal dan latihan serta amalanaktiviti fizikal dalam proses perolehan dan pengekalan prestasimotor.

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    16/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 216

    (iv) Aktiviti Individu dan BerkumpulanAktiviti individu dan kumpulan merupakan keperluan kanak-kanakuntuk terlibat dalam aktiviti permainan. Kanak-kanak istimewa perlu

    dikenali keupayaannya. Setelah mengenali keupayaan pelajar, guru boleh merancang jenis serta tahap permainan yang diceburi.

    (b) Konsep Individu Indualisation oncept ) Konsep ini memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian ( instruction ).Konsep ini cukup terkenal dalam program Pendidikan Jasmani Suaian dinegara maju. Proses pendidikan adalah berteraskan penyampaian yangmemberi penekanan kepada keperluan individu. Kemahiran penyampaian berlandaskan konsep individu adalah dipupuk menerusi aplikasi konsep-konsep perkembangan dan fungsi dalam perlaksanaan program

    Pendidikan Jasmani Suaian. Pada dasarnya, konsep pendidikan yangdikemukakan adalah berpusatkan kepada pelajar.

    Secara amnya, aplikasi konsep ini melibatkan:

    (i) Penglibatan lebih daripada seorang guru dalam sesuatu pengajaran;

    (ii) Penilaian melalui one - to me , kumpulan kecil atau kumpulan yang besar; dan

    (iii) Isi pengajaran yang berbeza mengikut spesifik murid.

    (c) Konsep Fungsi Fungsional oncept ) Strategi pengajaran ini diaplikasikan bagi pelajar di mana perkembanganmotor individu berada pada tahap yang amat rendah berbanding pelajar biasa. Konsep ini hanya diambil kira sekiranya jurang diantara umurperkembangan dengan umur kronologi adalah terlalu jauh.

    Aspek Penting dalam Mengaplikasikan Konsep Fungsi Program yang hendak dijalankan adalah berasaskan komuniti:

    (i) Berfokuskan terhadap kemahiran-kemahiran motor yang kritikaldalam konteks interaksi sosial. Kemahiran-kemahiran motor inimembolehkan individu yang terlibat berinteraksi dalam menjalanikehidupan seharian. Contohnya berlari, berjalan dan melompat.

    (ii) Meminimumkan ketidakupayaan yang dialami oleh individu yangterlibat dalam program pembelajaran secara ansur maju.

    (iii) Kesesuaian aktiviti yang perlu dijalankan bersesuaian denganperingkat umur pengembangan individu.

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    17/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 217

    (iv) Kebebasan untuk memilih dalam konteks pembangunan kemahiranyang dirasakan perlu dikuasai.

    Mahmod Nazar (2000), menyatakan yang golongan istimewa ditakrifkansebagai pelajar yang mempunyai batas keupayaan fizikal dan mental.

    Pendidikan Jasmani suaian adalah bidang khusus dalam pengajaranPendidikan Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagimenyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golonganistimewa.

    Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia, adalah untuk memberikesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dankebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalampersekitaran (suasana) biasa.

    Aspek yang menjadi tumpuan utama dalam program Pendidikan JasmaniSuaian dari sudut psikomotor berkaitan fizikal, motor, kecergasan danpermainan.

    Sokongan daripada ibu bapa, rakan-rakan, masyarakat dan institutpendidikan amat penting untuk tidak meminggirkan atau memberi sebarangpandangan atau sikap negatif kepada orang kurang upaya.

    Apabila pelajar kurang upaya menyertai sesatu aktiviti Pendidikan Jasmaniatau sukan, ini akan memberikan mereka motivasi atau semangat untukmemberi sumbangan kepada masyarakat.

    Dalam Pendidikan Jasmani suaian, pengetahuan mengenaiperkembangan motor amat perlu. Bincangkan.

    AKTIVITI 10.2

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    18/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 218

    Jasma dan French (1994), memperkenalkan hieraki dalam menentukankedudukan penempatan pelajar istimewa didalam kelas iaitu:

    (a) Tahap Berasingan; dan(b) Tahap Integrasi Persekitaran.

    Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani Suaian ini menggunakan 2pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpakategori.

    (a) Pendekatan Kategori; dan

    (b) Pendekatan Tanpa Kategori.

    Perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani Suaian,adalah berlandaskan empat tujuan spesifik iaitu:

    (a) Penapisan dan Rujukan ( Screening and Reference );

    (b) Diagnosis dan Penempatan ( Diagnosis and Placement );

    (c) Pengajaran dan Kemajuan Pelajaran; dan

    (d) Klasifikasi Sukan ( Sport Classification ).

    Tiga konsep yang digunakan di dalam Pendidikan Jasmani Suaian adalah:(a) Konsep Perkembangan ( Development Concept );

    (b) Konsep Individu ( Indualisation Concept ); dan

    (c) Konsep Fungsi ( Fungsional Concept ).

    Cacat visual

    Learning disability

    Fizikal

    Kecacatan neuorologi

    Kurang upaya

    Motor

    Pengubahsuaian

    Permainan

    Umur perkembangan

    Umur kronologi

  • 8/14/2019 TAJUK 1 PENGENALAN PJ SUAIAN.pdf

    19/19

    TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN 219

    1. Cirikan sifat objektif pembelajaran bagi pelajar isitimewa.

    2. Jasma dan French (1994) telah memperkenalkan hireaki dalam menentukankedudukan penempatan pelajar dalam kelas. Terdapat 2 tahap pelajardalam hierarki. Cirikan.

    3. Proses pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani suaian bagipelajar pendidikan khas bergantung kepada proses penilaian keupayaanmotor. Proses yang terlibat ialah:

    4. Nyatakan hirarki dalam tahap penyampaian (dalam proses pengajaran) bagi konsep individu.

    5. Perlaksanaan proses penilaian program keupayaan motor Pendidikan Jasmani suaian ini, seharusnya berlandaskan 4 tujuan spesifik yang utamaiaitu:

    1. Aspek yang menjadi tumpuan utama di dalam program Pendidikan Jasmani suaian ialah dari sudut psikomotor. Cirikan tiga komponen dariaspek ini.

    2. Cirikan sikap negatif orang normal yang memburukan lagi keadaanpsikologi orang kurang upaya.

    3. Maksud integrasi persekitaran ialah pelajar di integrasikan kedalamsekolah biasa atau bilik darjah biasa bagi memberi peluang pelajar inimenikmati kemudahan belajar dalam keadaan normal. Nyatakan kebaikanmenggunakan kaedah ini.

    4. Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani suaian ini menggunakan 2pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpakategori cirikan pendekatan ini.

    5. Nyatakan definisi umur kronologi dan umur pengembangan.

    6. Huraikan pengkelasan pengembangan kekuatan otot dalam kalanganpelajar istimewa.