t2a2 ulasan seminar motivasi pelajar

6

Click here to load reader

Upload: anne-sudki

Post on 22-Jul-2016

111 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Ulasan Seminar Keguruan

TRANSCRIPT

Page 1: t2a2 Ulasan Seminar Motivasi Pelajar

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001) HBEF2803

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 10/ JANUARI 2014

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

KEGURUAN

SEMINAR PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN:

MOTIVASI PELAJAR

(T2A2)

TUTOR : EN SHAIFOL BAHARY SULAIMAN

NO. MATRIKULASI : 680621085206001

NAMA : NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI

NO. KAD PENGENALAN : 680621-08-5206

NO. TELEFON : 012-7674729

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

BATU PAHAT

Page 2: t2a2 Ulasan Seminar Motivasi Pelajar

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001) HBEF2803

2

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK/ SUBTAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 ULASAN 3 - 6

3.0 KESIMPULAN 6

Page 3: t2a2 Ulasan Seminar Motivasi Pelajar

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001) HBEF2803

3

1.0 PENGENALAN

Bagi tugasan T2A2 kali ini, saya akan mengulas satu seminar yang telah

dibentangkan oleh Tuan Haji Ibrahim b Sakimin, Ketua Penolong Pengarah, Sektor

Standard & Verifikasi, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan

Malaysia. Kertas kerja beliau bertajuk Motivasi Pelajar yang telah disampaikan di

Kampus Induk Open University Malaysia pada 26 Oktober 2013 yang lalu. Dua

fokus utama dalam pembentangan ini ialah faedah yang akan diperolehi oleh guru-

guru dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan sumbangan guru kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia setelah mengikuti Program Pensiswazahan Guru.

2.0 ULASAN

Tuan Haji Ibrahim b Sakimin memulakan penyampaiannya dengan menyentuh isu

popular dalam kalangan guru-guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru

(PPG) iaitu faedah yang bakal guru-guru terima setelah mengikuti program ini.

Menurut beliau, isu ini sangat sering disoal oleh para guru PPG walau di mana

seminar atau ceramah diadakan sama ada IPTA, IPTS mahu pun IPG.

Berikutan itu, KPM bermatlamat bahawa para guru seharusnya dapat

meningkatkan ilmu yang sedia ada, menambahkan kemahiran dan memantapkan nilai

diri masing-masing. Justeru itu, dalam masa yang sama, secara tidak langsung

program ini dapat memberi jaminan peningkatan pendapatan yang merupakan antara

tujuan utama dalam kalangan guru PPG.

Menurut beliau lagi, sehingga kini, terdapat kira-kira 16,000 orang guru bukan

siswazah yang masih belum mengikuti mana-mana program pensiswazahan. Justeru,

selaras dengan hasrat KPM untuk memaksimumkan jumlah guru berijazah menjelang

Pelan Pembangunan Pendidikan 2025, seramai 4,000 orang guru ditawarkan peluang

belajar bagi kohort terakhir yang akan bermula tahun ini. Apa yang lebih menarik,

mereka juga bebas memilih institusi dan bidang yang disukai. Namun, dengan nada

yang sedikit kecewa, beliau menyatakan bahawa hanya 80% sahaja yang hadir pada

sesi pendaftaran.

Page 4: t2a2 Ulasan Seminar Motivasi Pelajar

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001) HBEF2803

4

Beliau juga berpendapat bahawa hasrat para guru mengikuti PPG untuk

meningkatkan pendapatan bukanlah sesuatu yang negatif malah ianya merupakan

salah satu ciri sebuah negara maju. Beliau juga menegaskan bahawa antara ciri bagi

sebuah negara maju ialah bila mana kakitangan awamnya memperoleh pendapatan

tinggi. Katanya lagi, di Malaysia, para guru berada pada ranking kedua golongan

yang berpendapatan tinggi selepas para doktor. Keistimewaan ini dinikmati oleh kira-

kira 420,000 orang guru yang merupakan peratusan terbesar kakitangan awam di

Malaysia.

Selaras dengan dasar negara maju, laluan kerjaya dalam bidang pendidikan

dan perguruan turut diperbaiki melalui sistem 8, 8, 6, 3 seperti yang terdapat dalam

rajah berikut.

Sumber: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/File%201-

Taklimat%20Kepada%20PPPS%20DAN%20PPPLD-Ringkasan.pdf

Jelaslah bahawa pelan pendidikan telah melalui satu fasa transformasi yang

direalisasikan oleh kerajaan hasil tuntutan kesatuan guru dan faktor menaiktaraf

kualiti bidang pendidikan.

Tambah beliau, guru juga bebas untuk memilih kekal berada dalam tugas sedia

ada walau pun telah mendapat gred yang lebih tinggi. Tidak mustahil jika suatu hari

nanti seorang guru prasekolah berada pada gred DG52 atau DG54. Dengan kata lain,

pemegang gred DG41 PPG tidak akan diberi penempatan semula demi

PPPLD

PPPS selama 8 tahun

selama 8 tahun

selama 6 tahun

selama 3 tahun

Page 5: t2a2 Ulasan Seminar Motivasi Pelajar

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001) HBEF2803

5

memartabatkan profesion keguruan. Selain itu, para guru juga tidak terikat dengan

sebarang kontrak yang membebankan.

Dasar ini juga selaras dengan matlamat RMK 10, di mana kerajaan dan KPM

khususnya menyasarkan 90% guru sekolah menengah mempunyai ijazah dan 60%

pula dalam kalangan guru sekolah rendah. Realitinya pula, sehingga kini hanya kira-

kira 12,000 orang guru sahaja yang belum mengikuti mana-mana program

pensiswazahan. Ini bermakna, dari sejumlah 420,000 orang guru di Malaysia,

sebanyak 97.14% telah dan sedang menyahut cabaran ini.

Bagi menambah motivasi dalam kalangan guru, laluan kerjaya luar biasa juga

tersedia untuk para guru seperti guru cemerlang, guru pakar, guru SICS dan

sebagainya yang menyediakan skim gaji yang lebih istimewa. Lantaran itu, di

Malaysia, bidang pendidikan berada pada ranking kedua golongan yang

berpendapatan tinggi selepas bidang perubatan khususnya para doktor. Keistimewaan

ini dinikmati oleh kira-kira 420,000 orang guru yang merupakan peratusan terbesar

kakitangan awam di Malaysia.

Dalam masa yang sama, para guru haruslah juga memikirkan akan nilai diri

sebagai guru dan bersyukur, sekurang-kurangnya kita berada pada kedudukan yang

baik dari segi pendapatan dan risiko kerja. Namun para guru harus sedar bahawa

setiap kejayaan yang diinginkan perlukan perjuangan dan pengorbanan. Perlu ada

survival ke arah suatu situasi yang selesa. Guru-guru harus proaktif merebut peluang

untuk laluan luar biasa. Tambah beliau, para guru hendaklah memotivasikan diri

sendiri untuk melakukan suatu inovasi dalam PdP sebagai satu syarat untuk diterima

dalam laluan luar biasa tersebut. Beliau juga mengingatkan agar para guru merujuk

semula ciri-ciri profesionalisme seorang guru.

Terkini, menurut beliau, telah dicadangkan agar guru-guru berijazah layak

mendapat gelaran sarjana atau master melalui sistem merit (CPD). Melalui sistem ini,

para guru perlu menghadiri banyak kursus bagi tujuan mengumpul point. Bagi tujuan

tersebut, guru perlulah mengubah paradigma dengan menghadiri pelbagai kursus,

seminar dan sebagainya bagi membuktikan kemahiran dan ilmu yang dimiliki.

Page 6: t2a2 Ulasan Seminar Motivasi Pelajar

NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001) HBEF2803

6

Berbalik kepada nilai diri seorang guru, beliau menyarankan para guru

kembali menghayati 12 tonggak yang perlu diamalkan oleh guru. Guru-guru juga

perlu bersyukur dengan adanya program seumpama ini, kita dibiaya sepenuhnya oleh

KPM serta dipantau sepenuhnya juga oleh BPG supaya program tidak gagal, malahan

penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa.

Kata beliau lagi, kita sepatutnya bangga dengan profesion yang dijawat kini.

Kerajaan telah mengambil langkah yang lebih cemerlang dengan menawarkan bidang

perguruan di IPG kepada 30% pelajar terbaik yang mendapat sekurang-kurangnya 9A

dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Selain itu, beliau menasihatkan agar para guru sentiasa menjaga dan

meningkatkan nilai profesionalisme seperti menepati masa, jujur, insiatif bekerja,

bijak menyelesaikan masalah secara positif dan sebagainya. Menurutnya lagi,

sebagai seorang guru yang mempunyai nilai diri yang tinggi, seharusnya wujud satu

pertanyaan pada diri sendiri iaitu, “Apa sumbangan diri kepada sekolah, pelajar,

masyarakat dan negara?”

Sebagai jawapan, sudah tentu para guru harus sentiasa meningkatkan kualiti

dan kreativiti, melakukan inovasi serta menjadi seorang guru berkesan sesuai dengan

zaman dan teknologi terkini serta keperluan murid. Beliau turut mengingatkan

bahawa setiap guru perlu ada intergriti diri untuk mencapai segala yang tersebut.

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, Tuan Haji Ibrahim b Sakimin menegaskan akan faktor nilai diri

dalam kalangan guru yang sudah semakin luntur boleh menjejaskan kualiti diri

seorang guru. Beliau juga memotivasikan bakal graduan PPG dengan menjelaskan

pelbagai program dan insentif yang layak diterima oleh para guru yang berjaya

membuktikan nilai profesionalisme dalam kerjaya mereka. Beliau juga berharap

harapan KPM akan tercapai selaras dengan harapan dan tuntutan para guru yang

akhirnya dapat mewujudkan situasi „menang menang‟ (Win Win Situation).