bmp 6133 - seminar pendidikan bahasa - ulasan kertas kerja

Upload: zatyhafiz-zainal

Post on 08-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    1/18

    ANALISIS KEKERAPAN PENYERAPAN NILAI MURNIDALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU:KAJIAN DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

    DI DAERAH BATANG PADANG

    Disediakan oleh:Nur Izzati Binti Abdullah

    (M20092000799)

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    2/18

    ` Kertas kerja ini telah dibentangkan dalamProsiding Persidangan Antarabangsa BahasaMelayu Bahasa Dunia di Pusat Konvensyen

    Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada28 hingga 30 September 2009.

    ` Kertas kerja ini ditulis oleh Lt.Kol.Hamid Bin

    Awang, Mohd Rain Shaari dan Abdullah Yusof

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    3/18

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    4/18

    Kekuatan

    Dalam metodologi kajian, penulis menyatakan dengan jelaskaedah penyelidikan yang akan digunakan iaitu kaedahdeskriptif. Penulis juga menggunakan kaedah kajiankualitatif dan kuantitatif, iaitu melalui pemerhatian danpencerapan pengajaran guru, di samping temu bual dansoal selidik untuk memberikan impak dalam setiapperbincangan yang berkaitan dengan penyelidikan.

    Penulis merujuk kepada pendapat beberapa sarjana sepertiStrauss dan Corbin (1991), Abu Bakar (1995), Tunku Sarah

    (1997), dan Muhammad Najib (1998) sebagai sokongandalam menggunakan kaedah pemerhatian atau pencerapanguru.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    5/18

    Penulis menyatakan dengan jelas populasi kajian yangdigunakan. Seramai 52 orang guru, iaitu 20 orang gurulelaki dan 32 orang guru perempuan dari 32 buah sekolahrendah telah dicerap pengajarannya.

    Dari segi instrumen kajian, penulis menggunakan borangpemerhatian yang dibina khas. Soal selidik juga digunakanuntuk memantapkan setiap dapatan.

    Dalam prosedur pengumpulan data, penulis telahmemaklumkan lebih awal kepada semua sekolah yangterlibat melalui surat edaran dan kelulusan KPM dan JPNPerak. Pemakluman awal ini membolehkan guru membuatpersediaan awal.

    Penganalisisan data dilakukan dengan lengkap danmenyeluruh. Data dikumpulkan melalui pemerhatian,borang soal selidik dan temu bual bersama responden.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    6/18

    Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual yanglengkap. Keseluruhannya terdapat 10 jadual. Dapatankajian juga menggunakan statistik mudah seperti kekerapandan peratusan.

    Perbincangan hasil adalah berdasarkan jadual dandikaitkan dengan teori dan dapatan kajian sebelumnya,seperti Teori Tingkahlaku, Model Nukleitik, dan ModelTaksonomi TRNOC.

    Penulis telah menyimpulkan hasil penyelidikannya kepadaempat perkara dan turut mengemukakan empat cadangan.

    Cadangan yang dikemukakan adalah terancang denganbaik, mengikut urutan dan sangat jelas kerana disertakandengan contoh-contoh yang spesifik dan praktikal.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    7/18

    Kelemahan

    Hasil penyelidikan tidak menjawab Objektif Kajian 1.4.3 iaitumeninjau apakah permasalahan yang dihadapi oleh guruuntuk menggunakan teknik penyerapan nilai dalampengajaran bahasa Melayu. Penulis menyenaraikan 3

    objektif kajian tetapi terdapat 4 dapatan kajian.

    Dalam prosedur pengumpulan data, penulis telahmemaklumkan lebih awal kepada semua sekolah. Hal inidikhuatirikan akan menjejaskan keputusan pencerapan

    kerana guru-guru mungkin telah membuat persediaan awal.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    8/18

    Kekuatan

    Penulis membahagikan kertas kerja mereka kepada subtopik-subtopik. Setiap subtopik adalah berkaitan dengan topikutama dan diberikan pengenalan yang memudahkan

    pembaca memahaminya dengan lebih jelas.

    Kertas kerja ini mempunyai Tajuk, Latar Belakang Kajian,Pernyataan Masalah, Objektif Kajian, Definisi Istilah, KajianYang Berkaitan, Metodologi Kajian, Penganalisisan Data,Dapatan Kajian dan Penutup.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    9/18

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    10/18

    ` Tidak terdapat soalan kajian, rumusan kajian dan lampirankajian. Soalan kajian penting kerana dapatan kajian perlu

    menjawab soalan kajian, manakala rumusan kajian pulamenjadi asas kepada pembentukan cadangan.

    ` Pernyataan Masalah perlu dinyatakan dengan jelas dantepat, biasanya dalam bentuk nombor. Penulis kertas kerja inihanya menghuraikan secara umum tentang pernyataanmasalah dan membuat kesimpulan tentang perkara yangdihuraikan secara umum tersebut.

    ` Literatur kajian yang dilakukan hanya melibatkan tokohtempatan sahaja, sepatutnya penulis perlu memasukkan jugakajian oleh tokoh luar.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    11/18

    ` Tidak ada Batasan Kajian. Batasan atau skop kajiandigunakan untuk menentukan had kepanjangan sesuatupenulisan dan skop yang hendak diliputi oleh penulisnya.

    ` Tidak ada Abstrak, iaitu sinopsis atau ringkasan kepadakeseluruhan kertas kerja.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    12/18

    KekuatanPenulis menunjukkan hirarki kepentingan dengan jelasseperti penggunaan huruf besar untuk nama khas, huruf italic untuk kata-kata yang hendak diberi penekanan sepertiperibahasa Alah bisa tegal biasa, Jika hendak melentur buluhbiarlah dari rebungnya, dan sebagainya, dan tajuk sertasubtajuk dihitamkan untuk memberikan kesan yang lebihmendalam.

    Penulis juga menggunakan ayat dan bahasa yang mudahdifahami serta tepat. Terdapat juga Ungkapan menarikdiselitkan seperti peribahasa dan petikan hadis.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    13/18

    Penggunaan perkataan yang kurang tepat. I nstitut PengajianTinggi Awam (hal.537) sepatutnya I nstitusi Pengajian Tinggi Awam.

    Penggunaan tatabahasa yang kurang tepat: adanya unsur

    lewah iaitu pada masa kini sepatutnya pada masa ini.Contoh lain :Penyimpangan yang negatif dalam pembentukan moral..juga dianggap lewah kerana ayat tersebut masih lengkappengertiannya kalau ditulis sebagai Penyimpangan dalam

    pembentukan moral

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    14/18

    ` Penulis juga kerap memulakan ayat dengan perkataan Ini.Menurut Tatabahasa Dewan edisi Ketiga (2008), I ni ialahKata Ganti Nama Tunjuk yang menunjuk pada yang dekat.Contoh yang betul ialah : I ni hasil nukilan saya. Jadipenggunaan Ini dalam ayat seperti di bawah adalah kurangtepat.

    x I ni bermakna kemahiran ..x I ni jelas sekali ..x I ni menandakan bahawa ..

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    15/18

    ` Tidak menggunakan tanda baca dengan betul. Contohnya:

    siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ininamun adakah ia menjadi sebagai suatu kebiasaanatau keutamaan oleh para guru kita

    Ayat-ayat di atas ialah ayat tanya, ia sepatutnyadiakhiri dengan tanda soal (?)

    Kesilapan dalam menaip, iaitu ada bahagian yang adaensotan (indention) dan ada yang tidak ada ensotan.Contohnya di muka surat 522, definisi istilah untuk 1.5.1Analisis Kekerapan dan 1.5.2 Penyerapan, ada dilakukanensotan, tetapi 1.5.3 definisi Nilai, penulis tertinggal ensotan.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    16/18

    Terdapat banyak kesalahan ejaan seperti berikut:

    B il.

    Kesalahan Ejaan Halaman Ejaan se p atutnya

    1 social 518 sosial

    2 sperti 518 seperti

    3 berketarampilan 519 berketerampilan

    4 dhaif 521 daif

    5 memberikian 520 memberikan

    6 terhempit 520 terhimpit

    7 opsyem 527 opsyen

    8 kekarapan 528 kekerapan9 peyimpangan 521 penyimpangan

    10 menggangu 538 mengganggu

    11 hadith 520 hadis

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    17/18

    Berdasarkan perbincangan dan penelitian yang dilakukanterhadap kertas kerja ini, didapati bahawa terdapat beberapakelemahan dan kekuatan di dalamnya. Terdapat tiga belaskekuatan berbanding enam belas kelemahan. Daripadakekuatan dan kelemahan tersebut, kita dapatlah menjadikania sebagai panduan untuk menghasilkan kertas kerja yanglebih lengkap.

    Kertas kerja ini pada dasarnya masih memenuhi ciri-cirikertas kerja yang baik.

  • 8/7/2019 BMP 6133 - SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA - ulasan kertas kerja

    18/18

    S EKIANTERIMA KA S IH