ulasan seminar motivasi pelajar bahan 1

Download Ulasan Seminar Motivasi Pelajar Bahan 1

If you can't read please download the document

Upload: hman3636

Post on 15-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

saya

TRANSCRIPT

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001) HBEF2803

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 10/ JANUARI 2014

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

KEGURUAN

SEMINAR PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN:

MOTIVASI PELAJAR (T2A2)

TUTOR

:

EN SHAIFOL BAHARY SULAIMAN

NO. MATRIKULASI

:

680621085206001

NAMA

: NORAIN BT MOHAMED SUDKI

NO. KAD PENGENALAN :

680621-08-5206

NO. TELEFON

:

012-7674729

E-MEL

:

[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

BATU PAHAT

1

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001) HBEF2803

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK/ SUBTAJUK

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

3

2.0

ULASAN

3 - 6

3.0

KESIMPULAN

6

2

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

HBEF2803

PENGENALAN

Bagi tugasan T2A2 kali ini, saya akan mengulas satu seminar yang telah dibentangkan oleh Tuan Haji Ibrahim b Sakimin, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kertas kerja beliau bertajuk Motivasi Pelajar yang telah disampaikan di Kampus Induk Open University Malaysia pada 26 Oktober 2013 yang lalu. Dua fokus utama dalam pembentangan ini ialah faedah yang akan diperolehi oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia setelah mengikuti Program Pensiswazahan Guru.

ULASAN

Tuan Haji Ibrahim b Sakimin memulakan penyampaiannya dengan menyentuh isu popular dalam kalangan guru-guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) iaitu faedah yang bakal guru-guru terima setelah mengikuti program ini. Menurut beliau, isu ini sangat sering disoal oleh para guru PPG walau di mana seminar atau ceramah diadakan sama ada IPTA, IPTS mahu pun IPG.

Berikutan itu, KPM bermatlamat bahawa para guru seharusnya dapat meningkatkan ilmu yang sedia ada, menambahkan kemahiran dan memantapkan nilai diri masing-masing. Justeru itu, dalam masa yang sama, secara tidak langsung program ini dapat memberi jaminan peningkatan pendapatan yang merupakan antara tujuan utama dalam kalangan guru PPG.

Menurut beliau lagi, sehingga kini, terdapat kira-kira 16,000 orang guru bukan siswazah yang masih belum mengikuti mana-mana program pensiswazahan. Justeru, selaras dengan hasrat KPM untuk memaksimumkan jumlah guru berijazah menjelang Pelan Pembangunan Pendidikan 2025, seramai 4,000 orang guru ditawarkan peluang belajar bagi kohort terakhir yang akan bermula tahun ini. Apa yang lebih menarik, mereka juga bebas memilih institusi dan bidang yang disukai. Namun, dengan nada yang sedikit kecewa, beliau menyatakan bahawa hanya 80% sahaja yang hadir pada sesi pendaftaran.

3

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

HBEF2803

Beliau juga berpendapat bahawa hasrat para guru mengikuti PPG untuk meningkatkan pendapatan bukanlah sesuatu yang negatif malah ianya merupakan salah satu ciri sebuah negara maju. Beliau juga menegaskan bahawa antara ciri bagi sebuah negara maju ialah bila mana kakitangan awamnya memperoleh pendapatan tinggi. Katanya lagi, di Malaysia, para guru berada pada ranking kedua golongan yang berpendapatan tinggi selepas para doktor. Keistimewaan ini dinikmati oleh kira-kira 420,000 orang guru yang merupakan peratusan terbesar kakitangan awam di Malaysia.

Selaras dengan dasar negara maju, laluan kerjaya dalam bidang pendidikan dan perguruan turut diperbaiki melalui sistem 8, 8, 6, 3 seperti yang terdapat dalam rajah berikut.

PPPLD

selama 3 tahun

selama 6 tahun

selama 8 tahun

PPPS

selama 8 tahun

Sumber: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/File%201-

Taklimat%20Kepada%20PPPS%20DAN%20PPPLD-Ringkasan.pdf

Jelaslah bahawa pelan pendidikan telah melalui satu fasa transformasi yang direalisasikan oleh kerajaan hasil tuntutan kesatuan guru dan faktor menaiktaraf kualiti bidang pendidikan.

Tambah beliau, guru juga bebas untuk memilih kekal berada dalam tugas sedia ada walau pun telah mendapat gred yang lebih tinggi. Tidak mustahil jika suatu hari nanti seorang guru prasekolah berada pada gred DG52 atau DG54. Dengan kata lain, pemegang gred DG41 PPG tidak akan diberi penempatan semula demi

4

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

HBEF2803

memartabatkan profesion keguruan. Selain itu, para guru juga tidak terikat dengan sebarang kontrak yang membebankan.

Dasar ini juga selaras dengan matlamat RMK 10, di mana kerajaan dan KPM khususnya menyasarkan 90% guru sekolah menengah mempunyai ijazah dan 60% pula dalam kalangan guru sekolah rendah. Realitinya pula, sehingga kini hanya kira-kira 12,000 orang guru sahaja yang belum mengikuti mana-mana program pensiswazahan. Ini bermakna, dari sejumlah 420,000 orang guru di Malaysia, sebanyak 97.14% telah dan sedang menyahut cabaran ini.

Bagi menambah motivasi dalam kalangan guru, laluan kerjaya luar biasa juga tersedia untuk para guru seperti guru cemerlang, guru pakar, guru SICS dan sebagainya yang menyediakan skim gaji yang lebih istimewa. Lantaran itu, di Malaysia, bidang pendidikan berada pada ranking kedua golongan yang berpendapatan tinggi selepas bidang perubatan khususnya para doktor. Keistimewaan ini dinikmati oleh kira-kira 420,000 orang guru yang merupakan peratusan terbesar kakitangan awam di Malaysia.

Dalam masa yang sama, para guru haruslah juga memikirkan akan nilai diri sebagai guru dan bersyukur, sekurang-kurangnya kita berada pada kedudukan yang baik dari segi pendapatan dan risiko kerja. Namun para guru harus sedar bahawa setiap kejayaan yang diinginkan perlukan perjuangan dan pengorbanan. Perlu ada survival ke arah suatu situasi yang selesa. Guru-guru harus proaktif merebut peluang untuk laluan luar biasa. Tambah beliau, para guru hendaklah memotivasikan diri sendiri untuk melakukan suatu inovasi dalam PdP sebagai satu syarat untuk diterima dalam laluan luar biasa tersebut. Beliau juga mengingatkan agar para guru merujuk semula ciri-ciri profesionalisme seorang guru.

Terkini, menurut beliau, telah dicadangkan agar guru-guru berijazah layak mendapat gelaran sarjana atau master melalui sistem merit (CPD). Melalui sistem ini, para guru perlu menghadiri banyak kursus bagi tujuan mengumpul point. Bagi tujuan tersebut, guru perlulah mengubah paradigma dengan menghadiri pelbagai kursus, seminar dan sebagainya bagi membuktikan kemahiran dan ilmu yang dimiliki.

5

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

HBEF2803

Berbalik kepada nilai diri seorang guru, beliau menyarankan para guru kembali menghayati 12 tonggak yang perlu diamalkan oleh guru. Guru-guru juga perlu bersyukur dengan adanya program seumpama ini, kita dibiaya sepenuhnya oleh KPM serta dipantau sepenuhnya juga oleh BPG supaya program tidak gagal, malahan penambahbaikan dilakukan dari masa ke semasa.

Kata beliau lagi, kita sepatutnya bangga dengan profesion yang dijawat kini. Kerajaan telah mengambil langkah yang lebih cemerlang dengan menawarkan bidang perguruan di IPG kepada 30% pelajar terbaik yang mendapat sekurang-kurangnya 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Selain itu, beliau menasihatkan agar para guru sentiasa menjaga dan meningkatkan nilai profesionalisme seperti menepati masa, jujur, insiatif bekerja, bijak menyelesaikan masalah secara positif dan sebagainya. Menurutnya lagi, sebagai seorang guru yang mempunyai nilai diri yang tinggi, seharusnya wujud satu pertanyaan pada diri sendiri iaitu, Apa sumbangan diri kepada sekolah, pelajar, masyarakat dan negara?

Sebagai jawapan, sudah tentu para guru harus sentiasa meningkatkan kualiti dan kreativiti, melakukan inovasi serta menjadi seorang guru berkesan sesuai dengan zaman dan teknologi terkini serta keperluan murid. Beliau turut mengingatkan bahawa setiap guru perlu ada intergriti diri untuk mencapai segala yang tersebut.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, Tuan Haji Ibrahim b Sakimin menegaskan akan faktor nilai diri dalam kalangan guru yang sudah semakin luntur boleh menjejaskan kualiti diri seorang guru. Beliau juga memotivasikan bakal graduan PPG dengan menjelaskan pelbagai program dan insentif yang layak diterima oleh para guru yang berjaya membuktikan nilai profesionalisme dalam kerjaya mereka. Beliau juga berharap harapan KPM akan tercapai selaras dengan harapan dan tuntutan para guru yang akhirnya dapat mewujudkan situasi menang menang (Win Win Situation).

6