t1a3 jurnal reflektif

5
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 8 MEI 2013 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF NAMA : NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI NAMA TUTOR : EN YUSOF B ABDULLAH NO. MATRIK : 680621085206001 NO. KAD PENGENALAN : 680621-08-5206 NO. TELEFON : 012-7674729 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT

Upload: anne-sudki

Post on 28-Oct-2015

378 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jurnal pendidikan inklusif

TRANSCRIPT

Page 1: T1A3 JURNAL REFLEKTIF

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 8

MEI 2013

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA : NOR’AIN BT MOHAMED SUDKI

NAMA TUTOR : EN YUSOF B ABDULLAH

NO. MATRIK : 680621085206001

NO. KAD PENGENALAN : 680621-08-5206

NO. TELEFON : 012-7674729

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

BATU PAHAT

Page 2: T1A3 JURNAL REFLEKTIF

JURNAL REFLEKTIF

PENDAHULUAN

Syukur Alhamdulillah saya lafazkan kerana berjaya merealisasikan tugasan

ini. Jutaan terima kasih juga saya rakamkan buat tutor saya, En Mohd Yusuf

Abdullah serta rakan-rakan talian yang sama-sama berkongsi idea dan pendapat

sehingga tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Tugasan pertama yang berbentuk e-portfolio dan tugasan kedua berbentuk

kajian kes ini merujuk kepada subjek HBEF 3503 Pendidikan Inklusif. Portfolio

yang perlu disediakan bukan merupakan tugas seorang guru biasa aliran perdana

sahaja tetapi guru biasa aliran perdana yang mempunyai seorang murid berkeperluan

khas yang diinklusifkan di dalam kelas biasa. Memang tugas ini agak asing dan

mencabar keupayaan saya sebagai guru aliran perdana. Saya perlu menangani

seorang murid berkeperluan khas yang diinklusifkan bersama-sama murid-murid

aliran perdana. Sememangnya ia pengalaman baru bagi saya dan akan cuba berusaha

serta menggunakan segala pengalaman yang ada agar kajian ini akan berjaya.

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam

kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan

mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka

(Kamariah Jarji, 1994).

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah melakukan beberapa kali

perbincangan bersama guru pembimbing, guru kelas, dan pensyarah pembimbing.

Perbincangan ini dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak

bercanggah dengan kajian yang saya lakukan. Pada permulaannya, saya telah

mengesan sampel kajian saya pada kali ini.

Pada minggu kedua saya telah mengenal pasti murid ini dan mendapatkan

sedikit maklumat mengenai murid ini daripada guru pemulihan, Pn Rahmah bt Sarib.

Kemudian saya mengenal pasti kelemahan murid ini daripada hasil ujian diagnostik

yang dijalankan ke atas murid ini. Kemudian saya menemuramah murid ini bagi

memastikan kesahihan dalam ujian yang dilakukan. Kemahiran yang gagal dikuasai

oleh murid ini akan direkodkan bagi memudahkan kajian yang bakal dilakukan.

Page 3: T1A3 JURNAL REFLEKTIF

Pencalonan murid ini juga dibuat berdasarkan syarat kemampuan dan prestasi

pelajar berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang

dikenalpasti boleh :

1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana

2. Bersosialisasi

3. Menduduki peperiksaan awam

Kemudian, guru menjalankan sesi temubual bersama guru pemulihan, guru

kelas, guru matapelajaran dan juga ibu kepada Arif Aiman. Sesi ini berjalan dengan

lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak yang terlibat. Selain

itu penempatan murid berkeperluan khas ke kelas biasa juga perlu dipersetujui oleh

pihak pentadbir dan mengikut keputusan mesyuarat. Ini sekurang-kurangnya dapat

melicinkan kerja saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Saya telah menjalankan penilaian dari aspek tingkah laku, social serta

akademik melalui senarai semak, ujian formatif dan sumatif bagi melihat

perkembangan pencapaiannya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Arif Aiman

sepanjang saya membantunya harus dipuji. Semangatnya yang ingin setanding

dengan rakan lain harus dipuji kerana dia sanggup didenda dan melakukan apa sahaja

kerja yang diberikan oleh guru kepadanya. Perubahan yang positif dalam diri Arif

Aiman membuatkan saya terharu dengan kaedah yang saya jalankan keatasnya.

Keinginannya dalam menimba ilmu harus diberi sokongan oleh semua pihak agar

murid ini boleh setanding dengan murid lain. Faktor lain yang menyumbang kepada

perubahan positif murid ini ialah penerimaan baik rakan pembimbing dari kelas

perdana.

Dengan keyakinan yang ada pada Arif Aiman, saya yakin dia akan beroleh

kejayaan. Saya telah mencuba pelbagai teknik untuk membantu Arif Aiman dan

segala teknik yang dijalankan membuahkan hasil yang saya harapkan. Ucapan

terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada guru pembimbing dan warga

sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi saya memperoleh

maklumat dalam penghasilan kajian ke sini.

Pelajar berkeperluan khas ialah pelajar yang berhadapan dengan batasan

keupayaan fizikal atau mental dan mereka memerlukan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang berbeza dari murid yang normal. Sebagai seorang guru, kita harus

Page 4: T1A3 JURNAL REFLEKTIF

membantu murid-murid seperti Amirul untuk mengetahui apakah potensi yang ada

dalam dirinya untuk diperkembangkan dan sebagai satu aspek untuk meningkatkan

estim diri murid yang datang dari pelbagai latar belakang sosial yang berbeza.

Perbezaan individu mempengaruhi proses pembelajaran. Semoga kajian ini memberi

manafaat kepada semua

IMPLIKASI

Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap

profesional guru tersebut. Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip

pengalaman semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila pelbagai

pengalaman telah dilalui, maka pelbagai perubahan yang baru akan dapat dibuat

seiring dengan perubahan murid dan masa. Selain itu, tahap profesioanalisme dapat

ditingkatkan apabila guru mula memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu sama ada

menyambung pengajaran, menghadiri kursus, membaca dan sebagainya. Kemahiran-

kemahiran baru juga akan dapat dikumpul melalui aktiviti yang dijalankan.

CADANGAN

Cadangan saya, untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru

seharusnya memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani

Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Guru haruslah mempunyai kesedaran

kendiri yang tinggi untuk menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada

tekanan dengan positif. Tanpa kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu untuk

membina makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu,

guru memerlukan dorongan diri ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan

kecenderungan emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian

matlamat dan kejayaan orang lain.

RUMUSAN

Pada pendapat saya, menjadi seorang guru pendidikan khas sangat mencabar

penyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang masih belum

menguasai tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Guru pendidikan khas perlu

menyelami perasaan muridnya dan berkongsi rasa suka dan duka yang dialami

Page 5: T1A3 JURNAL REFLEKTIF

mereka. Pelbagai ragam harus ditangani dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan.

Selain guru, ibu bapa juga menganggap anak istimewa sebagai cabaran yang

besar. Anak-anak berkeperluan khas ini perlu dijaga dan dibelai dengan penuh kasih

sayang. Jika tidak, mereka mudah memberontak dan menjadi agresif apabila

keinginan mereka tidak dipenuhi. Di sinilah kesabaran dan kreativiti guru

memainkan peranan yang penting agar murid-murid ini dapat dikawal.

Secara peribadinya, saya belum bersedia untuk menjadi guru pendidikan khas

sepenuh masa kerana saya sedar bahawa saya tidak mempunyai kriteria-kriteria yang

melayakkan saya mendampingi murid-murid berkeperluan khas ini. Saya sedar

betapa besarnya pengorbanan guru-guru pendidikan khas ini terhadap kecemerlangan

para muridnya.

Oleh yang demikian, jangan dipandang murid berkeperluan khas hanya

memberikan beban yang besar kepada orang sekeliling mereka tetapi pandanglah

mereka sebagai anugerah yang terindah. Saya memetik kata-kata Rosmah Mansur

yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI),

iaitu “hanya dengan mendampingi mereka, barulah ia dapat membuka hati dan minda

kita supaya lebih menghayati keperluan mereka dan seterusnya memperjuangkan

nasib golongan OKU.”(Berita Harian, 2011)

Sebagai kesimpulan, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar

menjadi guru biasa tetapi sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid

kepada guru adalah melebihi murid-murid yang normal. Namun, sebagai seorang

guru, keikhlasan dalam mendidik menjadikan mereka seorang yang berfikiran positif,

bersikap menerima dan sebagainya. Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi

tetapi didiklah mereka kerana mereka berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup

dan mengurangkan kebergantungan kepada keluarga.