t1a3-pendidikan islam.docx

15
TUGASAN 3: PELAPORAN PRAKTIKUM 1.0 PENGENALAN Matapelajaran Pendidikan Islam merupakan satu subjek teras yang di ajar di setiap sekolah bagi semua peringkat umur. Isi kandungan yang di ajar Penguasaan murid di dalam pembelajaran merupakan agenda utama Kementerian Pendidikan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dengan kurikulum baru yang diubah suai, pelbagai transformasi di dalam pendidikan perlu dilakukan bagi mencapai aspirasi pendidikan negara. Oleh yang demikian, kajian di dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan bagi mencari formula terbaik yang mampu menghasilkan pelajar yang terbaik dan mampu membawa imej Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. 2.0 REFELKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berdasarkan output yang diperolehi daripada pelajar berdasarkan ujian dan pemeriksaan buku kerja yang telah dijalankan, beberapa kesimpulan boleh dibuat berkenaan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan selama ini dalam pelaksanaan pengajaran pendidikan islam. Antara rumusan yang boleh dibuat adalah berdsarkan faktor-faktor yang berikut; 2.1 Faktor Guru

Upload: ashrol-ad

Post on 23-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: T1A3-pendidikan islam.docx

TUGASAN 3: PELAPORAN PRAKTIKUM

1.0 PENGENALAN

Matapelajaran Pendidikan Islam merupakan satu subjek teras yang di ajar di setiap

sekolah bagi semua peringkat umur. Isi kandungan yang di ajar Penguasaan murid di

dalam pembelajaran merupakan agenda utama Kementerian Pendidikan di dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dengan kurikulum baru yang

diubah suai, pelbagai transformasi di dalam pendidikan perlu dilakukan bagi

mencapai aspirasi pendidikan negara. Oleh yang demikian, kajian di dalam

pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan bagi mencari formula terbaik yang

mampu menghasilkan pelajar yang terbaik dan mampu membawa imej Malaysia ke

peringkat yang lebih tinggi.

2.0 REFELKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan output yang diperolehi daripada pelajar berdasarkan ujian dan

pemeriksaan buku kerja yang telah dijalankan, beberapa kesimpulan boleh dibuat

berkenaan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan selama ini

dalam pelaksanaan pengajaran pendidikan islam. Antara rumusan yang boleh dibuat

adalah berdsarkan faktor-faktor yang berikut;

2.1 Faktor Guru

Pengajaran pendidikan Islam selama ini adalah lebih kepada guru yang memberikan

input secara keseluruhan ataupun lebih dikenali sebagai teknik teacher-centered.

Kaedah pengajaran ini sering diamalkan oleh semua guru iaitu guru mengajar

dihadapan dan murid belajar dan menerima input seratus peratus daripada guru

mereka. Ini menyebabkan tidak tercapainya teori konstruktisme dalam sesi pengajaran

yang dijalankan. Ini mengakibatkan sesi pembelajaran menjadi one man show

teaching iaitu hanya guru yang bercakap di dalam kelas dan murid hanya menerima

seadanya. Dalam sesi pengajaran , sesi pembelajaran menjadi one way communication

di mana hanya guru yang menyampaikan ilmu dan bercakap di dalam kelas.

Akhirnya, suasana di dalam kelas menjadi boring dan pelajar kurang memberikan

tumpuan.

Page 2: T1A3-pendidikan islam.docx

2.2 Faktor Murid

Murid-murid yang belajar di dalam kelas mempunyai latarbelakang dan tahap

penguasaan yang berbeza. Oleh yang demikian, tahap penerimaan oleh setiap pelajar

berdasarkan teknik pengajaran sebelum ini adalah berza dan sangat ketara. Murid

yang pandai akan dapat menerima input yangdiberikan oleh guru dengan mudah

kerana mereka mempunyai asas membaca yang baik dan mempunyai kemahiran

mendengar yang baik. Manakalah murid yang lemah hanya sekadar mendengar dan

menerima ilmu yang disampaikan oleh guru yang mengajar seperti masuk telinga

kanan keluar telinga kiri. Ilmu yang disampaikan tidak kekal di dalam ingatan mereka

dan tidak diamalkan sepernuhnya kerana lupa apa yang diajar. Buktinya, apabila

ditanya soalan yang sama pada kelas yang seterusnya, mereka lupa apa yang telah

diajar dan guru terpaksa mengingatkan semula. Natijahnya di sini, hasil kerja murid

adalah di tahap yang sederhana dan keputusan ujian yang diperolehi adalah kurang

memuaskan.

2.3 Faktor Isi Kandungan Pelajaran

Sumber rujukan pengajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah adalah 100 peratus

daripada buku teks yang sedia ada. Buku teks Pendidikan Islam di sekolah rendah

adalah ditulis dalam tulisan jawi. Kalau kita melihat isi kanduangan dalam setiap

topik yang diajar dalam sukatan matapelajaran dan buku teks yang ada, semua nilai

dan isi yang disampaikan di dalamnya adalah sangat kompleks dan bergabung. Oleh

yang demikian, sekadar penerangan daripada guru tidak mampu membantu murid

menguasai dan memahami isi kandungan yang sebenarnya serta nilai-nilai yang

hendak diterapkan. Lebih memburukkan keadaan sekiranya terdapat murid yang tidak

mempunyai asas jawi yang baik yang membolehkannya membaca isi kandungan

dalam buku teks yang disediakan. Oleh yang demikian, perlu ada satu teknik

pengajaran di mana murid dapat mengesktrak sendiri maklumat dan isi kandungan

yang disampaikan dalam setiap topik.

Page 3: T1A3-pendidikan islam.docx

2.4 Faktor Persekitaran

SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan adalah sekolah atas air yang terletak di pesisir Jalan

Sim-Sim Sandakan. Keadaan cuaca sentiasa berubah disamping bayu laut yang

menghembus ke darat. Keadaan bangunan sekolah yang dibina berasaskan kayu pula

dan dilengkapi lampu dan kipas. Namun demikian, jarak yang terlalu dekat dengan

jalan utama menyebabkan keadaan yang tidak kondusi dari segi bunyi. Ini

menyebabkan murid yang berada dibelakang kurang mendengar apa yang

disampaikan oleh guru sekiranya guru mengajar di depan. Ini adalah faktor utama

kepada perlunya satu teknik pengajaran yang baru mengantikan pembelajaran

berpusatkan guru yang menjadi amalan pada hari ini.

2.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam memerlukan satu

inovasi dari segi teknik agar mesej yang hendak disampaikan kepada murid sampai

dan dapat digarapa oleh semua murid. Inovasi ini perlu meliputi semua aspek yang

dinyatakan di dalam 4 faktor yang dibincangkan sebelum ini. Kajian ini sedikit

sebanyak akan dapat mengubah senario dan cara pengajaran dan pembelajaran

pendidikan islam khususnya di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan.

3.0 ISU DAN FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah untuk menentukana kesan penggunaan kaedah

pembelajaran i-THINK dalam pengajaran pendidikan islam khususnya di sekolah

rendah. iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang

bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir

dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan

inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah

sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan

Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian

mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya.

Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan

Page 4: T1A3-pendidikan islam.docx

modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif

serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya

saing.

3.1 Tema Kajian

Tema untuk kajian ini ialah pembelajaran menggunakan keadah i-THINK. Kaedah ini

merupakan satu teknik pembelajaran dan pengajaran yang baru diperkenalkan di

semua sekolah di Malaysia. I-THINK ini lebih ke arah Thinking Tools iaitu

mengandungi 8 peta pemikiran yang digunakan untuk mengajar topik-topik dalam

pembelajaran. Penggunaan peta pemikiran adalah berdasarkan kesesuaian tajuk dan

isu yang cuba disampaikan.

3.2 Isu Kajian / Masalah

Pelaksanaan Kurikukulum Stantard Sekolah Rendah (KSSR) di semua sekolah rendah

di Malaysia adalah bermatlamat untuk meningkatkan tahap kompetensi murid dan

pencapaian akademik. Lantaran daripada itu, pelbagai penambahbaikan dijalankan

dan idea dilaksanakan dalam membantu meningkatkan pencapaian murid-murid.

Salah satu kaedah yang diperkenalkan ialah kaedah pembelajaran i-THINK. Isu yang

cuba diketengahkan di dalam kajian ini ialah adakah kaedah ini sesuai dijalankan dan

digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya matapelajaran

pendidikan islam. Dapatan daripada kajian ini boleh digunapakai dalam merancang

program-program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah.

Page 5: T1A3-pendidikan islam.docx

3.3 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran yang lepas

Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di tahun 4A ialah ramai

pelajar tidak fokus dengan apa yang diajar oleh guru dihadapan. Oleh sebab itu,

apabila ditanya semula oleh guru, ada pelajar yang tidak boleh menjawab soalan yang

mudah. Atas sebab itu, beberapa inovasi dibuat di dalam pembelajaran yang

seterusnya iaitu menerapkan penggunaan i-THINK di dalam pengajaran dan

melaksanakan kerja berkumpulan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Untuk kajian kali pertama ini, saya memilih kelas 4 Arif sebagai kumpulan sasaran.

Kelas 4 Arif ini terdiri daripada 21 orang murid. Kebanyakkan pelajara berasal dari

Kg. Sim Sim Sandakan yang rata-ratanya datang dari keluarga yang sederhana dan

miskin. Latarbelakang yang berbeza membawa maksud taraf pendidikan murid juga

adalah berbeza.

Secara keseluruhan, tahap penguasaan murid di dalam pembelajarn adalah sederhana.

Hanya terdapat 2 atau 3 murid yang menonjol iaitu kebanyakkannya adalah pengawas

sekolah. Dengan tahap penguasaan yang berbeza ini, perlu ada satu kaedah

penyampaian yang berkesan agar semua murid dapat mendapat input yang sama.

Page 6: T1A3-pendidikan islam.docx

5.0 PELAKSANAAN INOVASI PdP

Pelaksanaan PdP ini dijalanakan bersama dengan Penyelia iaitu En. Ashrol Bin

Alidaud. Pelaksanaan PdP adalah untuk tajuk kenali jiran di Tahun 4 Arif.

Pelaksanaan PdP adalah berdasarkan rancangan pengajaran harian di bawah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Pendidikan IslamKelas : 4 ArifTarikh / Masa : 04 Februari 2015 / 60 minitTajuk : Kenali JiranStandard Kandungan : Murid dibimbing untuk ;

1. Mengenalpasti adab dengan jiran

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk ;1. Menyenaraikan adab-adab terhadap jiran

disekeliling kita

EMK : Adab berjiranABM : Pen, kad manila, lembaran kerja, peta buih (i-THINK)

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan KomunikasiPersediaanPemerhatian dan Analisis(5 minit)

1. Guru bertanya kepada murid mengenai jiran mereka

2. Murid memberi respon kepada soalan yang diberikan oleh guru

1. Siapa nama jiran kamu?2. Jiran kamu mempunyai

berapa biji kereta?3. Bila kamu pergi ke

rumah jiran?ImaginasiSintesis Idea(20 minit)

1. Guru menerangkan maksud jiran berdasarkan buku teks Tahun 4.

2. Guru membuat peta buih untuk menerangkan maksud jiran kepada murid-murid.

3. Guru mengadakan sesis bersoal jawab sambil membuat penerangan.

4. Murid memberikan respon apabila ditanya oleh guru.

5. Murid membantu guru melengkapkan peta buih tentang ciri-ciri jiran kita.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan jiran?

2. Apakah ciri-ciri jiran?3. Berapakah bilangan jiran

kita?

PerkembanganPenambahbaikan(25 minit)

1. Guru meminta murid berkumpul dalam 4 kumpulan.

2. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.

3. Guru meminta murid menulis adab-adab yang perlu kita lakukan ke atas jiran dalam bentuk peta

Page 7: T1A3-pendidikan islam.docx

buih (i-THINK).4. Murid berbincang di dalam

kumpulan dan menulis hasil kerja di dalam kad manila yang diberikan.

TindakanPelaksanaan(10 minit)

1. Guru meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

2. Sesi soal jawab dijalankan bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap tajuk jiran.

Pentaksiran 1. Guru mentaksir murid dengan mengedarkan lembaran kerja.

Nilai dan Sikap Bertimbang rasa dan hormat meghormati

6.0 LAPORAN PELAKSANAAN INOVASI PDP

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan keadah i-THINK telah berjaya

dilaksanakan mengikut apa yang dirancangkan. Kerjasama yangdiberikan oleh semua

pihak adalah sangat baik dan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.

6.1 Aktiviti yang dijalankan

Proses PdP bermula dengan sesi induksi oleh guru iaitu guru membawa murid untuk

membincangkan pengertian jiran. Guru mendapatkan pengetahuan asas murid tentang

jiran masing-masing. Murid memberikan respon dengan menceritakan perhal jiran

masing-masing.

Kemudian guru menerangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan jiran dan

fungsi-fungsinya. Guru menggunakan kaedah peta buih, iaitu salah satu thinking map

yang terdapat dalam i-THINK. Guru melukis tajuk jiran di tengah dan menerangkn

ciri-ciri jiran menggunakan peta buih. Pada masa yang sama, guru menerangkan

kepada murid bagaimana hendak membuat peta buih dan fungsinya di dalam

pembelajaran.

Page 8: T1A3-pendidikan islam.docx

Kemudian, murid dibahagikan ke dalam 4 kumpulan besar untuk latihan dalam

kumpulan. Tugas yang diberikan kepada murid ialah menyenaraikan adab-adab

terhadap jiran kita. Di dalam kumpulan, murid menyenaraikan adab berjiran di dalam

bentuk peta buih di atas manila kad yang diberikan.

Selepas itu, setiap kumpulan dijemput ke hadapan untuk membentangkan hasil kerja

kumpulan masing-masing. Sesi inimelibatkan sesi soal jawab dari rakan kumpulan

yang lain. Dengan cara ini, semua murid di dalam kelas tersebut nampak hasil

kumpulan semua murid.

Akhir sekali, guru membuat sedikit rumusan terhadap pembelajaran yang dijalankan

dan membuat latihan berkenaan denga tajuk di kelas yang seterusnya.

6.2 Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP

Alhamdulillah, sesi latihan mengajar telah dijalankan dengan jayanya dibawah

penyeliaan En. Ashrol Bin Alidaud. Hasil daripada perbincangan yang di adakan,

beberapa kekuatan dan kelemahan telah dikenalpasti dan cadangan penambahbaikan

telah di buat untuk sesi pengajaran yang akan datang.

Antara kebaikan inovasi PdP yang dijalankan ialah;

Penyampaian isi kandungan lebih jelas dan mudah.

Murid melibatkan diri dengan sesi PdP yang dijalanakan

Murid dapat mengembangkan idea sendiri melalui perbincangan yang

dijalankan.

Murid memberikan respon yang baik terhadap tajuk yang diajar.

Antara kelemahan yang dikenalpasti pula ialah;

Murid perlu lebih jelas dengan kaedah i-THINK

Terdapat murid yang tidak hadir ke sekolah.

Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dibuat seperti di bawah;

Page 9: T1A3-pendidikan islam.docx

Pelajar perlu didedahkan kepada i-THINK sepenuhnya agar output yang

dikehendaki tercapai. Cadangan akan dibuat kepada pasukan i-THINK sekolah

untuk mengadakan sesi penerangan kepada pelajar untuk memantapkan

pelaksanaan i-THINK di sekolah.

Membuat laporan kepada guru disiplin mengenai masalah ketidakhadiran

murid ke sekolah. Sesi lawatan ke rumah dan kaunseling mungkin boleh

mengubah senario murid selalu tidak hadir ke sekolah.

6.3 Pentaksiran Murid dan Pengumpulan Data Kajian

Data mentah bagi kajian yang dijalankan ini diperolehi melalui dua kaedah iaitu

soalan kaji selidik murid dan ujian. Ujian ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu ujian

pra dan ujian pasca. 2 siri ujian ini telah dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan

kaedah i-THINK di dalam PdP. Data akan dianalisis dan dibentangkan di dalam

kajian yang akan dibentangkan nanti.

Soal selidik telah diedarkan kepada murid seperti mana yang diterangkan di dalam

bab 3 Metodologi kajian yang dijalankan. Hasil dapatan daripada kaji selidik ini nanti

akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf di perinatal penulisan kajian ini

nanti.

7.0 LAMPIRAN

Page 10: T1A3-pendidikan islam.docx