1135_jp-v13n2- amalan reflektif dalam pengajaran matematik - satu kajian kes - zaharah hussin dan...

Upload: mohd-mursalin-ramli

Post on 08-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    1/22

    AMALAN REFLEKTIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK:SATU KAJIAN KES

    OlehZaharah Russin' & Fatirnah Saleh!

    AbstractThis research was intended to draw some insights about reflective practicesamong mathematics teachers. It applied case studies in the qualitativeapproach. The focus was to determine to what extent mathematics teachersreflect in their teaching of mathematics and to identify factors which influencetheir practices. Five research questions wereformulated and to answer thesequestions, observation and interview techniques were used to collect data.The study involved two mathematics teachers as subjects. Findings show thatthey reflected in their planning as well as in their teaching. The main factorfor reflection was the dilemas theyfaced in the teaching and learning processwhich were very much related to students' attitude. Although the teachersbelieve that they should reflect, they found time a constraint for continousand formal reflection. In addition, the ambiguity of a systematic and properapproach to reflective practice was also a hindrance. The examination-oriented school system also contributes to the lack of use of assessment throughreflective practices.

    Pengenalan

    /

    Ilmu rnatematik adalah satu ilmu yang diperkayakan oleh umat Islam semasazaman Abbasiyyah, selepas ia dikembangkan dari tamadun Yunani. Satusumbangan umat Islam yang tidak terhingga ialah penemuan sistem nomborArab-India khususnya sifar sebagai tempat letak dan juga algebra olehal-Khawarizmi. Mereka rnampu memberi idea baru kerana sifat tazakkur(reftektif) mereka. Sememangnya mereka bersifat demikian kerana al-Qur'anmenuntut agar umat Islam sering bertadabbur dan bertazakkur memikirkankejadian Allah Maha Pencipta di luar sana dan pada diri mereka sendiri.Secara tidak langsung matematik berkembang kerana usaha memenuhituntutan Islam seperti pembahagian harta secara fara'ld, menentukan awalbulan khususnya untuk Ramadan, Shawal dan Zulhijjah, menentukan kiblatI P el a ja r. S ar ja na , P usa t P cn ga jia n I 1m u P en did ik an , U niv crs iti S ain s M ala ysia .

    Ernel: [email protected] P rofcsor M ady a, P usat P engajian lIm u P en didik an, U nive rsiti S ain s M alay sia.

    Ernel: [email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    2/22

    Ama la n R e fl ek t if D a lam Pe nga ja r an Ma t ema t ik : S a tu K a ji an K e sdan menentukan arah dalam pengembaraan sarna ada di darat mahupun di laut.Malangnya sikap tazakkur ini semakin hilang daripada guru-guru kita keranadesakan latihtubi untuk memperoleh kejayaan dalam peperiksaan walaupun iamenghasilkan ilmu yang kurang bermakna bagi pelajar. Artikel ini bertujuanmengkaji tentang menghidupkan kembali sifat reftektif ini khususnya bagisubjek ilmu hisab atau matematik.Semua guru dituntut bertanggungjawab atas setiap tindakan profesionalismemereka (Ostorga, 2006). Akauntabiliti profesionalisme menuntut gurumeningkatkan pemikiran kritis supaya mereka boleh melaksanakan refleksidalam amalan dan membuat keputusan berdasarkan hujah yang munasabah.Guru juga diminta memikir kembali amalan mereka dan sentiasa peka denganpengetahuan terkini tentang bagaimana pelajar belajar. Di Malaysia, paraguru diingatkan peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadapprofesion keguruan termasuk perubahan dalam tugas dan peranan guru.Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada gurusebagai pemudah eara dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dansumber inspirasi pelajar. Guru hams Iebih kreatif dan bersikap terbuka terhadapinovasi bagi menjadikan sistem penyampaian dalam pendidikan lebih efektif,menarik dan menyeronokkan (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2007). Bagi menghadapi cabaran ini, semua guru disaran menjadikan refteksisebagai amalan harian mereka. Menurut Lowery (2003), refteksi merupakankomponen penting yang perlu digabungkan dalam setiap strategi pengajarandan pembelajaran. Baginya, untuk meningkatkan kualiti pengajaran, kejayaanpelajar dan pencapaian dalam kelas, komponen asas 3R perlu dimasukkan ."R"yang keempat iaitu refleksi, Dalam konteks Malaysia, semua guru dimintamembuat dan menulis refleksi mereka dalam Buku Rekod Pengajaran selepastamat sesi P&P berkenaan.

    Latar Belakang KajianKurikulum Matematik di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan yangsignifikan, bermula dari era Matematik tradisional, era Matematik Moden (awaltahun 1970an), seterusnya era Matematik Bersepadu (awal tahun 1980an) hasildaripada reformasi kurikulum berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.(Noor Azlan, 1993; 2005). Pada tahun 2000, kurikulum Matematik telahdisemak semula yang antara lain memasukkan komponen penggunaanTeknologi Komunikasi & Maklumat (lCT) dalam P&P Matematik, sepertipengunaan komputer, internet, kaIkulator saintifik dan kalkulator grafik. Padatahun 2003, sekali lagi berlaku perubahan yang lebih besar iaitu pengajaran danpembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

    56

    ~.

    :

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    3/22

    "

    ,.',

    r

    J ur n al P e nd id ik a n I sl am 13 .2Romberg dan Carpenter (dalam Senger, 1999) meletakkan tanggungjawabutama kejayaan reformasi dalam pendidikan Matematik di bahu guru. Menurutmereka, guru perlu melihat diri mereka sebagai pembimbing, pendengar danpemerhati; bukan lagi sebagai autoriti dan pemberijawapan. Guru memerlukananjakan pedagogi daripada pendekatan yang berorientasikan pemindahanpengetahuan kepada pendekatan yang berorientasikan pembinaan pengetahuan(Nik Azis, 2003). Penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran perludiutamakan. Guru digalakkan menggunakan berbagai teknik pengajaran untukmenjadikan pengajaran Matematik bermakna, menarik untuk dipelajari dandalam masa yang sama, mencabar secara intelektual (Noor Azlan, 1992).Dalam pengajaran Matematik, guru merupakan orang yang paling layakuntuk memilih dan menentukan strategi pengajaran yang paling sesuai danberkesan. Dengan menggunakan sukatan pelajaran sebagai panduan, merekaboleh membuat pengubahsuaian yang perlu, bergantung kepada ciri-ciri pelajaryang mereka hadapi, Menurut Noor Azlan (2005), sekiranya matlamat utamapengajaran Matematik adalah mengetahui 'produk pemikiran Matematik' danbukannya 'proses pemikiran Matematik', maka pengajaran Matematik tidakboleh dilaksanakan berdasarkan konsep latihtubi (drill) atau amalan tradisionalseperti yang biasa diamalkan.Kerjaya guru bukan lagi sekadar berciri rasionaliti yang teknikal tetapi beralihkepada refleksi daJam tindakan, yang menonjolkan peranan guru sebagaipembuat keputusan, perancang kurikulum dan guru yang mengambil berattentang pendidikan anak-anak (Senger, 1999). Masalah dan ketidaktentuanyang dihadapi dalam bilik darjab menuntut guru perlu sentiasa berfikir,memberi perhatian serius dan pertimbangan mendalam tentang sesuatukejadian dan keputusan yang akan diambil. Dalam membuatjustifikasi tentangsesuatu keputusan, guru tidak boJeh sekadar bergantung kepada naluri atauteknikDteknik yang telah ditetapkan, sebaliknya guru perlu berfikir apakahyang sedang berlaku; apakah piJihan yang ada; dan lain-lain pertanyaan yangberkaitan; dengan cara yang kritikal dan analitikal (Norlander-Case, Reagen &Case, 1999). Keadaan ini menepati definisi pemikiran reflektif yang digariskanoleh Dewey (1933) iaitu 'turning a subject over in the mind and giving itserious and consecutive consideration (hal, 3).' Dalam konteks kajian ini,reflektifmembawa maksud memikir dan meninjau kembali idea, perlakuan dansituasi yang telah berlaku dalam pengajaran guru sebelum tindakan seterusnyadiambil.Menurut Haggarty (2002), pengajaran Matematik adalah menarik danmencabar secara intelektual kerana ada banyak keputusan kompleks yangperlu dibuat. Menurut Nik Azis (2003: 29), pengajaran Matematik yangberkesan membabitkan proses menggabungjalin pelbagai pengetahuan sepertipengetahuan tentang Matematik sekolah, pengetahuan tentang perkembangan

    57

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    4/22

    Am. la n R e fl ck t if D a lam P e ng a ja ra n Ma t ema t ik : S a tu K a ji an K c spelajar dan cara rnereka belajar, pengetahuan tentang peranan guru, pengetahuantentang budaya bilik darjah dan pengaruhnya terhadap pembelajaran.Bagi kebanyakan pelajar, Matematik dianggap sebagai satumata pelajaran yangsukardan mengelirukan. Dalam senario semasa, apabilakerajaan melaksanakanPPSMI, ia mengundang kritikan dan kontroversi yang tiada hentinya sehinggake hari ini. Keadaan ini memungkinkan guru berasa kurang berkeyakinan ataupercaya mereka tidak mampu menyampaikan pengajaran dengan baik. Walaubagaimanapun, menurut Zaidi (2007), kefasihan guru dan murid dalam bahasaInggeris bukanlah jaminan keberkesanan proses P&P.Menurutnya, keupayaanmurid memahami serta menguasai kandungan pelajaran banyak bergantungkepada strategi pengajaran guru dalam bilik darjah. Sekiranya strategi kurangberkesan, guru akan merasakan usaha serta kesungguhan mereka di bilik darjahtidak berbaloi. lni akan menyebabkan guru mudah rnemberi alasan bahawakecetekan kefahaman murid adalah berpunca dari masalah bahasa, potensi dansikap murid.Bagi menghadapi cabaran dan mengatasi masalah ini, guru Matematik perlumerancang strategi P&P mereka supaya hasilnya optimum. Adakah guruMatematik menganalisis setiap masalah untuk mencarijalan penyelesaiannya?Apakah strategi atau langkah yang selalu diambil guru Matematik dalampenyelesaian rnasalah tersebut? Kesemua persoalan ini perlu ditanganisegera untuk menjadikan pengajaran Matematik berkesan. Menurut Nik Azis(2003: 34), pengajaran Matematik yang berkesan membabitkan refleksi danusaha berterusan untuk memperbaiki diri. Guru Matematik perlu cekap untukmenganalisis perlakuan dan kefahaman pelajar. Merekajuga perlu menentukanbagaimana tindakan mereka mempengaruhi pembelajaran. Kajian ini inginmelihat sejauh mana amalan refleksi dilaksanakan dalam setiap peringkatpengajaran. Apakah faktor penggerak yang mempengaruhi amalan guru?Apakah halangan bagi seorang guru Matematik menjadi seorang pengamalreflektif yang berkesan? Satu kajian mendalam diperlukan untuk melihatsejauh mana guru Matematik melaksanakan amalan reflektif dalam setiapperingkat pengajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaanamalan tersebut.

    Tujuan dan PersoaJan KajianKajian ini bersifat penerokaan dan bertujuan mendapatkan kefahaman yangmendalam tentang amalan reflektif guru Matematik. Sejauh mana gurumembuat refleksi dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelaksanaansesuatu rancangan harlan (RH). Kajian inijuga bertujuan mengenal pasti faktoryang mempengaruhi amalan reflektif guru matematik. Secara khusus, kajian ini5 8

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    5/22

    J umal P e nd id ik a n I sl am 13 ,2cuba menjawab persoalan berikut:i) Sejauh manakah guru Matematik membuat refleksi-atas-tindakan

    ." dalam perancangan RH?ii) Sejauh manakah guru Matematik membuat refleksi-semasa-tindakan

    dalam perlaksanaan RH?iii) Sejauh manakah guru Matematik membuat refleksi-atas-tindakan

    dalam penilaian pelaksanaan RH? 'iv) Apakah faktor yang mempengaruhi amalan refteksi guru matematik?v) Apakah halangan yang guru matematik hadapi dalam amalan refleksi

    mereka?

    Refleksi dan Proses Reflektif

    .,I

    Refleksi guru berterusan menjadi fokus utama sama ada dalam penulisanatau kajian empirikal (Milner, 2003). Refleksi merupakan unsur utama yangmampu memandu ke arah pemahaman yang lebih mendalam aspek-aspekyang mungkin diabaikan, disalah faham atau disalah tafsir. Sekiranya seorangguru melaksanakan refleksi, maka mereka 'berupaya menggunakan logik,rasional, analisisis langkah demi Iangkah dalam pengajaran dan konteks dimana pengajaran itu berlaku (Korthagen, 1993: 317). Seorang pengamalrefleksi yang bijaksana 'berupaya menyesuaikan alat dan kaedah kepadakeperluan, orang dan tempat tertentu; kerana keperluan kepada sesuatu amalanadalah ruang kerja (Yinger, 1993: 83). Keadaan ini boleh dicapai apabila guru'melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku; membina,melakonkan dan/atau mengingat kembali peristiwa tersebut, emosi danpencapaiannya (Schulman, 1987: 19). Seterusnya, guru tersebut akanmembuatpertanyaan sistematik tentang pengajaran untuk meningkat dan memberikefahaman yang lebih mendalam tentang amalannya (McIntyre, 1993:43),mereka berupaya menghubungkan pengalaman lepas dan tindakan akan datangdengan menyediakan maklumat tentang operasi dan outcome (Yinger, 1993:85).Schon (1983) telah rnengelaskan refleksi kepada dua aras iaitu refleksi-semasa-tindakan dan refleksi-atas-tindakan, selain turut membincangkanrasionaliti teknikal. Konsep refleksi-semasa-tindakan dan refleksi-atas-tindakandikemukakan Schon sebagai kritikan terhadap konsep guru sebagai teknisyen(rasionaliti teknikal). Bagi refleksi-semasa-tindakan pula, ia memerlukan gurumempunyai 'pengetahuan-sernasa-tindakan (knowing-in-action),; satu keadaandi mana guru mengetahui sesuatu tapi tidak mampu untuk menyatakan secaralisan (Schon, 1983). Apabila seorang pengamal melaksanakan refleksi-semasa-tindakan, dia akan menjadi pengkaj idalam konteks amalannya. Refleksi-semasa-tindakan bersifat 'action-present'. Namun begitu, oleh kerana profesionalisme

    59

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    6/22

    Amalan RenektifDalam Pengajarun Matemal ik: S at u K aj ia n K esmasih lagi dikaitkan dengan kemah iran teknikal, refleksi-sernasa-tindakantidak diterima sebagai salah satu bentuk sah bagi pengetahuan profesional.Banyak pengamal menganggap ketidaktentuan sebagai satu aneaman atau tandakelemahan.Refleksi-atas-tindakan pula berlaku dalam dua kerangka ifrq.me) masa iaitusebelum dan sesudah sesuatu tindakan. Dalam pengajaran, refleksi jenis iniberlaku semasa guru merancang pengajaran dan selepas sesuatu pengajaran;iaitu apabiJa guru mempertimbangkan apa yang berlaku. Amalan reflektifmengingatkan guru bahawa kunci profesion mereka ialah berkhidmatkepada manusia, bukan sistem (Wellington, 1991). Hal ini ditegaskan olehOstermann dan Kottkamp (1993) yang mengatakan amalan reflektif adalahberdasarkan kepereayaan bahawa perubahan dalam sesuatu organisasi perludimulakan dengan perubahan pada individu; kerana potensi terbesar refleksiuntuk perubahan dan penambahbaikan merupakan aktiviti berpasukan danberkumpulan (Vaughan, 1990).

    Metodologi KajianKajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara kajian kes. Gay, Millsdan Airasian (2006) mengatakan fokus utama pendekatan kualitatif ialahmenyediakan pemahaman tentang persekitaran sosial atau aktiviti daripadaperspektif subjek. Pengkaji menggunakan teknik pemerhatian, temu bualsemi-struktur dan semakan buku rekod mengajar sebagai eara perolehandata dan proses triangulasi. Kajian kualitatif memerlukan triangulasi untukmeningkatkan ketepatan kajian (Creswell, 2005) supaya kelemahan earapertama boleh ditampung oleh kekuatan cara kedua (Gay et a!., 2006).Pemerhatian: Pemerhatian mempunyai kelebihan untuk merekod rnaklumatsebenar tentang apa yang berlaku dalam persekitaran dan untuk mengkajitingkah laku sebenar (Creswell, 2005). Melalui pemerhatian dalam bilik darjah,maklumat yang lebih 'berobjektif' boleh diperoleh berbanding pengakuansubjek semataDmata (Gay et al., 2006). Pemerhatian dalam bilik darjah yangdilaksanakan dalam kajian ini membenarkan pengkaji melihat sendiri episodtertentu yang berlaku semasa pengajaran dan episod inilah kemudiannyadirujuk semasa sesi temubual dengan guru. Sebarang tindakan guru yang tidakmenepati perancangan awal akan diperjelaskan dan digunakan oleh pengkaji

    . sebagai indikator yang guru membuat refleksi semasa mengajar. MenurutMerriam (1988), sebagai orang luar, seorang pemerhati akan dapat mengesansesuatu yang menjadi rutin kepada subjek, perkara yang boleh membawakepada pemahaman konteks.

    60

    ;

    _;

    (

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    7/22

    J uma l P e nd id ik a n I sl am 13 .2Temu bual: Kaedah ini menyediakan peluang untuk pengkaji mendapatkanmaklumat lanjut daripada subjek (Stake, 1995). Dalam kajian ini, temubual semi-struktur digunakan, ia membenarkan pengkaji menyiasat denganteliti (probe) maklum balas yang lebih lanjut apabila subjek membuatpenjelasan. Malah, temu bual membolehkan pengkaji mendapat maklumatyang lebih terperinci daripada guru sendiri yang tidak mungkin didapatidaripada pemerhatian semata-mata. Contohnya, pengalaman, perasaan, minat,kebimbangan dan nilai guru (Gay et aI., 2006; Creswell, 2005). Apabila gurutidak mengikut perancangan asal, beliau diminta menjelaskan rasional tindakanitu semasa temu bual dan tindakan ini kerapkali menggambarkan guru membuatrefleksi semasa pengajaran.Analisis dokumen: Penelitian terhadap RH subjek yang ditulis dalam bukurekod mengajar membolehkan pengkaji mengetahui perancangan pengajaranharian dan objektif pengajaran guru. Menurut Creswell (2005), dokumenmewakili sumber yang baik untuk data dalam bentuk teks bagi kaj ian kualitatif.Ia mempunyai kelebihan kerana mengandungi bahasa dan perkataan subjek,yang selalunya memberi lebih perhatian kepadanya. Sampel kajian dipilihseeara purposeful sampling, terdiri daripada dua orang guru Matematik yangsanggup dan bersedia untuk terlibat seeara sukarela. Kedua-dua guru telahmengajar lebih dari sepuluh tahun dan telah melalui perubahan-perubahandalam kurikulum Matematik .

    .~Pengumpulan dan Analisis DataPengkaji telah membuat penelitian terhadap RH setiap subjek sebelumpengajaran berjalan. Selepas penelitian RH, temu bual semi struktur dijalankan,bertujuan mendapatkan penjelasan lanjut tentang aktiviti yang dirancang,objektif yang ingin dicapai dan faktor yang mempengaruhi perancangan RHtersebut. Selepas itu, pemerhatian pengajaran dalam bilik darjah puladilakukan.Semasa pemerhatian, nota lapangan basil pemerhatian dicatat kerana notalapangan merupakan cara terbaik untuk mengumpul dan mendokumentasi apayang dilihat (Gay et aI., 2006). Pengkaji bertindak sebagai pemerhati luar.

    ('Temu bual semi-struktur diadakan sekali lagi selepas pemerhatian untukmendapatkan penjelasan lanjut. Teknik pungutan data ini berlangsung sehinggakedua-dua subjek selesai mengajar sehingga dua bab. Tempoh ini diyakinimampu memberikan celik akal tentang amalan reftektif subjek. Hasil temubual dirakam dan dibuat transkripsi. Analisis data dibuat secara mengesan katakunci berkenaan amalan refleksi subjek atau pernyataanDpemyataan berulanguntuk proses pengkodan. Proses pengumpulan data dan pengkodan data bagitujuan deskripsi dan tema berlangsung serentak; kadang kala secara timbal

    61

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    8/22

    Ama la n R e fl ck ti f D a lam Pe ng a jamn Ma t cma ti k: S a .u Kq ji an K e sbalik sepanjang kajian berlangsung. Transkrip yang telah dikod, dikumpulmengikut temaDtema tertentu dan analisis lanjut dilakukan. Analisis inimelibatkan perbandingan am alan antara kedua-dua subjek, di samping mencarijawapan bagi persoalan kajian.

    Dapatan KajianHasil analisis data, kelima-lima persoalan kajian dapat dijawab. Bagi menjaminkerahsiaan, nama sekolah, guru dan pelajar yang digunakan bukanlah namasebenar.

    Cikgu ZCikgu Z berumur 52 tahun dan telah berkhidmat sebagai guru sejak tahun1978. Beliau berkelulusan Diploma Pendidikan dalam Matematik dariUniversiti Teknologi Malaysia (UTM). Sepanjang tempoh perkhidmatan,beliau pernah menjadi warden, ketua panitia dan pernah ditawarkan menjawatjawatan pentadbiran sejak tahun 1990an lagi; tetapi menolak kerana beliaulebih selesa dengan menjadi guru biasa sahaja. Kini, terdapat lima orangguru yang merupakan bekas anak didiknya, termasuk Guru Penolong KananKokurikulum. Malah, terdapat pelajarnya kini merupakan anak kepada bekaspelajarnya dahulu.

    Soalan 1: Sejauh manakah guru Matematik membuat refleksi-atas-tindakan dalam perancangan RH?Cikgu Z percaya kaedah pengajaran matematik yang baik perlu dimulakandengan penerangan, diikuti contoh-contoh, latihan dan seterusnyamenerangkankembali soalan latihan tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran tajuk 'Area& Perimeter', beliau merancang pengajarannya dengan memperkenalkanjenis-jenis segi tiga, diikuti kedudukan tinggi dan tapak bagi pelbagai jenissegi tiga, Selepas itu barulah beliau member! rumus luas bagi segi tiga, diikuticontoh dan latihan berkaitan. Beliau membuat perancangan sebegini keranaberpendapat pelajar akan lebih mudah faham, di samping dapat mengingatidan menggunakan rum us. Cikgu Z tidak suka pelajar menulis ketika beliaumenerangkan sesuatu. Dalam satu sesi pengajaran, misalnya, beliau menegursekumpulan pelajar yang menyalin ketika beliau sedang membuat peneranganisi pengajaran. Menurut Cikgu Z, pelajar perlu mendengar penerangan denganteliti supaya mereka tidak ketinggalan. Beliau menganggap mendengarpenerangan guru sebagai tumpuan peiajar dalam kelas. Bagi Cikgu Z,62

    . '

    .:

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    9/22

    J umal P e nd id ik a n I sl am 13 .2

    .-

    keberkesanan penerangan guru secara terus adalah lebih berkesan berbandingpenggunaan eakera padat (CD) dan laptop. Malah beliau juga percaya,pelajar lebih suka guru menerangkan secara terus kepada mereka berbandingpenerangan yang diberi dalam CD.Beliau turut membuat refleksi terhadap faktor pelajar yang boleh mempengaruhiperancangan aktiviti. Bagi pelajar lemah, bilangan latihan akan dikurangkanselain susunan penerangan yang berbeza dari kelas yang pelajarnya lebihbaik. Dalam pengajaran tajuk 'Area & perimeter', pada mulanya Cikgu Zbereadang menyusun isi pengajarannya berdasarkan bentuk; beliau bercadangmenerangkan tentang segi tiga, rnernperkenalkan rumus luas, seterusnyameneari tinggi dan tapak. Hal yang sarna akan diulangi untuk segi empat selaridan trapezium. Tetapi berdasarkan buku teks dan beberapa buah buku rujukanlain, Cikgu Z telah menyusun penerangannya dengan memperkenalkan segitiga dan rumus luas; diikuti oleh segi empat selari dan trapezium. Kemudiannyabarulah mencari tapak dan tinggi bagi segi tiga, segi empat selari dan trapezium.Menurut Cikgu Z, kaedah pertama itu lebih sesuai untuk pelajar cemerlang.

    .'

    Berdasarkan pengalaman danpengajaran sebelum ini,CikguZ mendapati pelajarmengambil masa yang lama untuk rnelukis rajah. Oleh itu, dalam pengajarantajuk 'Solid geometry', Cikgu Z meraneang menerangkan kedudukan tinggi,bueu dan sisi bagi setiap jenis pepejaJ geometri yang diajar. Kemudian, pelajarakan diminta menyatakan tinggi, bilangan bueu dan bilangan sisi bagi contohyang diberi. Sebaliknya beliau telah membekalkan kertas edaran bagi latihantersebut kerana katanya "saya tak mau dia lukis sebab akan buang masa....lambat."Faktor masa seperti waktu selepas perhimpunan dan cuti hujung minggu, turutdipertirnbangkan dalarn perancangannya. Beliau akan melebihkan penerangandalam kelas dan melebihkan latihan sebagai kerja rumah pada cuti hujungminggu. Selain itu, Cikgu Z menggunakan harnpir 80% bahasa Melayu dalampengajarannya supaya pelajar betul-betul faham apa yang diajar. Menurutnya,beliau pernah mencuba rnengajar menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnyatetapi dia merasakan seolah-olah bereakap seorang. Namun begitu, sekalipunmengajar dalam bahasa Melayu, Cikgu Z akan memastikan pelajarnya tahuistilah-istilah (terms) Matematik dalam bahasa Inggeris.

    Soalan 2: Sejauh manakah guru Matematik membuat refteksi-semasa-tindakan dalam perlaksanaan RH?Sernasa pelaksanaan RH, Cikgu Z menekankan pengetahuan dan kemahiranMatematik. Ini melibatkan penulisan langkah kerja yang sempurna, lukisan

    63

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    10/22

    Ama la n R e fl ek t if D a lam Pc ng aj ar an Ma t er n nn k ; Sn tu K a ji .n K e srajah yang tepat dan pengendalian operasi Matematik. Kesilapan dan salahfaharn pelajar akan segera ditegur dan dimaklumkan kepada semua pelajarsupaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang sarna. Sebagai contoh,dalarn pengajaran subtajuk 'Area of Triangle', seorang pelajar salah melukisrajah untuk rnenentukan tinggi sebuah segi tiga. Cikgu Z segera membuatpernbetulan di hadapan kelas dan meminta sernua pelajar menyernak lukisanmereka. Pelajar dirninta memastikan garis putus-putus rnerupakan satu garislurus yang bersarnbung dengan tapak segi tiga. Kesilapan terse but dan rajahyang betul ditunjukkan dalam Rajah 1.

    RajahpeJajar R aja h y an g b etu l

    i! h. . . . . . . . . . . . . . . .d

    ,Ii h. . . . . . . . . . . . . . . .d

    '-------1 Rajah 1:Kesilapan pelajar dan pembetulan oleh guru1-------1

    Pengetahuan konsep dalam operasi Matematik juga ditekankan oleh Cikgu Z.Contohnya, dalam penyelesaian masalah berikut :

    (Langkah 1),Y 2x b x S = 3636Y2xb (Langkah 2)S

    Beliau bertanya pelajar tentang sebab angka 5 dipindah ke sebelah kanan, iamenjadi bahagi (Langkah 2). Pelajar menjawab "memang macam tut". Cikgu Z .tidak berpuas hati denganjawapan pelajardanmengambilkeputusanmenerangkankernbali sebab sebenar.Beliaumenjelaskantindakan itu diarnbilkerana:

    "eh..kalau tidak dia akan jawab sampai bila-bila macam tu(ketawa keeil)... darab mesti bahagL.. dia tak tau dari manadatang benda tu... "

    CikguZ berpendapatsekiranya pelajarrnengetahui sebabyangtepat,menunjukkanmereka memahami konsep dan akan lebih rnudah mengingat dan berupayamengajar orang lain. Faktor masa juga mempengaruhi proses P&P. CikguZ mengubahsuai pengajarannya jika masa tidak mencukupi. Semasa mengajarluas gabungan, beliau meminta pelajar merujuk contoh dalam buku teks. Soalan64

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    11/22

    J uma l P c nd id ik a n I sl am 13 .2tersebut meminta pelajar mencari luas bagi gabungan rajah segi empat dan segiempat selari, Seterusnya, beliau mengubah bentuk segi tiga kepada rajah asal danbertanya berapakah jumlah luas rajah yang baru? Selanjutnya beliau mengubahlagi bentuk trapezium dan bertanya pelajar jumlah luas rajah yang baru. Cikgu Zberkata, perubahan itu dilakukan kerana beliau mahu pelajar 'nampak', apabilamereka faham dan tahu penggunaan rumus, mereka boleh mengaplikasi danmenyelesaikan soalan lain yang melibatkan gabungan beberapa bentuk.

    Soalan 3: Sejauh manakah guru Matematik membuat refleksl-atas-tindakan dalam penilaian pelaksanaan RH?Latihan merupakan antara kaedah yang digunakan oleh Cikgu Z untuk membuatpenilaian, selain ujian dan peperiksaan. Dalam masa yang sarna Cikgu Z turutmenilai pengajarannya dan pembelajaran pelajar. Sekiranya rarnai pelajar tidakboleh menjawab soalan yang diberi, bermakna objektif pengajarannya tidaktercapai. Hasil penilaian digunakan untuk merancang aktiviti P&P seterusnya.Contohnya, melalui latihan berkenaan luas yang diajar, Cikgu Z mendapatiterdapat peJajar yang masih lemah dalam menghafal sifir. Beliau bercadang"lepas ni, tindakan saya, nak suruh hafal sifir ni agaknya .;"Cikgu Z turut meminta pelajarnya membuat refleksi tentang kefahamanmereka dalarn keseluruhan topik yang dipelajari. Selesai mengajar bab 'Area &perimeter', beliau mengedarkan latihan bercetak dan bertanya : "Tengok soalansebelah kiri. Siapa yang sekali pandang, mereka yakin boleh buat?" Majoritipelajar kelas itu mengangkat tangan. Kemudian, beliau bertanya lagi: "Tengoksoalan sebelah kanan, siapa yakin boleh buat?" Kelihatan tiga orang pelajarmengangkat tangan. Seorang pelajar yang tidak mengangkat tangan berkata:"ada lorek " Selanjutnya Cikgu Z berkata: "soalan PMR memang bentukmacam ni " Mengulas tindakannya:

    ... nak tengok impression budak bila dia bukak ..ada lagitak yang ..alamak susahnya, cikgu l! Alamat tak berjayalahsaya ... berrnakna pelajaran dia tu sampai tahap begitu masihlagi susahhh ...Iagi... . kita nak dapatkan maklurnat segera ...kitakena buat macam tu lah . .nak tunggu dia buat (lambat) ...

    Soalan 4: Apakah faktor yang mempengarubi guru Matematik untukmembuat refleksi?Senario pelajar tidak. berrninat beJajar dan membuat latihan merupakanmasalah utama yang sering difikirkan oleh Cikgu Z. Bagi mengataslnya,

    65

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    12/22

    Amalnn Reflekt if Dalam Pengajaran Matcmatik: Sate Kajian Kcs ,

    beliau cuba menanam minat pelajarnya terhadap Matematik. Baginya minatakan mendorong mereka belajar bersunguh-sungguh. Markah ujian arnatmempengaruhi semangat pelajar, katanya: '

    Cuba kalau dia dapat markah, dah lulus ke . .. nampak dia lebihberminat. Sebab tu kalau ujian bulanan ... nak bagi mudah, nakmenarik minat dial Saya punya prinsip macam tu. Kalau 38bagi lulus je 40 supaya diorang tak putus asa.

    Cikgu Z merasakan guru Matematik kini perlu lebih sabar, terutama denganPPSMI. PPSMI menyebabkan pelajar merasakan Matematik menjadi duakali lebih berat. Menurutnya lagi, penggunaan bahasa Inggeris bukan sahajamendatangkan rnasalah kepada pelajar, malah kepada guru juga, terutamasemasa penerangan. Masalah pelajar dalam Matematik sering difikirkan keranajika dibiarkan, pelajar akan tercicir dalam pelajaran dan kehidupan. Menurut "CikguZ:

    ... kalau tak reti mengira, pergi kedaipun kena tipul Bagi 10ringgit, baki tak tau .. benda yang basic sangat tu kan .. ha ..kalau yang nak belajar, yang bercita-cita tinggi.. lagilah pulak ..Matematik sangat penting bagi dia. Nak melanjutkan pelajaran,semua orang pandang Matematik dia kan ... bimbanglah dengansituasi sekarang ni,

    Cikgu Z berpendapat sikap peJajar turut mempengaruhi guru kerana sekiranyahanya guru yang bersungguh-sungguh tetapi pelajar tidak, akan melemahkansemangat guru. Cikgu Z sentiasa rasa tertekan (tension) kerana beliau tidak dapatmencapai kehendaknya. Beliau sanggup bersusah payah mengajar asalkan hasilyang didapati nanti memuaskan hati. Walaupun matlarnat pengajarannya untukmenghasilkankeputusan peperiksaan sebaik mungkin setiap tahun, mengikutkeupayaan pelajar, namun beliau juga berharap sahsiah pelajarnya turut baik. ",

    Soalan 5: Apakah halangan yang guru Matematik hadapi dalam amalanreftektif?Menurut Cikgu Z, guru yang berpengalaman tidak perlu refleksi secaraberpasangan atau berkumpulan. Beliau tidak akan menceritakan masalahnyakepada rakan sejawat kerana merasakan tidak selesa, akibat perbezaanusia. Beliau akan berkongsi masalah hanya apabila guru muda yang datangberjumpanya. Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, beliau akanmeminta pandangan suaminya (kaunselor) atau anak perempuannya (remaja).Bagaimanapun, Cikgu Z mengakui masa merupakan halangan utama66

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    13/22

    J um al P en di di ka n I sl am 1 3. 2

    untuk melaksanakan refleksi. Banyak tugas-tugsas perkeranian yang periudilakukan kini, menyebabkan guru tidak mempunyai masa melakukan tugashakiki mereka. Menurut Cikgu Z, perbezaan yang paling ketara kini adalahpertambahan borang-borang yang perlu diisi. Dulu, guru menghabiskan masadengan mengajar sahaja tetapi "sekarang dengan kokurikulum.: macam-macam persatuan, macam-macam benda ada.: tak macam dulu kan. .." ..' Malah, menurut Cikgu Z : .

    '" macam-macam jawatan wujudkan ..kiranya nak kata dia tuguru sebenar-benar guru pun '" tak boleh ... ada yang separuhtu dah jadi separuh kerani, separuh guru ha. , kerja-kerjaperkeranian dah banyak dia buat... dulu tak ada macam tu.

    Cikgu F

    !

    Cikgu F berumur40 tahun dan telah berkhidmatsebagai guru sejak tahun 1995.Beliau adalah lulusan Bachelor Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia(UPM), sebelum mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) denganpengkhususan Matematik dan Sains. Beliau merupakan orang tempatandan pernah bersekolah di sekolah ini sehingga Tingkatan Tiga, Sekolah inimerupakan sekolah kedua beliau berkhidmat dan bertindak sebagai KetuaPanitia Matematik.

    Soalan 1: Sejauh manakah guru Matematik membuat refleksi-atas-tindakan dalam perancangan RH?

    .,-Cikgu F merancang RHnya berdasarkan kepercayaannya tentang carapengajaran Matematik yang baik, iaitu dimulakan dengan penerangan, contoh-contoh yang berkaitan, diikuti latihan tentang tajuk tertentu. Dalam pengajaransatu masa bertajuk

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    14/22

    Ama le n R e fl ek ti f D a lam Pe ng a ja ra n Ma t ema ti k : S a tu K a ji an K e spemberian latihan. Beliau akan mengurangkan bilangan latihan yang diberi,sekiranya mengajar peJajar dari kelas yang kurang pandai. Namun begitu,beliau masih mengekalkan isi kandungan pengetahuan asas yang sarna. Bagikelas 4R, beliau akan meminta pelajar menyiapkan latihan yang diberikandalam kelas kerana yakin pelajar tidak akan menyiapkan latihan tersebutsebagai kerja rumah.Cikgu F banyak menggunakan kertas edaran dalam pengajarannya keranasikap pelajar yang malas menyalin. Pelajar mengambil masa yang lamasekiranya diminta menyalin sesuatu. Dalam satu latihan kerja rumah, didapatibeberapa pelajar mencuba menyelesaikan soalan dad kertas edaran tetapi tidakmenyelesaikan soalan dari buku teks, sekalipun soalan tersebut Iebih mudah.Berkenaan hal ini, beliau berkata:

    ha...memanglah gitu! Soalan buku dia tak minat, tak minat bukuteks! Dia minat hand out, dia suka hand out! Sebab apa... bukuteks kena tulis, kena lukis, buat kerja! Yang tu, tulis je terus!Ha... itu bendanya! Tu yang kata maIas! Nak menulis tu diamalas, nak melukis tu dia maIas! Tu tak payah, dah siap lukisdah, benda lagi?

    Faktor masa, sarna ada satu atau dua waktu turut dipertimbangkan dalamperancangan RH. Bagi pengajaran satu waktu, beliau akan menyambunglatihan sebelumnya, manakala bagi dua waktu, beliau akan melebihkan latihan.Penyusunan contoh-contoh soalan juga mengambilkira faktor masa. Dalamlatihan trigonometri, Cikgu F menyusun contoh soalan dengan memberi soalanmencari nilai sudut dahulu, diikuti mencari panjang sisi dan di akhiri denganmembandingkan graf. Menurutnya, susunan ini dirancang memandangkanpelajar baru sahaja belajar tentang graf dan ingatan mereka masih baik dankurang masa diperlukan untuk penerangan.

    Soalan 2: Sejauh manakah guru Matematik membuat refteksi-semasa-tindakan daIam pelaksanaan RH?Semasa mengajar, Cikgu F menekankan pengetahuan konsep Matematik yangperlu dikuasai pelajar. Dalam subtajuk 'Unit circle', Cikgu F menerangkanbahawa konsep'unit circle' ibarat ibu kepada tajuk 'Trigonometry'. Dalampengajaran tersebut, Cikgu F merujuk contoh soalan dalam buku teks. Bagimenguji kefahaman pelajar, Cikgu F telah memilih seorang pelajar untukmenjawab soalan (1). Pelajar itu ditanya soalan dari (a) hingga (g). Seterusnyabagi soalan nombor (2), Cikgu F telah memilih pelajar lain pula dan pelajar itudiminta menjawab dari soalan(a) hingga (n). Semasa sesi soal jawab tersebut,6 8

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    15/22

    J ur na l P e nd id ik a n I sl am 13 .2Cikgu F berkata kepada pelajar tersebut: "saya akan tanya, sampai awakfaham, sampai awak dapat jawab dengan cepat". Cikgu F lakukan begitukerana mustahil untuk beliau bertanya setiap pelajar. Baginya, dengan bertanyakepada dua atau tiga orang pelajar sederhana, kesirnpulan boleh dibuat bahawapelajar pandai sudah menguasai perkara tersebut. Cikgu F juga akan mernbuatrefleksi terhadap maklum balas pelajar bagi menilai kefahaman mereka, selainmembuat penerangan Semasa rnengajar subtajuk 'Graph 0/ Trigonometry',Cikgu F berkata:

    ... group perempuan tadi, dia kata..aah cikgu, kalau gitu kitatak payahlah kuadran tu, tak payah ingatlah tekan kalkulatorje ... maknanya adalah budak boleh faham dia boleh buatanalisa bahawa apa yang dia belajar, tengah buat tu... dia bolehkait, boleh faham tanpa bagitau dia...

    Sebarang kesilapan atau salah faharn pelajar dibetulkan di hadapan kelas supayatidak diulangai pelajar lain. Maklum balas pelajar, sarna ada kesilapan yangdilakukan, pertanyaan atau hasil kerja mereka, digunakan untuk perkernbanganpelajaran seterusnya, termasuk menilai kefahaman pelajar. Cikgu F menyuruhpelajar mencuba menyelesaikan satu soalan berkaitan trigonometri. Semasamenerangkan langkah penyelesaian di meja pelajar perempuan, tiba-tibabeliau ke depan kelas. Dengan rnerujuk kepada Teorem Pithagoras yangbaru diterangkannya, beliau bertanya: "Awakfaham tak yang ni?" dan beJiaumengambil keputusan menerangkan semula Teorem Pithagoras tersebut.Beliau mengingatkan pelajar agar mengingati teorern tersebut kerana ia akankerap digunakan. Cikgu F berkata, beliau mengambil keputusan menerangkankembali teorern tersebut kepada semua pelajar dalam kelas kerana :

    ..Intan ni (pelajar tersebut) bila tak faharn tu.. saya dah faham.Yang lain tu memang tak faham Ie juga ... sebab dia ni cerdassikit!

    Kerap kali beliau terpaksa mengubah perancangannya kerana sikap pelajar yangmalas membuat latihan. SekaJipun kecewa dengan keadaan tersebut, CikguF meneruskan juga pengajarannya. Beliau tidak begitu suka mendenda pelajarkerana yakin ia tidak mampu mengubah sikap pelajar; selain merugikan masa.Apabila pelajarnya tekun dan seronok dengan sesuatu aktiviti, Cikgu F sanggupmeluangkan masa yang lama supaya pelajarnya gembira dan bersemangatuntuk belajar. Dalam pengajaran Graph a/Trigonometry, Cikgu F bercadanguntuk mencapai dua objektif pengajaran iaitu melukis graf dan menyelesaikanmasalah berkaitan graf. Bagaimanapun, beliau telah menghabiskan dua waktupengajaran (90 minit) untuk melukis graf sahaja. Walaupun pengajaran itumencapai satu objektif sahaja, Cikgu F tetap berpuas hati. Menurutnya:

    69

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    16/22

    A rn al an R ef le kt if D al am P en ga ia ra n M a le m al ik :S al uK nj ia ll K. es

    "..budak nak belajar, berminat... tu yang saya ambik masayang lama tu ... sebab kita nak ubat hati kita ... berapa haridah...selalu kerja tak siap.. biar lambat... asalkan budak dapatsesuatu .. dia plot,dia ingat., walaupun benda tu kecik, sikit,tapi dia ingaL."

    Soalan 3: Sejauh manakah guru Matematik membuat refleksi-atastindakan dalam penilaian pelaksanaan RH?Latihan merupakan antara kaedah yang digunakan oleh Cikgu F untukmenilai kefahaman pelajar. Menurut Cikgu F, beliau akan membuat penilaianpelaksanaan RH dengan merujuk kepada latihan yang dibuat pelajar. SekiranyapeJajar tidak dapat menjawab, bermakna mereka masih belum faham dan beliauterpaksa membuat sesuatu bagi mengatasi masalah tersebut. Hasil daripadapenilaian itu, beliau akan membuatkesimpulan tentang cara terbaik untukmemperbaiki sesuatu keadaan. Dalam satu pemerhatian pengajaran, CikguF melahirkan kekecewaanya dengan reaksi pelajar. Keesokannya, CikguF mengajar subtajuk 'Graph of Trigonometry'. Pelajar diminta melukis tigajenis graf dan aktiviti itu mengambil masa dua waktu pengajaran. Semuapelajar tekun melukis graf. Mengulas tentang kelas itu, Cikgu F berkata, beliaugembira dan berpuas hati:

    "Hmm ...kesimpulannya, kalau nak mengajar, kita buat aktivitilagi seronok. Budak nampak!"

    Kadang kala, Cikgu F berasa kecewa kerana sikap peJajar yang malas danmenyebabkan beliau hilang mood. Namun, beliau tidak mahu terlalu berkerasdengan pelajar kerana baginya, guru perlu lebihpandai melayan dan mengambilhati peJajar Jemah supaya mereka berminat untuk belajar. Keinginan untukmenghabiskan sukatan menyebabkan Cikgu F tidak menunggu sehinggapelajar faham semua yang diajar.

    Soalan 4: Apakah faktor yang mcmpeogarubi guru Matematik untukmembuat rcfleksi?Sikap peJajar yang tidak berminat membuat latihan merupakan faktor utamayang mempengaruhi Cikgu F membuat refleksi. Selain itu, penggunaan bahasaInggeris turut menjadi kebimbangan kerana Cikgu F berpendapat ia menjadipunca pelajar kampung semakin ketinggaJan.Malah, pengunaan bahasa Inggerisdalam pengajaran dan pembelajaran turut menjadi punea masalah pengajaran.MasaJah penggunaan bahasa Inggeris ini dapat dilihat dalam satu sesi pengajaran70

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    17/22

    J umal P e nd id ik a n I sl am 13 .2apabila Cikgu F meminta pelajarnya mencuba soalan dalam bahasa Inggeris.

    ~ Beliau mengulangi arahannya tiga kali dan kemudiannya mengulangi dalambahasa Malaysia. Cikgu F berpendapat, penggunaan bahasa Inggeris bukansahaja mendatangkan masalah kepada pelajar, malah guru juga:

    ... bila menukar orang putih ni, mood dah jadi lain, memanglain! Bukan mood je ... mengajar kita ada gap tau ... rasanya adabenda tak... tak terlepas!

    Penggunaan LCD dan CD juga menimbulkan masalah kerana walaupunpenerangan yang disampaikan guru sama seperti yang terkandung dalam CD,namun ia masih diperlukan untuk pengukuhan. Oleh itu, lebih masa diperlukankerana guru perlu 'pause' dan menerangkan secara berselang seli,Cikgu F berpendapat masalah berkaitan P&P perlu sentiasa difikirkan keranamasalah pelajar tidak kunjung selesai. Beliau memandang setius sikap negatif

    r- pelajar kerana sikap pelajar boleh mempengaruhi guru. Sekiranya pelajar rajindan menunjukkan minat untuk belajar, guru akan menjadi lebih seronok danbersemangat. Bagaimanapun, Cikgu F berpendapat guru perlu bersabar dantidak boleh terlalu mengikut rentak pelajar yang malas kerana pelajar lainingin belajar. Baginya, walaupun matlamatnya kecemerlangan dan kelulusanmengikut kebolehan pelajar, paling kurang beliau mengharapkan pelajarnyaboleh menggunakan kemah iran Matematik yang dipelajari:

    Kalau dia kawin dia boleh ajar anak dia maknanya tak adalahtersekat. .. ilmu tu dapat kat kita ... adalah walaupun tak retL.contohnya tak reti membaca. Ada tak reti membacal Tapisekurang-kurangnya budak tak reti membaca tu, dia nampaknombor, tam bah, tolak, darab, bahagi, dia tau benda tu ... bolehbuat! Dia boleh bagi ilmu kat adik dia . .. maknanya berjasalahkita... paling-paling kurang pun ...

    Cikgu F merasakan guru Matematik kini perlu lebih sabar. Menurut Cikgu P,masalah pelajar sentiasa difikirnya:

    Macam mana nak mengajar lagi? Berapa tahun lagikan?(ketawa) nak servis berapa tahun cari rezeki? Kena fikir ... 1Masalah budak ... yang nak kita didik nikan ... dia masalahberpanjangan.; sebab dia (kerajaan) kata nak Matematik,Sains ... tak tercapailahkan jika masalah tu berterusan ...

    Bagi menangani masalah P&P Matematik, Cikgu F berpendapat, seorang guruperlu mempunyai kesabaran yang tinggi dan rajin. Guru Matematikjuga perlu

    71

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    18/22

    Amalan Reflektif Dalam Pengajaran Matematik: Satu Kajian Kes

    b eru sah a m enan am m in at pelajar terh adap M atem atik. B ag in ya, beliau terp aksab ercelo teh b an yak u ntu k m enarik m inat pelajar. K atany a:

    .. nak suruh buat kerja tu ... layan! Saya ni kelas hujungtu dengan hand out... nak suruh dia salin nota... m enyalinex am ple ... lam bat...! Penyudahnya say a fo tostat! Tu pun takbuat juga!... pensel tak ada, bawalah segendong perg i kelasd ial Buat pelan dongakan , kertas kosong bed. Pensel beri.Pem adam ... sem ua beril N ak s uruh buatjuga... "

    C ikgu F m em peruntukkan m asa beberapa m init un tuk m elaksanakan refteksia pab ila s ele sa i k ela s a tau k etik a k ep utu sa n p ep erik sa an d ik elu ark an . B elia u c ub auntuk memperuntukkan masa untuk melaksanakan refteksi kerana dengan cara ;itu, b elia u b ole h b erfik ir a pa ka h tin dak an y an g b oleh d iam b il u ntu k m em p erb aik isesuatu keadaan atau kelem ahan, C ikgu F m elakukan refleksi sendirian ,perb incang an secara tid ak fo rm al den gan rakan sejaw at atau dalam m esy uarat/kursus yang dihadiri, Beliau akan berkongsi kejayaannya menyelesaikan sesuatu 'm asalah keran a m ah u seluruh seko lah tu rut m en dapat kejayaan tersebu t, S elainm asalah dalam p em belajaran M atem atik , m asalah sahsiah p elajar jug a sen tiasadifikirkan, Men urut C ikg u F, p eng aruh lu ar m en yeb abk an p elajar tid ak berm in atu ntu k b ela ja r. B elia u m er asa kan p ih ak b erw ajib p erlu m em an da ng ser iu s p erk arate rse but .

    Soalan 5:Apakah halangan yang guru Matematik hadapi dalam amalanreflektif?Wala up un C ik gu F m empe ru ntu kk an b eb era pa m in it s ele pa s k ela s u ntu k r efte ksi,nam un m as a m erupakan halangan utam a. B eban kerja guru , khususnya tugasperk eranian sem akin b ertam bah. M enu ru tn ya, halan gan u tam a m elak sanakanrefteksi ialah masa, kerana terlalu banyak kerja lain yang perlu dibuat.Sam bi! m em bandingkan keadaan ketika m ula beliau m enjad i guru , Cikgu Fberpendapat:

    .. itu, in i... rn acam -m acam lah ... b any ak yan g dih arap kan ... ben da-b en d a y an g b uk an P&Plah ... a na lisa la h, le pas an alisa tu , a na lisa n i...k adan g-k adan g pen gu ru san p en tad biran sek olah n ak cara ni, lep ascara n i, n ak cara ni... pen in g k ep ala ... h ead co un t tu ... k ejap-kejapubah, perg i pulak m esyuarat lain ,ubah pula ... !K erja la in . .. , P &Ptak terbu at. .. A wal-aw al tah un berap a m acam m ak n enek ad a!

    M en urut C ik gu P , suk ar u ntu k m elak sanakan refteksi secara b erpasang an atauberk um pu lan k eran a sem an gat yan g tin gg i d iperluk an. B iasany a m asalah ,P &P

    72

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    19/22

    J ur na l P e nd id ik an I sl am 1 3. 2

    dan pelajar dibincangkan dalam mesyuarat panitia tetapi tidak banyak yangboleh dibincangkan kerana mesyuarat panitia hanya empat kali setahun. Iadilakukan pada waktu petang dan kebiasaannya guru-guru mahu pulang segera.

    Perbincangan

    r:

    Kajian mendapati pengajaran subjek berorientasikan peperiksaan dan gurumasih terkongkong dengan sikap ingin menghabiskan sukatan. Peralihan tajukadalah berdasarkan objektif pengajaran guru, bukannya objektif pembelajaranyang berjaya difahami oleh pelajar. Walaupun subjek mengakui kepentingandan melakukan refleksi, namun mereka rnasih belum menunjukkan ciri-ciripengamal reflektif yang efektif. Kelemahan 'ini didorong oleh kekaburantentang konsep refleksi yang sebenarnya. Dapatan kajian inijuga menunjukkansubjek masih kabur tentang rnakna refieksi. Secara umum, rnereka berpendapatrefieksi adalah sebagai muhasabah, timbal balik atau berfikir kembali danmenilai apa yang telah dibuat.Beban kerja guru telah menghalang mereka melaksanakan refleksi seearaberkala; sarna ada seeara individu; apatah lagi seeara berkumpulan. PenggunaanleT dalam P&P masih belum boleh diterima dengan meluas oleh guru sarnaada disebabkan kekurangan kemahiran atau masih terkongkong dengan arnalanpengajaran tradisional. Walaupun pelaksanaan PPSMI sudahpun memasukitahun kelima, penggunaan bahasa Inggeris masih menjadi masalah sarna adakepada guru mahupun pelajar. Pengetahuan pedagogi isi kandungan bukanlahmasalah kepada subjek, sebaliknya sikap pelajar menjadi penghalang utama.Namun begitu kedua-dua subjek kelihatan positifmenangani masalah tersebut.Mereka mengakui perlu lebih reflektif terhadap nilai,. kepereayaan danpersediaan aktiviti P&P. Malah, masalah disiplin dan sahsiah pelajar semakinmeruncing dewasa ini yang menuntut tindakan sewajarnya oleh guru dan pihakyang berwajib.

    Cadangau untuk pendidikan guruTugas guru Matematik adalah kompleks dan keberkesanan pengajaran banyakbergantung kepada keupayaan dan kebolehan guru. Mereka perJu memahamidan menghayati Matematik sekolah; seterusnya mempunyai keeekapanuntuk rnenggunakan pengetahuan matematik secara dinamik dan fleksibeldalam tugas pengajaran seperti memberi penjelasan, menyelesaikan masalah,membuat keputusan dan berkomunikasi dengan pelajar. Justeru, calon pelajarguru Matematik perlu memiliki pengetahuan isi kandungan yang mantapdan sernpurna. Seperti kata Haggarty (2002), cabaran intelektual tidak boleh

    73

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    20/22

    Ama1.1I Reflektif Dalsrn Pengajaran Matematjk: Satu Kajian Kes

    diatasi dengan membuat keputusan berdasarkan common-sense atau idea-idea natf. SebaIiknya guru perlu terdidik dengan idea-idea tentang Matematikdan hubungan antara pengajaran dan pembelajaran Matematik. Perolehan setpengetahuan guru tentang perkara tersebut akan menyediakan guru denganpilihanDpilihan yang boleh membantu rnereka membuat keputusan dan pekadengan sifat, tujuan dan akibat setiap pilihan mereka, apabila mereka mengajardan melaksanakan refleksi dalam pengajaran mereka.Pendidikan guru juga boleh menggunakan kaedah kes (case method) dalamlatihan pendidikan guru bagi meningkatkan keupayaan pemikiran reflektif.Kaedah kes menawarkan potensi yang besar untuk meningkatkan refleksi keranaia melibatkan banyak aspek tugas guru seperti pengajaran, perancangan dansegala bentuk dilema yang mereka hadapi. Lebih penting lagi ialah kesedaranguru matematik tentang sumbangan amalan reflektif dalam memperbaikikualiti pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah

    Rujukan

    Creswell, J.W. (1998). Qualitative Inquiry and research design choosingamong five traditions. London: SAGE Publications.Creswell, J.W . (2005). Educational research, planning, conducting andevaluating quantitative and qualitative research ( 2 " < 1 Ed). New Jersey:

    Prentice Hall.Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of refiective

    thinking to the education process. Boston: D.C. Heath and Company.Gay, L.R., Mills, G.E. & Airasian, P. (2006). Educational Research:

    Competencies for analysis and applications (8th edJ. New Jersey: PearsonPrentice Hall.

    Haggarty, L. (Eds.). (2002). Teaching mathematics in secondary schools: Areader. London: Routledge Falmer Press.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). PelanlndukPemhangunan Pendidikan.(diakses pada 15 Februari 2007) dari http://www.emoe.gov.my

    Korthagen, F.A.J. (1993). Two modes of reflection. Teacher and TeacherEducation. 9(3), 317~326.

    Lowery, N.E. (2003). The fourth 'R': Reflection. The Mathematics educator,13 (2), 22-31. Diakses pada 13 Ogos 2007 dari http://math.coe.uga.edu/tme/v13n2. Lowery.pdf

    McIntyre, D. (1993). Theory, theorizing and reflection in initial teachereducation. Dalam J. Calderhead & P. Gates (eds.), Conceptualizingreflection in teacher development,( pp 39~52). London: The FilmerPress.

    74

    http://www.emoe.gov.my/http://math.coe.uga.edu/http://math.coe.uga.edu/http://www.emoe.gov.my/
  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    21/22

  • 8/7/2019 1135_jp-v13n2- Amalan Reflektif dalam Pengajaran Matematik - Satu Kajian Kes - Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh

    22/22

    Am al an R en ek ti r D al am P en ga ja ra n M . !cm al ik : S at " K aj ia n K esW.R.Houston & M.e. Pugach(eds), Encouraging reflective practice ineducation. An analysis of issues and programs (pp 73-94). New York:Teachers College Press.

    Zaidi Yazid (2007). Meningkatkan keberkesanan pengajaran sains danMatematik dalam bahasa Inggeris: Peranan pengurus sekolah.Kolokium kebangsaan kepimpinan instruksional Institut Aminuddin BakiCawangan Utara, 22-25 Okt 2007. Diakses pada 13 Mac 2008 dari http:Ilwww.iabu.moe.gov.my/Kertas _Kerja/PPSMI.pdf

    http://ilwww.iabu.moe.gov.my/Kertashttp://ilwww.iabu.moe.gov.my/Kertas