syarat deklamasi sajak b cina 2009

4

Click here to load reader

Upload: dastannaga

Post on 16-Apr-2015

60 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syarat Deklamasi Sajak B Cina 2009

Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa CinaSekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Peringkat PPG/Negeri, Kebangsaan Tahun 2009

SYARAT PERTANDINGAN

1 Matlamat : 1.1 Memupuk minat pelajar terhadap deklamasi sajak1.2 Meningkatkan kemahiran deklamasi sajak dalam kalangan pelajar1.3 Meningkatkan daya mentafsir dan menghayati sajak 1.4 Memupuk nilai-nilai murni

2. Penganjur : Jabatan Pelajaran Sarawak

3. Tarikh : -Tarikh Pertandingan Peringkat Daerah dijadualkan pada bulan April 2009

-Tarikh Pertandingan Peringkat Negeri dijadual pada bulan Mei 2009 ( Pertandingan peringkat PPDK dan PPG mesti disempurnakan sebelum tarikh pertandingan peringkat negeri )

-Pertandingan Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada bulan Jun 2009 dengan JPN Perak sebagai Tuan Rumah.

4. Tempat : Ditentukan oleh PPG dan JPN Sarawak

5. Kelayakan : Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.

6. Kumpulan : 6.1 Kumpulan Sekolah Menengah Rendah-Acara pasukan 2 hingga 4 orang pelajar dalam satu pasukan ( pelajar Tingkatan peralihan - Tingkatan 3 )

6.2 Kumpulan Sekolah Menengah Atas-Acara Perseorangan ( Pelajar Tingkatan 4 - Tingkatan 5 )

6.3 Kumpulan Sekolah Rendah-Acara pasukan 2 hingga 4 orang pelajar dalam satu pasukan( pelajar Tahun 1-Tahun 3 )

6.4 Kumpulan Sekolah Kebangsaan-Acara pasukan 2 hingga 4 orang pelajar dalam satu pasukan( pelajar Tahun 1-Tahun 3 dari Kelas Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan )-Peserta berketurunan Cina tidak boleh melebihi 50%- Berdasarkan Kad Pengenalan

*Sebuah sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk setiap kumpulan untuk pertandingan peringkat PPG*Sebuah PPG hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk setiap kumpulan untuk pertandingan peringkat negeri

Page 2: Syarat Deklamasi Sajak B Cina 2009

7. Pendaftaran Pertandingan :

Setiap pasukan dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran dan dihantar ke pihak penganjur selewat-lewatnya dua minggu sebelum pertandingan

8 Giliran : Giliran mengambil bahagian ditentukan secara cabut undi semasa pendaftaran

9 Pengadil : 9.1 Ditentukan oleh pihak penganjur9.2 Keputusan barisan pengadil adalah muktamad

10 Pengagihan Markah :

Penyampaian (40%), Intonasi (30%) , Sebutan (20%), Isi (10%)

-Kalau terdapat jumlah markah yang sama, keputusan akan dibuat oleh barisan panel hakim selepas perbincangan secara undi.

11 Masa : 11.1 Peserta sekolah menengah diberi masa 5 minit manakala sekolah rendah diberi 3 minit untuk mendeklamasi sajak.

11.2 Masa akan diambil kira mulai peserta mendeklamasi sajak sehingga peserta berhenti mendeklamasi sajak.

11.3 Satu markah daripada jumlah markah akan ditolak kalau melebihi dalam lingkungan 1 hingga 30 saat pertama, 2 markah akan ditolak untuk setiap lingkungan 30 saat seterusnya..

12 Cara : 12.1 Hanya pakaian seragam sekolah dibenarkan.Penyampaian 12.2 Guru bimbingan dikehendaki mengendali permainan kaset.

( muzik latar ) jika ada. Hanya muzik dibenarkan..12.3 Persembahan hiasan tidak dibenarkan.12.4 Penggunaan alat-alat sokongan tidak dibenarkan.12.5 Penggunaan dialek dan bahasa lain tidak dibenarkan. 12.6 Cara mendeklamasi sajak secara menyanyi tidak dibenarkan.12.7 Hanya mic statik disediakan.

13 Jenis sajak : 13.1 Hanya sajak moden dibenarkan. Puisi klasik tidak dibenarkan.13.2 Sajak yang diguna pakai dalam pertanidngan peringkat kebangsaan

pada tahun 2008 tidak dibenarkan untuk pertandingan tahun 2009.13.3 Kandungan sajak yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan.

13 Hadiah : 13.1 Lima hadiah akan diatawarkan untuk setiap kumpulan bagi pertandingan peringkat PPG, Negeri dan Kebangsaan.-Johan, Naib Joham, Tempat Ketiga, dan 2 hadiah saguhati

13.2 Satu hadiah Johan Keseluruhan -Johan Keseluruhan ditentukan dengan mengira jumlah markah seperti berikut: ( Johan -10 markah, Naib Johan -7 markah, tempat ketiga - 5 markah dan saguhati - 3 markah ). Markah ini diambil kira bagi 4 kumpulan.

14. Jika syarat-syarat pertandingan ini tidak lengkap, maka pihak penganjur berhak mengubah dan menokoh tambah syarat.