program ‘bersama lhdnm sayangi malaysiaku’ .nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak, ... lhdnm

Download PROGRAM ‘BERSAMA LHDNM SAYANGI MALAYSIAKU’ .Nyanyian Lagu Patriotik, Deklamasi Sajak, ... LHDNM

Post on 29-May-2019

251 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Muka surat 1 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 13 September 2018

KENYATAAN MEDIA

PROGRAM BERSAMA LHDNM SAYANGI MALAYSIAKU

13 September, Kuantan Bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2018,

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Kuantan telah

menganjurkan program Bersama LHDNM Sayangi Malaysiaku yang berlangsung di

Sekolah Kebangsaan Kuala Penor, Kuantan, Pahang. Program ini melibatkan seramai

40 orang pegawai LHDNM dan 278 orang pelajar serta guru di sekolah berkenaan.

Selain daripada bertujuan untuk menyemarakkan semangat jati diri dan penghayatan erti

kemerdekaan Malaysia, program ini juga merupakan salah satu daripada usaha

berterusan LHDNM dalam pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporatnya. Pelbagai

aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya Pertandingan Basikal Berhias, Pertandingan

Nyanyian Lagu Patriotik, Deklamasi Sajak, Kuiz Kemerdekaan dan pelbagai acara

permainan yang ternyata menghiburkan dan sarat dengan mesej penghayatan

kemerdekaan kepada para peserta.

Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah

LHDNM Negeri Pahang, dan turut dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala

Penor, Encik Baharom bin Bujang, dan juga wakil daripada Pegawai Pelajaran Daerah

Kuantan.

Untuk siaran segera

Muka surat 2 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 13 September 2018

Menurut Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah LHDNM Negeri Pahang dalam

ucapannya, program sebegini diharapkan turut dapat mengeratkan lagi silaturrahim

antara LHDNM sebagai agensi pemungut hasil negara dengan masyarakat setempat.

Beliau turut memberikan saranan agar program seumpama ini diteruskan pada masa

hadapan agar masyarakat sedar betapa perlunya kemerdekaan dipertahankan dan

kepentingan sumber cukai dalam membiayai pembangunan Malaysia yang tercinta.

Gambar 1: Antara acara permainan yang diadakan.

Muka surat 3 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 13 September 2018

Gambar 2: Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah LHDNM Negeri Pahang (kiri) sedang memberikan markah bagi Pertandingan Basikal Berhias.

Gambar 3: Para peserta Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik bersemangat sewaktu membuat

persembahan mereka.

Muka surat 4 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 13 September 2018

Gambar 4: Tuan Syed Hisham bin Syed Mansor, Pengarah LHDNM Negeri Pahang merakamkan gambar kenangan bersama para pelajar dan guru- guru Sekolah

Kebangsaan Kuala Penor, Kuantan, Pahang.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh:

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873

Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 13 September 2018

http://www.hasil.gov.my/