susu sanlu

2
1. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Sanlu Group? Sanlu Group telah cuai membiarkan pihak tertentu memasukkan melamin ke dalam produk tenusunya. Syarikat ini terlalu memikirkan keuntungan tanpa menyedari atau sengaja membenarkan produknya dicemari. ia boleh dikatakan sengaja kerana laporan pencemaran telah diterima seawal tahun 2007. Malah mereka berbangga menyatakan tahap kawalan kualiti produknya amat tinggi sehinngakan lebih 1,000 jenis ujian telah dilakukan sebagai jaminan tersebut. Namun mereka silap kerana siasatan ke atas bayi-bayi yang jatuh sakit mendapati mereka meminum susu tercemar keluaran Syarikat Sanlu. Kesilapan gagal mengambil langkah susulan melakukan siasatan awal setelah menerima aduan, telah menyebabkan ramai bayi menjadi mangsa. Syarikat Sanlu juga silap terlalu mempercayai orang tengah yang membeli susu segar dari para petani. Pastinya orang tengah juga mahu mengaut keuntungan dan akan melakukan apa sahaja, termasuk mencampurkan melamine, demi mencapai hasrat tersebut. Ia dimudahkan lagi kerana syarikat Sanlu tidak mencurigai mereka. Kesimpulannya, tindakan Syarikat San Lu yang mencampurkan bahan kimia yang beracun, melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih adalah tidak wajar kerana kesan perbuatanya tidak membawa sebarang faedah dan kebahagiaan kepada majoriti orang ramai malah menghasilkan kesakitan dan penderitaan kepada mereka. 2. Mengapakah pemilik syarikat ini dihukum oleh mahkamah sedangkan melamin dimasukkan oleh orang tengah? Pemilik syarikat ini dihukum oleh mahkamah kerana ia ada kaitan dengan konsep ‘akauntabiliti’. 'Akauntabiliti' secara umumnya, bermaksud"menjalankan apa jua aktiviti yang diamanahkan yang ditentukan mahupun ditetapkan secara bertanggungjawab ke atas atau di atas segala kejayaan mahupun kegagalannya". Ia juga bermaksud sesuatu tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang yang diberi amanah untuk menjalankan dan menjelaskan apakah impak dari kebertanggungjawabannya. Dalam kes pemilik syarikat Sanlu, sewajarnya dia dipenjarakan kerana syarikat itu adalah miliknya dan segala keputusan syarikat, baik benar atau salah, adalah tanggungjawabnya. Dia sepatutnya melakukan usaha menyaring susu yang dibekalkan oleh orang tengah secara rambang. Arahan seperti ini datangnya dari seorang majikan. Namun dia gagal melaksanakan tanggungjawab sosialnya iaitu

Upload: stanley-stewart-peter

Post on 01-Jan-2016

185 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ccc

TRANSCRIPT

Page 1: Susu Sanlu

1. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Sanlu Group?

Sanlu Group telah cuai membiarkan pihak tertentu memasukkan melamin ke dalam produk tenusunya. Syarikat ini terlalu memikirkan keuntungan tanpa menyedari atau sengaja membenarkan produknya dicemari. ia boleh dikatakan sengaja kerana laporan pencemaran telah diterima seawal tahun 2007. Malah mereka berbangga menyatakan tahap kawalan kualiti produknya amat tinggi sehinngakan lebih 1,000 jenis ujian telah dilakukan sebagai jaminan tersebut.

Namun mereka silap kerana siasatan ke atas bayi-bayi yang jatuh sakit mendapati mereka meminum susu tercemar keluaran Syarikat Sanlu. Kesilapan gagal mengambil langkah susulan melakukan siasatan awal setelah menerima aduan, telah menyebabkan ramai bayi menjadi mangsa.

Syarikat Sanlu juga silap terlalu mempercayai orang tengah yang membeli susu segar dari para petani. Pastinya orang tengah juga mahu mengaut keuntungan dan akan melakukan apa sahaja, termasuk mencampurkan melamine, demi mencapai hasrat tersebut. Ia dimudahkan lagi kerana syarikat Sanlu tidak mencurigai mereka.

Kesimpulannya, tindakan Syarikat San Lu yang mencampurkan bahan kimia yang beracun, melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih adalah tidak wajar kerana kesan perbuatanya tidak membawa sebarang faedah dan kebahagiaan kepada majoriti orang ramai malah menghasilkan kesakitan dan penderitaan kepada mereka.

2. Mengapakah pemilik syarikat ini dihukum oleh mahkamah sedangkan melamin dimasukkan oleh orang tengah?

Pemilik syarikat ini dihukum oleh mahkamah kerana ia ada kaitan dengan konsep ‘akauntabiliti’. 'Akauntabiliti' secara umumnya, bermaksud"menjalankan apa jua aktiviti yang diamanahkan yang ditentukan mahupun ditetapkan secara bertanggungjawab ke atas atau di atas segala kejayaan mahupun kegagalannya". Ia juga bermaksud sesuatu tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang yang diberi amanah untuk menjalankan dan menjelaskan apakah impak dari kebertanggungjawabannya.

Dalam kes pemilik syarikat Sanlu, sewajarnya dia dipenjarakan kerana syarikat itu adalah miliknya dan segala keputusan syarikat, baik benar atau salah, adalah tanggungjawabnya. Dia sepatutnya melakukan usaha menyaring susu yang dibekalkan oleh orang tengah secara rambang. Arahan seperti ini datangnya dari seorang majikan. Namun dia gagal melaksanakan tanggungjawab sosialnya iaitu mengarahkan siasatan segera dilakukan dan mengeluarkan produknya dari pasaran.

3. Apakah kesan ketiadaan etika perniagaan pada sesebuah syarikat seperti Sanlu Group?

Pertama Skandal susu China 2008 bukan sahaja menjejaskan imej China, malah, juga menjejaskan reputasi produk-produk yang dibuat oleh China. Ini juga menyebabkan pengguna-pengguna menimbulkan perasaan ketakutan dengan produk-produk yang dibuat oleh China.

Page 2: Susu Sanlu

Kedua, Syarikat San Lu telah menyebabkan seluruh dunia berada dalam situasi yang bimbang kerana masyarakat takut termakan makanan yang mengandungi melamine dan kesihatan dijejas atau membawa maut.

Ketiga, Skandal susu China 2008 adalah kes pertama mengenai kematian kanak-kanak di China akibat pengambilan susu yang dicemari kandungan melamine. Skandal ini telah menimbulkan suasana panik terutama di kalangan ibu bapa yang mempunyai bayi. Skandal susu China 2008 yang berlaku di Syarikat San Lu juga telah membongkarkan produk-produk lain yang bercampur melamine.