usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

50
PENDAHULUAN Islam diturunkan bagi menjaga kemaslahatan manusia. Oleh itu berbagai cara dan kaedah yang diwahyukan oleh Allah adalah bertujuan memelihara kepentingan manusia. Antaranya ialah hukuman Qisas dan Hudud. Hukuman ini telah ditentukan bagi kesalahan apa dan kadar hukumannya berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Konsep Hukum Jenayah Islam iaitu Qisas, Hudud, Diyat dan Ta’zir sememangnya adalah paling tepat dan bersesuaian dengan umat Islam. Semua undang-undang yang diperintahkan oleh Allah bertujuan untuk membentuk akhlak manusia supaya berasa insaf dengan kesalahan yang dilakukan. Justeru itu, tugasan ini akan menerangkan lebih lanjut dan secara mendalam perincian tentang : Konsep Hukum Jenayah Islam ( Qisas dan Hudud) Jenis-jenis pembunuhan dan hukumannya. Maksud, pensabitan dan hukuman salah satu jenayah Hudud : Mencuri Kebaikan pelaksanaan Hukum Qisas dan Hudud. 1

Upload: cikdon116

Post on 19-Jun-2015

1.256 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tulisan jawi utk ayat-ayat al-Qur'an tidak dpt dipamerkan.segala kesulitan,harap maaf.

TRANSCRIPT

Page 1: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

PENDAHULUAN

Islam diturunkan bagi menjaga kemaslahatan manusia. Oleh itu

berbagai cara dan kaedah yang diwahyukan oleh Allah adalah bertujuan memelihara

kepentingan manusia. Antaranya ialah hukuman Qisas dan Hudud. Hukuman ini

telah ditentukan bagi kesalahan apa dan kadar hukumannya berdasarkan ayat-ayat

al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Konsep Hukum Jenayah Islam iaitu Qisas, Hudud, Diyat dan Ta’zir

sememangnya adalah paling tepat dan bersesuaian dengan umat Islam. Semua

undang-undang yang diperintahkan oleh Allah bertujuan untuk membentuk akhlak

manusia supaya berasa insaf dengan kesalahan yang dilakukan.

Justeru itu, tugasan ini akan menerangkan lebih lanjut dan secara

mendalam perincian tentang :

Konsep Hukum Jenayah Islam ( Qisas dan Hudud)

Jenis-jenis pembunuhan dan hukumannya.

Maksud, pensabitan dan hukuman salah satu jenayah Hudud : Mencuri

Kebaikan pelaksanaan Hukum Qisas dan Hudud.

1

Page 2: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

1.1 Hukum Jenayah Islam : Qisas

Pengertian Qisas

Qisas bermaksud sama, seimbang, setara. Dari segi bahasa, Qisas

ialah memotong. Dapat difahami di sini bahawa Qisas adalah hukuman yang

sama rata, seimbang untuk kedua-dua pihak, dan setara.

Menurut Dr. Wahbah Zuhaili (2004) Qisas dari sudut bahasa beerti

perturutan kesan dan ia digunakan dengan makna pembalasan kerana orang

yang menjalankan Qisas akan menurut kesan jenayah seseorang

penjenayah, lalu memperlakukannya sama seperti jenayahnya. Ia juga beerti

bersamaan. Daripada pengertian ini pembalasan Qisas dipakai menurut

syara’. Ia adalah membalas penjenayah sama seperti perbuatannya iaitu

bunuh.

     Pandangan Hashim Mehat.( t.thn), dari segi bahasa Qisas bermaksud

memotong dua secara sama banyak seperti gunting memotong kain atau

kertas secara sama banyak atau sama ukuran luasnya. Manakala dari segi

istilah pula, Qisas bermaksud hukuman balas yang boleh disamakan dengan

"law of retailiation" atau "law of revenge or Vengeance."

Dari segi sudut syara’ pula, hukuman yang ditetapkan oleh syarak

melalui nas-nas al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-

kesalahan yang melibatkan hak individu. Dari sudut perundangan Islam,

takrifan Qisas merujuk kepada suatu undang-undang yang wajib

dilaksanakan untuk menunaikan hak manusia.

Qisas ialah kesamaan dan adil, dinamakan qisas ialah untuk mengadili

pihak1. Ahmad Fathi Bahansi (1983) berkata qisas diambil dari perkataan

"qassa" yang memberi maksud mengikut.  perbuatannya iaitu membunuh.

1). Al-Qurtubi dalam Kitab Jami’ al-Ahkam al-Qur’an.

2

Page 3: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Qisas juga diertikan sebagai kesalahan yang dikenakan hukuman

balas iaitu membunuh dibalas dengan bunuh (hutang nyawa dibayar dengan

nyawa), menghilangkan salah satu dari anggota orang lain, atau

melukakannnya, atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut

jenis kesalahan yang dilakukannya. (Kitab al-Fiqhu`alal Mazahibil Aba`ah:

5/244)

 

Inilah dia definasi qisas secara umum. Ianya satu hukuman yang

dikenakan dengan balasan yang seimbang. Sebagai contohnya, kalau ia

melibatkan pembunuhan, maka ia akan dibalas dengan bunuh. Kalau ia

melibatkan kehilangan anggota badan, maka balasannya juga adalah

menghilangkan anggota badan si penjinayah yang terbabit.2

 

Hukuman Qisas

Dalam qanun jinayah syar`iyah, hukuman Qisas adalah seperti

hukuman Hudud, iaitu hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah dan

RasulNya dengan berlandaskan nas-nas al-Qur’an dan hadis Rasulullah

s.a.w. kerana melakukan kesalahan-kesalahan yang melibatkan hilang nyawa

seseorang manusia atau binasa tubuh badan mereka.

Orang yang wajib dikenakan hukuman Qisas adalah tertakluk di bawah

kesalahan-kesalahan berikut:

i. Orang yang membunuh manusia dengan sengaja.

ii. Orang yang menghilangkan salah satu anggota badan orang lain

dengan sengaja.

iii. Orang yang melukakan atau mencederakan anggota badan orang

lain dengan sengaja.

Hukuman orang yang melakukan pembunuhan.

2 ). http://alkhatab.tripod.com/bah1bab3qisasfasal1pembunuhanper98103/

3

Page 4: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Mengikut peruntukkan yang disebutkan dalam qanun jinayah syar`iyah,

mereka yang melakukan pembunuhan wajib dikenakan ke atasnya hukuman

qisas, iaitu pembunuh tadi dibalas dengan hukuman bunuh. Hukuman ini

adalah berlandaskan firman-firman Allah Taala berikut:

a) Firman Allah Taala yang bermaksud: Wahai orang-orang yang

beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman Qisas (balasan yang

seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh. (al-Baqarah : 178)

 

b) Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan di dalam hukuman Qisas itu

ada jaminan kehidupan bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran

supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah : 179)

 

Jenis-jenis pembunuhan

Dalam undang-undang jinayah syar`iyah, pembunuhan terbahagi kepada tiga

jenis:

1)       Pembunuhan dengan sengaja (qatlul amdi).

2)      Pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlul syabhil `amdi).

3)      Pembunuhan yang tidak sengaja (qatlul khata`)

Kesalahan-kesalahan di bawah Hukuman Qisas

4

Page 5: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Qisas terbahagi kepada dua iaitu membunuh dan mencederakan.

Membunuh pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu membunuh

dengan sengaja, separuh sengaja dan tidak sengaja. Ketiga-tiga kategori ini

juga termasuk di dalam kesalahan hudud. Dalam konteks kecederaan

ini,hatta luka-luka kecil sekalipun perlu diqisas juga.Ini bersandarkan dalil

surah al-Maidah ayat 45.

Terdapat perbezaan yang amat ketara antara Hudud dan Qisas dari

segi pelaksanaan. Hukuman Hudud bersifat kekal. Tiada siapa pun boleh

mengurang, menambah atau membatalkan hukuman tersebut sekiranya si

tertuduh telah sabit kesalahannya. Namun bagi kes Qisas, hukumannya boleh

digugurkan sekiranya mendapat pengampunan daripada si mangsa. Ini

kerana dalam Hukuman hudud hak Allah adalah lebih menonjol daripada hak

manusia, sementara dalam Qisas pula hak manusia lebih menonjol daripada

hak Allah.Yang dimaksudkan dengan hak Allah di sini adalah hak masyarakat

umum atau orang ramai. Satu perkara yang menarik dalam hukuman Qisas

adalah si pesalah boleh merayu kepada si mangsa untuk menggantikan

hukuman qisas dengan diat. Diat di sini adalah ganti rugi ataupun pampasan

dalam jumlah tertentu kepada si mangsa.3

3 ). http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/1_1354.html

5

Page 6: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

1.2 Hukum Jenayah Islam : Hudud

Pengertian

Perkataan hudud adalah kata jamak dari kata hadd. Pada dasarnya,

hadd bererti pemisah antara dua hal atau yang membezakan antara sesuatu

dengan sesuatu yang lain. Dalam pengertian ini, boleh juga diertikan dinding

rumah atau batas-batas tanah.

Menurut pengertian bahasa, hadd bermaksud untuk mencegah, atau

menyekat di antara dua perkara atau benda, dan ia juga membawa maksud

halangan. 4

Dari sudut makna bahasa, hadd bererti cegah. Hukuman-hukuman

yang dijatuhkan kepada pelaku-pelaku maksiat disebut hudud kerana

hukuman tersebut dimaksudkan untuk mencegah agar orang yang dikenakan

hukuman tidak lagi mengulangi perbuatan yang sama yang menyebabkan dia

dihukum. Hadd juga bererti kemaksiatan itu sendiri, sebagaimana firman Allah

S.W.T5 ;

Maksudnya : ………Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu

menghampirinya. demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya

kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. (al-Baqarah : 187)

Menurut istilah syara’ pula, hadd adalah pemberian hukuman dalam

rangka hak Allah.6

4 ).

5 ). Sayid Sabiq (2001), Fiqih Sunnah Jilid 9-11, Kuala Lumpur : Victory Agencie, h.13.6 ). Bahawa telah ditetapkan hukuman tersebut demi kemaslahatan masyarakat dan demi terpeliharanya ketenteraman umum. Ini merupakan sebahagian tujuan agama Islam sendiri. Oleh sebab hukuman hudud didasarkan atas hak Allah, maka ia tidak boleh digugurkan oleh mana-mana pihak baik individu ataupun

6

Page 7: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Hudud menurut istilah umum ialah hukuman tertentu terhadap

perbuatan jahat, iaitu suatu bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk

dan kadarnya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. dan syara’ dan ia mestilah

dilaksanakan untuk menjaga hak Allah S.W.T. dan kepentingan masyarakat

awam.

Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan oleh Allah

dalam al-Qur’an dan hadith. Hukuman ini adalah hak Allah. Ia tidak boleh

ditukar ganti dan tidak boleh diubahsuai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak

boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yang melanggar peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan Allah dan rasul-Nya adalah golongan orang

yang zalim. Buktinya ialah firman Allah iaitu ;

Maksudnya : ………. Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu

melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah,

maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah : 229).

Kesalahan-kesalahan yang dikenakan Hukuman Hadd

Al-Qur’an dan Sunnah telah menetapkan hukuman tertentu untuk kesalahan-

kesalahan tertentu. Kesalahan-kesalahan tersebut disebut sebagai dosa yang

mengharuskan adanya hukuman.

Kesalahan-kesalahan tersebut :

1. Mencuri

masyarakat.

7

Page 8: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Mencuri ialah memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan

atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk

menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.Mencuri merupakan

perbuatan keji yang ditegah sama sekali. Orang yang didapati bersalah

kerana mencuri akan dipotong tangannya. Firman Allah ;

Maksudnya : Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka (hukumannya)

potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang

mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.

dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(al-Maidah : 38).

2. Merompak ( hirabah)

Merompak ialah keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk

mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

Hukuman terhadap mereka yang merompak, sebagaimana dalam al-Qur’an ;

8

Page 9: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Maksudnya : Sesungguhnya balasan bagi orang-orang yang memerangi Allah

dan RasulNya serta membuat kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas

bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau

disalib (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan

kaki secara bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang dari

negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman

yang demikian itu adalah suatu kehinaan bagi mereka di dunia dan di akhirat

kelak mereka akan beroleh azab seksa yang amat besar . (al-Maidah : 33)

3. Berzina

Zina ialah melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut

hukum syarak atau persetubuhan haram secara sengaja yang dilakukan oleh

orang yang mukallaf pada kemaluan manusia tanpa hak milik yang sah pada

hukum dan persetubuhan cara haram.

Hukuman bagi penzina,bagi lelaki dan perempuan masih belum

berkahwin, hukuman sebatan dikenakan ke atas mereka. Sekiranya penzina

itu, lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin dan bercerai, masing-

masing duda dan janda, hukuman yang dikenakan ialah rejam. Ini

berdasarkan firman Allah S.W.T :

9

Page 10: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara

perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara

kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. kemudian kalau

keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka

kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka

sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan

keluar (dari hukuman itu). (an-Nisa’ : 15)

4. Menuduh orang berzina (qazaf)

Bagi orang yang menuduh orang lain berzina dikenakan hukuman

sebat sebanyak lapan puluh kali. Firman Allah ;

Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada

perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak

membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan lapan puluh

kali sebatan dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka itu selama-

lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (an-Nur : 4).

5. Murtad (riddah)

Jelas melalui firman Allah di bawah bahawa orang yang murtad ialah

orang yang berpaling dari agama Islam dan menjadi kafir.

10

Page 11: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Maksudnya : ……Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)

dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka

orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di

dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka yang kekal mereka di

dalamnya (selama-lamanya).(al-Baqarah : 217)

6. Minum arak

Menurut definisi yang diberikan oleh jumhur ulama’, arak ialah segala

bahan yang memabukkan sebab meminumnya, baik yang diproses melalui

buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau sebagainya, baik

memabukkan dengan meminumnya ataupun tidak, minumnya sedikit atau

banyak.

Hukuman bagi orang yang mabuk adalah dikenakan sebatan lapan

puluh atau empat puluh sebatan. Setiap minuman yang memabukkan adalah

haram dan najis. Walaupun diminum sedikit dan tidak memabukkan.

Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Tiap-tiap sesuatu yang jika diminum banyak boleh memabukkan,

maka sedikitpun haram.”7

“Setiap benda yang memabukkan itu adalah arak. Dan setiap arak itu

adalah haram.” 8.

Firman Allah S.W.T ;

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,

dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang

7 ). Hadith riwayat An-Nasaai dan Abu Daud.

8 ). Riwayat Ibn Umar.

11

Page 12: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu,

hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.(al-Maidah : 90)

2.1 Qisas : Jenis-jenis dan hukumannya

Pembunuhan ada 3 jenis :

1. Membunuh secara sengaja (Qatlul ‘amad)

2. Pembunuhan seumpama sengaja (Qatlul syibhul ‘amad)

3. Pembunuhan secara tidak sengaja (Qatlul Khatha’)

1. Membunuh secara sengaja (Qatlul ‘amad)

Pembunuhan secara sengaja bermaksud seseorang membunuh orang

lain dengan sesuatu yang pada umumnya dapat membunuh orang lain; atau

seseorang memperlakukan orang lain yang pada umumnya perlakuan itu

dapat membunuh orang lain. Pembunuhan secara sengaja ada tiga jenis :

Pertama :

Memukul dengan alat yang biasanya dapat membunuh seseorang.

Misalnya pedang, pisau tajam, pistol, dan sesuatu yang biasanya dapat

digunakan untuk membunuh.

Atau memukul orang dengan benda berat dan besar yang boleh

mengakibatkan terbunuhnya orang, seperti benda-benda dari besi.

Contohnya, kayu yang berat, batu besar atau kayu yang besar dan lain-lain.

12

Page 13: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Pembunuhan yang dinyatakan merupakan jenis pembunuhan secara

sengaja dan dikenakan hukuman pembunuhan secara sengaja.

Kedua :

Membunuh seseorang dengan alat yang biasanya tidak dapat

membunuh seseorang, akan tetapi ada indikasi lain yang umumnya boleh

menyebabkan terbunuhnya seseorang. Seperti tongkat yang di dalamnya ada

besi yang berat, atau di kepalanya ada paku yang besar.

Atau pemukulannya dilakukan secara berulang-ulang yang biasanya

dapat membunuh seseorang, seperti dengan batu yang dilemparkan

berulang-ulang, yang umumnya boleh membunuh seseorang, atau batu yang

pinggirnya dibuat lancip seperti pisau. Semua ini dianggap bahagian dari jenis

pembunuhan secara sengaja.

Diriwayatkan dari Anas: "Seorang Yahudi telah menyepit kepala

seorang perempuan dengan dua batu. Kemudian ditanyakan kepadanya,

siapa yang melakukan hal ini? Ia menjawab, "Si fulan atau fulan, hingga

menyebut nama seorang Yahudi". Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau

telah menyepit kepalanya?" Yahudi itu akhirnya mengakui perbuatannya.

Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk menyepit kepala Yahudi itu

dengan dua buah batu."

Ketiga :

Memperlakukan seseorang dengan suatu perbuatan yang biasanya

perbuatan itu dapat membunuh seseorang, seperti mencekik lehernya,

13

Page 14: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

menggantung lehernya dengan tali, atau melemparkan seseorang dari tempat

yang tinggi, seperti dari puncak gunung atau bangunan-bangunan yang tinggi,

dilempar dari kapal terbang, atau menenggelamkan seseorang ke dalam laut,

atau melempar seseorang ke dalam api. Perlakuan tersebut boleh juga

dengan cara memenjarakan seseorang di suatu tempat dan tidak diberi

makan dan minum hingga batas waktu yang seseorang tidak mungkin

bertahan dan akhirnya mangsa meninggal. Perbuatan lainnya adalah seperti

memberikan minuman beracun, atau perbuatan-perbuatan lain yang biasanya

boleh menyebabkan terbunuhnya seseorang.

Hukuman Pembunuhan Sengaja

Hukuman bagi pembunuhan secara sengaja, pembunuhnya akan

dibunuh. Dalam kes pembunuhan secara sengaja wajib dijatuhkan qisas bagi

pelakunya, iaitu membunuh si pembunuhnya sebagai balasan atas

perbuatannya membunuh orang dengan sengaja, jika wali orang yang

dibunuh tidak memaafkannya. Apabila ada pengampunan, maka diyatnya

harus diserahkan kepada walinya, kecuali jika mereka ingin bersedekah (tidak

menuntut diyat).

Dalilnya adalah firman Allah s.w.t :

"Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah

memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu

melampaui batas dalarn membunuh". 9

"Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh". 10

9 ). surah al-Israk : 33

10 ). al-Baqarah : 178

14

Page 15: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

"Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu". 11

Qisas adalah sebanding iaitu membunuh si pembunuhnya. Imam

Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Nabi s.a.w.

bersabda :"Barangsiapa yang terbunuh, maka walinya memiliki dua hak boleh

meminta tebusan (diyat) atau membunuh si pelakunya".

Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al-Khaza'iy berkata,

aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa tertumpah darahnya

atau tersakiti, maka dia boleh memilih salah satu dari tiga pilihan, sama ada

qisas (balas bunuh) atau mengambil tebusan (diyad),atau memaafkan, jika

ingin yang keempat, maka kuasailah dirinya (dibuang)".

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pembunuhan yang disengaja wajib kena

qisas kecuali diampunkan oleh wali yang dibunuh".

Persoalan sekiranya orang Muslim membunuh orang kafir

Kafir harbi12 :

Kafir harbi yang tidak diberi jaminan keamanan, maka seorang muslim

atau kafir zimmi, tidak dihukum bunuh kerana membunuh kafir harbi tersebut.

Kafir harbi fi'lan, iaitu orang kafir yang memusuhi negara Islam secara

langsung contohnya suku-suku semasa zaman Rasulullah s.a.w. yang

11 ). al-Baqarah : 179)

12 ). Kafir yang tidak diberi jaminan keamanan mahupun hak-hak umum dari daulah Islam, dan juga tidak ada jaminan khusus bagi orang kafir tersebut dengan kafir zimmi atau dengan kafir musta'min.

15

Page 16: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

mengumumkan perang terhadap mereka. Sebab bagi kafir harbi fi’lan tidak

ada khilaf13 untuk memerangi mereka di mana pun mereka berada.

Kafir ghairu fi’lan, yakni kafir yang tidak memerangi Islam, jika ia bukan

kafir mu'dhid14, maka jika seorang Muslim membunuhnya, maka seorang

Muslim itu tidak dihukum bunuh kerana membunuh orang kafir tersebut. la

hanya menyerahkan diyat yang jumlahnya separuh dari diyat seorang Muslim.

Diriwayatkan dari `Amru bin Syu'aib dari bapanya dan dari datuknya,

bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang kafir separuh diyatnya seorang

Muslim".

Alasannya kerana kita tidak mengumumkan perang terhadap mereka

dan antara kita dengan mereka (kafir harbi) tidak terjadi perang langsung.

Oleh kerana itu, seorang Muslim secara mutlak tidak dibunuh kerana

membunuh kafir harbi yang tidak memiliki perjanjian. Dalilnya, bahawa

Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan dengan jelas dalam hadithnya, bahwa

seorang Muslim dan kafir mu'dhid tidak dibunuh karena membunuh seorang

kafir. Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali r.a, bahwa Nabi s.a.w. bersabda:

"Perhatikan, seorang mukmin tidak dibunuh karena membunuh seorang kafir,

demikian pula kafir yang memiliki perjanjian".

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang muslim tidak dibunuh kerana

membunuh seorang kafir, demikian pula kafir yang memiliki perjanjian".

Maksud dari hadis ini adalah seorang Muslim tidak dibunuh kerana

membunuh orang kafir, sama juga keadaannya seorang kafir yang memiliki

13 ). perbezaan pendapat14 ). orang kafir yang berada dalam perjanjian dengan negara Islam

16

Page 17: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

perjanjian (kafir harbi yang terikat dengan perjanjian, baik kafir yang

mendapat jaminan keamanan, mahupun kafir zimmi). Ini adalah dalil, bahwa

seorang Muslim dan kafir mu'dhid tidak dibunuh kerana membunuh kafir

harbi.

Kafir zimmi atau Kafir musta'min :

Jika ia seorang kafir zimmi, maka ia memperoleh perlakuan sama

seperti seorang muslim dalam hal penjagaan terhadap darah, harta, dan

kehormatannya. Darah mereka haram atas kaum Muslim, seperti halnya

darah seorang Muslim.

Imam Bukhari meriwayatkan dari 'Abdullah bin `Amru dari Nabi s.a.w

bersabda: "Barangsiapa yang membunuh kafir mu'ahid, maka dia tidak akan

mencium bau syurga, padahal bau syurga tercium dari jarak 40 tahun

perjalanan".

Imam Tirmidzi meriwayatkan dalam Shahihnya dari Abu Hurairah, dari

Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda: "Perhatikanlah, barangsiapa

membunuh kafir mu'ahid, maka ia mendapat celaan dari Allah dan RasulNya.

Sungguh aku berlindung dari celaan Allah, dan ia tidak akan mencium bau

syurga, padahal bau syurga tercium dari jarak 40 tahun perjalanan".

Dua hadis ini jelas menunjukkan keharaman membunuh kafir mu'ahid

dan zimmi, dan memberi ancaman yang keras atas pembunuhan yang

menimpa kafir mu'ahid dan kafir zimmi, kerana terdapat hadis-hadis yang

menunjukkan bahawa orang yang melakukan perbuatan itu akan kekal di

dalam neraka dan diharamkan syurga ke atasnya.

17

Page 18: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

2. Membunuh seumpama sengaja ( Qatlul syibhul ‘amad )

Membunuh seumpama sengaja adalah pembunuhan yang sengaja

dilakukan tetapi menggunakan alat yang umumnya tidak secara pasti dapat

membunuh seseorang. Perbuatannya itu hanya untuk menyeksa seseorang

sahaja atau untuk memberi pelajaran tetapi melampaui batas (lupa diri).

Seperti memukul dengan tongkat, cemeti, kerikil, tangan kosong atau dengan

sesuatu yang umumnya tidak boleh mematikan dan tidak ada indikasi lain

yang pada umumnya juga boleh menyebabkan kematian. Jika seseorang

terbunuh dengan cara seperti ini, maka pembunuhan ini tergolong

pembunuhan seumpama sengaja. la sengaja memukulnya akan tetapi tidak

untuk membunuhnya.

Disebut juga 'amad al-khatha', atau khatha' al-'amad, kerana ada unsur

sengaja dan tidak sengaja. Pelakunya sengaja melakukan, dan tidak sengaja

pula membunuhnya. Abu Hurairah berkata: "Dua orang perempuan dari suku

Hudzail saling membunuh, salah satunya melempar pihak yang lain dengan

batu. Kemudian terbunuhlah seseorang di antaranya beserta janin yang ada

di dalam perutnya".

Rasulullah s.a.w. menetapkan bahawa diyat janinnya adalah

membebaskan seorang kanak-kanak lelaki atau seorang kanak-kanak

perempuan dan menetapkan diyat bagi perempuan itu kerana

ketidaksengajaannya.

18

Page 19: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Hukuman Membunuh Seumpama Sengaja

Pelaku yang membunuh seumpama sengaja wajib membayar diyat

iaitu menyerahkan 100 ekor unta dan 40 ekor di antaranya mestilah yang

bunting. Hadd (hukuman) ini didasarkan pada riwayat Imam Ahmad dan Abu

Daud dari `Amru bin Syu'aib dari bapanya dan dari datuknya bahawa Nabi

s.a.w. pernah bersabda: "Diyat pembunuhan seumpama sengaja sangat berat

seperti pembunuhan secara sengaja, tetapi pelakunya tidak dibunuh. Hal itu

supaya syaitan jauh dari manusia sehingga tidak ada balas dendam atau

pengangkatan senjata".

Imam Bukhari meriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Amr bahawa Rasulullah

s.a.w. bersabda: "Perhatikanlah, orang yang terbunuh seumpama sengaja

atau terbunuh kerana cemeti, atau tongkat, maka diyatnya adalah 100 ekor

unta, dan 40 ekor di antaranya sedang mengandung".

Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke atas keluarga

pembunuh membayar diyat mughallazah (denda yang berat) dengan secara

beransur-ansur selama tiga tahun.

Diyat itu boleh dibayar selama 3 tahun dengan ansuran setiap tahun

1/3nya.15

15 ). http://alexandre-alfian.blogspot.com/2010/01/definisi-jinayat.html

19

Page 20: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

3. Membunuh secara tidak sengaja ( Qatlul Khatha’ )

Maksudnya : Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin

membunuh seorang mukmin yang lain kecuali dengan tidak sengaja dan

sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka

(wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba

yang beriman serta membayar ‘diyat’ (denda ganti nyawa) yang diserahkan

kepada ahlinya (keluarga si mati) kecuali jika mereka sedekahkan

(memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari

kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah

si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang

hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja

itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan

mereka, maka wajiblah membayar ‘diyat’ (denda ganti nyawa) kepada

keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam

pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan

dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut;

(hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat

20

Page 21: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

(membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

Bijaksana. (an-Nisa’ : 92)

Pembunuhan secara tidak sengaja bermaksud pembunuhan yang tidak

ada unsur membunuh ialah perbuatan yang tidak ditujukan kepada seseorang

tetapi seseorang mati kerana perbuatannya.

Pembunuhan secara tidak sengaja juga bermaksud ialah perbuatan

seseorang yang diharuskan baginya untuk melakukannya yang tidak

ditujukannya kepada seseorang yang lain.16

Contoh pembunuhan secara tidak sengaja :

Apabila seseorang berada di dalam hutan melempar batu tiba-tiba

orang yang terkena batu tersebut mati.

Apabila seseorang mengundurkan kereta dan ternyata membunuh

seseorang yang ada di belakangnya.

Apabila seseorang ingin membunuh seseorang akan tetapi ternyata

mengenai orang lain, dan akhirnya orang lain yang menjadi korban(terbunuh).

Pembunuhan seperti ini termasuk pembunuhan yang tidak disengaja.17

Pemburu yang menembak seekor rusa, lalu terkena manusia, maka

orang itu pun mati disebabkan tembakan itu.

16 ). http://alkhatab.tripod.com/bah1bab3qisasfasal1pembunuhanper1041063/17 ). http://www.bicaramuslim.com/bicara7/index.php?sid=178414fd5d552dd5fef2436d23095e94

21

Page 22: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Seseorang menggali sebuah perigi, lalu terjerumus masuk manusia ke

dalam perigi itu, maka orang itu pun mati di dalamnya.

Seseorang memasang jaring atau perangkap di tempat yang tidak

dilalui oleh manusia untuk menangkap binatang buruan, lalu tersangkut atau

terperangkap manusia di dalam jaring atau perangkap tadi, dan orang itu pun

mati di dalamnya.

Maka dalam kes ini kesemua orang yang mati dan terbunuh dalam

kemalangan yang disebutkan di atas adalah termasuk dalam kes

pembunuhan yang tersalah (qatlul khata`) yang tidak boleh dikenakan

hukuman qisas ke atas orang yang memasang jaring atau perangkap itu.

Keadaan tertentu dalam masalah pembunuhan secara tidak sengaja :  

1. Apabila kita sebut pembunuhan yang tersalah atau pembunuhan secara

tidak sengaja, walaupun hukuman qisas tidak dikenakan, tetapi sekiranya

berlaku seorang anak tersalah membunuh ayah atau ibunya, maka harta

pusaka ayah atau ibunya tadi terhalang. Maknanya, anak tersebut tidak

boleh mewarisi harta pusaka daripada ayah atau ibunya yang dibunuh

secara tidak sengaja.

 

2. Termasuk juga dalam kes pembunuhan yang tersalah atau pembunuhan

secara tidak sengaja (qatlul khata`) ialah pembunuhan yang dilakukan

dengan sengaja oleh orang yang bukan mukhallaf18 contohnya seorang

18 ). kanak-kanak dan orang gila

22

Page 23: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

kanak-kanak, atau seorang yang gila memukul atau menetak, atau

menembak orang yang lain, lalu orang itu mati disebabkan pukulan, atau

tetakan atau tembakan kanak-kanak atau orang gila tadi, maka

pembunuhan ini juga adalah termasuk dalam kes pembunuhan yang

tersalah atau pembunuhan secara tidak sengaja (qatlul khata`) yang tidak

boleh dikenakan hukuman qisas ke atas kanak-kanak dan orang yang gila

itu.

 

Hukuman pembunuhan dengan sengaja

Dalam nas al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w, hukuman yang wajib

dikenakan ke atas orang yang melakukan pembunuhan dengan sengaja

(qatlul `amdi) adalah tertakluk ke atasnya empat jenis hukuman:

a)      Qisas atau kemaafan dari warisnya orang yang dibunuh.

b)      Dosa (azab)

c)      Kifarah

d)      Terhalang daripada mewarisi dan menerima wasiat dari orang yang

dibunuh, sama ada pembunuhan itu sengaja atau tidak sengaja.19

2.2 Jenayah Hudud : Mencuri

Islam sememangnya melindungi harta kerana harta adalah tunjang

kepada kehidupan. Islam juga melindungi hak milik individu dan tidak boleh

19 ). Op.Cit

23

Page 24: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

dicuri hartanya dari bukan pemiliknya. Dengan demikian, Islam sesungguhnya

melarang keras dan tidak menghalalkan seseorang merampas hak milik

orang lain dengan apa cara sekalipun. Justeru, Islam telah mengharamkan

perbuatan mencuri, merampas, meragut, menipu, riba’, rasuah, mengurangi

timbangan dan sebagainya. Islam menganggap semua perbuatan yang

disebutkan atau yang ditegah oleh Islam adalah mengambil hak milik orang

lain merupakan suatu kejahatan atau dikira dosa dan memakan hak milik

orang lain adalah haram.

Islam memberi hukuman berat atas perbuatan mencuri iaitu hukuman

potong tangan terhadap pencuri. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T ;

Maksudnya : Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka (hukumannya)

potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang

mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.

dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(al-Maidah : 38).

Definisi mencuri

Mencuri ialah mengambil barang orang lain secara sembunyi-

sembunyi. Mencuri menurut bahasa iaitu memindahkan secara bersembunyi

harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan

niat untuk menhilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

24

Page 25: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Contonya mencuri dengar yang pernah berlaku dan dinyatakan di

dalam al-Qur’an ;

Maksudnya : Kecuali syaitan yang mencuri dengar percakapan (malaikat di

langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang

nyata kelihatan.(al-Hijr : 18).

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula mencuri ialah mengambil hak

orang dengan tidak setahu atau dengan tidak mendapat kebenaran orang

yang empunya. Kedua, mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu

secara sembunyi-sembunyi atau curian barang atau apa-apa yang dicuri;

hasil mencuri.20

Ibnu Arafah berkata : Pencuri menurut orang Arab adalah orang yang

datang dengan sembunyi-sembunyi ke tempat simpanan barang orang lain

untuk diambil simpanan itu.

Persamaan definisi menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Ibnu

Arafah, mencuri mempunyai tiga unsur ;

i. Mengambil hak orang lain.

ii. Cara mengambilnya secara sembunyi-sembunyi.

iii. Milik orang lain itu berada di tempat penyimpanan.

Pensabitan hukuman mencuri

Jenis-jenis pencurian

Pencurian terbahagi kepada dua jenis ;

i. Pencurian yang ada keraguan padanya.

ii. Pencurian yang harus dikenakan hukuman hadd.

20 ). http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=curi

25

Page 26: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Pencurian yang ada keraguan padanya ialah pencurian yang syarat-syarat

untuk dijatuhkan hukuman hadd tidak cukup. Oleh sebab tidak cukup syarat

dijatuhkan hukuman hadd maka pencuri itu dikenakan keraguan ke atasnya sahaja.

Rasulullah s.a.w. telah memberi keputusan pada hukum pencuri buah-buahan yang

masih berbuah di pohonnya dan pencuri kambing di tempat ternakan.

Pencurian buah-buahan yang masih berbuah di pohonnya, Rasulullah s.a.w.

telah membebaskan hukum potong tangan ke atas pencuri tersebut di mana pencuri

buah-buahan itu telah memakan buah itu tanpa membawa pulang semasa pencuri

itu sangat memerlukan buah tersebut disebabkan dia lapar atau ketiadaan duit, oleh

yang demikian pencuri itu tidak dikenakan apa-apa hukuman. Namun sekiranya,

pencuri itu membawa pulang buah itu maka dia dikenakan hukuman dan dikenakan

tanggungan buah-buahan dua kali ganda dari apa yang dicuri.21

Pencurian kambing di tempat ternakan, Rasulullah s.a.w memutuskan agar

bayaran balik dua kali ganda ke atas kambing yang dicuri. Malahan, pencuri tersebut

haruslah disebat bagi peringatan untuk dirinya dan pengajaran bagi orang lain.

Rasulullah juga memutuskan agar pencurian kambing dari kandangnya disabitkan

dengan hukuman potong tangan apabila kambing yang dicurinya telah mencapai

satu nisab.22Penjelasan ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Nasa’I dan Imam

Hakim.

Namun bagi kes pencurian yang dikenakan keraguan padanya, hukumannya

adalah di bawah kuasa qadhi (pemerintah)

Pencurian yang harus dikenakan hukuman hadd pula terbahagi kepada dua

iaitu pencurian sughra23 dan pencurian kubra24.

Syarat-syarat Melaksanakan Hukuman :

i. Pencuri telah baligh (cukup umur).

21 ). Ibid,Fikih Sunnah , h. 201.22 ). Ibid, h. 202.23 ). Kecil : yang mana wajib dikenakan hukuman potong tangan.24 ). Besar: yang mana disebut merompak yakni hirabah yang dibincangkan dalam hukum hudud yang lain.

26

Page 27: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

ii. Pencuri sempurna akal, bukannya orang gila.

iii. Sebab mencuri bukan kerana terlalu lapar atau terlalu miskin.

iv. Harta yang bernilai dan ada pemiliknya.

v. Mencuri dengan kehendak sendiri, bukannya dipaksa.

Sifat-sifat barang curian

Terdapat dua keadaan barang curian ;

1. Barang curian yang bernilai, boleh dipindahkan milikkan kepada orang

lain dan halal dijual.

Terdapat beberapa perkara yang dikhilafkan mengenai barang curian ;

i. Pencuri arak dan babi tidak boleh dikenakan hukuman potong tangan

walaupun arak dan babi itu dimiliki oleh kafir zimmi kerana memiliki dan

menggunakan arak dan babi sama ada pemilikannya ke atas orang

Islam mahupun kafir zimmi adalah jelas diharamkan Allah.

ii. Pencuri alat muzik seperti gitar, piano, seruling dan lain-lain lagi tidak

dikenakan hukuman potong tangan kerana alat-alat ini sebenarnya

tidak boleh digunakan dalam Islam. Namun ada sebahagian pendapat

ulama’ membolehkan alat-alat muzik digunakan tetapi pencuri alat-alat

tersebut tidak dikenakan hukuman hadd. Alasannya kerana terdapat

syubhah dalam masalah ini dan syubhah boleh menggugurkan hadd.

iii. Mengenai pendapat pencuri itu masih kecil yang merdeka dan belum

mumayyiz, menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi’e mengatakan,

27

Page 28: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

tidak ada hukuman bagi pencuri kanak-kanak yang merdeka dan belum

mumayyiz kerana tidak menepati syarat-syarat untuk dilaksanakan

hukuman.

iv. Imam Malik mengatakan bahawa orang yang mencuri anak kecil yang

merdeka tetap dijatuhkan hukuman potong tangan kerana anak kecil

dianggap harta yang berharga. 25

v. Pencuri mashaf, menurut Imam Abu Hanifah pencurinya tidak

dikenakan kerana mashaf dianggap hak milik bersama dan semua

orang mempunyai hak terhadap mashaf itu. Imam Malik, Imam Syafi’e,

Abu Tsaur, Abu Yusuf dan Ibnu Munzir berpendapat pencuri mashaf

tetap dihukum potong tangan apabila harga mashaf dikira mencapai

satu nisab.

2. Barang curian yang mencapai satu nisab, satu nisab dikira tetapan

untuk menegakkan hukum hadd. Barang curian ini semestinya barang yang

bernilai untuk dijual atau digunakan.

Walau bagaimanapun, para ulama’ berbeza pendapat mengenai

ukuran satu nisab ini. Jumhur ulama’ berpendapat hukuman potong tangan

tidak boleh dijalankan kecuali dalam pencurian;

Satu per empat (¼) dinar emas

Tiga dirham perak

Atau barang yang sebanding dengan harga ¼ dinar emas atau

tiga dirham perak.

25 ). Ibid, h. 210.

28

Page 29: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Menurut pendapat Ahnaf, satu nisab dalam pencurian yang diharuskan

hukuman potong tangan adalah sepuluh dirham ke atas. Jadi, barang yang

dicuri sekiranya di bawah nilai sepuluh dirham tidak dikenakan hukuman

tersebut. Ini berdasarkan keterangan yang diriwayatkan oleh Baihaqi,

Thahawi dan Nasa’I dari Ibnu Abbas dan Amru bin Syu’iab.

Akan tetapi, Hasan Basri dan Daud Az-Zhahiri berpendapat bahawa

hukuman potong tangan itu adalah pada setiap pencurian baik di atas atau di

bawah nilai satu nisab. Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ,

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah melaknati pencuri. Pencuri telur

dihukum potong tangan dan pencuri unta dipotong tangan.”

Mengenai pendapat Hasan Basri dan Daud, jumhur ulama’ memberi

jawapan bahawa A’masy telah meriwayatkan hadis yang menjelaskan

maksud ‘baidhah’ dalam hadis di atas ialah ‘topi diperbuat dari besi’ untuk

berperang bukannya ‘telur’. Nilai topi tersebut sememangnya lebih tinggi dari

harga telur. Mengenai unta yang dinyatakan ialah harga yang sebanding

dengan unta ialah beberapa dirham.

Satu per empat dinar itu mempunyai nilai khusus iaitu tiga dirham.

Semasa zaman Rasulullah s.a.w, satu dinar bersamaan dua belas

dirham.26Abu Hanifah berpendapat bahawa satu nisab yang dijatuhkan

hukuman potong tangan ialah sepuluh dirham atau satu dinar atau sebanding

nilai tersebut.

Pelaksanaan hadd pencuri

1. Pihak yang dicuri barangnya menuntut ;

26 ). Imam Syafi’e dalam kitab Raudhah.

29

Page 30: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Hadd mencuri tidak dilaksanakan kecuali ada pihak yang dicuri

barangnya menuntut atau tuan empunya barang menuntut barang yang telah

dicuri.

2. Dua orang saksi yang adil atau ;

3. Pengakuan dari pencuri itu (iqrar), cukup hanya sekali pengakuan;

Menurut Imam Malik, Nabi Muhammad s.a.w telah menjatuhkan

hukuman potong tangan terhadap pencuri barang milik Sofwan dan di dalam

sumber ini tidak dinyatakan Baginda menyuruh agar pencuri tersebut

mengaku lebi dari sekali.

Imam Ahmad, Ishak dan Ibnu Abi Laila berpendapat haruslah pencuri

itu membuat pengakuan dua kali bagi dijatuhkan hukuman ke atasnya.

Hukuman mencuri

Sekiranya pencuri tersebut menepati syarat-syarat untuk dilaksanakan

hukuman ke atasnya maka perlu ditegakkan hadd iaitu memotong

pergelangan tangan pencuri berkenaan. Firman Allah ;

Maksudnya : Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka (hukumannya)

potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang

30

Page 31: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.

dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(al-Maidah : 38).

Hukuman ini tidak boleh digantikan dengan hukuman yang lain

ataupun yang lebih ringan daripadanya dan tidak boleh ditunda pelaksaannya.

Sekiranya dia mencuri buat kali kedua, maka potonglah pergelangan kaki

kirinya. Sekiranya dia mencuri lagi, maka hendaklah dipenjara.

Imam Syafi’e mengatakan sekiranya dia mencuri maka potonglah

tangan kirinya, kemudian mencuri lagi potonglah kaki kanannya, sekiranya

masih mencuri lagi masukkanlah ke dalam penjara.

Hikmah hukuman potong tangan

Qadhi ‘Iyadh berkata ;

“Allah menjaga dan melindungi harta dengan mewajibkan memotong tangan

pencurinya dan hukuman itu tidak dijalankan selain kesalahan mencuri seperti

meragut, merompak dan menyamun”.27

3. Kebaikan pelaksanaan Hukum Qisas dan Hudud

Al-Maraghi dalam Tafsirnya pernah berkata ‘Sesiapa yang membenci hukum

berdasarkan firman yang Allah s.w.t. turunkan dan menyembuyikannya, lalu dia

mengambil hukum yang lain, seperti orang Yahudi yang menggantikan hukum rejam

yang dikenakan ke atas penzina yang sudah berkahwin, mukanya akan dicoreng-

coreng dengan arang. Begitu juga mereka yang menyembuyikan hukum rejam ke

atas pembunuh tetapi yang satu lagi akan dikenakan denda penuh atau yang lain

hanya setengah sahaja. Allah s.w.t menetapkan persamaan hukum bagi semua

orang. ’

27 ). Syarah Muslim karangan Imam Nawawi.

31

Page 32: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Syed Qutub pernah menyatakan dalam kitabnya Fi Zilal al-Quran, syariat

Islam menggambarkan suatu sistem yang ditegakkan di atas pengetahuan Ilahi yang

mengetahui hakikat manusia dan keperluan-keperluannya serta mengetahui hakikat

alam tempat manusia hidup. Justeru tiada satu pun daripada urusan kehidupan yang

terluput daripada sistem ini dan tiada suatu percanggahan yang merosakkan berlaku

melalui sistem ini.

Hukuman Qisas dalam kes membunuh orang akan menjamin orang lain terus

dapat hidup dengan aman damai. Manakala hukuman Qisas terhadap anggota

badan yang tersirat di dalam firman Allah mata dengan mata, hidung dengan hidung,

telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan segala luka ada qisasnya adalah

menjamin persamaan dalam hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

dan tentu sekali ianya amat adil dan memuaskan semua pihak.

Melaksanakan hukuman Qisas juga terhadap sama ada terhadap nyawa dan

anggota badan menunjukkan bahawa kemuliaan nyawa manusia dan kesucian

tubuh badannya tidak boleh ditukarganti dengan hukuman lain selain dari hutang

nyawa dibayar dengan nyawa, hutang darah dengan darah (Hashim Mehat.

t.thn).Qisas juga menjamin kelangsungan hidup begitu juga hukuman Hudud yang

diperintahkan oleh Allah. Hukuman qisas diadakan untuk melindungi jiwa yang tidak

berdosa.

Hukuman Hudud yang disyariatkan bertujuan memberi pengajaran dan

peringatan kepada pesalah dan masyarakat supaya tidak lagi mengulangi kesalahan

yang sama. Perkara ini juga dilihat sangat positif untuk diamalkan bahkan tiada

sesiapa pun yang mampu menandingi hukum yang Allah telah tetapkan.

32

Page 33: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah pula sangat bertetapan dengan

kesalahannya seperti mencuri dipotong tangan, ini kerana tangannya yang berbuat

salah dan jika tidak ditegah maka akan berlanjutan kes-kes kecurian. Maka dengan

sebab itulah Allah memerintahkan agar memotong tangan si pencuri. Perintah ini

membawa maksud yang sangat jelas supaya si pencuri berasa insaf untuk tidak lagi

mengulangi kesalahan yang sama dan masyarakat yang melihat tangannya dipotong

akan timbul perasaan gerun untuk melakukan kesalahan yang sama.

Qisas dan Hudud bukanlah sia-sia diperintahkan oleh Allah bahkan

kebaikannya adalah untuk menjamin keharmonian, keamanan dan kesejahteraan

masyarakat dan negara. Selain itu, pembalasan yang setimpal dengan kesalahan

yang telah dilakukan dan untuk menjadi contoh dan teladan kepada individu supaya

tidak melakukan jenayah juga sebagai bukti keadilan dan kebaikan hukuman Allah

s.w.t. Di samping itu, hukuman Islam dijalankan juga bertujuan untuk menjamin

ketenteraman hidup masyarakat serta menjauhkan rasa tidak puas hati, dendam dan

hasad dengki.

Qisas dan Hudud juga mampu dilihat sebagai sesuatu yang sangat baik untuk

dilaksanakan dalam sesebuah pentadbiran kerana ia mampu menolak keburukan,

dosa dan penyakit dari masyarakat, kerana kemaksiatan apabila telah berleluasa

dalam masyarakat maka akan Allah akan menggantikannya dengan bencana dan

musibah menghapuskannya kenikmatan dan ketenangan dan mampu menciptakan

suasana aman dalam masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang berpegang

kuat dengan hukum-hukum Islam. Untuk menjaga hal ini maka solusi terbaiknya

adalah menegakkan dan menerapkan Hudud dan Qisas.

33

Page 34: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

PENUTUP

Secara kesimpulannya, hukum Qisas dan Hudud memang terdapat banyak

kebaikan yang wajar dilaksanakan. Namun, kadang kala terdapat banyak rintangan

dan bantahan untuk merealisasikan hukuman ini.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

konsep hukuman Qisas dan Hudud mempunyai banyak persamaan tetapi perlu

diteliti rangkuman jenayahnya. Hukuman yang disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada

manusia bukanlah sekadar sia-sia sebaliknya untuk menjaga kepentingan dan

menjamin keselamatan serta kebahagiaan manusia untuk hidup di dunia ini.

34

Page 35: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus

Pendek Pengajian Islam 2 (Fiqh 2) dengan jayanya. Namun terdapat banyak

kelemahan yang peru diperbaiki selama menyiapkan kerja kursus ini, antaranya

ialah :

1. Kekangan masa yang sangat terhad

Masa yang diberikan sangat pendek namun seharusnya dibaiki supaya

membuat tugasan lebih awal.

2. Komitmen tugasan lain

35

Page 36: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Sememangnya terdapat lambakan kerja yang perlu disiapkan dan dihantar

pada tarikh yang sama dan menimbulkan kekeliruan untuk menyiapkan sesuatu

tugasan. Namun harus diperbaiki dengan pembahagian tugasan dengan lebih teliti.

3. Sumber-sumber rujukan

Terdapat banyak sumber rujukan yang didapati dan menimbulkan juga

kekeliruan berkenaan tajuk jenayah Hudud iaitu mencuri, namun dapat diatasi

dengan perbincangan bersama-sama rakan-rakan, pensyarah dan mencari

maklumat tambahan di internet.

Keseluruhannya, saya mendapati proses untuk menyiapkan tugasan ini

sangat mencabar dan sememangnya begitu baik kandungan yang diletakkan dalam

tugasan ini. Ini kerana saya semakin mengetahui tentang hukum jenayah dalam

Islam dengna lebih mendalam dan merasakan tajuk ini sangat penting dan menarik.

Dan ia juga dikira menambahkan lagi kefahaman saya berhubung tajuk ini.

BIBLIOGRAFI

Apakah Itu Hukum Hudud. (2001, Mac 13). Diakses pada 25 Mac 2010, dari http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=1475

Alfian. (2010, Januari 10). Definisi Jinayat. Diakses pada 24 Mac 2010, dari http://alexandre-alfian.blogspot.com/2010/01/definisi-jinayat.html

Bah I - Bab 3 - Qisas - Fasal 1 - Pembunuhan - Per 106(4) - 107(2)(i). Diakses pada 25 Mac 2010, dari http://alkhatab.tripod.com/bahibab3qisasfasal1pembunuhanper10641072i/

Fauwaz Fadzil Noor. (2009, May 29). Hukum Kaffarah Pembunuhan Tidak Sengaja. Diakses pada 23 Mac 2010, dari http://fauwazfadzil.blogspot.com/2009/05/hukum-kaffarah-pembunuhan-tidak-sengaja.html

Hukum Jenayah Islam. Diakses pada 26 Mac 2010 dari http://www.tranungkite.cjb.net/Hukum Qisas. Diakses pada 27 Mac 2010, dari

http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=11&t=6954&start=0&st=0&sk=t&sd=a&sid=178414fd5d552dd5fef2436d23095e94

Ilmu Islam ; Jenayah ; Pengertian Jenayah. Diakses pada 24 Mac 2010, dari http://www.islamgrid.gov.my/articles/law/jenayah-pengertian-hukum.php

Mahir Danial, (2009, Disember 21), Fiqh Jenayah : Qisas dan Diyat Menurut Islam dan Undang- Undang Tort Sivil: Suatu Kajian , Diakses pada 25 Mac 2010,

dari http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/1_1354.html

36

Page 37: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

Membunuh mukmin dan hukum Qisas . (2009, Julai 3). Diakses pada 27 Mac 2010, dari http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/07/03/membunuh-mukmin-dan-hukum-qisas/

Nur Dewi Ratih, Rahma Fitriana Sari, Faeruzy Arnandi, Viki Suryo Bawono, Ria Huriah. ( 2008, Jun 5). Hukum Qishash. Diakses pada 24 Mac 2010, dari http://tafany.wordpress.com/2008/06/05/hukum-qishash/

Sayid Sabiq terjemahan oleh Moh. Nabhah Husein. (1987). Fikih Sunnah Jilih 9-11. Kuala Lumpur : Victory Agencie.

Sheikh M. Abdul Athi Buhairi terjemahan oleh Juhan Che Yaman. (2008). Tafsiran Ayat-ayat Yaa Ayyuhal-Laziina Aamanuu. Kuala Lumpur : Al-Hidayah.

Siri 4 Undang2 Jenayah Islam- Qisas,Di'at Dan Takzir . (2009, September 6). Diakses pada 27 Mac 2010, dari http://ibnuzack.blogspot.com/2007/09/siri-4-undang2-jenayah-islam-qisasdiat.html

Tahukah Anda Apa itu Hudud? (2010, Mac 4). Diakses pada 26 Mac 2010, dari http://ekonomisyariat.com/belajar-islam/tahukah-anda-apa-itu-hudud.html

Tengku Zulkarnain. (2009, April 16). Membunuh Tidak Sengaja. Diakses pada 22 Mac 2010, dari http://tengkuzulkarnain.net/index.php/artikel/index/17/Membunuh-tidak-sengaja

Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr. (2009). Majalah Solusi Isu 7. Atlas Al-Quran ; Kisah Nabi Musa. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr. (2009). Majalah Solusi Isu 15. Jinayat ; Pelaksanaan Hukum Berkenaan Qisas. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr. (2009). Majalah Solusi Isu 16. Jinayat ; Qisas selain Nyawa. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.

37

Page 38: usul fiqh. bab hudud(mencuri) dan qisas. sem 2

38