spn21 contoh persediaan mengajar

9

Click here to load reader

Upload: rozaiman-makmun

Post on 10-Jun-2015

1.919 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

dibentangkan semasa Taklimat Kesusasteraan Melayu di Sekolah Randah Rimba II, anjuran Unit Bahsa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Perkembangan Kurikulum, kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

TRANSCRIPT

Page 1: SPN21 Contoh Persediaan Mengajar

LAMPIRAN CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR:PROSES MENGAJARKAN SINOPSIS CERPEN

MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN TUGASAN

[TASK-BASED LEARNING METHOD]

Nama Guru : Rozaiman Makmun

Tahun : Tahun 10 Ceria

Hari dan Tarikh : Isnin, 16 Mac 2009

Masa : 60 minit (8.00 – 9.00 pagi)

Bilangan Pelajar : 25 orang

Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu

Subtajuk : Cerpen Meniti Waktu

Aspek/Isi Pelajaran : Sinopsis cerpen 1-4[disediakan oleh pelajar]

ABB/ABM : Kertas LutsinarProjektor OverhedProjektor LCD

Pengetahuan Sedia : Pelajar sudah mempelajari Ada langkah-langkah dan Teknik

meringkaskan karangan (naratif) dalam Subjek Bahasa Melayu.

Hasil Pembelajaran : Melalui sesi pengajaran ini, pelajar diharapkan mampu meringkaskan cerita dan

menghasilkan sinopsis yang mengandungi

peristiwa-peristiwa penting denganmenggunakan ayat sendiri.

1

Page 2: SPN21 Contoh Persediaan Mengajar

Penyerapan Nilai : Kepimpinan.Bekerjasama.Menghargai pendapat rakan.Nilai dan pengajaran yangterkandung dalam cerpen.

Penyerapan Ilmu : Teknik Meringkaskan.Teknik Membentang.

Gabung Jalin : Mendengar, Bertutur, Membacadan Menulis.Kemahiran Berfikir.Kemahiran Menganalisis.

Buku Rujukan : Sidang Penulis (2002). Meniti Waktu.Bandar Seri

Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pendekatan : Koperatif

Kaedah : Pembelajaran Berasaskan Tugasan

Teknik : Perbincangan dan Bacaan KoperatifImlakAnalisis Teks

Aktiviti : Berbincang dalam kumpulan Menganalisis teksMembentang dapatan

2

Page 3: SPN21 Contoh Persediaan Mengajar

PROSEDUR PENGAJARAN

LANGKAHDANMASA

ISI PELAJARAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

TEKNIK PENYAMPAIANABM/ABB

Induksi Set(10 minit)

PRATUGASAN

Pengajaran dimulakan dengan aktiviti penceritaan semula rancangan filem, TV atau wayang yang pernah ditonton oleh pelajar. Pelajar dipilih secara rawak dan diminta bercerita tentang filem yang pernah ditonton. Aktiviti bercerita ini bertujuan untuk menerapkan konsep ringkasan peristiwa penting dalam cerita yang boleh diaplikasikan ketika menghasilkan sinopsis hikayat. Langkah-langkah aktiviti ini seperti berikut:1. Guru mengenal pasti seorang

pelajar yang mahir bercerita.

2. Guru meminta pelajar berkenaan bercerita semula tentang filem yang pernah ditontonnya secara ringkas.

3. Guru menjelaskan kepada pelajar bahawa ringkasan cerita yang dibuat oleh kawan mereka adalah sinopsis yang mengandungi peristiwa-peristiwa penting.

Teknik Bercerita.

3

Page 4: SPN21 Contoh Persediaan Mengajar

LANGKAHDANMASA

ISI PELAJARAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

TEKNIK PENYAMPAIANABM/ABB

4. Sebagai perbandingan dan contoh, guru menayangkan sinopsis Filem Anak Mami Kembali melalui projektor LCD [lihat Lampiran 1] dan menerangkan teknik meringkaskan cerita atau menghasilkan sinopsis [lihat Lampiran 2].

Langkah 1(5 minit)

PERSEDIAAN TUGASAN

Aktiviti pengagihan dan penerangan tugasan.

Melalui projektor LCD, guru menayangkan maklumat tentang pengagihan tugasan kepada kumpulan pelajar yang sudah ditetapkan lebih awal.

Terdapat 5 kumpulan yang mempunyai ahli seramai 5 pelajar [5 ahli x 5 kumpulan = 25 pelajar]

Setiap ahli diberikan tugasan mengikut tajuk-tajuk cerpen dan langkah-langkah tugasan ditayangkan melalui projektor LCD agar dapat dirujuk oleh pelajar sepanjang tugasan yang dilaksanakan [lihat Lampiran 3].

Pastikan setiap kumpulan sudah membaca cerpen masing-masing seminggu lebih awal.

Teknik Penerangan.Projektor LCD.

4

Page 5: SPN21 Contoh Persediaan Mengajar

LANGKAHDANMASA

ISI PELAJARAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

TEKNIK PENYAMPAIANABM/ABB

Langkah 2(20 minit)

PERLAKSANAAN TUGASAN

Aktiviti menghasilkan sinopsis melalui Bacaan Koperatif.

Dalam masa 30 minit setiap kumpulan hendaklah membaca cerpen, menghasilkan sinopsis dan menuliskannya pada kertas lut sinar. Pastikan pelajar sentiasa merujuk langkah-langkah tugasan yang ditayangkan melalui projektor LCD [lihat Lampiran 3].

Teknik Bacaan Nyaring /Bersuara.Kertas edaran.Kertas Lut Sinar.Pen OHP.

Langkah 3dan sesi penilaian (20 minit)

PASCATUGASAN

Aktiviti pembentangan dan penilaian rakan sebaya serta refleksi kendiri.

Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan sinopsis cerpen masing-masing secara bacaan berintonasi selama 2-3 minit.

Setiap kali selesai pembentangan, penilaian rakan sebaya diadakan begitu juga dengan refleksi kendiri.

Teknik Pembentangan dan Perbincangan Keseluruhan Kelas.

Langkah 4Rumusan(5 minit)

Penilaian mentor.

Guru menutup pelajaran dengan memberikan penilaian ringkas

Kertas LutSinar pelajar.

5

Page 6: SPN21 Contoh Persediaan Mengajar

LANGKAHDANMASA

ISI PELAJARAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

TEKNIK PENYAMPAIANABM/ABB

terhadap tugasan setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk memperbaiki sinopsis sebagai kerja rumah dengan mengambil kira penilaian daripada rakan sebaya, refleksi kendiri dan penilaian mentor.

Lampiran 1: Sinopsis Filem Anak Mami Kembali

Saiful kembali dari UK dengan gaya rambut dan pakaian ala Barat. Emaknya marah dan meminta Saiful menggunting rambut sebelum kembali ke rumah. Tiba di rumah, emaknya meminta Saiful memata-matai adiknya yang dikhabarkan sedang berhubungan dengan seorang jejaka yang tidak dikenali. Saiful meminta bantuan kawan karibnya, Fariz untuk memantau pergerakan Wahida. Emaknya pula diam-diam mencari jodoh untuk Saiful. Di kelas aerobik, emaknya berkenalan dengan emak Fasha yang akhirnya bersepakat untuk menjodohkan anak masing-masing. Hubungan Wahida dan Fariz akhirnya diketahui Saiful. Namun, Fariz berjaya meyakinkan Saiful bahawa hubungannya dengan Wahida benar-benar serius. Akhirnya, Saiful merestui hubungan mereka dan berjanji untuk membantu mereka. Dengan muslihat, Saiful menyediakan beberapa keping gambar Fariz dalam pelbagai gaya, dari yang bergaya comot sehinggalah

6

Page 7: SPN21 Contoh Persediaan Mengajar

berpenampilan segak dan memakai jubah konvokesyen. Seperti yang dirancang, tentulah emak Saiful memilih gambar Fariz yang segak itu. Giliran Saiful akhirnya tiba. Sewaktu makan malam, emaknya memaklumkan bahawa jodoh Saiful sudah ditemuinya. Saiful diminta untuk menyediakan gambar sendiri untuk diserahkan kepada keluarga perempuan pilihan emaknya. Saiful meminta bantuan Fariz. Fariz menggambar Saiful dalam gaya pondan. Tiba saatnya, emak Saiful membawa berjumpa bakal emak mertuanya di kelas aeorobik. Sewaktu emak Saiful bersalin pakaian, Saiful menjumpai bakal emak mertuanya dalam gaya pondan. Calon emak mertuanya lalu geli-gemelan. Dia mengambil gambar saiful dan terus berlalu. Tiba masanya, Fasha dipanggil oleh emaknya untuk melihat gambar calon suaminya. Dengan berat hati Fasha melihat juga gambar itu. Sebaik menyedari bahawa gambar lelaki pondan itu adalah Saiful, Fasha menjerit suka hati dan bersetuju dengan pilihan emaknya. Emak Fasha tidak menyangka dengan keputusan Fasha dan cuba membantah manakala ayahnya kebingungan. Di telefon, emak Fasha cuba membatalkan rancangan mereka dengan alasan tidak berkenan dengan sifat lembut Saiful. Emak Saiful meradang lalu mengheret Saiful ke rumah Fasha. Tiba di sana, Saiful terkejut apabila menyedari calon isteri pilihan emaknya sebenarnya Fasha, kekasih hatinya. Saiful lalu menenangkan keadaan yang huru-hara dengan mengakui rancangannya untuk menghalang rancangan emaknya dan emak Fasha. Kedua-dua pihak kini sedar akan apa yang berlaku. Mereka akhirnya bersetuju untuk mengahwinkan Fasha dan Saiful. Cerita ini diakhiri dengan kelahiran anak kembar empat yang bernama Sabarina, Sabarinu, Sabarini, dan Sabarinda.

Lampiran 2:

Teknik Meringkasan Cerita / Menulis Sinopsis

Terdapat beberapa panduan atau teknik yang perlu dilaksanakan untuk meringkaskan cerita atau menulis sinopsis, iaitu:

a) Membaca cerpen secara sepintas.Bacaan sepintas bertujuan untuk memahami jalan cerita atau kisah yang ingin disampaikan.

7

Page 8: SPN21 Contoh Persediaan Mengajar

b) Membaca cerpen dengan cermat.Bacaan pada tahap ini bertujuan untuk mengenal pasti isi penting atau peristiwa penting.

c) Menandakan isi atau peristiwa penting.Untuk menandakan peristiwa penting, pelajar bolehlah menggunakan cara tersendiri. Pelajar boleh menandakan dengan menggunakan nombor, garisan, bulatan, simbol, atau menggunakan warna.

d) Menyenaraikan isi atau peristiwa penting.Peristiwa penting perlu disenaraikan di dalam kertas atau buku ringkasan. Senaraikan hanya peristiwa penting yang saling berkaitan.

e) Menulis ringkasan / sinopsisKemudian, pelajar bolehlah menulis ringkasan berdasarkan peristiwa-peristiwa yang terpilih tadi. Pada tahap ini, pelajar perlu menggunakan bahasa tersendiri.

f) Menyemak ringkasan.Akhir sekali, semaklah ringkasan dari segi kelancaran penceritaan, penggunaan dan pemilihan kata.

g) Tulis sinopsis di kertas lutsinar untuk dibentangkan.

Lampiran 3:

Pembahagian Tugasan dan Kumpulan

Kumpulan 1: Cerpen Tanah

Kumpulan 2: Cerpen Pantaran

8

Page 9: SPN21 Contoh Persediaan Mengajar

Kumpulan 3: Anak-anak Tasim Jali

Kumpulan 4: Buat Saja

Kumpulan 5: Salam

Pastikan setiap kumpulan mengandungi 5 ahli. Ahli-ahli kumpulan sudah ditentukan oleh guru. Tayangkan nama pelajar dalam setiap kumpulan melalui projektor LCD beserta formasi / kedudukan kumpulan. Dengan cara ini, masa dapat dijimatkan sewaktu membentuk kumpulan.

Langkah-langkah Tugasan

1. Bentuk kumpulan seperti yang diarahkan/ditayangkan melalui projektor LCD.

2. Fahami teknik meringkaskan cerita / menulis sinopsis.

3. Lantik seorang ketua yang juga berperanan sebagai pembaca (pastikan yang terlantik mampu membaca dengan baik dengan intonasi bacaan yang menarik).

4. Lantik seorang pencatat Kertas Lutsinar dan seorang pembentang.

5. Baca cerpen dengan suara sederhana, cukup lantang untuk setiap ahli kumpulan mendengar.

6. Ahli yang lain mendengar (mengimlak) dan menggaris serta mencatat peristiwa-peristiwa penting.

7. Selepas selesai membaca, adakan perbincangan secara terbuka mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berjaya dicatat.

8. Hasilkan sinopsis secara koperatif.9. Pencatat menuliskan sinopsis di kertas lutsinar

dengan kemas.10. Bersedia untuk sesi pembentangan, penilaian

dan refleksi kendiri.

9