contoh persediaan mengajar yang menggunakan model penyelesaian masalah

9
Contoh persediaan mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah Contoh 1 : Murid : Tingkatan 1 Tema : Tenaga Bidang Pembelajaran : Penyerap Haba yang Baik Masa : 2 waktu (80 minit) Objektif Pembelajaran: Memahami bahawa permukaan objek yang gelap dan kusam menyerap dan membebaskan haba dengan lebih baik Hasil Pembelajaran : Menyatakan objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat Fasa Cadangan aktiviti Cadangan komunikasi 1. Persediaan Mengenalp asti Masalah Menjelask an masalah 1. Menunjukkan gambar baju berwarna hitam dan putih 2. Murid ditanya baju manakah yang sesuai dipakai ketika cuaca a. Apakah perbezaan yang anda dapat perhatikan pada kedua-dua baju ini? b. Baju manakah yang sesuai dipakai ketika cuaca panas? c. Mengapakah uniform sekolah anda berwarna

Upload: syahrul

Post on 24-Jul-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah

Contoh persediaan mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah

Contoh 1 :

Murid : Tingkatan 1

Tema : Tenaga

Bidang Pembelajaran : Penyerap Haba yang Baik

Masa : 2 waktu (80 minit)

Objektif Pembelajaran: Memahami bahawa permukaan objek yang gelap dan kusam menyerap dan membebaskan haba dengan lebih baik

Hasil Pembelajaran : Menyatakan objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat

Fasa Cadangan aktiviti Cadangan komunikasi

1. Persediaan

Mengenalpasti Masalah

Menjelaskan masalah

1. Menunjukkan gambar baju berwarna hitam dan putih 2. Murid ditanya baju manakah yang sesuai dipakai ketika cuaca panas

3. Murid ditanya aplikasi penggunaan warna dalam kehidupan seharian

4. Murid dibimbing sehingga mendapatkan jawapan yang dikehendaki.

a. Apakah perbezaan yang anda dapat perhatikan pada kedua-dua baju ini?

b. Baju manakah yang sesuai dipakai ketika cuaca panas?

c. Mengapakah uniform sekolah anda berwarna putih?

d. Mengapakah rumah tidak dicat dengan menggunakan warna hitam?

e. Mengapakah kuali leper mempunyai permukaan berwarna hitam?

Page 2: Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah

f. Mengapakah lori tangki minyak petrol mempunyai permukaan berkilat?

2. Imaginasi

Mencari alternatif penyelesaian Mencari

Penyelesaian

1. Perbincangan antara murid dan guru menentukan warna baju yang sesuai digunakan ketika cuaca panas ( guru meletakkan lipatan baju berwarna hitam dan putih di bawah sinaran matahari selama 3 minit)

2. Pelajar ditunjukkan susunan set alatan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.

a. Bagaimanakah cara untuk kita membuktikan warna baju yang mana menyerap haba yang lebih baik?

b. Jika kita memasukkan tangan di dalam lipatan baju tersebut, baju manakah yang berasa lebih panas?

c. Apakah warna yang menyerap haba lebih baik?

a. Belon pada botol warna apakah yang akan mengembang

Page 3: Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah

3. Seorang pelajar diminta meletakkan set alatan tersebut di bawah pancaran cahaya matahari

terlebih dahulu? Ramalkan

3. Perkembangan

Melakukan operasi

Menilaian penyelesaian masalah

1. Murid dibahagikan dalam kumpulan.

2. Murid dibekalkan dengan radas seperti kelalang kon yang dasarnya dicat aluminium dan cat hitam, penyumbat getah, termometer, kaki retort dan pengapit, penunu Bunsen

3. Murid menyusun radas yang sesuai untuk menjalankan eksperimen dengan bimbingan guru.

4. Murid menjalankan eksperimen untuk menentukan warna yang sesuai untuk menyerap haba yang baik

a. Apakah warna yang sesuai sebagai penyerap haba yang baik?

b. Jalankan eksperimen dengan menggunakan radas yang telah disediakan

4. Tindakan

Membuat refleksi

penyelesaian yang dibuat

1. Setiap kumpulan merekodkan pemerhatian yang dibuat daripada eksperimen

2. Perbincangan antara murid dan guru untuk menentukan bahawa warna mempengaruhi keberkesanan penyerapan haba yang baik

Page 4: Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah

3. Guru menunjukkan tayangan dari internet bagi mengukuhkan lagi hasil dapatan/eksperimen pelajar.

http://www.youtube.com/watch?v=yD96rPTjkUM

Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menyelesaikan masalah penentuan warna pakaian yang sesuai mengikut keadaan cuaca

Nilai dan sikap 1. Saling bekerjasama untuk menjalankan aktiviti kumpulan.

2. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam

Page 5: Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah

Lampiran 1

Aktiviti : Penyerapan HabaPenyataan Masalah : Bagaimanakah kecekapan permukaan putih dan berkilat serta

gelap dan kusam menyerap haba?

Arahan :1. Sediakan susunan radas seperti dalam gambarajah di atas2. Catatkan bacaan suhu pada termometer A dan B selepas 10 minit

Keputusan :

Jenis permukaan Bacaan suhu

awal (ᵒ C)

Bacaan suhu

akhir (ᵒ C)

Kenaikan suhu

(ᵒ C)

Gelap dan kusam

Putih dan berkilat

Perbincangan :

1. Permukaan _________________ adalah penyerap haba yang baik manakala

permukaan _________________ adalah penyerap haba yang lemah

2. Baju yang berwarna ________________ tidak sesuai dipakai ketika cuaca

panas.

Page 6: Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah

3. Berdasarkan set alatan di atas, belon pada botol berwarna

___________________ mengembang terlebih dahulu berbanding belon pada

botol berwarna ________________

4. Pasukan beruniform manakah yang akan berasa lebih panas ketika melakukan

aktiviti kawad kaki di bawah pancaran matahari, Persatuan PBSM atau

Persatuan Kadet Polis?

________________________________________________________________

Page 7: Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah

Lampiran 2

Anda adalah Ketua Persatuan Pancaragam Sekolah. Pasukan anda akan membuat persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan bermula jam 12:00 tengahari sehingga 2:00 petang. Anda diminta memberikan pendapat mengenai warna dan corak pakaian tersebut.

Page 8: Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah

KUMPULAN 4CIK NORSURIA BINTI PARAMAN (SMK CONVENT)EN. AMRI BIN BAHARI (SMK TINGGI BATU PAHAT)PN. ZAMLEEZA BINTI MAHMUD (SMK TUN SARDON)