sosialisasi guru permulaan di sekolah rendah

4
Sosialisasi Guru Permulaan Di Sekolah Rendah Kajian ini dijalankan oleh Rosli bin Yacob daripada Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia turut dibantu oleh Hasmah binti Wan Mamat Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan proses sosialisasi guru permulaan di sekolah dengan memberi fokus kepada bentuk hubungan guru permulaan dengan guru besar, guru-guru dan murid di sekolah, serta meneliti bagaimana hubungan ini mempengaruhi perkembangan mereka sebagai seorang guru. Hasil daripada kajian didapati melalui kaedah kajian secara kualitatif Bagi mendapat kan data yang mendalam, kepelbagaian teknik pengumpulan data seperti temu bual, pemerhatian, pengumpulan dokumen dan jurnal informan kajian telah dijalankan. Seramai enam orang guru-guru permulaan lepasan institut perguruan yang terdiri daripada 5 orang guru perempuan dan seorang guru lelaki dikaji dalam kajian ini. Keenam-enam guru novis telah menamatkan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) serta telah mula berkhidmat di antara enam hingga setahun lebih yang Berdasarkan pengkaji Berdasarkan Abu Bakar Nordin (1994) lapan bidang kelemahan guru permulaan dapat disenaraikan. Guru permulaan dilabelkan kurang mahir dalam menguruskan aktiviti sukan, kurang mahir dalam menjalankan aktiviti sukan di sekolah. Manakala dari sedi

Upload: ramzanah-sulaiman

Post on 19-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialisasi Guru Permulaan Di Sekolah Rendah

Sosialisasi Guru Permulaan Di Sekolah Rendah

Kajian ini dijalankan oleh Rosli bin Yacob daripada Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia turut dibantu oleh Hasmah binti Wan Mamat Fakulti

Pendidikan Universiti Malaya. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan proses

sosialisasi guru permulaan di sekolah dengan memberi fokus kepada bentuk hubungan

guru permulaan dengan guru besar, guru-guru dan murid di sekolah, serta meneliti

bagaimana hubungan ini mempengaruhi perkembangan mereka sebagai seorang guru.

Hasil daripada kajian didapati melalui kaedah kajian secara kualitatif Bagi mendapat

kan data yang mendalam, kepelbagaian teknik pengumpulan data seperti temu bual,

pemerhatian, pengumpulan dokumen dan jurnal informan kajian telah dijalankan.

Seramai enam orang guru-guru permulaan lepasan institut perguruan yang terdiri

daripada 5 orang guru perempuan dan seorang guru lelaki dikaji dalam kajian ini.

Keenam-enam guru novis telah menamatkan Kursus Diploma Perguruan Malaysia

(KDPM) serta telah mula berkhidmat di antara enam hingga setahun lebih yang

Berdasarkan pengkaji

Berdasarkan Abu Bakar Nordin (1994) lapan bidang kelemahan guru permulaan dapat

disenaraikan. Guru permulaan dilabelkan kurang mahir dalam menguruskan aktiviti

sukan, kurang mahir dalam menjalankan aktiviti sukan di sekolah. Manakala dari sedi

kurikulum, guru-guru permulaan menghadapi masalah seperti kurang yakin mengawal

disiplin bilik darjah, kurang pengalaman tentang masalah-masalah yang wujud di

sekolah, kurang teori dalam amalan latihan, tidak cukup kemahiran menggunakan pusat

sumber, dan kurang kemahiran sosial. Dengan sejurusnya,kajian ini lebih berfokus

kepada aspek kemahiran sosial dalam kalangan guru permulaan dengan guru besar,

guru-guru dan para murid di sekolah.

Berdasarkan hasil dapatan kajian, guru permulaan telah membentuk perspektif bahawa

guru besar mempunyai peranan yang lebih dalam aspek pengurusan dan pentadbiran

sekolah berbanding peranan sebagai pembimbing dalam aspek pengajaran dan

Page 2: Sosialisasi Guru Permulaan Di Sekolah Rendah

pembelajaran. Dengan sedemikian, hubungan guru permulaan dengan guru besar dan

guru-guru lain perlulah dua hala agar pandangan dan idea dapat dikongsikan.

Kajian menunjukan, guru permulaan menyedari terhadap kepentingan menjalin

hubungan yang baik dengan pihak atasan,terutamanya dengan guru besar sekolah.

Selain itu, mereka mendapati hubungan baik dengan guru besar akan memudahkan

guru permulaan berurusan untuk melaksanakan tugas di sekolah dengan baik.

Sejurusnya, mereka dapat mengambil pedoman daripada sikap dan komitmen yang

ditunjukan oleh guru besar dalam menjalankan tugasnya serta pengalaman bekerja

bersama telah banyak menambah dan memperkayakan pengetahuan yang belum

pernah diterima semasa di institut perguruan. Menurut kajian oleh Siti Zohara (2007),

sokongan daripada komuniti sekolah adalah laluan untuk guru novis membuat

pembaharuan di sekolah. Kewujudan sokongan moral dalam komuniti sosial membantu

sosialisasi guru novis dengan komuniti sekolah.

Dengan ini kita boleh merumuskan bahawa hubungan antara guru permulaan dengan

guru besar lebih bertumpu dengan urusan rasmi. Guru besar hendaklah mengatur

langkah agar meningkatkan sosialisasi guru permulaan dalam pengurusan dan

pentadbiran. Di samping itu, mereka harus diberi tunjuk ajar daripada pihak atasan

serta diberi peluang dalam menyuarakan pendapat masing-masing. Di samping,guru

besar hendaklah membimbing guru permulaan kepada penyesuaian diri dengan

suasana sekolah.

Page 3: Sosialisasi Guru Permulaan Di Sekolah Rendah

Siti Zohara. (2007). Kewujudan sistem sokongan membantu sosialisasi guru sandaran

terlatih di sekolah: Jurnal Pendidikan Perguruan 23, 45 Retrieved from

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/TeacherEdn/

sitizoharaIPBLfp.pdf