sosialisasi guru permulaan di sekolah rendah words.pptx

Click here to load reader

Post on 14-Sep-2015

90 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SOSIALISASI GURU PERMULAAN DI SEKOLAH RENDAH

SOSIALISASI GURU PERMULAAN DI SEKOLAH RENDAH

Kajian ini dijalankan oleh Rosli bin Yacob daripada Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia turut dibantu oleh Hasmah binti Wan Mamat Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan proses sosialisasi guru permulaan di sekolah dengan memberi fokus kepada bentuk hubungan guru permulaan dengan guru besar, guru-guru dan murid di sekolah, serta meneliti bagaimana hubungan ini mempengaruhi perkembangan mereka sebagai seorang guru.

Kaedah Kajian kes secara kualitatif telah digunakan dalam kajian ini.Terdapat beberapa teknik pengumpulan data digunakan dalam kajian ini seperti temu bual, pemerhatian, pengumpulan data dokumen dan jurnal informan kajian.Seramai enam orang guru-guru permulaan lepasan institut perguruan yang terdiri daripada 5 orang guru perempuan dan seorang guru lelaki dikaji dalam kajian ini.Keenam-enam guru permulaan ini telah menamatkan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)

Terdapat lapan bidang kelemahan guru permulaan. Antaranya ialah:

kurang mahir menguruskan aktiviti ko-kurikulum

2) kurang kemahiran menjalankan aktiviti sukan

3) tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah

4) kurang yakin mengawal disiplin bilik darjah

kurang pengalaman tentang masalah-masalah yang wujud di sekolah

6) kurang teori dan amalan latihan

7) tidak cukup kemahiran menggunakan pusat sumber

8) kurang kemahiran sosial.

Hubungan dengan Guru Besar

Menurut kajian hubungan baik dengan guru besar akan memudahkan guru permulaan berurusan untuk melaksanakan tugas di sekolah dengan baik.Hubungan guru permulaan dengan guru besar dan guru-guru lain perlulah dua hala agar pandangan dan idea dapat dikongsikan. 5Guru besar harus berperanan sebagai pemimpin yang dapat memberi tunjuk ajar.

Cara guru besar mengagihkan tugas guru secara adil, keberanian dalam menyelesaikan masalah guru-guru di sekolah, dan kejayaan melaksanakan program yang dirancang adalah aspek-aspek yang harus dipelajari oleh semua guru permulaan.Dalam kajian ini, seorang guru permulaan mengakui sikap yang ditunjukkan guru besar dan pengalaman bekerja bersama telah banyak menambah dan memperkayakan pengetahuan yang belum pernah diterima semasa di institut perguruan.Guru permulaan telah membentuk perspektif bahawa guru besar mempunyai peranan yang lebih dalam aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah berbanding peranan sebagai pembimbing dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

7 Hubungan Guru Permulaan dan Guru-guru

Menurut kajian, hubungan guru dengan guru permulaan dapat mempengaruhi guru permulaan kerana guru merupakan tempat guru permulaan berkongsi masalah dan berbual.Guru berpengalaman dapat membantu guru permulaan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah seperti menunjuk ajar perkara yang berkaitan dengan perjawatan, menjadi penghubung bagi mengenali dan bekerjasama dengan guru lain serta teman untuk mendengar atau membincangkan masalah di sekolah.

Kajian juga menyatakan bahawa penerimaan dan kerjasama yang diperoleh daripada guru berpengalaman mempengaruhi motivasi guru permulaan dan menimbulkan semangat bekerja lama di sekolah.

Kajian mendapati guru permulaan tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan guru-guru di sekolah yang kecil kerana suasana kekeluargaan yang dikatakan wujud di sekolah.

Kesimpulannya, guru berpengalaman merupakan agen sosialisasi yang penting bagi guru baru dalam proses penyesuaian diri mereka di sekolah.

Hubungan dengan Murid

Hubungan murid dengan guru permulaan amat dititikberatkan kerana murid merupakan agen sosialisasi yang penting kepada seorang guru permulaan.Hasil kajian menunjukkan bahawa dua perkara utama yang menjadi kebimbangan guru permulaan ialah masalah pengajaran dan pembelajaran dan masalah disiplin murid.Kajian juga menunjukkan yang guru permulaan kurang pengalaman mengajar dan masih gagal menyampaikan pengajaran yang berkesan disebabkan ketandusan idea.Menurut kajian yang dilakukan menyatakan bahawa salah satu daripada ciri-ciri guru yang baik ialah guru yang boleh mengawal disiplin murid kerana ia menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan guru permulaan merasakan diri mereka kurang dihormati murid.Malah, didapati juga murid-murid yang tidak menghormati guru permulaan sebagai seorang guru.

Dengan itu, guru permulaan menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajarannya seperti lebih tegas semasa mengajar untuk elakkan masalah disiplin.

Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa interaksi di bilik darjah telah memperlihatkan guru permulaan tentang keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru yang baik. Penyesuaian Diri Guru Permulaan Di Sekolah

Bidang seterusnya ialah penekanan kepada penyesuaian diri guru permulaan dengan persekitaran di sekolah.Menurut kajian yang dilakukan ke atas seorang guru permulaan didapati dalam menjaga hubungan guru dan guru besar, guru permulaan tersebut komited dalam melaksanakan tugas.Beliau juga melakukan tanggungjawab yang diberi tanpa bantahan walaupun terdapat tugas yang difikirkan membebankan mereka.

Proses Penyesuaian Diri Guru Permulaan- Aspek Peribadi Guru Permulaan terdiri daripada 3, iaitu:-

Interaksi sosialKonteks sekolahPenyesuaian diri

Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada proses penyesuaian diri guru permulaan di sekolah.Antaranya ialah pengalaman, ciri-ciri peribadi guru permulaan dan keadaan sekolah.Hasil kajian juga berpendapat kematangan usia dan pengalaman bertugas sedikit sebanyak meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi dengan guru lain di sekolah.

Menurut kajian, ciri peribadi guru permulaan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses penyesuaian diri di sekolah. Ini kerana, guru permulaan yang mempunyai sikap suka bergaul, rajin bertanya, pandai berkomunikasi dan ringan tangan lebih cepat menyesuaikan diri berbanding dengan guru yang tidak mahir berkomunikasi dan suka mengasingkan diri.Selain itu, sikap proaktif yang ditunjukkan oleh guru permulaan merupakan faktor yang membantu proses penyesuaian diri mereka.

16Tambahan pula, kajian menyatakan bahawa penyesuaian diri guru permulaan juga bergantung kepada keadaan sesebuah sekolah.Keadaan tersebut boleh dilihat dari segi bilangan guru dan murid, faktor sosiobudaya dan budaya sesebuah sekolah.

Peranan Guru Besar dalam Sosialisasi GuruBerpandukan kajian, guru besar merupakan orang yang mempengaruhi guru-guru permulaan dalam proses sosialisasi mereka.Ini kerana, guru besar memainkan peranan penting dalam menentukan budaya sekolah dan kelancaran pentadbiran sesebuah sekolah.Selain itu,guru besar yang cekap dapat menguruskan sesuatu aktiviti dengan baik dengan melibatkan kerjasama semua guru dan pembahagian tugas yang adil.

Menurut kajian, suasana bekerjasama dalam kalangan guru dan pembahagian tugas yang adil membantu guru permulaan meningkatkan motivasi untuk bekerja.Dengan ini, wujud satu keadaan positif yang meningkatkan motivasi untuk bekerja kerana ramai mengatakan keselesaannya berkhidmat di sekolah tersebut kerana mempunyai guru-guru yang mahu bekerjasama dan guru besar yang cekap.

Antara faktor yang mempengaruhi bentuk interaksi guru permulaan dan guru besar ialah apabila menganggap guru besar sebagai seorang ketua yang lebih banyak menjalankan urusan pentadbiran.Berkaitan dengan faktor ini, kajian Chi, (2000) mendapati tugas pentadbiran menyebabkan seseorang guru besar tidak mempunyai masa untuk berbincang dengan guru-guru tentang masalah pengajaran dan pembelajaran.

Sokongan dan Bimbingan Guru-guru

Dalam kajian menyatakan bahawa guru-guru sebagai rakan perlu memberi sokongan emosi kepada guru permulaan. Sokongan emosi ini dapat membantu guru-guru permulaan untuk mengurangkan tekanan terhadap masalah-masalah yang dihadapi di sekolah.Antara cara yang boleh digunakan guru untuk memberi sokongan dan bimbingan adalah dengan menunjuk ajar perkara-perkara yang berkaitan dengan perjawatan, menjadi penghubung bagi mengenali dan bekerjasama dengan guru lain serta teman untuk mendengar atau membincangkan masalah-masalah di sekolah.Dapatan daripada kajian menunjukkan guru sebagai agen sosialisasi yang penting kepada guru permulaan seperti yang dibuktikan dalam beberapa kajian yang telah dijalankan sebelumnya.Ini kerana, guru memberi sokongan emosi kepada guru-guru permulaan, terutamanya di peringkat survival iaitu peringkat awal.Menerusi kajian didapati guru permulaan menghadapi dua masalah utama iaitu masalah untuk mengajar dan mengawal murid.

Dari aspek penyampaian isi pelajaran, kajian menunjukkan bahawa terdapat guru permulaan yang mengakui belum menguasai isi kandungan mata pelajaran terutama bagi mata pelajaran bukan pengkhususannya.Menurut kajian, guru permulaan masih tidak menguasai pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi yang perlu untuk mengajar.Manakala, dari segi masalah disiplin murid kajian menunjukkan bahawa guru permulaan gagal mengawal murid untuk memberi perhatian terhadap pelajaran dan mengingkari perintah guru.

Daripada hasil kajian menunjukkan bahwa guru permulaan amat mengharapkan bantuan daripada guru lain.Ini kerana guru berpengalaman adalah tempat untuk mereka berbincang tentang masalah yang dihadapi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, kajian juga menyatakan bahawa guru permulaan dapat meningkatkan mutu pengajaran dan kawalan kelas melalui pemerhatian terhadap guru-guru lain serta menjadikan guru-guru lain sebagai model kepada mereka.