sosialis (okt nov 2013)

12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Okt-Nov 2013 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ Bye Bye DEMOKRASI Selamat Datang ISA 2.0 Tiada ISA lagi? Malaysia sedang menuju ke demokrasi? Kalau ada sesiapa yang menjawab “Ya” dan beranggapan bahawa kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Najib Razak itu sudah berubah corak pentadbirannya, semestinya orang itu masih bermimpi kosong. ISA Menjelma Semula Dalam Bentuk Lain Apabila Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dua tahun yang lepas, mungkin ada orang menganggap bahawa Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib telah berubah dan memang cuba membawa “transformasi”. Namun, semua ini hanyalah ilusi. Roh ISA yang zalim, iaitu penahanan tanpa bicara, telah menjelma semula dalam bentuk lain, iaitu dalam pindaan terbaru Akta Pencegahan Jenayah (PCA). Selain itu, Kerajaan BN juga memperkenalkan banyak lagi sekatan dan hukuman berat dalam pindaan baru- baru ini, bertujuan untuk mengecutkan lagi ruang demokrasi rakyat. (sambung di m/s 4) Abu Chin Peng dapat menggugat UMNO? Pemergian seorang insan yang bernama Chin Peng pada 16 September yang lalu telah mencetuskan polemik yang hangat tentang sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Abu Chin Peng pula menjadi buah mulut apabila kerajaan Malaysia bertungkus-lumus untuk menghalang mana-mana pihak yang kononnya ingin membawa masuk abu Chin Peng. Mengapakah kerajaan UMNO-BN begitu takut pada abu Chin Peng? Ada apa yang di sebalik abu Chin Peng itu? (Baca selanjutnya di m/s 8, 9 & 11) Pengusiran Kg Hakka Mengapa perlu tolak GST? > m/s 6-7 > m/s 5

Upload: partisosialis

Post on 06-Apr-2016

259 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Topik: ISA 2.0, 10 Sebab GST Ditolak, Perjuangan Kampung Hakka di Mantin, Abu Chin Peng, Syria: Ancaman Serangan Imperialis AS Dielakkan,

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Okt Nov 2013)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Okt-Nov 2013

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

Bye Bye DEMOKRASISelamat Datang ISA 2.0

Tiada ISA lagi? Malaysia sedang menuju ke demokrasi? Kalau ada sesiapa yang menjawab “Ya” dan beranggapan bahawa kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Najib Razak itu sudah berubah corak pentadbirannya, semestinya orang itu masih bermimpi kosong.

ISA Menjelma Semula Dalam Bentuk Lain

Apabila Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) dua tahun yang lepas, mungkin ada orang menganggap bahawa Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib telah berubah dan memang cuba membawa “transformasi”. Namun, semua ini hanyalah ilusi.

Roh ISA yang zalim, iaitu penahanan tanpa bicara, telah menjelma semula dalam bentuk lain, iaitu dalam pindaan terbaru Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

Selain itu, Kerajaan BN juga memperkenalkan banyak lagi sekatan dan hukuman berat dalam pindaan baru-baru ini, bertujuan untuk mengecutkan lagi ruang demokrasi rakyat.

(sambung di m/s 4)

Abu Chin Peng

dapat menggugat UMNO?Pemergian seorang insan yang bernama Chin Peng pada 16 September yang lalu telah mencetuskan polemik yang hangat tentang sejarah kemerdekaan Tanah Melayu.

Abu Chin Peng pula menjadi buah mulut apabila kerajaan Malaysia bertungkus-lumus untuk menghalang mana-mana pihak yang kononnya ingin membawa masuk abu Chin Peng. Mengapakah kerajaan UMNO-BN begitu takut pada abu Chin Peng? Ada apa yang di sebalik abu Chin Peng itu?

(Baca selanjutnya di m/s 8, 9 & 11)

Pengusiran Kg Hakka

Mengapa perlu tolak GST?

> m/s 6-7> m/s 5

Page 2: Sosialis (Okt Nov 2013)

Okt-Nov 2013PSM2

Dari Meja PengarangKerajaan BN yang tidak mendapat sokongan majoriti rakyat pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang l a l u , s e d a n g m e m p e r k e t a t k a n kongkongan ke atas kebebasan politik rakyat dan juga meneruskan dasar ekonomi yang memeras rakyat jelata untuk mengkayakan golongan kapitalis.

Beberapa pindaan undang-undang yang bertujuan untuk menyekat kebebasan rakyat telah dibawa oleh kerajaan BN baru-baru ini, termasuk pindaan dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang memperkenalkan semula penahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga hukuman berat ke atas sesiapa yang mengibarkan bendera seperti Sang Saka Malaya ataupun melukis graffiti di tempat awam. Ini telah membongkarkan hipokrasi “transformasi” yang diwar-warkan oleh Perdana Menter i Naj ib Razak. Nampaknya transformasinya adalah m e n u j u k e n e g a r a k u k u b e s i sebenarnya.

Kerajaan BN yang telah banyak mencuri kekayaan negara kita untuk memenuhi ketamakan golongan kroni sekarang ini juga sedang berusaha untuk memeras rakyat dengan selanjutnya demi mengisi lubang hitam hutang negara yang semakin serius. Pemotongan subsid i minyak petro l yang menyebabkan kenaikan harga m i n y a k p a s t i n y a a k a n membebankan lagi kehidupan rakyat biasa. Serangan yang lebih serius lagi bakal menjelang, kerana ke ra jaan BN sedang cuba memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang fungsinya adalah merompak daripada rakyat yang miskin untuk mengkayakan lagi mereka yang kaya.

Dalam suasana menyambut Hari

Malaysia yang ke-50 pada tahun ini, kita telah mendapat berita tentang pemergian Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), seorang yang mendedikasi s e u m u r h i d u p n y a u n t u k memperjuangkan kemerdekaan Tanah Me layu te tap i t i dak dibenarkan pulang ke tanahairnya sehingga ke penghujung hayatnya. Pemergian Chin Peng mengundang perbincangan hangat tentang sejarah kemerdekaan negara kita dan juga perjuangan Chin Peng yang dicapkan dengan label negatif oleh kerajaan UMNO-BN yang pernah bersekongkol dengan penjajah British dalam memukul gerakan kiri yang memperjuangkan kemerdekaan.

P i h a k p e m e r i n t a h c u b a memonopoli tafsiran sejarah dan memadamkan sebahagian memori sejarah kita, tujuannya mereka berbuat demikian adalah untuk menyekat imaginasi rakyat untuk satu masa hadapan yang lebih demokratik dan bebas daripada penindasan. Sememangnya, mereka yang tidak berani berdepan dengan sejarah, adalah mereka yang tidak dapat membayangkan masa depan. ##

Page 3: Sosialis (Okt Nov 2013)

PART DAN FRON3 Okt-Nov 2013

AKTIVITI CAWANGAN

Kajang - Bantah TPPA

PSM Cawangan Kajang telah berusaha kuat untuk mengedarkan risalah tentang Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di pasar malam dan pasar pagi di sekitar kawasan Kajang dan Cheras. Tujuan pengedaran risalah ini adalah untuk menyedarkan rakyat tentang kemudaratan yang bakal mengancam rakyat biasa sekiranya TPPA ditandatangani dan GST dilaksanakan.

Sungai Siput

Atas desakan daripada PSM Cawangan Sungai Siput, kontraktor yang ditugaskan untuk memperbaiki rumah-rumah Taman Makmur, Sungai Siput turun padang bersama jurutera GAMUDA untuk bermesyuarat dengan penduduk. Rumah-rumah ini telah mengalami retakan yang membimbangkan kerana projek landasan keretapi berkembar yang dijalankan oleh pemaju GAMUDA.

Dengan desakan dan tekanan penduduk yang bangkit untuk hak mereka, GAMUDA berjanji menanggung kesemua kos pembaikan. Jika rumah masih bermasalah selepas pembaikan, GAMUDA bersedia membeli rumah penduduk dan membayar ganti rugi.

Pelancaran Buku7 September 2013Buku terbaru tulisan Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, yang berjudul “Braemar: Bila Perempuan Tua dan Anak Muda Bangkit”, telah dilancarkan pada 7 September yang lalu.

Upacara pelancaran buku ini dianjurkan oleh bekas penduduk Ladang Braemar bersama dengan PSM Cawangan Kajang. Hampir 200 orang terutamanya bekas pejuang Ladang Braemar dan aktivis masyarakat telah menghadiri program ini. Dalam majlis tersebut, anak-anak muda dan warga tua telah mempersembahkan satu teater yang menggambarkan perjuangan penduduk Braemar dalam menuntut hak perumahan mereka sehingga berjaya. Arutchelvan telah menurunkan tandatangannya dalam buku yang dijual semasa majlis ini.

29 September 2013

Satu bengkel latihan untuk semua setiausaha dan bendahari cawangan PSM telah diadakan pada 29 September yang lalu di Kuala Lumpur. Tujuan bengkel ini adalah untuk memantapkan pimpinan dan kerja-kerja di peringkat cawangan. Para peserta juga berbincang tentang bagaimana membawa penampilan baru untuk PSM termasuk mencipta satu slogan baru yang menarik.

PSM Perak telah mengadakan Majlis Malam Salam Perjuangan pada 6 September yang lalu di Ipoh. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih kurang 1000 orang rakan dan penyokong PSM di negeri Perak. Program tahunan ini merupakan anjuran bersama cawangan-cawangan PSM di Lembah Kinta, Perak.

6 September 2013

SOSIALISME 201331 November - 1 Disember 2013

Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, Kuala LumpurForum Sosialisme Tahunan anjuran PSM kembali lagi!

Forum Sosialisme merupakan satu ruang untuk debat dan perbincangan tentang isu-isu ekonomi dan politik yang mempengaruhi rakyat Malaysia dan sedunia. Pada masa serangan dasar-dasar neo-liberal yang semakin hebat ke atas rakyat biasa ini, adalah begitu penting untuk kita membincangkan alternatif kepada sistem kapitalis global yang penuh dengan kepincangan. Antara topik yang akan dibincangkan:

Model Alternatif- Sosialisme sebagai Sistem Ekonomi dan

Politik Alternatif

Pergolakan di Timur Tengah- Revolusi Dunia Arab Dikhianati

Gabungan Kiri- Membina Gerakan Anti-Kapitalis di Malaysia

Apa Selepas PRU-13?- Masa Depan Kiri dalam Arena Politik di Malaysia

Daftarlah sekarang! Sila hubungi 012-6045807 atau e-mel [email protected]

Akan Datang

Page 4: Sosialis (Okt Nov 2013)

4 NASIONAL Okt-Nov 2013

Selamat Datang ISA 2.0Bye Bye DEMOKRASI

(sambung dari m/s 1)

Selepas BN menang lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 walaupun dengan jumlah peratusan undi hanya 47%, Najib dan kerajaannya t e l a h m e n u n j u k k a n w a j a h s e b e n a r n y a d e n g a n memperkenalkan undang-undang zalim dalam bentuk yang berlainan.

Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri telah membawa beberapa pindaan rang undang-undang di Parlimen pada 25 September yang lalu. Atas nama “membanteras dan mencegah jenayah”, kerajaan telah mengembalikan penahanan tanpa bicara dalam pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

Pindaan yang kontroversi ini kemudiannya telah diluluskan oleh Dewan Rakyat yang dikuasai oleh BN walaupun terdapatnya bantahan hebat daripada masyarakat sivil. Pindaan terbaru PCA membenarkan kerajaan mengenakan penahanan tanpa bicara untuk tempoh 2 tahun pada satu-satu masa. Yang berbeza dengan ISA dan EO sebelum ini, kuasa penahanan tanpa bicara tidak terletak sepenuhnya dalam tangan Menteri

Dalam Negeri, tetapi satu “Lembaga Pencegahan Jenayah” yang diketuai oleh seorang hakim. Lembaga yang dilantik oleh kerajaan tersebut boleh menahan individi yang didaftarkan di bawah akta PCA. Penahanan boleh dilanjutkan untuk 2 tahun lagi tanpa perlu dirujuk kepada mahkamah terbuka.

Semakan kehakiman terhadap keputusan dan tindakan Lembaga

Pencegahan Jenayah tidak dibenarkan dalam pindaan PCA terbaru ini.

PCA sebelum ini hanya membenarkan penahanan selama 72 hari terhadap individu yang disyaki terlibat dalam jenayah. Ia mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari. PCA sebelum ini tidak meliputi kawasan di Sabah dan Sarawak kerana ia dikuatkuasakan pada tahun 1959, iaitu sebelum wujudnya Malaysia, tetapi kedua-dua negeri ini akan dimasukkan dalam pindaan PCA terbaru.

Pindaan ke atas PCA telah menjadikan rang undang-undang ini bagaikan “ISA 2.0”.

Apa itu PCA?Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) merupakan akta yang diluluskan di Parlimen Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959, dengan tujuan untuk mengawal penjenayah, anggota pertubuhan rahsia dan pihak yang tidak diingini.

PCA membenarkan penangkapan bagi jenayah-jenayah tertentu, diikuti dengan siasatan bagi menentukan orang yang kena tahan dimasukkan dalam “daftar” senarai penjenayah dan diletak bawah sekatan tertentu. Ia juga menetapkan tempoh tahanan untuk memudahkan siasatan, syarat-syarat sekatan dan hukuman kerana melanggar syarat-syarat itu.

PCA tidak dikenali ramai sebelum ini kerana jarang digunakan. Pihak polis lebih suka menggunakan Ordinan Darurat (EO) untuk menangkap mereka yang disyaki terlibat dalam jenayah, kerana orang yang kena tahan tidak perlu dihadap ke hadapan mahkamah. Selepas EO dimansuhkan, polis menggunakan semula PCA untuk menangkap saspek penjenayah. Namun, kerajaan BN telah menggunakan kadar jenayah yang meningkat sebagai alasan untuk memperkenalkan semula unsur penahanan tanpa bicara dalam pindaan PCA.

Kerajaan BN memperkenalkan semula penahanan tanpa bicara dalam pindaan Akta PCA ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN gagal menangani masalah jenayah secara berkesan.

Peruntukan baru dalam pindaan akta yang memberi kuasa untuk penahanan tanpa bicara a tas nama “membuat s iasatan” je las menunjukkan kegagalan pasukan polis dalam mencegah dan menangani kes jenayah. Tidak mungkin satu pasukan polis yang cekap perlu dua tahun untuk menyiasat seseorang saspek kes jenayah.

Tidak juga mana-mana negara yang demokratik

dan bertamadun di dunia ini dapat menyelesaikan masalah jenayah dengan menggunakan kaedah penahanan tanpa bicara. Masalah jenayah berkaitan rapat dengan sistem sosio-ekonomi sesebuah negara. Sekiranya ketidakadilan sosial yang berleluasa dan pemerasan ke atas rakyat oleh elit pemerintah itu semakin teruk, maka kadar jenayah juga turut meningkat. Adanya pihak yang cuba membawa hujah bahawa kadar jenayah di negara kita meningkat kerana pemansuhan EO, walhal mereka tidak mempersoalkan ketidakadilan sosial yang diwujudkan oleh ketidakcekapan pentadbiran suatu kerajaan yang penuh dengan penyelewengan kuasa dan korupsi.

Pindaan PCA: Kegagalan Menangani Masalah Jenayah

Masalah Dengan BenderaDalam pindaan ke atas Kanun Keseksaan yang dikemukakan dalam Parlimen baru-baru ini, telah dimasukkan seksyen baru 121E, berhubung dengan tindakan menggunakan, mengiktiraf dan mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Jalur Gemilang Malaysia.

Di bawah seksyen terbaru dalam Kanun Keseksaan ini, sesiapa yang mencacatkan, merosakkan, mengotori secara fizikal, bakar, meletakkan pada lantai atau tanah, memijak, mencemari, memusnahkan, menghina atau mempersoal dengan niat tidak menghormati mana-mana lambang atau bendera kebangsaan atau bendera negara asing hendaklah dihukum dengan penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 15 tahun dan boleh juga didenda.

Hukuman ke atas mereka yang “tidak menghormati” bendera kebangsaan atau bendera negara asing ini memang amat berat sekali, seolah-olah satu jenayah berat. Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, maka tidak bolehlah rakyat Malaysia yang memprotes kezaliman kuasa imperialis Amerika Syarikat membakar bendera Amerika Syarikat sebagai tanda protes! Memang tidak masuk akal.

Rang undang-undang Kanun Keseksaan baru juga mengatakan bahawa sesiapa yang menggunakan, mengiktiraf atau menggalakkan penggunaan mana-mana bendera yang bertujuan mewakili Malaysia selain daripada

bendera dinyatakan sebagai bendera Malaysia atau mana-mana negeri di Malaysia, hendaklah dihukum penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun dan boleh juga didenda.

Seksyen terbaru dan hukuman berat yang dicadangkan ini nampaknya adalah perluasan kepada histeria terbaru kerajaan UMNO-BN terhadap kebenaran sejarah kemerdekaan kita.

Sasterawan negara A. Samad Said, aktivis anak muda Adam Adli dan pengkritik sosial terkenal Hishamuddin Rais telah ditangkap oleh polis baru-baru ini atas tuduhan mengibarkan “Sang Saka Malaya” dan “mempertikaikan status Jalur Gemilang” semasa menyambut ambang Hari Kemerdekaan tahun ini. Amat jelas tindakan pihak berkuasa tersebut berniat jahat dan cuba menyekat perbincangan umum tentang sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan selain daripada wacana rasmi parti pemerintah.

Mengapa takut sangat dengan Sang Saka Merah Putih?

Anak-anak muda yang mempamerkan bendera Sang Saka Merah Putih berbintang 12 hari ini, bukannya hendak menukar bendera kebangsaan, tetapi sebagai satu tindakan simbolik untuk memperingati sejarah perjuangan rakyat Tanah Melayu menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sejati. Sememangnya memulihkan memori sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan itu tidak boleh disamakan dengan niat menggantikan bendera kebangsaan.

Bendera Sang Saka Merah Putih dengan 12 bintang ataupun Bendera Rakyat, diperkenalkan oleh gabungan PUTERA-AMCJA dalam perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dan Perlembagaan Rakyat. Bendera ini mendapat ilham daripada Bendera Pusaka Sang Saka Merah Putih yang digunakan di Kepulauan Melayu (iaitu Tanah Melayu dan Indonesia) sebagai simbol menuntut kemerdekaan. Corak bendera Merah Putih memang digunakan oleh parti-parti politik di tanahair kita ini termasuklah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti PAS dan juga bendera UMNO sendiri.

Adalah tidak masuk akal untuk pihak berkuasa menghalang orang ramai mempamerkan satu bendera yang bersejarah sebagai memperingati sejarah kita sendiri. Tindakan sebegini hanya akan menimbulkan lebih kesangsian rakyat terhadap sumbangan UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Kemerdekaan negara kita tercapai memang bukannya hasil perjuangan seseorang atau satu-satunya pihak sahaja. Golongan kiri telah banyak berkorban dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tetapi jasa mereka tidak diambil berat oleh kerajaan kita hari ini. Apa salahnya kita memperingati sumbangan dan pengorbanan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan negara kita?

Page 5: Sosialis (Okt Nov 2013)

Negara Tahun Kadar GST Awal

(%) Kadar GST Kini

(%)

Indonesia 1984 10 10

Cambodia 1999 10 10

Laos 2009 10 10

Philippines

1998

10

12

Singapore

1993

3

7

Thailand

1992

7

10

Vietnam

1999

10

10

5 ISU RAKYAT Okt-Nov 2013

10 SEBAB Kenapa Cukai GST Mesti Ditolak? Pada bulan Ogos yang lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia tiada pilihan selain melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia. Pihak Kerajaan mungkin akan mengumumkan pelaksanaan GST semasa Bajet 2014 dan menurut Mohd Irwan, Kerajaan memerlukan 14 bulan untuk melaksanakan sepenuhnya GST ini.

Mohd Irwan Siregar Abdullah,

Apa itu Cukai GST?GST ialah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh setiap pengguna. Ini bermaksud, cukai GST akan dikenakan mengikut pembelian atau penggunaan barangan dan perkhidmatan seseorang dan bukan mengikut pendapatan seseorang.

GST adalah usaha kera jaan untuk memindahkan beban cukai daripada golongan kaya dan korporat kepada rakyat biasa.

Sistem sekarang yang mencukai orang yang berpendapatan tinggi adalah lebih adil daripada Cukai GST.

Sebelum ini pada tahun 2004 dan 2009, Kerajaan telah cuba untuk melaksanakan GST. Malah pada tahun 2009, Rang u n d a n g - u n d a n g G S T t e l a h p u n dibentangkan semasa persidangan Parlimen pada 16 Dis 2009 untuk bacaan pertama. Bacaan kedua GST yang dijadualkan pada Mac 2010 tidak berlaku kerana ada banyak bantahan rakyat Malaysia.

SEBAB1. Baru naik harga minyak sebanyak 20 sen

dan ini dijangka akan naik lagi. Kenapa hendak gasak rakyat lagi?

2. Cukai korporat adalah 40% pada tahun 1998 dan kini Kerajaan telah menurunkan cukai ini kepada 26%. Kenapa Kerajaan turunkan cukai syarikat korporat yang membuat keuntungan tinggi dan memaksa semua rakyat Malaysia bayar GST?

3. Jangan kecualikan pekerja asing daripada pelaksanaan gaji minima. Jangan membenarkan majikan memotong gaji pekerja asing untuk tujuan levi, penginapan ataupun pengangkutan. Skim KWSP sudahpun menjadikan pekerja tempatan lebih “mahal” untuk majikan. Semua langkah yang menjadikan pekerja asing lebih “murah” untuk majikan menjejaskan peluang mendapat pekerjaan untuk pekerja tempatan terutamanya anak muda kita.

4. Walaupun Kerajaan kata 40 jenis barangan asas seperti beras, tepung dan gula akan dikecualikan cukai GST, tetapi harga barangan yang digunakan semasa pengeluaran beras seperti baja, ubat serangga, petrol dan plastik akan dikenakan cukai GST. Maka, kos ini akan menyebabkan harga beras turut meningkat.

5. Setiap tahun Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM 28 billion kerana rasuah. Jika GST dilaksanakan ia akan menjanakan sebanyak RM 1 billion setahun untuk pendapatan negara. Bukankah lebih baik kerajaan mengambil langkah membanteras rasuah untuk menjimatkan pendapatan negara sebanyak RM 28 billion berbanding GST yang hanya menambah RM 1 billion.

6. Apa guna pemberian BRIM sebanyak RM500 atau RM1200 kerana ianya akan dirampas semula dengan perlaksanaan GST? Satu keluarga yang berpendapatan RM 2000 sebulan akan membayar sebanyak RM 1200 setahun jika 5% GST dikenakan.

7. Peniaga kecil akan menjadi mangsa kerana mereka tidak mempunyai kapasiti dan kemahiran untuk mengendalikan GST dan mendapatkan 'rebat' untuk cukai yang dikenakan berbanding syarikat dan pemborong besar.

8. Dasar Gaji Minima pun belum dapat dilaksanakan secara sepenuhnya. Banyak U-turn dibuat oleh Kerajaan. Mengapa hendak tergesa-gesa memperkenalkan GST sekarang?

9. Kemudahan dan keperluan asas seperti pendidikan dan kesihatan harus dijadikan percuma terlebih dahulu.

10. Alasan 170 negara sudah amalkan GST itu tidak cukup menyakinkan. Banyak di antara 170 buah negara tersebut terutamanya di Eropah mempunyai sistem kebajikan yang baik, pendapatan rakyatnya tinggi, perkhidmatan kesihatan yang percuma, pengangkutan awam yang efisien lagi murah dan sebagainya.

Kalau benar Kerajaan mahu laksanakan GST, PSM mencadangkan supaya Kerajaan membuat pungutan suara (referendum) dan biar rakyat buat keputusan. Jika tidak, PSM menggesa rakyat Malaysia untuk tolak cukai yang miskinkan rakyat ini.

Jom Gasak Sampai Tumbang !

Senarai negara ASEAN yang amalkan GST/VAT(VAT - Cukai Tambah Nilai)

Jadual ini menunjukkan kadar GST di kebanyakan negara ASEAN adalah tinggi.

Page 6: Sosialis (Okt Nov 2013)

6 PERJUANGAN RAKYAT Okt-Nov 2013

Perjuangan Kampung Hakka, Mantin

Lawan Pengusiran PaksaMenuntut Hak Perumahan

Di Mantin, satu kawasan yang terletak di Daerah Nilai, Negeri Sembilan, terdapatnya sebuah kampung tradisi yang berusia lebih 100 tahun, yang dikenali sebagai Kampung Hakka. Namun, Kampung Hakka Mantin sedang menghadapi ancaman pengusiran daripada pihak pemaju yang sanggup menghancurkan kampung halaman orang biasa demi keuntungan berlipat-ganda syarikat korporat.

Latar Belakang Kampung Hakka

Kampung tradisi yang terletak di tepi jalan dari Kajang ke Seremban ini, mendapat namanya kerana didiami oleh orang-orang yang berketurunan Hakka. Warisan tradisi Hakka ini boleh dijejak kembali sehingga abad ke-19, iaitu kira-kira pada tahun 1860-an. Sekarang ini, kampung ini masih dihuni oleh 61 buah keluarga.

Kampung Hakka wujud apabila penjajah British membawa masuk ramai buruh dari Negeri China lebih 100 tahun dahulu untuk menjadi pekerja lombong. Kawasan yang berdekatan dengan kampung ini mempunyai banyak lombong bijih timah pada suatu ketika dahulu. Kebanyakan pelombong cina datang dari Hui Zhou, satu tempat di mana kebanyakannya adalah orang berketurunan Hakka. Oleh itu, mereka yang menetap di sebuah perkampungan yang dipanggil Kampung Attap ini, yang juga

dinamakan Kampung Hakka.

Kebanyakan rumah penduduk di Kampung Hakka adalah rumah atap dan rumah papan sejak dahulu lagi, dan rumah yang dibina dengan batu-bata hanya wujud semasa zaman 1980-an.

Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu pada tahun 1960-an, Pejabat Tanah di Seremban te lah member ikan lesen tumpangan sementara (TOL) kepada penduduk Kampung Hakka, walaupun mereka merupakan peneroka dan penduduk asal kawasan ini. Semua penghuni dikenakan bayaran cukai tanah setiap tahun sehinggalah pada tahun 1998 ianya diberhentikan apabila Kerajaan Negeri telah menjual tanah Kampung Hakka kepada pihak luar.

Penduduk Kampung Hakka telah membayar cukai taksiran kepada Majlis Tempatan Mantin sehingga kini.

Pada tahun 1987, penduduk Kampung Hakka menerima khabar angin bahawa Kampung Hakka yang mempunyai sejarah lebih 100 tahun ini akan diambil alih untuk projek pembangunan. Namun, tiada sebarang rundingan diadakan bersama penduduk kampung dan pandangan mereka langsung tidak diambil kira.

Pada tahun 1998, penduduk Kampung Hakka dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan Negeri Sembilan telah menjual tanah kampung tersebut kepada pemaju tanpa pengetahuan penduduk.

Yang menjadi persoalan, mengapakah kerajaan negeri tidak berunding dengan pihak penduduk kampung sebelum menjual tanah kepada pihak yang lain? Bukankah kerajaan negeri sepatutnya tahu bahawa penduduk-penduduk kampung yang mendiami kawasan tersebut untuk bergenerasi telah memberikan banyak sumbangan kepada

pembangunan setempat?

Pada tahun 2005, Majlis Perbandaran Nilai dan Pemaju Mega 9 Sdn. Bhd. telah mengambil satu keputusan untuk melaksanakan projek pembangunan yang digelar “Mantin New Township'. Sejak itu, para penduduk Kampung Hakka mengalami begitu banyak tekanan kerana bimbang tentang masa hadapan mereka.

Penduduk Kampung Hakka pernah membawa isu ini kepada perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan tetapi Kerajaan Negeri tidak mengambi l sebarang in is ia t i f untuk menyelesaikan masalah ini.

Tanah Warisan Lebih Satu Abad Dijual Untuk Pembangunan

Penduduk Kampung Hakka cuba mempertahankan kampung halaman mereka. Para penduduk telah beberapa kali meminta pihak Pemaju tampil ke hadapan untuk berb incang dan menyelesaikan isu ini. Namun, wakil pihak pemaju yang dihantar untuk berbincang hanya menjanjikan ganti rugi dalam lingkungan jumlah wang sebanyak beberapa ribu sahaja. Penduduk amat tidak bersetuju dengan tawaran wang pampasan yang serupa sedekah ini.

Pada tahun 2011, pemaju Mega 9 Sdn. Bhd. telah merobohkan 2 buah rumah kampung dan memulakan projek Bandar Baru Mantin. Penduduk-penduduk kampung menentang perobohan rumah

dan mendesak supaya pemaju berunding dengan mereka. Namun, pemaju yang berkeras kepala enggan berunding dan masih mahu meneruskan kerja-kerja projek di kawasan kampung.

Oleh sebab penentangan hebat daripada penduduk kampung, pemaju tidak dapat meneruskan projek di kampung. Pemaju kemudiannya telah memfailkan kes di mahkamah. Pada 26 Ogos tahun ini, Mahkamah Tingg i Seremban te lah memutuskan bahawa pemaju boleh mengusir keluar penduduk kampung melalui Perintah 89. Para penduduk amat runsing tentang keputusan mahkamah ini dan telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

(sambung di m/s 7)

Pemaju yang Tamakkan Keuntungan Tidak Mempedulikan Kesejahteraan Penduduk Kampung

Page 7: Sosialis (Okt Nov 2013)

7 PERJUANGAN RAKYAT Okt-Nov 2013

Pihak Berkuasa Berat Sebelah(sambung dari m/s 6)

Sejurus selepas menang dalam mahkamah, pihak pemaju telah memulakan semula projek pembinaan secara giat. Para penduduk telah pun membuat beberapa aduan po l i s un tuk menghentikan projek tersebut.

Pada 12 September yang lalu, penduduk kampung bersama dengan beberapa aktivis telah pergi ke kawasan projek untuk berbincang

dengan Pemaju. Akan tetapi, pihak pemaju telah memanggil pihak polis datang ke kawasan tersebut. Polis telah bertindak secara tidak profesional dengan menahan dan menggari 5 orang aktivis dan 7 penduduk kampung. Mereka

dituduh menceroboh tanah tersebut. Pihak polis amat berat sebelah dan berpihak kepada pemaju. Mereka yang ditangkap polis juga disuruh untuk melalui ujian air kencing dan pengambilan DNA. Mereka yang ditahan pada hari itu hanya ingin melindungi kampung halaman mereka, tetapi adakah perlu pihak polis melayan mereka seperti penjenayah ataupun penceroboh haram?

Penduduk Lawan Pengusiran Paksa dan Perobohan RumahPada 30 September yang lalu, pemaju cuba merobohkan rumah di Kampung Hakka dengan bantuan polis. Penduduk-penduduk Kampung Hakka dan para aktivis yang datang memberi sokongan telah berjuang secara bersungguh-sungguh demi mempertahankan rumah penduduk kampung.

Walaupun notis pengusiran hanya diberikan pada 25 September, iaitu belum sampai lagi s e m i n g g u t e m p o h akhirnya, dan juga bailif yang hadir pada hari itu telah berjanji untuk menunggu kedatangan peguam penduduk, tetapi sebelum peguam sampai di situ, polis

telah diarahkan untuk memulakan pengusiran dan perobohan rumah.

Seramai 12 orang telah ditahan, termasuklah Arutchelvan (Setiasusaha Agung PSM), Sivarajan (Bendahari PSM), Sivaranjani (penyelaras JERIT) dan juga 5 orang penduduk kampung. Para penduduk yang cuba mempertahankan kampung halaman mereka telah dikasari polis. Salah seorang penduduk kampung telah patah tangannya akibat kekerasan polis.

Para penduduk kemudiannya telah berjaya mendapat perintah mahkamah u n t u k m e m b e r h e n t i k a n pengusiran sementara sehingga 17 Oktober. Kesemua tahanan telah dibebaskan pada malam tersebut.

Ancaman Pengusiran Paksa BerterusanKini, penduduk Kampung Hakka terpaksa berhadapan dengan ancaman pengusiran paksa yang berterusan. Penduduk kampung tidak dilindungi oleh undang-undang. Pemaju pula tidak teragak-agak untuk mengusir penduduk keluar daripada kampung halaman asal mereka. Polis pula dikerahkan untuk menjaga kepentingan pemaju.

Memang tiada cara lain untuk penduduk, k e c u a l i t e r u s b e r t e k a d u n t u k mempertahankan kampung halaman mereka secara sendiri dan dengan sokongan masyarakat yang prihatin.

Tuntutan penduduk Kampung Hakka:

1. Rumah di kawasan asal.

2. K e r a j a a n N e g e r i S e m b i l a n campurtangan untuk menghentikan pengusiran paksa.

3. Rundingan dengan pemaju untuk mencari satu penyelesaian yang adil.

Aktivis PSM dan JERIT serta masyarakat sivil yang prihatin kepada isu perumahan telah memberi sokongan kepada perjuangan penduduk Kampung Hakka Mantin.

Yang pasti, penduduk Kampung Hakka akan terus berjuang demi menuntut hak perumahan mereka.

(Lebih banyak gambar tentang perjuangan penduduk Kampung Hakka Mantin boleh

didapati pada ms12)

Sudut Puisi

Anak BangsaWahai adik..wahai abang..Ayuh bangun dan berdiri tegak..kukuhkan kakimu kerana ia kamu tegak berdiri..berdiri di bumi yang nyata..melawan kuasa penindasan..tanpa gentar atau takut..lawan erti mati..biar putih tulang..

wahai kawan wahai sahabat..tauliahkan dirimu dengan prinsip dan pendirian yang kukuh...kerana itu kebanggaan...hidup sebagai manusia...Bukan berTuhankan diri...Wahai taulan..anak muda...kau dan aku sama sahaja...bezanya..aku hidup berperinsip...bertuankan diri sendiri...berTuhankan Allah...Aku tidak perintah...aku juga tidak diperintah...

oleh: Azmin Aziz30 September 2013

Page 8: Sosialis (Okt Nov 2013)

8 FOKUS KHAS Okt-Nov 2013

Chin Peng Meninggal DuniaTapi Abu Mayatnya Takutkan UMNO

Chin Peng, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 September yang lalu pada usianya 89 di Bangkok, Thailand.

Walaupun Chin Peng telah meninggal dunia, namun kontroversi tentang Chin Peng tidak habis-habis. Para pemimpin UMNO yang cuba menonjolkan dirinya sebagai jaguh anti-komunis telah meneruskan tradisi penjajah British memburuk-burukkan perjuangan PKM menentang penjajahan. Abu Chin Peng juga dijadikan isu. Kerajaan UMNO-BN telah dengan tegasnya melarang abu mayat Chin Peng daripada dibawa masuk ke Malaysia, dan bersedia menahan sesiapa yang berbuat demikian. Histeria dan reaksi terlampau oleh kerajaan UMNO-BN terhadap mendiang Chin Peng sekali membuktikan bahawa mereka tidak berani berdepan dengan sejarah dan masih dihantui oleh bayangan sejarah UMNO-BN yang bersekongkol dengan penjajah British.

Adalah menjadi ironi apabila seorang yang mendedikasikan seumur hidupnya untuk memperjuangkan kemerdekaan dan menentang penjajahan tidak dibenarkan pulang ke kampung halamannya sehingga akhir hayatnya. Yang tidak masuk akal lagi, adalah jasad dan abunya juga tidak dibenarkan kembali ke tanah tumpah darahnya.

Walau bagaimanapun, semakin ramai rakyat Malaysia tidak lagi mudah diperdayakan oleh kerajaan UMNO-BN. Pihak pemerintah cuba menguasai naratif dan interpretasi sejarah, kerana mereka tidak mahu rakyat jelata mempunyai imaginasi tentang masa hadapan kita. Tetapi, yang pasti adalah usaha kerajaan UMNO-BN memonopoli naratif sejarah ini tidak mungkin akan berjaya kerana rakyat Malaysia yang semakin matang pemikiran tetap akan menemui kebenaran yang berselindung di belakang sejarah perjuangan rakyat.

Profail Chin Peng

Chin Peng dilahirkan pada 19 Oktober 1924 di Sitiawan, Negeri Perak. Nama sebenarnya adalah Ong Boon Hua.

Chin Peng telah dibangkitkan kesedaran politiknya semasa beliau melibatkan diri dalam gerakan menentang pencerobohan Jepun ke atas Tanah Besar China pada tahun 1937. Chin Peng menyertai PKM pada tahun 1940.

Apabila Tentera Jepun menceroboh Tanah Melayu pada Disember 1941, PKM telah mengorganisasi penentangan rakyat terhadap penjajah Jepun. Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) telah ditubuhkan oleh PKM. Chin Peng telah ditugaskan untuk memimpin pasukan gerila anti-Jepun di Perak. Beliau juga menjadi pegawai penghubung PKM dengan tentera Bristih dalam usaha mengusir keluar pencerobohan Tentera Jepun yang kejam.

Selepas penjajah Jepun menyerah kalah, Chin Peng dilantik sebagai salah seorang daripada 5 orang anggota Jawatankuasa Pusat Sementara PKM yang kemudiannya dinamakan Politbiro Pusat PKM.

Sebelum Chin Peng menjadi Setiausaha Agung PKM, jawatan tersebut dipegang oleh Lai Teck, seorang pengintip upahan British yang juga pernah bekerja untuk penjajah Jepun sehingga menyebabkan ramai terkorban akibat daripada itu. Pengkhianatan Lai Teck telah didedahkan sejurus selepas tamatnya perang. Lai Teck melarikan diri dengan membawa sejumlah besar dana tetapi kemudiannya dibunuh di Bangkok pada tahun 1947.

Chin Peng dipilih menjadi Setiausaha Agung PKM pada

usia tidak sampai 23 tahun. Beliau juga diberikan pingat OBE o l e h p i h a k B r i t i s h a t a s sumbangannya semasa perang menentang pencerobohan Jepun.

Dalam tiga tahun selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, PKM yang dapat bergerak secara terbuka mempunyai pengaruh yang kuat dalam gerakan kesatuan buruh dan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan. Gelombang kebangkitan rakyat menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan pada masa itu amat hebat sekali, sehingga berjaya menganjurkan aksi massa yang menggegarkan pemerintahan penjajah British, seperti Hartal pada Oktober 1947. Pihak penjajah British amat risau pada gelombang kebangk i tan rakya t te rsebu t dan te lah memperhebatkan penindasan ke atas kumpulan-kumpulan politik yang berhaluan kiri.

Pemerintahan penjajah British telah mengisytiharkan Darurat pada Jun 1948. PKM telah diharamkan dan penangkapan besar-besaran berlaku di seluruh negara. Penindasan yang hebat sebegitulah yang memaksa PKM melancarkan perjuangan bersenjata.

British telah mengerahkan ratusan ribu askarnya untuk memerangi pasukan gerila PKM. Rancangan Briggs yang dilaksanakan pada tahun 1950, telah memindah secara paksa lebih 500,000 orang penduduk luar bandar ke dalam “kampung baru” yang dipagari kawat berduri dan di bawah pengawasan polis 24 jam sehari, dengan tujuan untuk memutuskan hubungan PKM dengan rakyat biasa.

PKM cuba mencapai pendamaian di Malaya melalui Rundingan Baling pada Disember 1955. Chin Peng bersama dengan Rashid Maidin dan Chen Tien merupakan wakil PKM dalam Rundingan Baling, manakala wakil kerajaan Malaya yang masih di bawah penjajahan British adalah Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock. PKM bersedia untuk meletak senjata pada masa itu tetapi pihak Tunku bertegas bahawa PKM perlu menyerah diri. Rundingan Baling akhirnya gagal kerana pihak Perikatan dan British memang tidak mahu membenarkan PKM melibatkan diri dalam proses politik pilihanraya yang bakal menjejaskan kepentingan mereka. Walau bagaimanapun,

Rundingan Baling telah mempercepatkan proses M a l a y a m e n c a p a i kemerdekaan.

Apabila Darurat ditamatkan pada tahun 1960, kerajaan telah menggantikan Perintah D a r u r a t d e n g a n A k t a Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menjadi alat politik

untuk menindas mana-mana pihak yang bakal menggugat kekuasaan UMNO-Perikatan (UMNO-BN selepas tahun 1974).

Chin Peng telah menjelajah ke Vietnam pada tahun 1961, dan kemudiannya pergi ke Beijing pada tahun yang sama. Chin Peng menghabiskan kebanyakan masanya di negeri China selepas itu.

Setelah konflik bersenjata berlarutan untuk selama lebih 40 tahun, satu rundingan damai berjaya diadakan pada tahun 1989 antara tiga pihak, iaitu PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand. Chin Peng telah pergi ke Bangkok pada Oktober 1989 untuk menyertai pusingan terakhir rundingan damai. Pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai antara PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand telah dimeterai di Hatyai.

Selepas Perjanjian Damai di Hatyai, Chin Peng te lah menumpu perhat iannya untuk memastikan Perjanjian Damai tersebut dilaksanakan dengan sepenuhnya. Chin Peng sendiri pernah mengemukakan permohonan untuk pulang ke Malaysia mengikut syarat yang tertera dalam Perjanjian Damai, tetapi permohonannya telah ditolak. Chin Peng kemudiannya mengemukakan rayuannya dalam mahkamah tetapi juga ditolak atas alasan teknikal yang remeh-temeh. Hasrat terakhir Chin Peng untuk menziarahi pusara orang tuanya di Sitiawan tidak pernah terkabul.

Chin Peng menghembuskan nafas terakhirnya secara tenang pada awal pagi 16 September 2013 di Bangkok. #

Chin Peng (tengah) semasa Rundingan Baling 1955

Page 9: Sosialis (Okt Nov 2013)

9 FOKUS KHAS Okt-Nov 2013

Hajat Terakhir Chin PengKawan-kawan seperjuangan dan saudara-saudara setanahair yang tercinta,

Apabila anda membaca surat ini, saya sudah tidak di dunia ini lagi.

Niat asal saya ialah meninggal dunia secara senyap-senyap dan membiarkan saudara-mara saya mengendalikan sendiri hal-hal pengebumian. Akan tetapi, pengaruh daripada kesilapan media pada awal bulan Oktober 2011 yang mewartakan bahawa kesihatan saya telah berada di taraf yang amat kritis menyakinkan saya betapa perlunya saya meninggalkan surat ini.

Semenjak menyertai Parti Komunis Malaya dan akhirnya menjawat setiausaha agongnya, saya telah menyumbangkan sepenuh jiwa dan raga saya kepada usaha parti, iaitu berjuang demi satu masyarakat yang lebih adil dan lebih indah, yang berdasarkan cita-cita sosialisme. Kini, apabila saya pergi, sampailah masanya untuk mengembalikan jasad saya kepada keluarga saya.

Saya berasa amat bertuah kerana kedua-dua anak saya bersedia untuk mengurus jenazah seorang ayah yang tidak dapat memberikan mereka kasih sayang, kemesraan keluarga dan perlindungan semenjak mereka dilahirkan lagi. Sayang sekali, saya hanya mampu mengembalikan kasih sayang saya kepada mereka setelah saya melepaskan tugas politik dan tanggungjawab awam. Secara

ironi, saya dapat berbuat demikian hanya setelah saya sudah tidak bernyawa lagi dan tidak sanggup memberikan apapun kepada mereka.

Apa yang dikesali ialah mereka mengenali ayah sendiri jauh setelah mereka mendewasa, seorang ayah yang begitu asing bagi mereka. Saya tidak berhak menuntut mereka memahami dan memaafkan saya. Mereka tidak ada pilihan. Mereka terpaksa menerima realiti yang zalim. Sama seperti ramai keluarga para pahlawan dan kawan-kawan saya yang lain, mereka terpaksa menanggung kesusahan dan penderitaan yang di luar kemahuan mereka sendiri. Mereka terpaksa menanggunginya kerana keputusan kami hendak mencabar dan mengubah kuasa yang kejam.

Sayang beribu sayang, saya tidak berjaya menziarah makam ibu-bapa saya yang dikebumikan di kampung halaman Sitiawan. Saya tidak dibenarkan menjejakkan kaki di tanah air tercinta, bumi tempat saya dan rakan-rakan seperjuangan saya berjuang keras menentang kaum penceroboh dan penjajah asing.

Saya dan kawan-kawan saya telah menyumbangkan seumur hidup kami kepada usaha perjuangan politik yang kami yakini, dan telah memberikan berbagai pergorbanan. Apapun risiko yang menimpa diri kami, keluarga kami dan masyarakat kita, kami terima dengan hati terbuka.

Pada hakikatnya, saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik, yang sanggup mengistiharkan kepada dunia bahawa dia berani menghabiskan seumur-hidupnya demi cita-cita yang dipegangnya, iaitu mewujudkan satu dunia yang lebih baik kepada rakyat jelata.

Berjaya atau tidak lain perkara, yang penting ialah usaha yang saya lakukan ke arah tersebut. Mudah-mudahan, jalan yang saya tempuhi ini akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh generasi muda. Saya yakin penuh bahawa api perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam.

Selamat tinggal, kawan-kawan seperjuangan yang tercinta! Selamat tinggal, saudara-saudar i setanahai r yang dikasihi! Selamat tinggal, tanah air yang dicintai!

Penghormatan Terakhir Untuk Chin Peng(Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh PSM pada 17 September yang lalu berikutan pemergian Chin Peng.)

PSM bersedih dengan pemergian Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya dan juga rakan-rakannya dalam PKM.

Chin Peng merupakan seorang pejuang anti-penjajah dan anti-imperialis yang kuat semangat dan pintar. Beliau telah melibatkan diri dalam perjuangan menentang pendudukan Jepun dan penjajahan British. Beliau memainkan peranan penting dalam perjuangan pembebasan nasional Malaya dan pastinya beliau berkedudukan penting dalam sejarah kemerdekaan negara kita.

Chin Peng, dengan nama asalnya Ong Boon Hua, dilahirkan pada tahun 1924 di Sitiawan, Perak. Beliau menyertai PKM pada tahun 1940. Chin Peng terlibat dalam Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) yang berjuang menentang penaklukan dan pendudukan Jepun. Untuk mengiktiraf sumbangnya ini, Chin Peng telah dianugerahkan pingat OBE oleh British pada tahun 1947, tahun yang sama beliau menjadi Setiausaha Agung PKM. Lebih kurang setahun selepas itu, Chin Peng terpaksa mengambil jalan perjuangan bersenjata menentang British apabila kuasa penjajah tersebut mengumumkan darurat di Tanah Melayu. Perang pembebasan nasional telah berlarutan sehingga menjadi perang saudara yang mengambil masa selama lebih 40 tahun, disebabkan oleh cubaan ikhlas oleh PKM untuk merundingkan perjanjian damai di Baling pada tahun 1955 telah digagalkan oleh kedua-dua pihak British dan pemimpin Perikatan pada masa itu yang tidak mahu PKM mengambil bahagian dalam proses pilihanraya. Mereka takut bahawa kepentingan ekonomi golongan elit pemerintah akan terjejas jika PKM mendapat kejayaan dalam proses pilihanraya. Perjanjian damai akhirnya tercapai pada tahun 1989.

Chin Peng dan PKM telah dicerca dalam sejarah rasmi negara kita dengan pelbagai label negatif,

bukannya di luar jangkaan, kerana sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Tetapi, adanya rakyat Malaysia yang sedar, termasuklah generasi muda hari ini, tahu bahawa Chin Peng dan rakan-rakannya mengangkat senjata pada tahun 1948 bukannya untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kemerdekaan Tanah Melayu dan keadilan untuk rakyat biasa. Kita tidak boleh menafikan bahawa Tanah Melayu tidak mungkin mencapai kemerdekaan sekiranya tiada perjuangan pembebasan nasional oleh Chin Peng dan PKM yang dilancarkan untuk menentang pemerintahan penjajah

Adalah malang sekali bahawa kerajaan Malaysia enggan mengiktiraf sumbangan PKM kepada kemerdekaan negara kita. Dengan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanahairnya sehingga beliau meninggal dunia, Kerajaan Malaysia telah gagal menunaikan janjinya dalam perjanjian damai yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dan PKM pada tahun 1989. Chin Peng pernah memohon untuk pulang ke tanah kelahirannya beberapa kali. Walaupun ramai antara anggota PKM telah dibenarkan untuk pulang ke sini, tetapi Chin Peng masih bagaikan hantu yang ditakuti oleh kerajaan.

Oleh yang demikian, PSM menyeru kerajaan kita supaya mengiktiraf perjuangan dan pengorbanan semua tokoh anti-penjajah, termasuklah Chin Peng, demi mengekalkan kebenaran tentang perjuangan kemerdekaan kita. Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui kisah sebenar perjuangan anti-penjajahan di negara kita.

Chin Peng dan perjuangannya akan sentiasa dikenang, diiktiraf dan dihargai.

Chin Peng (tengah) semasa Rundingan Baling 1955, bersama dengan Rashid Maidin (kiri) dan Chen Tiean (kanan)

Chin Peng (kanan) semasa menandatangani Perjanjian Damai Hatyai 1989.

Perjanjian Damai Hatyai 1989 telah ditandatangani oleh 3 pihak, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan PKM untuk menamatkan konflik bersenjata.

Page 10: Sosialis (Okt Nov 2013)

10 ANTARABANGSA Okt-Nov 2013

Syria: Ancaman Serangan Imperialis AS Dielakkan

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan Obama, telah cuba melancarkan serangan ke atas Syria dengan menggunakan alasan bahawa tentera kerajaan Syria menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya. Satu perang penaklukan nyaris berlaku tetapi berjaya dielakkan kerana bantahan yang hebat daripada pelbagai pihak.

Satu serangan senjata kimia telah berlaku di kawasan Ghouta berdekatan dengan Damascus pada 21 Ogos yang lalu, menyebabkan ratusan orang terbunuh termasuk kanak-kanak. Peristiwa tersebut telah mencetuskan reaksi hebat di peringkat antarabangsa. Namun, banyak kontroversi dan tanda persoalan timbul di sebalik serangan senjata kimia tersebut. Pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan tersebut masih belum dapat dikenalpasti secara sah. Adalah tidak masuk akal untuk kerajaan Bashar al-Assad melakukan serangan sejata kimia di kawasan

yang berdekatan dengan tempat pemeriksa senjata kimia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berada.

Perang saudara yang berlaku di Syria telah berlarutan untuk lebih 2 tahun, dan meragut nyawa seramai 100,000. Ini memang satu tragedi dan krisis kemanusiaan yang amat serius. Kuasa-kuasa imperialis seperti AS dan juga sekutunya di Dunia Arab seperti Arab Saudi, merupakan dalang di belakang konflik yang dahsyat ini dengan menyalurkan sokongan dan bekalan kepada kumpulan pemberontak yang terdiri daripada kumpulan fundamentalis. Campurtangan kuasa-kuasa besar dalam konflik di Syria telah mengeruhkan lagi keadaan dan menyebabkan ramai yang terkorban. Usaha campurtangan terbaru yang cuba dilaksanakan oleh AS bukannya bertujuan menamatkan kesengsaraan rakyat Syria akibat

peperangan, tetapi hanya mahu menjatuhkan kera jaan Assad demi memper luaskan penguasaan imperialis barat tanpa mengira berapa banyak lagi nyawa akan dikorbankan.

Selepas serangan kimia di Ghouta, kerajaan Obama telah cuba sedaya-upaya untuk mengatur serangan ke atas Syria, seperti apa yang cuba dilakukan oleh Bush ke atas Iraq sepuluh tahun yang lepas. Sekutu rapat AS, kerajaan Britain di bawah pimpinan David Cameron, juga berniat untuk menyertai operasi menyerang Syria tersebut, tetapi telah digagalkan apabila parlimen mengundi untuk tidak menyokong cadangan menyerang Syria. Obama turut menghadapi banyak bantahan di AS sama ada daripada masyarakat sivil ataupun ahli perwakilan dalam kongres.

Dalam keadaan yang tegang, pihak kerajaan Russia yang dipimpin oleh Vladimir Putin telah campurtangan dalam rundingan dengan AS, sehingga mencapai satu persetujuan di mana Syria bersetuju untuk mengumumkan dan menyerahkan sen ja ta k imianya untuk d i m u s n a h k a n d i b a w a h p e m a n t a u a n antarabangsa. Dengan tercapainya persetujuan tentatif tersebut, serangan AS yang akan melibatkan pembedilan bom yang berterusan dan kematian lebih ramai rakyat Syria dapat dielakkan.

Ini juga merupakan satu tamparan kepada Obama yang beria-ia untuk menunjukkan kekuasaan ketenteraan AS di mata dunia.

Protes Anti-Perang

Di Serata Dunia

Amerika Syarikat

Britain

Malaysia

Di Malaysia, Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menganjurkan satu protes membantah serangan ke atas Syria pada 6 September yang lalu, di hadapan Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur. Protes tersebut telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kumpulan-kumpulan mahasiswa dan ramai lagi.

Satu memorandum yang disokong oleh 14 buah organisasi telah diserahkan kepada wakil Kedutaan AS pada hari tersebut.

Berikut adalah kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 6 September yang lalu oleh gabungan parti politik dan NGO yang membantah rancangan AS menyerang Syria.

Jangan Serang Syria!

Kami, rakyat Malaysia, menyuarakan bantahan kami ke atas rancangan Amerika Syrikat (AS) dan sekutunya untuk menyerang Syria. Aksi ketenteraan bukannya penyelesaian kepada krisis dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Syria.

Walaupun kami membantah sekeras-kerasnya segala penggunaan senjata kimia, tetapi serangan senjata kimia di Damascus seperti yang didakwa baru-baru ini, tidak boleh dijadikan alasan untuk campurtangan ketenteraan.

Campurtangan ketenteraan yang dilakukan oleh AS dan sekutunya di negara-negara seperti Afghanistan, Iraq dan Libya, hanya membawa lebih banyak bencana pertumpahan darah dan meninggalkan jutaan rakyat di negara-negara tersebut yang terpaksa mengharungi segala penderitaan.

AS dan sekutunya sedang cuba memintas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syria, mengulangi apa yang dilakukan oleh mereka ke atas Iraq. Kami menuntut supaya jangan jadikan Syria satu lagi Iraq.

Kami menyokong kebangkitan demokratik rakyat dalam menentang rejim yang zalim, tetapi

kami menolak campurtangan AS dan sekutunya di Syria. Rakyat Syria patut mempunyai hak untuk menentukan masa hadapan mereka sendiri.

Campurtangan kuasa-kuasa barat di Syria t idak akan menye lesa ikan k r is is kemanusiaan di Syria, tetapi akan membawa lebih kematian orang awam, malapetaka yang lebih teruk dan menyediakan tempat pembiakan untuk pengganasan. Krisis di Syria perlukan p e n y e l e s a i a n p o l i t i k b u k a n n y a campurtangan ketenteraan!

AS dan sekutunya tiada minat untuk mempromosi demokrasi dan keadilan sosial di Timur Tengah, sebaliknya hanya ingin memperkembangkan kepentingan strategik mereka di rantau tersebut dengan membawa kemusnahan kepada kehidupan rakyat biasa.

Oleh itu, kami menuntut:- AS dan sekutunya menghentikan

rancangan untuk menyerang Syria.- Tutup semua pengkalan tentera

luar negeri AS.

Inisiatif:1. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Disokong oleh:2. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)3. KL & Selangor Chinese Assembly

Hall Youth4. Kumpulan Aktivis Mahasiswa

Independen (KAMI)5. Mahasiswa Keadilan Malaysia6. Malaysian Youth and Student

Democratic Movement (DEMA)7. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)8. Parti Rakyat Malaysia (PRM)9. Pemuda Sosialis10. Persatuan Komuniti Prihatin

Selangor & KL11. Saya Anak Bangsa Malaysia

(SABM)12. Solidariti Anak Muda Malaysia

(SAMM)13. Solidariti Mahasiswa Malaysia

(SMM)14. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Page 11: Sosialis (Okt Nov 2013)

11 SUDUT SEJARAH Okt-Nov 2013

Siapa yang harus dipersalahkan atas kematian tentera kita?Baru-baru ini kita dibedil dengan hujah-hujah pemimpin UMNO bahawa abu mendiang Chin Peng tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana ia akan menyinggung perasaan ratusan keluarga anggota tentera yang kehilangan nyawa dalam pertempuran bersenjata dengan pihak komunis. Memang kehilangan nyawa tentera Malaysia dan juga kecederaan yang dialami oleh askar kita adalah sesuatu yang kita semua kesali. Tetapi salah siapa dalam perkara itu?

Marilah kita kaji apa yang berlaku dalam rundingan damai antara pihak Perikatan dan pihak Parti Komunis Malaya (PKM) yang diadakan pada bulan Disember 1955 di Baling, Kedah. Pihak Perikatan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock, manakala PKM diwakili oleh Chin Peng, Rashid Maidin dan Chen Tien. Dengan memahami apa yang berlaku dalam Rundingan Baling, barulah kita dapat memahami mengapa pemberontakan komunis di Tanah Melayu berterusan selepas negara kita mencapai kemerdekaan walaupun pada asalnya pihak komunis mengangkat senjata dan masuk hutan adalah untuk menghalau penjajah British.

Pertama sekali, marilah kita renungi satu petikan daripada tulisan Khong Kim Hoong, seorang pakar akademik yang mengarang buku bertajuk Perjuangan untuk Kemerdekaan di Tanah Melayu. Dalam muka surat 198 terdapat perenggan berikut -

“Rundingan Damai di Baling pada Disember 1955 antara pemimpin-pemimpin Perikatan dan PKM gagal. Pemimpin Perikatan tidak menunaikan cadangan mereka untuk mengampun askar komunis seperti diwarwarkan dalam kempen pilihan raya pada Julai 1955. Pemimpin Perikatan menolak permohonan PKM untuk tidak mengenakan tindakan ke atas mana-mana individu selepas penamatan perang gerila, dan bahawa PKM akan dibenarkan untuk menyertai secara bebas dalam politik negara selepas merdeka. Pendirian tegas anti-komunis yang ditunjukkan oleh pemimpin Perikatan adalah penting kepada kerajaan British. Pemimpin Perikatan telah membuktikan diri mereka sebagai pihak yang tidak akan berkompromi dengan komunis. Oleh itu, kebimbangan awal British bahawa kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu akan dijejas telah

dihapuskan. Rundingan di London dibuka pada Februari 1956 dalam suasana yang lebih mesra.” Tanggapan Khong berkaitan Rundingan Damai di Baling pada Disember 1955 adalah selari dengan apa yang dirakamkan oleh Said Zahari yang berada di Baling sebagai seorang wartawan pada masa itu. Dalam bukunya "Awan Gelap pada Subuh", muka surat 282, Said Zahari bertulis -

Saya bertanya pada Tunku sama ada beliau kecewa dengan kegagalan rundingan damai atau tidak. Tanpa ragu-ragu, Ketua Menteri menjawab, "Tidak, saya tidak kecewa. Saya tidak mahu rundingan ini berjaya." Dia tersenyum lebar dan pusing untuk berjalan ke arah bilik persidangan. Syed Jaafar Albar (Pembantu Khas Tunku pada takat itu) menarik saya ketepi dan berkata, "Said, saya rasa jawapan Tunku kepada soalan anda tidak boleh didedahkan kepada umum. " Saya kecewa kerana ini merupakan satu "skoop" tetapi saya terpaksa akur.

Menurut 2 laporan di atas, Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri pada masa itu, terpaksa mungkiri janji pengampunan untuk komunis yang begitu kuat dihebohkan dalam kempen Pil ihan Raya Persekutuan pada Julai 1955 kerana pengampunan seperti itu tentu akan menjejaskan perjuangan UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 2 tahun. Sudah tentu pihak British tidak rela menyerahkan Malaya kepada pihak yang ingin membenarkan pihak komunis mengambil bahagian dalam proses politik yang sah.

Chin Peng dan rakan-rakannya fikir begitu juga, dan mereka menaruh harapan bahawa selepas Malaya dapat kemerdekaan, tawaran pengampunan akan dilakukan sekali lagi oleh kerajaan. (Lihat "My Side of History" oleh Chin Peng.) Tetapi tawaran pengampunan yang diharapkan tidak berlaku sehingga tahun 1989 dengan syarat yang hampir sama seperti diminta oleh PKM di Baling pada tahun 1955.

Mengapa kelewatan selama 32 tahun ini? PKM bersedia meletak senjata pada tahun 1955 kerana mereka dapat melihat bahawa kempen ketenteraan tidak dapat menuju ke mana-mana. Mereka sedar

bahawa mereka tidak dapat menang perang gerila itu. Tetapi mereka tidak mahu dihina dengan penyerahan diri dan dikurung di bawah Ordinan Darurat!

Penerusan pertempuran bersenjata di kawasan hutan dalam negara antara kemerdekaan pada tahun 1957 dan Perjanjian Damai pada tahun 1989 adalah disebabkan oleh kerajaan Malaya / Malaysia yang tidak mahu pihak komunis keluar dari hutan dan mengambil bahagian dalam proses politik yang sah. Mereka takut bahawa komunis mungkin boleh mendapatkan cukup sokongan untuk memasuki Parlimen dan dapat menyoal serta menghalang dasar-dasar pro-kapitalis kerajaan Perikatan. Kerajaan Perikatan juga tahu bahawa pihak komunis tidak dapat menang perang gerila itu. Pemimpin Perikatan turut sedar bahawa kosnya menyambung peperangan gerila adalah kematian ratusan lagi askar kerajaan dan pejuang komunis - tetapi itu adalah satu kos mereka sedia bayar untuk mempertahankan dasar-dasar kapitalis mereka.

M a k a , s i a p a k a h y a n g b e t u l - b e t u l bertanggungjawab atas kematian askar negara daripada 1955 hingga 1989? Pihak manakah yang membenarkan kecederaan yang dialami oleh ratusan askar kita, yang juga merupakan rakyat daripada lapisan miskin? Chin Peng dan pihak PKM? Ataupun pemimpin Perikatan yang mewakili elit pemerintah Malaya / Malaysia?

Sekarang, oleh kerana sudah sampai musim pemilihan pucuk pimpinan UMNO, ramai pemimpin utama UMNO - Najib, Muhiyuddin, Hishamuddin, Nazri dan beberapa orang lain - sedang kuat membantah kepulangan abu Chin Peng ke Sitiawan, untuk menonjolkan diri mereka pada ahli biasa dalam UMNO bahawa mereka adalah jaguh bangsa yang begitu prihatin terhadap kehilangan nyawa askar Melayu, sedangkan permainan politik mereka lah yang melambatkan proses pendamaian selama 32 tahun! Malangnya ada ramai orang yang masih boleh diperbodohkan oleh pemimpin yang tidak jujur ini.

(oleh: Jeyakumar Devaraj)

TAHUKAH ANDA?Sumber: Pusat Sejarah Rakyat https://www.facebook.com/pusatsejarahrakyat

Selepas penjajah British mengisytiharkan Darurat di seluruh Malaya pada bulan Jun 1948, ribuan aktivis anti-penjajah, pemimpin parti-parti politik kiri dan pejuang kemerdekaan telah ditangkap dalam operasi besar-besaran yang dijalankan oleh penjajah British.

Antara yang ditangkap ialah Yang DiPertua PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan Presiden PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat), Ishak

Haji Muhammad, juga dikenali dengan nama Pak Sako.

Menurut Adi Putra dalam artikelnya di akhbar Utusan Zaman bertarikh 10 Jun 1973,

“Pak Sako, atau Ishak Haji Muhammad, ketika itu menerima nasib yang sama dengan rakan-rakan politiknya. Pada tahun 1948 dia ditangkap di Taiping. Beliau ditahan selama dua hari dua malam di balai polis Taiping, kemudian dihantar ke Kuala Lumpur.”

“Di balai polis Campbell, Kuala Lumpur, Pak Sako ditahan selama 50 hari. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara Pudu selama lima bulan. Dalam penjara tersebut beliau ditahan selama 100 hari dalam bilik gelap."

"Pak Sako kemudiannya dipindahkan ke Kem Tahanan Tanjung Beruas, Melaka, pada pertengahan tahun 1949."

Selepas 5 tahun dipenjara, akhirnya Pak Sako telah dibebaskan pada tahun 1953.

Gambar ini telah diambil semasa Pak Sako sedang ditahan di Kem Tahanan Tanjung Beruas, Melaka.

Gambar: Pak Sako (berdiri nombor 3 dari kiri)

Antara Pejuang Kemerdekaan...

PETA (Ikatan Pembela Tanah Ayer Malaya) merupakan sebuah gerakan pemuda di bawah pimpinan Wahi Anuar yang ditubuhkan di Temerloh, Pahang pada 9 Oktober 1947, beberapa bulan selepas gerakan API (Angkatan Pemuda Insaf) diharamkan oleh kerajaan penjajah British. PETA merupakan salah satu badan yang bergabung bersama PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat - All Malaya Council of Joint Action).

Gambar di bawah diambil semasa kongres pertama PETA yang diadakan di Temerloh pada bulan Mac 1948.

Tiga bulan kemudian, PETA telah diharamkan selepas penjajah mengisytiharkan Darurat di seluruh Malaya pada bulan Jun 1948.

Page 12: Sosialis (Okt Nov 2013)

PERJUANGAN RAKYAT12 Sep-Okt 2013

SUDUT KOMIKPDRM oh PDRM...Lukisan oleh Megat Roslan Abdul Wahidsumber: http://megatcartoonist2013.blogspot.com/

Biro Pekerja PSM telah melancarkan satu kempen mengumpul tandatangan yang menuntut pada Kerajaan Malaysia supaya bertindak serius dan mengambil langkah yang konkrit dalam pelaksanaan dasar gaji minima.

Berikut adalah langkah-langkah pelaksanaan yang dicadangkan dalam petisyen kepada kerajaan:

1. Memantau situasi dan mengenakan penalti ke atas mana-mana syarikat yang mengupah lebih daripada 5 orang pekerja tetapi masih belum melaksanakan gaji minima.

2. Memastikan semua kontrak kerajaan yang sedang berlangsung diubahsuai dengan serta-merta untuk membolehkan kontraktor mematuhi skim gaji minima. Jika perlu, tambahkan bayaran kepada kontraktor supaya membolehkannya bayar gaji minima kepada pekerjanya yang kini menerima gaji yang kurang daripada gaji minima.

3. Jangan kecualikan pekerja asing daripada pelaksanaan gaji minima. Jangan membenarkan majikan memotong gaji pekerja asing untuk tujuan levi, penginapan ataupun pengangkutan. Skim KWSP sudahpun menjadikan pekerja tempatan lebih “mahal” untuk majikan. Semua langkah yang menjadikan pekerja asing lebih “murah” untuk majikan menjejaskan peluang mendapat pekerjaan untuk pekerja tempatan terutamanya pemuda kita.

4. Tarikh perlaksanaan gaji minima untuk syarikat dengan 5 orang pekerja ke bawah telah ditundakan daripada 1/1/2013 ke 1/1/2014. Jangan menundakan lagi tarikh penguatkuasakan skim gaji minima untuk syarikat mikro. Tetapi untuk membantu mereka dalam melaksanakan gaji minima, satu atau lebih daripada syor berikut harus ditawarkan untuk mengurangkan beban firma kecil:

a) Kerajaan sendiri mengambil alih bayaran syer majikan kepada KWSP (sebanyak 13% gaji pekerja) untuk satu tempoh;

b) Mengecualikan firma kecil daripada bayaran cukai untuk satu tempoh;

c) Menawarkan elektrik dengan kadar yang lebih rendah untuk satu tempoh masa.

Skim Gaji Minima amat berfaedah kepada pekerja yang sebelum ini menerima gaji di bawah paras RM 900 sebulan. Perlaksanaannya harus dikuatkuasakan tanpa tunda-menunda lagi. Kerajaan harus bersikap serius dalam pelaksanaan skim ini.

Kempen Tandatangan Gaji Minima

Mendesak Kerajaan Serius Dalam Pelaksanaan

PERJUANGAN KAMPUNG HAKKA MANTIN MENENTANG PENGUSIRAN PAKSA

30 September 2013 - Hari Pengusiran

Aktivis PSM dan JERIT dikasari polis

Polis menyebelahi pemaju

Arul, Setiausaha Agung PSM cuba berunding dengan polis dan bailif

Arul ditahan kerana mempertahankan rumah penduduk

1 Oktober 2013

Protes dan penyerahan memorandum di Wisma Negeri Sembilan

12 September 2013

27 September 2013

Memorandum kepada SUHAKAM

Menuntut pembebasan penduduk yang ditahan