sosialis (oct nov 2015)

16
Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mel: [email protected] Facebook: psm.sosialis RM 1 RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYAT OKT-NOV 2015 baca lanjut di m/s 8 | PQ/PP1505(17864) > m/s 13 > m/s 4 > m/s 5 > m/s 10 Tabung Pemberhentian Kerja Jerebu Sampai bila? Gempa bumi politik di UK Jangan rampas rumah rakyat marhaen Melayu hilang pedoman? baca lanjut di m/s 6 & 7 Malaysia dijual dengan TPPA

Upload: partisosialis

Post on 25-Jul-2016

265 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Topik: Jerebu, TPPA, Melayu Hilang Pedoman, Tabung Pemberhentian Kerja, Kejutan Politik UK

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Oct Nov 2015)

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772partisosialis.org E-mel: [email protected] Facebook: psm.sosialis

RM 1 • RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYATOKT-NOV 2015

baca lanjut di m/s 8

| PQ/PP1505(17864)

> m/s 13

> m/s 4

> m/s 5

> m/s 10

Tabung Pemberhentian Kerja

Jerebu Sampai bila?

Gempa bumi politik di UK

Jangan rampasrumah rakyat marhaen

Melayu hilang pedoman?

baca lanjut di m/s 6 & 7

Malaysiadijual

dengan TPPA

Page 2: Sosialis (Oct Nov 2015)

Okt-Nov 20152 PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan.

Bendera dan Lambang

Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat Parti Sosialis

Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup.

Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan.

Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional.

Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak.

Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya.

Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan.

Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama.

Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan.

Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian.

Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan.

Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan.

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti.

Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat.

Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda,Brickfields,50470 Kuala Lumpur.Tel: 603-22747791Fax: 603-87374772Email: [email protected] web: http://partisosialis.org/

Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

DASAR PERJUANGAN

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami.

Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu)

Nama: ________________________________________

Alamat: _________________________________________________________________________________________________________________________________

Telefon: _____________________________________

Faks: _____________________________________

Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Hantar kepada Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda, Brickfields50470 Kuala LumpurTel: 603-22747791Fax: 603-87374772Website- http://partisosialis.org/

Langganlah Akhbar

Sekarang!

Senario politik di negara kita semakin meruncing. Kerajaan pimpinan Najib yang diselubungi dengan pelbagai skandal sedang mempertahankan kedudukannya dengan jentera dan kekuasaan rejim pemerintah yang diwarisi daripada Mahathir. Demi mengurangkan impak himpunan BERSIH 4 dan mengaburi mata rakyat daripada kepincangan rejim pemerintah, sentimen perkauman terus diapi-apikan dan ketegangan masyarakat dicetuskan.

Sememangnya tidak asing lagi bagi kita menyaksikan taktik rejim UMNO-BN yang mempergunakan sentimen perkauman dan ketegangan masyarakat untuk mengalihkan perhatian ramai daripada krisis dalaman golongan pemerintah. Taktik-taktik sebegini juga boleh mewujudkan keadaan yang memberi alasan kepada rejim berkuasa untuk mengetatkan kongkongannya terhadap ruang kebebasan demokratik di negara kita ini. Perhimpunan “Baju Merah” yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan yang berkait rapat dengan rejim UMNO-BN jelas sekali hendak mewujudkan senario yang boleh dijadikan alasan untuk penghakisan ruang demokrasi selanjutnya. Rakyat jelata harus sentiasa berhati-hati supaya tidak terjebak dalam perangkap politik perkauman ini sehingga menghancurkan usaha pendemokrasian dan perjuangan menuntut keadilan sosial di negara kita.

Apabila rejim UMNO-BN sedang

berada dalam krisis mendalam dan cuba mempertahankan kuasanya dengan politik pelampau perkauman, pihak pembangkang pula nampaknya masih belum lagi pulih daripada perpecahannya. Pengumuman penubuhan gabungan parti pembangkang yang baru, Pakatan Harapan, tidak menampakkan suntikan tenaga baru untuk politik pembangkang. Malah, parti-parti yang mengganggotai Pakatan Rakyat sebelum ini masih menghadapi masalah dalaman yang berlarutan. Ini berkemungkinan akan menghampakan usaha rakyat dalam menuntut perubahan sosial.

Di samping itu, negara kita juga menghadapi ancaman luar yang hebat selepas perjanjian perdagangan bebas Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) telah dipersetujui oleh 12 buah negara termasuklah Malaysia. TPPA yang merupakan alat kuasa besar Amerika Syarikat untuk melindungi kepentingan korporat antarabangsa akan membawa ancaman hebat kepada kedaulatan negara kita dan juga menghakis hak rakyat dalam pelbagai aspek, termasuklah kenaikan harga ubat, kehancuran pertanian tempatan dan kehilangan kerja di sektor perindustrian tempatan. TPPA hanya akan dikuatkuasakan selepas dibentang dan diluluskan dalam parlimen, maka perjuangan menentang TPPA ini belum lagi selesai. Kita perlu tingkatkan usaha untuk menggerakkan bantahan terhadap perjanjian TPPA yang menggadaikan kepentingan rakyat marhaen ini. ##

Page 3: Sosialis (Oct Nov 2015)

Okt-Nov 2015 3PARTI DAN FRON

Pemuda Sosialis berkampung di GATCO

Pada 25 hingga 27 September yang lalu, Pemuda Sosialis PSM telah berkampung di Gatco, Jempol, Negeri Sembilan. Pemuda Sosialis telah mengadakan program untuk anak muda peneroka semasa mereka berada di sana.

Program tiga hari tersebut dibantu oleh Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC), PSM Seremban dan peneroka-peneroka Gatco.

Selepas sesi suaikenal, peneroka telah berkongsi pengalaman mereka dalam perjuangan Gatco. Tanah Gatco pada asalnya suatu skim perjanjian pekebun kecil seperti FELDA. Projek skim ini adalah penanaman tebu. Tetapi setelah syarikat muflis, tanah telah diambil alih oleh peneroka sendiri. Peneroka telah membangunkan tanah ini dengan tanaman getah di bawah skim Gatco melalui pinjaman bank. Namun kini mereka menghadapi ancaman daripada Thamarai Holdings, sebuah syarikat korporat yang sedang guna pelbagai taktik jahat, dibantu pula oleh polis dan Kerajaan Negeri Sembilan untuk merampas tanah peneroka ini. Pemuda Sosialis dapat mendengar sendiri kisah-kisah bagaimana setiap orang peneroka menyertai dan mengusahakan tanah Gatco.

Dalam program perkampungan ini, setiap ahli Pemuda Sosialis masing-masing tinggal bersama satu keluarga angkat. Mereka menjadi sebahagian dalam keluarga itu. Setiap malam selepas Pemuda pulang ke rumah keluarga angkat, mereka akan bersembang berjam-jam mengenai kehidupan dan perjuangan peneroka Gatco. Batumalai, salah seorang bapa angkat telah menceritakan tentang pada awalnya tiada kemudahan

elektrik di Gatco (semasa skim ini dimulakan). Peneroka hanya mempunyai generator. Peneroka hanya akan dapat bekalan air melalui lori air. Jalan kampung pula adalah tanah merah. Pada awal pagi, mereka perlu berjalan beberapa kilometer untuk sampai ke ladang untuk menoreh pokok getah.

Peneroka di Gatco mempunyai keberanian yang sangat tinggi. Peneroka-peneroka di sini beberapa kali pernah dipukul dan diugut oleh samseng, pernah ditahan oleh polis, dilanggar dengan jentolak, dilayan perbuatan lucah oleh pegawai polis di Balai Polis Air Hitam terhadap peneroka wanita. Namun penduduk masih berani meneruskan perjuangan mereka dalam menuntut hak mereka.

Pemuda Sosialis telah mengadakan pelbagai aktiviti bersama anak-anak muda Gatco, termasuklah senaman pagi, melukis sepanduk, pementasan, nyanyian lagu perjuangan dan pameran perjuangan peneroka Gatco. Kesemua anak muda telah menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

Menurut Kesavan, Setiausaha Pemuda Sosialis, program perkampungan ini telah memberi pengalaman yang sangat berharga kepada kumpulan Pemuda Sosialis. Anggota-anggota Pemuda Sosialis telah mendapat sedikit pendedahan mengenai kehidupan komuniti peneroka dan cara bagaimana Pemuda Sosialis perlu bekerja dengan sesebuah komuniti seperti Gatco. Pemuda Sosialis meninggalkan kampung Gatco dengan perasaan dan keinginan untuk belajar lebih banyak lagi daripada masyarakat marhaen. ##

Mesyuarat Jawatankuasa Nasional PSM yang ke-22 telah diadakan di Kangkar Pulai, Johor, pada 4 Oktober yang lalu. Mesyuarat kali ini membincangkan senario politik terkini dan juga cadangan untuk mengadakan kempen menuntut Tabung Pemberhentian Kerja. Jawatankuasa Nasional PSM bermesyuarat 4 bulan sekali untuk membolehkan semua cawangan PSM melaporkan perkembangan masing-masing dan bertukar pandangan tentang isu-isu berbangkit semasa.

Mesyuarat JK Nasional ke-22

Satu sesi khas tentang isu pelarian telah diadakan di Ibu Pejabat PSM Brickfields pada 27 September yang lalu. Assad, pembentang dalam sesi tersebut, telah menerangkan tentang konflik di Syria yang membawa kepada krisis kemanusiaan yang teruk, di mana lebih 12 juta warga Syria memerlukan bantuan kemanusiaan.

Isu pelarian Syria: Krisis kemanusiaan yang teruk

Satu sesi Sembang Teh Tarik telah diadakan pada 4 Oktober yang lalu di Johor Bahru. Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Parlimen Sungai Siput merangkap AJK Pusat PSM), Arutchelvan (AJK Pusat PSM) dan Sivarajan (Setiausaha Agung PSM) telah berkongsi pandangan tentang isu-isu semasa dan perjuangan rakyat dengan para penyokong PSM di Johor Bahru.

Sembang teh tarik bersama penyokong di JB

PSM Rawang telah mengadakan sesi ideologi bersama dengan warga setempat pada 2 Oktober yang lalu. Sesi tentang materialisme sejarah ini dikendalikan oleh Arutchelvan, AJK Pusat PSM.

Sesi ideologi di Rawang

Page 4: Sosialis (Oct Nov 2015)

Okt-Nov 20154 NASIONAL

Sampai bila jerebu baru hilang?

Setiap tahun sejak 1997, rakyat Asia Tenggara terutamanya Malaysia, Singapura dan Indonesia menderita kerana masalah jerebu. Indeks pencemaran udara (API) yang mengukur tahap kualiti udara di sesuatu tempat turun naik antara bacaan tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (301-500). Kesihatan orang ramai terancam, sekolah ditutup, dan ekonomi terjejas. Tahun ini kita mengalami satu episod jerebu yang paling memudaratkan, kononnya kerana keadaan cuaca panas dan berpanjangan.

Punca masalah jerebu

Punca jerebu adalah jenis pembangunan yang mementingkan keuntungan dan membelakangkan kesejahteraan rakyat dan alam sekitar. Pelaku utama yang menyebabkan pencemaran udara yang teruk ini adalah syarikat-syarikat ladang di Indonesia milik kapitalis Indonesia, Singapura dan Malaysia yang bersekongkol dengan kerajaan mereka masing-masing, serta projek-projek pembangunan ekonomi Indonesia yang tidak mampan.

Aktiviti penukaran guna tanah (land conversion), dan pemusnahan hutan (deforestation) secara besar-besaran berkaitan dengan industri pulpa dan kertas, kelapa sawit dan pembalakan di Indonesia menyumbang kepada gejala jerebu. Kaedah pembakaran digunakan dalam penebangan hutan dan pembersihan tapak oleh syarikat-syarikat, kerana ia merupakan cara yang termurah dan terpantas. Sebagai contoh, kos untuk menggunakan mesin dan bahan kimia dalam pembersihan hutan adalah 40 kali lebih mahal berbanding dengan cara membakar.

Proses penukaran guna tanah paya gambut adalah penyebab utama jerebu. Proses ini melibatkan pembakaran ratusan ribu hektar paya gambut (peat swamps) yang disalirkan sebelum itu. Paya gambut merupakan sejenis tanah berair yang kedalamannya boleh sampai 2 meter. Pengeringan paya gambut dan selepas itu, pendedahan kepada

kepanasan matahari menjadikan gambut itu rabuk dan mudah terbakar. Adalah amat susah untuk memadam api di kawasan gambut yang sudah disalirkan kerana ia sangat mudah terbakar, dan juga kerana api itu di bawah tanah. Kerajaan Indonesia sendiri telah menggunakan kaedah mengeringkan dan membakar paya gambut untuk melaksanakan projek-projek ekonominya tetapi akhirnya gagal. Pada tahun 1996, kerajaan Indonesia telah melancarkan satu skim menanam padi secara besar-besaran (Mega Rice Project) yang bertujuan untuk menukar satu juta hektar hutan paya gambut kepada sawah padi. Beberapa ribu kilometer terusan dibina untuk menyalirkan air dan mengeringkan kawasan gambut, yang kemudiannya dibakar. Akhirnya projek mega ini telah gagal menghasilkan padi, dan dibiarkan. Tetapi ekosistem paya gambut dengan flora dan faunanya tersendiri telah dimusnahkan, dan akibat cuaca panas, hampir 3 juta hektar tumbuh-tumbuhan paya gambut yang kering telah terbakar secara teruk dan menyebabkan kejadian jerebu pertama kali pada tahun 1997.

Kesan terhadap manusia

Kaedah membakar untuk menyediakan tapak penanaman mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan untuk syarikat, tetapi pendekatan ini membawa banyak implikasi buruk dan kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar.

Pencemaran udara menyebabkan masalah pernafasan terutamanya di kalangan kanak-kanak, warga tua dan mereka yang ada penyakit

pernafasan. Pakar-pakar respiratori berpendapat bahawa partikel-partikel jerebu yang amat kecil dan ringan, akan terperangkap dalam paru-paru dan memasuki aliran darah manusia. Pendedahan kepada partikel-partikel ini dalam jangka masa panjang, akan meningkatkan risiko kanser paru-paru dan kematian akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Apa kesudahannya?

Menurut kumpulan-kumpulan alam sekitar, cara yang berkesan sekali untuk mengatasi masalah jerebu adalah dengan memulihkan tanah gambut yang dimusnahkan (degrade) dengan membasahkannya

semula. Ini dibuat dengan membina empangan pada terusan berhampir dengan hutan gambut. Kaedah ini akan meningkatkan paras air dalam tanah (ground water) dan mengelakkan api daripada merebak di bawah tanah, dan seterusnya memadamkannya.

Langkah ini perlukan ketegasan politik daripada pihak kerajaan

Indonesia. Presiden Joko Widodo baru-baru ini menimbulkan harapan dengan mengarah pembinaan terusan dan empangan di kawasan paya gambut yang membakar. Indonesia perlukan komitmen dan bantuan kerajaan Malaysia dan Singapura untuk mengawal dan menghentikan jerebu untuk selama-lamanya. Tindakan ini akan memberi lebih manfaat daripada membuang masa dan wang di persidangan-persidangan ASEAN yang telah gagal mengatasi masalah jerebu untuk 18 tahun.

Langkah ini juga dapat menyumbang kepada pemulihan dan pemeliharaan ekosistem paya gambut yang memainkan peranan yang unggul dalam memitigasi perubahan iklim.

(oleh Rani Rasiah)

Page 5: Sosialis (Oct Nov 2015)

5ISU RAKYATOkt-Nov 2015

Jangan lelong rumah rakyat marhaen

Hari Habitat Sedunia diraikan pada hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun. Sempena Hari Habitat Sedunia tahun ini, PSM telah menyeru supaya hentikan lelongan rumah rakyat marhaen oleh bank-bank. Isu yang berleluasa ini telah menjejaskan hak perumahan rakyat biasa.

Di Malaysia, hak perumahan rakyat marhaen tidak terjamin apabila rumah kos rendah dan rumah kos sederhana yang dibeli dengan susah payah dilelongkan dengan sewenang-wenangnya oleh bank apabila para peminjam lewat menyelesaikan bayaran rumah.

Pihak korporat dan syarikat berkait kerajaan (GLC) diberi kelonggaran dan dilayan dengan begitu baik walaupun hutang tertunggak

berbulan-bulan, malah mereka juga diberi insentif dan jaminan oleh kerajaan. Namun, bagi rakyat miskin pula, pihak bank bertindak tanpa perikemanusian dalam menuntut balik pinjaman perumahan atau sewa beli, malah sering melelongkan rumah-rumah mereka atau menyita kenderaan mereka dengan segera.

Rosland Arif, daripada Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam, menyatakan bahawa jumlah kes kebankrapan akibat perjanjian sewa beli pada tahun 2013 adalah sebanyak 30,451 (26%) untuk kes sewa beli kenderaan, diikuti dengan kes pinjaman perumahan sebanyak 20,529 (17.6%), pinjaman peribadi sebanyak 18,053 (15.5%) dan pinjaman perniagaan sebanyak 14,431 (12.4%).

PSM mendapati kebanyakan kes rumah yang dilelongkan adalah rumah kos rendah dan sederhana yang dibeli oleh rakyat biasa yang berpendapatan rendah.

Adanya proses sebelum rumah dilelong. Pemilik rumah diberi peluang selama 90 hari untuk membayar tunggakan ansurannya, kemudiannya pihak bank memohon pada mahkamah untuk menamatkan perjanjian pinjaman dan menuntut bayaran penuh. Jika pihak peminjam masih gagal menyelesaikan bayaran, maka pihak bank akan memohon pada mahkamah untuk proses lelong rumah. Tetapi, ada dakwaan bahawa beberapa bank sengaja membiarkan peminjam seperti ini lalai tentang hutang tertunggak

mereka. Penghantaran surat-surat peringatan juga tidak sempurna, dan akhirnya mereka menerima notis bahawa rumah mereka akan dilelongkan. Sejak kebelakangan ini, bank juga ghairah untuk outsource kutipan hutang dan pelelongan kepada pihak ketiga, di mana pihak-pihak ini begitu giat melelong rumah tanpa memberi penghutang yang bermasalah masa yang munasabah dan adil untuk menyelesaikan masalah mereka.

Bank bertindak seolah-lah tidak berminat untuk berbincang dengan pembeli rumah untuk menyusun semula bayaran hutangnya. Kadangkala bank lebih berminat untuk melelongkan rumah tersebut untuk mendapatkan semula bayaran pinjamannya.

Bank tiada minat untuk penjadualan semula pinjaman

Wujudnya sindiket lelong?PSM juga merima aduan daripada orang ramai yang mengatakan bahawa berkemungkinan wujudnya sindiket antara segelintir pegawai bank, ejen perumahan dan tukang lelong. Rumah kos rendah dan sederhana dibawa ke lelong dengan seberapa segera yang mungkin oleh bank. Mereka juga akan memastikan tiada pembeli akan membeli rumah itu pada

lelongan pertama. Ejen tertentu akan membeli rumah tersebut apabila harga lelongan itu jatuh lebih rendah daripada amaun pinjaman bank. Kemudian, rumah tersebut akan dibeli dengan harga terendah oleh ejen dan dijual pada harga pasaran yang tinggi dan ejen mengaut keuntungan yang lumayan.

Selepas rumah dilelong, peminjam diisytihar bankrap pula!Apabila rumah tersebut dilelong dengan harga yang lebih rendah daripada jumlah pinjaman yang tertunggak, maka bank masih akan menuntut baki bayaran daripada pembeli rumah itu. Jika mereka masih gagal membayar baki itu, maka pembeli itu akan menjadi bankrap. Bank akan membankrapkan peminjam apabila baki pinjaman melebihi RM30, 000. Bank juga sepatutnya lelong rumah dulu dan selepas itu baru mengambil tindakan selanjutnya,

iaitu membankrapkan pemimjam jika baki tidak diselesaikan. Tetapi ada juga kes di mana peminjam yang dibankrapkan serentak apabila rumah sedang dilelong.

Kadangkala masalah ini juga menjejaskan pihak yang menjadi penjamin (guarantor), di mana undang-undang sekarang begitu rakus untuk menyebelahi pihak bank demi memastikan mereka yang berhutang dihukum dan mempunyai harapan tipis mendapat pembelaan.

AKPK gagal bawa penyelesaian menyeluruhBank Negara menggalakkan pihak bank supaya menggunakan peranan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang boleh dirujuk oleh peminjam. Para peminjam juga banyak dibawa merujuk kepada AKPK untuk menjalankan rundingan dengan bank. Tetapi pihak AKPK hanya cuba “memujuk” pegawai bank untuk lebih berperikemanusian.

AKPK tiada kuasa untuk meregulasi tingkahlaku pihak bank. Ada juga penyelesaian penjadualan semula yang dicadangkan oleh AKPK tidak diterima oleh pihak bank. Biasanya pihak AKPK “tiada taring” untuk

mengarahkan bank untuk menerima cadangan mereka. Cadangan penstrukturan semula bank memang tidak masuk akal dan terlalu membebankan. AKPK juga biasanya cuci tangan apabila bank sudah membawa kes ke mahkamah dan berkata susah untuk menyelamatkan harta. Ini jauh bercanggah dengan iklan AKPK seolah-olah memberi harapan kosong bahawa mereka dapat membantu. Namun, bank akan tetap dengan pendirian asal, teruskan tindakan undang-undang ke atas peminjam yang akhirnya rumah akan dilelong dan peminjam akan dibankrapkan.Tidak berperikemanusian dalam kes khas

Terdapat banyak kes di mana si pemimjam membuat bayaran secara teratur dan konsisten tetapi tiba-tiba satu bencana berlaku pada diri mereka seperti jatuh sakit, hilang pekerjaan atau ahli keluarga lain sakit, kematian dan sebagainya. Dalam semua situasi ini, bank mahupun kerajaan langsung tidak bersimpati dan terus menghukum mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Bagi peminjam yang jatuh sakit,

hilang upaya, ditimpa bencana alam ataupun dibuang kerja, mereka layak diberi kelonggaran dari segi pembayaran yang dipanggil “moratorium” untuk tempoh maksimum setahun. Ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang diteruskan. Bank sewajarnya lebih berhati perut dan tidak mengambil jalan mudah mendapatkan semula wang dengan melelong rumah orang yang dalam kesusahan.

(sambung di m/s 12)

Page 6: Sosialis (Oct Nov 2015)

Okt-Nov 20156 EKONOMI

Malaysia dijual kepada TPPA

Pada 5 Oktober yang lalu di Atlanta, wakil kerajaan 12 buah negara yang terdiri daripada Malaysia, Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Australia, New Zealand, Chile, Peru, Mexico, Singapura, Brunei dan Vietnam, telah mencapai kata sepakat untuk menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA). Negara-negara yang berkenaan akan meluluskan TPPA untuk pelaksanaan melalui proses perundangan masing-masing. Penandatanganan TPPA menandakan permulaan proses penjajahan ekonomi yang melibatkan pengagihan kepentingan

antara korporat multinasional atas nama “perdagangan bebas”.

TPPA akan melibatkan 40% daripada perdagangan sedunia. TPPA bukannya perjanjian perdagangan bebas semata-mata, kerana skopnya bukan terhad kepada perdagangan antara negara, tetapi meliputi hak intelek, hak pelabur, kewangan,

telekomunikasi, pembelian oleh kerajaan dan sebagainya. Kerajaan AS telah mendesak untuk memeterai TPPA supaya mewujudkan peraturan permainan perdagangan antarabangsa yang dapat melindungi kepentingan korporat multinasional gergasi. Ini juga merupakan salah satu usaha kuasa besar AS untuk

menyelamatkan sistem kapitalis sedunia yang sedang dilanda pelbagai krisis, dengan mengadaikan kepentingan rakyat biasa.

Menurut Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri negara kita, kerajaan akan membentangkan TPPA dalam parlimen untuk perbahasan dan juga membuat perundingan awam. Namun, kita tidak akan hairan bahawa pembentangan dalam parlimen untuk perbahasan hanya sekadar wayang kulit untuk menutup sifat sebenar kelulusan TPPA itu yang sememangnya amat tidak demokratik.

Kerajaan UMNO-BN sanggup menjual kedaulatan negara dan menggadaikan hak rakyat, demi memelihara kepentingan pelaburan asing dan juga keuntungan korporat besar.

Pada tahun 1874, Perjanjian Pangkor yang ditandatangani di atas kapal perang British menandakan permulaan perluasan penjajahan British di Tanah Melayu. Selepas 141 tahun, satu lagi perjanjian yang menggadaikan kedaulatan negara ditandatangani. TPPA ini bagaikan Perjanjian Pangkor pada abad ke-21 untuk Malaysia.

TPPA ancam hak asasi manusiaWakil kerajaan Malaysia dalam rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) tidak boleh menghabiskan rundingan perjanjian perdagangan tersebut tanpa kajian Penilaian Impak Hak Asasi Manusia (HRIA) yang

komprehensif. Ini adalah seruan yang dikeluarkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan badan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 2 Oktober yang lalu.

Menurut Sevan Doraisamy, Pengarah Eksekutif SUARAM, sekiranya kerajaan Malaysia menamatkan rundingan dan menandatangani TPPA tanpa mengadakan HRIA, iaitu kajian menyeluruh untuk menentukan kesan-kesan perjanjian perdagangan bebas tersebut ke atas hak-hak asasi rakyat Malaysia apabila perjanjian tersebut dilaksanakan, maka ini akan menjadikannya satu cubaan bunuh diri untuk hak asasi rakyat Malaysia.

Pusingan terakhir rundingan TPPA diadakan di Atlanta, Amerika Syarikat. Semua menteri perdagangan daripada 12 buah negara yang terlibat, termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Malaysia,

Mustapha Mohammed, telah berusaha kuat untuk menghabiskan rundingan TPPA yang bermula sejak tahun 2010. Sejak tahun 2012, PSM dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil telah menuntut pada kerajaan untuk mengadakan kajian yang menyeluruh tentang kesan-kesan TPPA tetapi tidak dipeduli oleh kerajaan. Pada pertengahan tahun 2014, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian telah membuat Kajian Analisa Faedah Kos (CBA) hanya untuk dua bidang yang spesifik, iaitu kajian impak ke atas dasar Bumiputra dan perusahaan kecil sederhana (SME), dan kajian analisa berkaitan dengan kepentingan nasional. Namun,

sehingga hari ini, hasil daripada kedua-dua kajian tersebut masih belum diterbitkan untuk tatapan umum.

Kedua-dua CBA yang dijalankan tidak mencukupi sebagai analisa tentang impak TPPA. Pelaksanaan TPPA akan mendatangkan impak besar kepada pelbagai aspek dalam kehidupan harian kita.

(sambung di m/s 7)

Sivarajan, Setiausaha Agung PSM, bersama dengan Sevan Doraisamy, Pengarah Eksekutif SUARAM, dalam sidang akhbar pada 2 Oktober 2015. Mereka menyeru supaya kerajaan jangan habiskan rundingan tanpa kajian impak hak asasi manusia.

Page 7: Sosialis (Oct Nov 2015)

7EKONOMIOkt-Nov 2015

Impak TPPA(Sambung dari m/s 6)

Kesan-kesan TPPA ke atas hak asasi manusia:

1. Hak untuk makanan – TPPA menetapkan pengecualian tarif ke atas semua produk pertanian AS yang diimport ke dalam negara-negara anggota TPPA yang lain. Ini akan mendatangkan kesan buruk kepada negara-negara sedang membangun yang miskin, kerana mereka tidak mampu memberi subsidi kepada pertanian, malah terpaksa mengurangkan tarif dan membuka pasaran kepada persaingan yang tidak adil daripada produk pertanian negara-negara maju yang disubsidi hebat. Ini akan menyebabkan pengeluar makanan domestik negara-negara sedang membangun bankrap dan negara-negara tersebut bergantung sepenuhnya pada import makanan. Terdapat juga halangan dalam cadangan TPPA untuk para petani bertukar biji benih dan menanam semula benih yang disimpan oleh mereka, kecuali mereka membayar royalti kepada pemegang paten benih yang biasanya syarikat korporat besar.

2. Hak untuk kesihatan dan kesejahteraan – Dalam draf baru-baru ini, TPPA akan menangguh atau menghalang kemasukan ubat generik kos rendah ke dalam pasaran, sehingga menyekat selanjutnya akses kepada ubat-ubatan. Peruntukan hak intelek dalam TPPA akan menyusahkan lagi kemasukan ubat generik ke dalam pasaran. TPPA menerima cadangan AS tentang eksklusiviti data bagi ubat biologikal lebih daripada 5 tahun hingga 12 tahun untuk memanjangkan lagi tempoh paten.

3. Hak untuk kemudahan asas seperti air dan pembentungan. Adanya contoh apabila negara yang menandatangani perjanjian perdagangan bebas didakwa di bawah mekanisme penyelesaian perbalahan pelabur dengan negara (ISDS), hanya kerana mengambil langkah-langkah untuk memastikan pembekalan air yang mampu bayar dan berkualiti. Peruntukan yang serupa sekarang dijumpai dalam bab tentang pelaburan dalam TPPA.

4. Hak untuk pendidikan – Di bawah peruntukan akses pasaran dalam TPPA, kerajaan tidak akan dapat menghalang atau menyekat perluasan institusi pendidikan swasta yang mementingkan keuntungan. Seperti yang dinyatakan oleh Pelapor Khas PBB tentang Hak Pendidikan, penswastaan menjejaskan hak untuk pendidikan, “penswataan dalam pendidikan melumpuhkan kesejagatan hak untuk pendidikan dan juga prinsip-prinsip asas undang-undang hak asasi manusia, dengan memburukkan lagi masalah peminggiran dan pengecualian dalam pendidikan, serta menimbulkan ketidaksamaan dalam masyarakat.” Tambahan pula, bab hak intelek dalam TPPA yang dibongkarkan sebelum ini, mendedahkan niat untuk memanjangkan tempoh hak cipta (termasuk tempoh hak cipta untuk bahan-bahan pendidikan) untuk 20 hingga 50 tahun lagi.

5. Hak perumahan – Bab tentang pelaburan dalam TPPA yang didedahkan sebelum ini, dan juga bab tentang perkhidmatan, berkemungkinan akan membenarkan pelabur dari negara anggota TPPA yang lain untuk membeli tanah dan perumahan untuk tujuan pelaburan dengan

sesuka hati. Ini akan menjadikan rakyat tempatan semakin sukar untuk membeli rumah mengikut kemampuan.

6. Perlindungan alam sekitar – TPPA berkemungkinan akan membawa penghapusan tarif ke atas hampir semua barangan, termasuklah bahan buangan berbahaya. Misalnya, negara Kanada yang mengharamkan eksport komersial untuk bahan buangan polychlorinated biphenyl (PCB) untuk pelupusan telah didakwa kerana berbuat demikian di bawah peruntukan bab pelaburan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA). Peruntukan tersebut adalah serupa dengan apa yang dipersetujui dalam bab pelaburan TPPA.

7. Hak pekerja – Walaupun terdapatnya bab berkenaan dengan buruh dalam TPPA yang mensyaratkan negara-negara anggota TPPA untuk melaksanakan peraturan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), ianya tidak melarang hak korporat untuk menyaman kerajaan negara yang menguatkuasakan peraturan buruh yang bertentangan dengan kepentingan pelabur asing. Dalam kes saman Veolia v Egypt, peningkatan gaji minimum boleh dijadikan alasan oleh pihak korporat untuk menyaman sesebuah kerajaan. Selain itu, semua negara sedang membangun yang dikenakan untuk meliberalisasikan sektor pembuatan dan perkhidmatan, akan berlakunya pemberhentian kerja secara besar-besaran dalam industri bersaiz kecil dan sederhana, kerana syarikat sebegini tidak mampu bersaing dengan korporat gergasi multinasional.

8. Hak orang asal – Dalam kes di mana 30,000 orang asal yang berjaya menyaman syarikat Chevron di mahkamah negara Ecuador atas sebab pencemaran oleh syarikat itu di Amazon, kes tersebut sekarang ini dalam proses rayuan oleh syarikat korporat di bawah peruntukan dalam perjanjian pelaburan yang serupa dengan apa yang terkandung dalam bab pelaburan dalam TPPA. Ini menyukarkan masyarakat orang asal untuk menuntut keadilan.

Semua yang disenarai di atas hanya merupakan sebahagian daripadan pencabulan hak manusia yang berkemungkinan akan berlaku akibat daripada TPPA. Kerajaan Malaysia telah memandang ringan tentang kesan-kesan buruk TPPA ke atas hak asasi manusia, tanpa apa-apa kajian yang sesuai. Kajian Analisa Faedah Kos sekarang ini adalah amat tidak mencukupi untuk memahami dan menilai implikasi ke atas masyarakat, ekonomi dan hak asasi manusia berikutan dengan pelaksanaan TPPA.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Disember 2011, telah mengenalpasti kepentingan untuk menjalankan kajian Penilaian Impak Hak Asasi Mansia oleh sesebuah

negara apabila merunding perjanjian pelaburan perdagangan. Dalam laporan oleh Olivier De Schutter, Pelapor Khas tentang Hak untuk Makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, telah menyatakan bahawa, “Penilainan impak ke atas hak asasi manusia akibat daripada perjanjian perdagangan dan pelaburan patut disediakan sebelum tercapainya perjanjian.”

PSM dan SUARAM telah menyeru pada kerajaan Malaysia supaya jangan bersetuju dengan TPPA selagi belum menjalankan

Penilainan Impak Hak Asasi Manusia secara telus dan menerbitkan isi kandungan hasil kajian untuk tatapan umum. Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa menyajikan laporan kajian yang separuh masak tentang TPPA itu kepada kabinet merupakan satu penipuan atau sekadar mencuci mata.

PSM menegaskan pendiriannya untuk menentang TPPA yang menggadaikan hak rakyat kepada keuntungan korporat besar. ##

Disebabkan oleh larangan terhadap tenaga nuklear, New Zealand telah enggan membenarkan kapal perang Amerika Syarikat untuk berlabuh di perairannya. Ini telah menyebabkan larangan terhadap kapal-kapal New Zealand di pangkalan pertahanan AS di seluruh dunia. Oleh itu selama 26 tahun, AS telah menganggap New Zealand sebagai “kawan, tetapi bukan sekutu”.

Sambil lalu ambil tahu...

Page 8: Sosialis (Oct Nov 2015)

Okt-Nov 20158 PERSPEKTIF

Melayu Hilang Pedoman? Membakar perkauman demi kepentingan regim korup!

oleh Nasir Hashim

Perhimpunan rakyat di Kuala Lumpur sudah pun berlalu. Dianggarkan penyertaan Perhimpunan Bersih 4 (Baju Kuning) pada 29-30 Ogos berjumlah 300,000 orang. Mereka yang datang dari seluruh negara, sanggup membiayai sendiri, membeli baju kuning dan tidur di kaki lima demi memberitahu rakyat Malaysia bahawa negara kita makin meruntuh dan dalam kecemasan. Walhal Perhimpunan Maruah Melayu (Baju Merah) pada 16 hari bulan September berjumlah 50,000 orang pada mulanya dijanjikan 1,000,000 akan berhimpun di Kuala Lumpur. Perhimpunan Baju Merah wujud berdasarkan sewaan peserta-peserta (rent-a-crowd), dibiayai dan mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan UMNO tertentu dan kerajaan Malaysia. Ramai tidak tahu menahu tujuan kehadiran mereka di Kuala Lumpur. Mereka juga mengumpan masyarakat gelandangan di sekitar Kuala Lumpur untuk meramaikan lagi perhimpunan ini. Pelbagai pandangan, fitnah dan tohmahan dilemparkan melalui media massa dan semasa perhimpunan tersebut agar membara lagi api perkauman dengan sekali gus dapat melunakkan isu yang sebenarnya, iaitu negara dalam keadaan darurat ekonomi dan seluruh dunia sudah tahu negara yang tercinta ini merupakan negara yang paling korup dan mereka bersedia mempertahankan pucuk pimpinan Melayu yang korup. Soalnya bagaimanakah masyarakat Melayu dan Bukan Melayu yang tidak terlibat secara langsung dalam perhimpunan ini mahu menyokong pemimpin-pemimpin Melayu menjelangnya pilihan raya umum

nanti.

Perhimpunan Baju Kuning inginkan pembangunan negara yang adil, saksama, demokratik dan tidak korup. Walhal Perhimpunan Baju Merah pula ingin mengekalkan Perdana Menteri Najib dan kabinetnya walaupun sudah berlaku kecuaian, keraguan, salah guna kuasa dan penyelewengan wang. Akhirnya rakyat terpaksa menanggung bebanan hutang piutang dan penipuan yang dilakukan atas nama rakyat walhal rakyat sendiri tidak menerima nikmat kekayaan negara. Namun begitu, isu penyelewengan ini tidak akan hilang begitu sahaja kerana sukar hendak menghilangkan bau bangkai gajah yang busuk dan cuba pula ditutup pula dengan beberapa kepingan suratkhabar.

Walaupun begitu, kita tidak boleh remehkan kejadian Perhimpunan Baju Merah ini kerana implikasinya amatlah luas. Keadaan ini mendedahkan hakikat bahawa perkauman sungguh menebal dan segala usaha serta wawasan yang bertujuan menyatukan rakyat Malaysia tidak berkesan dan masih ketinggalan jauh ke belakang.

Orang Melayu sudah hilang pedoman dan sanggup mempertahankan pemimpin-pemimpin Melayu yang korup.

Kesemuanya budaya songsang ini bermula daripada pentadbiran Dr.

Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Dengan bantuan media massa, pucuk pimpinan politik dan NGO, ramai kaum Melayu terpengaruh dengan hasutan yang membenci kaum dan agama tertentu seolah-olah tidak ada kaum lain yang lebih unggul daripada kaum sendiri. Yang menghancurkan maruah Melayu berakar umbi daripada pentadbiran dan tingkah laku pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Benih fasis ini sengaja ditanamkan dalam hati sanubari peserta-peserta Perhimpunan Baju Merah dan hari demi hari matlamatnya terus bercelaru termasuklah percanggahan pendapat antara pemimpin-pemimpin UMNO, pembiaya dan penganjur perhimpunan ini.

Ada yang bersuara bahawa mereka ingin mempertahankan martabat dan maruah Melayu. Soalan yang timbul, siapakah yang mencabuli maruah dan memundurkan kaum Melayu.

Semenjak Merdeka lagi, negara ini dikongkong dengan dasar-dasar yang memihak kaum Melayu termasuklah institusi kehakiman, kewangan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Malahan semenjak Merdeka lagi, semua Perdana Menteri merupakan kaum Melayu.

Maka mengapakah kaum Melayu masih terpinggir dan terperangkap dalam budaya kebergantungan (culture of dependency) yang mewujudkan kaum pengemis dan benar-benar melumpuhkan inisiatif dan semangat berdikari. Ciri-ciri yang negatif ini dibela dan dibelai demi kepentingan kuasa politik, kedudukan

dan membolot kekayaan. Melayu yang untung terdiri daripada kroni-kroni, keluarga sendiri dan sesiapa jua yang mereka dapat beli. Rakyat biasa yang memerlukan bantuan untuk berdikari dipinggirkan dan diumpan dengan pelbagai janji-janji manis.

Malangnya hari demi hari masalah ekonomi mengasak setiap keluarga miskin dan sederhana tidak kira kaum, warna kulit dan agama. Ada yang buta tuli dihasut habis-habisan, memikirkan bahawa kaum lain yang mengakibatkan keadaan mereka begini. Kerajaan terus memuja golongan kapitalis yang kaya raya dan diberi berbagai-bagai kelonggaran. Di samping itu, mereka membebankan rakyat dengan pelaksanaan GST; harga barang yang meningkat; kejatuhan nilai ringgit; harga minyak yang merosot; rasuah yang bermaharajalela; hutang 1MDB yang berlipat ganda; wang derma atau wang haram yang memasuki akuan Perdana Menteri dalam bank tempatan; kemelesetan Bank Negara, SPRM, pihak keselamatan; pejabat Peguam Negara yang rela mempertahankan dan membela pentadbiran negara yang mencabuli hak rakyat.

Sistem pembangunan yang dianuti ini berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan hingga menghancurkan manusia dan kemanusiaan serta memusnahkan alam semula jadi. Alangkah murninya semenjak merdeka lagi, pemerintah membangunkan negara mengikut program menghapuskan kemiskinan tidak kira kaum atau agama. Taraf kemiskinan dikaji semula pada masa ke semasa agar memastikan tiada sesuatu kaum pun tertinggal dalam usaha membasmi kemiskinan secara menyeluruh. Andainya kaum Melayu masih tidak boleh berdikari semenjak Merdeka lagi, maka kesalahan ini adalah pada pucuk pimpinan Melayu yang berfoya-foya dengan kaumnya sendiri. ##

Page 9: Sosialis (Oct Nov 2015)

9PERSPEKTIFOkt-Nov 2015

Mengapa orang Melayu kurang terlibat dalam BERSIH 4?oleh Jeyakumar Devaraj

Isu ini telah jadi topik perbincangan panas selepas himpunan BERSIH 4. Seorang penulis telah mengutuk komentator lain dalam tulisannya dalam FMT dengan mengatakan bahawa ramai daripada masyarakat Melayu adalah pekerja biasa dan tekanan ekonomi adalah antara sebab utama penglibatan masyarakat Melayu begitu rendah dalam perhimpunan BERSIH 4. Tetapi bagaimana pula dengan BERSIH 3? Dalam perhimpunan itu, peserta Melayu yang merupakan majoriti – mereka juga pekerja pada masa itu tetapi mereka turun melibatkan diri. Kenapa kali ini tidak? Ada juga pengulas yang lain yang berhujah bahawa pendirian PAS adalah faktor yang besar. Memang keputusan PAS untuk tidak memobilisasi jentera dan ahlinya, telah memainkan peranan dalam menyekat kehadiran masyarakat Melayu. Ada kemungkinan bahawa keretakan dalam PAS dan pembentukan AMANAH juga telah mengecewakan penyokongnya dan mengurangkan semangat mereka untuk melibatkan diri dalam perhimpunan BERSIH ini. Tetapi adakah ini sebab yang paling utama?

Kita harus meninjau kembali pada PRU-13. Apabila kita mengkaji keputusan pilihanraya itu, jelas kelihatan bahawa sokongan pengundi Melayu untuk PAS sudah turun berbanding keputusan PRU-12 di beberapa buah negeri. Jadual 1 di bawah menunjukkan sokongan elektoral untuk PAS di beberapa kawasan dengan majoriti pengundi Melayu.

Jadual 1 menunjukkan bahawa sokongan masyarakat Melayu untuk PAS dan Pakatan Rakyat telah mula merosot di beberapa negeri sebelum Pilihanyaya Umum ke-13. Adakah ini berkaitan dengan kelembapan penglibatan kaum Melayu dalam Bersih 4? Adakah masyarakat Melayu telah (dan sedang) hilang

keyakinan terhadap bentuk perubahan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat? Jika “ya”, apakah sebab-sebabnya?

Ini adalah isu pokok yang kita, bagi parti-parti pembangkang dan juga NGO-NGO yang ingin menggantikan UMNO-BN dengan satu gabungan politik baru, harus menganalisa secara dalam. Ini kerana, hanya jika dapat memahami sebab-sebabnya masyarakat Melayu tidak begitu yakin terhadap kita, barulah kita boleh aturkan strategi untuk mengatasai masalah kredibiliti gabungan alternatif di mata mereka. Pada saya, perasaan kurang yakin terhadap Pakatan Rakyat di kalangan masyarakat Melayu adalah berkaitan dengan masalah ekonomi Melayu. Walaupun 45 tahun sudah berlalu sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), masih wujudnya kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu. Mengikut statistik kerajaan pada tahun 2014, 28.1% daripada keluarga Bumiputra di Malaysia mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM 3000 berbanding 15.2% untuk keluarga Cina dan 21.9% untuk keluarga India. (Sumber: Jawapan di Parlimen bagi Soalan #62 pada 28/5/2015)

Mengapakah ini wujud walaupun berbilion ringgit wang rakyat telah diguna untuk meningkatkan status kehidupan keluarga Melayu yang miskin? Apakah kelemahan dalam program-program yang dilaksanakan? Dan lebih penting lagi – apakah jawapan Pakatan Rakyat untuk masalah ini? Membenarkan pasaran bebas menyelesaikannya? Sudah tentu, persaingan dalam pasaran bebas akan meminggirkan lagi keluarga-keluarga yang miskin! Buku Jingga telahpun menyatakan

bahawa langkah-langkah khusus akan diambil untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat berpendapatan rendah dengan meningkat gaji minimum, menambahkan peluang pekerjaan, meneruskan subsisdi untuk perkhidmatan air, elektrik dan kesihatan dan sebagainya. Mengapakah jaminan-jaminan ini tidak menyakini rakyat Bumiputra? Selain daripada masalah kemiskinan yang dihadapi oleh B40 (40% termiskin) di kalangan Melayu, masyarakat Melayu juga menghadapi masalah untuk menembusi bidang-bidang perniagaan kecil dan sederhana. Jawapan # 106 pada soalan yang ditanya oleh Datuk Wira Hj Ahmad b Hamzah (Jasin) pada 3/10/2013, mengatakan bahawa majoriti premis perniagaan dan perkilangan yang dibeli pada tahun 2012 adalah oleh Bukan Bumiputra. Jadual 2 dan jadual 3 memberi butiran berkaitan perkara ini.

Kerajaan BN telah melancarkan pelbagai skim “vendor” di mana syarikat Bumiputra diberi

keistimewaan untuk membekalkan perkhidmatan ataupun barangan kepada GLC-GLC (syarikat milik kerajaan) supaya membuka ruang untuk peniaga kecil di kalangan Melayu memperkembangkan kapasiti dan kemahiran teknikal mereka. Umpamanya, bagi tahun 2004 hingga 2009, tujuh GLC terbesar telah melibatkan seramai 1,854 “vendor” di bawah Program Pembangunan Vendor dengan perbelanjaan RM 2.4 bilion. (Jawapan di Parlimen bagi Soalan # 47 pada 9/6/2010.) Tetapi mengapakah statistik yang dipamerkan dalam Jadual 2 dan Jadual 3 masih wujud? Mengapa masyarakat Melayu masih ketinggalan dalam bidang-bidang ini? Adakah skim vendor dan skim lain sepertinya berkesan ataupun diselewengkan dijadikan peluang “Ali Baba”? Ini adalah satu isu lagi di mana tiada analisa yang mendalam atau pelan induk untuk menangani permasalahan ini daripada pihak Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang mengiringinya.

(sambung di m/s 12)

Negeri Kawasan % Pengundi Melayu

Majoriti PAS dlm PRU 12

Majoriti PAS dlm PRU 13

Kedah Langkawi (P4) 90.64% -4970a -11,861

Kedah Padang Terap (P7) 92.07% +369 -4442

Kedah Sik (P13) 92.72% + 481 -2807

Kelantan Meranti (N14) 99.23% +3135 +3933

Kelantan Kemahang (N28) 99.02% +1932 +1436

Kelantan Selising (N29) 99.24% +783 +107

Kelantan

Air Lanas (N37)

98.15%

+795

-47

Perak Kubu Gajah (N6) 92.57% -66 -1085

Perak Bota (N39) 97.19% -2068 -3448

Perak Kg Gajah (N49) 93.22% -1416 -6100

Nota: a – UMNO menang dengan majoriti 4970Sumber NST 7/5/2013

Jadual 1: Prestasi PAS di beberapa kawasan semasa PRU-12 dan PRU-13

Bumiputra Bukan Bumiputra Lain-Laina

Unit 237 4,207 5,540

% 2.37 42.13 55.5

Nilai (RM Bilion)

0.103 2.23 9.67

% 0.85 18.5 80.65

Sumber: Jawapan # 106 di Parlimen pada soalan yang ditanya oleh YB Datuk Wira Hj Ahmad Hamzah (Jasin) pada 3/10/2013

Jadual 3: Pembelian premis Perkilangan pada tahun 2012 mengikut

pecahan etnik

Nota: a) Lain-lain adalah Syarikat Tempatan, Syarikat Asing dan Individu Asing

Bumiputra Bukan Bumiputra Lain-Laina

Unit 3,224 24,579 13,279

% 7.85 59.82 32.33

Nilai (RM Bilion)

1.48 11.03 15.26

% 5.38 39.7 54.92

Jadual 2: Pembelian premis perdagangan pada tahun 2012 mengikut

pecahan etnik

Page 10: Sosialis (Oct Nov 2015)

Okt-Nov 201510 ISU PEKERJA

Tabung Pemberhentian KerjaSatu keperluan perlindungan untuk pekerjaPSM telah menganjurkan satu sidang meja bulat tentang cadangan Tabung Pemberhentian Kerja pada 26 September yang lalu di Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh aktivis-aktivis pekerja termasuklah Arutchelvan (AJK Pusat PSM), Suresh Kumar (AJK Pusat PSM merangkap Penyelaras Biro Pekerja dan Peneroka PSM), Gopal Krishnam (Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, MTUC), Somasundram (Kesatuan Pekerja-pekerja Kilang Pembuat dan Pengeluaran Kertas), Solomon (Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank, NUBE), Afred

(peguam buruh) dan Rajasegaram (All Malayan Estates Staff Union, AMESU).

Sivarajan, Setiausaha Agung PSM, telah menyediakan dan membentangkan satu kertas kerja untuk perbincangan dalam sidang meja bulat tersebut.

Cadangan untuk penubuhan Tabung Pemberhentian Kerja juga dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Nasional PSM pada 4 Oktober yang lalu.

Apakah itu Tabung Pemberhentian Kerja?Tabung pemberhentian kerja merupakan sebuah tabung khas yang dibentuk untuk membantu para pekerja yang diberhentikan kerja kerana syarikat muflis, pengurangan pekerja ataupun akibat perpindahan majikan ke luar negara, atau juga semasa wujudnya krisis ekonomi.

Ianya dibentuk atas dasar keselamatan sosial (social security), di mana warga pekerja dilindungi dengan satu skim yang memastikan bahawa sumber pendapatannya tidak tergendala disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalannya. Antara senario pekerja kehilangan kerja ialah seperti berikut:

Majikan bankrap Dalam keadaan di mana majikan bankrap, sumber pendapatan pekerja tergendala secara tiba-tiba dan kemungkinan pekerja akan memperolehi tunggakan gajinya dan pampasan pemberhentian kerja sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955 juga adalah amat tipis. Syarikat yang muflis akan diletakkan di bawah pantauan sebuah syarikat lain yang akan mencairkan segala aset majikan untuk membayar pemiutang.

Gaji pekerja yang tertunggak dan pampasan pemberhentian pekerja hanya akan dibayar jika terdapat baki wang selepas semua pemiutang syarikat habis dibayar. Justeru, para pekerja kebanyakannya hanya ditinggalkan dengan suatu keputusan Mahkamah Buruh yang mengarahkan pihak majikan membayar pekerja, tetapi kemungkinan untuk keputusan itu dilaksanakan adalah amat tipis.

Pada akhir tahun 2008, seramai lebih 1000 orang pekerja diberhentikan secara tiba-tiba oleh syarikat Nikko Electronics Bhd di Pulau Pinang. Pekerja telah merayu kepada pihak kerajaan

untuk bantuan, memandangkan majikan gagal membayar pampasan dan gaji pemberhentian kerja.

Pada tahun 2002, sebuah syarikat pembuat papan lapis, CHG Plywood di Cheras, telah melewatkan pembayaran gaji pekerja mereka. Keadaan ini telah berterusan sehingga 2007, apabila akhirnya syarikat memberhentikan para pekerjanya. Kes telah difailkan di Jabatan Buruh Bangi dan pekerja berjaya mendapatkan perintah untuk mendesak syarikat membayar gaji dan pampasan. Selepas beberapa rundingan, majikan hanya bersetuju membayar 35% sahaja daripada jumlah yang sepatutnya dibayar kepada pekerja. Malangnya CHG Plywood terus diisytiharkan bankrap dan sehingga kini para pekerjanya gagal mendapat apa-apa gantirugi daripada syarikat.

Majikan mengurangkan pekerjaKes yang signifikan pada masa kini ialah pengurangan seramai 6000 pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), kerana perubahan dalam pengurusan MAS kepada pihak Khazanah Nasional. Khazanah Nasional mengambilalih MAS demi merombak semula pengurusan syarikat dan menyelamatkannya daripada menjadi bankrap.

Pengurangan pekerja secara penamatan khidmat ini dilaksanakan bermula dari bulan September 2015 .

Mengikut kenyataan oleh Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) Alias Aziz, adalah dimaklumkan bahawa pekerja yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun akan menerima gantirugi sebanyak 1 1/2 bulan gaji untuk setiap tahun perkhidmatannya . Maksudnya jika pekerja berkhidat selama 12 tahun, maka pekerja itu akan menerima sebanyak purata 1 ½ bulan gaji x 12 tahun. Bagi mereka yang bekerja selama 10 tahun sahaja, pampasan yang bersamaan dengan satu bulan gaji untuk setiap tahun perkhidmatan akan dibayar kepada mereka.

Pemberhentian pekerja juga sedang menjadi amat ketara dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu sekarang ini dengan kejatuhan harga minyak.

Menurut laporan dalam Wall Street Journal pada April 2015, dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kebanyakan syarikat dalam industri cari gali minyak dan juga penghasilan minyak mengumumkan perancangan untuk memberhentikan seramai 100,000 pekerja di seluruh dunia . Pengurangan seramai 91,000 orang akan dilaksanakan terutamanya di kalangan pekerja pelantar minyak dan syarikat pengerudian minyak. Kelembapan sektor ini juga akan menyebabkan banyak lagi industri sampingan yang bergantungan kepada sektor ini terpaksa juga memberhentikan pekerja untuk menampung peningkatan kos.

Majikan memindahkan kilang Kejadian yang sama berlaku pada sebuah syarikat membuat bateri automobil yang terkemuka, syarikat Yokohama, di Semenyih. Syarikat itu telah dijual baru-baru ini kepada kapitalis dari Filipina. Pada ketika itu, para pekerja menganggap bahawa dengan

pengambilalihan ini maka syarikat Yokohama ini akan diperkembangan, tetapi yang sebaliknya berlaku apabila pemilik syarikat baru dari Filipina itu bertindak untuk menutup satu persatu bahagian produksi kilang Yokohama dan membawa masuk produk bateri dari Filipina. Hanya bahagian stor sahaja dikekalkan, manakala semua produksi bateri Yokohama di Semenyih diberhentikan. Para pekerja baru sedar bahawa tujuan sebenar kapitalis Filipina membeli kilang ini. Jenama bateri Yokohama ingin dimatikan dan

jenama bateri buatan Filipina ingin ditampilkan sebagai jenama No.1 tanpa saingan.

(sambung di m/s 11)

Page 11: Sosialis (Oct Nov 2015)

11ISU PEKERJAOkt-Nov 2015

Kenapa perlunya Tabung Pemberhentian Kerja?(sambung dari m/s 10)

Tabung Pemberhentian Kerja yang dicadangkan oleh PSM bertujuan untuk mewujudkan keselamatan kerja atau jaminan pendapatan dalam situasi apabila para pekerja amat memerlukannya. Ini khususnya penting pada ketika pekerja menganggur untuk sementara waktu sehingga pekerja tersebut berjaya memperolehi kerja yang baru.

Pada masa ini, demi mengelakkan kejadian kemiskinan pada keluarga pekerja, maka elaun bulanan daripada sebuah tabung pemberhentian kerja adalah amat perlu.

Skim yang dicadangkan boleh dijalankan dengan pembayaran pukal (sebagai tambahan atau ganti) jika sesuatu syarikat muflis dan tidak

boleh membayar gantirugi pemberhentian kerja sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Kerja 1955.

Ataupun suatu skim bayaran elaun bulanan dari tabung ini terus kepada pekerja untuk memastikan bahawa pekerja itu dapat menyara kehidupannya seperti biasa sehingga ia berjaya mencari kerja baru. Bantuan ini adalah untuk memastikan

keluarga pekerja itu tidak terjerumus dalam kancah kemiskinan atau terjerat dalam hutang pinjaman dan masalah “ah long”.

Perubuhan Buruh Antarabngasa (ILO) dengan jelas menyatakan bahawa “pada masa pengangguran meningkat di seluruh dunia apabila kegawatan ekonomi berlaku, skim perlindungan sebegini terbukti lebih penting untuk membantu individu

dan rumah tangga bagi menjamin keperluan asas kehidupan dan pada masa yang sama menstabilkan jumlah permintaan (aggregate demand)”. Maksudnya adalah selain daripada membantu pekerja yang terbabit, bantuan daripada tabung ini akan mencetuskan peningkatan ekonomi domestik.

Justeru, PSM mencadangkan kepada Kementerian Sumber Manusia supaya melancarkan dengan segera sebuah tabung khas yang bergelar

Tabung Pemberhentian Pekerja dan Keselamatan Sosial.

Sidang meja bulat membincangkan Tabung Pemberhentian Kerja pada 26 September yang lalu di Kuala Lumpur, telah dihadiri oleh wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan beberapa orang lagi aktivis buruh.

Cadangan untuk Tabung Pemberhentian KerjaBeberapa cadangan bagaimana tabung ini boleh berfungsi, termasuklah:

1. Tabung ini dimulakan dengan dana permulaan yang diperuntukkan oleh kerajaan dan diteruskan dengan sumbangan caruman bulanan daripada majikan dan pekerja.

2. Satu kajian aktuari perlu dijalankan untuk menentukan peratusan sumbangan pekerja dan majikan. Bahagian caruman pekerja perlulah pada kadar minimum, memandangkan pekerja sudahpun dipotong gajinya untuk KWSP dan PERKESO. Cadangan pemotongan untuk caruman boleh mengikut kadar PERKESO pada masa sekarang, iaitu majikan 1.75% dan pekerja 0.5% daripada gaji. Bantuan daripada tabung ini perlu dihadkan kepada pekerja yang menerima gaji di bawah satu takat yang akan ditentukan selepas perbincangan.

3. Mungkin sebahagian daripada caruman PERKESO boleh digunakan untuk tabung ini.

4. Bantuan daripada tabung ini adalah bersifat sementara, dalam bentuk elaun bulanan, agar pekerja yang tiba-tiba kehilangan kerja tidak terjerumus dalam kemiskinan.

5. Dicadangkan bahawa tabung ini dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, kerana JTK menjadi tempat rujukan pekerja yang dibuang kerja.

6. Juga perlu diteliti kes-kes yang ditawarkan skim perpisahan secara sukarela (VSS) dan skim perpisahan bersama (MSS).

7. Gantirugi yang dijamin dibawah Akta Kerja 1955 harus dikekalkan. Faedah-faedah penamatan kerja ini adalah:Ÿ 10 hari gaji bagi setiap tahun

perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat kurang daripada 2

tahun;Ÿ 15 hari gaji bagi setiap tahun

perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau

Ÿ 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih

dan dikira pro-rata mengenai tempoh yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.

Terdapat beberapa persoalan yang perlu lagi dikaji, antaranya adakah pembayaran tabung pemberhentian kerja ini hanya kepada para pekerja yang langsung tidak

memperolehi gantirugi, ataupun kepada semua pekerja yang terbabit dalam pemberhentian kerja. Adalah juga perlu mempertimbangkan antara bayaran dalam bentuk elaun bulanan atan bayaran bersifat pukal, yang mana lebih sesuai untuk pekerja.

Menurut Sivarajan, Setiausaha Agung PSM, cadangan yang dikemukakan oleh PSM masih terbuka untuk perbincangan dan boleh ditajamkan lagi sebelum dikemukakan kepada pihak Kementerian Sumber Manusia. Apa yang mustahak di sini adalah memastikan pekerja tidak lagi dimangsakan dan dimiskinkan lagi akibat impak krisis ekonomi yang mendatangkan masalah pemberhentian kerja. ##

Page 12: Sosialis (Oct Nov 2015)

Okt-Nov 201512 PERSPEKTIF

(sambung dari m/s 9)

Mungkin ada pembaca yang berpendapat bahawa kelemahan UMNO dalam mengendali dua isu ini (pendapatan rendah B40 Melayu dan penyertaan dalam sektor SME yang lembab) akan mengurangkan keyakinan terhadap UMNO dan bukan terhadap PR. Tetapi kita harus ambil kira situasi keseluruhannya. Memang UMNO telah majukan masyarakat Melayu dalam beberapa bidang termasuk:

Ÿ mengambil alih perkhidmatan awam dari peringkat terendah ke peringkat ketua pengarah;

Ÿ membawa kemudahan asas kepada kawasan luar bandar dalam bentuk jalanraya, klinik kesihatan, sekolah, bekalan elektrik dan air bersih;

Ÿ skim-skim pemberian tanah pertanian kepada lebih daripada 250,000 keluarga (110,00 melalui FELDA);

Ÿ membuka peluang pendidikan ke peringkat tertiari secara meluas bagi pelajar Melayu;

Ÿ menguasai sebahagian besar daripada sektor korporat melalui GLC-GLC seperti Sime Darby, MayBank, MAS, KTMB, Petronas dan sebagainya. Memang tidak dimiliki oleh individu Melayu tetapi Lembaga Pengarah dan pegawai eksekutif tertinggi adalah Melayu.

Oleh kerana UMNO telah mencapai prestasi yang positif dalam bidang-bidang ini, wujudnya kepercayaan bahawa UMNO akan terus menangani masalah-masalah ekonomi Melayu secara berkesan. Pada masa yang sama, pihak pembangkang telah gagal membentangkan program-program spesifik untuk mengatasi kedua-dua isu sosio-ekonomi yang digariskan di atas. Walaupun kita telah mengumumkan jaminan secara am, kita tidak memberi analisa yang terperinci mengapa B40 masih tersangkut dalam kemiskinan dan mengapa SME Melayu tidak begitu berjaya. Ini telah membuka ruang untuk UMNO terus menakutkan masyarakat Melayu bahawa mereka akan tertinggal dan hilang kesemuanya jika perlindung mereka, UMNO, ditewas dalam pilihanraya

umum. Pendek kata, pihak-pihak yang ingin tumbangkan BN harus menghadapi dua soalan yang bersangkut paut –

1. Adakah benar adanya sebahagian daripada masyarakat Melayu terasa khuatir bahawa perubahan yang kita ingini mungkin akan menjejaskan masa depan mereka dan anak-anak mereka?

2. Jika “ya”, apakah jawapan yang jujur dan ikhlas yang kita boleh beri untuk meyakinkan mereka? Menganjurkan perhimpunan Bersih 4 “satelit” di bandar-bandar lain di Malaysia bukan prioriti utama pada takat ini. Persoalan-persoalan di atas adalah isu utama yang kita harus memberi perhatian yang serius jika kita harap menukarkan kerajaan yang sedang menguasai Putrajaya. ##

Kekhuatiran masyarakat melayu perlu ditangani

(sambung dari m/s 5)

Rumah kos rendah dilelong tanpa kawalanPada masa kini, pihak Kementerian Perumahan di Kerajaan Pusat dan Lembaga Perumahan di peringkat negeri mengawal penjualan rumah kos rendah untuk memastikan bahawa ianya hanya dibeli oleh golongan berpendapatan rendah. Ini merupakan suatu mekanisme penting agar visi kerajaan untuk memastikan rakyat daripada semua lapisan masyarakat memiliki rumah.

Tetapi, wujudnya situasi di mana rumah yang dilelong selepas ditarik daripada pembeli berpendapatan rendah boleh dijual kepada sesiapa sahaja yang sanggup beli, tanpa mengira tahap pendapatan mereka.

Maka wujudnya suatu senario di mana rumah untuk rakyat marhaen ditarik dan dilelongkan dengan harga yang tinggi dari RM80,000 hingga RM150,000 yang hanya mampu dibeli oleh golongan pertengahan dan atas.

Justeru wujudnya satu pengaliran

bekalan rumah daripada pemilik berpendapatan rendah ke golongan pertengahan dan kaya. Walaupun rumah baru kos rendah dikawal dan dijual kepada kumpulan sasaran, tetapi ianya dirampas semula daripada mereka.

Tambahannya pula, rakyat marhaen yang menjadi mangsa rumah ditarik dan dibankrapkan akan kekal tanpa rumah kerana status bankrap akan menyebabkan mereka dinafikan pinjaman seterusnya oleh mana-mana bank untuk membeli rumah kos rendah yang lain.

Syor PSM1. Memperkenalkan garis panduan dan regulasi kepada bank swasta untuk mengendalikan kes pinjaman perumahan kos rendah dengan lebih keprihatinan. Bank tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menggunakan terma-terma tersembuyi (fine print) dalam perjanjian sewa beli untuk merampas rumah milik rakyat miskin.

2. Mengemukakan regulasi untuk bank menawarkan penjadualan semula bayaran ansuran rumah secara automatik sebelum langkah tindakan undang-undang. (Kini peminjam yang terpaksa merayu kepada bank untuk menawarkan penjadualan baru bayaran ansuran.)

3. Bank perlu melaksanakan satu moratorium untuk menghentikan tuntutan bayaran ansuran rumah untuk satu jangkamasa tertentu bagi peminjam yang hilang kerja atau ditimpa kemalangan, atau hilang upaya sementera/kekal.

4. Bank menyusun semula kadar faedah dan bayaran ansuran bulanan apabila peminjam hilang kerja atau ditimpa kemalangan atau hilang upaya sementera/kekal, sebagai langkah pertama.

5. Kerajaan harus menubuhkan satu tabung khas bantuan perumahan, untuk membantu membayar pinjaman

perumahan apabia peminjam hilang kerja atau ditimpa kemalangan atau hilang upaya sementera/kekal.

6. Bank perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Perumahan Negeri atau Jabatan Perumahan Negara sebelum melelongkan rumah kos rendah.

7. Kerajaan perlu ada satu tabung khas untuk membeli rumah kos rendah yang dilelong untuk dijadikan rumah PPR sewaan.

8. Pihak AKPK dan Bank Negara harus diberikan kuasa dan taring untuk mencampurtangan walaupun kes sudah ke mahkamah, dan mengambil tindakan untuk menyelamatkan rumah daripada dirampas.

9. Kes yang melibatkan tindakan undang-undang harus menunggu pihak AKPK dan Bank Negara untuk menyelesaikan semua perkara yang berbangkit sebelum tindakan selanjut oleh bank.

10. Buat masa ini, peminjam yang berpendapatan rendah tidak boleh mendapat khidmat peguam dari Pusat Bantuan Guaman ataupun Biro Bantuan Guaman kerana ianya bukan kes jenayah. Jadi, kebanyakann mereka akan kalah di mahkamah apabila diheret oleh bank yang lebih kaya dan berkuasa. Oleh itu, Biro Bantuan Guaman harus membuka perkhidmatan mereka untuk membela golongan yang berpendapatan rendah. ##

Page 13: Sosialis (Oct Nov 2015)

13ANTARABANGSAOkt-Nov 2015

Corbyn - kiri radikal pimpin Parti Buruh

Kejutan politik di UKApabila penamaan calon untuk Pemimpin Parti Buruh Britain ditutup pada 15 Jun yang lalu, Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen untuk kawasan Islington North, hanya dapat disahkan penamaannya pada saat-saat terakhir apabila mendapat sokongan daripada 36 orang Ahli Parlimen Parti Buruh, angka minimum untuk dinamakan sebagai calon Parti Buruh. Ada ahli parlimen yang menyokong penamaan Corbyn, menyatakan pendiriannya yang tidak sokong Corbyn jadi Pemimpin Parti Buruh sejurus selepas Corbyn disahkan pencalonannya, kerana mereka hanya mahukan satu pertarungan yang boleh melibatkan pelbagai spektrum dalam parti. Tiada sesiapa dalam Parti Buruh dan juga di UK akan menjangka pada masa itu, Corbyn yang merupakan calon bukan pilihan antara 4 orang yang bertarung untuk Pemimpin Buruh, boleh mewujudkan satu gempa bumi politik untuk UK 3 bulan selepas itu.

Parti Buruh UK mengadakan pemilihan untuk Pemimpinnya yang terbaru, selepas Ed Miliband meletak jawatan berikutan dengan kegagalan Parti Buruh untuk menang dalam pilihanraya umum UK pada bulan Mei tahun ini. Jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti Buruh telah berkurang berbanding tahun 2010, dan kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi di kawasan Scotland.

Pada 12 September yang lalu, dalam persidangan khas Parti Buruh, Jeremy Corbyn diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan Pemimpin Parti Buruh, dengan meraih undi sebanyak 241,417 (bersamaan dengan 59.5% undi). Ini merupakan satu kemenangan yang amat besar. Pesaing terdekatnya, Andy Burnham, hanya mendapat undi sebanyak 19.0%; manakala Liz Kendall, calon yang dianggap sebagai penyokong tegar kepada fahaman Blairisme (iaitu dasar-dasar “Third Way” yang dibawa oleh Tony Blair, bekas Pemimpin Parti Buruh dan Perdana Menteri UK), hanya mendapat undi sebanyak 4.5%, menduduki tangga terakhir dalam persaingan.

Pemilihan Corbyn menjadi Pemimpin Parti Buruh memang sesuatu yang bersejarah dalam politik UK. Beliau merupakan pemimpin yang paling berhaluan kiri untuk parti tersebut sejak George Lansbury yang memegang jawatan tertinggi parti itu pada tahun 1932-35. Kemenangan Corbyn juga menandakan dasar-dasar “Third Way” yang dibawa oleh Tony Blair sudahpun menemui ajal dalam Parti Buruh UK. Politik “Third Way” merupakan satu usaha untuk mengalihkan Parti Buruh kepada haluan yang lebih kanan oleh elit parti untuk berjinak dengan kapitalis

besar antarabangsa dan meneruskan dasar-dasar ekonomi neoliberal yang dibawa oleh Margaret Thatcher.

Walaupun Corbyn mendapat sokongan yang paling kurang dalam kalangan ahli-ahli parlimen Parti Buruh, tetapi beliau mendapat sokongan yang hebat daripada akar umbi. Sistem pemilihan baru yang diperkenalkan oleh Parti Buruh juga membolehkan orang awam mendaftar sebagai penyokong untuk mengundi dengan hanya perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak £3. Ramai orang mendaftar dalam tempoh kempen semata-mata untuk mengundi Corbyn. Corbyn mendapat sokongan daripada kesatuan sekerja yang terbesar di UK, Unite, dan kesatuan kedua besar, UNISON. Unite mempunyai keanggotaan seramai 1.42 juta manakala UNISON ada 1.28 orang ahli. Corbyn juga mendapat sokongan rasmi daripada 152 organisasi parti peringkat kawasan parlimen, tertinggi antara 4 orang calon.

Sejak kempen Corbyn semakin hebat momentumnya dan mendahului dalam pungutan suara pada akhir bulan Julai, seluruh elit berkuasa dalam Parti Buruh dan kelas pemerintah UK telah menjadi panik. Mereka telah cuba menggagalkan kempen Corbyn dengan pelbagai taktik, termasuklah manipulasi media, ramai ahli baru Parti Buruh dinafikan hak mengundi, bekas pemimpin seperti Tony Blair membuat kritikan secara terbuka, dan ada ahli parlimen Parti Buruh yang mengancam akan melakukan kudeta dalam parti sekiranya Corbyn menang. Segala usaha tersebut ternyata gagal untuk menghalang kemaraan satu gelombang politik yang baru.

Kenapa Corbyn begitu digeruni oleh kelas pemerintah UK? Kita boleh mendapat sedikit petunjuk daripada rekod lampaunya:1. Corbyn merupakan ahli parlimen Parti Buruh yang paling memberontak. Sejak tahun 2001, lebih 500 kali beliau mengingkari arahan parti dalam pengundian di Parlimen.2. Corbyn membantah Perang ke atas Iraq.3. Corbyn menyertai dan memainkan peranan dalam menganjurkan demonstrasi terbesar dalam sejarah UK, iaitu demonstrasi lebih 1 juta orang menentang Perang ke atas Iraq pada 15 Februari 2013.4. Corbyn membantah pembangunan senjata nuklear. Beliau bertekad untuk membantah usaha kerajaan UK dalam memperbaharui sistem senjata nuklear “Trident”.5. Corbyn menyokong

pemiliknegaraan semula perkhidmatan keretapi UK.6. Corbyn mempunyai rancangan untuk menghapuskan yuran pengajian di universiti.7. Corbyn bercadang untuk meningkatkan cukai pendapatan ke atas orang kaya, dengan kadar cukai sehingga 50%.8. Corbyn menyokong rangsangan pertumbuhan ekonomi melalui perbelanjaan kerajaan (bukannya pemotongan perbelanjaan sosial).9. Corbyn menyokong penggubalan undang-undang untuk gaji layak hidup yang lebih tinggi.10. Corbyn menyokong pelaksanaan kawalan sewa rumah, iaitu menghadkan siling sewa rumah di sektor swasta.11. Corbyn pernah aktif membantah dasar apartheid di Afrika Selatan. Beliau pernah ditahan di hadapan bangunan Suruhanjaya Tinggi Afrika Selatan di London pada tahun 1984 kerana terlibat dalam demonstrasi anti-apartheid.12. Corbyn menganggotai organisasi yang bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin. Beliau mengkritik dasar apartheid Israel terhadap Palestin. 13. Corbyn menyokong penyatuan Ireland.14. Corbyn pernah menyeru supaya Pinochet, bekas diktator negara Chile, dihadap ke mahkamah.15. Semasa berlakunya skandal perbelanjaan ahli parlimen UK pada tahun 2009, Corbyn didapati bahawa beliau merupakan ahli parlimen yang paling kurang membelanjakan wang.16. Sejak Corbyn dipilih menjadi Ahli Parlimen pada 1983, dan menang 8 kali berturut-turut dalam pilihanraya umum, beliau telah menulis kolum mingguan untuk “Morning Star”, akhbar organ Parti Komunis Britain. 17. Corbyn menentang dasar-dasar “Third Way” yang dibawa oleh Tony Blair sejak awal lagi.

Dalam ucapannya selepas pengumuman keputusan, Corbyn mengkritik rang undang-undang anti-kesatuan sekerja yang dibawa oleh

Parti Konservatif, mempertahankan sistem kebajikan sosial dan menyokong tindakan kemanusiaan untuk membantu pelarian yang datang ke benua Eropah. Perkara pertama yang dilakukan oleh Corbyn selepas diumumkan sebagai Pemimpin Parti Buruh, adalah bergegas ke demonstrasi yang menyokong pelarian di Eropah. Corbyn tidak pernah berganjak dalam pendirian politiknya yang sentiasa berprihatin pada nasib golongan bawahan, dan inilah perbezaan ketara antara beliau dengan pimpinan partinya sebelum ini.

Kempen yang digerakkan untuk memenangkan Corbyn telah menjana tenaga yang hebat. Ramai orang yang mual dengan politik aliran utama mendapat suntikan semangat baru untuk melibatkan diri dalam politik. Ahli-ahli Parti Buruh lama yang kecewa dengan dasar-dasar pro-kapitalis parti itu, telah kembali ke pangkuan parti dengan hasrat memperbaharui parti dengan politik kiri. Elit pimpinan Parti Buruh berpandangan bahawa kekalahan parti tersebut dalam pilihanraya adalah disebabkan ia tidak cukup lagi berhaluan kanan, kerana mereka menganggap para pengundi tidak lagi sokong pada politik kiri yang anti-kapitalis. Namun, reaksi akar umbi terhadap kekalahan pilihanraya jelasnya amat berbeza daripada pimpinan atasan, dan memilih untuk kembalikan parti itu kepada politik kelas pekerja yang lebih radikal.

Kemenangan Corbyn sebagai Pemimpin Parti Buruh hanyalah satu permulaan baru untuk politik kiri di UK. Cabaran yang bakal dihadapi adalah amat hebat sekali. Kelas pemerintah sudahpun tidak melengah-lengahkan masa dengan melancarkan serangan bertubi-tubi melalui media massa ke atas Corbyn. Namun, Corbyn bukan keseorangan, di belakang kempen yang memenangkannya adalah semangat baru akar umbi yang inginkan perubahan radikal. ##

Page 14: Sosialis (Oct Nov 2015)

Okt-Nov 201514 SENI

69 - Melawan demi kelangsungan kebebasan ruang

oleh Shazni Bhai

“Mengapa ada tempat untuk Opera,tetapi bukan untuk anak muda Punk?

mengapa ada ruang untuk pemain spekulasi,sementara ramai orang tidak mampu untuk memiliki rumah pangsa?

mengapa ada tempat untuk makanan segera,tetapi bukan untuk dapur gelandangan?

mengapa ada tempat untuk orang kaya,tetapi tidak untuk orang miskin?”

Begitulah kata-kata dari suara seorang aktivis Ungdomshuset pada malam ambang tahun baru 2007. Ketika itu api konflik antara anak muda dan penguasa sedang marak.

Perlawanan mempertahankan Ungdomshuset telah dirakam dari Ogos 2006 hingga Mac 2007. Nikolaj Viborg dan rakan-rakannya berkesempatan merakam hampir segalanya. Filem ini telah disusun berdasarkan apa yang telah dilihat oleh pembikin sendiri secara kronologi. Ia bukan sekadar kisah sekumpulan anak muda yang menduduki sebuah bangunan. Filem ini memperihalkan apa yang sebenarnya berlaku ketika kumpulan ini mempertahankan ruang dan diri mereka daripada keganasan penguasa.

“Mereka dapat rumah, kita dapat keamanan.”

Datuk Bandar Copenhagen dalam ucapannya telah mengatakan masyarakat akan aman apabila anak-anak muda berjiwa melawan itu diberi ruang. Kata-katanya merujuk kepada keputusan yang diambil kerajaan tempatan untuk menyerahkan rumah itu untuk dijadikan sebagai tempat khusus untuk anak muda.

Pada tahun 1982, pihak pentadbir Copenhagen telah membenarkan bangunan bernombor 69 itu digunakan sebagai tempat untuk aktiviti anak muda. Dengan sedemikian juga ia seperti membenarkan orang-orang yang luar dari lingkungan acuan masyarakat umum untuk berkumpul di situ. Tetapi pihak pentadbir pada ketika mereka diusir tidak berfikir yang sama lagi. Aktivis-aktivis Ungdomshuset mengharapkan penyelesaian melalui proses dialog. Mereka seawalnya telah menyatakan bahawa mereka tidak mahukan konfrontasi untuk menyelesaikan isu itu.

Pada tanggal 28 Ogos 2006, mereka telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk mengosongkan bangunan itu. Hak milik bangunan itu telah diberikan kepada kumpulan keagamaan - Faderhuset. Rumah itu telah sekian lama menjadi tumpuan anak-anak muda sekitar daerah Norrebro, malahan dari luar Denmark. Ungdomshuset telah menjadi tempat untuk menjadi diri sendiri. Ruang sebegitu menerima mereka seadanya. Tidak seperti masyarakat di luar yang ada kalangannya cenderung menghukum.

Menjelang hari pengusiran mereka telah bermesyuarat dan bersepakat untuk turun ke jalan berdemonstrasi secara aman.

Mereka memutuskan bahawa tiada aksi-aksi ganas, merosakkan harta, ataupun vandalisme akan didokong. Namun mereka bersedia mempertahankan diri jika perlu. Ramai rakyat setempat turun bersama dalam demonstrasi itu menyokong Ungdomshuset.

Polis unit rusuhan telah dikerah besar-besaran bagi menjalankan penahanan pada demonstrasi pertama itu. Polis juga telah berkasar dan memukul beberapa aktivis yang menyebabkan tindak balas daripada demonstran yang lain. Walaupun begitu, mereka tetap merasakan kemarahan tidak patut dilepaskan kepada polis semata-mata. Namun mereka juga faham bahawa sejarah telah menunjukkan mereka tidak akan mengecapi apa-apa tanpa melawan.

Di dalam bangunan itu, mereka masak, makan, dan beraktiviti bersama. Hampir segalanya dilakukan secara gotong-royong. Walau bagaimanapun, filem ini lebih fokus kepada konflik yang dihadapi. Ini bukanlah filem untuk meneliti kehidupan seharian penghuni di situ.

Timbul harapan kepada mereka apabila mendengar perkhabaran bahawa ada pihak yang menubuhkan sebuah yayasan untuk membeli Ungdomshuset daripada pihak Faderhuset dan akan membenarkan aktiviti dijalankan seperti biasa. Aktivis Ungdomshuset menyambut baik hasrat yayasan ini dan telah pergi untuk berjumpa dan berbincang dengan Faderhuset. Namun harapan itu hancur kerana niat mereka untuk berbincang telah disambut oleh polis dengan cara yang ganas. Ruth Evensen selaku ketua dengan angkuhnya menyatakan Faderhuset tidak akan berbincang dengan anak-anak muda itu dan menganggap mereka sebagai pengganas. Faderhuset juga enggan menjual bangunan itu kepada sesiapa pun dengan apa jua harga. Ritt Bjerragaard selaku Datuk Bandar Copenhagen juga enggan bertanggungjawab terhadap anak-anak muda ini.

Maka dengan itu, penghuni

Ungdomshuset menganggap mereka tiada jalan lain selain bersiap sedia untuk bertempur. Mereka juga mengadakan beberapa mesyuarat bersama penduduk setempat kawasan itu. Mereka sedar betapa penting sokongan kejiranan dalam isu ini. Socialistisk UngdomsFront iaitu Barisan Pemuda Sosialis Denmark turut bersama menyokong perjuangan ini.

Filem berbahasa Danish yang penuh aksi ini ada yang dimuatnaik ke laman Youtube dengan sarikata bahasa Inggeris. Durasinya tidak lebih dari 1 jam. Isu yang menjadi tema dalam filem ini iaitu ruang ialah suatu permasalahan sejagat akibat daripada sistem kapital yang gagal. Ia adalah isu yang harus diambilkira oleh mana-mana insan. Ruang untuk kaum tertindas dan anak muda semakin hilang. Semua digantikan oleh pencakar langit dan pusat beli belah yang eksklusif.

Bangunan yang didirikan sejak 1897 itu menyimpan sejarah tersendiri. Ia pernah menjadi pejabat untuk pergerakan buruh untuk bermesyuarat dan merancang protes. Ketika itu penguasa amat takut akan gerakan-gerakan buruh. Bangunan seumpama demikian amat diperlukan sebagai ruang untuk aktivis bergerak. Persidangan wanita antarabangsa yang dianjurkan oleh Internasional Kedua pada 1910 yang dihadiri oleh Rosa Luxemburg telah berlaku di situ. Selain mempunyai nilai sejarah, ia juga telah membantu pembentukan budaya hidup berdikari. Namun budaya seperti ini pasti tidak disenangi penguasa. Ia bakal mencabar kekuasaan dan menjadi penghalang kaum pemodal menjana keuntungan.

Walaupun dikecam masyarakat “normal” namun anak-anak muda yang menghuni tempat seumpama Ungdomshuset ialah sekumpulan anak muda kreatif. Mereka yang menghidupkan perjuangan menegakkan nilai kepelbagaian budaya untuk kebaikan bersama. Dapatkah mereka mempertahankan hak mereka?

Sama-samalah kita mengambil iktibar dengan menonton filem ini. Di rantau kita pun apa kurangnya. Dengan pengusiran paksa, tanah petani yang dirampas, kampung warisan diroboh, dan anak-anak muda dilayan seperti penyangak. Setiap dari kita memerlukan ruang. ##

Page 15: Sosialis (Oct Nov 2015)

15IDEOLOGIOkt-Nov 2015

Pengenalan kepada Teori Ekonomi Marxsis (2)

Dengan kewujudan pengeluaran komoditi yang menjadi semakin rutin dan biasa dalam masyarakat kita, ia telah mengubah corak buruh manusia, malah juga mengubah organisasi masyarakat manusia.

Nilai komoditi adalah buruh manusia yang dibekukan secara amnya tanpa apa-apa perbezaan dalam komoditi berkenaan. Nilai komoditi menggambarkan penggunaan tenaga manusia secara fizikal dan mental.

Buruh konkrit (atau buruh yang berguna) adalah tenaga kerja yang digunakan untuk mencipta nilai guna sesuatu komoditi.

Buruh abstrak adalah buruh manusia secara am yang mengetapikan bentuk khusus kegiatan buruh itu. Buruh abstrak tiada perbezaan dari segi kualiti, hanya ada perbezaan kuantiti. Buruh abstrak adalah sumber kepada nilai komoditi. Tetapi buruh abstrak itu tidak bersamaan dengan nilai. Nilai hanya terbentuk apabila buruh abstrak itu dibekukan dalam komoditi.

Adalah amat mustahil membandingkan buruh konkrit secara kuantiti, kerana dua jenis kerja yang berlainan memerlukan buruh konkrit yang berlainan. Misalnya, adalah tidak mungkin untuk kita bandingkan buruh konkrit untuk membina sebuah rumah dengan buruh konkrit untuk menoreh getah, di mana kedua-dua jenis kerja ini melibatkan kemahiran yang berbeza. Satu lagi contoh adalah, tidak mungkin untuk kita bandingkan kerja seorang doktor dengan kerja seorang pekerja yang memunggah barang di kilang, kerana kerja doktor itu melibatkan kepakaran yang

kompleks manakala pekerja pemunggah itu melakukan kerja fizikal yang mudah. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk menukar pelbagai kerja buruh itu menjadi buruh abstrak, supaya kita dapat bandingkan secara kuantitatif. Namun demikian, ini tidak bermakna buruh yang kompleks dan buruh yang mudah boleh disamakan kuantitinya apabila ditukar kepada buruh abstrak, kerana perbezaan tahap kompleksiti buruh boleh ditunjukkan melalui nilai tukar.

Kemunculan pengeluaran komoditi dan perkembangannya menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat, hasilnya adalah buruh itu sendiri akan mempunyai dua ciri: ciri yang tetap dan ciri yang boleh diukur. Dalam erti kata lain, buruh bukan lagi penggabungan dengan alam secara semulajadi dan tidak lagi bergerak mengikut rentak fisiologi manusia.

Apabila pengeluaran komoditi menjadi semakin berleluasa, buruh itu akan menjadi teratur dan mengikut satu hukum tertentu, maka organisasi seluruh masyarakat juga semakin berasaskan sistem pengiraan mengikut buruh. Masa buruh telah digunakan sebagai asas pengiraan.

Apabila masa buruh dijadikan asas kepada ekonomi, dalam masyarakat yang berasaskan sistem pengiraan masa kerja, dengan pengeluaran dan pertukaraan komoditi menjadi sesuatu yang biasa dan berleluasa, maka sebarang pertukaran komoditi itu semestinya pada asasnya bergantung pada sistem pengiraan masa kerja. Hukum amnya adalah, nilai tukar suatu komoditi ditentukan oleh kuantiti buruh yang diperlukan untuk menghasilkannya. Kuantiti buruh itu, diukur mengikut masa yang diperlukan untuk menghasilkan barangan itu.

Akan tetapi, bukannya semua orang mempunyai kebolehan kerja yang sama, dan bukannya semua orang mempunyai kekuatan fizikal yang sama ataupun kemahiran yang sama. Jika nilai tukar sesuatu komoditi ditentukan mengikut hanya kuantiti buruh yang digunakan oleh seseorang individu sahaja, adalah tidak masuk akal.

Misalnya, jika guna andaian masa

secara sosial bermaksud, buruh yang diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu komoditi di bawah keadaan am kuasa pengeluaran buruh pada suatu masa tertentu dalam sesebuah negara. (Dalam erti kata lain, ianya adalah buruh yang dilakukan oleh pekerja itu untuk menampung kehidupannya dalam masyarakat itu.)

Apa itu kuantiti buruh? Kebolehan seseorang pekerja itu memang akan berbeza dengan yang lain. Kita tidak boleh mengetepikan perbezaan kemahiran pekerja. Misalnya, jika seorang pekerja tidak mahir bekerja selama satu jam boleh menghasilkan nilai kerja yang sama dengan seorang pekerja mahir yang belajar kemahiran itu untuk beberapa tahun, apa akan berlaku? Semestinya tiada orang ingin menjadi pekerja mahir. Masa kerja yang dihabiskan untuk belajar kemahiran itu akan dibazirkan begitu sahaja jika ini berlaku. Di bawah sistem ekonomi yang berasaskan sistem pengiraan masa kerja, seorang pemuda sudi belajar sesuatu kemahiran adalah disebabkan dia boleh mendapat balik pampasan ke atas masa kerjanya yang dihabiskan dalam latihan kemahiran pada masa kelak. Boleh dikatakan begini, buruh seorang pekerja mahir itu patut dianggap sebagai sejenis buruh yang kompleks ataupun buruh komposit, berlipat ganda berbanding buruh tidak mahir. Jadi, kita boleh menyimpulkan bahawa, nilai tukar sesuatu komoditi, ditentukan oleh kuantiti buruh yang diperlukan secara sosial, di mana buruh mahir adalah gandaan kepada buruh mudah, dan pekalinya adalah kuantiti yang munasabah dan boleh diukur. ##

kerja seseorang itu menentukan nilai tukar sesuatu komoditi, seorang pengeluar kasut itu lebih malas atau lebih tidak boleh pakai, masa yang digunakan olehnya untuk mengeluarkan kasut itu akan manjadi lebih panjang, ini menjadikan nilai kasut yang dibuatnya semakin tinggi! Ini semestinya sesuatu yang tidak mungkin. Jika seorang pembuat kasut boleh menghasilkan sepasang kasut dalam satu jam dan dijual dengan RM 10, siapa mahu beli kasut yang sama yang dibuat oleh seorang pembuat kasut yang lain yang menghabiskan 10 jam untuk menghasilkannya dan menjual dengan harga RM 100?

Nilai tukar bukan hanya pulangan untuk seseorang yang sanggup melakukan kerja itu, tetapi adalah hubungan objektif yang didirikan antara pengeluar-pengeluar yang bebas. Dalam masyarakat di mana ekonominya didirikan atas pembahagian kerja dan masa buruh, dengan bergantung pada hubungan sebegini, tukang-tukang atau pengeluar-pengeluar komoditi yang berbeza itu baru boleh melakukan pertukaran setara. Dalam masyarakat sebegini, buruh yang dibazirkan tidak akan mendapat pulangannya, sebaliknya buruh macam ini akan didenda. Masa purata yang diperlukan untuk membuat sepasang kasut ditentukan oleh kuasa pengeluaran secara am. Jika anda menggunakan lebih masa untuk membuat sepasang kasut berbanding dengan masa yang diperlukan secara amnya, bermakna anda telah membazirkan tenaga kerja, dan masa yang dibazirkan itu tidak akan menukar apa-apa benda pun untuk anda.

Nilai komoditi ditentukan oleh masa buruh yang diperlukan secara sosial. Komoditi ditukarkan mengikut prinsip nilai setara.

Nilai tukar sesuatu komoditi, bukannya ditentukan oleh kuantiti buruh yang digunakan oleh pengeluar yang berasingan, tetapi ditentukan oleh kuantiti buruh yang diperlukan secara sosial untuk menghasilkan komoditi tersebut.

Buruh yang diperlukan

Page 16: Sosialis (Oct Nov 2015)

Okt-Nov 201516 GALERI

Sudut Komik

Kita bicaraKita bicara tentang pembangunan pesatKita sebut tentang binaan-binaan hebatDalam pada itu kita lupa pada segala niatKita alpa pada kesusahan yang menghambat

Kita bicara pasal projek-projek megaYang kosnya mencecah ratusan jutaTapi kita lupa pada siapa dan juga untuk apaBila segalanya hanya sebahagian yang merasa

Kita bicara tentang pencakar langitMuncul di tengah kota yang membingitTapi kita alpa pada kedhaifan yang pahitMenumpang hidup di balik runtuhan konkrit

Kita bicara tentang segala jenis kemajuanTentang teknologi yang mendahului zamanTapi kita lupa untuk mencari pedomanSedang amanah diberi lenyap kita lupakan

Kita bicara tentang hebat sejarah silamKita bercerita hebatnya kita semalamTapi kita lupa semuanya hanyalah memori kelamYang pasti suatu hari akan terus terpadam

Kita bicara dan terus bicaraKita bercerita tapi kita lupaKita melihat pada yang indah sajaSedang kita lupa pada erti sengsara………

oleh Wan Zamzahidi Wan ZahidChendering, 17 Jun 2014

Topik yang akan dibincangkan:- Masa depan politik Malaysia: Pakatan Rakyat Baru atau

Alternatif Kiri?- Anak muda dan persoalan nasional- Apakah halatuju untuk politik Islam di Malaysia?- Melayu risau pada pertukaran rejim?- Pengalaman pertukaran rejim di Asia Tenggara - ASEAN untuk korporat atau rakyat marhaen?

Yuran pendaftaran: RM 25 seorang; RM 15 untuk pelajar

Untuk pendaftaran, sila hubungi 012-6045807 atau e-mel: [email protected] / [email protected]

Daftar sekarang juga untuk menyertai forum tahunan ini!

Sudut BukuKaatu Perumal – Folk Hero of Sungai Siput

Kaatu Perumal dianggap sebagai musuh oleh penjajah British. Bagi segelintir buruh di ladang pula, dia ialah seorang wira berbakat besar yang tidak dijulang. Kisah yang dikutip daripada penceritaan secara lisan oleh saksi serta kenalan lagenda ini ditulis oleh Dave Anthony, penulis novel Love & Struggle: Beyond The Rubber Estates. Jika kalian ingin mengetahui apakah nasib buruh-buruh ladang di era Darurat dan apakah yang menyebabkan Kaatu Perumal diburu Cawangan Khas, karya ini harus dibaca. Walaupun dari reka letak kulitnya tampak gaya lama, namun isinya padat. Inilah buku yang harus dimiliki untuk menambahkan koleksi rujukan sejarah yang digelapkan. Dengan harga RM18.00 ia boleh didapati dari Tinta Merah.

Judulnya ialah Antigone, tetapi ia bukanlah mengisahkan mitos Yunani. Zine yang diterbitkan sendiri ini mengumpulkan 26 rangkap puisi antaranya “Apa Yang Kita Bicara?”, “Syntax Error”, “Azam Seorang Bodohan”, “Je Suis Comte”. Kasar, jujur, dan rojak. Seperti yang ditulis di kulit belakang, puisi-puisi ini merupakan catatan, luahan, dan persoalan daripada pengarang. Namun dari segi mutu pembikinan, ia boleh diperbaiki dari segi fon, reka letak, dan ditambah latar belakang si pembikin. Zine yang sederhana ini boleh dimiliki dengan menghubungi Karim Abdullah di talian 016-5616254 . Lebih murah daripada sepinggan maggi goreng, ia dijual pada harga RM3.00 sahaja.

Antigone

Malaysia dijual dengan penandatanganan perjanjian perdagangan bebas TPPA!