sosialis (feb mac 2013)

12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Feb-Mac 2013 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ RAKYAT BANGKIT RAKYAT BANGKIT REJIM BN TERGUGAT BERANI Kerana Benar VS Listen Listen Listen > m / s 4 Pelancaran Manifesto PRU-13 > m / s 3

Upload: partisosialis

Post on 06-Apr-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Topik: Manifesto PRU-13, Talian Pemantauan Gaji Minimum, Listen vs Bawani, Kes Peruntukan Di Mahkamah Persekutuan, Manifesto Pekerja PRU-13, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Wawancara Bersama Dr. Jeyakumar

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Feb Mac 2013)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Feb-Mac 2013

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

RAKYATBANGKITRAKYAT

BANGKIT

REJIM BN TERGUGATBERANIKeranaBenarVS

Listen Listen Listen

> m / s 4

Pelancaran Manifesto PRU-13

> m / s 3

Page 2: Sosialis (Feb Mac 2013)

Feb-Mac 2013PSM2

Dari Meja PengarangHimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari yang lepas memang telah membuka satu lembaran baru dalam g e r a k a n r a k y a t M a l a y s i a d e m i memperjuangkan demokrasi dan keadilan sosial. Terbuktinya tanpa gangguan dan provokasi daripada pihak polis dan anasir-anasir yang anti-demokrasi, rakyat dapat berhimpun dan berarak secara aman serta mengutarakan tuntutan mereka. Ini sekali gus mengkuburkan mitos bahawa demonstrasi bukannya budaya kita ataupun dakwaan bahawa demontrasi mendatangkan kekacauan.

UMNO-BN memang terasa tergugat dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 kerana kehad i ran yang menggalakkan pada himpunan tersebut telah menunjukkan ketidakpuashatian rakyat terhadap pemerintahan UMNO-BN yang penuh dengan korupsi, kepincangan dan kezaliman. Semangat Asalkan Bukan UMNO-BN (ABU) yang membara ini bakal m e m b a w a r e j i m U M N O - B N k e penghujungnya dalam pilihanraya umum yang akan datang. Najib yang enggan mengumumkan tar ikh pi l ihanraya menunjukkan bahawa rejim UMNO-BN memang takut ia akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang sehingga segala kepentingan elit politik UMNO-BN dan kroni mereka terkubur bersamanya.

Oleh yang demikian, Pilihanraya Umum menjadi medan pertempuran penting dalam menentukan masa hadapan negara kita. Rakyat Malaysia bakal menggunakan hak mengundi untuk menamatkan satu pemerintahan zalim rejim UMNO-BN dan m e n u k a r k a n n y a d e n g a n s a t u pemerintahan baru, iaitu kerajaan Pakatan Rakyat. Seandainya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, ia tidak bermakna bahawa semua masalah rakyat akan selesai sekali gus dan perjuangan rakyat sampai ke penghujungnya. Sebaliknya, seperti yang dinyatakan oleh Dr. Kumar (AJK Pusat PSM merangkap Ahli Parlimen Sungai Siput) dalam u c a p a n n y a s e m a s a H i m p u n a n Kebangkitan Rakyat, perjuangan dan

mobilisasi rakyat dari bawah perlu diteruskan untuk memastikan mana-mana kerajaan yang memerintah tidak membelakangkan kepentingan rakyat jelata. Hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh membawa perubahan yang sebenar dan menjamin kesejahteraan rakyat marhaen.

Dalam suasana pilihanraya yang bakal menjelang, perjuangan rakyat dalam pelbagai isu tidak masih berterusan. Gerakan pekerja di Malaysia telah mengemukakan Manifesto Pekerja untuk PRU-13 melalui Jaringan Pekerja Malaysia, dengan meletakkan agenda perjuangan pekerja dalam senario pilihanraya. Manifesto Pekerja ini telah memberi peringatan kepada semua parti politik bahawa pekerja merupakan golongan yang pent ing dalam pembangunan negara dan tidak patut dipinggirkan dalam agenda politik mereka.

Pelaksanaan Gaji Minima yang bermula bulan Januar i tahun in i te lah menghadapi pelbagai halangan daripada pihak majikan yang tamakkan keuntungan sahaja. Kerajaan juga teragak-agak dalam pelaksanaannya. Pihak PSM telah mengambil inisiatif untuk mengumpul aduan daripada para pekerja berkenaan dengan kegagalan pelaksanaan gaji minima oleh majikan. Gaji minima merupakan jaminan pendapatan yang penting untuk memastikan rakyat biasa dapat hidup dengan bermaruah.

Insiden Listen di UUM turut mencuri perhatian ramai dengan penyebaran klip video tentang seorang penceramah pro-BN yang mematahkan hujah Bawani, seorang mahasiswa yang berideologi sosialis. Ini sekali gus membongkarkan kewujudan proses pembodohan dalam kampus university dan menimbulkan kemarahan umum. Isu pendidikan percuma yang dibawa oleh Bawani turut mendapat perhatian dan isu ini amat penting sekali untuk dibincang demi masa hadapan anak-anak muda kita.

Page 3: Sosialis (Feb Mac 2013)

PARTI DAN FRON3 Feb-Mac 2013

PSM Lancar Manifesto PRU-13:Udahlah tu! Tolak 56 Tahun UMNO-BN !

PSM telah melancarkan Manifesto parti untuk Pilihanraya ke-13 (PRU-13) yang bakal menjelang bila-bila masa lagi. Pelancaran Manifesto PRU-13 dilancarkan pada 30 Januari yang lalu di Ibupejabat PSM di Brickfileds.

6 perkara penting agenda perjuangan PSM dan juga 9 kategori tuntutan telah digariskan dalam Manifesto ini. 6 perkara penting agenda perjuangan PSM yang diutarakan dalam PRU-13 adalah :

1. Jaminan kerja dan gaji yang munasabah dan adil ;

2. Sistem pendidkan dan kesihatan awam yang percuma dan berkualiti;

3. Pilihanraya kerajaan tempatan dan kampung;

4. Pengangkutan awam yang murah dan berkesan ;

5. Jaminan Perumahan tetap dan selesa

untuk golongan berpendapatan rendah;

6. Pemeliharaan alam sekitar melalui pembangunan mampan y a n g m e n g u t a m a k a n kesejahteraan umat manusia dan keseimbangan ekosistem.

Tuntutan-tuntutan yang dibawa dalam manifesto ini tergolong dalam 9 kategori, iaitu: hak pekerja; hentikan penswastaan perkhidmatan asas; perumahan selesa; hentikan politik perkauman; hapuskan rasuah dan penyelewengan kuasa; jaminan penge luaran makanan tempatan; hak masyarakat orang asal; perl indungan alam sekitar; dan menguatkan institusi demokrasi.

Semasa sidang akhbar pelancaran Manifesto Pilihanraya PSM, Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan, berkata bahawa PSM telah memaklumkan secara lisan dan bertulis kepada Pakatan Rakyat berkenaan dengan keputusan kongres yang diadakan pada Jun tahun lepas, iaitu hasrat PSM untuk menyertai Pakatan Rakyat sebagai satu usaha untuk menumpaskan pemerintahan UMNO-BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Manifesto Pilihanraya PSM telah jelas menyatakan bahawa PSM akan menyokong calon Pakatan dalam PRU-13. PSM telahpun bekerjasama secara rapat dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam banyak kempen dan usaha membawa perubahan sosial. Keputusan menyertai Pakatan Rakyat adalah hasil perbincangan dalaman secara demokratik dan juga atas permintaan rakyat.

Menurut Dr. Jeyakumar Devaraj, AJK Pusat PSM yang juga Ahli Parlimen Sungai Siput, PRU-13 merupakan satu peluang yang baik untuk rakyat menggunakan kuasa undi secara bijaksana untuk menamatkan pemerintahan UMNO-BN yang penuh dengan korupsi dan kepincangan. Beliau juga menegaskan bahawa kita perlu terus menggerakkan kuasa rakyat supaya perubahan yang bakal sampai akan membawa faedah kepada rakyat jelata.

Pelaksanaan Gaji MinimaPSM Lancar Talian Pemantauan

Dasar Gaji Minima RM 900 telah berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun ini. Namun, keazaman pihak kerajaan untuk melaksanakan dasar yang menjamin pendapatan asas pekerja ini masih belum jelas.

PSM bersama dengan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), telah melancarkan talian pemantauan gaji minima pada 3 Januari yang lepas. Tujuan talian pemantuan ini adalah untuk para pekerja membuat aduan sekiranya pihak majikan tidak melaksanakan gaji minima di tempat kerja mereka.

Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan Gaji Minima RM 900 pada 30 April tahun lepas, dan diwartakan pada bulan September 2012. Gaji minima RM 900 memang jauh lebih rendah daripada Gaji Minima RM 1500 yang dituntut oleh PSM, JERIT dan kumpulan pekerja yang lain. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Gaji Minima RM 900 merupakan hasil

daripada perjuangan pekerja bertahun-tahun yang mendesak pihak kerajaan untuk mengambil tindakan dalam menyelesaikan masalah gaji rendah. Persoalan sekarang adalah sama ada kerajaan dapat melaksanakan dasar gaji minima secara serius demi melindungi pendapatan asas pekerja.

Kerajaan telah berpihak kepada golongan majikan selama ini dalam isu-isu pekerja seperti gaji minima. Oleh itu, sama ada dasar gaji minima boleh dilaksanakan secara serius menjadi satu tanda soal besar. Pada awalnya, kerajaan mengatakan RM 900 adalah gaji pokok, tidak termasuk kerja lebih masa (OT), elaun dan sebagainya. Namun, apabila pihak majikan mendesak kerajaan untuk memberi pengecualian dalam pelaksanaan Gaji Minima RM 900, kerajaan telah membenarkan sebanyak 600 buah syarikat untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minima. Kerajaan juga membenarkan pihak majikan memasukkan elaun dalam pengiraan gaji minima. Pelbagai halangan dan masalah telah timbul dalam pelaksanaan Gaji Minima RM 900 ini.

Memandangkan kerajaan tidak mempunyai satu mekanisme yang berkesan dalam memantau pelaksanaan Gaji Minima RM 900, PSM telah melancarkan usaha pemantauan demi memastikan Gaji Minima boleh dilaksanakan untuk semua pekerja. PSM dan JERIT berharap talian aduan Gaji Minima ini boleh membantu dalam pelaksanaan Gaji Minima RM 900, dan mendesak kerajaan supaya mengambil

langkang-langkah yang serius dalam memastikan pihak majikan memperbaiki pendapatan pekerja serta kualiti hidup pekerja.

Sudahkah majikan anda laksanakan Gaji Minima RM 900. Sekiranya belum, sila hubungi Meja Pemantauan Pelaksanaan Gaji Minima PSM di talian 03-22747791 / 010-2402159 ATAU hubungi talian mengikut negeri seperti di bawah:

Kuala Lumpur017-2599050 / 016-3337678

Selangor010-2402159 / 016-2612269

Perak012-5061357 / 016-5587144

Negeri Sembilan012-2414351 / 012-6361249

Pulau Pinang016-2290460 / 019-5669518

Johor017-7540597 / 016-7334469

Terengganu / Kelantan017-9383550 / 014-9257093

Kedah / Perlis012-2001826 / 013-4031150

Melaka012-2740520

Sabah / Sarawak017-8131286 / 016-8460018

Pahang019-9706074 / 019-5696964

Page 4: Sosialis (Feb Mac 2013)

4 NASIONAL Feb-Mac 2013

Video “Listen” dan BawaniPerkataan “Listen” telah menjadi begitu popular sekali apabila satu video tentang satu forum di UUM telah tersebar luar di ruang siber baru-baru ini. Video tersebut telah memaparkan keadaan dalam satu forum dalam kampus UUM di mana berlakunya senario salah seorang ahli panel, Sharifah Zohra, presiden kepada satu pertubuhan yang tidak dikenali ramai sebelum ini iaitu Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), telah menghalang seorang mahasiswi UUM daripada berhujah tentang pendidikan percuma dengan jeritan “listen” sebanyak 11 kali dan juga “hujah-hujah” yang amat kelakar sekali serta langsung tidak masuk akal.

Insiden “listen” telah membongkarkan sekali lagi kewujudan proses pembodohan dalam kampus IPTA. Isu kebebasan bersuara pelajar universiti dan juga pendidikan percuma telah mendapat perhatian umum berikutan isu ini. Mahasiswi yang berani bersuara dalam klip video “listen” adalah Bawani KS, seorang aktivis anak muda yang telah lama berkecimpung dalam gerakan rakyat.

Berikut adalah jawapan Bawani kepada beberapa persoalan berkisar pada insiden “listen”.

Soalan 1: Mengapa Bawani tanya soalan selepas sesi soal jawab? Bukankah ini biadap ?

Jawapan: Sebenarnya, semasa forum sedang berjalan, Pn Sharifah bertanya adakah sebarang penyelesaian sekiranya PTPTN dimansuhkan. Pada waktu itu saya telah mengangkat tangan untuk cuba memberi pandangan saya, tetapi kemungkinan beliau tidak nampak saya kerana saya duduk di baris yang agak belakang dalam dewan. Namun mereka yang duduk sebaris dengan saya pasti sedar.

Oleh itu saya menunggu sesi soal jawab. Semasa waktu soal jawab, moderator Ku Amirul telah memberitahu kami bahawa akan kumpul beberapa soalan dan ada beberapa pusingan untuk soalan serta akan minta ahli panel untuk menjawab, dan sambung kepada soalan seterusnya. Dalam pusingan pertama, hanya 2 soalan ditanyakan oleh peserta dan dijawab oleh ahli panel. Selepas jawapan kepada soalan tersebut, Pn Sharifah telah merumuskan sesi tersebut, lalu teruskan ke upacara bacaan ikrar. Ini bererti bahawa beberapa pusingan soalan yang dijanjikan pada awalnya memang tidak ada.

Ini menyebabkan saya terasa kurang senang, kerana saya telahpun bersedia dengan pandangan dan soalan saya, namun tiada ruang yang mencukupi diberi kepada kami yang hadir di forum tersebut. Bayangkan dalam dewan itu ada lebih 2 ribu pelajar tetapi hanya 2 soalan diberi peluang untuk ditanya. (Galaxy Note pun ada 10 buah yang disediakan untuk cabutan bertuah) Oleh itu, saya tampil ke depan selepas sesi bacaan ikrar, dan minta kebenaran untuk memberikan pandangan. Pn Sharifah sendiri setuju dengan permintaan saya. Oleh itu, manakah kesilapan saya seperti yang dituduh tidak mengikut protokol.

Adakah salah untuk seorang mahasiswa bertanya soalan?

Soalan 2: Bawani bersikap kasar dan tidak sopan semasa memberi pandangan sehingga mewujudkan provokasi?

Jawapan : Kalau kita lihat gambaran sepenuhnya, ia jelas bahawa kandungan forum sendiri bersifat provokasi. Saya menyatakan perkara ini kerana tajuk forum yang sebenar yang diwar-warkan dalam iklan adalah “Seringkah Mahasiswa dan Politik”, tetapi pada hari tersebut tajuk forum telah ditukar kepada “Wanita dan Politik” . Kandungan forum pula telah menyentuh isu-su yang mengutuk beberapa pihak seperti video klip perhimpunan bersih, kenyataan YB Nurul Izzah berhubung dengan hak kebebasan beragama, Datuk Ambiga dilabel sebagai pencetus anarki di Malaysia, isu air Selangor berkaitan SYABAS, protes mansuh PTPTN, Go Green dan beberapa isu lain. Semua isu ini lebih menjurus kepada satu pihak iaitu jelas memburukkan imej parti pembangkang. Dalam forum yang berlangsung selama 3 jam inim saya rasa tidak senang hati kerana ini menunjukkan

pihak penganjur mempunyai agenda tersirat ataupun jelas berniat untuk “brainwash” pelajar. Kandungan ikrar juga sangat mencurigakan dan membuatkan saya untuk bersuara tentang pandangan saya berhubung dengan kandungan forum ini dan isu pendidikan percuma. Saya meminta anda untuk menilai sendiri dari mana mulanya unsur provokasi dan kenapa saya bersuara lantang.

Soalan 3 : Adakah tindakan Bawani sesuatu yang dirancang terlebih dahulu?Jawapan: Sebenarnya tindakan saya adalah sesuatu yang spontan akibat daripada kandungan forum tersebut. Saya hanya melontarkan pandangan saya berhubung dengan kenyataan Pn Sharifah dan ahli penel lain yang saya rasa tidak berasas dan bermotifkan politik. Adalah juga agak pelik bagaimana saya boleh merancang semua episod ini memandangkan saya tidak tahu pun perjalanan forum. Untuk pengetahuan semua, video yang menjadi popular telah disiarkan oleh pihak Universiti dan pihak NGO SW1M sendiri dan bukannya oleh saya, kawan-kawan saya mahupun part i pembangkang. Jika saya merancang segala-galanya, sudah tentu saya sendir i yang menyebarkan video ini, tetapi orang lain dan rakyat Malaysia telah menjadikan video ini begitu popular.

Soalan 4: Adakah Bawani akan bertanding dalam PRU 13 yang akan datang?

Jawapan: Saya tidak mempunyai sebarang niat untuk bertanding dalam PRU13. Saya telah berkata sedemikian apabila ditanya soalan ini dalam setiap forum dan temubual. Ada akhbar telah menyiarkan pandangan bahawa saya akan bertanding di Pekan. Ini sebenarnya hanya satu “gurauan” semata-mata, di mana ada pihak berkata bahawa saya sangat popular sehingga boleh tanding kerusi PM. Saya berjenaka tetapi dalam temuduga tersebut saya terus berkata saya TIDAK akan bertanding.

Tetapi, kami Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma(GMPP) akan mengambil kesempatan ini untuk memperjuangkan tuntutan kami iaitu Pendidikan Percuma dan kebebasan mahasiswa untuk bersuara. Isu bertanding dalam pilihanraya adalah sengaja dipermainkan oleh pihak tertentu untuk memesongkan isu sebenar daripada perhatian masyarakat. Harap rakyat Malaysia membuat penilaian yang matang kerana isu sebenarnya adalah isu mahasiswa dan untuk masa depan rakyat Malaysia.

Soalan 5: Adakah insiden ini satu agenda parti pembangkang?

Jawapan: Tidak sama sekali, kerana forum ini dianjurkan oleh Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), bersama DPP Proton UUM dan pelajar juga tidak tahu siapakah ahli panel dan kandungan forum ini sehingga forum tersebut bermula. Perkara yang saya bangkitkan adalah berkaitan dengan perjuangan mahasiswa. Jika saya diberikan peluang untuk menghabiskan pandangan saya dan Pn Sharifah menjawab soalan saya dengan tenang, tidak mungkin perkara ini meletus sebegini. Oleh itu, apa

yang berlaku adalah spontan dan tidak menampakkan sebarang agenda parti pembangkang.

Sebenarnya ramai orang daripada parti pemerintah seperti, YB Dato Saifuddin, YB Khairy Jamaluddin, YB Datuk Subramaniam, Dato Saravanan dan lain-lain lagi termasuk parti-parti politik MIC, MCA, GERAKAN yang menyokong saya. Bagaimana ini boleh menjadi agenda politik parti pembangkang?

Soalan 6: Pn. Sharifah telah memaafkan Bawani. Adakah anda menerima maaf tersebut?

Jawapan: Saya pelik apabila diberitahu Puan Sharifah telah memaafkan saya. Saya tidak pernah meminta maaf daripada Puan Sharifah dan berpendapat bahawa apa yang saya lakukan adalah spontan dan benar. Dari awal hingga hari ini, saya tetap dengan pendirian bahawa saya tidak pernah meminta maaf daripada Pn. Sharifah dan juga telah berkata bahawa saya tidak mengharapkan Puan Sharifah meminta maaf daripada saya. Tuntutan untuk Puan Sharifah meminta maaf adalah ditanya oleh pihak ketiga. Bagi saya isu pokok adalah isu kebebasan mahasiswa bersuara, kebebasan autonomi universiti dan yang paling penting pendidikan percuma.

Soalan 7: Naib Canselor UUM berkata Bawani cuba mencemarkan nama baik UUM dengan menyatakan mahasiswa tiada kebebasan bersuara dan dipaksa menghadiri forum tersebut ?

Jawapan: Dalam isu ini kita perlu jelas, video yang jadi popular hari ini bukannya saya yang muatnaik ataupun disebarkan oleh pihak parti pembangkang. Malahan ia dimuatnaik oleh pihak universiti dan juga Pn. Sharifah itu sendiri. Tindakan kedua pihak ini yang menyebabkan video ini sekarang menjadi begitu sensasinya sekali atau mencemarkan nama Universiti. Saya tidak mencemarkan nama baik UUM dan saya hanya bercakap benar. Saya percaya i tu tanggungjawab saya sebagai seorang mahasiswi dan anak muda untuk membawa suara mahasiswa.

Berhubung dengan isu pelajar dipaksa/diwajibkan hadir. Memang benar, universiti tidak mengeluarkan surat rasmi bahawa semua pelajar diwajib hadir dan itu yang saya beritahu dalam semua sidang media. Namun apa yang saya ingin tegaskan adalah terdapat Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang mewajibkan pelajar-pelajar mereka hadir. Buktinya saya pernah paparkan dalam page facebook UUMKINI pada 8 Disember 2012 berkenaan dengan ketidakpuashatian saya tentang forum ini, di situ ramai pelajar UUM yang memberi pandangan bahawa DPP mereka mewajibkan mereka hadir, pelajar tahun satu diwajib hadir dan sebagainya. Itu pandangan dari posting pelajar-pelajar yang hadir dan saya tak reka cerita. Saya juga pernah beritahu bahawa DPP tempat saya menginap tidak mewajibkan saya hadir dan saya hadir secara sukarela.

(Sambung di m/s 7)

Page 5: Sosialis (Feb Mac 2013)

5 PERJUANGAN RAKYAT Feb-Mac 2013

Rayuan Ditolak Mahkamah PersekutuanKumar: Kami Tidak Kalah Dalam Kes Peruntukan

Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan leave untuk membenarkan rayuan kes peruntukan kawasan parlimen didengar dalam mahkamah. Panel yang terdiri daripada 5 orang hakim di Mahkamah Persekutan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 10 Oktober 2011, iaitu menolak leave yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Februari 2011 yang membenarkan kes peruntukan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Kumar didengar di mahkamah.

Dr. Jeyakumar Devaraj (atau lebih dikenali sebagai Dr. Kumar), selaku Ahli Parlimen Sungai Siput, telah memfailkan satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mencabar amalan kerajaan persekutuan yang pilih kasih dalam mengagihkan peruntukan untuk setiap kawasan parlimen. Ahli-ahli parlimen daripada

parti pembangkang langsung tidak dapat akses kepada peruntukan yang berjumlah 1 juta ringgit setiap tahun ini walaupun permohonan peruntukan adalah untuk kepentingan rakyat a w a m . D r . K u m a r t e l a h mempertikaikan amalan pilih kasih ini kerana ia telah melanggari Fasal 8 (1) Perlembagaan Persekutuan, dan Jabatan Perdana Menteri juga melakukan kepincangan dalam isu peruntukan kawasan parlimen.

Dr. Kumar merupakan ahli parlimen yang pertama mencabar kepincangan pengagihan peruntukan kawasan parlimen di mahkamah.

Hakim di Mahkamah Persekutuan mengatakan bahawa peruntukan kawasan parlimen merupakan “budi bicara pengurusan” badan eksekutif, malah mahkamah tidak akan campurtangan. Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutan tidak mengarahkan Dr. Kumar untuk membayar sebarang kos dalam kes ini.

Walaupun proses pemeriksaan kehakiman tidak dapat dilakukan ke atas kes peruntukan, tetapi ini tidak bermakna usaha menuntut keadilan untuk rakyat semua kawasan parlimen telah gagal. Semasa mengkomen tentang keputusan Mahkamah Persekutuan, Dr. Kumar berkata, “tindakan kami yang memfailkan kes di mahkamah itu sendiri telah pun mendedahkan kepada orang ramai tentang dasar diskriminasi lagi penakut yang diamalkan oleh kerajaan UMNO-BN untuk lebih 30 tahun

ini. Setiap orang ahli parlimen BN mendapat RM 1 juta untuk digunapakai tetapi ahli parlimen pembangkang tidak mendapat satu sen pun. Perkara ini tidak diketahui ramai sebelum ini. Selepas kami membawa kes ini ke mahkamah, semakin ramai orang awam sedar bahawa betapa kurangnya keyakinan rejim BN sehingga menggunakan dasar pengagihan peruntukan yang berpilihkasih untuk memastikan ahli parlimen mereka boleh telah meraih sokongan pengundi.”

Dr. Kumar juga berpandangan bahawa selain mendedahkan kepincangan pemerintahan BN, kes peruntukan ini juga telah mewujudkan satu persetujuan dalam Pakatan Rakyat dan penyokongnya bahawa Pakatan Rakyat tidak patut berbuat perkara yang sama apabila menang kuasa di peringkat persekutuan. Ramai ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat telah menyokong tuntutan bahawa sekiranya Pakatan memerintah, dana untuk kawasan parlimen patut diagihkan secara adil dan telus kepada semua ahli parlimen sama ada beliau berpihak pada parti pemerintah ataupun parti pembangkang. Semua peruntukan perlu diuruskan secara telus dan semua ahli parlimen perlu mengumunkan secara terbuka bagaimana wang peruntukan tersebut digunakan setiap tahun.

Dr. Kumar menegaskan bahawa semakin ramai rakyat telah sedar tentang kepincangan yang dilakukan oleh UMNO-BN, dan rakyat akan terus memperjuangkan satu sistem pentadbiran yang bertanggungjawab. PSM juga merakamkan penghargaan kepada semua peguam yang membantu dalam kes ini, media yang menyebarkan tentang isu ini, dan juga ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang telah memberi sokongan mereka.

Manifesto Pekerja PRU-13:Agenda Utama Pekerja Dalam Tahun Pilihanraya

Menjelang PRU13, Jaringan Pekerja Malaysia (JPM) yang terdiri daripada kesatuan-kesatuan sekerja dan NGO telah berjaya melancarkan Manifesto Pekerja pada 6 Januari yang lalu di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (KLSCAH).

Kali ini pekerja tidak mahu mendengar janji-janji kosong daripada ahli politik. Apa yang mereka harapkan semasa PRU-13 akan disampaikan kepada semua parti-parti politik dan calon-calon yang bertanding melalui manifesto pekerja yang dilancarkan pada hari tersebut.

Lebih kurang 300 pekerja hadir dalam pelancaran Manifesto Pekerja ini. Antara wakil-wakil parti politik yang hadir untuk menerima manifesto ialah Dr. Nasir Hashim, Pengerusi Parti Sosialis

Malaysia (PSM), Dr.Rohana Ariffin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan YB Sivanesan, daripada Biro Pekerja Parti Tindakan Demokratik (DAP).

5 tuntutan utama dalam Manifesto Pekerja: 1. Jaminan Gaji Minima RM 1,500 (Gaji Pokok) 2. Jaminan Pengiktirafan Hak-hak Asasi Pekerja3. Jaminan Perlindungan Sekuriti Sosial 4. Jaminan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja 5. Jaminan Kebajikan dan Kesejahteraan Pekerja

Dalam pelancaran ini, satu forum untuk mengulas manifesto ini juga diadakan. Aktivis yang berpengalaman seperti Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Karuna selaku Timbalan Setiausaha Kesatuan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), Azahar daripada Kesatuan Elektronik Semenanjung dan

Wilayah Barat, dan juga Sivananthan daripada MTUC. Sesi ini dipengerusikan oleh Parames, Penyelaras Nasional JERIT.

Pelancaran Manifesto Pekerja ini tepat pada masanya dan juga pekerja yang menjadi majoriti pengundi berhak meletakkan tuntutan mereka untuk menentang kekuasan 1% kapitalis. Jaringan Pekerja Malaysia juga akan terus berkempen supaya manifesto pekerja mendapat perhatian serius daripada calon-calon yang akan bertanding nanti.

Hidup perjuangan kaum pekerja!

(oleh: Sivaranjani)

Page 6: Sosialis (Feb Mac 2013)

6 NASIONAL Feb-Mac 2013

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT BERJAYA MEMECAHKAN MITOS PEMERINTAH

Untuk sekian lama, rakyat diingatkan bahawa setiap perhimpunan jalanan akan menjadi huru-hara, peniaga akan rugi besar, harta benda akan dirosakkan dan negara akan jadi kucar-kacir. Rakyat juga diingatkan bahawa tanpa kehadiran polis keadaan akan menjadi tidak terkawal dan ketenteraman awam akan terjejas. Untuk sekian lama juga, kita sebagai aktivis dan penganjur program perhimpunan sering berkata bahawa jika polis tidak campurtangan atau bertindak ganas, keadaan pastinya aman dan tenteram.

Hari ini mitos polis ini terbukti palsu. Inilah kejayaan paling besar bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (singkatan, KL112 atau HKR112) pada pandangan saya. Tanpa sebarang provokasi dar ipada pol is dan dengan membenarkan lokasi penganjur diterima, maka tidak ada sebarang insiden buruk berlaku. Jualan para peniaga cukup laris. Tiada orang yang cedera atau maut. Suasana cukup meriah seperti satu karnival. Kanak-kanak yang hadir cukup gembira dan selesa.

Maka terkuburkan mitos polis dan dengan perhimpunan bersejarah ini terbukti teori bahawa tanpa keganasan polis, maka ketenteraman awam terjamin. Perhimpunan kali ini harus dijadikan kayu ukuran untuk perhimpunan-perhimpunan yang bakal diadakan.

Ramai orang yang hadir dalam perhimpunan kali ini adalah anak muda Melayu. Ia berbeza dengan perhimpunan BERSIH 3, di mana ramai yang hadir adalah anak muda Cina. Bagi saya mood orang yang hadir adalah ABU dan bukan semestinya PR. Ramai yang hadir begitu benggang dengan UMNO-BN. Mereka ini adalah ABU – Asalkan bukan UMNO-BN. Ramai anak muda juga balik sebelum ucapan kepimpinan politik. Apabila ditegur, mereka memberitahu bahawa mereka hadir kerana suka perhimpunan dan bukan suka sangat hendak dengar ceramah.

Angka peserta himpunan ini jauh lebih rendah daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini. Memang saya tahu itu adalah satu jumlah yang tidak logik dan mungkin sengaja diletakkan oleh pihak penganjur untuk menarik perhatian. Namun demikian, jumlah yang cuba dipaparkan oleh TV3 dan akhbar pro-UMNO-BN begitu lucu apabila mereka berkata jumlah yang hadir hanya sekitar 40 ribu. Angka independen yang dikeluarkan oleh Penyelidik bebas adalah sekitar seratus lima puluh ribu (150,000). Dengan teknologi dan gambar , ternyata rakyat yang hadir akan lebih marah apabila ketahui bahawa jumlah yang dianggarkan oleh akhbar pro-pemerintah dan polis jauh lebih rendah dari realiti.

Penganjur kali ini adalah Pakatan Rakyat (PR) b e r s a m a b e b e r a p a pertubuhan NGO yang kebanyakanya boleh d i k a t a k a n p r o -pembangkang. Beberapa gabungan yang turut serta mengetengahkan isu seperti FELDA, royalti minyak, tuntutan BERSIH d a n s e b a g a i n y a . Perhimpunan PR ini boleh d i k a t a k a n k u r a n g daripada Perhimpunan BERSIH 3 di mana angka dikatakan mencecah 200,000 hingga 250,000 orang. Ini sekali lagi menguatkan hujah saya

bahawa mood rakyat adalah ABU di mana mereka mahu tukar kerajaan asalkan bukan UMNO-BN.

Selain daripada itu, tujuan penganjur memilih Stadium Merdeka dan bukannya Stadium Bukit Jalil atau Amcorp Mall adalah amat bijak sekali. Stadium Merdeka mempunyai nilai sejarah dan ini amat signifikan sekali. Saya masih ingat bagaimana semasa BERSIH 2.0, pemerintah bertungkus-lumus memastikan rakyat tidak boleh memasuki Stadium Merdeka. Dawai berduri mengelilingi Stadium. Namun pada HKR nampaknya Pemerintah sudah mengaku kalah dan rakyat pula yang menang.

Ramai pemerhati akhbar dan aktivis NGO memuji ucapan Dr. Jeyakumar. Walaupun ucapan Dr. Jeyakumar, Ahli JK Pusat PSM dan Ahli Parlimen julung PSM tidak sehebat seperti beberapa penceramah lain, namun ucapan beliau mendapat pujian pelbagai pihak. Mereka berkata ucapan beliau ada isi dan bukannya retorik sahaja.

Kandungan ucapan beliau adalah seperti: Hidup Hidup! Hidup rakyat!Hidup Hidup! Hidup Demokrasi! Kawan-kawan, kita kumpul di sini bukan kerana kita mahu kacau sesiapa ataupun nak menyusahkan sesiapa. Kita kumpul di sini kerana kita cintai negara kita. Kita berkumpul untuk wujudkan satu masyarakat yang adil. Kita kumpul untuk memohon satu pentadbiran yang bersih dan transparen. Yang tidak mengamalkan kronisme dan rasuah. Kita berkumpul untuk membantah satu sistem politik yang sering memakai isu perkauman untuk memisahkan orang awam supaya 1% yang terkaya itu dapat mengaut sebahagian besar daripada kekayaan negara ini. Dan kawan-kawan, saya yakin dengan sokongan anda semua kita dapat berjaya dalam tuntutan kita untuk mewujudkan satu negara yang lebih baik dan adil. Tetapi untuk membawa perubahan ini kita mesti melakukan 3 perkara - 1. dalam 2 bulan yang akan datang, kita mesti ambil masa untuk membawa mesej perubahan kepada semua ahli keluarga kita dan juga pada kawan-

kawan kita. Bolehkah? 2. Bila hari undi sampai, kita mesti pastikan semua ahli keluarga dan kawan-kawan kami keluar mengundi. Kerana BN akan mencuba menipu. Kita boleh kurangkan kesan negatif penipuannya jika kita keluar mengundi beramai-ramai.. Bolehkah kita melakukan ini? Yang ketiga, dan ini penting sekali, selepas kita tawan Putrajaya dan menubuhkan kerajaan baru, kita, rakyat biasa harus meneruskan penglibatan kita dalam proses politik dan pentadbiran. Kuasa boleh merosakkan pemimpin kita. Ada pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi - Power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Kuasa yang tidak dihadkan oleh proses demokratik boleh meracuni kepimpinan kita. Hanya dengan pemantauan dan teguran daripada rakyat jelata, kerajaan baru boleh terus telus dan bersih. Antara perubahan yang kita harus bawa kepada budaya politik negara kita adalah meminta semua calon yang ingin jadi ADUN atau Wakil Rakyat untuk berjanji pada pengundi bahawa dia akan memakai posisi dan kuasanya hanya untuk kepentingan rakyat biasa dan bukan untuk menjadikan keluarganya kaya-raya. Kita tidak halang sesiapa yang mahu jadi kaya tetapi pergilah ke bisnes. Jangan jadi wakil rakyat yang mahu cari duit. Saya yakin kita bersama-sama boleh membawa perubahan dan membina satu negara yang adil. Kami di PSM dan JERIT menyokong sepenuhnya konsep ABU - Asalkan bukan UMNO-BN, dan kami sedia bekerjasama dengan semua pihak yang setuju dengan konsep ABU untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putra Jaya. Marilah kita bersama-sama turun padang dan kerja kuat untuk membawa perubahan. Salam perjuangan!

Ada pihak membuat perhimpunan ini menjelang pilihanraya kerana merasakan bahawa dengan adanya momentum kebangkitan sebelum PRU, akan membolehkan rakyat menang PRU dengan keyakinan ini. Ada pihak pula mahukan perhimpunan susulan selepas BERSIH 3.0 dan disebabkan BERSIH tidak berhasrat membuat perhimpunan ini, maka mereka mengambil satu kesempatan untuk meredakan dahaga rakyat. Sebab ketiga yang saya rasa cukup penting adalah amaran kepada Pemerintah bahawa andaikata UMNO-BN menang PRU dengan tipu-muslihat, maka rakyat tidak akan menerima keputusan PRU ini dan akan menggunakan kuasa rakyat untuk membawa perubahan.

(oleh: S. Arutchelvan)

Page 7: Sosialis (Feb Mac 2013)

7 NASIONAL

(sambung dari m/s 4)

Soalan 8: Apakah pandangan Bawani berhubung dengan laporan polis Pn. Sharifah terhadap kumpulan mahas iswa yang d ika takan menceroboh pejabat Pn. Sharifah ?

Jawapan : Setiap individu mempunyai kebebasan untuk membuat aduan polis sekiranya mereka menghadapi ancaman daripada mana-mana pihak termasuk Pn Sharifah. Berhubung dengan isu laporan polis, saya diberi penjelasaan daripada kumpulan mahasiswa tersebut bahawa mereka tidak menceroboh pejabat Pn Sharifah kerana mereka hadir mengikut prosider dan mereka dilayan baik oleh kak i t angan d i Pe jaba t t e r sebu t . Wa lau bagaimanapun, saya menyerah kepada pihak polis untuk membuat siasatan selanjutnya.

Soalan 9: Pn. Sharifah berkata kalau versi video penuh forum tersebut ditunjukkan maka kebenaran akan diketahui?

Jawapan: Ia saya setuju 100%. Saya difahamkan video versi penuh ada dimuatnaik tetapi telah diedit. Saya berharap versi penuh tanpa diedit termasuk klip video yang ditunjukkan kepada mahasiswa

dimuatnaik supaya rakyat boleh membuat pertimbangan dan penilaian masing-masing.

Soalan 10:Adakah Bawani gembira dengan publisiti dan populariti yang diterima selama ini?

Jawapan: Sebenarnya saya dijadikan popular oleh media sosial baru. Saya sentiasa sedar bahawa populariti saya ini bukan kerana usaha peribadi atau agenda peribadi saya. Saya sentiasa cuba merendah diri dan telah mengatakan bahawa rakyat adalah wira sebenar. Saya tidak mengharapkan sebarang publisiti dan itu bukan motif perjuangan saya. Tetapi kami gembira melalui publisiti ini kami dapat berjumpa dengan pelbagai pihak yang saya tidak terfikir dapat berjumpa. Oleh itu Kami akan menggunakan publisiti ini untuk membawa suara mahsisawa bersama Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma(GMPP) untuk menuntut pendidikan percuma.

Soalan 11: Apakah rancangan masa depan Bawani ?

Jawapan: Saya telah mendapat pelbagai jemputan untuk berceramah dan melibatkan dalam pelbagai program mahasiswa. Saya cuba menghadiri seberapa banyak program yang boleh semasa cuti semester saya yang akan berakhir pada 16 Februari 2013. Selepas itu, saya akan

teruskan pelajaran saya dan perjuangan bersama rakyat.

Penjelasan lain oleh Bawani:

“Saya bukannya orang baru sebagai seorang aktivis. Sebelum ini pun saya telah banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja akar umbi yang melibatkan masyarakat terpinggir di Malaysia dan juga memperjuangkan isu pendidikan percuma. Saya juga pernah bekerja di Pejabat Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM). Saya juga adalah seorang aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan merupakan salah seorang pengasas Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP). Saya juga telah berkata bahawa saya berideologi Sosialis dan menyokong perjuangan PSM. Semua maklumat ini tidak pernah saya sembunyikan atau cuba memberi gambaran seolah-olah saya ini tiada latarbelakang aktivis.

Terima Kasih kepada semua yang menyokong saya. Hero sebenarnya adalah rakyat Malaysia yang telah mendesak supaya hak mahasiswa dihormati. Segala pujian harus diberikan kepada mereka dan bukannya saya.

Saya harap kita harus fokus kepada isu-isu rakyat yang lebih penting yang melanda negara kita. Mari kita sama-sama berjuang untuk PENDIDIKAN PERCUMA. ”

Feb-Mac 2013

Makna Sejarah Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan ini bergema di Stadium Merdeka pada 12 Januari yang lalu adalah satu detik sejarah yang baru di Malaysia. Tanggal 12 Jan 2013 merupakan satu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia yang dahagakan demokrasi dan pembaharuan.

12 Jan 2013 mencipta satu sejarah baru di Malaysia, kerana buat pertama kalinya selepas puluhan tahun, kita dapat melihat rakyat Malaysia berhimpun di satu tempat yang penuh dengan sejarah, iaitu Stadium Merdeka, dengan semangat perjuangan merdeka sejati. Setelah kian lama, dan puluhan cubaan rakyat berhimpun di Stadium Merdeka digagalkan, namun akhirnya kemenangan rakyat tercatit pada 12 Jan 2013.

Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Jan yang lau sebenarnya adalah untuk mengutarakan keluhan rakyat Marhaen daripada pelbagai lapisan yang sedang menderita. Tuntutan-tuntutan yang dibawa dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 menjurus kepada kesengsaraan rakyat dan mencerminkan hasrat untuk perubahan sosial. Tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 termasuk:

- Menuntut Pilihan Raya yang Adil & Bersih - Bebaskan Tahanan ISA- Martabatkan Bahasa Ibunda- Menuntut Pendidikan Percuma- Selamatkan Kampung Warisan & Tradisi- Selamatkan Alam Sekitar- Pulangkan Royalti Minyak Kelantan- Selamatkan Felda .

Kenapa Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 penting?

Memang benar, ada segelintir rakyat merasakan Himpunan ini adalah sia-sia sahaja. Namun, lain pula isi hati rakyat yang menghadiri Himpunan ini.

Bagi saya, Himpunan ini adalah amat penting pada saat ini ketika Malaysia yang kini akan menghadapi satu PRU yang amat genting. Pada ketika ini, Malaysia berada di persimpangan jalan. Kita telah 'dijajah' oleh satu rejim yang rakus kuasa selama 55 tahun.

Rakyat Malaysia kita belum pernah merasai satu pertukaran sistem/kuasa/pemerintahan dalam pentadbiran pusat. Sebelum Barisan Nasional, kita diperintah oleh Perikatan. Namun tampuk kepimpinannya adalah sama dengan sistem yang sedia ada. Selama tahun-tahun ini, rakyat terus ditindas dengan pelbagai isu dan suara rakyat amat jarang didengari walaupun Najib telah melancarkan slogan 1Malaysia yang mengatakan 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'. Persoalannya, rakyat mana yang didahulukan? Pencapaian apa diutamakan? Jika benar suara rakyat didengari, persoalan pertama rakyat adalah kenapa masih ada Tahanan ISA di Kem Kamunting, walhal ISA sudah dimansuhkan pada 15 September 2011. 23 orang masih dikurung. Jika benar suara rakyat

didengari, kenapakah Kilang Lynas dibenarkan beroperasi walaupun rakyat menolaknya. Slogan 1Malaysia harus ditukarkan kepada 'rakyat dibelakangi, kroni diutamakan'.

Oleh itu, Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah penting kerana rakyat sebenarnya sudah muak dengan pentadbiran UMNO-BN yang dilihat tidak langsung pedulikan suara/tangisan rakyat. Dan jelasnya sekali semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat, rakyat telah berhimpun dan sama-sama berikar untuk memulihkan negara kita yang dilihat makin hari makin bergoyah. Oleh itu, rakyat telah bersatu untuk menyampaikan hasrat mereka bahawa mereka tidak lagi mempercayai pucuk pimpinan negara yang sedia ada dan mahukan perubahan.

Najib menipu lagi!!!

Seperti biasa, Najib tidak mahu mengaku kalah. Inilah sifat orang yang sudah hilang arah kepimpinan. Setelah tamatnya Himpunan Kebangkitan Rakyat, Najib mengatakan bahawa Himpunan ini sebenarnya telah menunjukkan bahawa BN telah berjaya melakukan tranformasi kerana membenarkan rakyat berkumpul secara aman untuk meluahkan perasaan mereka terhadap kerajaan. Najib juga menyatakan bahawa Akta Perhimpunan Aman 2011 merupakan satu pencapaikan yang mengagumkan untuk UMNO-BN. Semua orang yang sedar tahu bahawa “perubahan” yang berlaku beberapa kebelakangan ini adalah hasil perjuangan rakyat dan UMNO-BN terpaksa melakukan helah yang dikatakan “transformasi” untuk menyelamatkan kuasa pemerintahannya.

Pesta Demokrasi yang sebenarnya

Anggaran kehadiran #KL112 oleh penganjur adalah sekitar 500 ribu orang. Pada masa sama,berita-berita sosial pula menganggarkan kehadiran peserta adalah lebih kurang 100 ribu orang. Namun, bagi saya, jumlah kehadiran bukan satu isu kerana kita sebenarnya telah menunjukkan kepada dunia luar bahawa rakyat Malaysia dapat bersatu hati tanpa mengira kaum,umur dan jantina demi menuntut satu kemerdekaan rakyat yang baru.

Pelbagai NGO dan individu hadir memberi sokongan dan ucapan. Juga tidak ketinggalan memberikan ucapan ringkas pada hari tersebut adalah Saudari Tijah yang mewakili kaum orang Asal Secara keseluruhan, sebanyak 21 NGO telah berucap dan 3 Pimpinan utama Pakatan Rakyat menyampaikan amanat mereka kepada rakyat. Perhimpunan sejarah ini juga telah menampilkan wakil orang kurang upaya (OKU) untuk beliau menceritakan tentang keluhan warga istimewa ini yang dilihat langsung tidak dipedulikan oleh rejim yang rakus.

Kemenangan Rakyat pusingan pertama sebelum PRU13 dan amaran terakhir untuk REJIM PENGUASA!!

Memang tidak boleh dinafikan bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah satu kemenangan rakyat untuk pusingan pertama. Ini adalah kerana, hasil daripada perjuangan rakyat sekian lama, akhirnya BN

.

kalah dan membenarkan rakyat memasuki tempat di mana kedengaran laungan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957. Pakatan Rakyat sebenarnya harus berterima kasih kepada rakyat secara amnya dan bukannya kepada sang penguasa kerana dapat mengadakan Himpunan ini di Stadium Merdeka.

Malah bukan hanya sekadar itu sahaja, adalah jelas menunjukkan bahawa rakyat yang hadir ini adalah yang berhemah dan cintakan keamanan. Tiada sebarang provokasi atau kejadian yang tidak diingini berlaku. Kesemua yang hadir telah menunjukkan satu teladan yang matang dan dedikasi perjuangan yang tinggi kerana segala perarakan dari titik berkumpul (gathering point) telah berjalan dengan lancar sehingga tiba di stadium dan juga telah bersurai secara aman.

Pada masa yang sama, ini sebenarnya adalah amaran terakhir rakyat kepada UMNO-BN. Dengan Daftar Pemilih yang amat kotor, PRU-13 bakal dianggap sebagai pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah. Dan jika sang penguasa yang gila kuasa ini melakukan penipuan demi menjamin kuasa dan kemenangan di tangan mereka, maka rakyat telah berjanji untuk turun ke jalanraya demi menuntut satu perubahan yang sewajarnya. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan tipu helah rejim yang dilihat semakin hari, semakin kuat mengsonglap duit rakyat demi kepentingan peribadi.

PDRM sudah berubah?

Buat kali pertamanya di Malaysia, PDRM mengizinkan rakyat untuk berhimpun demi meluahkan tuntutan mereka. Ini adalah sebenarnya satu tamparan hebat kepada segelintir pemimpin UMNO-BN. Ini adalah kerana sebelum berlangsungnya Himpunan #KL112, ramai pemimpin BN menyeru PDRM di laman sosial supaya tidak membenarkan Himpunan ini. Namun, segala permintaan mereka ini telah mentempelak muka mereka sendiri. Sebaliknya, ketika perjumpaan delegasi Himpunan Kebangkitan Rakyat disambut mesra oleh PDRM. Pihak PDRM telah bersetuju untuk memberi perkhidmatan keselamatan yang sepenuhnya kepada penganjur Himpunan #KL112. Dan sememangnya, ini adalah salah satu signal bahawa PDRM juga telah sebenarnya telah bersedia untuk menghadapi perubahan dalam pucuk pimpinan pentadbiran kerajaan. Ini sememangnya benar kerana di Serbia dahulu,rakyat mula merasai kemenangan mereka apabila pihak keselamatan mula bekerjasama dengan rakyat yang bangkit menuntuk perubahan. Tahniah PDRM atas tugas yang professional ini dan memberikan keselamatan yang sepenuhnya sepanjang himpunan ini.

Akhir kata,SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada seluruh warga Malaysia yang berani dan cintakan negara in yang turun demi memperjuangankan kebenaran pada 12 Jan 2013. Jelas hari ini, demo telah menjadi budaya rakyat Malaysia. Dan budaya ini harus dikekalkan walaupun Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada kelak hari.

KUASA RAKYAT, KUASA PERUBAHAN!SIAPA TIPU, KITA LAWAN!

(oleh: Mandeep Singh Karpall Singh)

Page 8: Sosialis (Feb Mac 2013)

8 PILIHANRAYA

Sokongan Solidariti KepadaAktivis Buruh Thailand, Somyot

Feb-Mac 2013

Wawancara Bersama Dr Jeyakumar

BS: Apakah perasaan doktor pada takat ini, hampir genap 5 tahun selepas memenangi kerusi Parlimen Sg Siput? Kumar: Pada 8 Mac 2008, saya terasa amat bertuah kerana memenangi kerusi parlimen ini. Ini adalah kali pertama selepas 40 tahun seorang ahli politik sosialis berjaya menang kerusi parlimen di Malaysia. Sekarang, pada penghujung penggal parlimen ke-12, saya rasa puas hati dengan kerja-kerja yang saya dapat lakukan sebagai ahli parlimen. BS: Apakah perkara-perkara yang doktor dapat laksanakan dalam 5 tahun yang lalu? Kumar: Satu perkara, yang saya dan Dr Nasir Hashim dapat laksanakan ia-lah Laporan Prestasi Tahunan yang kami bentang secara umum setiap bulan Mac sejak tahun 2009. Satu upacara dalam pembentangan laporan ini adalah upacara Deklarasi Harta. Tiap tahun, saya, Dr Nasir dan juga ahli-ahli majlis PSM, iaitu Sivarajan, Arutchelvam dan Pannerselvam melaporkan senarai dan nilai harta kepunyaan kami. Ini adalah satu amalan baru di Malaysia dan telah mencabar parti-parti lain untuk turut berbuat demikian. Kumar: Satu lagi yang saya dapat laksanakan ia-lah amalan memberi maklumbalas kepada pengundi-pengundi di Sg Siput. Tiap tahun saya telah mengeluarkan 2 koleksi ucapan-ucapan saya di parlimen – kumpulkan ucapan dan terbitkannya dalam bentuk buku kecil serta mengedarkannya secara percuma kepada rakyat Sg Siput. Kami juga menterjemahkan teks ucapan ini ke dalam bahasa tamil dan bahasa tionghua supaya pengundi saya dapat tahu apakah yang saya ucap di Parlimen atas nama mereka. Pengedaran buku-buku ucapan saya – saya telah mengeluarkan 10 edisi BM – membuka ruang untuk pengundi Sg Siput memberi maklumbalas kepada saya. Saya rasa ini memperdalamkan amalan demokrasi di negara kita. BS: Bolehkah doktor ceritakan hal titi gantung di Perje? Kumar: Pada tahun 2010, kami telah membina titi gantung itu di Kg Perje, Lasah. Penduduk di kampung itu memerlukannya, dan kami juga ingin

membuktikan p a d a masyarakat Orang As l i bahawa kami a d a l a h komitet untuk m e m b a n t u masyarakat OA ke rana m e r e k a m e r u p a k a n antara lapisan

yang terpinggir di Malaysia. Titi itu menelani kos sebanyak RM 80,000 dan merupakan satu beban yang begitu berat kerana selain daripada kosnya, pasukan PSM dan PAS terpaksa pergi buat kerja secara gotong-royong di situ lebih daripada 20 kali. BS: Apakah perasaan doktor terhadap kegagalan dalam Mahkamah Persekutuan pada 16/1/2013? Kumar: Saya tidak menganggap itu sebagai kegagalan. Walaupun kes saya terhadap Jabatan

Perdana Menteri tidak dibenarkan berlangsung oleh Mahkamah Persekutuan, isu pokoknya iaitu salahguna kuasa oleh pihak memerintah untuk hanya memberi dana kawasan sebanyak

RM 1 juta setahun kepada Ahli Parlimen BN sahaja telah dibongkar untuk pengetahuan umum. Ke lemahan s is tem kehak iman k i ta dan ketidakbebasan hakim-hakim tertinggi juga telah dibongkar. Tambahan pula, oleh kerana ke sini, pihak Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil pendirian bahawa dana kawasan ini akan diberikan kepada semua ahli parlimen jika PR dapat menawan Putrajaya. Oleh itu, saya rasa ini bukan satu kegagalan! BS: Bagaimanakah doktor dapat membantu pengundi di Sg Siput selain daripada suarakan masalah mereka di parlimen dan memberi mereka maklumbalas dalam bentuk buku-buku

kecil? Kumar: Pasukan PSM di Sungai Siput telah membantu petani dan penduduk lain yang menghadapi tekanan pengusiran daripada pemaju dan syarikat. Pasukan PSM telah membantu mereka untuk berkumpul dan melakukan bantahan. Kami telah memakai kuasa rakyat untuk mempertahankan hak peneroka bandar, penduduk ladang dan juga petani kecil. Aksi kami telah membantu lebih daripada 25 kelompok rakyat di Sg Siput dalam menegakkan kepentingan mereka. Dalam 5 tahun yang lalu, tiada kes pengusiran secara paksa. Penyelesaian dicapai melalui perundingan, dan selepas membayar pampasan atau memberi tanah gantian!

Kumar: Satu lagi bantuan konkrit yang dapat dihulurkan oleh pasukan PSM di Sg Siput adalah nasihat mengatasi masalah-masalah peribadi – sijil kelahiran, kerakyatan, PERKESO, pinjaman rumah, permohonan biasiswa, isu kesihatan dll. Pusat Servis kami di Sg Siput merupakan satu “one-stop centre” di mana rakyat boleh dapat nasihat dan juga bantuan mengisi borang, menulis surat, mencari peguam atau doktor. Sukarelawan PSM juga membawa orang yang bermasalah itu ke pejabat-pejabat kerajaan yang berkenaan. Tiap minggu kami mendapat antara 20 – 25 kes dan sebahagian besar daripada mereka ini dapat dibantu. BS: Apakah pencapaian terbesar doktor dalam 5 tahun yang lalu? Kumar: Pencapaian terbesar adalah untuk mengekalkan dan memperkasakan pasukan saya – 3 orang kakitangan yang bekerja dengan gaji yang jauh lebih rendah daripada apa yang mereka boleh dapat di sektor swasta, dan 20 orang lagi

sukarelawan yang kerja tanpa gaji. Semangat dan keikhlasan pasukan ini adalah kekuatan PSM di Sg Siput dan merupakan teras pada semua kerja-kerja yang saya dapat lakukan di sini.

BS: Apakah caranya doktor dapat membina pasukan PSM ini? Kumar: PSM tidak ada banyak ahli, tetapi yang jadi ahli adalah individu-individu yang ingin berjuang untuk hak orang biasa. Apa yang saya lakukan adalah dua perkara – 1. Saya terus hidup sederhana. Saya elak daripada diumpan oleh elaun dan pinjaman parlimen untuk hidup lebih mewah. Dan 2. Saya membuka ruang untuk semua ahli , kakitangan dan sukarelawan untuk memberi pandangan dan menentukan program kita. Oleh kerana itu, program PSM jadi “ciptaan” dan “milikan” semua ahli pasukan. BS: Bukankah penahanan di bawah EO pada Julai 2011 pencapaian yang terbesar? Kumar: Memang itu satu peristiwa yang menjadikan saya dan 5 orang kawan saya “terkenal” untuk jangkamasa satu bulan! Tetapi itu bukan “pencapaian” kami. Ini bukan kami yang rancang. Kami terbabit dalam komplot polis untuk memburukkan nama Bersih supaya mereka dapat menggagalkannya. Ahli PSM yang tidak ditangkap, yang berani melawan untuk melepaskan kami – mereka adalah hero dalam peristiwa itu! – kerana mereka ada pilihan untuk undur dan berdiam supaya menyelamatkan diri, tetapi mereka pilih melawan secara terbuka sehingga kami 6 orang dibebaskan! BS: Apakah jangkaan doktor terhadap kerusi Sg Siput di PRU 13? Kumar: Susah untuk meramalkan. Pengundi Sg Siput sudah biasa dengan seorang pemimpin politik bersifat Jamindar – berkuasa, kaya, telinga nipis, bergaya dan dominating. Beliau diganti oleh ahli parlimen PSM yang percaya bahawa wakil rakyat adalah seorang rakan pada rakyat biasa – yang hidup sederhana, yang turun ke akar umbi untuk mendengar pandangan mereka dan membina kuasa rakyat. Jadi, kami telah membawa satu perubahan yang b e s a r . A d a k a h pengundi Sg Siput menerima style baru ini?

Saya rasa pengundi kita sudah jadi lebih b i jak dan leb ih matang. Ada lah h a r a p a n k a m i m e r e k a a k a n m e n y o k o n g pendekatan PSM ini.

(BS: Berita Sosialis; Kumar: Dr. Jeyakumar Devaraj - Ahli Parlimen Sungai Siput, AJK Pusat PSM)

Page 9: Sosialis (Feb Mac 2013)

9 PILIHANRAYA Feb-Mac 2013

ADUN SOSIALIS SENTIASA BERSAMA RAKYAT...Sepintas lalu aktiviti Dr. Nasir Hashim, ADUN PSM Kota Damansara untuk setahun yang lepas.

Pejabat ADUN memantau Masalah Jalan Atmosfera

Pembeli tolak rumah PPR Lembah Subang 2

Program Santai bersama pelajar Tuisyen Rakyat

Penduduk Subang Ehsan merana kerana Banjir LumpurTurun padang beri penerangan kepada rakyat

Desak Sime Darby selesaikan isu perumahan pekerja Ladang Subang

“Kita perlu berusaha memulihkan minda rakyat supaya tidak berpaut ketat pada pemimpin tertentu. Sekiranya kita tidak wujudkan amalan tegur-menegur sesama sendiri, maka lambat-laun pemimpin yang disanjung tinggi itu akan menjadi diktator dan tindakannya itu akan mengorbankan kepentingan rakyat.” – petikan daripada ucapan Dr. Nasir Hashim semasa Kongres PSM ke-14, Jun 2012.

Page 10: Sosialis (Feb Mac 2013)

10 ANTARABANGSA Feb-Mac 2013

2 Tahun Selepas Revolusi MesirKe Mana Tujunya Arab Spring?

Pada 25 Januari 2011, rakyat Mesir turun ke jalanraya di bandar-bandar seluruh negara demi menuntut demokrasi dan keadilan sosial. Aksi demontrasi pada 25 Januari 2011 dipanggil oleh pembangkang Mesir berikutan kebangkitan rakyat di Tunisia yang menjatuhkan rejim diktator Ben Ali pada 14 Januari 2011. Gerakan Anak Muda 6 April yang ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada mogok pekerja di Mahalla pada tahun 2008, merupakan salah satu organisasi yang aktif menyokong demonstrasi 25 Jan dengan mengedar sebanyak 20 000 helai risalah. Seoang gadis muda Asmaa Mahfouz telah menyeru orang ramai supaya menjatuhkan rejim Mubarak dalam satu klip video yang tersebar luas di ruang siber. Ternyata 25 Januari 2011 menjadi satu hari yang begitu bermakna kepada rakyat Mesir apabila tercetusnya satu revolusi yang hebat. Selepas 18 hari yang menggegarkan dunia, kebangkitan rakyat Mesir telah menjatuhkan rejim Mubarak yang zalim.

Selepas dua tahun, pada 25 Januari tahun ini, jalanraya di bandar-bandar utama Mesir masih dipenuhi dengan rakyat yang berdemonstrasi. Walaupun rejim Mubarak sudah jatuh, pihak tentera juga menyerahkan kuasa kepada kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya umum, tetapi rakyat Mesir yang inginkan perubahan secara total telah meneruskan perjuangan mereka di jalanan.

Ramai orang telah turun berdemonstrasi bersempena ulangtahun kedua Revolusi Mesir, dengan hasrat menentang pemerintahan yang dipimpin oleh Mohamed Morsi dan Muslim Brotherhood. Mereka yang turun ke jalanraya juga menentang keganasan polis. Pertempuran sengit telah tercetus apabila pihak polis bertindak ganas ke atas penunjuk perasaan. Ramai orang yang terkorban. Presiden Morsi mengumumkan darurat di 3 buah Bandar.

Konflik masyarakat di Mesir telah berlarutan dan negara yang telah mengalami satu revolusi yang menggegar dunia dua tahun yang lepas sekarang ini masih berada dalam keadaan seperti sebuah gunung merapi yang akan meletup bila-bila masa.

Kejatuhan Mubarak tidak bermaknanya satu sistem pemerintahan yang memeras dan menindas rakyat itu telah berakhir. Memang Mubarak telah ditahan, rejimnya dikuburkan, parti pemerintah pimpinannya dibubarkan dan polis rahsia juga dibubarkan, namun sistem pemerintahan elit golongan kaya masih berkuasa lagi. Morsi yang mengambilalih pucuk pimpinan negara Mesir telah mengundang pelbagai ketidakpercayaan khususnya golongan yang melibatkan diri dalam proses revolusi dua tahun yang lepas kerana kerajaannya gagal menunjukkan kesungguhan untuk melakukan perubahan sosial yang sebenar.

Faktor utama berlakunya revolusi Mesir dua tahun yang lepas adalah masalah pengangguran dan kemiskinan yang disebabkan oleh dasar liberalisasi ekonomi yang mengkayakan golongan kaya dengan cara memisk inkan mereka yang misk in .

Pemerintahan kuku besi M u b a r a k u n t u k m e n g e k a l k a n s i s t e m pemerasan ini turut dibenci dan menjadi batu api kebangkitan rakyat.

Masa lah pokok yang menyebabkan kebangkitan rakyat Mesir pada tahun 2011 masih belum lagi ditangani selepas dua tahun. Ekonomi Mesir telah m e n g a l a m i k r i s i s m e n d a l a m , d i m a n a matawang Mesir terus susut n i la inya, harga barangan impor t dan makanan asas meningkat s e c a r a m e n d a d a k (m isa lnya ha rga ro t i meningkat sebanyak 20%,

harga pisang melonjak 100% dan sebagainya). Mesir merupakan pengimport gandum yang terbesar di dunia, tetapi harga gandum di seluruh dunia telah meningkat sebanyak 35% pada tahun yang lepas. Rakyat Mesir telah menjadi mangsa kepada krisis kapitalisme sedunia.

Kerajaan Mesir terpaksa berunding dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan pinjaman sejumlah USD 4.8 bilion, dan juga “bantuan” sebanyak USD 6.4 bilion daripada Amerika Syarikat dan EU, tetapi dengan syarat kerajaan perlu kurangkan subsidi makanan asas, bahan api dan gas dapur. Kerajaan juga cuba melaksanakan cukai jualan baru yang akan memburukkan kadar inflasi yang telah mencecah 10% pada takat ini. Tambahan pula, pengurangan kakitangan kerajaan juga akan meningkatkan kadar pengangguran yang telah mencecah 12%. Yang jelas sekali, revolusi Mesir tidak akan menjurus ke mana-mana

jikalau kerajaan Mesir masih cuba berjinak dengan sistem kapitalis global.

Walaupun wujudnya pelbagai halangan dan cabaran, gerakan revolusi di Mesir tidak akan dipatahkan dengan begitu mudah. Pengalaman perjuangan dalam menjatuhkan satu rejim yang zalim sebenarnya telah memberangsangkan ramai rakyat bawahan khususnya anak-anak muda yang inginkan perubahan total. Oleh sebab keadaan kehidupan yang masih belum diperbaiki, ramai golongan pekerja dan rakyat miskin telah melakukan aksi perjuangan seperti mogok, pendudukan kilang dan sebagainya.

Revolusi Mesir merupakan sebahagian penting gelombang Arab Spring yang melanda dunia Arab sejak tahun 2011. Selain peranan politik dan ekonomi penting yang dimainkan oleh Mesir, kuasa rakyat yang dipamerkan dalam revolusi Mesir itu amat mengerunkan mana-mana pemerintah. Kuasa-kuasa barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat begitu takut sekali kepentingan kapitalis global akan dikuburkan oleh kebangkitan kuasa rakyat di Mesir, sehingga mencari apa jua kesempatan untuk campurtangan dan memastikan gelombang Arab Spring tidak menjadi luar kawalannya. Bagi semua rejim yang korup dan zalim, Revolusi Mesir adalah satu amaran yang begitu menakutkan.

Revolusi Mesir semestinya perlu diteruskan demi membawa perubahan yang sebenar untuk menjamin kesejahteraan rakyat bawahan. Masalah pengangguran, kemiskinan, inflasi, ketidakadilan dan juga jurang pendapatan yang semakin meluas, tidak mungkin dapat diselesaikan di bawah kerangka sistem ekonomi kapitalis. Revolusi Mesir bukan sahaja sedang mencari jalan keluar untuk politik demokrasi, tetapi juga jalan keluar untuk satu sistem sosio-ekonomi yang alternatif. Semua ini hanya boleh dilakukan melalui gerakan rakyat dari bawah.

Somyot Pruksakasemsuk, seorang aktivis pekerja yang dikenali ramai di Negera Thai, telah di jatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun oleh Mahkamah Bangkok dalam keputusan perbicaraan yang diumumkan pada 23 Januari yang lalu.

Selepas satu proses perbicaraan y a n g p e n u h d e n g a n kepincangan, Somyot telah didapati “bersalah” dalam dua tuduhan lèse majesté (menghina raja) yang membawa hukuman penjara selama 5 tahun untuk setiap tuduhan, dan juga satu “kesalahan” di bawah akta percetakan yang membawa penjara 1 tahun.

Somyot telah ditahan oleh polis Thailand sejak 30 April 2011, atas tuduhan bahawa terdapat dua artikel dalam majalah yang dikarangnya yang mengandungi unsur “menghina” Raja Thai. Somyot ditahan di bawah Seksyen 112 undang-undang jenayah atas tuduhan lèse majesté. 5 hari sebelum Somyot ditahan, beliau telah melancarkan satu kempen mengutip petisyen yang menuntut Parlimen supaya menilai semula dan memansuhkan Sekyen 112 yang zalim. Seksyen 112 tersebut telah melanggari prinsip demokrasi dan hak asasi manusia.

Somyot meringkuh dalam penjara hanya semata-mata kerana beliau menuntut kebebasan untuk bersuara dan berpol i t ik. Keputusan mahkamah yang terus memenjarakan Somyot setelah direman untuk hampir 2

tahun , mencerminkan bahawa pihak pemerintah Negara Thai masih mengamalkan penindasan ke atas aktivis-aktivis yang berani mencabar kekuasan elit politik. Hukuman penjara ke atas Somyot merupakan satu titik hitam dan penghalang kepada proses demokrasi di Negara Thai.

Somyot merupakan seorang aktivis gerakan pekerja yang memang dikenali ramai. Beliau telah lama bergiat dalam aktiviti mengorganisasi kesatuan sekerja demokratik. Beliau merupakan Preseiden kepada Union of Democratic Labour Alliance, dan juga pemimpin kepada organisasi gerakan pro-demokrasi “Jun 24” yang ditubuhkan selepas rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 2006. Somyot telah menjadi pengarang untuk sebuah majalah yang membantah rampsasan kuasa tentera, iaitu “Voice of Taksin” pada tahun 2007, dan majalah tersebut kemudiannya telah bertukar nama kepada “Red Power”.

Somyot bukan satu-satunya mangsa undang-undang anti-demokratik di Thailand. Pihak pemerintah Negara Thai sering menggunakan undang-undang lèse majesté untuk mematahkan kritikan ke atas pemerintahan yang anti-demokrasi. Walaupun Parti Phue Thai yang disokong oleh gerakan baju merah menang dalam pilihanraya tahun 2011, puak konservatif dan pihak tentera masih mempunyai pengaruh yang hebat dalam sistem pemerintahan. “Lèse majesté” masih dijadikan satu senjata pihak pemerintah untuk memadamkan sebarang suara yang mencabar kekuasaan elit pemerintah.

Seorang tahanan politik pun sudah cukup ramai. Selagi ada orang ditahan secara politik, maknanya sesebuah negara itu masih belum bebas daripada belenggu kezaliman yang mengancam demokrasi. Gerakan masyarakat di Negara Thai dan antarabangsa telah bertekad untuk terus memperjuangan pembebasan Somyot dan tahanan politik yang lain.

Aktivis Buruh Thailand Dihukum Penjara 11 Tahun

Page 11: Sosialis (Feb Mac 2013)

11 ANALISA Feb-Mac 2013

Pengangkutan Awam di Malaysia:

Keutamaan yang tidak betulSistem pengangkutan awam di Malaysia berada dalam keadaan yang teruk. Ianya mahal, tidak efisien, punca kepada pencemaran udara, jalanraya yang sesak, kenderaan yang tidak mesra OKU dan warga emas serta macam-macam lagi.

Jumlah kereta baru yang dijual pada tahun 2011 sahaja adalah 600,123 buah. Ini adalah satu angka yang amat tinggi bagi sebuah negara sedang membangun walaupun ianya tidak setinggi Amerika Syarikat dan negara Eropah. Menurut Kementerian Pengangkutan, terdapat 21 juta kenderaan berdaftar di Malaysia.

Jumlah Kenderaan Berdaftar di Malaysia 2011Kategori KenderaanJumlah

Jumlah kenderaan terutamanya kereta dan motosikal didapati tinggi berbanding jumlah bas. Sudah tentu kebanyakan motosikal dan kereta adalah milik persendirian manakala bas adalah untuk tujuan pengangkutan awam tetapi jumlahnya paling sedikit. Ini bermakna pengangkutan awam memang tidak diberikan perhatian yang sewajarnya selama ini. Keadaan sebegini memang perlu diubah.

Apakah akibat penggunaan kereta/motosikal yang banyak?

Kereta perlukan petrol untuk bergerak. Jika kita andaikan terdapat sebanyak 9.88 juta kereta, van, jeep dan pick-up yang menggunakan purata RM100 sebulan. Ini bermakna RM 11.8 bilion digunakan setiap tahun untuk petrol. Manakala keseluruhan bajet Kerajaan negeri Pulau Pinang adalah RM 800 juta (0.8 bilion) sahaja.

Kedua, jumlah kereta baru pada tahun 2011 adalah 600,000. Katakan harga purata sebuah kereta adalah RM50,000. Ini bermakna sejumlah RM30 bilion telah dibelanjakan. Manakala harga purata sebuah bas adalah RM400,000. Jika kita

belanjakan RM30 bilion ke atas bas, kita boleh membeli 75,000 buah bas untuk kegunaan pengangkutan awam.

Di Malaysia juga, penggunaan kenderaan t e r u t a m a n y a k e r e t a m e r u p a k a n menyumbang utama kepada pembebasan karbon dioksida ke udara yang seterusnya menyumbang kepada pencemaran alam dan pemanasan global.

Masalah lain yang disebabkan oleh jumlah kereta yang banyak adalah kesesakan jalan raya dan ruang yang diperlukan untuk tempat letak kereta. Untuk mengatasi masalah kesesakan jalanraya, Kerajaan pula terpaksa membina lebuhraya termasuk lebuhraya bertingkat dan berterowong (smart tunnel). Ini juga terus membebankan rakyat yang terpaksa membayar tol yang tinggi.

Bas – Satu cara menyelesaikan masalah pengangkutan awam di Malaysia Sekiranya keutamaan diberikan kepada penggunaan bas, kita boleh mengurangkan banyak masalah.

1. Bas boleh menggunakan jalanraya yang

sedia ada. Kerajaan hanya perlu tambah

hentian bas dan melebarkan jalanraya.

Tidak perlulah membina lebuhraya

bertingkat di tengah-tengah bandaraya. Bas

juga boleh melalui kawasan taman

perumahan penduduk. Ini boleh jimatkan

kos. Negara seperti Brazil dan bandar besar

seperti Curitiba mempunyai rangkaian bas

yang amat baik.

2. Penggunaan bas yang t inggi dan

pengurangan kereta persendirian boleh

mengurangkan kesesakan jalanraya.

Kerajaan boleh melaksanakan kaedah zon

di mana kereta persendirian yang masuk ke

dalam bandaraya harus membayar tol atau

cukai.

3. Tambang bas adalah lebih murah

berbanding dengan pengunaan kereta. Kita

perlu bayar untuk petrol, tol, dan tempat letak

kereta. Negara juga tidak perlu berbelanja

tinggi untuk petrol.

4. M a s a l a h p e n c e m a r a n a l a m d a n

pembebasan karbon dioksida juga dapat

dikurangkan jka tidak banyak kereta di atas

jalan raya.

Bagi mencapai ini, pihak Kerajaan juga harus mengambil beberapa langkah seperti berikut:

1. P e n g u r u s a n s i s t e m

pengangkutan awam harus

dilakukan oleh pihak Kerajaan

sendiri dan bukannya pihak swasta

yang mementingkan keuntungan.

Ini akan memastikan tambang bas

tidak mahal dan bas juga akan

melalui laluan yang dikatakan

kurang 'menguntungkan'.

2. Pengurusan s is tem pengangku tan

hendaklah dibuat secara kolektif dan

b e r s a m a o l e h k e s a t u a n p e k e r j a

pengangkutan, wakil Majlis Tempatan (PBT)

dan orang awam tanpa melibatkan pihak

swasta.

3. Perlu ada rangkaian sistem pengangkutan

yang baik yang menghubungkan kawasan

perumahan, bandar dan antarabandar.

4. Elakkan pembaziran dalam sistem

pengangkutan yang mahal seperti MRT yang

kini dijangka menelan kos RM35 bilion.

Bukan sahaja angka ini mahal dan akan

meningkat, ia juga melibatkan pengambilan

tanah, perobohan tempat 'bersejarah',

pengunaan ruang yang banyak untuk

pembinaan stesen MRT dan tempat letak

kereta. Selain itu, harga tambang tren juga

adalah mahal berbanding bas dan ia juga

memerlukan sokongan seperti 'feeder bas'

dan teksi ke kawasan perumahan.

5. Kerajaan juga harus menyediakan

pengangkutan awam terumatanya bas yang

mesra OKU dan warga emas supaya

golongan ini juga boleh menggunakan bas

dengan mudah dan tanpa diskriminasi.

Ini adalah satu cara untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam yang lemah di Malaysia. Pihak Kerajaan harus melibatkan rakyat dalam membuat perancangan yang baik. Pihak Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang penting dalam memastikan pengangkutan awam yang efisien, murah dan diyakini oleh rakyat. Jangan biarkan pihak swasta dan kroni mengawal kemudahan asas ini demi keuntungan.

(Sumber: Dr. Jeyakumar Devaraj, Kertas Kerja - An Alternative Vision for Transport Malaysia, dibentangkan semasa Bengkel Pengangkutan Awam yang diadakan pada 3 Nov 2012)

Kategori Kenderaan Jumlah

Motosikal

9.84 juta

Kereta

8.49 juta

Lori

0.63 juta

Van

0.61 juta

Jeep

0.45 juta

Pick-up

0.33 juta

Bas

0.06 juta

Page 12: Sosialis (Feb Mac 2013)

PERJUANGAN RAKYAT12 Feb-Mac 2013

Sekitar HimpunanKebangkitan Rakyat #KL112