sosialis (feb mac 2014)

12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Feb-Mac 2014 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ Diari Jelajah PSM - Selangor & KL Diari Jelajah PSM - Perak Di Sebalik Lawak Jenaka Kangkung Kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang berbunyi “kangkung dulu naik, sekarang dah turun” menjadi bahan lawak jenaka dan tersebar luas di ruangan siber, adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tekanan hidup yang semakin hebat akibat daripada kenaikan kos kehidupan yang tidak habis- habisan. Sememangnya satu-satu cara rejim UMNO-BN mengelakkan diri daripada terus dibedil oleh kritikan rakyat ke atas kegagalannya menyelesaikan masalah penting rakyat, adalah terus memainkan politik perkauman. Rejim UMNO-BN telah mengapi-apikan sentimen perkauman dan mencetuskan ketegangan masyarakat berbilang kaum, dengan tujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu penting seperti beban kehidupan rakyat yang semakin bertambah akibat daripada dasar-dasar kerajaan UMNO-BN yang pro-korporat dan penyelewengan yang berterusan. Politikus UMNO-BN yang takut pada kebangkitan kuasa rakyat pernah dan akan menggunakan taktik politik perkauman untuk mengelirukan rakyat dan memecahbelahkan masyarakat. Mereka melakukan provokasi berbaur perkauman melalui organisasi-organisasi proksi yang ditaja oleh UMNO-BN. Oleh yang demikian, UMNO-BN akan terus menjadi penghalang dan ancaman utama kepada proses perkembangan demokrasi di Malaysia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia yang semakin terdedah kepada maklumat alternatif tidak lagi mudah terpedaya dengan muslihat dan manipulasi oleh politikus UMNO-BN. Selagi masalah asas rakyat tidak diselesaikan, rakyat yang sedar akan terus bangkit dan berjuang. DARI Kajang Move – Batu Loncatan ke Putrajaya? Kerusi DUN Kajang dikosongkan apabila ADUN yang dipilih semasa PRU-13, Lee Chin Cheh meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di situ. Tindakan pengosongan kerusi DUN dan pengwujudan pilihanraya kecil (PRK) di Kajang ini telah mengejutkan dan mengecewakan ramai orang, kerana ini dilihat sebagai satu tindakan yang terdesak oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyelesaikan kemelut politik dalaman parti tersebut di Selangor yang melibatkan Azmin Ali, Ketua PKR Selangor dan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Walaupun pimpinan PKR mengatakan ini adalah satu langkah yang terancang, yang digelarkan sebagai Kajang Move, yang merupakan satu usaha untuk membolehkan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam PRU-14, namun alasan yang diberikan masih tidak cukup lagi untuk menyakinkan rakyat. Persoalannya, adakah PRK Kajang akan elesaikan perbalahan dalaman PKR? Apakah perbezaan ketara ataupun dasar-dasar baru yang dibawa oleh kerajaan Selangor selepas Anwar dipilih menjadi ADUN Kajang, sebagai langkah konkrit untuk mewujudkan momentum yang membolehkan kemenangan di peringkat pusat semasa PRU-14? Banyak pihak yang cuba memujuk PSM untuk bertanding dalam PRK Kajang, namun selepas perbincangan secara demokratik dalam parti, PSM berputus untuk tidak mengambil bahagian dalam PRK Kajang. Walaupun PSM tidak bersetuju dengan cara mewujudkan PRK untuk menyelesaikan krisis dalaman sesuatu parti, tetapi PSM tidak berhasrat untuk memecahkan undi yang berkemungkinan memberikan kemenangan kepada BN. PSM bertekad untuk terus bekerjasama dengan semua pihak yang progresif dan membina kuasa rakyat secara bersama dalam usaha perjuangan rakyat menentang rejim UMNO-BN yang zalim lagi rakus. ## sekali gus meny KE

Upload: partisosialis

Post on 07-Apr-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Topik: PRK Kajang, Ops Pantau Gaji Minimum, Flat Taman Pertama, Jejajah PSM, Kapitalisme Global, Srikandi Siti Norkiah

TRANSCRIPT

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Feb-Mac 2014

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

Diari Jelajah PSM -Selangor & KL

Diari Jelajah PSM - Perak

Di Sebalik Lawak Jenaka KangkungKenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang berbunyi “kangkung dulu naik, sekarang dah turun” menjadi bahan lawak jenaka dan tersebar luas di ruangan siber, adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tekanan hidup yang semakin hebat akibat daripada kenaikan kos kehidupan yang tidak habis-habisan.

Sememangnya satu-satu cara rejim UMNO-BN mengelakkan diri daripada terus dibedil oleh kritikan rakyat ke atas kegagalannya menyelesaikan masalah penting rakyat, adalah terus memainkan politik perkauman. Rejim UMNO-BN telah mengapi-apikan sentimen perkauman dan mencetuskan ketegangan masyarakat berbilang kaum, dengan tujuan untuk mengalihkan perhatian

rakyat daripada isu-isu penting seperti beban kehidupan rakyat yang semakin bertambah akibat daripada dasar-dasar kerajaan UMNO-BN yang pro-korporat dan penyelewengan yang berterusan.

Politikus UMNO-BN yang takut pada kebangkitan kuasa rakyat pernah dan akan menggunakan taktik politik perkauman untuk mengelirukan rakyat dan memecahbelahkan masyarakat. Mereka melakukan provokasi berbaur perkauman melalui organisasi-organisasi proksi yang ditaja oleh UMNO-BN. Oleh yang demikian, UMNO-BN akan terus menjadi penghalang dan ancaman utama kepada proses perkembangan demokrasi di Malaysia.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia yang semakin terdedah kepada maklumat alternatif tidak lagi mudah terpedaya dengan muslihat dan manipulasi oleh politikus UMNO-BN. Selagi masalah asas rakyat tidak diselesaikan, rakyat yang sedar akan terus bangkit dan berjuang.

DARI

Kajang Move – Batu Loncatan ke Putrajaya?

Kerusi DUN Kajang dikosongkan apabila ADUN yang dipilih semasa PRU-13, Lee Chin Cheh meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di situ. Tindakan pengosongan kerusi DUN dan pengwujudan pilihanraya kecil (PRK) di Kajang ini telah mengejutkan dan mengecewakan ramai orang, kerana ini dilihat sebagai satu tindakan yang terdesak oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyelesaikan kemelut politik dalaman parti tersebut di Selangor yang melibatkan Azmin Ali, Ketua PKR Selangor dan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Walaupun pimpinan PKR mengatakan ini adalah satu langkah yang terancang, yang digelarkan sebagai Kajang Move, yang merupakan satu usaha untuk membolehkan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam PRU-14, namun alasan yang diberikan masih tidak cukup lagi untuk menyakinkan rakyat. Persoalannya, adakah PRK

Kajang akan elesaikan perbalahan dalaman PKR? Apakah perbezaan ketara ataupun dasar-dasar baru yang dibawa oleh kerajaan Selangor selepas Anwar dipilih menjadi ADUN Kajang, sebagai langkah konkrit untuk mewujudkan momentum yang membolehkan kemenangan di peringkat pusat semasa PRU-14?

Banyak pihak yang cuba memujuk PSM untuk bertanding dalam PRK Kajang, namun selepas perbincangan secara demokratik dalam parti, PSM berputus untuk tidak mengambil bahagian dalam PRK Kajang. Walaupun PSM tidak bersetuju dengan cara mewujudkan PRK untuk menyelesaikan krisis dalaman sesuatu parti, tetapi PSM tidak berhasrat untuk memecahkan undi yang berkemungkinan memberikan kemenangan kepada BN.

PSM bertekad untuk terus bekerjasama dengan semua pihak yang progresif dan membina kuasa rakyat secara bersama dalam usaha perjuangan rakyat

menentang rejim UMNO-BN yang zalim lagi rakus. ##

sekali gus meny

KE

Feb-Mac 2014PSM2

Dari Meja PengarangSenario politik di negara kita amat hangat baru-baru ini dengan pelbagai isu. Isu-isu rakyat seperti kenaikan harga telah menyebabkan rakyat semakin susah dan kemarahan sedang merebak. Rejim UMNO-BN yang takut pada kebangkitan rakyat terus menggunakan taktik politik perkauman untuk memecah-belahkan rakyat dan menimbulkan ketegangan masyarakat pasa masa yang genting ini. Isu agama dan perkauman terus dipermainkan dan dipergunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu penting.

Rungutan PM Najib Razak tentang rakyat asyik mempersalahkan kerajaan BN dan kenyataan kangkung itu telah mendapat reaksi hebat daripada rakyat biasa, di mana kenyataan tersebut telah dijadikan bahan ketawa dalam ruangan siber. Adanya sesetengah pihak pro-UMNO yang tidak selesa dengan sindiran orang ramai sebagai respon kepada kenyataan PM yang tidak memahami masalah sebenar rakyat itu, telah menggunakan perkauman sebagai senjata mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat. Untuk golongan pelampau politik perkauman yang menjadi barisan hadapan pertahanan rejim UMNO-BN ini, semua isu boleh dikaitkan dengan sentimen p e r k a u m a n . W a l a u bagaimanapun, rakyat Malaysia yang semakin matang dari segi politik akan dapat membezakan apakah isu yang sebenar dan apakah isu yang bertujuan u n t u k m e n g k a b u r k a n penglihatan rakyat.

PSM telah bertekad untuk terus mempertengahkan isu rakyat yang sebenar demi menangkis serangan politik

perkauman sempit dan juga memantapkan kesedaran politik rakyat. PSM telah memulakan kempen jelajah ke seluruh Malaysia baru-baru ini dengan destinasi pertamanya adalah negeri Perak diikuti dengan negeri Selangor. Anggota-anggota PSM menjelajah dari pekan ke pekan, dari bandar ke bandar, untuk memperkenalkan perjuangan yang dibawa oleh PSM dan juga isu-isu penting untuk rakyat biasa seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perjanjian perdagangan bebas TPPA yang menggadaikan kepentingan rakyat, isu kenaikan harga, masalah penswastaan perkhidmatan awam dan sebagainya.

Sambutan yang diterima oleh PSM semasa kempen jelajah amat memberangsangkan. Ramai orang berminat dengan idea-idea sosialis yang dibawa oleh PSM, yang berlunaskan demokrasi rakyat dari bawah dan ber tekad untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada segala bentuk penindasan.##

http://partisosialis.org/Untuk Sumbangan, sila buat cek atas nama:Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

http://partisosialis.org/[email protected]

PART DAN FRON3 Feb-Mac 2014

PSM TAK BERTANDING DI PRK KAJANG, TAPI…(Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Nasir Hashim, Pengerusi PSM, pada 12 Februari yang lalu berkenaan dengan pendirian yang diambil oleh PSM dalam isu pilihanraya kecil Kajang. )

Mesyuarat Pusat PSM yang diadakan pada 6 Februari 2014 di Sabak Bernam, Selangor telah mengambil keputusan seperti dibawah berkenaan dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang. Keputusan ini diambil setelah mendapat pandangan ahli, pandangan penyokong parti dan Cawangan PSM Kajang.

PSM juga sedar bahawa keputusan yang diambil mungkin tidak akan dipersetujui oleh semua pihak tetapi PSM merasakan ini adalah keputusan yang paling baik yang boleh diambil pada masa ini. PSM juga berterima kasih kepada pelbagai pihak dan kumpulan yang telah menyokong dan memberi pandangan kepada kami sepanjang debat sama ada PSM patut bertanding atau tidak. Keputusan di bawah adalah muktamad berdasarkan proses demokrasi dalam parti. Keputusan di bawah juga tidak didorong oleh perasaan emosi atau dendam terhadap mana-mana pihak.

1. PSM berpendapat bahawa alasan untuk mengadakan PRK ini diadakan adalah tidak munasabah. Kami berpendapat bahawa ia adalah satu pembaziran wang rakyat dan pandangan ini juga disetujui oleh Rafizi sendiri yang telah meminta maaf. Justeru, PSM tidak berhasrat bertanding dalam satu PRK yang kami sendiri tidak restui sebagai sesuatu yang patut diadakan di mana seorang ADUN telah meletak jawatan sewenang-wenangnya tanpa sebab. Jika andaikata, pihak UMNO-BN melakukan perkara yang sama, kami berpendapat kami termasuk semua di PR akan turut kutuk perbuatan tersebut kerana memang tidak berprinsip dan beretika.

2. PSM juga tidak berhasrat m e m e c a h k a n u n d i a t a u memberikan sebarang peluang kepada BN menang dalam PRK ini. Kekalahan pembangkang di Kota Damansara dan Semenyih harus menjadi satu pengajaran kepada semua pihak. Walaupun P S M t i d a k m e n y o k o n g keputusan PKR dalam alasan tidak kukuh untuk PRK Kajang ini dipanggil, tetapi pada masa yang sama, kami tidak akan sekali-kali menyokong atau menyeru rakyat menyokong BN yang merupakan punca utama kepada pelbagai masalah di negara kita termasuk masalah perkauman dan penindasan terhadap rakyat Malaysia.

3. Hak untuk keluar mengundi atau tidak keluar mengundi adalah hak mutlak rakyat Kajang dan PSM tidak berhasrat mengambil sebarang posisi dalam isu ini. PSM mungkin menggunakan peluang ini untuk terus berkempen tentang isu-isu yang kami rasa lebih penting untuk majoriti rakyat Malaysia seperti membantah cukai GST, membantah perjanjian TPPA, menuntut pendidikan percuma dan memperkasakan akta gaji Minima.

4. PSM juga tidak mahu terpesong dan akan fokus kepada Program Jelajah PSM Fasa Semenanjung Malaysia yang akan berakhir pada 23 Mac 2014. Tujuan utama Roadshow jelajah Semenanjung Malaysia ini adalah untuk mempertengahkan isu-isu pokok yang dihadapi oleh 99% rakyat negara ini dan juga

untuk menghindar rakyat terpesong kepada isu-isu perkauman dan agama yang cuba digunakan oleh pemerintah untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia.

5. Mengenai isu kerjasama dengan PR. PSM masih berpegang kepada Resolusi dalam Kongres PSM ke 15 pada Jun 2013 iaitu PSM sedia berdialog dengan PR atas dasar saling hormat-menghormati untuk melawan UMNO-BN. Pada masa yang sama PSM komited untuk membina Gabungan Kiri dengan parti, individu dan organisasi kiri untuk melawan polisi neo-liberal dan kapitalisma di dalam dan luar Negara.

PSM akan terus menjana kuasa rakyat untuk mencapai keadilan sosial dan ekonomi bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju dan saksama. Kami sedia berjuang bersama rakyat untuk mencapai matlamat murni ini. ##

Kempen SMS, Twitter, Facebook, Faks & Media OnlinePenduduk Cameron Highlands Tuntut Penyelesaian Isu Tanah, Rumah & Gerai

Jawatankuasa Tanah, Rumah & Gerai (JRTG) di bawah PSM Cawangan Cameron telah melancarkan Kempen SMS, TWITTER, FACEBOOK, FAKS & MEDIA ONLINE untuk mendesak Datuk Seri G. Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands) dan Dato Adnan Yaakob (Menteri Besar Negeri Pahang) supaya menyelesaikan secara segera masalah penduduk Cameron yang melibatkan tanah, rumah & gerai. Tempoh kempen tersebut berlangsung dari 10/2/2014 ke 14/2/2014. Di antara masalah-masalah penduduk Cameron ialah:

1. Penduduk Green Cow masih lagi belum diberi tanah untuk bina rumah walaupun telah dijanji pada 16/7/2012 oleh Dato Palanivel & Dato Adnan Yaakob.

2. Petani kecil di Blue Valley yang tidak diberi hakmilik walaupun telah bertani selama 50 tahun.

3. Ketidakadilan oleh Pejabat Daerah Cameron Highlands & Kerajaan Pahang dalam memberi hakmilik tanah, rumah & gerai di

Cameron. Golongan berpendapatan rendah diketepikan.

4. Kegagalan Kerajaan Neger i Pahang menyediakan “rumah mampu milik” untuk penduduk Cameron yang berpendapatan rendah. Harga permulaan rumah PR1MA di Cameron Highlands adalah RM 120,000!

5. Kerajaan Pahang yang masuk campur dan menyebelahi pemaju swasta Signature Landmark untuk menghalau peneroka bandar pindah dari gerai mereka di Kea Farm.

Dalam salah satu SMS yang dihantar oleh Dato Palanivel pada 10/2/2014 kepada seorang ahli JRTG, Komala Vellayathan, Palanivel menuduh bahawa isu-isu ini telah diselesaikan sebelum ini dan beliau tidak lagi dapat menolong kerana kesemua keluarga ini katanya adalah penyokong pembangkang. Beginikah sikap Ahli Parlimen Cameron yang telah menang? Sebagai seorang ahli parlimen, beliau harus menolong semua rakyat dan bukan sahaja rakyat yang menyokong beliau ketika PRU-13. Mungkin dengan sikap beginilah menyebabkan Palanivel kalah di Hulu Selangor pada PRU-12. ##

Penyelaras Biro Alam Sekitar PSM, E. Parames dan wakil pemuda sosialis telah menghadiri mesyuarat Rakan Segari yang berlangsung di Pejabat Ahli Parlimen Lumut, pada 29 Januari yang lalu. Rakan Sega r i sedang g ia t menga tu r kempen menyelamatkan kawasan persisiran laut di Tanjung Hantu, Segari, Perak, daripada ancaman pencemaran akibat daripada pembinaan loji gas cecair asli dan kilang besi keluli.

LUMUT

PSM Kajang menganjurkan satu program hari keluarga dan sambutan perayaan Ponggal pada 20 Januari yang lalu. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, telah hadir sebagai tetamu khas. Dalam ucapannya, Arul menyarankan supaya jangan terpedaya dengan isu perkauman dan agama yang diapi-apikan oleh UMNO-BN, tetapi fokus pada isu sebenar seperti GST, inflasi dan peningkatan dalam kos kehidupan.

KAJANG

4 NASIONAL Feb-Mac 2014

Ops Pantau Gaji Minima DilancarkanPSM telah melancarkan Ops Pantau Pelaksanaan Gaji Minima pada 28 Januari yang lalu. Sekiranya sesiapa yang ada maklumat tentang majikan yang enggan melaksanakan gaji minima untuk pekerjanya, bolehlah menghubungi hotline Ops Pantau Pelaksanaan Gaji Minima.

Berikut adalah kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh PSM dan JERIT semasa sidang akhbar pelancaran Ops Pantau Pelaksanaan Gaji Minima pada 28 Januari:

Gaji Minima RM900 untuk Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak telah diumumkan untuk pelaksanaan pada tahun 2013. Tetapi sepanjang 2013, pelbagai penipuan dan manipulasi menyebabkan kerajaan buat “U” turn dalam pelaksanaan. Pada 3 Disember 2013, Portal Gaji Minima telah dilancarkan dan menyatakan kerajaan akan memastikan pelaksanaan 100% Gaji Minima kepada pekerja di Malaysia dan majikan akan dikenakan denda sehingga RM20,000 seorang pekerja dan penjara 5 tahun jika gagal laksanakan Gaji Minima mulai Januari 2014. Ini juga turut ditekankan oleh Datuk Seri Zainal Rahim Seman, Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan beliau di surat khabar “The Sun” pada 9 Januari 2014.

Sepanjang tahun 2013, kaum pekerja ditipu dengan akta ini langsung tidak dilaksanakan atau pelbagai kelonggaran diberikan sehingga ramai majikan yang tidak melaksanakannya dan tidak ada sebarang tindakan ke atas majikan ini.

Pada 20 November 2013, pihak PSM – JERIT ada membuat satu sidang akbar di mana kami telah mengatakan bahawa akta ini tidak akan dilaksanakan pada tahun 2014 dan kami memberitahu kerisauan kami bahawa kerajaan akan akhirnya memberi lebih ruang untuk majikan supaya akta ini tidak diimplementasi .

Namun demikian, 7 Februari 2014, mungkin tarikh akhir untuk kaum Majikan membayar gaji pekerja untuk bulan Januari 2014 tetapi kami nampak beberapa kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak yang nampaknya bertujuan untuk menunda pelaksanaan akta ini.

1. Pada 30 Disember 2013, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan dalam satu sidang media bahawa Gaji Minima tidak harus meliputi pekerja migran. (Malaysiakini)

2. Pada 20 Januari 2014, Persekutuan Majikan Malaysia / Malaysian Employers Federation (MEF) mengatakan bahawa majikan-majikan harus diberi nasihat, bukan didenda dalam pelaksanaan Gaji Minima. (The Sun Daily)

3. Pada 21 Januari 2013, Persatuan Pengeluar Teksti l Malaysia / Malaysian Texti le Manufac turers Assoc ia t ion (MTMA) menyatakan bahawa pemberian Gaji Minima kepada pekerja migran menyebabkan kos meningkat dan mengurangkan pengambilan pekerja migran. (berita Bernama)

Respon-respon di atas memberi indikasi bahawa pihak majikan sudah pun mula kerja-kerja melobi supaya mereka boleh terus mengelakkan diri daripada tanggungjawab pembayaran Gaji Minima.

Maka, PSM dan JERIT menuntut:

1. Kerajaan perlu serius dalam pelaksanaan Gaji Minima 100% kepada semua pekerja di Malaysia. Jangan tangguh lagi. Sebelum Akta ini dilaksanakan, pihak majikan sudahpun diberitahu dan mereka juga terlibat. Maka adalah tidak adil mereka mahu terus menangguhkan pelaksanaan akta ini.

2. PSM kecewa dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan kenyataan MTMA yang mahukan akta ini tidak diimplemtasi untuk pekerja Migran. Kenyataan mereka lebih bersifat populis untuk mendapat sokongan majikan, bukannya untuk membantu kaum pekerja sendiri. Dalam aspek ini, posisi Kerajaan Persekutuan untuk memastikan gaji untuk pekerja tempatan dan migran mesti sama adalah satu posisi yang lebih adil, lebih menitikberatkan hak pekerja dan hak asasi. Dengan mewujudkan diskriminasi antara pekerja tempatan dan migran, hanya akan memastikan Majikan memilih pekerja asing kerana polisi buruh murah dan ini akan terus mengurangkan gaji asas pekerja.

3. Jika syarikat-syarikat kecil dan

sederhana (SME) tidak dapat bayar gaji minima, kerajaan harus memberi subsidi untuk mengelakkan daripada penangguhan pengimplimentasian Gaji Minima. Sebelum ini pihak Kerajaan BN banyak kali pernah bail-out syarikat-syarikat besar dan kroni apabila mereka menghadapi masalah kewangan. Justeru itu, adalah tidak sa lah untuk membantu SME membayar gaji minima. Peningkatan gaji asas pekerja akan membantu ekonomi negara kerana kuasa membeli pekerja akan meningkat.

4. Kerajaan harus memastikan majikan

didenda atau dipenjarakan jika gagal melaksanakan Gaji Minima. Kerajaan h a r u s m e m p u n y a i p i h a k penguatkuasaan yang memantau dan mendakwa majikan yang ingkar. Jika ini tidak dilakukan, maka kaum majikan akan terus mencari peluang untuk elak pembayaran.

5. Tahun 2014 adalah tahun mengimbas kembali amaun Gaji Minima tetapi kenyataan Menteri Sumber Manusia di media The Malaysian Insider pada 23 Januari 2014 mengatakan ia perlu ditangguh sehingga Julai 2014 kerana

terlalu awal. PSM – JERIT b e r p e n d a p a t b a h a w a dengan kenaikan harga minyak, elektrik dan kos harian, maka adalah amat penting untuk amaun RM900 dikaji semula dan kami menyarankan RM 1500 sebagai angka yang lebih adil dan dan munasabah. Kami juga menuntut akta gaji minima yang sama di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak

Dengan ini, PSM dan JERIT sedia m e m b e r i k o m i t m e n d a l a m merealisasikan misi kerajaan – pelaksanaan Gaji Minima 100%. Ini tidak boleh ditangguh lagi. Kaum pekerja adalah golongan yang

paling banyak merasai kenaikan harga dan kos sara hidup ini. Untuk memastikan akta gaji Minima ini tidak ditangguhkan, PSM melancarkan OPS PEMANTAUAN AKTA GAJI MINIMA untuk mengenalpasti majikan yang melanggar undang-undang Gaji Minima.

Pekerja-pekerja di Malaysia mula menerima Gaji bulan pertama sebelum 7 Februari 2014. Kami menyeru pekerja-pekerja buat aduan di talian hotline kami jika majikan anda gagal memberi Gaji Minima. Majikan yang melanggar undang-undang Gaji Minima akan didedahkan dan dibawa kepada perhatian Kementerian Sumber Manusia.

Selain itu PSM juga sedang dan akan mengedarkan ribuan risalah sepanjang roadshow PSM di seluruh negara antara 24 Januari hingga 23 Mac 2014 untuk memastikan maklumat sampai kepada rakyat.

Kita adanya tanggungjawab untuk memastikan majikan tunduk kepada undang-undang dan pekerja dapat menikmati Gaji Minima. ##

5 ISU RAKYAT Feb-Mac 2014

Penduduk Flat Taman Pertama Terima Berita BaikPerjuangan Diteruskan Sehingga Masalah SelesaiSatu sidang akhbar tergempar telah diadakan di Rumah Pangsa Taman Permata, Dengkil, Selangor, pada 8 Januari yang lalu. Pada awalnya, para penduduk Flat Taman Permata Dengkil bercadang untuk membuat satu protes di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya berhubung isu perumahan mereka yang berlarutan lebih 3 bulan. Namun, mereka telah membatalkan protes mereka berikutan surat yang diterima daripada Kerajaan Pusat berhubung isu perumahan mereka.

Dalam sidang akhbar tergempar yang dipengerusikan oleh Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, telah dimaklumkan bahawa para penduduk mendapat surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan yang menyatakan p e r s e t u j u a n k e r a j a a n Persekutuan untuk membina rumah untuk para penduduk di t a n a h a t a s t a p a k y a n g dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini merupakan s a t u b e r i t a y a n g m e n g e m b i r a k a n p a r a penduduk. Persetujuan ini pasti t idak yang dicapai tanpa perjuangan para penduduk Flat

Taman Permata.

Penduduk-penduduk di Flat Taman Permata Dengkil telah berkhemah di luar tempat kediaman mereka sejak 11 Jun 2013 apabila struktur bangunan rumah pangsa kediaman mereka tidak lagi selamat untuk diduduki.

Mereka telah berkhemah lebih 200 hari dan membuat banyak aksi protes sebelum mendapat berita baik yang terbaru.

Perumahan Flat Taman Permata Dengkil merupakan projek penempatan sementara untuk penduduk 4 buah ladang (Ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Medingley) yang diusir semasa pembinaan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Rumah pangsa tersebut telah mengalami banyak masalah termasuklah keretakan pada struktur bangunan yang membahayakan nyawa para penduduk. Selepas usaha gigih oleh para penduduk yang b e r j u a n g , a k h i r n y a m e n d a p a t s a t u p e r k e m b a n g a n y a n g p o s i t i f u n t u k penyelesaian. ##

Masalah Masyarakat Orang Asli Lojing, Kelantan“Kerajaan PAS sama dengan kerajaan BN. Kedua-dua mereka mencabuli hak kaum Orang Asli. Kedua-dua tidak boleh dipercayai,” begitunya kenyataan yang dibuat oleh Muya b Pasai, seorang wakil kaum Temiar di Kg Sigar, Lojing, apabila bertemu dengan pasukan PSM yang telah melawat Pos Lojing pada 19 Januari yang lalu. Pasukan PSM telah mengunjungi kampung tersebut atas jemputan masyarakat Orang Asli di situ. Punca ketidakpuasan wakil kaum Orang Asli jelas ternampak di sekitaran Lojing yang terletak beberapa batu saahja dari Ladang Blue Valley, Cameron Highlands. Projek-projek pertanian telahpun diluluskan oleh kerajaan PAS Kelantan sangat berhampiran dengan kampung-kampung Orang Asal – di Kampung Sendrut, Lojing, projek pertanian oleh pihak bukan Orang Asli sedang berjalan lebih kurang

50 kaki dari rumah-rumah kediaman Orang Asli. Oleh kerana tanah k e b a n y a k a n kampung Orang Asli belum diwartakan sebagai rizab Orang A s l i , d a r i s e g i teknikal, Pejabat Tanah berkuasa memberikan lesen tumpangan sementara untuk sesiapa pun untuk menanam di tanah itu, walaupun ia-nya telah digunakan secara turun temurun oleh masyarakat Orang Asli di situ. “Kami mahu tanah yang cukup luas untuk diwartakan sebagai tanah adat istiadat kami,” begitu hujahnya Pa Chik Arom, Timbalan Pengerusi Jaringan Orang Asli

Kelantan yang sedang memohon beberapa ratus ekar tanah untuk setiap kampung. Tetapi permohonan mereka masih tidak diluluskan oleh Kerajaan Negeri (yang berkuasa atas hal tanah). “Kami tidak mahu geran individu diberikan pada tiap keluarga,'” tambah Ayab Muda daripada Pos Hau. “Ramai orang kita miskin dan ada risiko besar mereka akan jual geran itu kepada orang luar. Berikanlah kita geran

kelompok atas nama kampong kami.” Pasukan PSM yang melawat kampung tersebut telah berjanji membantu dan cuba mengaturkan mesyuarat bersama pemimpin PAS Negeri Kelantan untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini. ##

Misteri Kematian Pekerja Nepal di Kilang Papan LapisMajikan Perlu Bertanggungjawab

Sebuah kilang papan lapis di Pokok Sena, Kedah, masih belum diambil tindakan oleh pihak berkuasa akibat kegagalan syarikat tersebut memastikan keselamatan pekerjanya dan kejadian kematian pekerja-pekerjanya baru-baru ini.

Besgrade Products Sdn Bhd, adalah sebuah kilang pembekal papan lapis kepada pasaran tempatan dan antarabangsa. Ia terletak di Jabi, Pokok Sena, Kedah.

Siapapun tidak tahu bahawa 3 orang pekerja Nepal di kilang itu telah mati tiba-tiba pada bulan Disember 2013. Seorang mati akibat kemalangan industri di tempat kerja, manakala dua kematian lagi disifatkan sebagai “mati secara mengejut” (sudden death).

Pekerja Nepal yang berjumlah seramai 700 orang di kilang tersebut mula rasa takut, sebab nampaknya tidak ada punca jelas untuk dua kematian itu. Menurut wakil mereka, orang-orang yang meninggal dunia adalah dalam keadaan sihat sebelum mati secara tiba-tiba. Mereka mengalami kesesakan nafas sebelum mati. Maka, ada yang antara mereka mula rasa bahawa kematian-kematian tersebut mungkin disebabkan oleh roh jahat.

Pada malam 11 Januari 2014, seorang lagi antara mereka mengalami kesesakan bernafas di asrama pekerja. Pekerja-pekerja lain rasa terkejut. Memandangkan tidak ada pengangkutan awam di situ, beberapa orang pekerja bergegas ke rumah majikan untuk mendapat bantuan menghantar pesakit ke hospital. Bilangan pekerja di luar pintu pagar menuntut pertolongan meningkat ke hampir 200. Polis telah sampai selepas dipanggil oleh majikan, dan mereka menyuraikan pekerja-pekerja yang berkumpul di situ sambil menangkap 3 antara mereka. Pada masa itu, pekerja yang bersesak nafas itu

meninggal dunia.

Kecuaian majikan telah menyumbang kepada satu lagi kematian. Insiden ini tidak boleh diterima sama sekali, dan banyak persoalan tertimbul berkaitan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dalam pengambilan dan pengurusan pekerja migran di negara kita.

Mengapakah polis menangkap kawan-kawan mangsa dan bukan majikan yang enggan menghantar pesakit ke hospital sehingga menyebabkan kematian pekerja itu? Menurut akhbar-akhbar tempatan, polis sendiri menyatakan bahawa pekerja-pekerja 200 orang itu telah berhimpun secara aman untuk mendapatkan bantuan. Maka penangkapan 3 orang pekerja itu adalah tidak berasas dan tindakan sebegini berpihak kepada majikan.

Adakah bedah siasat dibuat untuk mengenalpasti sebab kematian pada bulan Disember? Adakah kematian-kematian tersebut berkaitan dengan pendedahan kepada bahan kimia atau racun di tempat kerja atau asrama pekerja? Atau sebab nutrisi yang berkurangan seperti kekurangan Vitamin Thiamine yang boleh menyebabkan penyakit beri-beri? Dengan berlaku lagi kematian pada bulan Januari, kelihatannya tidak ada siasatan yang mendalam, dan tidak ada langkah-langkah yang diambil oleh Besgrade untuk mengelakkan kematian pada masa hadapan. Tidak ada sesiapa yang dipertanggungjawabkan.

Adakah DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) sedar tenntang insiden ini dan buat siasatan untuk mengenalpasti jika kematian disebabkan oleh persekitaran kerja atau nutrisi pekerja?Apakah tindakan Jabatan Imigresen dan Kementerian Sumber Manusia yang terlibat dalam menentukan

permintaan majikan untuk pekerja migran selepas tragedi Disember 2013?

Cogan kata Besgrade Products SdnBhd, adalah 'A model plywood manufacturer with a caring heart, tetapi sikap mereka terhadap nyawa pekerja mereka amat kejam.

Kerajaan kita bangga dengan kedudukan tinggi Malaysia dalam suasana mesra perniagaan. Ini berita baik untuk para majikan, tetapi bagi kaum pekerja ia bermakna gaji rendah dan hakisan hak pekerja. Nyawa pekerja juga menjadi murah, dan nyawa pekerja migran lagi murah.

Dalam keadaan ini, bolehkah kita harapkan kerajaan dan jabatan-jabatannya untuk menegakkan dan melindungi hak pekerja?

Bersatulah kaum pekerja untuk menentang dasar kerajaan yang berjinak-jinak dengan korporat dan yang menyerang dan memangsakan pekerja! ##

Tiga pekerja Besgrade ke Balai Polis Pokok Sena untuk membuat aduan terhadap majikan yang melanggar kontrak kerana enggan membenarkan mereka balik ke Nepal.

6 KHAS Feb-Mac 2014

PSM Berjuang Bersama RakyatDiari Jejajah PSM – Perak

(oleh Nalini E)

24 Januari: Sitiawan, Manjung dan Teluk IntanKempen jelajah ke seluruh Malaysia (roadshow) untuk memperkenalkan PSM dan Sosialisma kepada rakyat Malaysia khususnya di bandar-bandar, bermula di kawasan persisiran pantai Negeri Perak, iaitu di Sitiawan pada 24 Januari yang lalu.

PSM telah memilih negeri Perak untuk memulakan kempen ini memandangkan Negeri Perak merupakan antara negeri yang mempunyai paling ramai ahli PSM dan penyokongnya.

Ramai ahli PSM sudahpun datang sehari awal dan telah menetap di Ladang Sogamana, iaitu salah satu kawasan perjuangan PSM. Di sana, penduduk tempatan telah memberi sambutan yang cukup baik dan meningkatkan semangat ahli PSM untuk memulakan kempen yang bertemakan “Berjuang Bersama Rakyat”.

Aktiviti pertama bermula di pasar pagi Kampung Koh Baru dan juga di Kampung Koh Lama yang terletak di Ayer Tawar, Setiawan. Dalam sedikit masa sahaja, lebih 4 ribu risalah habis diedarkan. Semasa media perdana cuba mengalihkan rakyat dengan isu perkauman, kalimah Allah, kangkung dan sebagainya, PSM pula mengedarkan risalah dalam 4 bahasa tentang Cukai GST, TPPA, dan Akta Gaji Minima untuk memberikan kesedaran tentang isu-isu semasa kepada rakyat. Risalah mengenai PSM dan dasar pejuangan parti juga diedarkan. Sebuah kereta hilux yang dipasang dengan pembesar suara telah menjadi pentas bergerak untuk menyebarkan maklumat tentang aktiviti dan dasar perjuangan PSM. Sidang akhbar juga telah dibuat untuk memberikan penerangan kepada media tempatan oleh pimpinan PSM seperti oleh Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Parlimen Sungai Siput dan AJK Pusat PSM), S. Artuchelvan (Setiausaha Agung PSM) dan Sivarajan (Bendahari Kehormat PSM). Mereka telah menerangkan kepada media tentang tujuan roadshow ini diadakan di seluruh negara.

Kemudian, aktivis PSM dengan jumlah seramai 40 orang telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan mula mengedarkan risalah di sekitar perhentian bas di Manjung secara serentak. Pada waktu tengah hari, Dr Kumar dan Arul telah melawat penduduk tempatan dan para nelayan di Kampung Segari. Penduduk di situ menghadapi pelbagai masalah pencemaran alam seperti pembuangan sisa-sisa sampah daripada sebuah kilang berhampiran dan pembalakan di hutan simpanan. Masalah-masalah ini semakin hari semakin memudaratkan alam sekitar, kesihatan dan periuk nasi para nelayan yang tinggal di sana. Laut di situ sudah tercemar akibat kilang di situ mengeluarkan sisa logam dan

minyak. Jumlah penyu yang mendarat di situ telah berkurangan akibat pencemaran laut. PSM memberi syor bahawa jika penduduk memerlukan pertolongan PSM, PSM sedia membantu.

Seterusnya, pengedaran risalah turut dijalankan di hadapan dua buah Masjid di Daerah Manjung selepas sembahyang hari jumaat. Kami mendapat sambutan yang cukup baik daripada penduduk dan ada yang menyoal lebih lanjut tentang PSM dan juga isu-isu seperti GST. Lebih kurang 3 ribu lagi risalah telah diedarkan di dua Masjid utama Manjung dan Sitiawan ini. Selepas edaran risalah di Masjid, kami sekali lagi meneruskan perjalanan ke Teluk Intan.

Pada pukul 6 petang, pengedaran risalah diteruskan di pekan teluk Intan. Sokongan dan sambutan daripada penduduk tempatan amat menggalakkan. Kami juga turut mengambil kesempatan tersebut untuk bertukar pandangan dengan penduduk tempatan berkenaan segala isu-isu semasa.

Aktivis PSM mendapat sambutan yang cukup luar biasa semasa berada di Menara Condong Teluk Intan. Rata-rata rakyat Teluk Intan marah kerana kenaikan harga dan mereka juga bantah GST. Ramai yang kami telah syorkan supaya turun pada 1 Mei untuk bantah GST.

Akhir sekali kami menghabiskan hari pertama dengan ceramah isu-isu semasa di Markas PAS Kampung Padang Tembak di Teluk Intan. Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Dato' Seri Nizar Jamaluddin (ADUN Changkat Jering), Dr Kumar (Ahli Parlimen Sungai Siput dan AJK Pusat PSM), Arul (Setiausaha Agung PSM), Uztaz Ismail Che Nik (YDP PAS Teluk Intan), Bawani (Ketua Pemuda Sosialis) dan Choo Chon Kai (AJK Pusat PSM). Lebih daripada 300 orang penduduk tempat hadir dalam ceramah tersebut. Mesej-mesej yang disampaikan oleh penceramah-penceramah lebih menyentuh pada isu-isu semasa seperti korupsi, GST, perjanjian TPPA dan pendidikan percuma.

Pada hari pertama sahaja, lebih 15,000 risalah dalam empat bahasa telah diedarkan di lokasi-lokasi yang dikunjungi oleh pasukan PSM. Ini telah memberikan satu semangat kepada pasukan roadshow ini untuk meneruskan lagi perjalanan ke destinasi kedua pada keesokan hari di Tanjung Malim, Kampar dan Tapah dengan program pengedaran empat bahasa risalah di sekitar pekan dan bandar di semua lokasi-lokasi tersebut.

25 Januari: Tanjung Malim, Kampar, TapahHari kedua Jelajah PSM di negeri Perak telah disertai oleh lebih ramai ahli PSM dan penyokong PSM di pasar pagi Tanjung Malim. Separuh daripada ahli yang telah bermalam di Tanjung Malim telah memulakan aktiviti pengedaran risalah di Pasar Awam Tanjung Malim. Sambutan di pasar pagi amat bagus. Malah, sokongan dan respon daripada kebanyakan yang kunjung ke pasar pagi sangat memberangsangkan. Orang ramai menerima risalah tentang PSM dan isu-isu yang lain seperti GST dan Akta Gaji Minima.

Sambutan menggalakkan ini telah memberikan semangat kepada ahli PSM untuk meneruskan pengedaran risalah bersama-sama dengan ucapan dan nyanyian

lagu rakyat. Setiausaha Agung PSM Arul, Setiausaha Pemuda Sosialis Michael, dan AJK Pusat PSM Soh Sook Hwa telah memberikan penerangan yang lebih lanjut tentang mengapa roadshow ini dijalankan dan mereka bertiga telah mensyorkan kepada rakyat untuk turut sama dalam satu himpunan raksasa menentang GST di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2014 bersempena dengan Hari Pekerja.

Selepas habis edar risalah di Tanjung Malim, kami meneruskan perjalanan ke Kampar. Di sana, kami turut mengedarkan risalah dan pada masa yang sama berjalan ke seluruh bahagian pekan untuk berjumpa dengan rakyat. Sekurang-kurangya 8000 risalah telah berjaya diedarkan. Dari Kampar, kami beredar secara berkonvoi ke Tapah dan ini telah menarik perhatian penduduk sekitar yang melihat bendera PSM berkibar di kawasan mereka. Ada yang membunyikan hon kereta untuk memberikan sokongan. Ada pula datang kepada kami dan meminta risalah untuk dibaca.

(sambung di m/s 7)

7 KHAS Feb-Mac 2014

(sambung dari m/s 6)

Di Tapah, kami membuat pengedaran risalah dan berjumpa dengan penduduk tempatan sambil berbincang tentang isu-isu semasa. Sambutan amat memuaskan seperti di tempat lain yang kami kunjungi. Sekurang-kurangnya 10,000 risalah telah diedarkan kepada rakyat di lokasi-lokasi yang kami lawati pada hari kedua ini.

Selepas habis pengedaran risalah di kawasan pekan di Tapah, kami terus beredar ke tapak ceramah kelompok di Markas PAS, Jalan Pahang,

Tapah. Para penceramah yang termasuk Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng), Arul (Setiausaha Agung PSM), Dr. Kumar (Ahli Parlimen Sungai Siput), Bawani KS (Ketua Pemuda Sosialis), Appalasamy (wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan YDP PAS kawasan Tapah telah menyampaikan ucapan dengan menyentuh tentang isu-isu yang hangat seperti GST dan TPPA. Lebih kurang 50 orang telah hadir untuk mendengar ceramah yang dianjurkan bersama oleh PSM dan PAS.

26 Januari: Kuala Kangsar, Taiping, Bagan Serai

Pada hari terakhir jelajah PSM di negeri Perak, aktiviti pertama berlangsung di pasar pagi di Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak. Ahli-ahli PSM berjaya mengedarkan sekurang-kurangya 5000 risalah kepada rakyat tempatan. Aktiviti pengedaran risalah di pasar pagi yang bermula dalam pukul 7.30 pagi ini berterusan sehingga pukul 9.30 pagi. Semua ahli PSM amat berpuas hati dan gembira dengan respon daripada penduduk tempatan. Kehadiran ramai orang pada pagi ini telah memberikan semangat kepada ahli-ahli PSM untuk meneruskan kempen ini.

Ahli-ahli PSM khususnya Pemuda Sosialis telah sempat mendapat satu peluang yang baik untuk berjumpa dengan seorang pejuang veteran iaitu Hashim Said, bekas anggota Angkatan Pemuda Insaf (API) dan salah seorang pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Beliau pernah ditahan dan dipenjarakan selama 4 tahun semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Hisham telah berkongsi banyak pengalaman beliau sebagai pejuang ketika zaman penjajahan dan usahanya untuk menuntut kemerdekaan. Beliau turut memberikan nasihat agar pemuda-pemudi di seluruh Malaysia untuk bersama-sama menentang penindasan dan sentiasa berani menghadapi cabaran kerana beliau percaya pemuda-pemudi

yang berani boleh membawa perubahan jika mereka sedar dan berani. Kami amat bangga dan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kami kepada beliau kerana nasihat dan semangat yang diberikan kepada kami semua.

Pasukan jelajah PSM telah meneruskan perjalanan pengedaran risalah d i b a n d a r Ta i p i n g . Sambutan di bandar T a i p i n g a m a t menggalakkan. Selepas pengedaran risalah, kami telah menjamu selera di pusat bandar Taiping pada waktu tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir untuk jelajah peringkat negeri Perak, iaitu Bagan Serai.

S e b e l u m k a m i meneruskan edaran risalah di Pekan Bagan S e r a i , k a m i t e l a h

berkunjung ke ladang Gidung yang terletak di Bagan Serai dan merupakan salah satu kawasan perjuangan PSM. Kami telah berehat di

sana dan kemudian meneruskan pengedaran risalah di pekan Bagan Serai.

Pada pukul 7 malam, pengedaran risalah diteruskan di pekan Bagan Serai. Sokongan dan sambutan daripada penduduk tempatan amat menggalakkan dan kami juga turut mengambil kesempatan tersebut untuk bertukar pandangan dengan penduduk tempatan berkenaan dengan segala isu-isu semasa.

Akhir sekali, kami menghabiskan hari ketiga dan terakhir di Perak dengan ceramah isu-isu semasa yang dianjurkan oleh PSM bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS di Jalan Jetty, Bagan Serai. Ini merupakan satu ceramah yang cukup bersemangat dengan sokongan dan laungan daripada penduduk tempatan yang berterusan sehingga pukul 11 malam. Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Dr Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput dan AJK Pusat PSM), Arul (Setiausaha Agung PSM), Bawani (Ketua Pemuda Sosialis), M. Saraswathy (Timbalan Pengerusi PSM), Choo Chon Kai (AJK Pusat PSM) dan Azmin Aziz (AJK Pusat PSM). Lebih daripada 200 orang penduduk tempatan hadir dalam ceramah ini dan mendengar

tentang mesej yang berkaitan dengan kempen membantah GST, TPPA dan pelaksanaan penuh Gaji Minima. Para penceramah menyeru rakyat sekalian untuk turut serta dalam himpunan raksasa membantah GST di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2014.

Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli PSM di cawangan Perak kerana berjaya menganjurkan program roadshow pertama PSM untuk tahun ini di 9 buah Daerah di Perak. Segala usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang PSM adalah merupakan satu langkah yang amat relevan pada ketika ini di mana rakyat mendahagakan perubahan. Kedua, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Perak terutamanya ditempat-tempat yang kita lawati dalam tiga hari ini. Kami terharu, bangga dan bersemangat kerana reaksi, respon dan sambutan rakyat terhadap kami sekaligus memberikan kami satu semangat yang baru. Mitos bahawa rakyat takut terhadap Sosialis dan Sosialisma secara perlahan berjaya dikikis dan disedarkan oleh PSM melalui roadshow yang akan berterusan di seluruh negara. ##

8 KHAS Feb-Mac 2014

Diari Jelajah PSM – SelangorPSM Disambut Baik di Semua Pekan dan Bandar yang DikunjungiKempen Jelajah PSM “Berjuang Bersama Rakyat” selama 3 hari di Selangor dan Kuala Lumpur, bermula pada 7 Februari di Sabak Bernam dan berakhir dengan penuh semangat pada 9 Februari yang lalu di Brickfields, Kuala Lumpur.

Selangor, merupakan destinasi kedua dalam kempen jelajah PSM ke seluruh negara, yang telah dilancarkan pada 24 Januari yang lalu di Setiawan, Perak, dan akan diteruskan lagi ke 11 buah negeri l a g i . Rombongan PSM seramai 40 orang ahli dan pimpinan bertolak dari utara Selangor, dengan Sabak Bernam sebagai permulaan perjalanan menjelajah di Selangor.

Jelajah kali ini diteruskan dalam keadaan di mana pilihanraya kecil Kajang yang diumumkan dalam keadaan yang kontroversi oleh PKR, di mana Dato' Seri Anwar akan bertanding di Kajang. PSM yang selama ini berkhidmat di Kajang telah diminta oleh ramai penyokong untuk turut bertanding dalam pilihan raya kecil, kerana ramai antara aktivis dan sesetengah rakyat marah pada PKR yang menggunakan PRK Ka jang in i un tuk menyelesaikan masalah dalaman. Justeru, kami meneruskan jelajah ini dengan sedikit tekanan daripada keadaan politik semasa. Walaupun dalam keadaan begini, segala persiapan untuk jelajah hari pertama di Selangor diteruskan dengan penuh semangat dan dengan penuh effisien. Tujuan asal PSM menjalankan roadshow ini adalah untuk memperkenalkan parti kepada rakyat Malaysia dan mempertengahkan isu-isu sebenar yang melanda rakyat biasa. Berjuang dalam isu-isu masyarakat untuk menegakkan hak dan kepentingan rakyat biasa memanglah fokus kerja PSM selama ini.

Ketibaan kami di Pekan dan Pasar Pagi Sabak Bernam pada hari pertama telah memberikan satu motivasi dan senyuman lebar di muka semua ahli PSM apabila kedatangan kami disambut dengan penuh mesra oleh penduduk tempatan di Sabak Bernam. Kami tidak sangka bahawa makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang berkunjung ke pasar dan yang berniaga di situ mengenali PSM. Mereka memberikan sambutan yang cukup bagus dengan memberitahu kami bahawa mereka amat menghormati perjuangan PSM dan mereka kata mereka sentiasa menyokong PSM. Terdapat juga seorang pakcik yang menderma RM 50 dan berkata bahawa PSM sedang membuat kerja yang berfaedah.

Sambutan yang sama juga diterima di semua pasar pagi yang dikunjungi seperti di Sungai Besar, Kapar, Klang dan Subang Jaya pada hari kedua dan ketiga.

Apa yang kami dapat lihat di kalangan rakyat adalah kemarahan kerana kenaikan harga barang yang drastik serta cadangan kerajaan untuk melaksanakan cukai GST. Rakyat amat marah dan kehadiran kami pada waktu ini telah membantu rakyat untuk memahami lebih lanjut tentang cukai GST serta segala macam isu di Malaysia. Kami turut mengajak mereka semua yang telah memberikan sokongan untuk menyertai aksi membantah GST pada 1 Mei nanti.

Kami meneruskan edaran risalah di beberapa bandar besar dan pekan kecil untuk mempopularkan PSM. Kami juga mendekati dan memberikan kesedaran kepada rakyat berkenaan cukai GST, perjanjian TPPA, aduan Akta Gaji Minima dan menjual akhbar Berita Sosialis. Kami turut dikunjungi oleh rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Pada hari pertama kami telah mengedarkan ribuan risalah dalam empat bahasa (bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil) di tempat-tempat seperti pekan Sungai Besar, 2 buah Masjid di Sungai besar, bandar Sekinchan, bandar Tanjung Karang dan Pasir Penampang. Kami mendapat sambutan yang menggalakkan di semua tempat ini khususnya di bandar Sekinchan dan Pasir Penampang di mana kami dapat berinteraksi dengan ramai penduduk tempatan dan telah memberikan kesedaran

tentang Cukai GST secara khususnya.

(sambung di m/s 9)

9 KHAS Feb-Mac 2014

(sambung dari m/s 8)

Pada hari kedua, kami telah berkunjung ke bandar-bandar seperti Bukit Tinggi, Pandamaran, Klang dan Shah Alam. Semasa kami mengedar risalah di bangunan PKNS Shah Alam, kami menghadapi sedikit gangguan daripada pegawai keselamatan di sana tetapi selepas menerangkan tujuan PSM membuat pengedaran risalah ini, maka kami telah mendapat kebenaran untuk teruskan pengedaran risalah. Apabila kami membuat pengedaran risalah di kawasan yang penduduknya kebanyakan orang Cina seperti Sekinchan dan Bukit Tinggi, ramai yang mengenali PSM melalui perjuangan PSM dalam isu Kampung Hakka. Kami diterima baik oleh penduduk-penduduk tempatan yang kami percaya amat peka kepada isu dan politik semasa.

Pada hari ketiga pula kami telah berkunjung ke pasar pagi Subang Jaya, kemudian ke Petaling Jaya Old Town dan lepas itu mengedar risalah di Chow Kit, Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Ampang dan akhirnya di Brickfields. Selain pengedaran risalah, anak-anak muda PSM turut memeriahkan program roadshow ini dengan mengadakan persembahan di hadapan pusat beli-belah Sogo. Lagu-lagu rakyat dinyanyi di hadapan orang awam yang berehat dan berlepak di sekitar Sogo.

Dalam 3 hari ini, ahli-ahli PSM berjaya mengedarkan sekurang-kurangya 40,000 risalah di semua tempat yang dikunjungi. Ini adalah melebihi jangkaan kami dan kami gembira kerana kami dapat mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Dua ceramah telah diadakan dalam 3 hari roadshow ini. Pada hari pertama, ceramah diadakan di hadapan Pusat Khidmat Penyelaras DUN Bukit Malawati, Manikavasagam. Ia merupakan satu ceramah yang cukup bersemangat dengan sokongan dan laungan daripada penduduk tempatan yang berterusan sehingga akhir ceramah. Antara penceramah-penceramah yang hadir termasuklah Dr Kumar (Ahli Parlimen Sungai Siput merangkap AJK Pusat PSM), A r u t c h e l v a n ( S e t i a u s a h a A g u n g P S M ) , Manikavasagam (Penyelaras DUN Bukit Malawati), Bawani (Ketua Pemuda Sosialis), Choo Chon Kai (AJK Pusat PSM) dan Ahli Majlis Kuala Selangor. Lebih daripada 150 orang penduduk tempatan hadir dalam ceramah tersebut. Mesej membantah GST telah disampaikan oleh para penceramah. Para penceramah juga menyeru agar semua rakyat turut serta bersama dengan PSM dan masyarakat sivil pada 1 Mei yang akan datang, dalam aksi protes membantah GST di Kuala Lumpur.

Pada hari kedua, ceramah telah diadakan Seksyen 7 Shah Alam, berdekatan dengan UITM. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS, telah hadir untuk memberi sokongan solidariti kepada PSM. Selain Mat Sabu, aktivis anak muda yang memang tidak asing lagi, Adam Adli, turut hadir dan berkongsi pandangannya tentang bagaimana membawa perjuangan rakyat ke hadapan.

Jelajah PSM peringkat Selangor yang bermula di Sabak Bernam telah tamat d i Br ick f ie lds dengan penuh semangat. Ini amat bermakna dan member ikan mot ivas i kepada anggo ta -anggo ta PSM un tuk meneruskan jelajah ini di negeri-negeri seterusnya. Destinasi selepas ini adalah Negeri Sembilan dan Melaka. Komitmen ahli-ahli PSM yang sentiasa t e p a t i m a s a , d a n m e m b u a t pengedaran risalah tanpa mengira cuaca panas terik telah membuahkan hasil.

Suasana di mana kami berkonvoi dengan lebih kurang 15 buah kereta dan 2 buah Hilux yang memainkan rakaman lagu-lagu perjuangan rakyat, serta kibaran bendera PSM di sepanjang jalan, amat memberangsangkan. Kami dapat melihat ada reaksi daripada orang ramai dengan ada yang akan mengangkat tangan kiri sebaik sahaja melihat kami di pekan mereka atau ada yang akan membunyikan hon kereta sebagai tanda sokong. Apa yang pasti, PSM tidak asing lagi untuk penduduk di Sabak Bernam, Sekinchan , Subang Jaya, Pandamaran, Klang, Kuala Selangor dan semua tempat yang telah kami kunjungi.

Untuk segala maklumat lanjut tentang kempen jelajah, sila layari laman web kami iaiu www.part isosial is.org atau facebook: https://www.facebook.com/partisosialis atau twitter: @partisosialis

10 ANTARABANGSA Feb-Mac 2014

Bagaimana Kekayaan Dunia Diagihkan Di Bawah Sistem Kapitalisme Global?Kekayaan 85 Orang Terkaya Dalam Dunia Bersamaan Dengan Jumlah Kekayaan Separuh Penduduk Dunia

Pada zaman kini di mana masyarakat telah membangun dari segi material, sepatutnya tiadanya lagi kemiskinan dan kelaparan di dunia kita hari ini. Sepatutnya setiap orang di bumi ini dapat hidup dalam keadaan yang sekurang-kurangnya sederhana dan selasa tanpa bimbang tentang masalah kemiskinan. Namun, hakikat dunia hari ini amat berbeza sekali daripada apa yang sepatutnya wujud berasaskan kekayaan yang dicipta dalam masyarakat dunia hari ini. Sistem kapitalis telah mewujudkan ketidakadilan sosial yang begitu serius dan keadaan sebegini akan berterusan selagi sistem kapitalis yang menindas rakyat biasa masih wujud.

Pada November 2013, Forum Ekonomi Dunia telah menerbitkan satu dokumen bertajuk “Outlook on the Global Agenda 2014'”, menyatakan bahawa jurang pendapatan yang semakin melebar adalah ancaman dunia yang kedua besar

dalam 12 hingga 18 bulan yang akan datang. Menurut kajian yang dibuat dalam dokumen tersebut, ketidaksamaan ekonomi sedang memberi kesan kepada kestabilan sosial dalam negara-negara berlainan dan mengancam keselamatan di peringkat dunia.

Oxfam, sebuah badan bukan kerajaan yang beribupejabat di London, telah mengumumkan sebuah laporan baru-baru ini, dengan menggabungkan hasil-hasil kajian tentang jurang pendapatan di seluruh dunia. Satu kebenaran yang terbongkar dalam laporan tersebut adalah: Apabila kekayaan

dunia yang diduduki oleh 7 billion penduduk telah mencapai USD 241 trilion, satu jumlah yang begitu besar, 1% orang yang terkaya dalam dunia ini telah menguasai sebanyak 46% daripada kekayaan ini; manakala 50% rakyat termiskin hanya memiliki USD 1.7 trilion, iaitu hanya 0.7% daripada kekayaan dunia.

1% orang terkaya di dunia membolot kekayaan sebanyak USD 110 trilion, bersamaan dengan 65 kali ganda jumlah kekayaan 3.5 billion orang termiskin

(iaitu separuh daripada penduduk dunia). Antara maklumat yang “dibongkarkan” dalam laporan yang sama, termasuk:

- 85 orang yang terkaya di dunia ini, memiliki kekayaan yang bersamaan dengan jumlah kekayaan 50% rakyat yang termiskin di dunia.

- 70% penduduk dunia menghuni di negara-negara yang mengalami pelebaran jurang antara kaya dan miskin pada 30 tahun yang lepas.

- Orang yang terkaya di dunia dan juga korporat besar telah menyembuyikan kekayaan mereka di “tax haven” yang terletak di seluruh dunia, dengan jumlah sebanyak USD 21 trilion kekayaan tidak dikenakan cukai oleh kerajaan.

- Di jantung kapitalisme dunia – Amerika Syarikat (AS), pelebaran jurang kekayaan berlaku pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan negara maju yang lain. 1% orang terkaya di AS telah membolot 95% daripada pertumbuhan kekayaan di negara tersebut berikutan krisis ekonomi pada tahun 2009, sementara 90% rakyat AS menjadi semakin

miskin pada tempoh masa yang sama. Ini menunjukkan bahawa krisis ekonomi masih membawa keuntungan lumayan kepada orang kaya, tetapi rakyat biasa yang terpaksa menanggung segala kesengsaraan dan kemiskinan.

- Bilangan jutawan di India telah bertambah dalam tempoh masa 10 tahun yang lepas, “hasil” daripada cukai regresif (seperti cukai GST) dan hubungan rapat antara orang kaya dengan kerajaan, tetapi wang yang digunakan oleh kerajaan untuk memperbaiki kehidupan rakyat miskin amat kurang sekali dan orang miskin bertambah lebih ramai lagi.

Sistem ekonomi dunia yang beroperasi di bawah jenama dasar ekonomi neo-liberal semenjak 30 tahun yang lepas, telah menyumbang kepada ketidakadilan sosial yang semakin serius di dunia. “Yang kaya bertambah kaya, yang miskin jadi lebih miskin” telah menjadi hukum dan peraturan asas kepada sistem kapitalis global hari ini.

Krisis ekonomi sedunia telah menyebabkan rakyat biasa di banyak negara mengalami kesusahan yang teruk, tetapi keadaan amat berbeza untuk mereka yang merupakan 1% orang terkaya. Menurut satu kajian yang dibuat oleh Universiti California Berkeley pada September 2013, pendapatan 1% orang terkaya di AS meningkat sebanyak 31.4% dalam tempoh tahun 2009-2 0 1 2 , m a n a k a l a pendapatan 99% rakyat h a n y a b e r t a m b a h sebanyak 0.4%. Pusat Penyelidikan Pew pula mengatakan dalam satu laporan yang diterbitkan

pada Disember 2013, jurang pendapatan di AS berada pada tahap yang paling tinggi sejak tahun 1928, iaitu setahun sebelum berlakunya kemelesatan yang serius.

Krisis ekonomi yang berlaku di banyak negara beberapa tahun kebelakangan ini, telah memburukkan lagi keadaan jurang pendapatan yang semakin melebar, kerana langkah-langkah yang dikatakan bertujuan untuk menyelamakan ekonomi (seperti mengurangkan cukai ke atas orang kaya, mengurangkan perbelanjaan untuk perkhidmatan awam, penswataan, pemotongan subsidi dan sebagainya) sebenarnya hanya memaksa rakyat miskin membayar untuk krisis yang dicetuskan oleh golongan korporat yang kaya-raya. Orang kaya dan korporat besar masih menikmati keuntungan lumayan mereka, sementara rakyat biasa menderita semasa

krisis ekonomi melanda.

Masalah jurang pendapatan yang melebar tidak akan selesai selagi kerajaan-kerajaan masih berpegang pada falsafah ekonomi kapitalis yang mementingkan keuntungan korporat.

(sambung di m/s 11)

11 SUDUT SEJARAH Feb-Mac 2014

(sambung dari m/s 10)

Untuk menyelesaikan masalah pelebaran jurang pendapatan dan mewujudkan keadilan sosial, kerajaan-kerajaan di dunia perlu bergabung tenaga dan sekurang-kurangnya mengambil langkah-langkah drastik untuk menyekat ekonomi pasaran bebas, misalnya:

- Tingkatkan cukai progresif ke atas golongan kaya.

- Kerajaan perlu menggunakan pendapatan cukai untuk memberikan pendidikan percuma, kesihatan awam yang percuma, perlindungan sosial yang sempurna untuk seluruh rakyat dan sebagainya.

- Naikkan gaji minimum untuk semua pekerja supaya gaji pekerja cukup untuk menampung kehidupan harian setiap orang.

- Perlindungan untuk hak pekerja.

- Memperkenalkan undang-undang dan dasar-dasar yang menyekat golongan korporat daripada mempengaruhi

proses politik.

- Mengambil tindakan yang konkrit dan tegas dalam membendung pengelakan cukai oleh golongan korporat.

Sememangnya ketidaksamaan ekonomi dan ketidakadilan sosial yang berterusan akan mencetuskan penentangan yang berterusan daripada rakyat bawahan. Hanya dengan perjuangan rakyat dari bawah yang berterusan, barulah kita mampu mewujudkan alternatif kepada sistem kapitalis yang semakin hari semakin tenat. ##

Pemergian Srikandi Terpuji Sungai Pahang: Siti Norkiah Mahmood BagindaSiti Norkiah Mahmood Baginda, bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan bekas perajurit R e j i m e n k e - 1 0 Te n t e r a Pembebasan Nasional Malaya, telah meninggal dunia pada 4 F e b r u a r i y a n g l a l u , d i ked iamannya d i Kampung Perdamaian Sukhirin.

Siti Norkiah Mahmood Baginda merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan tanah air yang teguh dan gagah berjuang. Beliau telah m e n y u m b a n g k a n u s i a n y a setengah abad dalam usaha kemerdekaan tanah air. Jiwa Siti Nork iah ada lah j iwa ant i -p e j a j a h a n , s e p e r t i n e n e k moyangnya yang pernah ikut serta dalam perang Bahaman menentang penjajah British di Pahang.

Siti Norkiah dilahirkan di Kampung Sempalit Luar, pinggir Bandar Raub, pada tahun 1922. Beliau menyertai gerakan AWAS pada tahun 1946, kemudian dipilih menjadi Ketua AWAS Pahang. AWAS adalah sayap wanita Parti Kebangsaan Me layu Ma laya (PKMM) . S i t i No rk i ah

disenaraihitamkan oleh pihak penjajah British apabila Darurat diistiharkan pada tahun 1948. Selepas itu, Siti Norkiah telah melibatkan diri dalam perjuangan gerila menentang penjajah Brit ish, dan menyertai Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

Pada tahun 1958, Siti Norkiah berkahwin dengan Abu Samah Mohd Kassim, cicit sepupu Datuk Bahaman, yang merupakan seorang pemimpin Rejimen ke-10 dan Anggota Jawatankuasa Pusat PKM.

Selepas pendamaian tercapai pada Disember 1989,Siti Norkiah dan suaminya Abu Samah memilih untuk tinggal di S e l a t a n T h a i b e r s a m a r a k a n

seperjuangan yang lain di sebuah kampung khas yang dibangun khas oleh Kerajaan Thailand untuk bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang kini dikenali dengan Kampung Perdamaian Sukhirin.

Beliau dan suaminya beberapa kali pulang ke tanah air untuk mengunjungi kaum keluarga, antaranya berkunjung ke Istana Pahang dan bertemu dengan

Tengku Mahkota Pahang pada tahun 2002, dan bertemu dengan Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2006.

Suami Siti Norkiah, Abu Samah meninggal dunia pada 7 April 2009.

Pada 4 Februari 2014, Siti Norkiah pulang ke Rahmatullah dengan tenang di rumahnya di Kampung Perdamaian Sukhirin dalam usia 92 tahun. Jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Sungai Golok, berdekatan dengan pusara suaminya Abu Samah Mohd Kassim.

Sepert i juga dengan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain, Siti Norkiah telah meninggalkan warisan p e r j u a n g a n m e n e n t a n g p e n j a j a h a n y a n g bermakna kepada generas i -generas i r a k y a t M a l a y s i a selepas itu. ##

Sejarah Melalui GambarGambar di sebelah kanan:

Kartun politik bertajuk "Democracy Ditanah Jajahan?" ini diambil dari majalah Kenchana, Bilangan 9, September 1947.

Kartun ini merupakan kritikan terhadap tindakan Kerajaan Penjajah British ke atas Ahmad Boestamam dan gerakan politik kiri Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinannya

Pada petang Khamis, 13 Mac 1947, Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah ditahan oleh polis dan Special Branch Kerajaan Penjajah British, dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengeluarkan, menerbitkan dan mencetak sebuah buku kecil bertajuk 'Testament Politik API' yang dituduh "mengandungi perkataan-perkataan menghasut" dan juga "mengeluarkan perkataan 'Merdeka dengan Darah' yang menghasut."

Ahmad Boestamam telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman denda $1,400 atau 8 bulan penjara kerjaberat. Dengan bantuan wang dari rakan-rakan seperjuangannya, beliau memilih untuk membayar denda untuk mengelak dari dipenjara.

Empat bulan kemudian pada 16 Julai 1947, Angkatan Pemuda Insaf (API) telah diharamkan oleh Gabenor Malayan Union. API merupakan pertubuhan politik pertama di Malaya yang diharamkan oleh Kerajaan Penjajah British sebelum Pengisytiharan Darurat pada bulan Jun 1948.

Gambar di sebelah kiri menunjukkan ahli jawatankuasa Angkatan Wanita Sedar (AWAS) cabang Singapura bergambar di ibu pejabat mereka sekitar tahun 1947.

Bagi wanita Melayu pada zaman itu, kebangkitan gerakan politik kiri selepas berakhirnya Pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura telah menyediakan medan untuk penglibatan wanita dalam perjuangan rakyat.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan pertubuhan politik pertama yang mewujudkan sebuah sayap wanita yang dikenali sebagai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pada tahun 1947.

Ramai pemimpin-pemimpin wanita lahir dari sayap wanita kiri ini. Aishah Ghani yang kemudiannya menjadi salah seorang pemimpin Wanita UMNO, Sakinah Junid yang memimpin PAS, dan Shamsiah Fakeh yang kemudiannya menjadi salah seorang anggota penting Parti Komunis Malaya (PKM) semuanya mendapat kesedaran dan latihan asas mereka semasa berada di dalam AWAS.

Sumber: Pusat Sejarah Rakyat (https://www.facebook.com/pusatsejarahrakyat)

PERJUANGAN RAKYAT12 Feb-Mac 2014

Sudut Komik:

85 orang terkaya di dunia memiliki kekayaan bersamaan dengan 3.5 bilion orang

baca m/s 10 untuk maklumat lebih lanjut

Sudut PuisiLagu Rakyat

Tangan berganding kaki melangkahPerjalanan sudah bermulaKita bersatu hati terbukarakyat sudah membara

Kita ditindas di mana-manaHak disekat di sini sanaKau dan Aku pasti kenabangun melawan jangan terlena Upah sekupang peluh sebaldiubah sekarang bila lagiKaum buruh hancur rantai gariBerkuasa oleh tangan sendiri Pembebasan di depan mataPergolakan di dalam hatiRevolusi pasti menjadiKemerdekaan adalah realiti

oleh Karthi

Sekitar Kempen Jelajah PSMdi Perak, Selangor & KL

Sitiawan Subang Jaya

Pasir Penampang Sogo, KL

Kuala Lumpur

Klang

Tanjung Malim