sosialis (jul ogos 2015)

16
Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mel: [email protected] Facebook: psm.sosialis RM 1 RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYAT JUL-OGOS 2015 baca lanjut di m/s 4 | PQ/PP1505(17864) > m/s 10 > m/s 12 > m/s 7 > m/s 8-9 Skandal 1MDB: Watergate untuk Najib? Ketika BN dalam krisis hebat… Mana perginya Harapan Rakyat? baca lanjut di m/s 5 Menuju transisi Laporan Khas Kongres PSM ke-17 Sengsara pelarian Rohingya Referendum Greece Tolak penjajahan Troika Aku twit maka aku ada

Upload: partisosialis

Post on 25-Jul-2016

273 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Topik: Skandal 1MDB, Generasi Millenial, Kongress Ke-17, Hukum Rejam Zina, Turki Impian Erdogan Tergendala, Refenrendum Greece, Under The Dome

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772partisosialis.org E-mel: [email protected] Facebook: psm.sosialis

RM 1 • RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYATJUL-OGOS 2015

baca lanjut di m/s 4

| PQ/PP1505(17864)

> m/s 10

> m/s 12

> m/s 7

> m/s 8-9

Skandal 1MDB:Watergate untuk Najib?

Ketika BN dalam krisis hebat…

Mana perginya Harapan Rakyat?

baca lanjut di m/s 5

Menuju transisiLaporan Khas Kongres PSM ke-17

Sengsara pelarian Rohingya

Referendum Greece Tolak penjajahan Troika

Aku twit maka aku ada

Page 2: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Jul-Ogos 20152 PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan.

Bendera dan Lambang

Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat Parti Sosialis

Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup.

Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan.

Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional.

Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak.

Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya.

Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan.

Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama.

Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan.

Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian.

Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan.

Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan.

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti.

Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat.

Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda,Brickfields,50470 Kuala Lumpur.Tel: 603-22747791Fax: 603-87374772Email: [email protected] web: http://partisosialis.org/

Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

DASAR PERJUANGAN

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami.

Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu)

Nama: ________________________________________

Alamat: _________________________________________________________________________________________________________________________________

Telefon: _____________________________________

Faks: _____________________________________

Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Hantar kepada Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda, Brickfields50470 Kuala LumpurTel: 603-22747791Fax: 603-87374772Website- http://partisosialis.org/

Langganlah Akhbar

Sekarang!

Krisis Pakatan Rakyat bertambah serius berikutan pemilihan dalam parti PAS yang menyaksikan kesemua pemimpin PAS yang dikategorikan sebagai “progresif” itu kecundang dan puak ulamak menguasai secara penuh. DAP dan PAS telah memutuskan hubungan sesama sendiri dan nampaknya formula Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN telah sampai ke penghujungnya setelah eksperimen 7 tahun. Ini pastinya akan menghampakan dan mengecewakan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang ingin menjatuhkan rejim zalim UMNO-BN demi proses perubahan yang memanfaatkan rakyat biasa.

Sememangnya pemimpin-pemimpin parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat itu perlu membuat penilaian secara serius mengapa usaha membentuk gabungan bersama untuk menggantikan rejim UMNO-BN itu boleh gagal sebelum berlakunya perubahan rejim. Sekiranya pemimpin parti politik pembangkang aliran utama tidak memperbetulkan kesilapan sebelum ini dan bersikap lebih rendah diri untuk membentuk gabungan yang baru pada masa hadapan, rakyat Malaysia pastinya akan disajikan dengan satu lagi ulang tayang drama politik yang mengecewakan. Barangkali parti politik pembangkang aliran utama akan dihukum oleh para pengundi dalam pilihanraya yang akan datang sekiranya masih meneruskan permainan politik

sempit yang pentingkan survival politik puak sendiri sahaja.

Apa yang lebih mengecewakan ramai rakyat yang inginkan perubahan adalah krisis perpecahan Pakatan Rakyat berlaku pada ketika UMNO-BN itu sangat lemah dan sedang dilanda krisis yang amat serius. Perbalahan dalaman UMNO nampaknya tidak akan ada penyelesaian sekiranya Najib masih memimpin parti itu. Pemilihan parti UMNO telah ditangguhkan selama 18 bulan, mengisyaratkan bahawa kedudukan Najib sebagai pemimpin UMNO itu semakin hari semakin tergugat. Skandal demi skandal yang melibatkan 1MDB sedang menghantui puak Najib seperti pukulan maut.

Dalam keadaan politik-ekonomi negara yang semakin bergelora ini, rakyat biasa perlukan alternatif yang sebenar untuk bukan sahaja menukar rejim, tetapi mengubah sistem sekarang ini yang membiak ketidakadilan sosial. Alternatif sebegini hanya akan wujud dengan membina kuasa rakyat dari bawah. Sememangnya elit-elit politik berbalah hanya untuk merebut kuasa demi menjaga kepentingan diri masing-masing. Oleh yang demikian, kita perlu terus menggerakkan kuasa rakyat untuk memperjuangkan hak asasi, demokrasi dan keadilan sosial. ##

Page 3: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Jul-Ogos 2015 3PARTI DAN FRON

Kesatuan Sekerja Pemandu Lori Perak ditubuhkanSatu mesyuarat khas untuk membentuk Jawatankuasa bagi "Kesatuan Sekerja Pemandu Lori Perak" telah diadakan pada 21 Jun yang lalu di Ipoh, Perak. Mesyuarat ini diadakan secara bersama oleh Biro Pekerja PSM Buntong dan Gabungan Pemandu Lori.

Menubuhkan kesatuan sekerja adalah hak untuk semua pekerja. Para pemandu lori di Perak berharap dapat menubuhkan kesatuan sekerja untuk mempertahankan hak dan kebajikan mereka.

Papan, PerakPenduduk di sekitar kawasan pelupusan sampah yang bertapak di Papan, Perak, membuat aduan polis di Balai Polis Pusing pada 21 Jun yang lalu, terhadap pihak pengurusan sampah dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana masalah

kacauganggu pencemaran udara dan bau busuk di situ. Sarasvathy, Timbalan Pengerusi PSM dan anggota PSM Jelapang turun bersolidariti dengan penduduk.

Kes BestinoPada 1 Julai yang lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah membenarkan permohonan untuk mendengar kes yang difailkan oleh pemegang-pemegang syer minoriti (seramai 6764 orang) terhadap Pengarah Syarikat Bestino Group Bhd yang melesapkan wang pelaburan sebanyak RM 411juta. PSM Perak telah membantu pelabur-pelabur kecil Bestino yang ditipu ini dalam memperjuangkan hak mereka sejak tahun 2011.

Kes Occupy Kastam

Kes Occupy Kastam yang dijadualkan untuk sebutan pada 1 Julai yang lalu telah ditunda lagi ke 13 Ogos ini. Seramai 79 orang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan

“perhimpunan haram” dan “pencerobohan”. Mereka yang terdiri daripada aktivis PSM, SAMM, kumpulan mahasiswa dan individu lain ini ditangkap pada 23 Mac yang lalu apabila mengadakan satu aksi protes membantah cukai GST di Kompleks Kastam Kelana Jaya. 25 orang yang direman dua hari telah didakwa di mahkamah pada 25 Mac, manakala 54 orang yang lain didakwa sebulan selepas itu pada 23 April.

Ladang Gatco, Negeri Sembilan

PSM telah mengadakan satu perjumpaan dengan peneroka Ladang Gatco di Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan, pada 21 Jun yang lalu. Turut hadir adalah pimpinan pusat PSM bersama dengan cawangan Kajang, Semenyih dan Seremban. Peneroka Gatco sedang menghadapi ancaman pemaju yang menceroboh tanah mereka dan seringkali ditangkap oleh polis hanya kerana mempertahankan tanah mereka.

Ladang Segambut, KL

Pimpinan PSM, Arutchelvan dan Selvam, telah hadir dalam satu sidang media di Ladang Segambut pada 24 Jun yang lalu, yang

bertujuan untuk mendedahkan isu perobohan rumah penduduk ladang di situ. Penduduk ladang tersebut juga mendesak supaya pihak pemaju menunaikan tuntutan penduduk yang belum lagi diselesaikan.

PSM Cawangan Buntong telah menganjurkan satu lawatan ke rumah kebajikan “Vision Home Taman Merdeka” di Buntong, Perak pada 4 Julai yang lalu. Terdapat 50 orang kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut. Aktiviti yang diadakan termasuklah sukaneka, nyayian lagu, tari-menari, jamuan makan dan perkongsian hidup bersama kanak-kanak di situ. Ini merupakan salah satu aktiviti PSM Buntong untuk mendekati kanak-kanak yang dipinggirkan atau kehilangan keluarga mereka.

PSM Cameron Highlands telah mengadakan satu sidang media pada 3 Julai yang lalu di ibupejabat PSM di Brickfields, Kuala Lumpur. Sidang media tersebut diadakan untuk mendedahkan kepada media nasional tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Cameron Highlands, seperti isu rampasan tanah pertanian, perobohan gerai, dan isu perumahan. Kerajaan Pahang gagal menyelesaikan isu mereka walaupun para penduduk yang terlibat telah beberapa kali membawanya kepada perhatian pihak kerajaan.

Sebuah buku Bahasa Inggeris berjudul “Kaatu Perumal” telah diluncurkan pada 4 Julai yang lalu, di Kuala Lumpur. Buku yang ditulis oleh Dave Anthony ini berasaskan pada sejarah oral yang dikumpulkan oleh penulis dalam temuramahnya bersama dengan mereka yang pernah bertemu dengan Kaatu

Perumal, seorang pejuang gerila yang telah menjadi lagenda untuk masyarakat

kelas pekerja di Sungai Siput, Perak. Sejarah rasmi negara kita telah mengabaikan peranan pejuang anti-penjajah seperti Kaatu Perumal. Oleh yang demikian, penerbitan buku sejarah oral sebegini pastinya akan dapat mengisi kekosongan sejarah kita tentang pejuang-pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.

Page 4: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Jul-Ogos 20154 NASIONAL

Skandal 1MDBWatergate untuk Najib?

Skandal 1MDB semakin hari semakin hangat dengan pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku dan dikaitkan dengan Perdana Menteri, Najib Razak sendiri. Walaupun Syarikat 1MDB dan Najib cuba menafikan segala tuduhan, namun banyak perkara memang perlu penjelasan untuk membersihkan namanya sekiranya operasi 1MDB itu tiada masalah, dan jikalau tidak, Najib pastinya hilang segala integriti dan kewibawaan untuk terus menjadi Perdana Menteri. Adalah menjadi pertanyaan, adakah skandal 1MDB ini adalah skandal Watergate untuk Najib?

(Skandal Watergate adalah skandal politik yang berlaku pada tahun 1970-an di Amerika Syarikat, yang melibatkan konspirasi politik, rasuah, penggunaan harta awam dan penyelewengan kuasa oleh Presiden Nixon pada masa itu yang cuba menutupinya tetapi Nixon akhirnya terpaksa meletak jawatan.)

1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebuah syarikat “pembangunan strategik” milik kerajaan Malaysia, yang ditubuhkan untuk menggerakkan inisiatif untuk pembangunan ekonomi jangkamasa panjang dan menggalakkan pelaburan asing (FDI) dalam bidang seperti tenaga, hartanah, pelancongan dan perniagaan tani. Sejak 1MDB ditubuhkan pada tahun 2009, syarikat ini telah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi dan skandal, termasuklah hutang syarikat yang mencecah RM 42 bilion, kerjasama dengan PetroSaudi yang melibatkan jutawan Jho Low, pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji dengan harga yang terlampau tinggi dan banyak lagi.

Skandal terbaru adalah laporan dalam Wall Street Journal yang mendedahkan bahawa hampir RM 2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun bank yang dipercayai kepunyaan Najib itu sendiri. Sekiranya perkara begini berlaku di

negara yan lain, pastinya pemimpin yang terlibat akan meletak jawatan!

Pembongkaran skandal 1MDB sudah pastinya juga ada kaitan dengan perbalahan dalaman parti UMNO apabila kita menyaksikan bekas PM Mahathir begitu lantang suaranya menggunakan isu 1MDB untuk menyerang Najib. Walaupun Mahathir boleh mempergunakan isu ini untuk menjatuhkan Najib, namun ini tidak bermakna sesiapa yang menggantikan Najib, termasuklah sesiapa daripada puak Mahathir itu akan mentadbir urus kewangan negara kita dengan penuh integriti. Ini kerana semua politikus UMNO-BN itu datang daripada acuan yang sama.

Isu 1MDB merupakan salah satu contoh yang nyata penyelewengan modal kewangan dalam sistem kapitalis hari ini, dengan melibatkan segelintir kecil elit pemerintah cuba mengkayakan diri mereka sendiri dengan menggunakan wang milik negara. Skandal sebegini akan terus

berlaku dan wang kepunyaan rakyat akan terus lesap, sekiranya tiada perubahan dalam sistem kewangan dan juga pendemokrasian dalam pengurusan ekonomi negara.

Sememangnya orang-orang yang terlibat dalam skandal sebegini perlu meletak jawatan segera dan disiasat oleh badan yang berkecuali. Masalahnya, tahap kepercayaan rakyat kita terhadap badan-badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) itu amat rendah akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan campurtangan politik oleh elit pemerintah dalam memastikan agensi yang sepatutnya bebas itu melindungi kepentingan mereka. Banyak perkara perlu kita tuntut dan lakukan untuk mengelakkan skandal rompakan siang oleh elit pemerintah daripada terus berlaku. ##

Kongres AS undi untuk penjajahan ekonomi baru

Bolehkah Malaysia menghalangnya?(Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Sivarajan, Setiausaha Agung PSM, pada 19 Jun yang lalu. )

Rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) kini kembali menghantui rakyat Malaysia, apabila Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (House of Representatives) telah mengundi untuk menyokong Presiden Obama dalam mempercepatkan rundingan tersebut melalui peruntukan khas yang digelar “Fast Track Authority” (FTA). Dengan adanya FTA ini, para perunding AS diberi kuasa penuh untuk memutuskan kandungan perjanjian itu tanpa dibawa ke Dewan Perwakilan AS. Para wakil rakyat AS hanya akan diberi kuasa untuk menerima atau menolak TPPA ini tanpa peluang untuk mengubahsuai kandungan perjanjian ini.

PSM merasakan Najib tidak berani untuk menentang keangkuhan AS. Dengan lulusnya FTA ini, perunding

pihak AS akan lebih berkeras lagi untuk memastikan Malaysia menyingkirkan segala halangannya terhadap TPPA dan terus tunduk kepada kehendak korporat AS.

Walaupun ada percubaan untuk melewatkan usaha FTA ini dengan menuntut suatu perjanjian sampingan iaitu “Trade Assistance Authority” (TAA) untuk memastikan bahawa para pekerja AS tidak akan hilang kerja apabila perjanjian TPPA ditandatangani oleh 12 buah negara

di rantau Asia Pasifik. Tetapi malangnya pengundian untuk kedua-dua FTA dan TAA ini telah dipisahkan. Maka, pada 18 Jun yang lalu, pihak Dewan Perwakilan AS telah mengundi untuk FTA sahaja. Obama memperolehi kemenangan tipis, dengan 218 undi menyokong dan 210 undi membantah untuk meluluskan FTA ini. Ahli parti Obama sendiri (iaitu Parti Demokrat) membantah FTA ini kerana pengalaman pahit Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang telah menyebabkan kehilangan kerja untuk pekerja AS.

Musibah yang serupa akan melanda rakyat marhaen di Malaysia, jikalau perjanjian TPPA dimeterai. Apabila cukai import/eksport barangan dan regulasi perniagaan serantau dilonggarkan lagi, maka kebanyakan kilang pembuatan, bisnes perkhidmatan dan korporat akan mencari lokasi baru (di negara lain) yang menawarkan kos pekerja yang paling murah, cukai yang paling rendah demi memaksimumkan keuntungan mereka. Jumlah peluang

kerja akan berkurangan.

Tambahan pula, TPPA juga akan memperlihatkan kemasukan pelbagai produk buatan luar negara dengan harga yang lebih rendah (akibat penghapusan cukai import). Ini akan menyebabkan permintaan untuk barangan buatan tempatan yang dikeluarkan oleh industri kecil dan sederhana (IKS) turut terjejas. Demi bersaing dengan produk import yang berharga lebih murah, IKS ini akan mengurangkan kos dengan mengurangkan tenaga kerja. Keadaan sedemikian akan menjejaskan jaminan kerja untuk rakyat biasa.

PSM mendesak kerajaan pimpinan Najib untuk menghentikan rundingan TPPA ini dengan segera, kerana kesan buruknya kepada warga pekerja. Bantahan tersebut telah wujud di AS dalam kalangan wakil rakyat mereka yang ingin melindungi hak pekerja mereka. Malangya, pihak Putrajaya sehingga kini masih gagal menyakinkan sama ada hak pekerja akan dilindungi atau tidak selepas TPPA ini ditandatangani.

TOLAK TPPA! TOLAK PENJAJAHAN EKONOMI BARU!

Page 5: Sosialis (Jul Ogos 2015)

5FOKUSJul-Ogos 2015

Apabila BN berpecah…Bodohnya pula Pakatanoleh Arutchelvan

Pakatan Rakyat (PR) sudah terkubur menurut Lim Kit Siang dan DAP. PAS masih belum buat keputusan muktamat untuk tinggalkan PR, menurut Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS, dan kepimpinan baru PAS yang dikuasai oleh golongan ulamak. “Kami akan wujudkan gabungan baru yang lebih dashyat dan menyeluruh untuk menyambung misi ke Putrajaya”, kata Anwar Ibrahim dari Penjara Sungai Buloh.

Maka bermainlah tai-chi, silat dan yoga oleh kepimpinan PR, untuk mencari alasan dan penjelasan supaya dapat dihidangkan kepada rakyat Malaysia yang amat kecewa dengan PR yang diwar-warkan sebagai “Pakatan Rakyat – Harapan Rakyat” dalam pilihanraya umum yang lalu. Kini, harapan rakyat hancur berkecai apabila kepimpinan PR bergaduh, bertelagah, bersandiwara politik sehingga rakyat biasa yang bosan dengan pemerintahan BN pun mula putus asa dan menggeleng-geleng kepala dengan hanya satu fikiran dalam minda mereka, “Bodohnya Pakatan!”

Ada di kalangan rakyat yang melihat perbalahan dalaman PR sebagai perangai kebudak-budakan dan mereka tidak dapat menghadam mengapa PR begitu bodoh dan tidak dapat melihat “gambaran besar” bahawa parti-parti politik pembangkang perlu bersatu sekiranya ingin menggantikan BN untuk memerintah negara kita. Ada pula merasakan akhirnya topeng sebenar PR tercabut dan ini ada baiknya kerana lebih baik wajah sebenar mereka dapat dilihat sekarang daripada selepas pilihanraya atau selepas memerintah. Namun, hari demi hari, strategi DAP cukup jelas adalah untuk memaparkan PAS sebagai parti yang jahat. PAS tidak ikut persefahaman bersama, PAS terbawa-bawa oleh kepimpinan ulamak, sempit pemikirannya dan akan melaksanakan hudud dan seterusnya sebuah Negara Islam. Strategi DAP mengkutuk PAS ini popular di kalangan orang bukan Islam. Strategi ini akan membolehkan DAP mendapat undi yang lebih dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi dan boleh membawa kemenangan DAP di kawasan yang ditandinginya. Maka langkah DAP ini memang ada kebaikan untuk DAP sendiri. DAP berjaya menonjolkan PAS sebagai orang jahat dalam PR.

Pada masa yang sama, PAS di bawah kepimpinan ulamak, sudah

tentunya mendapat tamparan hebat di kawasan Pantai Barat Semenanjung di mana komposisi rakyatnya lebih majmuk. Tetapi di kawasan Pantai Timur di mana lebih 80% rakyatnya beragama Islam, maka posisi yang diambil oleh PAS adalah dianggap betul dan disanjung kerana dilihat sedang memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Retorik PAS yang juga tidak gentar melawan “DAP Cina” sudah tentunya mendapat sokongan rakyat Melayu Islam yang turut terjebak dalam hegemoni perkauman yang dibawa oleh penjajah sebelum merdeka dan UMNO-BN selepas itu.

Maka nampaknya gerakan demokratik dan mobilisasi yang berlandaskan keadilan dan bukan perkauman yang dibawa oleh kumpulan seperti BERSIH yang telah berjaya mengadakan tiga perhimpunan raksasa, kini terpaksa akur kepada agenda perkauman dan agama yang dibawa oleh parti komponen PR. Ini adalah satu langkah ke belakang bagi mereka yang berjuang untuk demokrasi dan keadilan sosial seperti pilihanraya bersih, melawan rasuah, pemansuhan undang-undang zalim dan sebagainya.

Ini turut memberi tamparan kepada golongan kiri, sosialis, anarkis atau kuasa ketiga kerana isu perjuangan kelas dihumban ke pintu belakang, untuk membolehkan politik berlandaskan kaum dan agama mengambil ruang utama dalam politik negara kita sekali lagi.

Ini bererti kemajuan dalam politik kelas selama 7 tahun yang lepas sudah kembali kepada politik lama kita, iaitu perkauman. Jadi, ini nampaknya satu kemenangan besar untuk agenda UMNO-BN, kerana mereka bukan sahaja berjaya memecahkan PR menggunakan taktik lama tetapi berjaya mengekalkan Malaysia dalam status quo yang berlandaskan politik perkauman. Lebih-lebih lagi, siapakah lebih jaguh dalam mempermainkan perkauman jika bukannya UMNO? PR sendiri melangkah ke dalam perangkap dan termakan racun UMNO-BN. PR terjatuh dalam kubur yang sudah digali oleh UMNO-BN. Bodohnya Pakatan.

Dalam suasana PR menghadapi perpecahan ini, PKR pula seperti terumbang-ambing terutamanya kepimpinannya di Selangor, di mana PAS dan DAP mempunyai undi yang hampir sama dan PKR terpaksa memuashatikan dua komponen ini untuk terus berkuasa. Maka sudah tentunya pimpinan PR di Selangor tidak boleh sehebat pimpinan PR

semasa penggal pertama memerintah. PKR seperti terpaksa memakai dua topi, berpolitik oportunis dan cuba menyakinan rakyat di atas dua pentas berbeza. Umpamanya, di pentas DAP, mereka akan menyokong sekularisme. dan di pentas PAS pula, mereka akan menyokong Hudud. PKR juga mungkin akan kembali kepada formula lama di mana mereka menjadi jambatan untuk dua gabungan politik, seperti Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah sebelum ini. Jika PKR berfungsi begitu, bererti politik negara kita kecundang ke belakang dan bukan maju ke hadapan. Ini juga bermakna tiga parti komponen PR tidak boleh bersama, sehingga amat memalukan memandangkan BN dengan 13 parti komponen dapat menyelesaikan semua masalah dan dapat memerintah negara tanpa perlu adanya dua gabungan.

“Bodohnya Pakatan” dirasai oleh majoriti rakyat yang telah mengundi untuk PR dalam pilihanraya lalu. PR sebenarnya mendapat undi popular 51% berbanding dengan BN yang hanya 47%. Sindrom bodohnya PR dirasai kerana UMNO dan Najib kini dalam krisis politik yang serius, begitu juga parti komponen BN seperti MIC, manakala MCA dan GERAKAN langsung tidak mendapat sokongan rakyat terutamanya kaum Cina. Dalam keadaan BN begitu lemah, malangnya PR tidak dapat mengambil kesempatan kerana sendiri yang bergaduh.

Jika ditinjau dari segi sejarah, PR semasa penubuhannya pada tahun 2008 bukannya diwujudkan sebagai satu kerjasama politik sebelum PRU-12, tetapi ia dibentuk selepas PRU-12 atas desakan rakyat. Walaupun sejurus selepas PRU-12, ada parti pembangkang yang cuba berebut beberapa jawatan tetapi rakyat telah menunjukkan kemarahan dan memberikan tekanan yang serius melalui media sosial sehingga parti-parti tersebut terpaksa berdamai. Maka sudah tentunya rakyat kecewa kerana PR tidak dapat memenuhi kehendak rakyat untuk menjatuhkan pemerintahan berterusan UMNO-BN.

Dalam suasana yang sungguh muram ini, maka apa yang cuba dilakukan oleh DAP, sebahagian besar ahli PKR dan Kumpulan 18 PAS progresif serta PASMA adalah cuba membentuk satu gabungan baru untuk menang dalam PRU-14. Gabungan ini harus dilakukan

sekarang juga untuk membolehkan ia mempunyai masa yang cukup untuk memantapkan diri sebelum PRU-14. Maka banyak debat berlangsung di seluruh negara.

Namun, mereka akan berdepan dengan pelbagai rintangan. Kumpulan Progresif 18 PAS sebenarnya tidak menentang Hudud yang dibantah keras oleh DAP. Mereka hanya berkata sekarang bukan masa yang sesuai. Mereka juga akan terus dikutuk teruk oleh pimpinan PAS yang sedia ada kerana mereka akan dilihat sebagai boneka DAP. Maka keadaan sukar untuk komponen PAS progresif ini menarik sokongan baru memandangkan golongan Melayu yang lebih liberal mungkin sudahpun berada bersama PKR, DAP dan juga PSM. Mereka mungkin berjaya menarik segelintir orang melayu lain tetapi tidak mungkin dapat membawa masuk komponen yang lebih besar di Pantai Timur.

Satu kebaikan adalah gabungan baru ini mungkin lebih mantap kerana mereka dapat mengambilkira kelemahan yang ada dalam PR dan memulakan kerjasama baru berlandaskan satu muafakat politik yang baru. PR dalam jelmaan baru mungkin kurang angkuh dari segi perkongsian kerusi dan lebih inklusif dalam membawa masuk rakan-rakan lain termasuk NGO dan ramai lagi.

Persoalan yang lebih besar untuk kumpulan progresif dan rakyat Malaysia adalah sejauh mana Pakatan Baru atau Pakatan 2.0 akan ke hadapan dalam memperjuangkan isu-isu menentang agenda neo-liberal seperti penswastaan, gaji rendah, TPPA dan sebagainya. Ini adalah persoalan pokok untuk kesejahteraan rakyat. PR sendiri seperti tiada polisi apabila berbincang mengenai isu akta gaji minima, isu penswastaan kemudahan asas dan TPPA umpamanya. Polisi-polisi pro-kapitalis dan neo-liberal masih menjadi pegangan pentadbiran negeri di bawah PR. Maka adakah gabungan baru ini membawa perubahan kepada pemerintahan tanpa perubahan sistem?

(sambung di m/s 6)

Page 6: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Jul-Ogos 20156 NASIONAL

Jangan hilang fokusJangan kita terlalu ghairah dengan perbalahan antara puak-puak elit politik kelas pemerintah sehingga terlepas pandang isu-isu rakyat marhaen yang penting. Begitulah peringatan yang diberikan oleh Khairul Nizam bin Abd Ghani, selaku Ahli Jawatankuasa Pusat PSM merangkap Pengerusi Unit Kelantan PSM, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 5 Julai yang lalu.

PSM menyatakan kerisauan tentang polemik politik yang sedang berlangsung di kalangan rakyat dan juga ahli politik, pemerintah mahupun pembangkang, pada takat ini yang menggambarkan seolah-olah tiada isu rakyat yang lebih penting daripada 1MDB dan pertelingkahan antara Mahathir dengan Najib.

Dalam kenyataan tersebut, PSM menyeru pada semua pihak supaya tidak terlalu terikut-ikut dengan rentak pergaduhan antara Mahathir dengan Najib. Ini kerana ianya lebih kepada perbalahan antara 2 puak pemodal (kapitalis), di mana sesiapa pun antara mereka berdua ini menang, Malaysia tetap akan menjadi mangsa kepada dasar dan sistem sosio-ekonomi neo-liberal yang sama.

“Kita perlu mengalihkan fokus kepada perkara penting yang melanda rakyat pekerja setiap hari.” Khairul Nizam mengulas, “Kilang JVC (dan beberapa lagi dikatakan bakal menurut langkah) menutup operasinya di Selangor dan berpindah ke Thailand. Ini mengakibatkan kehilangan lebih 500 pekerjaan. Ini adalah satu lagi kejadian selepas kehilangan kerja lebih 6000 orang pekerja syarikat penerbangan nasional MAS.”

“Pada ketika semua peniagaan dan syarikat swasta bersaing untuk mengurangkan kos dengan mengecilkan tenaga pekerja, adakah kita terfikir bagaimanakah pekerja yang diberhentikan kerja ini akan memperoleh kerja di tempat lain?”

“Trend ini sangat membimbangkan. Kita perlu duduk dan mencari jalan bersama.” PSM dan pihak kesatuan sekerja di negara kita telah lama menuntut pada kerajaan untuk menubuhkan sebuah tabung bantuan khas pemberhentian kerja, tetapi tidak dipedulikan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Khairul Nizam juga mengungkitkan

beberapa persoalan yang berkaitan dengan jaminan kerja untuk rakyat marhaen yang semakin terancam: i. Apakah ianya kesan daripada rancangan pembangunan Terusan Kra di Thailand?ii. Adakah ianya kesan daripada nilai ringgit yang hilang kuasa saingannya?iii. Adakah ianya kesan daripada indeks rasuah dan karenah birokrasi Malaysia?iv. Adakah kita gagal “mencuri” teknologi kilang pelaburan asing selama ianya beroperasi di Malaysia bagi mewujudkan jenama sendiri sekaligus membentuk peluang pekerjaan dan pasaran sendiri?v. Adakah saingan kos buruh

rendah yang menjadi punca sehingga ratusan ribu pekerja asing lagi perlu dibawa masuk?

Oleh yang demikian, PSM berharap semua parti politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa-mahasiswi dan tokoh-tokoh akademik untuk memberi fokus yang cukup kepada isu-isu penting yang melanda rakyat jelata. Hanya apabila rakyat fahami kepentingan untuk menukarkan acuan ekonomi dan politik masa kini, mereka akan terus melanjutkan visi perjuangan ke tahap yang lebih tinggi. Perjuangan rakyat marhaen perlu diperkasakan. ##

(sambung dari m/s 5)

Buat masa ini, apa yang jelas adalah perlumbaan untuk membentuk satu gabungan secara ekpres untuk menjadi kenderaan bagi rakyat untuk melawan BN dalam PRU-14. Rakyat cukup marah dengan BN terutamanya selepas pelaksanaan GST dan rakyat semakin skeptikal dengan PR. Maka adakah rakyat akan membuat pemilihan berdasarkan sistem 2 parti atau adakah rakyat akan memilih individu-individu tertentu dan parti-parti baru? Ini adalah perkara-perkara yang harus diambil kira.

Hanya satu gabungan baru yang anti-perkauman, berlandaskan aspirasi kelas majoriti dan membawa kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan korporat sahaja dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat marhaen. Isu polisi dan dasar harus menjadi penentu utama membawa Malaysia ke era baru.

Mengambil lirik lagu popular dalam demonstrasi rakyat – “buruh tani, mahasiswa, rakyat miskin kota, bersatu padu rebut demokrasi”. Adakah aspirasi dan dahaga mereka akan diselesaikan oleh pakatan baru atau ia hanyalah sekadar menjadi parti baru mengantikan parti lama dalam pilihanraya? ##

MB Negeri Sembilan tipu!Isu tanah Gatco belum selesaiMenteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad bin Haji Hassan mengeluarkan satu kenyataan pada 16 Jun yang lalu, mengatakan bahawa isu tanah Kampung Gatco yang berlarutan untuk selama 40 tahun sudah selesai ekoran daripada pemberian surat tawaran tanah kepada sebahagian kecil penduduk di situ.

Ekoran kenyataan tersebut, satu sidang media telah diadakan oleh Jawatankuasa Bertindak Peneroka Gatco bersama PSM Cawangan Seremban pada 25 Jun yang lalu. Menurut kenyataan MB Negeri Sembilan, sebanyak 170 orang peneroka telah terima tawaran tersebut. Tetapi mengikut Jawatankuasa Bertindak Penereko Gatco, hanya sekitar 120 keluarga sahaja menerima tawaran Kerajaan Negeri, iaitu 2 dan 4 ekar tanah. Jika angka MB adalah benar, maka daripada jumlah keseluruhan, iaitu sebanyak 468 keluarga peneroka, hanya 36% sahaja bersetuju dengan tawaran yang diberi oleh Kerajaan Negeri. Ini bermakna, sejumlah besar daripada mereka, iaitu sebanyak 64% tidak setuju dengan tawaran Kerajaan Negeri. Jadi, bagaimanakah MB Negeri Sembilan

boleh mendakwa isu tanah Gatco sudah selesai? Ianya tidak benar sama sekali.

Peneroka Gatco juga mempertikaikan bagaimana sebuah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk memberi tanah Gatco ini sedangkan kes ini masih berjalan dalam Mahkamah. Kes Mahkamah Persekutuan yang difailkan oleh Tamarai Holdings Sdn Bhd untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada peneroka Gatco masih dalam perbicaraan. Dalam keadaan sebegitu, bagaimanakah MB boleh mengeluarkan surat tawaran kepada peneroka di situ? Adakah tawaran yang diberi itu sah di sisi undang-undang?

MB juga mengeluarkan kenyataan bahawa peneroka yang tidak terima tawaran tersebut hanya diberi tempoh dua bulan, iaitu dari 6 Jun hingga 15 Ogos 2015, kalau tidak tawaran tersebut tidak akan diberikan lagi. Memandangkan tarikh perbicaraan di Mahkamah

Persekutuan adalah pada 18 Oogos 2015, MB tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu, malahan beliau sepatutnya tunggu sehingga segala perbicaraan selesai. Beliau juga mengatakan bahawa peneroka ini telah dipengaruhi oleh helah pembangkang, sedangkan dalam Jawatankuasa Bertindak ada beberapa ketua MIC dan PPP yang terlibat dalam perjuangan hak mereka.

Tindakan terburu-buru oleh pihak Kerajaan Negeri ini mencabuli hak peneroka dan segala kenyataan yang dikeluarkan ini hanya berpihak kepada golongan kapitalis. Ini sememangnya bukan satu tindakan yang dapat menyelesaikan masalah Rakyat Marhaen. ##

Page 7: Sosialis (Jul Ogos 2015)

7BUDAYA MASYARAKATJul-Ogos 2015

Generasi Millenial, aku twit maka aku ada(bahagian 1)oleh Sidiqin Omar

Generasi X adalah angkatan yang dilahirkan pasca Perang Dunia Kedua (era Perang Dingin), iaitu kira-kira mulai pertengahan tahun 1970-an sehingga penghujung tahun 1980-an, manakala generasi Y adalah mereka yang lahir pada awal 1990-an sehingga ke hari ini.

Generasi X adalah golongan yang pada ketika zaman kanak-kanaknya - mereka membuat aktiviti sama ada riadah, atau akademik secara “real”. Dengan kata lain, kegiatan-kegiatan kegemaran mereka itu dilakukan melalui cara yang konvensional.

Misalnya, kanak-kanak generasi X pada zaman itu, ketika waktu petang mereka akan bersukan di padang permainan. Bermain bola sepak, melastik burung, memanjat pokok, berkhemah di tepi sungai, berbasikal mengelilingi pekan dan sebagainya.

Generasi X pada zamannya mendapat maklumat, ilmu pengetahuan melalui suratkhabar, buku-buku di perpustakaan, majalah-majalah, komik, televisyen, radio, dan juga kisah-kisah dahulu kala

yang disampaikan oleh orang-orang lebih tua melalui cara lisan.

Ayuh kita lihat pula generasi Y. Golongan ini lahir ketika teknologi dunia berkembang. Semua negara ketika itu cuba mengelakkan diri daripada terlibat dalam kancah peperangan dan berusaha meletakkan negara mereka menjadi negara maju, atau setidak-tidaknya menuju negara industri melalui perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan.

Generasi Y ini lahir pada era pasca Perang Dingin, iaitu selepas Tembok Berlin runtuh. Ketika itu media dan maklumat berkembang pesat. Kepesatan maklumat dan perkakasan maklumat itu sangat kita

raikan, malah berlumba pula sesama kita untuk menggunakannya.

Kepada “orang dewasa” pada zaman itu, mungkin ada yang berbangga di kalangan mereka, seolah-olah maklumat yang mereka perolehi lebih awal dan pengucapnya pula lebih mengetahui, sehingga menyebabkan mereka sendiri tidak tahu - yang mana satu maklumat, dan yang mana satu ilmu pengetahuan.

Era tersebut adalah permulaan era internet, pada zaman yang sering kita dengari istilahnya sebagai “maklumat tanpa batas”.

Namun, kita perlu melihat kepada kesampaian satu lagi generasi unik, yang ditakrif sebagai “generasi

millennial”, sebuah generasi anak muda yang datang daripada kedua-dua kategori generasi X dan Y.

Generasi milenial ini ditandakan kelahirannya pada sekitar tahun 1982 hingga 2000. Generasi millenial ini adalah kelompok yang datang dengan sebahagian besar daripada generasi X, dan sepenuhnya daripada generasi Y.

Apa kena-mengena keperluan kita mengenali jenis-jenis generasi X dan Y ini?

Ini kerana sikap, akibat daripada latar budaya dan ekonomi, perkembangan teknologi dan kecenderungan tertentu akhirnya boleh membentuk peranan generasi-generasi ini sebagai salah satu daripada ejen penyebaran maklumat.

Adalah penting untuk mana-mana organisasi untuk mengenali kelompok ini. Selepas mengenali mereka, maka dapatan yang kita temui daripada tinjauan-tinjauan tersebut akan memudahkan gerak kerja, memberikan panduan untuk merancang kandungan-kandungan di dalam selebaran untuk “dijual” ke pasaran maklumat, demi usaha perubahan dan kebaikan.

Apa karektor “generasi millennial”? “Generasi millennial” bergantung tinggi kepada suapan teknologi. Sebahagiannya dengan tujuan untuk menjadikan pekerjaan atau kegiatan mereka lebih baik. Namun ada juga yang menjadi “mangsa”, terperangkap dengan herotan fakta yang dimuatkan ke dalam maklumat tersebut.

Namun kebanyakan, atau kebiasannya mereka ini (dan orang dewasa juga) hanya menjadi “information consumer” - menjadi pengguna maklumat, dan mengulang-ulangnya semula. Natijahnya, apa yang berlaku hanyalah reaksi ke atas reaksi daripada maklumat-maklumat tersebut.

Berbekal alatan seperti laptop, telefon pintar, generasi millenial

terhubung dengan internet hampir 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Generasi ini berkomunikasi dan memanfaatkan teknologi sepenuhnya melalui aplikasi facebook, twitter, instagram, e-mel, SMS, whatsapp dan lain-lain.

Generasi millenial menakrif dirinya dengan menyatakan secara terbuka kelakukan dan kegiatan mereka. Setiap kegiatannya dirakam, didokumentasi dan kemudian dimuatnaik serta-merta ke ruang sosial melalui media baru.

Anak-anak muda (kebanyakannya) daripada generasi millenial ini “tidak dapat menjadi diri mereka” tanpa bantuan aplikasi dan perkakasan tersebut. Fenomena ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Ada yang merasa jengkel dan tidak selesa dengan budaya baru ini. Malah, wujud juga ejeken kepada generasi “kurang makan garam” ini dengan sindiran “Aku twit, maka aku ada”. Seharusnya perkara ini dilihat dengan jernih, dan organisasi perubahan perlu mengambil peluang memanfaatkan fenomena tersebut.

Kita semua tahu bahawa ahli politik, tokoh sukan, artis, institusi-institusi pelbagai jalur, atau mana-mana individu yang dianggap sebagai selebriti dan “trendsetter” di seluruh dunia turut terkena tempias dari fenomena global ini.

Kini persoalannya, bagaimana kelompok progresif dan pembaharu mahu menempatkan diri, menyongsong idea ke pasaran fenomena tadi dengan muatan maklumat dan propaganda?

Trend pengundianDapatan daripada badan peninjau Merdeka Center melalui laporannya pada bulan Mei 2015 menyatakan bahawa 37% rakyat Malaysia tidak percaya kepada media rasmi, iaitu akhbar dan stesen televisyen nasional menjelang pilihan raya umum ke-13.

Laporan sama turut mengkaji trend pengundi muda (di bawah umur 40 tahun) bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei 2014 lalu sebagai tolok ukur berhubung penggunaan media sosial sebagai alat mendapatkan maklumat.

Hasilnya mengejutkan, apabila kira-

kira 92% pengundi muda (di bawah umur 40 tahun) di PRK Teluk Intan, sebuah kawasan bandar di luar Lembah Klang, membaca berita, membuat kiriman dan pandangan berhubung isu politik semasa dengan menggunakan media baru.

Ini suatu dapatan penting. Kita boleh berhujah kononnya pada ketika itu, tumpuan seluruh rakyat Malaysia adalah kepada PRK Teluk Intan, maka sudah tentu kadar pembacaan terhadap liputan peristiwa politik tersebut adalah tinggi.

Namun sebaliknya apa yang perlu diberikan perhatian adalah kecenderungan pengundi muda di bawah 40 tahun di luar bandar (luar Lembah Klang pula) yang turut serta dalam arus penggunaan media sosial sebagai akses kepada

maklumat.

Sudah tentu generasi X, generasi Y atau generasi millenial yang memiliki populasi paling besar, iaitu lebih 50% daripada keseluruhan rakyat Malaysia, malah mencapai umur untuk mengundi pada PRU-14, memerlukan maklumat politik, ekonomi, sosial dan agama sebagai pertimbangan untuk membuat keputusan.

Generasi X, generasi Y dan generasi millenial juga ditohmah sebagai tidak patriotik, luntur jati diri dan meniru budaya asing - kononnya akibat “keterbukaan” maklumat dan teknologi. Malah, badan agama, institusi pendidikan dan keluarga turut dipergunakan untuk “menambah pedas” kritikan.

Jika “iman”, nasionalisme, dan jatidiri bangsa boleh “runtuh” akibat dirempuh arus maklumat, jadi tidak mustahil sekiranya pandangan politik dan ideologi progresif mampu menembusi pasaran, cuma apa yang perlu diperhalusi adalah kaedah dan kandungannya.

(sambung di edisi yang akan datang)

Page 8: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Jul-Ogos 20158 KHAS

Membina alternatif sosialis untuk Malaysia

Menuju TransisiLaporan khasKongres PSM ke-17

Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-17 telah berlangsung pada 12-14 Jun yang lalu di Sungai Petani, Kedah, dengan bertemakan “Menuju Transisi”.

Sejak PSM ditubuhkan pada tahun 1998, pemegang jawatan utama parti, iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat telah kekal dipegang oleh orang yang sama. PSM sentiasa sedar bahawa perlunya mewujudkan transisi kepimpinan supaya aktivis muda dapat mengambilalih tugas pimpinan

dan menjana lebih tenaga untuk perjuangan berterusan. Dalam Kongres di Sungai Petani ini, proses transisi kepimpinan parti telahpun bermula, di mana jawatan Setiausaha Agung yang telah disandang oleh Arutchelvan telah diambilalih oleh bekas Bendahari Kehormat,

Sivarajan. Jawatan Bendahari Kehormat juga telah memperlihatkan transisi daripada Sivarajan kepada Soh Sook Hwa yang merupakan Timbalan Bendahari Kehormat sebelum ini. Pada masa yang sama, pengundian para delegasi Kongres telah memilih untuk mengekalkan Dr. Nasir Hashim sebagai Pengerusi PSM dan Saraswathy sebagai Timbalan Pengerusi. Para perwakilan mempunyai hasrat untuk transisi kepimpinan parti yang dilakukan secara berperingkat.

Kongres Nasional PSM yang pertama kali diadakan di negeri

Kedah ini dirasmikan dengan nyanyian lagu Internationale yang telah bergema di dewan persidangan, sambil bendera merah PSM berkibar di sekitar bandar Sungai Petani.

Dalam ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengerusi, Saraswathy mengecam bagaimana Pakatan Rakyat telah gagal memenuhi harapan rakyat, akibat pertelingkahan yang sedang berlaku antara DAP dengan PAS. Justeru itu, beliau menegaskan bahawa landskap politik nasional amat memerlukan sebuah parti politik yang benar-benar memperjuangkan aspirasi rakyat. Situasi politik kini memberikan peluang yang cerah kepada PSM.

Dalam ucapan dasar yang disampaikan oleh Dr. Nasir Hashim, beliau menyenaraikan dengan jelas isu-isu yang melanda dunia dan juga krisis politik, ekonomi, alam sekitar dan kepimpinan negara di Malaysia.

Arutchelvan telah membentangkan Laporan Setiausaha Agung dengan menggariskan secara terperinci aktiviti sepanjang setahun yang lepas dan juga halatuju perjuangan parti. Arutchelvan telah menyentuh tentang 10 perkara penting yang boleh dianggap sebagai pencapaian PSM untuk setahun yang lepas, antaranya protes bantah GST yang melumpuhkan Jabatan Kastam di Kelana Jaya, misi bantuan banjir di Pantai Timur, perjuangan petani di Perak, memperjuangkan isu hak pekerja migran, Forum Merdeka yang menjelajah ke seluruh negara, penampilan Dr. Jeyakumar Devaraj sebagai ahli parlimen yang rajin memperjuangkan kepentingan rakyat, Bajet Alternatif yang julung kali dikeluarkan oleh Gabungan Kiri, memorandum berkenaan isu ibu tunggal, protes membantah loji penjana kuasa nuklear, penangkapan Arutchelvan di bawah Akta Hasutan dan juga himpunan Hari Pekerja pada 1 Mei yang lalu.

Topik perbincanganAnggota-anggota PSM membincangkan topik-topik penting dalam sesi khas semasa Kongres setiap tahun. Salah satu topik yang dipilih untuk perbincangan dalam sesi pembentangan kertas semasa Kongres kali ini adalah untuk memahami fenomena ISIS di Timur Tengah dan impaknya kepada keadaan antarabangsa serta negara kita. Pembentang untuk topik ini adalah Zaid Kamaruddin daripada IKRAM, Yana Rizal daripada Projek Dialog dan Khairul Nizam daripada PSM Kelantan. Diskusi ini dapat membantu peserta-peserta Kongres untuk menilai sama ada perjuangan yang dibawa oleh ISIS itu benar-benar mencerminkan prinsip dan nilai Islam ataupun tidak.

Topik kedua yang dibincangkan untuk analisa lebih lanjut adalah tentang isu sama ada perpecahan Pakatan Rakyat membawa manfaat atau sebaliknya kepada senario politik Malaysia. Isu ini telah dikupas oleh Wong Chin Huat daripada Penang Institute dan Arutchelvan selaku Setiausaha Agung PSM. PSM merasakan bahawa dalam apa jua senario, sama ada PR berpecah ataupun tidak, ianya tidak akan memberikan kesan yang signifikan kepada halatuju politik PSM dalam terus memperjuangkan hak rakyat.

Satu lagi sesi pembentangan kertas adalah diskusi tentang bagaimana memantapkan alat utama propaganda parti, iaitu akhbar Sosialis, terbitan berkala PSM yang keluar setiap bulan.

Pembentang untuk sesi ini adalah Soh Sook Hwa (PSM) dan Sidiqin Omar (aktivis sosial). Bengkel perbincangan berkelompok selepas pembentangan kertas memberi peluang kepada semua peserta Kongres untuk memberi input dalam penambahbaikan kualiti penerbitan akhbar Sosialis.

Seperti biasa, delegasi yang hadir ke Kongres PSM telah berdebat dengan begitu hebat dalam pembentangan usul-usul yang dibawa oleh cawangan-cawangan. Sebanyak 10 usul telah diterima, 8 usul ditolak dan 16 usul ditarik balik oleh cawangan selepas perdebatan. Antara usul yang diluluskan ialah perancangan khas untuk mengembangkan sayap parti ke Kelantan dan Terengganu, berusaha menubuhkan kesatuan sekerja untuk pekerja parti, dan bergiat menawarkan alternatif sosialis sebagai pilihan untuk pembangunan rakyat. Kongres juga mengusulkan agar PSM melancarkan kempen khas untuk mendesak pihak kerajaan memulakan Tabung Khas Pemberhentian Kerja, dan terus berjuang untuk menaikkan gaji minima pekerja .

Kongres PSM ke-17 juga meneliti dan meluluskan sebanyak 36 resolusi penting untuk mendesak perubahan ekonomi, politik dan sosial untuk rakyat marhaen di negara kita.

Barisan kepimpinan untuk penggal 2015-2017

Pemilihan pimpinan pusat PSM juga diadakan dalam Kongres tahun ini.

Jawatankuasa Pusat PSM untuk penggal 2015-2017 telah dipilih oleh delegasi dan senarainya seperti berikut:

Pengerusi : Dr. Nasir HashimTimbalan Pengerusi : M. SarasvathySetiausaha Agung : A. SivarajanTimbalan Setiausaha Agung : Choo Chon KaiBendahari Kehormat : Soh Sook HwaTimbalan Bendahari Kehormat : T. SimonAJK Pusat : Dr. Jeyakumar Devaraj

Khairul Nizam bin Abdul GhaniS. ArutchelvanRani RasiahE. ParamesS. NagenteranV. SelvamM. SivaranjaniSuresh Kumar

Kongres tiga hari ini berakhir dengan semangat dan mandat baru untuk melaksanakan usul-usul yang diluluskan dan juga cadangan-cadangan aktiviti yang dikemukakan oleh delegasi yang giat berbincang.

Kita sedang berada dalam saat-saat genting di negara kita, di mana kedua-dua parti pemerintah UMNO-BN dan juga Pakatan Rakyat menghadapi krisis dalaman, sementara itu rakyat marhaen masih terus diperas oleh sistem kapitalis yang penuh dengan krisis. Walaupun PSM masih sebuah parti yang kecil, tetapi memikul tanggungjawab yang

penting untuk menawarkan alternatif sosialis kepada rakyat marhaen yang inginkan perubahan sebenar sementara menegakkan keadilan sosial dan menjamin kesejahteraan yang berterusan. PSM akan terus berjuang bersama dengan rakyat marhaen untuk menentang segala dasar-dasar kapitalis yang menghakis hak asasi rakyat. Cabaran yang besar sedang menunggu dan PSM tetap akan terus mara ke hadapan. ##

Page 9: Sosialis (Jul Ogos 2015)

9KHASJul-Ogos 2015

BICARA HATI - KONGRES PSMoleh Letchimi Devi

Parti Sosialis Malaysia (PSM), satu-satunya parti politik kiri di Malaysia, telah berjaya melangsungkan Kongres Nasional yang ke-17. Artikel ini mengupas beberapa isu yang timbul semasa Kongres tersebut.

Setiap cawangan, fron dan ahli perwakilan negeri berani mengkritik. Semasa ulasan ucapan dasar Pengerusi, seorang wakil menegur kenapa ahli PSM takut memegang jawatan. Siapa yang akan ambilalih kepimpinan Parti jika semua segan

untuk bertanding? Namun begitu, transisi telah berlaku tahun ini. Syabas kepada PSM yang sekali lagi menjadi satu teladan kepada yang lain. Walaupun kecil, sungguh berprinsip.

Berani Mengkritik

Beberapa kali dibangkitkan tentang isu kenapa penglibatan aktif anak muda (pelbagai kaum) dalam program atau kempen PSM masih terhad. Suatu perkara yang mesti dikaji – adakah ini masalah PSM sahaja? Adakah generasi sekarang lebih berminat untuk menjadi ‘keyboard warrior’? Adakah PSM tidak cukup daya tarikan berbanding parti lain yang boleh menawarkan wang, jawatan, kontrak dan sebagainya? Adakah PSM terlalu rigid dari segi pendekatannya? Adakah generasi hari ini tidak

sanggup memberi komitmen kepada sebuah parti yang menuntut setiap ahli membuat kerja akar umbi? Atau adakah kaum muda sekarang tidak suka organisasi-organisasi yang menyekat kebebasan mereka dengan peraturan dan polisi? Atau adakah anak muda sekarang hanya memikirkan diri mereka sendiri sahaja, biarlah apa pun jadi pada komuniti!

Di mana silapnya, sistem pendidikan negara, ibu bapa, sistem kapitalisme atau pemerintah?

Ke mana anak muda?

Sah PSM satu parti berideologi, pasal itu setiap tahun “dokumen garis perjuangan parti” disemak – dokumen ini menilai siapa kawan, siapa lawan dan dengan siapa boleh ada kerjasama. Tahun ini seorang anak muda menyoal

kenapa PSM memilih bekerjasama dengan mahasiswa memandangkan mereka akan jadi golongan elit atau parasit? Hasil perbincangan daripada itu, mahasiswa tetap kawan PSM dan mesti ada kerjasama kerana

mereka adalah agen perubahan.

Kawan dan Lawan

Mahasiswa di masa hadapan akan menjadi pekerja – selagi cara pengeluaran (means of production) tiada di tangan mereka, mereka adalah pekerja. Begitu juga dengan golongan profesional yang lain seperti doktor dan jurutera yang menerima gaji. PSM adalah kawan pekerja untuk melawan kapitalis.

Sejauh mana kaum pekerja sedar? Persoalan ini terpaksa diungkitkan, kerana PSM sendiri mengaku

bahawa semakin sukar untuk mengatur gerakan kaum pekerja. - Isu gaji minima, kerajaan tak mahu semak semula walaupun harga barang melambung dan kos hidup tinggi. Pekerja diam.- GST yang memaksa pekerja gaji rendah, golongan miskin dan terpinggir untuk bayar cukai. Pekerja diam.- Jumlah pekerja informal dan pekerja kontrak bertambah. Tiada lagi jaminan kerja. Pekerja diam.

Mengapa?

Sedarkah kaum pekerja?

Isu agama, bangsa dan bahasa sentiasa dibincang dengan hati terbuka dalam parti. Antaranya ada pemikiran rasional seorang sosialis, ada yang berpandangan bahawa pasaran bebas menentukan bahasa mana yang akan tahan lasak, dan juga ada pandangan pejuang hak asasi bahawa setiap orang ada hak mengamalkan kepercayaan masing-masing, manakala pemikir liberal beranggapan bahawa kekayaan 1% di tangga teratas akan mencurah ke bawah dan memperbaiki kehidupan 99%. Ada juga golongan yang anti-sekular.

PSM ada tugas berat untuk menjaga hati orang. Cabarannya adalah bagaimana keseimbangan akan dicapai agar majoriti menerima nilai dan prinsip-prinsip PSM.

Kerasionalan + Sensitiviti

Keyakinan dan keberanian kepimpinan PSM menawarkan diri sebagai alternatif kepada rakyat mesti dipuji. Sebuah parti yang ada pemimpin-pemimpin yang peka terhadap persekitaran, tegas dalam pendirian dan ikhlas dalam perjuangan. PSM sedar ia tidak semudah itu, maka perlu membentuk satu gerakan yang lebih besar.

Persoalannya, adakah rakyat bersedia menerima alternatif ke-3 ini? Sejauhmana kekecewaan

terhadap BN, Pakatan dan PAS akan membawa sokongan kepada alternatif ini? Apakah kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh alternatif ini untuk menyakinkan rakyat?

Mungkinkah BN akan lepaskan kuasa memandangkan hutang negara sudah melambak dan ekonomi semakin teruk? Mungkin mereka dapat memperkasakan diri sementara menjadi ‘wira pembangkang’ – dan kembali semula dengan mandat baru! ##

PSM – tawarkan diri sebagai

alternatif haluan kiri!

Page 10: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Jul-Ogos 201510 ISU MASYARAKAT

Sengsara pelarian Rohingya tiada penghujung

Pelarian Rohingya yang berjaya mengelakkan diri daripada maut semasa perjalanan laut ataupun di kem-kem penyeludupan manusia di

sempadan Malaysia-Thai, masih menghadapi pelbagai masalah di Malaysia. Punca utama masalah-masalah ini adalah keengganan Malaysia mengiktirafkan status “orang pelarian”. Kerajaan kita mengkategorikan orang pelarian ke dalam kumpulan “PATI”, iaitu “pendatang asing tanpa izin”. Ramai orang “PATI” merupakan migran ekonomi. Mereka datang ke

Malaysia untuk cari kerja. Mereka boleh balik ke negara asal mereka bila-bila masa pun. Situasi seorang pelarian jauh berbedza – dia lari dari

negara asalnya untuk menyelamatkan nyawanya, kerana wujudnya konflik yang mengancam keselamatannya.

Kerajaan kita membenarkan pelarian Rohingya duduk di Malaysia sementara diproses oleh Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR). Tetapi orang pelarian tidak dibenarkan untuk berkerja. Oleh kerana tiada mana-mana pihak yang bersedia memberi mereka bantuan wang setiap bulan untuk menampung keperluan diri dan keluarga, orang pelarian terpaksa

mencari rezeki tanpa permit kerja. Apabila bekerja secara “curi-curi”, mereka terdedah kepada eksploitasi majikan – gaji rendah, gaji tidak dibayar, terpaksa kerja lebih masa tanpa pampasan. Nak mengadu kepada siapa?

Anak-anak mereka tidak boleh belajar di sekolah kita kerana mereka orang asing. Caj rawatan di hospital awam juga berlipat ganda lebih daripada caj rawatan untuk warganegara Malaysia. Mereka tidak boleh memperolehi lesen memandu. Oleh itu kena memandu secara haram.

Ini merupakan sebuah sekolah “pondok” di mana hanya ada 2 bilik besar, dengan setiap satu bilik memuatkan 3 darjah.

Sekolah ini telah ditubuhkan oleh sekumpulan orang Rohingya 3 tahun dahulu dan sekarang mempunyai lebih kurang 100 orang murid yang berdaftar. 4 daripada 5 gurunya adalah orang Rohingya dan seorang lagi rakyat Malaysia. Mereka mengikut sukatan pelajaran sekolah Malaysia, tetapi mengajar Bahasa Rohingya juga.

Murid-murid sekolah ini datang dari tempat tinggal sejauh 20 km. Pengangkutan adalah satu masalah praktikal, kerana ibubapa mereka tiada lesen memandu. Sekolah ini kena menyewa dua

van untuk membawa dan menghantar balik pelajar setiap hari.

Tiada mana-mana pihak – UNHCR, Kerajaan Malaysia, Badan Baitulmal Selangor, ataupun NGO lain – yang memberi bantuan kewangan untuk kos operasi sekolah ini. Oleh kerana ini, pada bulan Jun 2015, guru-guru sekolah ini tidak dibayar gaji selama 3 bulan!

Sekolah pelarian Rohingya di Sri SerdangKerajaan Malaysia telah membawa satu pemindaan dalam Akta Anti-Pemerdagangan Manusia bagi membenarkan mangsa pemerdagangan untuk bekerja

secara sah dalam tempoh perlindungan Kementerian Dalam Negeri. Pindaan ini diperkenalkan kerana Amerika Syarikat telah menurunkan status Malaysia ke tahap paling rendah dalam pengendalian isu pemerdagangan manusia. Jika Malaysia tetap berada di tahap ini, susah untuk Amerika Syarikat menandatangani perjanjian TPPA dengan Malaysia.

Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM telah memakai kesempatan ini dalam sesi parlimen pada 16 Jun yang lalu, untuk cuba memasukkan definasi “orang pelarian” sebagai satu kategori

khas dalam golongan “PATI”, melalui dua pindaan tambahan dalam Akta tersebut. Usaha ini dibantah oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri atas alasan jika Malaysia terlalu mesra pada orang pelarian, beribu-ribu lagi akan datang membanjiri Malaysia. Charles Santiago (Ahli Parlimen DAP Klang) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) cuba menyokong pindaan yang dibawa oleh Dr Jeyakumar dengan berhujah bahawa jumlah orang pelarian hanya 150,000 sekarang berbanding 4 juta pekerja asing yang sedia ada di Malaysia. Namun, Timbalan Menteri terus membantah dan akhirnya apabila sampai ke peringkat mengundi, usul pindaan Dr Jeyakumar digagalkan. Malaysia masih tidak mengiktirafkan perbezaan antara orang pelarian dan migran ekonomi. Kesengsaraan pelarian Rohingya dan orang pelarian lain akan berterusan. ##

Usaha Ahli Parlimen PSM digagalkan

Ancaman Kemunculan Politik Fasis-ChauvinisSuratkhabar The STAR, pada 9 Jun yang lalu, telah menerbitkan satu rencana bertajuk “Germany's Pegida makes gains in first polls”. Nama penuh parti Pegida adalah “Patriotic Europeans Against the Islamisation of the Occident”. Pegida adalah sebuah parti baru di Jerman yang berkempen atas dasar menyekatkan kemasukan orang beragama Islam ke negara Jerman. Dalam pilihanraya Datuk Bandar yang baru berlangsung di bandar Dresden, calon Pegida telah mendapat 9.6% daripada jumlah keseluruhan undi, menjadikannya parti yang keempat besar dari segi perolehan undi. Fenomena ini sedang berlaku di beberapa buah negara Eropah, di

mana lapisan masyarakat bawahan yang didera oleh dasar ekonomi neoliberal di kebanyakan negara Eropah diumpan oleh parti-parti puak kanan yang memakai hujah-hujah chauvinis yang menyalahkan pendatang asing atas penderitaan lapisan miskin rakyat negara itu. Ada antara parti nasionalis-chauvinis ini, seperti Golden Dawn di Greece yang menggalakkan tindakan-tindakan keras atau ganas terhadap kaum pendatang sehingga adanya beberapa insiden di mana warga pendatang yang diserang di negara Greece. Fenomena politik chauvinis ini didorong juga oleh kejatuhan imej parti-parti tradisional di mata kalangan rakyat biasa, kerana parti-

parti tradisional telah dan sedang mengamalkan polisi-polisi yang menyusahkan rakyat biasa. Polisi yang dibawa oleh parti politik berhaluan “kanan tengah” dan “kiri tengah” tidak berbeza banyak - di Britain umpamanya, Parti Buruh dan Parti Konservatif bergilir-gilir menghancurkan sistem kebajikan yang telah

diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua. Itulah sebabnya sebahagian daripada rakyat Eropah telah hilang kepercayaan terhadap politik tradisional dan lebih terbuka terhadap mesej parti puak kanan chauvinis seperti Pegida dan Golden Dawn. Adalah jelas bahawa, jika gerakan

kiri tidak dapat menggubal satu jalan keluar daripada rejim neoliberal yang telah menjejaskan kebajikan rakyat di seluruh dunia, politik fasis-chauvinis akan berleluasa dan menjejaskan lagi usaha pihak progresif untuk membina gerakan rakyat sosialis yang sanggup menentang serangan neoliberal. ##

Page 11: Sosialis (Jul Ogos 2015)

11PERSPEKTIFJul-Ogos 2015

Hukum rejam untuk kesalahan zinaoleh Jeyakumar Devaraj

Mengikut Fasal 12, Kanun Jenayah Syariah Kelantan Pindaan 2015, persetubuhan antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isteri atau suaminya ditafsirkan sebagai kesalahan “zina”. Hukuman untuk zina adalah rejam, iaitu dilontar batu yang sederhana besarnya sehingga mati jika pesalah itu “mohsan” yang bererti pernah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan yang sah. [Fasal 12(2)(a) dan Fasal 13(1)].

Namun, kita harus ambil tahu bahawa hukuman rejam ini adalah amat sukar untuk dijatuhkan ke atas sesiapa pun kerana taraf pembuktian untuk kesalahan zina adalah sangat tinggi. Fasal 42(2) mensyaratkan bahawa “dalam kes empat orang saksi hendaklah mengatakan mereka benar-benar melihat kemasukan zakar lelaki ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh.” Dan fasal 17(1)(a) menerangkan kesalahan “qazaf” sebagai tuduhan berzina yang tidak dibuktikan dengan 4 orang saksi, yang boleh dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali [Fasal 18(1)].

Dalam Kanun Jenayah Syariah asal yang diluluskan di DUN Kelantan

pada tahun 1993, kehamilan seseorang wanita yang sudah diceraikan ataupun telah menjadi balu untuk tempoh masa melebihi 18 bulan dapat diambil sebagai keterangan qarinah (bukti yang berkaitan) untuk membuktikan kesalahan zina. Tetapi klausa itu telah digugurkan dalam Kanun Jenayah Syariah 2015.

Fakta sejarah

Hukum rejam untuk kesalahan zina bukan suatu hukuman istimewa yang diwahyukan oleh Tuhan kepada Nabinya. Adalah dirakam dalam Bab 8, Buku John dalam Kitab Injil bahawa semasa Nabi Isa berhujah dalam satu kuil Yahudi, sekumpulan ulama Yahudi telah membawa seorang wanita yang mereka dakwa telah melakukan zina dan memohon Nabi Isa untuk menghukumnya direjam seperti diperuntukkan di bawah undang-undang Nabi Musa.

Tetapi Nabi Isa telah menjawab, “sesiapa yang tak pernah melakukan sebarang kesalahan boleh lontar batu pertama.” Tiada sesiapa di situ yang berani buat begitu. Setelah itu, Nabi Isa telah menasihatkan wanita itu “pulang ke rumah kau, dan jangan melakukan dosa lagi”.

Pandangan saya

1. Hukuman rejam untuk kesalahan zina telah wujud dalam masyarakat Timur Tengah sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w. Hukuman ini telah wujud dalam masyarakat Jahilliah yang wujud sebelum zaman Nabi.

2. Nabi Isa tidak menyokong hukuman rejam dan telah melindungi wanita yang dituduh zina.

3. Syarat-syarat yang diisytiharkan oleh Nabi Muhammad telah menjadikan pelaksanaan hukuman rejam untuk kesalahan zina hampir mustahil kerana:a. Memerlukan 4 orang saksi yang benar-benar nampak kejadian itu;b. Kenakan hukuman qazaf terhadap sesiapa yang menuduh tanpa bukti.

Pada kefahaman saya, kedua-dua nabi ini telah cuba untuk menghalang ataupun menyekat satu hukuman kejam yang telah pun wujud dalam masyarakat wilayah itu sejak zaman Jahilliah.

Usaha pengislaman masyarakat

Wujudnya sebahagian besar dalam

kalangan umat Islam yang percaya bahawa penerapan unsur-unsur agama Islam ke dalam corak pentadbiran masyarakat adalah jalan keluar untuk masalah-masalah yang kita sedang hadapi sekarang.

Kaum sosialis tidak menolak hasrat mengislamkan masyarakat secara menyeluruh. Ini kerana pada pandangan kami, adanya beberapa nilai yang baik dalam semua agama, termasuk Islam, yang berdasarkan pada prinsip persaudaraan antara manusia dan dengan alam sekitar – perasaan kasih sayang terhadap yang miskin, yang sakit dan yang tua; ajaran cara hidup kesederhanaan di kalangan pemimpin; ajaran keadilan sosial dan ajaran peduli pada alam sekitar.

Tetapi adalah sukar bagi kami, sosialis, untuk menerima pemaktuban hukuman-hukuman daripada zaman Jahilliah ke dalam sistem undang-undang kita pada abad ke-21. Dengan segala hormatnya, kami rasa penumpuan pada hukuman seperti rejam untuk zina merupakan keciciran daripada kaedah pengislaman yang boleh menginsankan sistem sosio-ekonomi yang sedia ada dan seterusnya memanfaatkan masyarakat kita. ##

Albert Einstein

“Revolusi telah memperkenalkan saya kepada seni, dan seterusnya, seni memperkenalkan saya kepada Revolusi!”

(sambung dari m/s 12)

Troika jadikan Greece jajahan hutang

Lebih tidak masuk akal lagi, “bantuan kewangan” yang diberikan dalam bentuk pinjaman itu, bukan sahaja tidak mengurangkan masalah rakyat Greece, malah menjadikannya lebih teruk lagi, dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat, kemiskinan yang berleluasa dan kebajikan sosial yang dihakis dengan teruk. Pada hakikatnya, wang berjumlah € 240 bilion yang disalurkan oleh Troika antara tahun 2010 hingga 2012, sekurang-kurang 90% daripadanya telah mengalir ke dalam poket bank-bank di Eropah. Apabila sistem

kewangan kapitalis Greece dan Eropah dapat diselamatkan, rakyat bawahan Greece terus dihimpit dalam kesengsaraan hidup.

Yang ironinya, Christine Lagarde, Pengarah Pengurusan IMF yang menerima gaji USD 467,940 bercampur dengan elaun tambahan

USD 83,760 setiap tahun, tidak perlu membayar apa-apa cukai, tetapi IMF pula memaksa Greece untuk menaikkan cukai ke atas orang miskin dan mengurangkan perbelanjaan sosial.

Kemarahan rakyat Greece yang membawa kepada kemenangan SYRIZA dalam pilihanraya pada bulan Januari tahun ini. Tetapi kelas pemerintah Eropah dan institusi kewangan antarabangsa enggan membenarkan kerajaan SYRIZA itu untuk menyelamatkan kehidupan rakyat Greece. Pemaksaan syarat-syarat yang ketat untuk pengurangan perbelanjaan kebajikan ke atas kerajaan Greece bagaikan satu cara rampasan kuasa. Penerimaan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Troika itu bersamaan dengan menyerahkan

kedaulatan sesebuah negara demokratik kepada sekumpulan kecil elit teknokrat yang tidak dipilih oleh rakyat. Oleh sebab itu, Tsipras telah memanggil satu referendum untuk membolehkan rakyat Greece menentukan nasib mereka sendiri

secara demokratik.

Ini hanya permulaan…

Rakyat Greece nampaknya lebih berani melawan daripada apa yang dijangka, di bawah keadaan yang begitu susah dan perih, tambahan pula dengan ancaman demi ancaman daripada elit pemerintah Eropah. Namun, ini hanya satu lagi permulaan baru bagi rakyat Greece dan Eropah untuk menentang sistem

kapitalis neo-liberal yang memangsakan rakyat biasa. Dengan kemenangan SYRIZA mengekalkan sokongan rakyat dalam menentang arus untuk melawan dasar-dasar penjimatan yang tidak masuk akal, ini akan memberangsang perjuangan di negara lain, khususnya Sepanyol di mana gerakan politik PODEMOS yang berhaluan kiri juga semakin berpengaruh dan mampu mengambil alih kuasa seperti SYRIZA di Greece. ##

Alexis Tsipras

Page 12: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Jul-Ogos 201512 ANTARABANGSA

Impian Erdogan tergendalaTurkiPilihanraya Parlimen Turki telah berlangsung pada 7 Jun yang lalu, dengan menyaksikan tiada satu parti yang berjaya memenangi separuh daripada 550 kerusi parlimen untuk memerintah secara sendiri.

Parti politik yang terbesar di Turki, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), telah menerima kejutan apabila mendapat keputusan pilihanraya yang paling teruk dalam tempoh masa 13 tahun pemerintahannya.

AKP yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan telah memenangi setiap pilihanraya sejak tahun 2002. Dalam Pilihanraya Umum Presiden yang julung kali diadakan pada 10 Ogos 2014, Erdogan yang menyandang jawatan Perdana Menteri pada masa itu telah mendapat undi sebanyak 51.79%. Impian Erdogan adalah menukar sistem politik di Turki daripada sistem berparlimen ke sistem presiden. Referendum pindaan perlembagaan pada tahun 2007 telah membolehkan pengundian terus oleh rakyat untuk memilih presiden. Sebelum pilihanraya tahun ini, AKP berkeyakinan bahawa ia boleh meminda dengan lebih lanjut

perlembagaan untuk memperluaskan kuasa eksekutif presiden, namun rancangan ini telah tersangkut dengan keputusan pilihanraya yang di luar jangkaan.

AKP yang mendapat undi sebanyak 40.86% memenangi 258 kerusi di parlimen, tetapi masih kurang 18 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru. Ini merupakan “parlimen tergantung” pertama yang wujud sejak tahun 1999. AKP terpaksa berunding dengan parti lain untuk menubuhkan kerajaan campuran atau kerajaan minoriti.

Sepanjang tempoh 13 tahun semasa AKP memerintah Turki, Erdogan dan AKP bercita-cita untuk mengembalikan kehebatan Empayar Turki Uthmaniyyah, dengan melaksanakan dasar ekonomi neo-liberal yang diselaputi dengan retorik populis. Pembangunan ekonomi stabil yang berterusan untuk satu dekad semasa pemerintahan Erdogan, telah mewujudkan satu gambaran “rasa baik” terhadap rejim AKP. Oleh sebab Turki merupakan sekutu penting Amerika Syarikat, maka Turki di bawah pemerintahan Erdogan sentiasa dipuji oleh media barat sebagai contoh “demokrasi Islamik”. Namun, dasar ekonomi neo-liberal yang menyebabkan kekayaan semakin menumpu dalam tangan segelintir kecil kelas atasan, masalah ketidakadilan sosial menjadi semakin meruncing. Tambahan pula dengan cara pemerintahan yang keras terhadap suara pembangkang, telah menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan rakyat, sehingga

tercetusnya gelombang protes yang hebat pada tahun 2013. Dengan kadar pembangunan ekonomi telah berkurangan daripada 10% ke 3% dalam 5 tahun yang lepas, kontradiksi sosial telah menjadi semakin ketara. Bencana lombong arang batu di Soma pada 13 Mei 2014 yang meragut nyawa seramai 311 orang pekerja, turut menimbulkan kemarahan rakyat.

Salah satu faktor yang menyebabkan kerusi AKP di parlimen berkurangan hebat adalah kebangkitan Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang berjaya melangkaui ambang batas perolehan undi 10%. Mengikut sistem pilihanraya di Turki, mana-mana parti politik hanya boleh mendapat kerusi di parlimen sekiranya mendapat peratusan undi lebih daripada 10%. HDP yang dipimpin oleh Selahattin Demirtas dan Figen Yuksekdag telah meraih sebanyak 6 juta undi, bersamaan dengan 13.12% undi, menjadikannya parti yang keempat besar selepas AKP, Parti Rakyat Republik (CHP) dan Parti Gerakan Nasionalis (MHP). HDP memenangi 80 kerusi di Parlimen.

HDP pada awalnya wujud sebagai Kongres Demokratik Rakyat (HDK), yang ditubuhkan oleh sebagai satu gabungan organisasi-organisasi politik kiri pada Oktober 2011. Pada Ogos 2012, HDP dibentuk untuk

melibatkan diri dalam pilihanraya. Parti berhaluan kiri yang dilihat sebagai sebuah parti yang pro-Kurd (iaitu menyokong perjuangan rakyat berketurunan Kurd untuk menentukan nasib diri sendiri) ini, telah disifatkan oleh media antarabangsa sebagai SYRIZA versi Turki. HDP telah menetapkan bahawa 50% calon pilihanrayanya adalah wanita. HDP membawa tuntutan seperti anti-kapitalis dan anti-nuklear. HDP juga bersimpati dengan gerakan pembebasan nasional Kurd, menyokong hak samarata untuk semua kaum minoriti. HDP memainkan peranan di belakang tabir untuk proses pendamaian antara kerajaan Turki dengan kumpulan pejuang bersenjata Parti Pekerja Kurd (PKK).

Apabila Selahattin Demirtas selaku pemimpin HDP menyertai pilihanraya presiden pada tahun 2014, beliau berjaya mendapat 9.76% undi. Dengan perolehan undi yang bertambah dalam pilihanraya parlimen kali ini, memang HDP berpeluang besar bangkit menjadi seperti SYRIZA di negara jirannya, Greece. ##

Referendum Greece Tamparan hebat untuk TroikaDemokrasi Greece menyinar dan menggugat kekuasaan sistem kewangan kapitalis. Rakyat Greece telah menghantar satu mesej yang jelas dalam referendum baru-baru ini dengan menolak secara tanpa ragu-ragu dasar-dasar “penjimatan” (austerity) yang dipaksakan ke atas mereka oleh elit pemerintah kapitalis Eropah.

Negara Greece telah mengadakan satu rederendum pada 5 Julai yang lalu, untuk menentukan sama ada menerima syarat “penjimatan” untuk meneruskan “bantuan kewangan” daripada peminjam wang antarabangsa atau tidak. Daripada lebih 6 juta rakyat Greece yang membuang undi, seramai 61.3% telah mengundi “TIDAK”, manakala hanya 38.7% mengundi untuk “YA”. Ini telah mengejut seluruh dunia, kerana rakyat Greece menunjukkan keberanian mereka menolak dasar anti-rakyat yang dipaksakan ke atas mereka dengan cara ugutan. In juga merupakan satu kemenangan besar untuk kerajaan Gabungan Kiri Radikal (SYRIZA).

Apabila SYRIZA yang dipimpin oleh Alexis Tsipras menang dalam pilihanraya umum Greece pada 25

Januari tahun ini, janji pilihanraya SYRIZA adalah menamatkan dasar “penjimatan” (iaitu dasar yang mengurangkan perbelanjaan sosial) sementara mengekalkan Greece dalam zon matawang euro (Eurozone). Namun, terbukti amat sukar untuk memastikan kedua-dua perkara ini wujud pada masa yang sama, kerana pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dan institusi kewangan antarangsa mahukan satu Eropah yang didominasi oleh ekonomi neo-liberal.

Kerajaan pimpinan Tsipras telah cuba berunding dengan Troika, yang terdiri daripada Suruhanjaya Eropah, Bank Pusat Eropah (ECB) dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), untuk menyelesaikan masalah hutang negara Greece tanpa memangsakan lagi rakyat biasa negara tersebut. Tsipras dan SYRIZA memang mengharapkan bahawa dapat melaksanakan dasar yang dapat mengurangkan kesengsaraan rakyat sementara memulihkan ekonomi negara Greece yang sudah sangat

tenat. Namun, Troika berkeras kepala untuk mengugut dan memaksa Greece supaya meneruskan dasar “penjimatan” dengan tujuan untuk menyelamatkan sistem kapitalis Eropah bukannya rakyat biasa Greece.

Krisis hutang tiada penghujung: Hadiah kapitalis kepada Greece

Salah tadbir urus ekonomi oleh kerajaan pro-kapitalis sebelum ini, pengelakan cukai oleh golongan kaya, dan juga dasar-dasar ekonomi neo-liberal yang hanya menguntungkan korporat besar, telah menyebabkan Greece terjerumus dalam krisis hutang negara yang serius pada tahun 2010. Troika mula masuk campur

pada bulan Mei 2010, untuk menyelamatkan keuntungan bank di Eropah, dengan syarat kerajaan Greece perlu melaksanakan dasar penjimatan, yang termasuk pemotongan perbelanjaan awam, pengurangan peruntukan kebajikan sosial, penswastaan aset negara dan menaikkan cukai ke atas rakyat biasa (bukannya golongan korporat yang kaya) dengan peningkatan kadar cukai tambah nilai (VAT, sejenis cukai seperti GST di Malaysia).

Logik dasar “penjimatan” yang dipaksa oleh Troika ke atas Greece adalah, dengan wang yang “dijimatkan” melalui pemangsaan rakyat biasa itu, Greece akan dapat membayar balik bank-bank di Eropah yang meminjam kepadanya sebelum ini. Kerajaan yang memerintah sebelum SYRIZA ambilalih kuasa telah menjanjikan surplus belanjawan kerajaan mencapai 5% daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK), iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara Eropah sejak satu suku abad yang lalu.

(sambung di m/s 11)

Page 13: Sosialis (Jul Ogos 2015)

13ANTARABANGSAJul-Ogos 2015

Thailand Pelajar ditahan kerana

tuntut demokrasi14 orang mahasiswa Thailand yang berani mengingkar arahan pihak tentera yang melarang perhimpunan awam, telah ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa.

Pada 25 Jun yang lalu, 14 orang mahasiswa berarak dan berhimpun di hadapan Tugu Demokrasi yang terletak di Ratchadamnoen Avenue, Bangkok. Ratchadamnoen Avenue merupakan satu tempat yang amat simbolik kerana banyak kali gerakan menuntut demokrasi berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar tersebut telah mengumumkan penubuhan sebuah organisasi yang digelar sebagai “Gerakan Demokrasi Baru”, dengan tujuan mengembalikan demokrasi di Thailand, membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam membuat keputusan politik, mempertahankan hak asasi manusia dan menegakkan keadilan sosial melalui cara tanpa keganasan. Antaranya 7 orang merupakan aktivis daripada jaringan gerakan pelajar di Bangkok, manakala 7 orang yang lain merupakan mahasiswa yang sedang menuntut di wilayah Khon Kaen yang terletak di bahagian timur laut Thailand.

Semasa membuat kenyataan, para aktivis pelajar itu mengatakan bahawa mereka telah bersedia untuk menghadapi hukuman daripada kerajaan tentera. “Kami rela ditangkap bukan bermakna kami mengaku bahawa tindakan kami telah melanggar undang-undang. Ini kerana kami hanya ada sepasang tangan, dan bilangan kami pun sikit saja, manakala 'Jawatankuasa Mengekalkan Keamanan Kebangsaan' (iaitu kerajaan tentera Thai) memiliki banyak senapang dan anggota untuk dikerahkan. Lebih-lebih lagi mereka sanggup menggunakan kekerasan untuk mencabul hak asasi manusia,” begitu katanya jurucakap pelajar, Rangsiman Rome, “Saya tetap percaya bahawa, sekiranya kami dipenjarakan dan dilucutkan hak asasi manusia, yang disimpan dalam penjara itu hanya tubuh badan kami, hakikatnya hati kami masih terikat pada demokrasi dan mendahagakan kebebasan!”

Walaupun pihak polis yang memantau aksi demonstrasi

kumpulan pelajar pada hari itu tidak mengambil tindakan serta-merta untuk menangkap mereka, namun pada hari keesokannya, iaitu pada 26 Jun yang lalu, pihak polis telah menyerbu asrama di mana aktivis pelajar itu menginap dan menangkap kesemua 14 orang pelajar. Polis menangkap mereka dengan waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tentera, dengan tuduhan bahawa mereka telah melanggar perintah larangan perhimpunan politik melebihi 5 orang secara terbuka, dan kesalahan “menimbulkan kekacauan dan ketidakpuashatian rakyat yang berkemungkinan mewujudkan huru-hara seluruh negara”.

Pelajar yang ditangkap ini akan dihadap ke mahkamah tentera, di mana hakimnya adalah pegawai tentera, dan tertuduh tidak boleh merayu sekiranya disabitkan kesalahan. 14 orang pelajar itu adalah Rangsiman Rome, Chonticha Chaeng-rew, Ratthapol Surasopon, Songtham Kaewpanpruek, Pornchai Yuanyee, Pakorn Arrekul, Abhisit Sapnaphana, Jaturapak Boonpatararaksa, Apiwat Suntararak, Payu Bunsophon, Panupong Srithananuwat, Suwitcha

Thipangkorn, Supachai Pukrongploy dan Wasan Sethsitthi. Mereka juga didakwa melanggar perintah larangan kerajaan tentera apabila mengadakan aksi memperingati ulangtahun 1 tahun rampasan kuasa tentera pada bulan Mei yang lalu di Bangkok dan Khon Kaen. Pihak polis pernah memanggil pelajar-pelajar tersebut untuk menyerah diri pada 19 Jun yang lalu, tetapi aktivis pelajar tersebut enggan menurut perintah.

Pihak tentera Thailand telah melakukan rampasan kuasa pada 22 Mei 2014 dengan alasan menyelesaikan krisis politik yang berpanjangan di negara itu. Pemimpin tentera Jeneral Prayut Chan-o-cha telah mengambilalih kuasa pemerintahan dan melantik

dirinya sebagai Perdana Menteri. Ruang kebebasan politik di negara Thailand telah mengecut dengan hebatnya setelah rampasan kuasa. Ramai individu yang pro-demokrasi telah ditahan, disaman untuk melaporkan diri ataupun diganggu oleh pihak tentera.

Thailand merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang paling awal mengalami proses pendemokrasian. Namun, rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 2006 dan mobilisasi golongan “baju kuning” yang terdiri daripada puak konservatif telah menghakis teruk demokrasi di negara itu. Puak konservatif bersubahat dengan pihak tentera untuk menggulingkan kerajaan yang tidak melindungi kepentingan mereka demi mengekalkan status quo di mana kekayaan negara dikuasai oleh segelintir kecil elit pemerintah. Rampasan kuasa ketenteraan pada Mei 2014, membawa Thailand melangkah masuk ke dalam satu lagi zaman kegelapan.

Kerajaan tentera Thailand menangkap aktivis yang berani bersuara, dengan niat untuk menakutkan orang ramai supaya terus tunduk di bawah kekuasaannya. Namun, tindakan sebegini tidak akan dapat menghancurkan sepenuhnya kesedaran demokratik yang sudah tertanam dalam hati ramai rakyat Thailand. ##

Sambil lalu ambil tahu...Tahukah anda... Dari mana asalnya idea negara kebajikan datang?

Negara kebajikan pada asalnya ialah ciptaan dari fahaman kanan yang diilhamkan oleh seorang Konservatif tepu, Otto Von Bismarck. Negarawan Prussia ini bencikan sosialisma, namun bukanlah seorang yang tegar ideologinya. Dia mendapati bahawa jika tiada jaringan keselamatan sosial yang minimum diberikan kepada kaum pekerja, mereka pastinya akan dipengaruhi oleh Sosialis.

Page 14: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Jul-Ogos 201514 SENI

Under The DomeMenyiasat Jerebu di China

oleh Shazni Bhai

Menakutkan, hitam, pekat dan dahsyat. Itulah gambaran yang timbul setelah selesai menonton filem dokumentari yang berdurasi lebih kurang 104 minit ini. Selain sarat dengan istilah saintifik, ia menunjukkan betapa kaum marhaen di negara yang mempunyai kuasa membuat barangan untuk pasaran sedunia hidup dalam keadaan sedemikian rupa.

Under the Dome ialah sebuah filem dokumentari hasil karya Chai Jing, seorang bekas wartawan China Central Television (CCTV). Filem yang tidak mendapat pendanaan ini mengisahkan berkenaan pencemaran udara di China. Ia telah ditonton lebih daripada 150 juta kali dalam tempoh tiga hari ia dikeluarkan.

Pembentangan oleh pembikin filem ini dimulakan dengan perkongsian pengalaman dan harapan seorang ibu yang mengandungkan anaknya yang mempunyai ketumbuhan. Walaupun ketumbuhan itu tidaklah berbahaya, namun ia tetap perlu dibedah sejurus dilahirkan. Chai menyalahkan pencemaran udara penyebab tumor itu. Nasib ibu dan anak itu baik apabila pembedahan itu berjaya disempurnakan. Setelah itu dia berhenti daripada kerjayanya demi menjaga anaknya. Jerebu di awangan yang selama ini tidak pernah diendahkan kini dirasai lain. Apabila nyawa berada di tangan, Chai sebagai seorang ibu merasakan bahawa persekitaranya tidak selamat untuk anak kecil. Hinggakan dia terpaksa menutup mulut dan hidung bayi itu demi melindunginya. Jerebu yang menyelubungi selama 2 bulan pada akhir tahun 2013 telah menyedarkan Chai bahawa kejadian itu bukanlah suatu kebetulan yang rawak dan tidak akan berlalu begitu sahaja.

Filem ini, yang menggabungkan rakaman kuliah, animasi, temuramah dan lawatan ke kilang, mengkritik secara terbuka syarikat-syarikat tenaga milik kerajaan, pengeluar besi, dan kilang-kilang arang batu. Ia juga menunjukkan ketidakupayaan kementerian

perlindungan alam sekitar untuk bertindak terhadap pencemar-pencemar besar ini.

Walaupun telah mempamerkan kegagalan peraturan China terhadap pencemaran, kerajaan China pada mulanya tidak menapis filem ini. Malahan, People's Daily, iaitu akhbar rasmi Parti Komunis China, melaporkan filem ini bersama suatu temuramah bersama Chai. Sementara itu, Chen Jining, menteri yang baru dilantik untuk perlindungan alam sekitar, memuji filem ini, membandingkan filem ini dengan Silent Spring, buku yang diterbit pada 1962 oleh aktivis alam sekitar Amerika Syarikat, Rachel Carson. Bagaimanapun, dalam masa seminggu, Jabatan Publisiti Parti Komunis dengan sulitnya mengarahkan filem ini untuk ditarik penyiarannya. Seorang pekerja di China Business News telah digantung kerja kerana telah membocorkan arahan ini. Media juga diarahkan agar berhenti menerbitkan artikel tentang filem ini.

Dalam ucapan pembukaannya semasa persidangan Kongres Rakyat Nasional pada 5 Mac 2015, Perdana Menteri Li Keqiang berkata, “Pencemaran alam sekitar ialah suatu barah kepada kualiti hidup rakyat dan satu masalah yang membebankan hati mereka… kita harus melawannya dengan segala kekuatan kita.”

Bagaimanapun, seminggu setelah ditayangkan, filem ini telah dikeluarkan dari laman sesawang di China, yang mana ia telah mencapai tontonan lebih dari 300 juta kali. Salinannya (ada yang dengan sarikata Bahasa Inggeris) masih terdapat di Youtube.Pada 2 Mac, setelah rilisan filem ini, saham beberapa syarikat diniagakan

10 peratus lebih tinggi. Saham-saham ini adalah dalam syarikat yang terlibat dengan rawatan pencemaran, pengawasan kualiti udara dan teknologi hijau. Di Hong Kong, saham syarikat BYD, pembuat kenderaan elektrik, meningkat hampir tujuh peratus. Di forum dalam talian, Chai menerima beberapa kritikan kerana menjadi alat untuk kuasa-

kuasa asing yang bermusuhan, setelah pergi ke AS untuk melahirkan anaknya. Keraguan dizahirkan tentang perkaitan pencemaran udara dan tumor anaknya, dan soalan-soalan dibangkitkan berkenaan kebebasan dan kesahihan penyelidikamnya.

Selain mungkin agak membosankan bagi sesetengah orang oleh kerana suapan data-data yang susah dihadam, namun filem ini berjaya memberi gambaran kerakusan aktiviti manusia mencari untung. Ada juga beberapa jawapan daripada temuramah yang agak menghiburkan. Kajian yang terperinci juga telah dijalankan bagi menyokong hujah bekas wartawan ini. Sekaligus menjadi satu ancaman bagi penguasa hingga ditarik dari penyiaran. Mungkin ada yang secara tidak sedar berpendapat bahawa ia berlaku di China, dan bukan di sini. Harus diingat bahawa sempadan nasional itu bukanlah sempadan sebenar yang dapat menapis udara luar. Ia mungkin boleh berlaku kepada udara yang kita hirup saat ini. Jadi, fakta bahawa Malaysia tidak mempunyai 4 musim seperti di Eropah itu telah berubah. Bukan sahaja kita mempunyai musim kering yang terik, hujan yang lebat, dan musim buah durian, malahan kita ada musim jerebu!

Kerana bernafas itu bukanlah suatu pilihan, maka kita mempunyai hak untuk udara dan persekitaran yang bersih dan sihat. Pencemaran ini ialah satu serangan kepada kemanusian sejagat. Pengurusan tenaga, penguatkuasaan dasar undang-undang, ketelusan maklumat daripada pemain industri, penyertaan rakyat dalam menentukan masa depan alam sekitar yang sihat. Ini semua ialah perkara yang dihujah dalam filem ini.

Apa kata jika kita menjemput pengarah filem ini suatu hari nanti ke Malaysia, mana tahu jika dia juga akan diarahkan oleh Beijing supaya tidak dibenarkan masuk. Dengan itu dapatlah kita faham bahawa isu di Beijing juga memberi kesan kepada kita kerana Beijing juga ialah salah satu “kerajaan pusat”. Tak mustahil arahan mereka di sana pasti dituruti menteri di sini. Inilah akibat hegemoni kuasa. ##

Page 15: Sosialis (Jul Ogos 2015)

15IDEOLOGIJul-Ogos 2015

Adakah sifat semulajadi manusia halangan kepada Sosialisme?

[Bahagian 3: ditulis oleh John Molyneux; diterjemahkan oleh Letchimi Devi]

Kapitalisme dan sifat manusia

Sistem ekonomi kapitalisme sentiasa berubah, seperti mana perkara-perkara lain. Kapitalisme hari ini sangat berbeza daripada kapitalisme zaman Karl Marx dan Ratu Victoria.

Semasa Marx menulis Manifesto Komunis pada tahun 1848, kapitalisme sepenuhnya wujud di bahagian Eropah Barat dan Amerika Utara sahaja. Hari ini, ia telah mendominasi seluruh dunia. Pada tahun 1848, unit-unit pengeluaran kapitalis adalah kilang-kilang kecil, dimiliki oleh individu atau ahli keluarga. Hari ini kapitalisme didominasi oleh korporat-korporat multinasional seperti Exxon, Ford dan ICI.

Semasa Frederick Engels menulis Kondisi Kelas Pekerja Inggeris pada tahun 1844, pekerja-pekerja di Manchester termasuk kanak-kanak, bekerja 12 hingga 14 jam sehari untuk upah dan kediaman berupa lubang kecil dalam tanah. Hari ini kehidupan pekerja-pekerja di Manchester telah bertambah baik dan mewah, tetapi keadaan yang lebih teruk boleh dilihat di Kolkata, Kaherah dan Rio de Jeneiro.

Walaupun banyak perubahan, namun beberapa ciri asas yang menjelaskan sistem ekonomi kapitalisme masih kekal. Antara yang terpenting ialah:i) Cara pengeluaran utama (seperti kilang, tanah, mesin dan pengangkutan) adalah dimiliki atau secara efektif dikawal oleh satu kumpulan minoriti, iaitu kapitalis.ii) Majoriti penduduk dinafikan pemilikan atau pengawalan ke atas cara pengeluaran (means of production), maka dipaksa untuk menjana pendapatan dengan menjual keupayaan mereka untuk bekerja, juga dikenali sebagai kuasa buruh yang dijual kepada kapitalis-kapitalis tersebut. Lebih-lebih lagi, mereka diwajibkan menjual kuasa buruh mengikut

syarat-syarat yang ditetapkan oleh kapitalis-kapitalis yang mahu memerah buruh untuk mencari keuntungan daripada kuasa buruh.iii) Cara pengeluaran diagihkan dalam kalangan pelbagai kapitalis (sama ada individu, kumpulan atau negara kapitalis). Sebagai pengeluar, mereka bersaing sesama mereka sendiri. Persaingan yang berterusan untuk keuntungan memaksa pengawal setiap unit pengeluaran kapitalis menindas pekerja-pekerja mereka seberapa banyak yang boleh.

Penyokong-penyokong sistem kapitalis sentiasa berhujah bahawa ini adalah selaras dengan “sifat manusia”.

Suatu ketika dahulu, memang ada elemen kebenaran dalam hujah ini. Apabila kapitalisme mula-mula muncul sebagai suatu sistem (lebih kurang 200 hingga 500 tahun dahulu), ia menawarkan kapasiti yang tinggi untuk memperoleh keperluan asas manusia seperti makanan, pakaian dan tempat kediaman berbanding dengan sistem sebelumnya, feudalisme. Selain itu, perkara lain memang karut.

Pertama, langsung tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa adalah “semulajadi” atau secara naluri manusia berkelakuan mengikut gaya kapitalis, walhal ia mengambil masa lebih daripada 2 juta tahun dalam perkembangan manusia untuk sampai ke era kapitalisme. Begitu juga dengan tradisi perniagaan komoditi mahupun beli dan jual kuasa buruh (ciri utama kapitalisme) tidak wujud di mana-mana dalam dunia semulajadi mahupun pada awal perkembangan sejarah manusia.

Sebaliknya, sejarah menunjukkan bahawa manusia hanya terdorong untuk menjual kuasa buruh mereka dan bekerja untuk satu majikan apabila mereka dilucutkan daripada tanahnya dan segala kemungkinan untuk bekerja sendiri dirampas daripada mereka secara paksaan. “Kejayaan” ini dicapai di Britain melalui pengepongan/pemagaran tanah dari kurun ke-15 hingga kurun ke-19.

Kemunculan suatu kelas dengan begitu banyak kemewahan yang membolehkan mereka melabur dalam industri dan membeli kuasa buruh dalam skala yang besar, memerlukan satu proses yang kejam. Ia dipanggil oleh Marx, “penimbunan modal

primitif”. Ini melibatkan penghambaan berjuta-juta orang Afrika dan mereka dibawa ke Amerika, pembunuhan beramai-ramai penduduk orang asli di Amerika Tengah dan Selatan, merompak dan memiskinkan penduduk di India dan Asia Timur,

serta pelbagai keganasan lain yang tidak terbilang.

Lagipun, untuk kapitalisme dan kelas kapitalis mengembangkan dominasinya, ia terpaksa mengatur perjuangan revolutioner yang ganas dan perang saudara terhadap golongan feudal di-raja. Ini termasuklah memotong kepala raja-raja di England dan Perancis.

Adalah juga tidak benar bahawa kapitalisme menjadikan kepetingan diri individu sebagai penggerak pengeluaran. Penggerak untuk pengeluaran kapitalisme adalah keuntungan, tetapi keuntungan hanya boleh dibuat oleh satu minoriti masyarakat yang memiliki modal. Untuk majoriti individu yang lain, kapitalisme adalah berdasarkan pada penafian kepentingan diri mereka. Itulah sebabnya kapitalis sentiasa menggalakkan pekerja supaya jangan bersifat tamak. Itulah juga sebabnya mengapa majikan-majikan sentiasa cuba membuat undang-undang yang menyekat keupayaan pekerja-pekerja daripada menegakkan kepentingan diri mereka melalui kesatuan-kesatuan.

Jauh daripada ungkapan sifat manusia, kapitalisme mengambil sifat manusia yang paling penting dan tersendiri – kapasiti untuk tenaga manusia – dan memesongkannya. Dengan melayan buruh sebagai komoditi yang boleh dibeli dan ditindas, kapitalisme menjadikan buruh sesuatu yang diasingkan daripada pekerja. Kerja menjadi setakat mencari nafkah hidup untuk terus hidup bagi manusia, dan bukan lagi secara sedar mengubah sifat untuk memenuhi keperluan kolektif dan individu.

Pekerja-pekerja langsung hilang kawalan terhadap kerja mereka sendiri dan kerja menjadi sesuatu yang tidak bererti, membosankan, memusnahkan jiwa, raga, psikologi dan fizikal pekerja. Akibatnya, kebanyakan orang menghabiskan 40-50 tahun membuat kerja yang mereka benci, yang tidak boleh ditahan yang akhirnya meletihkan dan melemahkan mereka.

Kapitalisme juga menghalang begitu ramai orang daripada kemungkinan bekerja, mencampak mereka terus apabila sampai situasi tidak boleh lagi mendapat untung yang mencukupi daripada buruh mereka. Ciri utama manusia yang ada pada setiap masyarakat “primitif” buru-kumpul – peluang membuat kerja yang berguna untuk masyarakat (useful social labour) – peluang ini dinafikan untuk berjuta-juta orang hari ini.

Pengasingan buruh bukan sahaja mempengaruhi tempat kerja, ia mempengaruhi segala perhubungan sosial. Perhubungan antara pekerja, antara ibubapa dan anak-anak, antara lelaki dan perempuan, perhubungan seks dan kasih sayang, semuanya diputarbelit dan dipesongkan. Manusia melayan orang lain bagaikan

objek dan komoditi yang boleh dipergunakan dan diperalatkan. Seks itu sendiri menjadi suatu komoditi dan digunakan untuk menjual komoditi lain. Seringkali masyarakat bawahan dan individu-individu yang dipinggirkan itu mengimbangi ketidakberkuasaan mereka dan penindasan di tempat kerja serta masyarakat dengan perbuatan membuli, memukul dan mendera orang lain yang lebih lemah daripada mereka.

Ini semua bukanlah sesuatu yang semulajadi ataupun produk sifat manusia. Ia adalah produk atau hasil daripada sistem yang melanggar sifat semulajadi manusia.

Akhirnya, kapitalisme adalah suatu yang sangat teruk dalam memenuhi keperluan semulajadi manusia yang asas - keperluan untuk makanan, air, pakaian dan tempat kediaman. Pengeluaran makanan melampui pertumbuhan penduduk setiap tahun dan “tasik wain” serta “gunung daging lembu” dibina. Namun, beribu juta orang menderita akibat kelaparan dan berjuta orang juga mati akibat kebuluran. Jutaan orang menderita dan mati akibat penyakit yang sebenarnya boleh dielakkan secara mudah. Di negara-negara kaya seperti USA dan Britain, ada sumber-sumber untuk membina hotel-hotel dan pejabat-pejabat yang mewah. Namun, ramai yang hidup tanpa rumah dan tidur di tepi jalan.

Ini bukanlah sesuatu yang semulajadi mahupun dipaksa oleh alam semulajadi. Orang Asal seperti Bushmen Kalahari yang digelar “primitif” lebih berupaya mencari diet yang lebih baik dengan memburu dan mengumpul berbanding dengan berjuta orang yang mati akibat kebuluran buatan manusia. Masyarakat Inuit di kutub utara boleh membina kediaman yang cukup panas daripada blok-blok ais berbanding dengan gelandangan yang balut diri mereka dengan kotak kadbod, di London.Kekejaman-kekejaman ini berlaku kerana sistem kapitalisme itu sendiri, di mana akses untuk keperluan asas hidup bergantung pada kuasa membeli dan pada masa yang sama kapitalisme memastikan kumpulan masyarakat yang besar kurang kuasa beli mereka.

Kapitalis, dalam kesungguhan mereka mencari keuntungan, mencemarkan udara, air dan mengancam untuk memusnahkah alam sekitar yang menjadi asas kepada kehidupan manusia.##

Page 16: Sosialis (Jul Ogos 2015)

Jul-Ogos 201516 PSM

Resolusi Kongres PSM 2015PSM telah mengadakan Kongres Nasionalnya ke-17 pada 12-14 Jun yang lalu, di Sungai Petani, Kedah, dan meluluskan resolusi-resolusi seperti di bawah:

1. Menuntut agar Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) dibatalkan dengan segera kerana terbukti ianya membebankan rakyat. 2. Selaras dengan kenaikan kos hidup, gaji minima pekerja harus ditingkatkan ke tahap RM1500 sebulan.

3. Kerajaan harus segera mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC), satu badan independen untuk menerima dan menyiasat segala salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak PDRM.

4. Pendidikana. Tuntut pendidikan percuma dari tadika hingga peringkat ijazah pertama universiti.b. Hentikan diskriminasi dalam pendidikan.c. Mansuhkan hutang PTPTN.

5. Mansuhkan undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA), dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

6. Semua Ahli Parlimen dan ADUN (wakil rakyat) harus mengisytihar harta setiap tahun.

7. Sempadan Malaysia yang amat poros menyebabkan pengawalan sempadan terhadap penjenayah amat lemah dan mengecewakan. Kerajaan harus memandang serius masalah ini dan bertindak secara sewajar untuk mengatasinya.

8. Menuntut kemudahan sukan yang lebih banyak di kawasan kampung dan pedalaman. Kemudahan ini harus disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan atau Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri.

9. PETRONAS harus mematuhi perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974, yang ditandatangani bersama Kerajaan Kelantan pada 9 Mei 1975.

10. Kerajaan Persekutuan harus menunaikan rancangan untuk Kelantan dalam RMK-5, yang

dibekukan sejak Barisan Nasional kalah pada tahun 1990.

11. Kerajaan harus memastikan semua hospital dan klinik kesihatan ibu dan anak di kawasan pedalaman cukup dengan doktor pakar bersalin, doktor kanak-kanak dan juga jururawat.

12. Hentikan segera perancangan membina loji penjana kuasa nuklear di Malaysia.

13. Pelariana. Iktiraf hak pelarian dan menjamin kebajikan sosial untuk pelarian.b. Kerajaan harus memberikan perlindungan kepada kaum pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan.c. Menjamin hak bersekolah untuk anak-anak pelarian di sekolah kerajaan.

14. a. Laksanakan kempen berterusan tentang kesan buruk perjudian, salahguna arak dan rokok. b. Hentikan penjenayahan (criminalization) pengambilan dadah.

15. Jurang gaji antara pekerja mahir/berpendidikan tinggi dan pekerja tidak mahir/berpendidikan rendah harus dikurangkan.

16. Hentikan pemusnahan alam sekitar, khususnya pemotongan bukit/cerun dan pokok-pokok hutan tersimpan untuk pembangunan hartanah yang menyebabkan pencemaran, bencana alam sekitar dan kemusnahan ekosistem.

17. Kerajaan harus menarik diri daripada rundingan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

18. Peruntukan perundangan dan kuasa penuh kepada badan-badan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), supaya badan-badan berkanun ini bebas daripada cengkaman eksekutif dalam melaksanakan tugas mereka tanpa gentar dan kompromi.

19. Integriti dan kebebasan institusi kehakiman harus dijamin.

20. Menjamin hak pekerja untuk mengorganisasi dan menubuhkan kesatuan sekerja. Pengiktirafan secara automatik untuk kesatuan sekerja. Hapuskan segala peruntukan dalam Akta Pekerjaan, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan

Sekerja yang mengongkong kesatuan sekerja serta menghakis hak pekerja.

21. Rumah untuk rakyat marhaen: a. Kawal harga rumah.b. Wujudkan Skim perlepasan cukai bagi pembelian rumah yang pertama (untuk rumah berharga RM 10k-20k).c. Wujudkan subsidi pembelian rumah pertama bagi rakyat yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah.

22. Kerajaan harus mempertingkatkan pengangkutan awam agar ianya mudah diakses, efisyen dan murah.

23. Merombak semula permohonan untuk kemudahan bantuan skim-skim dalam PERKESO, supaya ianya adil untuk pemohon yang ikhlas dan tidak ditolak dengan sewenang-wenangnya.

24. Hospital awam harus menjadi pusat perkhidmatan kesihatan yang utama, bukannya hospital swasta. Kemudahan kesihatan awam harus dinaiktaraf untuk menampung keperluan rakyat biasa dengan memastikan penawaran rawatan kualiti oleh doktor pakar. Rawatan harus percuma untuk semua.

25. Tangguhkan usaha pelaksanaan Hukum Hudud supaya dapat mengadakan diskusi rasional dan terbuka terhadapnya.

26. Projek penambakan laut di Johor dan di lokasi lain harus dihentikan dengan segera, kerana ianya menjejaskan ekosistem semulajadi dan menjejaskan punca pendapatan nelayan.

27. Menuntut Ketua Polis Negara sekarang dipecat kerana terbukti telah menyalahguna kuasanya dan melakukan penangkapan yang selektif.

28. Kerajaan harus melaksanakan elaun sekurang-kurangnya RM300 sebulan untuk warga emas.

29. Hapuskan kerja lebih masa wajib, yang menyebabkan pekerja kerja selama 12 jam sehari. Tempoh kerja 8 jam sehari harus dikekalkan.

30. Pertingkatkan taraf keselamatan pekerja di tempat kerja. Ini merangkumi perlindungan kesihatan dan sosial untuk semua pekerja tempatan dan migran.

31. Gubal Akta Keterangkuman Sosial, yang menjamin konsep melayan semua kaum secara sama-rata sebagai rakyat Malaysia.

32. a. Kerajaan harus memberi keutamaan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan anak muda. b. Jaminan kerja untuk anak muda.

33. a. Semua pengambilan pekerja migran haruslah dilakukan melalui mekanisme kerajaan dengan kerajaan, tanpa pengekspoitasian dan pemerdagangan pekerja oleh ejen untuk keuntungan. b. Kuota kemasukan pekerja migran harus dikawal, kerana mereka menjadi bekalan buruh murah yang mudah kepada kapitalis.

34. a. Memperuntukkan tanah untuk pertanian bahan makan; melindungi tanah pertanian yang sedia ada, dan menghentikan pengusiran terhadap para petani yang mengusahakan tanah tersebut. b. Memberikan tanah untuk membina rumah dan bercucuk tanam kepada bekas pekerja ladang, apabila ladang dijual oleh syarikat perladangan.

35. Jadikan Asia Tenggara sebuah rantau yang bebas daripada junta (kerajaan tentera). Malaysia sebagai pengerusi ASEAN kini harus memainkan peranan untuk menjamin suara demokrasi rakyat di ASEAN.

36. Hak berhimpun rakyat secara aman harus dijamin dan dihormati. ##

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRIoleh Nasir Hashim

Bulan puasa mengundur diriMensucikan roh, jasmani dan nikmat pribadiMaaf maafan bertukar gantiSemoga tahun bertahun dirahmati lagi

Kita bertemu berbilang bangsaBertukar pandangan mencari ketenanganNegara dikongkongi kapitalis dan konco-konco bangsat menular dari penjuru2 dayus

Nahkoda-nahkoda kapal hilang kemudi

Dibelai kroni-kroni keparat tak terperi hanyut ke ufuk-ufuk bumi bergelumang dalam nafsu keji

Dasar-dasar negara membelai budaya bangsawanMemiskinkan lagi rakyat miskin Keangkuhan, korupsi dan keterlaluan diulang tayangRakyat terkapai-kapai dalam kekeliruan dan pautanKemanusiaan dan keadilan tersisih, menagih di pinggiran harapan

Namun di atas timbunan kedurjanaan ini lahirlah permata-permata kebebasan suara keramat bergema menuntut kemerdekaan

Wahai saudara seperjuanganSedarlah betapa mekarnya keperkasaan mu ituKerana rakyat yang tertekan sajalah dapat membebaskan diri dari belenggu penindasan,' pendustaan dan pengkhianatan ini

Maka kita merayu pada naluri, menyeru roh rakyat dan hati budi pekerti memohon secebis teladan mensaktikan jati diri

Maka gemblengkanlah tenaga bakti mu itu mengatur langkah menjanakan perubahan Demi anak cucu yang tercinta

dan tidak berdosa

Sebenarnya kaulah insan-insan mulia menjadi paksi mencerahkan jiwa dan harapan Negara

Janganlah kau berdendam pada yang menjual agama dan melesetkan kaum sendiriKerana hidup mereka sudah tak bererti lagiPersis disumpah sepanjang hari

Ayuh kita mengatur hidup baruBersatu dalam keluarga saktiDi bawah naungan pancaindera payung berhiasan pelangi

Salam keinsafanSalam kasih sayangSalam perjuangan

Sudut Komik