sosialis (nov dis 2013)

12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Nov-Dis 2013 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ Pengusiran Kg Hakka EO 6 Dapat RM 200,000 > m/s 5 > m/s 4 Kerajaan telah mengumumkan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015. Ini merupakan usaha terbaru kerajaan BN untuk menggasak rakyat miskin demi menyelamatkan keuntungan golongan korporat. Pengumuman pelaksanaan GST bagaikan semboyan perang BN ke atas rakyat miskin. Najib Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah membuat pengumuman tersebut semasa membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada 25 Oktober yang lalu. Dalam Bajet 2014 yang dibentangkan tersebut, kerajaan akan mengurangkan kadar cukai pendapatan sebanyak 1% hingga 3%, di mana kadar cukai untuk mereka yang terkaya di Malaysia akan dikurangkan daripada 26% ke 25%. Cukai syarikat juga dikurangkan, di mana cukai untuk syarikat besar turun daripada 25% ke 24%. Namun, kebanyakan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak perlu membayar cukai pendapatan sebelum ini akan dipaksa untuk membayar cukai GST setiap kali membelanjakan wang dalam pembelian barangan. Ini jelas bahawa falsafah di sebalik Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Najib Razak baru-baru ini adalah mengalihkan beban cukai daripada golongan yang kaya kepada rakyat miskin. Kerajaan BN telah memainkan peranannya sebagai “Robin Hood” songsang, iaitu merompak daripada rakyat miskin untuk mengkayakan mereka yang kaya. Walaupun kerajaan akan meningkatkan jumlah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ke RM 650, tetapi ini hanyalah sedekah yang diberikan selepas rakyat dirompak secara habis-habisan. BR1M hanya diberikan setahun sekali, tetapi rakyat biasa perlu bayar GST tiap-tiap hari. Memang sedekah semacam ini tidak akan selesaikan masalah rakyat miskin menjadi lebih miskin dan jurang pendapatan semakin melebar. Kerajaan BN tergesa-gesa untuk melaksanakan GST kerana ia memerlukan wang yang lebih untuk terus membolehkan kroni mengaut keuntungan yang lumayan di samping melicinkan proses pengurangan cukai untuk golongan korporat. Pembaziran wang negara sewenang- wenangnya oleh golongan pemerintah telah membawa hutang yang besar kepada negara kita, dan sekarang kerajaan BN pula memaksa rakyat biasa membayar hutang untuk mereka. Kerajaan BN telah cuba memperkenalkan cukai GST sejak tahun 2005, apabila Perdana Menteri pada masa itu, Abdullah Badawi mengumumkan bahawa GST akan dilaksanakan pada 1 Januari 2007 semasa pembentangan Bajet 2006. Disebabkan penentangan hebat daripada masyarakat dan juga kebimbangan bahawa GST akan menyebabkan BN kehilangan undi semasa pilihanraya, maka pelaksanaan GST ini telah ditundakan. Rang undang-undang GST cuba dibawa sekali lagi apabila Najib jadi Perdana Menteri pada tahun 2009, tetapi ditundakan sekali lagi kerana bimbang tentang pengaruh GST ke atas keputusan pilihanraya. Sekarang ini, selepas dua pilihanraya, walaupun BN hanya dapat kekalkan kuasa pentadbirannya dengan hanya 47% undi, tetapi ia terdesak sekali lagi untuk memperkenalkan GST demi menyelamatkan krisis hutang yang terjadi akibat daripada penyelewengan yang berleluasa. Dengan pelaksanaan cukai GST pada kadar 6%, katakan sebuah keluarga berpendapatan rendah yang perlu membelanjakan RM 2000 sebulan, keluarga tersebut terpaksa bayar sebanyak RM 120 untuk cukai GST setiap bulan, menjadikan setiap tahun keluarga ini perlu bayar sebanyak RM 1440. Sememangnya BR1M sebanyak RM 650 pun tidak mencukupi untuk mengurangkan beban kehidupan yang semakin berat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala mengatakan bahawa GST boleh mengawal pengaliran wang haram keluar dari negara kita. Negara Malaysia merupakan Negara nombor 3 di dunia dalam pengaliran keluar wang modal secara haram. Kalau kita rujuk pada negara Greece yang terjerumus dalam krisis hutang sejak tahun 2009, negara tersebut memperkenalkan cukai tambah nilai (VAT) yang sama seperti GST pada tahun 1986, kadar awalnya 16%, ditambah ke 18% pada tahun 2004, dan sekarang ini mencecah 23%. Namun, kegiatan pengaliran wang secara haram tidak dapat disekat walaupun adanya GST. Negara Greece telah kehilangan sebanyak USD 26.1 bilion pada tahun 2003- 2011 akibat daripada pengaliran wang keluar secara haram. Bolehkah menteri kabinet kita memberi jaminan bahawa negara kita tidak akan jadi seperti Greece dengan pelaksanaan GST? Atau apa yang lebih berkemungkinan adalah, rakyat biasa dipaksa untuk membayar kerugian yang disebabkan oleh pengaliran keluar wang secara haram ini melalui pembayaran GST! Mengapakah rakyat biasa dipaksa bayar untuk golongan kaya yang cuba elakkan diri daripada cukai? Walaupun kerajaan mengatakan bahawa akan mengecualikan cukai GST atau menetapkan kadar 0% untuk barangan keperluan asas, tetapi cukai GST akan menyebabkan harga input untuk barangan tersebut turut meningkat sehingga menaikkan harga barangan tersebut. Tambahan pula, memang kerajaan tidak boleh menjamin bahawa tiada peniaga yang tamakkan keuntungan tidak menaikkan harga. Kerajaan juga memansuhkan subsidi untuk gula sebanyak 34 sen, sekaligus menyebabkan kenaikan harga gula secara mendadak. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk mengurangkan pesakit kencing manis. Malah, kenaikan harga barangan asas sebegini, akan melemaskan rakyat biasa sebelum kes kencing manis dapat dikurangkan. Nampaknya kerajaan BN telah melancarkan pusingan terbaru serangan neo-liberal yang memangsakan rakyat miskin untuk menyelamatkan sistem kapitalis yang penuh dengan krisis. Rakyat biasa tidak patutnya bayar untuk krisis yang disebabkan oleh golongan kapitalis. Kita tidak boleh membiarkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin melebar akibat daripada dasar-dasar ekonomi neo-liberal sebegini Membantah GST adalah untuk mewujudkan keadilan sosial untuk negara kita. ## GST 6% Perang Ke Atas Rakyat Miskin Analisa Bajet 2014 > m/s 7

Upload: partisosialis

Post on 06-Apr-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Topik: Forum Chin Peng, EO6 Dapat Gantirugi, Perjuangan Kampung Hakka di Mantin, Analisa Bajet 2014, Perbahasan Bajet 2014: Isu Pendapatan, Anak Muda Dan GST, Tolak TPPA, Hari Habitat Sedunia 2013,

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Nov Dis 2013)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Nov-Dis 2013

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

Pengusiran Kg Hakka

EO 6 DapatRM 200,000

> m/s 5> m/s 4

Kerajaan telah mengumumkan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015. Ini merupakan usaha terbaru kerajaan BN untuk menggasak rakyat miskin demi menyelamatkan keuntungan golongan korporat. Pengumuman pelaksanaan GST bagaikan semboyan perang BN ke atas rakyat miskin.

Najib Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah membuat pengumuman tersebut semasa membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada 25 Oktober yang lalu. Dalam Bajet 2014 yang d ibentangkan tersebut , kera jaan akan mengurangkan kadar cukai pendapatan sebanyak 1% hingga 3%, di mana kadar cukai untuk mereka yang terkaya di Malaysia akan dikurangkan daripada 26% ke 25%. Cukai syarikat juga dikurangkan, di mana cukai untuk syarikat besar turun daripada 25% ke 24%. Namun, kebanyakan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak perlu membayar cukai pendapatan sebelum ini akan dipaksa untuk membayar cukai GST setiap kali membelanjakan wang dalam pembelian barangan. Ini jelas bahawa falsafah di sebalik Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Najib Razak baru-baru ini adalah mengalihkan beban cukai daripada golongan yang kaya kepada rakyat miskin. Kerajaan BN telah memainkan peranannya sebagai “Robin Hood” songsang, iaitu merompak daripada rakyat miskin untuk mengkayakan mereka yang kaya.

Walaupun kerajaan akan meningkatkan jumlah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ke RM 650, tetapi ini hanyalah sedekah yang diberikan selepas rakyat dirompak secara habis-habisan. BR1M hanya diberikan setahun sekali, tetapi rakyat biasa perlu bayar GST tiap-tiap hari. Memang sedekah semacam ini tidak akan selesaikan masalah rakyat miskin menjadi lebih miskin dan jurang pendapatan semakin melebar.

Kerajaan BN tergesa-gesa untuk melaksanakan GST kerana ia memerlukan wang yang lebih untuk terus membolehkan kroni mengaut keuntungan yang lumayan di samping melicinkan proses pengurangan cukai untuk golongan korporat. Pembaziran wang negara sewenang-wenangnya oleh golongan pemerintah telah membawa hutang yang besar kepada negara kita, dan sekarang kerajaan BN pula memaksa rakyat biasa membayar hutang untuk mereka.

Kerajaan BN telah cuba memperkenalkan cukai GST sejak tahun 2005, apabila Perdana Menteri pada masa itu, Abdullah Badawi mengumumkan bahawa GST akan di laksanakan pada 1 Januari 2007 semasa pembentangan Bajet 2006. Disebabkan penentangan hebat daripada masyarakat dan juga kebimbangan bahawa GST akan menyebabkan BN kehilangan undi semasa pilihanraya, maka pelaksanaan GST ini telah ditundakan. Rang undang-undang GST cuba dibawa sekali lagi apabila Najib jadi Perdana Menteri pada tahun 2009, tetapi ditundakan sekali lagi kerana bimbang tentang pengaruh GST ke atas keputusan pilihanraya. Sekarang ini, selepas dua pilihanraya, walaupun BN hanya dapat kekalkan kuasa pentadbirannya dengan hanya 47% undi, tetapi ia terdesak sekali lagi untuk memperkenalkan GST demi menyelamatkan krisis hutang yang terjadi akibat daripada penyelewengan yang berleluasa.

Dengan pelaksanaan cukai GST pada kadar 6%, katakan sebuah keluarga berpendapatan rendah yang perlu membelanjakan RM 2000 sebulan, keluarga tersebut terpaksa bayar sebanyak RM 120 untuk cukai GST setiap bulan, menjadikan setiap tahun keluarga ini perlu bayar sebanyak RM 1440. Sememangnya BR1M sebanyak RM 650 pun tidak mencukupi untuk mengurangkan beban kehidupan yang semakin berat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala mengatakan bahawa GST boleh mengawal pengaliran wang haram keluar dari negara kita. Negara Malaysia merupakan Negara nombor 3 di dunia dalam pengaliran keluar wang modal secara haram. Kalau kita rujuk pada negara Greece yang terjerumus dalam krisis hutang sejak tahun 2009, negara tersebut memperkenalkan cukai tambah nilai (VAT) yang sama seperti GST pada tahun 1986, kadar awalnya 16%, ditambah ke 18% pada tahun 2004, dan sekarang ini mencecah 23%. Namun, kegiatan pengaliran wang secara haram tidak dapat disekat walaupun adanya GST. Negara Greece telah kehilangan sebanyak USD 26.1 bilion pada tahun 2003-2011 akibat daripada pengaliran wang keluar secara haram. Bolehkah menteri kabinet kita memberi jaminan bahawa negara kita tidak akan jadi seperti Greece

dengan pelaksanaan GST? Atau apa yang lebih berkemungkinan adalah, rakyat biasa dipaksa untuk membayar kerugian yang disebabkan oleh pengaliran keluar wang secara haram ini melalui pembayaran GST! Mengapakah rakyat biasa dipaksa bayar untuk golongan kaya yang cuba elakkan diri daripada cukai?

Walaupun kerajaan mengatakan bahawa akan mengecualikan cukai GST atau menetapkan kadar 0% untuk barangan keperluan asas, tetapi cukai GST akan menyebabkan harga input untuk barangan tersebut turut meningkat sehingga menaikkan harga barangan tersebut. Tambahan pula, memang kerajaan tidak boleh menjamin bahawa tiada peniaga yang tamakkan keuntungan t idak menaikkan harga.

Kerajaan juga memansuhkan subsidi untuk gula sebanyak 34 sen, sekaligus menyebabkan kenaikan harga gula secara mendadak. Alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk mengurangkan pesakit kencing manis. Malah, kenaikan harga barangan asas sebegini, akan melemaskan rakyat biasa sebelum kes kencing manis dapat dikurangkan.

N a m p a k n y a k e r a j a a n B N t e l a h melancarkan pusingan terbaru serangan neo-liberal yang memangsakan rakyat miskin untuk menyelamatkan sistem kapitalis yang penuh dengan krisis. Rakyat biasa tidak patutnya bayar untuk krisis yang disebabkan oleh golongan kapitalis. Kita tidak boleh membiarkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin melebar akibat daripada dasar-dasar ekonomi neo-liberal sebegini Membantah GST adalah untuk mewujudkan keadilan sosial untuk negara kita. ##

GST 6%Perang Ke Atas Rakyat Miskin

Analisa Bajet 2014

> m/s 7

Page 2: Sosialis (Nov Dis 2013)

Nov-Dis 2013PSM2

Dari Meja PengarangKerajaan BN telah melancarkan pusingan terbaru serangan neoliberal ke atas rakyat Malaysia dalam pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini. Pengumuman Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015, merupakan salah satu usaha kerajaan BN untuk menyelamatkan ekonomi kap i t a l i s nega ra k i t a dengan memiskinkan lagi rakyat miskin. Apabila kerajaan BN mengurangkan kadar cukai untuk golongan kaya dan korporat, ia mengenakan cukai ke atas rakyat miskin pada masa yang sama, ini bagaikan merompak rakyat miskin untuk menyelamatkan keuntungan golongan kaya.

Walaupun kerajaan telah menambah jumlah wang yang diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah dalam BR1M 3.0, tetapi ini hanya bagaikan sedekah yang diberikan selepas melakukan rompakan yang merampas titisan peluh rakyat. Hakikatnya, BR1M hanya diterima setahun sekali, tetapi rakyat biasa perlu bayar GST tiap-tiap hari.

Pemansuhan subsidi gula merupakan salah satu lagi usaha kerajaan BN menyelesaikan masalah hutang negara dengan memaksa rakyat biasa yang membayar. Lebih banyak lagi subsidi untuk rakyat akan dipotong dan harga barangan akan terus naik sebelumnya GST dilaksanakan. Apatah lagi apabila G S T d i k e n a k a n , pendapatan sebenar rakyat bawahan akan berkurang lagi dan rakyat miskin menjadi lebih m i s k i n l a g i . Bagaimanakah ekonomi n e g a r a k i t a d a p a t berkembang sekiranya rakyat kita tidak mampu

membelanjakan lebih wang mereka? Memang tidak rasional di sebalik rasionalisasi subsidi yang diwar-warkan oleh kerajaan BN.

Isu harga rumah yang semakin hari semakin melambung tinggi juga merupakan satu bukti bahawa kerajaan BN mencuci tangannya dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Perumahan telah menjadi satu bebanan yang begitu besar sekali untuk rakyat Malaysia khususnya golongan anak muda kita hari ini. Kapitalis besar telah berjudi dengan hak perumahan rakyat untuk mengaut keuntungan lumayan sementara rakyat terperangkap dalam hutang bertimbunan. Perumahan adalah hak asasi rakyat dan perlu dibebaskan daripada pasaran b e b a s . K e r a j a a n m e m a n g b e r t a n g g u n g j a w a b u n t u k memastikan semua rakyat tinggal dalam rumah yang selesa. Oleh yang demikian, PSM telah mengambil keputusan untuk melancarkan satu kempen untuk m e m b o n g k a r k a n s k a n d a l bagaimana rakyat telah dirompak oleh harga rumah yang tinggi dan mendesak kerajaan mengambil langkah yang konkrit untuk mengawal harga rumah.

Banyak isu telah timbul sejak kebelakangan ini, dan rakyat Malaysia semakin ter tekan disebabkan serangan neoliberal yang memangsakan rakyat miskin

untuk menyelamatkan keuntungan go longan korporat. Oleh itu, kita perlu t ingkatkan usaha ki ta menyatupadukan rakyat M a l a y s i a u n t u k m e m p e r j u a n g k a n kepentingan bersama dan kesejahteraan rakyat jelata! ##

Page 3: Sosialis (Nov Dis 2013)

PART DAN FRON3 Nov-Dis 2013

Forum Khas: Chin Peng – Pejuang atau Pengganas?

Satu forum khas yang bertajuk “Chin Peng: Pejuang atau Pengganas – Di Sebalik Perjanjian Hatyai”, telah diadakan pada 8 Oktober yang lalu, di Kuala Lumpur. Hampir 200 orang menghadiri forum ini untuk mendengar hujah-hujah ahli panel yang membincangkan peranan Chin Peng dalam sejarah negara kita. Antaranya yang hadir termasuklah Sasterawan Negara A. Samad Said, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan ramai lagi.

Effendi, seorang bekas perajurit PKM telah memberi satu ucapan khas dalam majlis tersebut. Barisan panel untuk forum ini adalah Che'gu Bard (pemimpin SAMM), Lee Ban Chen (aktivis masyarakat), Aziz Suriani (aktivis sejarah oral)

dan Dr. Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput dan AJK Pusat PSM). Ahli-ahli panel yang berucap dalam forum ini telah mengiktiraf sumbangan Chin Peng dan PKM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka juga berpendapat bahawa generasi muda kita patut disajikan dengan pengetahuan sejarah yang menyeluruh supaya kita boleh mendapat gambaran yang lebih jelas untuk hala tuju masyarakat kita dan tidak diperbodohkan oleh segelintir kecil elit pemerintah yang cuba memonopoli naratif sejarah.

Pengerusi PSM Dr. Nasir Hashim telah mendeklamasi sebuah sajak bertajuk “Aku Dijajah” semasa forum ini. (sila rujuk m/s 9 untuk sajak “Aku Dijajah”.)

Pelancaran Buku “Braemer… Bila Perempuan Tua dan Anak Muda Bangkit!”Buku tulisan Arutchelvan, setiausaha agung PSM, yang bertajuk “Braemer… Bila Perempuan Tua dan Anak Muda Bangkit!” telah dilancarkan pada 17 Oktober yang lalu di Kuala Lumpur. Buku ini mengisahkan tentang perjuangan penduduk Ladang Braemer menuntut hak perumahan.

Pengulas buku yang berucap dalam majlis pelancaran buku ini

termasuklah Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM), K. Arumugam (aktivis sosial yang merupakan kenalan lama Arutchelvan) dan Nasir (aktivis anak muda daripada Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia). Majlis turut dihadiri oleh pejuang-pejuang Ladang Braemar itu sendiri.

Sesi Perbincangan Khas Hari HabitatSatu Sesi Perbincangan Dalaman Khas bersempena dengan Hari Habitat telah diadakan pada 6 Oktober yang lalu di Kuala Lumpur. Isu harga rumah merupakan fokus perbincangan ini.

Sesi Perbincangan Dalaman ini telah meluluskan resolusi khas Hari Habitat yang menuntut pada kerajaan supaya mengawal harga rumah. (Sila rujuk m/s 12 untuk teks penuh Resolusi Hari Habitat 2013.)

Aksi Bantah GST - 23 Oktober 2013Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah menganjurkan aksi protes serentak membantah cukai GST pada 23 Oktober yang lalu, di beberapa tempat termasuk Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, Kajang dan Johor Bahru.

JERIT juga melancarkan satu kempen twitter yang menyuarakan bantahan terhadap cukai GST yang akan memiskinkan lagi rakyat miskin.

Kuala Lumpur

Kajang

Ipoh

Shah Alam

AKAN DATANG

Page 4: Sosialis (Nov Dis 2013)

4 NASIONAL Nov-Dis 2013

EO 6 Dapat Gantirugi RM 200,000

Pada 8 Oktober yang lalu, satu keputusan bersejarah telah dicatatkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana Kerajaan Malaysia setuju membayar gantirugi sebanyak RM 200,000 sebagai penyelesaian penahanan tidak sah ke atas 6 orang pemimpin PSM pada tahun 2011. Kerajaan Malaysia telah mengaku salah apabila bersetuju membayar RM 200,000 sebagai ganti rugi pada 6 orang pemimpin PSM yang telah ditahan oleh Polis DiRaja Malaysia daripada 25 Jun 2011 hingga 29 Julai 2011 di bawah Ordinan Darurat (EO). Enam orang pemimpin PSM ini (yang dikenali sebagai EO6 – M.Saraswathy – Timbalan Pengerusi PSM, Dr. Jeyakumar - Ahli Parlimen PSM dan Ahli JK Pusat, M.Sugumaran – Ahli JK Pusat, Choo Chon Kai - Ahli JK Pusat, A.Letchumanan – Setiausaha Cawangan Sungai Siput dan Sarat Babu – Ahli Cawangan PSM Bercham) ditangkap Polis pada 25 Jun 2011 kerana "disyaki" membawa senjata dalam bas mereka. Pada 26 Jun 2011, mereka direman 7 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan dengan tuduhan "mengumpul orang dan senjata untuk berperang dengan Yang Di-Pertuan Agung". Pada 2 Julai 2011, mereka 6 orang dilepaskan tetapi ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance ataupun EO) atas tuduhan bahawa mereka merupakan “penggerak utama” Bersih 2.0. Eo6 telah menfailkan kes terhadap Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan 79 anggota polis yang lain pada 23 Mac 2012. Tuntutan PSM EO6 di Mahkamah adalah satu penghakiman bahawa penahanan EO6 adalah salah di sisi undang dan ini merupakan satu salahguna kuasa polis. Selain daripada deklarasi Mahkamah, EO6 juga memohon gantirugi yang setimpal seperti dipertimbangkan oleh Mahkamah. Tujuan PSM dalam menfailkan kes ini adalah untuk

m e n d e d a h k a n salahguna kuasa pihak p o l i s d a n u n t u k membendungnya. K e n y a t a a n s a k s i keenam-enam orang telahpun difailkan dan antara isu-isu pokok yang dipersoalkan adalah - siapakah pihak yang memberi maklumat salah tentang pertuduhan senjata di dalam bas PSM? Adakah pihak itu disiasat oleh polis dan diambil tindakan?- Siapakah yang mencipta tuduhan palsu bahawa anggota PSM berhasrat untuk berperang dengan Yang Di-Pertuan Agung? Adakah pihak itu diambil tindakan?- Siapakah pihak yang mengambil keputusan untuk menahankan 6 orang anggota PSM di bawah EO? Selepas meneliti fakta kes, dan ambil kenyataan pegawai-pegawai polis yang terlibat, Peguam Persekutuan Kanan, Puan Siti Badariah telah menawarkan penyelesaian di mana Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membayar RM 200,000 sebagai ganti rugi kepada EO6. Dengan bersetuju membayar gantirugi dan membuat pengakuan ini di mahkamah terbuka, PSM berpendirian bahawa Kerajaan Malaysia bersetuju bahawa mereka bertanggungjawab dan patut membayar gantirugi. EO6 dinasihatkan oleh peguam bahawa istilah "gantirugi" membawa makna bahawa Kerajaan mengaku salah dalam perkara ini. Ertinya, tuntutan EO6 dalam kes ini telahpun dipersetujui oleh Kerajaan. Oleh itu, EO6 dan PSM setuju untuk merekodkan Persetujuan Bersama (Consent Judgement) di hadapan

Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Dato' Hue Siew Kheng, di mana Kerajaan Malaysia dan 6 orang anggota polis yang menangkap EO6 pada 2 Julai 2011 akan membayar plaintif sebanyak RM 200,000 sebagai ganti rugi. Episod EO6 mengajar kita bahawa segala undang-undang penahanan tanpa bicara boleh disalahgunakan dan mesti dihapuskan. PSM mendesak supaya langkah baru penahanan tanpa bicara yang ingin diperkenalkan di bawah Akta Pencegah Jenayah (CPA) dihapuskan. Ini adalah satu lagi undang-undang tanpa bicara boleh disalahgunakan dan perlu ditolak secara habis-habisan kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutan. PSM juga ingin mengucap terima kasih kepada peguam-peguam wakil EO6 yang diketuai oleh Edmund Bon dan Yudistra, atas kerelaan mereka menghadapkan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara ke Mahkamah. PSM juga ingin mengucap beribuan terima kasih pada semua rakyat Malaysia yang berani keluar untuk membantah penahanan EO6 tanpa bicara pada Julai 2011. Apabila rakyat bersatu, tiada kuasa yang boleh merampas hak asasi kita! ##

Kes EO6 (6 orang anggota PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat pada tahun 2011) menyaman kerajaan Malaysia telah mendapat penyelesainya apabila pihak kerajaan bersetuju untuk membayar gantirugi sebanyak RM 200,000!

RICHARD RIOT: JANGAN PUTAR BELIT DALAM PELAKSANAAN AKTA GAJI MINIMA(Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh S. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, pada 3 Oktober yang lalu)

Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia, dan RM 800 di Sabah dan Sarawak yang diumumkan pada 1 Januari 2013 masih belum dilaksanakan dengan sepenuhnya untuk kaum pekerja di negara kita. Kini sudah 10 bulan, dan nampaknya semakin hari, semakin jelas bahawa pelaksanaan Akta Gaji Minima telah gagal dan apa yang tinggal hanyalah sandiwara, lawak jenaka dan kenyataan-kenyataan tidak matang oleh Menteri Sumber Manusia.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah menerima aduan terhadap lebih 200 majikan berkenaan dengan isu tidak melaksanakan Akta Gaji Minima dan melakukan pelbagai manipulasi dalam pelaksanaan seperti memasukkan elaun dalam kiraan gaji minima, tambah hari kerja, hentikan pengangkutan kerja, hentikan OT, dan banyak taktik kotor digunakan untuk elakkan diri daripada pelaksanaan Gaji Minima.

Apa yang mendukacitakan kami bukannya manipulasi majikan tetapi peranan yang dimainkan oleh Kerajaan terutamanya Menteri Sumber Manusia dan kenyataan daripada Menteri dan pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang merupakan penipuan secara terbuka dan usaha untuk memperbodohkan rakyat dan kaum pekerja.

1.Pada 24-9-2013, dalam akhbar The Star, Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata tiada sebarang aduan tentang Gaji Minima diterima oleh KSM sejak pelaksanaan. Ini adalah satu pembohongan besar di mana PSM dan JERIT sendiri telah mengemukakan lebih 100 aduan terhadap majikan yang melanggar Polisi Gaji Minima. Lebih 100 aduan ini melibatkan ribuan pekerja tempatan dan pekerja asing.

2.Pada 27-8-2013, dalam berita Bernama, Menteri KSM mengatakan bahawa tidak akan beri sebarang kelonggaran kepada mana-mana syarikat mulai Ogos 2013 daripada pelaksanaan Gaji Minima tetapi sebulan selepas itu, Menteri yang sama mengatakan pada bulan September dan pada 1-10-2013 bahawa kesemua 600 000 Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) telah diberi kelonggaran daripada pelaksanaan sehingga Disember 2013.

Kenyataan-kenyataan daripada pihak Kementerian Sumber Manusia memberi gambaran bahawa kerajaan tidak konsisten dan tidak serius dalam pelaksanaan Polisi Gaji Minima malah

seolah-olah bersekongkol dengan Majikan untuk tidak melaksanakan akta gaji minima.

Baru-baru ini Menteri Riot ini berkata bahawa mereka memerlukan lebih masa dan perlu membuat lebih kajian dan itulah sebabnya pelaksanaan untuk SME ini ditangguhkan. Jutaan wang rakyat telah dibelanjakan sebelum ini untuk membuat kajian dan Kerajaan telah mengambil masa bertahun-tahun sebelum melaksanakan akta ini. Alasan yang diberi sebelum ini adalah perlu membuat lebih kajian. Nampaknya kerajaan belum jemu daripada menggunakan alasan yang sama berulang kali setiap kali mereka gagal mengimplementasi akta ini. Adakah mereka mengakui bahawa semua kajian yang dijalankan sebelum ini adalah salah dan telah membazirkan duit ataupun adakah mereka mengatakan bahawa akta ini telah diimplementasi secara tergesa-gesa hanya untuk kemenangan BN dalam PRU yang lalu?

Menteri ini yang baru bertugas kini telah membuat dua kenyataan palsu dan kemudian buat U-turn. Menteri ini juga gagal menyahut seruan kami untuk satu dialog. Nampaknya Richard Riot is running riot in his job.

Dari tarikh pelaksanaan hingga hari ini, banyak kelonggaran dan manipulasi daripada pihak kerajaan. Selepas Perintah Gaji Minima diwartakan pada Jun 2012, garis panduan pula diperkenalkan pada September 2012. Garis panduan tersebut memberi ruang dan lubang-lubang untuk majikan melarikan diri daripada melaksanakan gaji minima. Selepas itu, mulai Oktober 2012, Kerajaan telah membenarkan syarikat SME memohon penundaan pelaksanaan Gaji Minima. Pada Disember 2012, sebanyak 4500 SME diberi kelonggaran. Selepas itu, mulai Januari 2013, pelaksanaan dimulakan dengan majikan yang mempunyai pekerja lebih daripada 5 orang.

Akan tetapi, selepas sebulan pelaksanaan, pada bulan Februari 2013, protes majikan menyebabkan KSM membuat 'U turn' dalam pelaksanaan, dan pada bulan Mac 2013, KSM memutuskan bahawa pelaksanaan Gaji Minima untuk pekerja migran ditunda sepenuhnya hingga Disember 2013. Sehingga sekarang, pelaksanaan Gaji Minima untuk pekerja dalam syarikat di bawah 5 orang masih belum ditunaikan walaupun pada awalnya dikatakan akan mula dari Jun 2013.

Inilah keadaan sebenar keseluruhan pengimlimentasian Gaji Minima. Manakala pihak KSM mengeluarkan kenyataan seolah-olah tiada sebarang masalah dan semuanya berjalan lancar. Kami amat sedih kerana kebanyakan pekerja masih menerima gaji kurang daripada RM900. Ini satu lagi penipuan!

Ini bererti tujuan asal kerajaan melaksanakan gaji minima iaitu membantu pekerja mendapat satu gaji minima dan mengurangkan kebergantungan pada pekerja migran, kedua-duanya gagal.

Dengan memberi kelonggoran, majikan masih membayar gaji rendah dan dengan mengadakan diskriminasi kepada pekerja migran, mereka hanya akan mendorong majikan mengambil pekerja asing/migran untuk bekerja dan bukannya pekerja tempatan Tindakan Kerajaan ini menghalalkan polisi buruh murah.

Selain itu, kami memandang serius tentang berita daripada Kementerian Sumber Manusia dua hari lalu yang mengatakan kelonggaran penuh terhadap 600 000 SME dan mengharapkan pelaksanaan penuh mulai Januari 2014.

PSM dan JERIT cukup kecewa bahawa nasihat dan cadangan kami untuk membantu SME tidak diendahkan. Ini kerana selagi tiada satu pendekatan serius untuk menyelesaikan masalah SMEs, maka selagi itu tidak akan ada pelaksanaan Gaji Minima secara keseluruhan bagi pekerja di Malaysia. Maka, kami mencadangkan:

a. Memberi subsidi kepada syarikat hanya untuk membayar gaji minima. Sebelum ini banyak kali kerajaan bail-out (menyelamatkan) majikan besar semasa krisis ekonomi, mengapa SME tidak boleh dibantu untuk dibayar gaji minima padahal jika pekerja mendapat gaji munasabah, maka mereka akan membelanjakan wang balik dalam ekonomi negara.

b. Mengecualikan firma kecil daripada bayaran cukai untuk satu tempoh;

c. Menawarkan eletrik dengan kadar yang lebih rendah untuk satu tempoh masa bagi syarikaty SME.

Baru-baru ini kerajaan telah meningkatkan harga petrol dan kerajaan juga semakin ghairah untuk mengurangkan pemberian subsidi. Memberi BR1M dari masa ke semasa untuk mereka yang berpendapatan rendah t idak akan menyelesaikan masalah kewangan rakyat yang dirasai setiap hari. Hanya satu jaminan gaji tetap yang munasabah dapat memastikan kesejahteraan kaum pekerja. Sebagai ujian, Menteri boleh cuba melaksanakan gaji RM 800-900 kepada dirinya sendiri atau ahli keluarganya, barulah mereka mengetahui kesengaraan yang dirasai oleh para pekerja. Tak rasa tak tahu.

PSM dan JERIT mengharapkan Menteri Sumber Manusia memberhentikan sandiwara, wayang kulit dan lawak jenaka beliau dan menumpukan dalam mengimplentasian gaji minima secara serius. Hentikan daripada memberi kenyataan yang putar belit dan salah. Persembahan kerajaan setakat ini dalam pelaksanaan akta gaji minima menyakinkan kami bahawa pada bulan Januari 2014, Menteri akan mempunyai satu lagi cerita mengapa akta ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. ##

Page 5: Sosialis (Nov Dis 2013)

5 PERJUANGAN RAKYAT Nov-Dis 2013

Kampung Hakka Mantin: Pengusiran Paksa Berterusan

Penduduk Kampung Hakka Mantin masih diancam dengan pengusiran paksa daripada pihak pemaju.

Pada 31 Oktober yang lalu, pemaju datang lagi dengan bantuan polis untuk merobohkan rumah di Kampung Hakka Mantin, Negeri Sembilan. Sekali lagi para penduduk Kampung Hakka dan aktivis yang datang memberi sokongan telah berjuang bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kampung yang mempunyai sejarah lebih seratus tahun ini.

19 orang termasuk Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM) dan 6 orang wakil rakyat Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana berjuang mempertahankan rumah penduduk di Kampung Hakka.

Penduduk Kampung Hakka gagal mendapatkan perintah mahkamah (stay order) untuk menghalang pihak pemaju apabila Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan pihak penduduk Kampung Hakka pada 24 Oktober yang lalu. Pihak pemaju, Mega 9, telah datang kembali selepas sebulan perobohan rumah sebelum ini yang berlaku pada 30 September yang lalu. Pada 31 Oktober, pemaju datang sekali lagi dengan bantuan pihak polis dan juga TNB yang memotong

bekalan elektrik.

Lebih kurang 20 buah rumah diroboh sewaktu operasi pengusiran paksa pada 31 Oktober. Bangunan yang dirobohkan termasuklah dewan alumni Sekolah Chi Chi yang digunakan untuk mesyuarat penduduk. Operasi perobohan rumah berhenti apabila para penduduk mendapat perintah mahkamah daripada Mahkamah Rayuan.

Mereka yang ditahan dilayan sekali lagi seperti penjenayah dengan diarahkan untuk melalui ujian kencing, pengambilan sampel DNA, pengambilan cap jari dan bergambar. Namun, kesemua yang ditahan telah dibebaskan pada malam tersebut juga.

Arutchelvan berkata, “Selepas dibebaskan, kami terus balik ke Kampung Hakka. Kapitalis Mega 9 amat biadap apabila meranapkan rumah dan dewan. Kami telah putuskan untuk membina semula rumah dan mendirikan khemah sementara, untuk memilik balik tanah dan terus lawan. Masa untuk berdialog dengan pemaju sudah tamat. Kini masa untuk lawan! ”

Walaupun banyak rumah dirobohkan, para penduduk Kampung Hakka mas ih

bersemangat tinggi untuk mempertahankan hak perumahan mereka. Para penduduk Kampung Hakka hanya menuntut satu penyelesaian adil yang dapat menjamin hak perumahan mereka, tetapi pihak pemaju yang tamakkan keuntungan tidak mengendahkan keluhan penduduk.

Kampung Hakka memang mempunyai warisan se ja rah yang leb ih se ra tus tahun . Kebanyakkan penduduk telah menetap di sini untuk beberapa generasi. Pihak pemaju yang hanya mementingkan keuntungannya sendiri langsung tidak menghiraukan warisan Kampung Hakka dan juga hak perumahan penduduk di sini. Pihak pemaju bersekongkol dengan pihak berkuasa untuk merampas tanah yang didiami oleh penduduk Kampung Hakka. Oleh itu, penduduk Kampung Hakka telah bertekad untuk berjuang habis-habisan supaya hak perumahan mereka dapat dipertahankan. ##

Pada 7 Oktober yang lalu, para penduduk Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan telah hadir ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat aduan mengenai keganasan serta salahlaku polis ketika pengusiran paksa serta perobohan rumah yang berlaku pada 30/9/2013.

Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM telah memberi penerangan

mengenai insiden-insiden yang berlaku serta bagaimana pihak polis bertindak kasar terhadap para penduduk biasa yang hanya hendak mempertahankan rumah mereka yang diduduki lebih seratus tahun. Video kekasaran pihak polis turut ditayangkan kepada pihak SUHAKAM.

Pada 30 September yang lalu, pihak polis gagal bertindak secara neutral tetapi menunjukkan "keberanian" mereka kepada rakyat jelata dengan bertindak kasar. Akibat kekerasan ini, ada penduduk yang cedera, malah ada yang patah tangan. Bukan itu saja, aktivis-aktivis yang membantu penduduk turut dipukul selepas ditahan di dalam van. Seramai 15 orang telah ditahan pada hari itu.

Para penduduk Kampung Hakka juga menghantar satu memorandum ke Ibupejabat Polis di Bukit Aman dan menuntut supaya Bukit Aman m e n y i a s a t t e n t a n g penyelewengan kuasa oleh pihak polis di IPD Nilai.

Tindakan polis ini harus dikecam dan pihak polis seharusnya berasa malu kerana hanya pandai menunjukkan keberanian mereka terhadap rakyat miskin yang hanya ingin mempertahankan hak perumahan mereka! ##

Mengecam Keganasan Polis di Kg Hakka Kerajaan Perlu Serius Laksana Gaji MinimaPSM dan JERIT telah mengadakan satu aksi p r o t e s d i h a d a p a n bangunan Parlimen pada 24 Oktober yang lalu dan menuntut pada kerajaan supaya serius mengambil t i n d a k a n u n t u k melaksanakan dasar gaji minima.

Sivaranjani, penyelaras JERIT, berkata semasa

protes tersebut, “Kami mahu kerajaan bersikap serius dalam pelaksanaan gaji minima dan berharap ada peruntukan perbelanjaan yang perlu untuk membolehkan Syrikat Kecil dan Sederhana (SME) melaksanakan gaji minima dalam Belanjawan 2014.”

PSM dan JERIT telah menyarankan kepada kerajaan supaya perlu menghulurkan bantuan kepada syarikat SME dalam pengurangan kadar cukai syarikat untuk satu tempoh tertentu, mengambil alih pembayaran syer majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk satu tempoh masa tertentu, dan membekalkan kuasa elektrik dengan kadar yang lebih murah.

PSM menegaskan bahawa ke ra jaan p e r l u l e b i h ber tanggungjawab dalam memastikan g a j i m i n i m a dilaksanakan secara adil termasuklah untuk pekerja asing. ##

Page 6: Sosialis (Nov Dis 2013)

6 ISU RAKYAT Nov-Dis 2013

CUKAI GST: CUKAI YANG MEMISKINKAN RAKYAT

RAKYAT MENOLAK CUKAI GST Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) pada 23 Oktober yang lalu:

Pada 25/10/2013, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Pertama, Datuk Sri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2014 di Parlimen. Khabarnya dalam Bajet 2014 ini akan diumumkan bahawa cukai GST diperkenalkan sebagai salah satu sumber untuk menambahkan pendapatan negara. Dalam keadaan ini hujah-hujah mengenai Cukai GST dan perlunya Cukai GST semakin hari semakin lantang.

Persoalannya adakah rakyat Malaysia sedia untuk membayar Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) yang akan dimulakan pada kadar 6% dalam masa 18 bulan lagi seperti yang dikatakan oleh Idris Jala ( P E M A N D U ) p a d a 2 1 / 1 0 / 2 0 1 3 ?

1. Di Malaysia hanya 15% rakyat membayar cukai pendapatan manakala 85% tidak masuk dalam kategori membayar cukai pendapatan. Dalam keadaan ini Cukai GST akan dikenakan kepada semua rakyat tidak kira kaya atau miskin. Adakah ini adil?

2. Seorang yang berpendapatan rendah akan membayar peratusan lebih t inggi daripada pendapatannya untuk cukai GST daripada mereka yang berpendapatan tinggi. Maka adakah adil rakyat berpendapatan rendah membayar peratusan yang lebih tinggi daripada pendapatan mereka sebagai Cukai GST berbanding dengan mereka yang berpendapatan tinggi?

3. Kelas menengah (Middle Class) akan membayar Cukai GST & Cukai Pendapatan. Ini akan mengurangkan kuasa beli mereka dan juga meningkatkan kos hidup mereka yang akan menyebabkan t a ra f h i dup mereka j a t uh .

4. Kerajaan menganggarkan bahawa pendapatan daripada cukai GST lebih kurang RM 1 billion setahun. Tetapi setiap tahun mengikut laporan Jabatan Audit Negara, negara kehilangan lebih kurang RM 28 billion akibat penyelewengan dan ketirisan. Bukankah lebih baik kerajaan mengambil langkah efektif dalam menghalang kebocoran ini daripada mencukai rakyat dan membebankan rakyat dengan Cukai GST?

5. Kerajaan mengatakan bahawa impak Cukai GST akan dikurangkan untuk mereka yang berpendapatan rendah dengan pembayaran BRIM RM 1,200 seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN semasa PRU -13. Adakah BRIM memang akan mengurangkan kesan Cukai GST terhadap mereka yang berpendapatan rendah?

Kalau kita buat satu analisa y a n g m u d a h d e n g a n mengandaikan mereka yang b e r p e n d a p a t a n r e n d a h b e r b e l a n j a k e s e m u a pendapatan mereka , maka kita akan mendapat analisa seperti jadual 1.

Maka sekiranya BR1M dibayar RM 1200 setahun , maka untuk mereka yang mendapat gaji RM 3000 dan ke bawah, BR1M adalah sebagai pulangan Cukai GST yang dibayar balik oleh kerajaan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Jadi, hujah kerajaan ialah, GST tidak akan membebankan rakyat miskin dan kesannya akan dapat diatasi melalui pembayaran BR1M. Tetapi persoalan di sini ialah :

(a) Adakah pembayaran BRIM ini adalah

tetap dan diperuntukkan di mana-mana

perundangan ?

TIDAK. BR1M adalah gula-gula janji pilihanraya dan bukannya peruntukan undang-undang. Maka kerajaan boleh pada bila-bila masa hentikan bayarannya. Lagipun di negara Canada, apabila cukai GST mula-mula diimplementasikan, kerajaan negara itu memberi bayaran balik tunai seperti BRIM bagi mereka yang berpendapatan rendah. Akan tetapi setelah beberapa tahun pengimplementasian cukai GST, pembayaran tunai ini diberhentikan

(b) Macam mana pula dengan mereka

yang berpendapatan lebih 3000 , tapi

masih kelas pertengahan? Bukankah

GST ini membebankan ?

Memang akan membebankan, tetapi kerajaan tiada penyelesaian untuk mereka.

(c) Apa akan berlaku jika % GST

ditingkatkan, adakah BRIM akan

ditingkatkan?

Tiada informasi atau jaminan mengenai perkara ini sehingga kini.

(d) Bagaimana pula peningkatan kos

hidup kerana Cukai GST akibat

peningkatan dalam kos pengeluaran?

Lagipun, akan wujud keadaan peniaga

menggunakan keadaan ini

untuk meningkatkan harga

b a r a n g k e r a n a G S T

m e n i n g k a t k a n k o s

operasinya.

Berdasarkan pengalaman di Negara

Australia, pengguna akan berebut-

rebut untuk membeli barangan

keperluan sebelum cukai

GST diimplementasikan

y a n g a k a n

m e n g a k i b a t k a n

kekurangan bekalan dan

kenaikkan harga dan ia

akan mengakibatkan

k e k a l u t a n d a l a m

pasaran dan inflasi yang

tinggi.

Selain daripada itu adalah tidak adil untuk golongan pekerja

yang bergaji RM900 terpaksa membayar Cukai GST untuk barangan dan perkhidmatan yang digunakan sama seperti seorang yang bergaji RM10,000.00.

Peniaga-peniaga kecil pula akan menjadi mangsa dalam sistem Cukai GST ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran untuk mendaftarkan diri dan menerima refund untuk cukai yang dikenakan terhadap mereka seperti syarikat dan pemborong besar.

Alasan kerajaan bahawa negara-negara lain telah sekian lama mengimplementasi cukai barangan dan perkhidmatan dan Malaysia merupakan salah satu negara yang ketinggalan dalam pengimplementasian cukai berkenaan adalah langsung tidak munasabah. Negara-negara Eropah dan Asia seperti Indonesia dan Singapura yang telah mengamalkan Cukai GST mempunyai sistem jaringan perlindungan yang tinggi bagi pekerja dan Akta Gaji Minima yang munasabah untuk menjaga kebajikan rakyat. Namun di Ma lays ia , Ak ta Ga j i M in ima yang menyarankan RM900 kepada pekerja masih dalam belenggu di mana lebih 600,000 SME mendapat pengecualian dan pekerja dimangsakan dengan pelonggaran di dalam Undang-Undang Buruh yang mengutamakan pelabur asing.

Sekiranya kerajaan ingin menambah pendapatan negara maka cukai korporat harus ditingkatkan dan kerajaan harus mengambil langkah untuk mencegah ketirisan dalam kerajaan yang menyebabkan kehilangan wang kerajaan sebanyak RM 28 billion setahun akibat penyelewengan.

Cukai GST bukanlah penyelesaian untuk d e f i s i t n e g a r a . C u k a i G S T a k a n membebankan rakyat dan akan menjadikan rakyat lebih miskin dan kurangkan kuasa beli

rakyat. Maka, JERIT bersama rakyat dalam membantah pelaksanaan Cukai GST yang m e m b e b a n k a n s e r t a memiskinkan rakyat.

Cukai GST, Cukai Yang Memiskinkan Rakyat!

Pendapatan dan perbelanjaan

GST 5 % (sebulan) Cukai GST setahun

RM 1000 RM 50 RM 600

RM 2000 RM 100 RM 1200

RM 3000 RM 150 RM 1800

Jadual 1

Page 7: Sosialis (Nov Dis 2013)

7 ANALISA Nov-Dis 2013

Analisa Bajet 2014: Gagal Selesai Masalah RakyatSekali lagi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah membentangkan bajet tahunan di Parlimen dan majoriti rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bajet kerajaan ini akan memperbaiki kehidupan meraka. Sebelum pembentangan bajet, media telah menerbitkan “senarai harapan” (wish list) yang menyenaraikan apa yang diinginkan oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai sektor dalam bajet tahun ini. Namun, semua orang tahu bahawa harapan mereka hanyalah sekadar mimpi dan bajet bukan yang lain tetapi senarai pemberian gula-gula.

Sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan BN membentang bajet Negara hanya sekadar senarai peruntukan perbelanjaan unutk program dan jabatan berlainan, tambahan dengan beberapa pengumuman pemberian gula-gula kepada rakyat. Perdana Menteri Najib Razak beranggapan bahawa rakyat Malaysia tiadanya kebolehan untuk berfikir selain daripada gula-gula dan mereka tidak akan sedar bahawa versi bajet BN tidak sepadan dengan masalah ekonomi yang menghantui masyarakat kita.

Bagaimanakah bajet ini akan mengurangkan jurang pendapatan di negara kita yang semakin melebar? Negara Malaysia mempunyai jurang pendapatan yang tertinggi di rantau Asia. Apakah langkah-langkah konkrit untuk membendung kenaikan harga rumah? Apakah rancangan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan pada import makanan dan mempertingkatkan kedaulatan makanan kita? Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengawal perbelanjaan kerajaan, menghentikan ketirisan wang, dan menangani pembaziran wang yang diketengahkan dalam laporan Ketua Audit Negara?

Bajet 2014 gagal menangani masalah yang dinyatakan di atas. Kerajaan kita nampaknya begitu yakin bahawa kadar pertumbuhan ekonomi kekal pada 5.5% pada tahun 2014. Angka-angka ekonomi aliran utama seperti keluaran dalam negara kasar (GDP) hanya mencerminkan pertumbuhan ekonomi untuk lapisan masyarakat yang berada dalam 20% teratas. Pemikiran ekonomi aliran utama bergantung pada kesan “meleleh ke bawah” (trickle down) untuk pengagihan kekayaan eonomi tetapi hakikatnya realiti sosio-ekonomi massa rakyat langsung tidak berubah. Lebih-lebih lagi, kebanyakan pakar ekonomi menjangkakan ekonomi sedunia akan menghadapi kemerosotan dengan krisis ekonomi di Negara Amerika Syarikat (AS). Apabila eksport ke AS mula terbantut, bagaimana Malaysia dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang bergantung pada eksport? Bajet 2014 gagal mengemukakan langkah-langkah yang mustahak untuk melindungi ekonomi negara kita daripada fenomena ini.

GST Memiskinkan Lagi Rakyat Miskin

Walaupun pengalaman negara-negara lain dalam implementasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atau cukai tambah nilai (VAT) jelas menunjukkan bahawa harga domestik barangan dan perkhidmatan akan terus meningkat sejurus cukai tersebut dilaksanakan, tetapi kerajaan kita berpendapat berlainan daripada ini. Mereka cuba menyakinkan rakyat bahawa barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, cili, herba, ikan masin, cincalok, budu, belacan, air, elektrik (untuk 200 unit pertama dalam kegunaan domestik), perkhidmatan kerajaan, pengangkutan awam (bas, LRT, feri dan tol), jual beli hartanah atau sewa hartanah dan sebagainya akan dikecualikan daripada GST. Namun, bagaimana pula dengan bahan mentah dan mesin yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini? Adakah ia akan meningkatkan kos pengeluaran barangan ini secara tidak langsung, walaupun barangan tersebut tidak dikenakan GST?

Kita perlu ingat bahawa GST akan mempengaruhi semua perniagaan dan kesannya akan dipindahkan kepada pengguna. Pembayaran bantuan untuk menangani kesan GST hanya untuk mereka yang menerima BR1M, tetapi bagaimana pula dengan pengguna yang lain yang juga akan menerima kesan GST? Pengurangan cukai pendapatan tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kerana kebanyakan rakyat yang menerima kesan GST tidak bayar cukai pendapatan!

Naikkan Gaji Minima Sebelum GST

PSM dan JERIT telah mengemukakan cadangan mengurangkan beban pengusaha kecil industri dalam pelaksanaan skim gaji minima untuk memastikan semua pekerja dijamin gaji minima. Antaranya termasuk insentif cukai untuk tahun 2014, supaya membantu pihak majikan menaikkan gaji pekerja ke tahap gaji minima. PSM juga mendesak kerajaan supaya menguatkuasakan pelaksanaan gaji minima secara serius mulai 1 Januari 2014 untuk semua majikan dan memastikan mereka membayar gaji minima

tanpa sebarang alasan.

Sehingga sekarang, ramai maj ikan t idak mengeluarkan lebih wang untuk membayar gaji pekerja kerana Kementerian Sumber Manusia telah memberi kelonggaran kepada majikan untuk memasukkan elaun yang telahpun dibayar sebelum ini ke dalam pengiraan gaji minima RM900. Oleh itu, jika kelonggaran sebegini masih dibenarkan, insentif cukai kepada majikan hanya akan meningkatkan keuntungan bersih syarikat tetapi tidak memberi faedah kepada para pekerja.

Dengan rancangan melaksanakan GST pada tahun 2015, PSM mencadangkan supaya paras gaji minima RM 900 perlu dinilai semula dan dinaikkan sebelum melaksanakan skim cukai baru tersebut. Dengan peningkatan dalam indeks harga pengguna, pelaksanaan GST tidak akan mendatangkan peningkatan dalam gaji sebenar.

Pengurangan Cukai Syarikat? Mengapa?

PSM mempertikaikan justifikasi untuk mengurangkan lagi 1% cukai syarikat daripada 25% ke 24% untuk tahun pencukaian 2016. Dalam ekonomi kapitalis, memang tidak asing lagi untuk syarikat-syarikat besar melakukan pemindahan harga dan mengemukakan keuntungan mereka lebih rendah daripada keuntungan sebenar untuk mengelakkan diri daripada cukai! Kerajaan tidak patut menawarkan pengurangan cukai syarikat setiap tahun untuk mengambil hati golongan korporat, tetapi sebaliknya patut mempertingkatkan penguatkuasaan mengutip cukai daripada mereka yang memanipulasi keuntungan mereka.

Lebuhraya dan pengangkutan awam, halatuju yang bercanggah

Bajet 2014 mengumumkan satu lagi projek lebuhraya, iaitu Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Taiping. Lebih banyak lebuhraya daam perancangan. Lebuhraya Kinrara, dari Puchong ke Damansara juga dalam peringkat perancangan. B a g a i m a n a k e r a j a a n m e r a n c a n g u n t u k mempertingkatkan pengangkutan awam apabila ia membina lebih lebuhraya untuk meningkatkan penggunaan kenderaan persendirian? Jikalau kerajaan betul-betul serius tentang pengangkutan awam, ia patut menumpukan usaha untuk menghubungkan bandar kita dengan rangkaian bas, LRT dan komuter bukannya lebuhraya.

Jadikan Perumahan Betul-betul Mampu Milik Langkah jangka masa meningkatkan Cukai Keuntugan Hartanah ke 30% (untuk 3 tahun yang pertama), 20% (tahun keempat), 15% (tahun kelima)

dan 30% untuk 5 tahun bagi semua warga asing, tidak akan menjadikan harga rumah lebih murah. Langkah ini mungkin dapat kawal kenaikan harga rumah secara sementara tetapi harga rumah masih dipengaruhi oleh kuasa pasaran. Perumahan mampu milik perlunya dikeluarkan daripada pasaran bebas dan dikawal oleh kerajaan. Hanya dengan cara ini, majoriti rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan dapat merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah halaman sendiri.

Harga rumah tidak patut ditentukan oleh pasaran tetapi kemampuan rakyat. Seseorang tidak patut membayar lebih satu pertiga daripada pendapatan bulanannya kepada bank untuk pinjaman rumahnya. Hanya dengan cara ini seseorang pekerja yang berpendapatan RM 1500 dapat memiliki rumah yang berharga Antara RM 40,000 ke RM50,000.

Tiada makna mengatakan sebuah rumah yang berharga RM 100,000 itu rumah mampu milik. Adakah ia benar-benar mampu milik untuk rakyat bawahan 20%?

Tingkatkan Perbelanjaan Kesihatan Awam

Pada masa kini, negara Malaysia hanya membelanjakan 4.4% GDPnya dalam sistem kesihatan. Kadar ini sepatutnya melebihi 6% untuk sebuah negara berpendapatan sederhana. Mereka yang memantau secara rapat hospital kerajaan akan mendapati bahawa semakin kurangnya ubat dan perkhidmatan yang disubsidi oleh kerajaan. Bilangan pesakit HIV yang mendapat subsidi ubat daripada kerajaan turut

berkurangan. Bajet 2014 gagal menangani masalah sistem kesihatan yang semakin merosot.

BR1M 3.0 & Subsidi

BR1M hanyalah lanjutan gula-gula kempen pilihanraya tanpa mempunyai penyelesaian sebenar untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Bagaimana bantuan kewangan sekali gus ini dapat membantu rakyat apabila harga barangan seperti makanan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, kesihatan semuanya semakin hari semakin meningkat. BR1M tidak memastikan harga makanan dikawal. BR1M tidak dapat membayar ansuran bank untuk rumah. BR1M tidak akan mengurangkan tambang bas sekolah untuk kanak-kanak. BR1M tidak akan mengurangkan bayaran perubatan apabila anda didapati menghidap penyakit kriitikal.

Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab akan memperkenalkan penyelesaian yang sebenar untuk masalah sosio-ekonomi rakyat, bukannya skim populis untuk memancing undi.

Penarikan subsidi yang bermula dengan gula dan bahan api, mendedahkan lanjutan dasar-dasar neoliberal yang mengalihkan tanggungjawab kerajaan kepada pasaran bebas. Kerajaan boleh menjimat wang dengan banyak cara tetapi bukannya menarik balik subsidi yang bertujuan untuk membantu rakyat.

Kerajaan boleh menjimat wang rakyat dengan menangani ketirisan wang dalam peruntukan kerajaan. Wang juga boleh dijimat dengan menilai semula kontrak untuk penjanaan tenaga dan penyelenggaraan lebuhraya.

Bajet 2014 yang dikemukakan oleh kerajaan BN gagal menangani isu asas masyarakat Malaysia. Untuk mengemukakan satu bajet yang progresif, kita perlunya perubahan secara struktur. BN tidak pernah mengemukakan penyelesaian kepada masalah rakyat kerana dasarnya untuk 56 tahun yang lepas merupakan sebahagian daripada masalah itu sendiri.

(oleh Sivarajan)

Page 8: Sosialis (Nov Dis 2013)

8 BICARA PARLIMEN Nov-Dis 2013

Fokus Isu Pendapatan, Anak Muda dan GST

Perbahasan Bajet 2014

Berikut adalah teks ucapan Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput, pada 28 Oktober 2013, semasa perbahasan Bajet 2014:

Adanya beberapa poin yang saya boleh menyokong dalam belanjawan yang di bentangkan oleh Perdana Menteri Jumaat lalu. Antaranya adalah cadangan menubuhkan Unit Pengurusan Integriti di setiap Kementerian Kerajaan. Ini amat penting kerana pada masa ini kerana ketirisan melalui rasuah, salahguna kuasa dan sebutan harga yang terlalu tinggi mengakibatkan kehilangan antara RM 30 bilion dan RM 40 bilion wang rakyat setiap tahun. Ketirisan ini harus diberhentikan. Saya harap kerajaan akan melaksanakan Unit Pengurusan Integriti seperti dicadangkan dan memastikan mereka dapat menjalankan kerja mereka dengan berkesan. Tetapi adalah amat susah untuk saya menyokong Belanjawan dalam keseluruhannya kerana ia-nya berdasarkan pada prinsip-prinsip neo-liberal dan pro-korporat. Ia berdasarkan pada kepercayaan bahawa hanya sektor swasta yang boleh menjana perkembangan ekonomi dan oleh itu wujudkan suasana mesra pada kaum koporat. Ini telah membawa kerajaan kepada pengurangan cukai koporat dan memindahkan beban cukai ke atas rakyat biasa. Saya khuatir 60% rakyat kita yang berpendapatan seisi keluarga di bawah RM 5000 sebulan akan tertekan oleh pendekatan yang mengagung-agungkan kaum koporat.

Gaji Minima dan Pendapatan Rakyat

Satu kelemahan dalam belanjawan ini adalah ia tidak menfokus pada isu pelaksanaan gaji minima. Di negara kita, adanya 6 juta rakyat Malaysia yang berkerja sebagai pekerja di sektor swasta. Dalam kajian kerajaan pada tahun 2009, 1/3 daripada pekerja di sektor swasta, menerima gaji yang kurang daripada paras kemiskinan pada tahun itu iaitu RM 720 sebulan. Itulah sebabnya kerajaan telah mengumumkan dasar gaji minima RM 900 sebulan pada bulan Jun 2012.

Tetapi walaupun dikuatkuasakan pada 1/1/2013, sampai sekarang hanya 1/3 daripada pekerja swasta yang dulu dapat gaji di bawah RM 900 sebulan, sekarang menikmati kenaikan gaji ke RM 900 atau lebih. 2/3 masih sengsara dengan gaji yang kurang daripada RM 900.

Satu kumpulan pekerja yang belum menikmati kenaikan gaji ekoran polisi gaji minima, adalah pekerja kontraktor yang membekalkan perkhidmatan kepada jabatan kerajaan - pembersihan hospital, sekolah atau pejabat atau jaga halaman, dan juga keselamatan. Beribu-ribu pekerja kontrak di sekolah, hospital, majlis-majlis tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan masih kerja dengan gaji di bawah RM 900. Sebabnya adalah tawaran kontrak berdasarkan pada gaji rendah.

I s u n y a a d a l a h , m e n g a p a k a h k e r a j a a n t i d a k mengubahsuaikan kontrak-kontrak ini sebelum ini. Mengapa

tidak membayar kontraktor lebih sedikit supaya kontraktor dapat mematuhi polisi gaji minima? Mengapa keperluan menambahkan bayaran pada kontraktor tidak dibentangkan dalam Belanjawan tahun lalu jika kerajaan benar-benar serius terhadap pelaksanaan gaji minima?

Satu isu lagi berkaitan pelaksanaan gaji minima adalah majikan dengan 5 orang pekerja ke bawah. Wujudnya 300,000 perniagaan mikro di negara kita dengan jumlah pekerja lebih kurang 1 juta. Mereka dulu diarah melaksanakan polisi ini pada 1/7/2013. Selepas itu ditangguhkan kepada 1/1/2014. Dalam Belanjawan dinyatakan bahawa penambahan dalam bayaran gaji boleh dapat diskaun cukai. Ini tidak mencukupi. Saya ingin mengesyorkan syer KWSP yang harus dibayar oleh majikan sebanyak 13% gaji diambil alih oleh kerajaan 100% untuk tahun 2014 dan 50% untuk 2015. Ini merupakan bantuan kewangan yang signifikan dan akan membantu majikan mikro melaksanakan gaji minima.

Perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan berkaitan polisi gaji minima adalah pengecualian yang telah diberi pada pekerja migran. Dulu majikan dikehendaki membayar gaji minima kepada pekerja migran juga. Tetapi selepas itu, majikan diberi longgaran memotong kos levi dan kos perumahan daripada gaji pekerja migran.

Longgaran ini akan menjejaskan peluang pekerja tempatan mendapat kerja. Tanpa kelonggaran ini pun, kos pekerja tempatan sedahpun lebih mahal untuk majikan kerana majikan dikenakan bayaran KWSP sebanyak 13% gaji pekerja tempatan. Apabila majikan dibenarkan memotong kos levi dan penginapan daripada gaji pekerja asing, ini akan menjadikan pekerja migran lebih "murah" lagi untuk majikan. Ini akan menjejaskan peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan.

Harap ambil berat terhadap isu pekerja kontrak di jabatan-jabatan kerajaan, isu majikan mikro dan isu pekerja migran. Nasib 1.5 juta pekerja Malaysia sengsara kerana gaji mereka masih di paras yang terlalu rendah.

Anak Muda dan Perumahan

Isu kedua yang saya ingin bawa adalah masalah besar yang dihadapi oleh orang muda di Malaysia. Mereka berhadapan dengan rumah-rumah teres yang harganya melampaui RM 500,000 di Lembah Kelang. Mengikut pembentangan bajet, Prima akan membina 80,000 buah rumah mampu milik dengan harga antara RM 150,000 dan RM400, 000.

Kita harus kaji balik apakah ertinya "mampu milik" untuk sepasang suami isteri yang kedua-duanya graduan dengan gaji RM 2500 sebulan seorang. Mengikut perhitungan kerajaan, mereka sanggup membelanjakan 1/3 pendapatan isi rumah tangga untuk membayar pinjaman rumah mereka. Adakah ini munasabah?

Para graduan juga terpaksa bayar baik pinjaman PTPTN, dan juga mengambil pinjaman untuk membeli kereta kerana status pengangkutan awam di bandar-bandar kita masih belum memuaskan. Mereka juga mungkin kena menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu-bapa dan adik beradik mereka. Pada saya adalah amat susah untuk mereka komit sebanyak RM 1500 untuk bayaran pinjaman bank setiap bulan.

Jika sepasang suami-isteri graduan pun menghadapi masalah memilik rumah, bagaimana pula dengan keluarga-keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM 5000 sebulan - bilangan mereka adalah lebih daripada 50% keluarga di Malaysia.

Apakah makna "rumah mampu milik" untuk sebuah keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3000. Berapakah yang keluarga seperti ini mampu membayar pinjaman perumahan? Adakah formula 1/3 pendapatan keluarga memberi angka yang munasabah. Mari kita menganalisa keadaan sebuah keluarga dengan 3 orang anak bersekolah.

Perbelanjaan bulanan mereka adalah· kos barangan pasar dan kedai runcit – RM

700· persekolahan 3 anak (bas / makan di sekolah

/ tuisyen) - RM 600· Kos ibu-bapa pergi kerja (pengangkutan /

makan tengah hari) - RM 550· Air / elektrik / telefon bimbit – RM 250· Insurans (kesihatan 300 / pendidikan 200) –

RM 500 Jumlah RM 2,600

Ini hanya meninggalkan RM 400 daripada pendapatan bulanan mereka sebanyak RM3000. Pinjaman rumah sebanyak RM60, 000 merupakan pinjaman maksima yang mereka boleh ambil. Jika lebih tinggi, susah untuk mereka membayar balik.

Mengikut belanjawan yang dibentang oleh Perdana Menteri, bekalan rumah dengan harga di bawah RM 100,000 adalah seperti berikut

Jabatan Perumahan Negara:· Program Perumahan Rakyat 16,473· SPNB 26,122· MyHome Scheme 10,000

Totalnya hanya 52,600 rumah kos di bawah RM 100,000 sahaja - dan ini pun belum pasti.

Adakah ini mencukupi untuk rakyat kita?

Mengikut laporan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 25% daripada keluarga Malaysia tidak mempunyai rumah sendiri. Kita ada 6 juta keluarga di Malaysia. Ertinya 1.5 juta keluarga di Malaysia tidak mempunyai rumah mereka sendiri. Dan ramai daripada kumpulan ini adalah keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM5000. 53,000 rumah yang dicadangkan dalam Bajet 2014 merupakan hanya 0.5% jumlah ini!

Dan kita masih belum ambil kira fakta bahawa tiap tahun ada 120,000 perkahwinan. Dengan pengwujudan 120,000 keluarga baru setiap tahun sudah tentu kita memerlukan lebih kurang 100,000 rumah untuk pasangan suami-isteri muda.

Nampaknya kita akan saksi satu generasi tanpa rumah - a homeless generation, kerana kos rumah telah melambung tinggi dan keluarga-keluarga biasa tidak dapat membeli rumah mereka sendiri.

Apabila hadapi masalah seperti ini, adalah penting kita mencari punca sebenarnya, barulah kita dapat mengaturkan langkah untuk mengatasinya. Menurut siasatan saya, kos bahan-bahan binaan dan tenaga manusia untuk bina rumah adalah RM 50 sekaki persegi. Ini adalah untuk rumah yang asas, dan tidak ambilkira kos infrastruktur seperti longang, jalan, paip bekalan air, loji IWK dan tiang elektrik.

RM 50 untuk setiap kaki persegi tapak yang dibina. Jadi untuk sebuah rumah 20 x 40 kaki = 800 kaki persegi, Darab dengan RM 50 - dapat RM40,000 untuk kos pembinaan satu unit rumah teres kos murah. Tambah kos infrastruktur lebih kurang RM 12,000 serumah.

Jadi kos termasuk infrastruktur untuk rumah teres 20 x 40 kaki adalah RM 52,000. Mengapa di negara kita tidak dapat membekalkan rumah pada rakyat miskin dan sederhana dengan harga macam ini? Inilah isu penting.

(bersambung di m/s 9)

Page 9: Sosialis (Nov Dis 2013)

9 BICARA PARLIMEN Nov-Dis 2013

(sambung dari m/s 8)

Saya ingin berkongsi pengalaman saya di Sungai Siput. Di Sungai Siput, ada sebuah Kampung Baru yang dinamakan Sungai Buloh. Di belakang Kampung Baru itu, ada suatu kawasan tanah kerajaan seluas 150 ekar. Boleh membina 12 rumah teres di satu ekar. 1800 - tolak tempat untuk padang main, dewan, IWK, substesyen TNB, 1500 rumah boleh dibekalkan untuk rakyat.

Tetapi apa yang berlaku amat kecewakan - tanah ini diberi kepada anak syarikat PKNP - Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Anak syarikat ini buat joint venture dengan pemaju swasta. Sekarang rumah teres di situ dijual dengan harga RM 150,000 seunit atau lebih. Tanah kerajaan. Boleh selesai rumah dengan harga RM 52,000, tanpa subsidi apa-apa pun. Tetapi sekarang rumah-rumah di situ sedang dijual dengan harga 3 kali ganda jika banding dengan kos sebenarnya.

Siapa yang untung? Jelas pihak yang rugi adalah rakyat kita dengan pendapatan rendah dan sederhana.

Yang untung adalah pemaju swasta, kontraktor-kontraktor yang dapat mark up sebut harga mereka, dan juga pengarah dan pegawai tinggi kerajaan serta anak syarikat kerajaan yang dianugerahkan dengan tanah itu.

Ini bukan sahaja di Sungai Siput. Ia berlaku di merata tempat. Seperti saya katakan tadi, masalah pokok adalah pendekatan yang diambil oleh kerajaan terhadap pembekalan keperluan asas kepada rakyat kita. Kerajaan kita berpegang pada kepercayaan bahawa sektor swasta yang tamakkan keuntungan itu boleh membekalkan kemudahan asas kepada masyarakat. Inilah punca utama untuk masalah ketiadaan rumah untuk rakyat kita.

Bolehkah saya beri satu cadangan? Tubuhkanlah satu perbadanan bukan untuk keuntungan (non-profit) di peringkat negeri. Berikannya tanah kerajaan untuk membina rumah. Jual rumah-rumah ini dengan harga kos pembinaan sahaja kepada keluarga miskin dan sederhana. Mungkin pendekatan yang dibentang oleh Perdana Menteri berkaitan subsidi sebanyak RM30, 000 seunit boleh dipakai untuk membekalkan infrastruktur.

Rumah-rumah teres ini boleh dijual dengan harga RM 40, 000 untuk keluarga berpendapatan di bawah RM 4000 sebulan. Tetapi pembeli rumah ini harus dikenakan syarat seperti berikut:

· hanya keluarga di mana suami-isterinya tidak memiliki rumah boleh mengambil bahagian dalam skim ini;

· rumah ini tidak boleh dijual di pasaran terbuka. Tidak boleh dipakai untuk spekulasi. Jika nak jual, jual balik kepada Perbadanan Perumahan peringkat Negeri.

Program seperti ini akan menyingkirkan amalan spekulasi ke atas tanah dan rumah yang berleluasa sekarang. Dan lebih ramai rakyat kita daripada lapisan sederhana akan dapat membeli rumah.

Keluarga-keluarga dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM 2000 sebulan harus disewa rumah oleh kerajaan dengan harga yang disubsidikan. Mereka tidak boleh membeli rumah mereka sendiri kerana pendapatan RM 2000 hanya cukupi untuk mendapatkan keperluan asas keluarga mereka dan tidak mencukupi untuk melabur dalam rumah. Kaedah seperti ini pernah dipakai di England pada satu masa dahulu di mana kerajaan pusat telah memperuntukkan dana kepada kerajaan tempatan untuk membina rumah kos murah untuk disewa kepada keluarga miskin. Skim ini dipanggil "council housing". Saya ingin mengesyorkan kaedah ini juga dipakai di negara kita.

Kita perlu kaji balik masalah harga rumah yang terlalu tinggi jika kita ingin elak daripada wujudkan satu jenerasi tanpa rumah sendiri (a Homeless Generation).

Isu GST

Perkara terakhir yang saya ingin sentuh adalah cukai baru GST. Dalam perbahasan yang saya dengar semalam, ada beberapa orang Yang Berhormat BN yang berhujah bahawa GST tidak akan membebankan rakyat kerana ianya hanya menggantikan cukai jualan.

Ini tidak betul. Saya ingin rujuk pada ucapan Perdana Menteri pada Jumaat lalu. Dia kata "kerajaan yakin, ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST, kerana kadar inflasi adalah minimum d a n t e r k a w a l " . Ert inya kerajaan s e n d i r i s e d a r bahawa GST akan membawa kenaikan harga.

Satu lagi perkara yang disebutkan oleh YB BN adalah k a e d a h " p e n g e c u a l i a n " a t a u p u n "exemption". Kita harus memahami bahawa cukai GST adalah cukai terhadap nilai yang ditambahkan di tiap peringkat pengeluaran sesuatu benda. Katakan satu barangan dikeluarkan melalui proses 5 peringkat. Nilai yang ditambahkan di peringkat pertama akan dikenakan cukai dan barangan tersebut dijual kepada peringkat kedua dengan harga yang ditingkatkan 6%. Nilai yang ditambahkan di peringkat dua juga dicukai dan dijual ke

peringkat yang ketiga dengan harga yang 6% lebih. Ini akan berlaku di tiap peringkat. Walaupun peringkat keempat dan kelima dikecualikan daripada GST, kenaikan harga yang berpunca daripada cukai yang dikenakan di peringkat pertama sampai ketiga akan ditanggung oleh pelanggan ia-itu rakyat kita.

Kita mesti menerima fakta. Hakikatnya adalah cukai GST merupakan usaha untuk memindahkan beban cukai daripada orang kaya dan kaum koporat ke bahu orang biasa. Tujuannya adalah untuk berbaik pada kaum koporat kerana kerajaan kita mahu tunjuk bahawa ianya mesra pada bisnes. Inilah tujuan utamanya.

Kita sedang bersaing untuk pelaburan asing. Kita bersaing dengan negara Vietnam dan Thailand serta China. Itulah sebab kita berlumba-lumba untuk menurunkan cukai terhadap kaum koporat. Tetapi jika mengurangkan cukai koporat, kerajaan memerlukan punca cukai baru. Itulah sebabnya GST ini dicadangkan.

Saya sedia menyokong Cukai GST ini tetapi dengan satu syarat. Masukkan satu syarat dalam akta ini yang mewajibkan bayaran BR1M bulanan kepada akaun bank 40% keluarga yang termiskin di Malaysia dengan kadar cukai GST didarab gaji persentil ke 40. Ertinya buat masa ini, kadar GST sebanyak 6% harus didarab pada pendapatan persentil ke 40 iaitu RM 3000 - jumlahnya RM 180. Jumlah ini harus dibayar ke dalam akaun tiap

keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM 3000. Ini akan menjadikan cukai GST "income neutral" untuk keluarga dengan pendapatan bulanan RM 3000 sebulan dan merupakan pendapatan tambahan untuk keluarga dengan pendapatan yang kurang pada RM 3000.

Syarat seperti ini akan memberi perlindungan kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah sambil membolehkan kerajaan menambahkan pendapatan

kerajaan melalui cukai terhadap keluarga yang lebih berada.

Saya harap pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan akan ambil serius poin-poin yang telah dibangkitkan oleh saya. ##

oleh Dr. Nasir Hashim8 Oktober 2013

Dulu Aku Dijajah

Mengagungkan orang putih… ke Puncak LedangTalibarut-talibarut British… Ditahtakan Menjadi pemimpin-pemimpin dan raja-raja

Maka harta ibunda… dikikis… dipunggah… dan diperahBerduyun-duyun… menuju… ke pengkalan Ratu EnglandDemi membangunkan… tamadun Eropah

Dan pengkhianat tempatan pula… bangga dengan anugerahDari hirisan… dan titisan… darah rakyatMelacurkan diriMembatalkan KemerdekaanNamun bangga… dengan… kelongsong kemerdekaan

Pejuang-pejuang tulen… dibangsatkanMenafikan… sejarah kebangkitan… rakyat sejatiBatin terseksa… jiwa meraung… memohon secebis kebebasan

Kerana… pemimpin tempatan… asyikBerkiblat kepada penindasan… dan kuasa rimbaMempertuhankan… kepada keuntungan… dan harta benda

Maka rakyat dipaksa… mengusungBudaya songsang… budaya kebergantunganKini… makin dikeji… kerana… berjiwa subsidiDijerat habis… sebagai… hamba abdi

Maka… semangat berdikari… hancur luluhMengemis… sepanjang waktu

Menagih… di pinggir… keadilan

Maka… yang kaya bertambah kaya… dan miskin papa kedanaHarapkan pagar… pagar makan padiYang tahu… buat tak tahuSeperti katak di bawah gelasMenjadi saksi terhormat… berjiwa keparat

Kini… aku dijajah… dan kian… disuruh sedarKerana… Negara ku ini… belum merdeka lagiGST dan penswastaan… menjajahi… kehidupran rakyatTPPA… menjajahi… kedaulatan Negara ibundaPekerja… tetap dibuai… dengan harapan palsuMenjadi hamba abdi… sepanjang zaman Begitulah… putaran alam… saudaraManusia mentakdirkan… dan mentadbirkan… penghinaanKapitalis… dan konco-konco politik… rakus bersubahatMelelongkan negaraMelacurkan harga diri… profesyen sendiri

Justeru… rakyat… haruslah… bertindakMelucutkan rantai-rantai… penindasan ini

Menghapuskan… jaringan penjajah… ala modenYang disulam rapi…Dengan takbir… nasionalisme dan perkaumanSanggup melelong agama… dengan harga… yang murah

Jelas saudara ku… selagi acuan kapitalisme ini… tidak dihapuskanSelagi itulah… rakyat dijajah, didusta, dinista…Tanpa sempadan

Ayuh pejuang-pejuang… Negara kuBersedialah… untuk melancarkan… serangan baru

Dipadukan keinsafan… dengan kasih sayang

Menanam erti… kepada… merdeka sejati

AKU DIJAJAH

Sudut Sajak

Page 10: Sosialis (Nov Dis 2013)

10 ANTARABANGSA Nov-Dis 2013

Malaysia Bukan Untuk Diniagakan! Tolaklah TPPA !

Mampus Imperialis Amerika Syarikat !Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyertai rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantah agenda ekonomi neo-liberal yang dibawa oleh lawatan John Kerry , Setiausaha Negara Amerika Syarikat apabila beliau melawat Malaysia pada 11 Oktober yang lalu.

PSM amat tidak selesa dengan peranan Amerika Syarikat dalam mewujudkan dan mengekalkan satu sistem global yang mengutamakan kepentingan syarikat-syarikat gergasi dan kompleks industri-ketenteraan. Sistem ini merampaskan hak-hak asasi dan menjejaskan kehidupan rakyat biasa kerana mengagung-agungkan kepentingan korporat.

Antara dasar dan sikap kerajaan Amerika Syarikat yang mengancamkan rakyat di seluruh dunia adalah:

Sikap AS yang tidak bertanggungjawab terhadap Pemanasan Bumi

- Amerika Syarikat dengan KDNK semasa USD 16.3 trillion ataupun 22 % daripada KDNK Dunia adalah pengeluar terbesar gas rumah hijau (greenhouse gases).

- Tetapi Amerika Syarikat enggan mengaku keseriusan masalah pemanasan dunia dan sehingga kini masih belum lagi mengesahkan Protokol Kyoto yang telah disediakan pada tahun 1997. Sehingga sekarang, lebih daripada 27 negara-negara maju telah mengesahkannya. Tetapi Amerika Syarikat tidak menerima prinsip bahawa negara-negara yang merupakan pengeluar terbesar gas rumah hijau perlu melakukan pengurangan terbesar. AS terus cuba untuk melarikan diri daripada tanggungjawabnya dengan menegaskan bahawa negara-negara miskin juga harus mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dengan peratusan yang sama.

Campurtangan Amerika Syarikat di Timur Tengah

- Amerika Syarikat telah mencampurtangan di Timur Tengah sejak 60 tahun dahulu. Pada tahun 1953 CIA memainkan peranan utama d a l a m m e n u m b a n g k a n M o h a m m a d Mossadegh, Perdana Menteri Iran yang telah dipilih melalui pilihanraya, kerana Mossadegh telah memiliknegarakan syarikat Minyak Anglo-Iran, yang dimiliki oleh Britain. Shah Iran telah dibawa untuk menggantikan Mossadegh, dan dia terus berkuasa sehingga ditumbangkan oleh revolusi Iran pada tahun 1979.

- Sokongan kuat AS telah membenarkan Israel untuk terus mengambil pendirian keras dalam isu Palestin selama 60 tahun yang lalu. Hak untuk menentukan nasib sendiri rakyat Palestin terus dinafikan. Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin masih tinggal di kem-kem pelarian di Lubnan dan Jordan. Yang lain hidup dalam keadaan yang sukar di Tebing Barat dan Gaza. Kezaliman Zionisme terus menjadi sumber utama ketidakstabilan di rantau Timur Tengah.

- Amerika Syarikat berbohong tentang senjata pemusnah besar-besaran (Weapons of Mass Destruction - WMD) untuk melancarkan perang ke atas Iraq pada Mac 2003. Dunia telah diberitahu oleh Setiausaha Negara AS bahawa Iraq mempunyai keupayaan untuk melancarkan senjata WMD dengan notis 40 minit. Walau bagaimanapun, selepas perang tersebut dimenangi oleh AS, tidak ada sebarang bukti bahawa terdapatnya WMD di Iraq.

- Pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan promosi puak Fundamentalis militan Islam (taktik Perang Dingin untuk menentang rejim sekular yang mahu kekal berkecuali) telah menghancurkan kestabilan seluruh Timur Tengah, dan mewujudkan ketegangab antara Sunni dan Syiah, serta menyebabkan perselisihan dalaman yang dasyat di negara-negara Timur Tengah.

- Kebanyakan tindakan ketenteraan AS di Timur Tengah adalah haram - mereka bukannya bertindakbalas terhadap apa-apa serangan yang dilancarkan oleh mana-mana negara itu, dan tindakan AS pula bukannya diarahkan oleh PBB.

Campurtangan AS di Negara-negara Lain

- Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas negara Kuba sejak awal 1960-an. Ini telah berterusan sehingga hari ini! Pada tahun 1973, Amerika Syarikat melalui CIA, telah melakukan rampasan kuasa dan pembunuhan Salvador Allende, Presiden Chile pada masa itu. Beribu-ribu pekerja dan aktivis Chile telah dibunuh oleh tentera Augusto Pinochet dalam beberapa bulan yang berikutnya. Chile terus ditadbir secara diktator untuk 17 tahun selepas peristiwa itu.

- AS membiayai "Contras" untuk menjalankan serangan bersenjata terhadap kerajaan Nicaragua pada awal tahun 1980-an dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan "Sandinista" yang merupakan kerajaan sayap kiri.

- Amerika Syarikat sedang cuba menjatuhkan kerajaan yang sah di Venezuela dengan membiayai pembangkang dan menggalakkan cubaan rampasan kuasa.

- Amerika Syarikat khuatir model pembangunan alternatif yang meletakkan keperluan rakyat sebagai keutamaan akan berjaya! Ini memberikan "contoh buruk" kepada negara-negara sedang membangun yang lain. AS mahu seluruh dunia terbuka untuk dieksploitasikan oleh syarikat-syarikat besar AS - ini digelar "Pasaran Bebas". Tetapi berjuta-juta orang di negara-negara miskin hanya bebas untuk hidup dalam keadaan kemiskinan!

Mempromosikan Agenda Korporat

- Kerajaan AS nampaknya diambilalih oleh para korporat terbesar. Kuasa ekonomi dan ketenteraan yang terbesar di dunia digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk mengekalkan satu sistem antarabangsa yang membolehkan kaum korporat besar melabur di mana sahaja di dunia demi mengumpulkan keuntungan yang lumayan. Pada masa-masa kegawatan ekonomi, mereka boleh bergantung pada jasa baik kerajaan Amerika Syarikat untuk menggunakan dana awam untuk menyelamatkan syarikat-syarikat dan bank-bank besar.

- Amalan seperti pemindahan kilang ke negara miskin, "outsourcing", “contractualization", pengurangan jaringan kebajikan telah menambahkan kesengsaraan rakyat di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat sendiri.

- Undang-undang berkaitan "Hak Harta Intelek" yang dipromosikan oleh kerajaan AS melalui FTA dan TPPA akan meningkatkan harga banyak ubat-ubatan. Ini tentu akan menjejaskan kualiti rawatan yang dapat diberi kepada lapisan miskin. Ia juga akan menjadikan akses untuk bahan pengetahuan (buku, CD, laman web dan sebagainya) lebih mahal kerana cadangan Amerika Syarikat adalah melindungi semua bahan pengetahuan dengan "paten". Orang ramai dan juga pelajar akan dikenakan bayaran komisyen untuk memperolehi bahan-bahan pengetahuan itu.

- Amerika Syarikat juga sedang memaksa negara-negara di wilayah Asia Pasifik (melalui rundingan TPPA) untuk memberi layanan lebih baik kepada puak korporat Amerika Syarikat (National Treatment) dan juga membuka ruang supaya kaum koporat boleh mendakwa kerajaan secara langsung. AS mendesak supaya Perolehan Kerajaan juga harus dibuka untuk syarikat AS juga. Kesemua hak baru untuk kaum koporat yang terkandung dalam perjanjian TPPA yang sedang dipaksa ke atas 11 buah negara di Asia Pasifik akan mengurangkan ruang kerajaan kita untuk mengendalikan masalah kemiskinan di kalangan rakyat. Keupayaan kerajaan untuk membawa pembangunan kepada kumpulan terpinggir akan disekat teruk!

PSM ingin merakamkan bantahan keras terhadap dasar-dasar Amerika Syarikat yang menjejaskan kehidupan berjuta-juta rakyat di seluruh dunia. Pentadbiran AS perlu diberitahu bahawa terdapatnya ramai yang amat tidak puas hati dengan dasar-dasar pro-korporat AS. PSM menyeru kerajaan Amerika Syarikat supaya:

- Membatalkan rundingan TPPA yang didorong oleh kepentingan korporat dan merupakan ancaman yang serius kepada rakyat jelata.- Berhenti memaksa negara-negara lain mengikut agenda neo -liberal.- Menghormati kepelbagaian dalam proses pembangunan sosio-ekonomi, di mana negara-negara seperti Venezuela, Kuba dan Iran harus dibenarkan untuk mengikuti jalan mereka sendiri tanpa usaha menjejaskan kestabilan mereka.- Menamatkan campurtangan tentera di seluruh dunia. Dasar ini telah menyebabkan banyak penderitaan rakyat di seluruh dunia.- Menerajui pelucutan senjata nuklear dengan bertampil ke depan untuk melupuskan stokpil senjata nuklear yang dimiliki AS.- Menutup semua pangkalan luar negara tentera AS.

MALAYSIA BUKAN UNTUK DINIAGAKAN!

Page 11: Sosialis (Nov Dis 2013)

11 AKTIVITI / SUDUT SEJARAH Nov-Dis 2013

Hari Habitat Sedunia 2013Hari Habitat Sedunia disambut pada setiap hari Isnin minggu pertama bulan Oktober. Pada tahun ini, hari habitat jatuh pada 7 Oktober.

Sempena Hari Habitat Sedunia, lebih 200 orang telah berkumpul di Kuala Lumpur pada 6 Oktober yang lalu untuk menyambutnya. Mereka terdiri daripada para penduduk Kampung Hakka yang sedang berhadapan dengan masalah pengusiran paksa akibat pembangunan projek mega di tanah mereka; penduduk ladang dari Ladang Semenyih dan Denudin yang masih menanti rumah alternatif kerana ladang mereka telah dijual untuk pembangunan; masyarakat Orang Asli yang mengalami masalah pengambilan tanah; Penduduk Taman Permata yang tinggal di khemah untuk lebih 4 bulan akibat keretakan pada flat mereka yang berbahaya kepada mereka; badan-badan bukan kerajaan; golongan anak muda dan para pelajar serta individu-individu telah bersama untuk menuntut hak perumahan.

Program Hari Habitat ini dianjurkan oleh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang merupakan satu kumpulan masyarakat yang memperjuangkan hak perumahan rakyat. Tema tahun ini adalah "Rakyat Mahu Rumah! Bukan Menara Warisan". Ini adalah untuk membantah tindakan kerajaan yang beria-ia untuk membina projek mega menara warisan tetapi t idak langsung mengendahkan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat jelata. Harga rumah yang semakin melambung tinggi juga menyukarkan ramai orang yang berpendapatan rendah untuk memiliki sebuah rumah yang selesa.

Para penduduk yang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor pada pukul 3.30 petang, berarak menuju ke Jalan Sultan dengan laungan slogan "Rumah!

Rumah! Hak Rakyat! Hidup Rakyat!". Wakil-wakil penduduk dan NGO telah memberikan ucapan dan program hari Habitat berakhir dengan bacaan Deklarasi dengan isi kandungannya seperti di bawah.

Sempena Hari Habitat Sedunia 2013, JERIT bersama kumpulan-kumpulan Organisasi Masyarakat menuntut kerajaan Malaysia;

1. Menyediakan Perumahan mampu milik yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti.2. Hentikan ancaman kepada Habitat Rakyat dengan projek seperti Lynas, Lombong Emas di Bukit Koman & Projek Petrokimia di Pengerang.3. Kerajaan harus mengambil alih penyelenggaraan bagi Flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia. 4. Mengubal Undang-undang Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang.5. Iktiraf tanah adat orang asli/asal, hentikan rampasan tanah adat.6. Hentikan pengusiran paksa dan iktiraf hak Peneroka Bandar

Pada 2012, dalam Bajet 2013 , Perdana Menteri beria-ia mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini dengan mudah dapat memiliki rumah mampu milik yang berharga RM100,000 hingga RM400,000. Kerajaan juga akan membina 123,000 unit rumah dengan kelonggaran maksimum dalam memiliki rumah pertamaku. Tapi

apakah 70% rakyat Malaysia dengan pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM3000 dapat memiliki satu rumah mampu milik? Adakah PR1MA ini telah menyelesaikan masalah perumahan di Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar.

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, harga hartanah di Malaysia melonjak sangat tinggi. Bukan itu sahaja, kos sara hidup juga telah meningkat begitu tinggi sekali sehingga gaji RM 3000 pun tidak cukup untuk hidup sekarang. Maka dalam keadaan ini apakah pilihan rakyat untuk memiliki satu rumah yang selesa?

Bukan itu sahaja, keghairahan kerajaan dalam membelanjakan wang dalam projek-projek yang tidak memanfaatkan rakyat seperti pembinaan Menara Warisan yang akan menelan belanja lebih kurang 5 billion tidak membantu dalam penyelesaian isu perumahan rakyat.

Apakah fungsi Menara Warisan 118 tingkat kepada rakyat, manakala ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai rumah yang selesa mahupun rumah untuk tinggal? Bukan setakat tiada rumah, tetapi tindakan kerajaan yang membenarkan syarikat seperti Kilang Lynas beroperasi di Malaysia, merosakkan habitat rakyat dan mengancam nyawa rakyat.

DEKLARASI HARI HABITAT SEDUNIA 2013RAKYAT MAHU RUMAH! BUKAN MENARA WARISAN!

RUMAH RAKYAT SARANG BURUNG! MENARA DIBINA BAGAIKAN ISTANA KACA!

Bersempena Hari Habitat Sedunia pada 7 Oktober 2013, JERIT menuntut supaya kerajaan mengimplementasi Deklarasi Agenda Habitat di Istanbul, 1986 yang ditandatanganinya. Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada Perumahan yang mencukupi dan selesa dan memberi komitmen untuk menyediakannya untuk rakyat. Akan tetapi apakah langkah-langkah yang diambil selain daripada polisi-polisi kosong ?

Di peringkat antarabangsa, hak perumahan dan petempatan untuk setiap manusia diberikan keutamaan dan dijamin melalui resolusi-resolusi antarabangsa. Resolusi-resolusi ini memastikan dan menjamin sesebuah kerajaan harus menyediakan perumahan yang mencukupi dan selesa kepada setiap rakyatnya. Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani beberapa resolusi antarabangsa. Antaranya yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia adalah Deklarasi Habitat Agenda 1992, Agenda 21 dan Resolusi Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Perumahan 1993.

Di Malaysia, polisi-polisi dan pelaksanaan perancangan perumahan oleh kerajaan seringkali dipertikaikan oleh rakyat mahupun badan-badan bukan kerajaan. Kerajaan Malaysia demi merealisasikan pembentukan negara maju telah dan sedang mengabaikan kepentingan perumahan dan petempatan golongan berpendapatan rendah seperti pekerja-pekerja ladang, masyarakat kampung, masyarakat peneroka bandar (setinggan), masyarakat orang asli / orang asal, masyarakat nelayan, masyarakat petani, masyarakat miskin bandar dan juga kelas pertengahan bandar.

Akibat harga rumah yang melambung tinggi, masyarakat miskin dan kelas pertengahan bandar tidak dapat memiliki sebuah rumah. Masyarakat peneroka bandar pula disumbat dalam flat-flat kos rendah bagaikan sarang burung yang mengundang pelbagai masalah sosioekonomi. Pekerja ladang dihalau dari ladang tanpa sebarang perumahan alternatif.

Polisi-polisi kerajaan yang membenarkan pelaburan asing di Malaysia kini mengancam kehidupan rakyat. Perlombongan emas dengan menggunakan sianida dan projek kilang nadir bumi LYNAS di Pahang banyak mengundang ancaman kepada kesihatan penduduk yang tinggal di sekitarnya. Kegagalan kerajaan Malaysia mengawal pembalakan haram serta pembangunan kawasan hutan (yang tidak terancang) menyebabkan masyarakat Orang asli/asal kehilangan tempat tinggal dan juga Tanah Adat yang sangat bernilai pada mereka.

Bukan itu sahaja, kelas pertengahan juga menghadapi masalah memiliki rumah kerana harga rumah melambung tinggi dan banyak spekulasi berlaku dalam sektor hartanah.

Dalam keadaan ini, kerajaan pula berbelanja dengan boros untuk perkara-perkara seperti pembinaan Menara Warisan – RM 5 billion, rumah terbuka Perdana Menteri – RM 2.88juta dan menjadikan Pejabat PM bangunan hijau – RM 110 juta, Projek MRT ( Lembah Kelang ) –RM 43 billion dan sebagainya. Kalau kerajaan menggunakan duit rakyat untuk projek mega sebegini, bagaimana ia boleh menyelesaikan isu perumahan rakyat?

Isu perumahan rakyat biasa semakin hari semakin teruk di mana harga rumah adalah terlalu tinggi sehingga rakyat biasa tidak dapat memilikinya. Masalah rakyat “homeless” meningkat dan habitat rakyat diancam dengan projek mega ataupun projek yang membahayakan nyawa rakyat.

Adalah tugas sebuah kerajaan untuk memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi. Rumah adalah satu keperluan asas. Maka perlulah kerajaan Malaysia menggariskan satu polisi perumahan rakyat yang berfaedah dan mengutamakan isu ini daripada membelanja untuk projek mega. Kerajaan harus mengambil kira semua lapisan masyarakat dalam menangani isu perumahan dan bukan hanya fokus kepada “vote bank”.

Perumahan untuk semua!

Pada bulan Julai 1947, Angkatan Pemuda Insaf (API) menjadi pertubuhan politik pertama di Malaya yang diharamkan oleh kerajaan penjajah British.

Pada bulan Januari 1948, Ketua API bahagian Singapura, Ahmad Baiki bin Suib telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun oleh mahkamah atas kesalahan "menolong secara aktif dalam pengurusan API, sebuah pertubuhan haram".

API telah diharamkan oleh penjajah atas alasan "pertubuhan ini telah digunakan atau berkemungkinan besar akan digunakan untuk tujuan yang bertentangan dengan keamanan, ketenteraman dan kebajikan Malayan Union."

Sumber: Pusat Sejarah Rakyathttps://www.facebook.com/pusatsejarahrakyat

TAHUKAH ANDA?Sudut Sejarah

Page 12: Sosialis (Nov Dis 2013)

PERJUANGAN RAKYAT12 Nov-Dis 2013

SUDUT KOMIK

AKSI HARI HABITAT 2013 KAWAL HARGA RUMAHRESOLUSI PSM SEMPENA HARI HABITAT 2013

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu sesi perbincangan khas pada 6 Oktober yang lalu, bersempena dengan Hari Habitat Sedunia 2013. Mesyuarat tersebut telah mengambil keputusan bahawa PSM akan melancarkan satu Kempen Nasional untuk mengutarakan masalah harga perumahan yang terlalu tinggi.

Kempen ini juga bakal mendedahkan skandal bagaimana rakyat dirompak dengan harga rumah tinggi yang hanya menguntungkan segelintir kecil kapitalis hartanah dan bank-bank.

Resolusi Hari Habitat PSM antaranya:

1. Mendesak Kerajaan mengawal harga perumahan2. Mengurangkan kadar faedah pinjaman bank

untuk pembeli rumah pertama3. Membina rumah rakyat awam (Council Homes)

untuk rakyat berpendapatan rendah4. Menggubal undang-undang untuk menyekat

spekulasi harga dan mengenakan cukai tinggi kepada mereka yang memiliki lebih dari satu rumah

5. Membuat kajian harga sebenar kos pembinaan dan harga penjualan rumah

6. Membentang usul tergempar di Parlimen untuk mengutarakan isu harga rumah

7. Membentuk mekanisme untuk memantapkan pembinaan dan kawalan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan menengah.

PSM juga berhasrat untuk melibatkan rakyat pelbagai lapisan dalam menggerakkan satu kempen besar-besaran memandangkan peningkatan harga rumah adalah satu isu yang cukup mencemaskan dewasa ini.

Kempen kawal harga rumah ini adalah lanjutan kepada kempen PSM sebelum ini yang telah memfokus kepada isu perumahan untuk peneroka bandar, masyarakat pekerja ladang, penghuni pangsapuri kos rendah dan geran untuk komuniti orang asal.

RUMAH UNTUK KEHIDUPAN, BUKAN UNTUK KEUNTUNGAN!

Aksi Menuntut Pelaksanaan Gaji Minima Secara Serius24 Oktober 2013, di Hadapan Parlimen

Nasib Kampung Hakka, Mantin

Aksi Bantah TPPASempena Lawatan John Kerry, Setiausaha AS