isu-isu pekerja (feb/mac 2009)

4
Kemerosotan ekonomi yang berlaku secara global sejak tahun lepas menjadikan 2009 tahun yang amat sukar! Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) membuat unjuran bilangan pengangguran global dijangka mengakibatkan 210 juta orang menganggur menjelang akhir 2009. Situasi ini turut memberikan impak besar kapada Malaysia. Dijangkakan dalam sektor pekerjaan tempatan, pemberhentian pekerja menjadi serius tahun ini. Menurut laporan The Sun yang bertarikh 29 Jan 2009, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan memberitahu media bahawa lebih daripada 10,000 pekerja telah diberhentikan semenjak 1 Jan 2009. Ramai lagi dijangka mengalami nasib malang. Pada awal tahun ini, MEF pernah menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun ini. Jika anggaran itu menjadi kenyataan, kadar penggangguran Malaysia akan melompat dari 3.3 percent ke 4.5 hingga 6.2 percent, mencecah paras tertinggi dalam sejarah Malaysia. Anggaran-anggaran ini bukan sesuatu yang jauh daripada kaum pekerja di Malaysia. Realitinya, banyak kilang telah mula menjalankan cuti paksa, kebatalan kerja OT dan potong gaji. Kaum pekerja sudah terdengar desas- desus pemberhentian kerja meskipun perkataan yang akan digunakan kedengaran lembut iaitu skim pemisahan sukarela. 1,500 pekerja Western Digital (M) Sdn Bhd di Zon Perindustrian Bebas Samajaya, Sarawak boleh dikatakan antara kumpulan awal menerima kejutan pahit sebelum menjelang tahun baru 2009 setelah syarikat Amerika Syarikat itu bertindak menutup operasinya dengan alasan beban kegawatan ekonomi. Isu pemberhentian pekerja adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan. Apa yang membimbangkan ialah ada majikan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan membuang pekerja dengan berselindung di sebalik alasan krisis ekonomi. Ada juga majikan yang mengabaikan kebajikan mereka tanpa memberi pampasan atau faedah penamatan kerja yang sewajarnya dengan melarikan diri sahaja tanpa bagi apa- apa notis kepada pekerja. Pekerja kontrak yang diberhentikan pula tidak boleh mengharapkan apa-apa daripada majikan. Ini menjadikan kaum pekerja serba- salah, terutamanya pada masa kini yang tingginya kos kehidupan akibat inflasi yang terlampau tinggi. Pemberhentian pekerja dan kemerosotan ekonomi ISU-ISU PEKERJA FEB/MAC 2009 KELUARAN PERCUMA PUSAT KHIDMAT PEKERJA TANJUNG (PKPT)

Upload: kris-khaira

Post on 10-Jun-2015

2.714 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Bi-monthly newsletter produced by labour organising movement in Penang, Malaysia.

TRANSCRIPT

Page 1: Isu-Isu Pekerja (Feb/Mac 2009)

Kemerosotan ekonomi yang berlaku secara global sejak tahun lepas menjadikan 2009 tahun yang amat sukar!

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) membuat unjuran bilangan pengangguran global dijangka mengakibatkan 210 juta orang menganggur menjelang akhir 2009.

Situasi ini turut memberikan impak besar kapada Malaysia. Dijangkakan dalam sektor pekerjaan tempatan, pemberhentian pekerja menjadi serius tahun ini. Menurut laporan The Sun yang bertarikh 29 Jan 2009, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan memberitahu media bahawa lebih daripada 10,000 pekerja telah diberhentikan semenjak 1 Jan 2009. Ramai lagi dijangka mengalami nasib malang. Pada awal tahun ini, MEF pernah menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun ini. Jika anggaran itu menjadi kenyataan, kadar penggangguran Malaysia akan melompat dari 3.3 percent ke 4.5 hingga 6.2 percent, mencecah paras tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Anggaran-anggaran ini bukan sesuatu yang jauh daripada kaum pekerja di Malaysia. Realitinya, banyak kilang

telah mula menjalankan cuti paksa, kebatalan kerja OT dan potong gaji. Kaum pekerja sudah terdengar desas-desus pemberhentian kerja meskipun perkataan yang akan digunakan kedengaran lembut iaitu skim pemisahan sukarela.

1,500 pekerja Western Digital (M) Sdn Bhd di Zon Perindustrian Bebas Samajaya, Sarawak boleh dikatakan antara kumpulan awal menerima kejutan pahit sebelum menjelang tahun baru 2009 setelah syarikat Amerika Syarikat itu bertindak menutup operasinya dengan alasan beban kegawatan ekonomi.

Isu pemberhentian pekerja adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

Apa yang membimbangkan ialah ada majikan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan membuang pekerja dengan berselindung di sebalik alasan krisis ekonomi.

Ada juga majikan yang mengabaikan kebajikan mereka tanpa memberi pampasan atau faedah penamatan kerja yang sewajarnya dengan melarikan diri sahaja tanpa bagi apa-apa notis kepada pekerja. Pekerja kontrak yang diberhentikan pula tidak boleh mengharapkan apa-apa daripada majikan.

Ini menjadikan kaum pekerja serba-salah, terutamanya pada masa kini yang tingginya kos kehidupan akibat inflasi yang terlampau tinggi.

Pemberhentian pekerja dan kemerosotan ekonomi

ISU-ISU PEKERJAFEB/MAC 2009 KEluArAn PErCuMA PusAt KhidMAt PEKErjA tAnjung (PKPt)

Page 2: Isu-Isu Pekerja (Feb/Mac 2009)

Terutamanya, banyak kemudahan asas seperti air, elektrik dan hospital diswastakan. Semua ini menjadi beban kaum pekerja. Mereka yang pinjam wang daripada bank akan gagal membayar pinjaman. Kaum pekerja bukan sahaja kehilangan kerja tetapi mengambil risiko kehilangan rumah.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak mengatakan bahawa kerajaan menyuntikkan dana setinggi 7 bilion untuk merancakkan ekonomi Malaysia, kaum pekerja masih tidak kelihatan langkah-langkah yang betul-betul menjaminkan mata pencarian mereka.

Bagaimana 7 bilion ini boleh membantu kaum pekerja? Ke mana semua duit itu pergi dan apa impak yang memanfaatkan kaum pekerja? Semua soalan itu masih tertanya-tanya oleh kaum pekerja.

Sumber: Harian Metro

Pemberhentian pekerja di Nikko ElectronicsNikko Electronics Berhad adalah sebuah syarikat yang membuat alat mainan menggunakan alat kawalan dengan pekerja seramai 1200 warganegara dan 400 pekerja asing.

Sejak tiga tahun kebelakangan ini pekerja Nikko tidak menerima sebarang kenaikan gaji atau bonus. Tetapi mereka memahami keadaan syarikat dan menerima kepincangan tersebut dengan penuh taat dan harapan bahawa keadaan yang menyekatkan ini hanyalah sementara.

Pada 30 Jun 2008, pada pukul lebih kurang 4.30 petang, pekerja Nikko dipanggil ke bilik persidangan dan berita mengejutkan yang semua pekerja akan diberhentikan kerja disampaikan kepada mereka. Sejurus selepas itu semua pekerja disuruh keluar dan kereta polis sampai tepat pada waktu itu untuk menjaga kepentingan pihak pengurusan, walhal pekerja terpinga-pinga.

Manakala pekerja yang menunggu van untuk ke kilang berasa amat risau apabila van tidak sampai-sampai pada Isnin itu. Mereka terus mengambil pengangkutan sendiri dan bila bertanyakan kepada pihak pengurusan, mereka diberitahu supaya tidak perlu bekerja lagi.

Perasaan terkejut dibayangi rasa ketakutan menular dalam diri semua pekerja terutamanya mereka yang berpendapatan rendah kerana tidak berupaya tanpa gaji. Ramai pekerja yang merupakan ibu tunggal menangis apabila menerima kejutan ini tanpa sebarang notis. Ada juga pekerja di mana kedua-dua suami dan isteri bekerja untuk Nikko.

Kejutan tanpa sebarang notis benar-benar telah melemahkan semangat setiap satu pekerja Nikko. Segala ketaatan mereka kepada Nikko tidak bermaksud lagi. Mereka dijanjikan oleh majikan bahawa dalam dua bulan semua pampasan akan dibayar.

Pekerja-pekerja terus mengunjugi pejabat buruh untuk meminta bantuan. Mereka diberitahu bahawa usaha-usaha akan diambil untuk membantu mereka. Tetapi sejurus selepas MTUC cuba membantu, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pampasan untuk para pekerja ini tidak boleh berjalan selagi syarikat tidak ditutup dengan betul. Sudah lebih empat bulan belalu tetapi sehingga sekarang pihak

majikan masih tidak menunaikan janji mereka untuk membayar pampasan.Ramai yang dibelenggu dengan hidup yang penuh kesusahan, mendapat tawaran kerja dengan gaji yang lebih rendah and beberapa pekerja tidak mampu membayar sewa rumah lagi, bahkan yuran sekolah anak-anak juga terbiar.

Kata seorang pekerja yang terbabit, Thanaletchimi Simanchalam, 35, ada beberapa pekerja yang masih belum membayar sewa rumah sejak diberhentikan kerja pada bulan Jun.

“Kami masih dalam keadaan tidak percaya dan terus menyimpan baju seragam dengan harapan Nikko akan memanggil kami balik,” kata Thanaletchimi sambil mengesat airmata.

Thanaletchimi sekarang bekerja dengan sebuah syarikat di Seberang Perai dan membawa pulang gaji separuh daripada apa yang diterima di Nikko.

Inilah natijahnya apabila syarikat boleh mengambil cara mudah untuk lari dari tanggungjawabnya dan para pemimpin pula masih belum nampak mengambil tindakan tegas untuk memastikan kebajikan pekerja Nikko dijaga.

Kita perlukan perubahan di mana hak pekerja harus dilipatgandakan, mereka harus dihormati dalam semua segi dan pampasan harus dibayar secepat mungkin.

Rosemary Arokiam (left), Thanaletchimi dan Krishnaveni Manikam. Ketiga-tiga adalah antara 1,600 pekerja Nikko yang dibuang kerja

Page 3: Isu-Isu Pekerja (Feb/Mac 2009)

Pakej Rangsangan Ekonomi Untuk Siapa?Kerajaan selamatkan rakyat pekerja atau

majikan besar?

Krisis Ekonomi melanda seluruh dunia termasuk

Malaysia. Apa yang dilakukan oleh kerajaan

dalam melindungi rakyat daripada ancaman krisis

ekonomi?

Mengapa KWSP digunakan untuk menyelamatkan korporat dan kroni? Mengapa kerajaan tidak melaksanakan cadangan MTUC 1998 di atas?

Sekiranya dilaksanakan pada 1998, sudah ada RM1.2 bilion dalam tabung ini. Kalau Tabung Pembuangan Kerja dilaksanakan

sekarang pun belum lambat lagi. Kerajaan hanya perlu sumbang RM 1 billion untuk memulakan tabung ini

untuk membantu pekerja.

Jika wang KWSP diguna untuk menyelamatkan korporat besar, mengapa tidak menggunakan 20% dari RM5b ini

untuk membantu pekerja?

Wang KWSP RM 5 billion diberi kepada Valuecap untuk selamatkan pemilik saham

PEM

ILI

K SAHAM

KERAJAAN RAKYAT

Tabung Pembuangan

Pekerja Nasional

MTUC, 1998

Pekerja yang dibuang kerja dapat elaun bulanan 1/3 gaji akhir higga ada kerja lain dan

faedah berhenti kerja jika majikan muflis

*Sumbangan RM2/bulanRM1 pekerja + RM1

majikanJumlah tabung/bulan =

RM2 x 5 juta pekerja = RM10 juta

PEKERJA DULU!!!!

Kerajaan mengumumkan “Pakej Rangsangan Ekonomi” bernilai RM 7b yang akan disalurkan kepada kontraktor projek pembangunan untuk

mengukuhkan daya tahan negara. Nampaknya baik tetapi adakah pekerja Malaysia mendapat peluang

pekerjaan? Adakah kontraktor-kontraktor akan suap habis wang tersebut?

RM7b

Lebih baik jika wang ini diberikan kepada agensi kerajaan (seperti Majlis Tempatan,

JKR, JPS) untuk mengupah secara terus pekerja tempatan yang akan

menguruskan projek pembangunan tersebut.

Wang akan terus disalurkan kepada para pekerja dan meningkatkan

kuasa beli pekerja yang mampu memulihkan ekonomi.

Page 4: Isu-Isu Pekerja (Feb/Mac 2009)

Tips PekerjaHalim telah bekerja di kilang X untuk 5 tahun. Dalam 5 tahun yang lepas, Halim hanya menerima kenaikan gaji pada tahun pertamanya bekerja, dan selepas itu gajinya tetap sama sehingga sekarang. Apabila Halim bekerja genap 5 tahun, dia bertanya majikannya sama ada gajinya akan dinaikkan. Majikan telah memberikan alasan bahawa Halim tidak cekap dalam pekerjaannya dan tidak akan dinaikkan gaji tahun ini.

Adakah pekerja-pekerja berhak menerima kenaikan gaji tahunan? Adakah majikan wajid berbuat demikian?

Jawapan

Pekerja-pekerja selalunya berhak menerima kenaikanan gaji tahunan mereka di bawah undang-undang perusahaan. Mengikut undang-undang, majikan hanya boleh menahan kenaikan gaji sebagai denda kerana salahlaku, tetapi tidak dengan alasan ketidakcekapan.

Kenaikan gaji tahunan selalunya bermula sebaik sahaja selepas satu tahun mulai tarikh pengesahan perlantikan atau jawatan.

Gaji seseorang pekerja perlu dinaikkan setiap tahun supaya selaras dengan kadar inflasi. Jika pekerja tidak dinaikkan gaji tetapi kadar harga barangan terus menaik, gaji sebenar seseorang pekerja itu akan berkurangan, dan ini akan menyebabkan penurunan dalam standard kehidupan pekerja.Akta Keselamatan Sosial 1969, majikan boleh didakwa dan dikenakan dendaan sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun jika tidak mendaftar atau mencarum.

Pusat Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT)

Ada masalah dengan kerja? KWSP? SOCSO? Pemberhentian kerja? Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pekerja Tanjung di 019-5669518.

Alamat: 63B-01-07, University Heights, Jalan Sg Dua, Gelugor, 11700, Pulau Pinang E-mel: [email protected]

Sesi perkhidmatan gerak (Setiap Rabu, 8-9pm, Balik Pulau)

Pusat Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT) akan memulakan sesi perkhidmatan gerak di Balik Pulau bersama pekerja yang menghadapi masalah setiap Rabu, 8-9pm di Pasar Malam Balik Pulau.

GPKK dan JERIT alternatif pekerja Malaysia

Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK) telah ditubuhkan di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) bagi menggabungkan warga pekerja dan ahli-ahli kesatuan di industrial perkilangan untuk memperjuangkan hak mereka.

Kaum pekerja adalah tulang belakang pembangunan negara ini. Namun, nasib kaum pekerja sering dikompromi atas sebab keuntungan dan ketamakkan segelintir kecil golongan yang kaya.

Kebanyakan daripada 10.5 juta pekerja di Malaysia tidak menikmati hasil buruh dan tenaga mereka. Umpamanya, statistik MTUC (Malaysian Trade Union Congress) menunjukkan 2 juta pekerja di Malaysia hanya menerima RM600 gaji sebulan. Statistik yang diambil oleh JERIT pada tahun 2003 di kalangan pekerja-pekerja daripada 32 kilang, mendapati gaji pokok mereka adalah diantara RM350 – RM480 sebulan. Gaji sebenar pekerja-pekerja ini juga semakin rendah berbanding dengan kadar inflasi yang semakin meningkat.

Tuntutan

Akta Gaji Minima RM1500.00•40 jam kerja seminggu. 8 •jam kerja sehari, 5-hari kerja seminggu dan 2-shif kerja sahaja.Pembentukan tabung khas untuk •pekerja yang dibuang kerjaBonus minima 2 bulan gaji dan •kenaikan gaji 6% setahun.Lanjutkan cuti bersalin bergaji •penuh dari 60 hari ke 90 hari. Suami/penjaga harus diberi minima 7 hari cuti bergaji.Hak menubuhkan kesatuan di •setiap kilang dan tempat kerja tanpa syarat/sekatan.