sosialis (okt nov 2014)

16
Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mail: [email protected] > m/s 4 > m/s 11 RM1 RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYAT OKT-NOV 2014 > m/s 12 Siapa lagi lepas ni? baca lanjut di m/s 8 & 9 > m/s 6 Empangan Hancur Orang Asli Agenda tersembuyi GST Siapa peduli ibu tunggal? Kenapa Scotland gagal merdeka? Tahukah anda, negara mana paling teruk untuk pekerja? baca lanjut di m/s 10 > m/s 16 Kerajaan langgar undang-undang sendiri

Upload: partisosialis

Post on 07-Apr-2016

269 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Topik: Siri Forum Merdeka, GST, Tanah Adat Orang Asli, Alternatif Neoliberal, Ops Lalang 2.0, Derita Ibu Tunggal, Referendum Scotland, Sarawak, Manusia Tamak

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Okt Nov 2014)

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772partisosialis.org E-mail: [email protected]

> m/s 4

> m/s 11

RM1 • RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYATOKT-NOV 2014

> m/s 12

Siapa lagi lepas ni?baca lanjut di m/s 8 & 9

> m/s 6

Empangan Hancur Orang Asli

Agenda tersembuyi GST

Siapa peduli ibu tunggal?

Kenapa Scotland gagal merdeka?

Tahukah anda, negara mana paling teruk untuk pekerja?baca lanjut di m/s 10

> m/s 16

Kerajaan langgar undang-undang sendiri

Page 2: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 20142 PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan.

Bendera dan Lambang

Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat Parti Sosialis

Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup.

Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan.

Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional.

Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak.

Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya.

Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan.

Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama.

Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan.

Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian.

Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan.

Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan.

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti.

Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat.

Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda,Brickfields,50470 Kuala Lumpur.Tel: 603-22747791Fax: 603-87374772Email: [email protected] web: http://partisosialis.org/

Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

DASAR PERJUANGAN

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami.

Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu)

Nama: ________________________________________

Alamat: _________________________________________________________________________________________________________________________________

Telefon: _____________________________________

Faks: _____________________________________

Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PSM CENTRE

Hantar kepada Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda, Brickfields50470 Kuala LumpurTel: 603-22747791Fax: 603-87374772Website- http://partisosialis.org/

Langganlah Akhbar

Sekarang!

Kerajaan UMNO-BN ingin mengembalikan suasana ketakutan dengan menggunakan Akta Hasutan secara berleluasa ke atas aktivis sosial dan pengkritik kerajaan, demi menghalang rakyat daripada terus mempertikaikan tindak-tanduk kerajaan UMNO-BN yang penuh dengan kepincangan. Penyiasatan dan pendakwaan secara besar-besaran ke atas aktivis sosial dan pembangkang dengan menggunakan suatu akta yang diperkenalkan oleh pihak penjajah British pada tahun 1948, menimbulkan satu persoalan bahawa adakah negara kita benar-benar merdeka selepas 57 tahun kemerdekaan?

Nampaknya Akta Hasutan yang merupakan peninggalan penjajah British telah dijadikan alat politik yang terbaru untuk menindas suara rakyat yang menentang rejim zalim. Berkemungkinan pemerintah UMNO-BN sedar bahawa lebih ramai rakyat akan marah dan bangkit, apabila cukai GST dilaksanakan pada tahun hadapan, dengan beban kehidupan rakyat menjadi semakin hebat sedangkan politikus-politikus UMNO-BN dan kroni-kroni mereka terus membolot kekayaan negara untuk memenuhi ketamakan mereka.

Kerajaan sedang melancarkan kempen propaganda untuk memaksa rakyat Malaysia menerima cukai GST (Cukai Barangan dan

Perkhidmatan) yang bakal dilaksanakan pada bulan April tahun hadapan. Jikalau cukai GST itu memang baik untuk rakyat biasa, tidak mungkin kerajaan pusat terpaksa menghabiskan begitu banyak wang untuk membuat promosi dan program “pendidikan” untuk memberitahu pada rakyat bahawa kita perlukan GST. Hakikatnya, kerajaan UMNO-BN yang terikut-ikut dengan rentak sistem kapitalis global ingin mengalihkan beban cukai daripada mereka yang maha kaya kepada rakyat bawahan, sebagai usaha untuk menyelamatkan keuntungan kapitalis besar. Cukai GST bersama dengan dasar-dasar neo-liberal yang dibawa oleh kerajaan ini akan memburukkan lagi masalah jurang pendapatan antara kaya dengan miskin yang semakin serius.

Apa yang pasti adalah rakyat Malaysia tidak akan terus berdiam diri di bawah ancaman akta zalim dan juga serangan neo-liberal yang menghakis kepentingan rakyat. Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) telah dilancarkan untuk berkempen demi pemansuhan akta peninggalan penjajah ini. Sementara itu, kempen membantah GST juga memperhebatkan usaha untuk menyedarkan orang ramai tentang kesan buruk GST serta memobilisasi rakyat untuk menentang rejim cukai yang anti-rakyat ini. ##

Page 3: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 2014 3PARTI DAN FRON

Siri Forum Merdeka: Dari Siapa? Kepada Siapa?Siri Forum Merdeka anjuran PSM diteruskan di Johor Bahru pada 4 September, Temerloh pada 13 September dan Butterworth pada 14 September yang lalu.

Johor Bahru

Temerloh, Pahang

Butterworth, Pulau Pinang

Petani Perak BergabungLebih kurang 50 orang petani dan penternak dari 17 kawasan sekitar negeri Perak telah berhimpun di Siputeh pada 7 September yang lalu. Perhimpunan khas ini dianjurkan oleh PSM Negeri Perak untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh petani-petani tanpa hakmilik tanah dan cara-cara

untuk membawa perjuangan petani ke hadapan. Hasil daripada perbincangan pada hari itu adalah penubuhan satu gabungan baru, Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak, yang bertujuan untuk mempertahankan hak petani mengusahakan tanah mereka.

Tronoh, PerakSetelah mengadu di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Pesuruhjaya SUHAKAM James Nayagam telah mengunjungi Tronoh untuk mendengar masalah petani-petani yang menghadapi pengusiran paksa. Petani adalah pengusaha makanan rakyat. Pengusiran

mengancam rezeki mereka dan juga pengeluaran makanan rakyat kita. PSM Jelapang telah bersama dengan petani Tronoh dalam memperjuangkan hak mereka.

Aksi Solidariti USD177 untuk Pekerja Kemboja

Tuntut Gaji Minima

Aktivis-aktivis daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Persatuan Sahabat Wanita Selangor telah mengadakan satu aksi protes pada 22 September yang lalu di hadapan kedai pakaian H&M yang terletak di kompleks beli-belah Avenue K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Aksi protes tersebut adalah sebahagian daripada aksi solidariti antarabangsa yang bertujuan untuk menyokong kempen pekerja Kemboja untuk menuntut kenaikan gaji minima ke USD 177.

Pekerja-pekerja di Kemboja yang bekerja di kilang pakaian menghasilkan barangan untuk jenama terkenal di dunia seperti H&M, Gap, Levi's, Adidas, Puma dan sebagainya, tetapi mereka menghadapi kesukaran untuk menampung kehidupan mereka akibat daripada gaji yang amat rendah. Gaji minima untuk pekerja kilang pakaian di Kemboja sekarang ini hanyalah USD 100 sebulan, satu tahap gaji yang begitu rendah. Ramai pekerja menghadapi masalah seperti kekurangan nutrisi, kerja berlebihan, keadaan tempat kerja

yang teruk dan banyak lagi sehingga ada yang jatuh pengsan semasa bekerja.

Protes dan mogok besar-besaran pekerja Kemboja pada awal tahun ini telah menggegarkan negara tersebut. Walaupun kerajaan Kemboja menaikkan gaji minima daripada USD 80 sebulan ke USD 100 sebulan, tetapi masih jauh lebih kurang daripada apa yang dituntut oleh kesatuan sekerja. Lebih teruk lagi, kerjaan Kemboja telah menembak mati 4 orang pekerja dan memenjarakan 23 orang aktivis pekerja yang menuntut gaji yang adil. Kekejaman kerajaan Kemboja dan ketamakan majikan telah mengotori pakaian yang dijual di kedai berjenama dengan kesan darah eksploitasi dan penindasan.

Tuntutan yang dikemukakan dalam surat kepada syarikat pakaian berjenama antarabangsa adalah:

1. Membuat rundingan terus dengan kesatuan sekerja Kemboja tentang isu gaji dan kebajikan pekerja,

2. Memastikan semua kilang pembekal pakaian menaikkan gaji minima ke USD 177 sebulan,

3. Membayar lebih kepada para pembekal untuk menaikkan gaji,

4. Membuat komitmen jangka masa panjang untuk mendapatkan barangan daripada kilang-kilang di Kemboja yang memenuhi syarat untuk melindungi hak pekerja. ##

Mesyuarat Jawatankuasa Nasional yang ke-19 telah diadakan di Melaka pada 7 September yang lalu. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat JK Nasional ini adalah masalah ibu tunggal dan isu transisi kepimpinan dalam parti.

Protes flashmob membantah cukai GST di Kuala Lumpur pada 30 Ogos yang lalu.

Page 4: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 20144 NASIONAL

CUKAI GST: HASIL DESAKAN HEGEMONI EKONOMI GLOBALKempen Kerajaan BN telah dipergiatkan sejak pertengahan tahun 2014 ini, bagi menjustifikasikan keperluan untuk melaksanakan cukai GST. Propaganda kempen ini disebar luas melalui suratkhabar, media sosial, TV dan juga pelbagai seminar serta ekspo umum. Segala usaha kempen ini bertujuan untuk mendesak orang ramai supaya menerima cukai GST.

Walaupun sejak tahun 2005 lagi kerajaan telah mula memperkenalkan agenda GST ini, di mana pada ketika itu GST sepatutnya dilaksanakan pada Januari 2007, tetapi ianya dilewatkan setelah menilai suasana politik menjelang PRU-12 pada tahun 2008.

Pelaksanaan cukai kepenggunaan yang dikenali sebagai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ataupun Cukai Tambah Nilai (VAT) di negara-negara terutamanya

negara yang sedang membangun, adalah hasil daripada desakan agenda ekonomi institusi kewangan antarabangsa, termasuk Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Malaysia merupakan negara yang disasarkan kerana telah gagal memperbaiki nisbah hutang terhadap GDP (Keluaran Dalam Negeri Kasar) sejak tahun 2008. Peratusan yang tinggi nisbah hutang/GDP menunjukkan imej yang merisaukan terutamanya di kalangan pelabur asing.

Peratusan ini digunakan sebagai penilaian kebolehan sesebuah negara membayar balik hutangnya. Ianya juga akan menjejaskan kedudukan Malaysia untuk terus meminjam daripada institusi kewangan antarabangsa. Justeru itu, demi memperbaiki profil ini, IMF akan menasihati Malaysia dan negara-negara sedang membangun yang sedemikian untuk mengubahsuai sistem percukaian dalam negara.

Antara formula yang biasa dicadangkan untuk meningkatan hasil dalam negeri ialah:

2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 41.22% 41.24% 52.81% 53.51% 54.26% 53.3% 54.8%

Peratusan Hutang terhadap GDP Malaysia adalah seperti berikut ;

Cukai pendapatan - Mengurangkan/rasionalisasikan skop dan mempermudahkannya

- Mengurangkan cukai pendapatan - Meningkatkan tahap gaji yang boleh

dikenakan cukai Cukai perdagangan - Kurangkan bidang yang boleh dicukai

- Kurangkan tarif - Kurangkan atau hapuskan cukai ekspot

Cukai jualan - Hapuskan cukai jualan dan perkenalkan satu regim cukai yang standard seperti GST/VAT

Cukai hartanah - Kurangkan cukai

Maka, jika difahami dalam konteks desakan regim ekonomi dunia ke atas Malaysia, maka kita dapat lihat bagaimana satu persatu tindak-tanduk halatuju ekonomi kerajaan BN, begitu akur kepada kehendak kuasa besar ekonomi dunia ini.

Kita lihat bagaimana setiap kali belanjawan tahunan negara dibentang, semestinya sudah ada pengubahsuaian dalam sistem percukaian pendapatan. Sama ada rebat diberikan atau tahap pendapatan yang boleh dicukai ditingkatkan. Tetapi ianya tidak membawa manfaat kepada majoriti rakyat kerana hanya lebih kurang 25% rakyat Malaysia yang bekerja membayar cukai pendapatan. Ini adalah kerana jurang pendapatan yang begitu besar antara yang kaya dengan yang miskin di Malaysia.

Begitu juga dengan usaha menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement, TPPA) yang akan memperlihatkan pengurangan atau penghapusan pelbagai cukai impot dan ekspot negara.

Demi menampung kehilangan hasil negara, tanpa pendapatan cukai impot /ekspot dan juga cukai pendapatan, maka suatu regim cukai yang menyeluruh, iaitu cukai kepenggunaan GST diperkenalkan. Pihak Kerajaan juga ingin mengawal

kehilangan hasil cukai dalam ekonomi bayangan (shadow economy), iaitu ekonomi yang haram ataupun tidak termasuk dalam percukaian negara. Pihak kerajaan menganggarkan ekonomi bayangan ini merangkumi 25%-30% daripada keseluruhan saiz ekonomi negara. Tetapi realitinya ialah, pelaksanaan GST ini mengenakan suatu kos awalan yang begitu membebankan kepada sesebuah perniagaan. Jika sesuatu perniagaan tersebut terpaksa mengamalkan GST, maka ia perlu memperolehi pengisian komputer yang khusus, mendapatkan perkhidmatan penyimpan rekod akaun, menyimpan rekod jualan dan juga kos jualan, membuat bayaran berkala kepada Jabatan Kastam dan sebagainya .

Persiapan ini memakan kos yang tinggi. Maka kemungkinan besar, pada realitinya beberapa perniagaan akan cuba mengelakkan diri daripada dikesan oleh sistem percukaian GST ini dan terus mengembangkan perniagaan

mereka dalam dunai ekonomi bayangan “shadow economy”. Maka hasrat kerajaan untuk mengurangkan kegiatan ekonomi bayangan ini akan gagal, disebabkan kemungkinan lebih banyak perniagaan yang akan cuba mengelakkan GST.

Justeru, alasan pihak kerajaan bahawa dengan adanya GST maka hasil dalam negara akan bertambah dan secara tidak langsung membolehkan pihak Kerajaan melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kemudahan infrastruktur untuk rakyat, merupakan suatu janji yang mungkin tidak akan tertunai. Tiada kajian yang dengan pastinya dapat menunjukkan bahawa khazanah kerajaan akan bertambah dengan GST ini.

Tetapi apa yang pasti ialah rakyat sebagai pengguna akan terpaksa menanggung beban peningkatan kos 6% ini dalam setiap pembelian barangan keperluan.

Pengalihan regim percukaian ini daripada cukai atas untung kepada cukai kepenggunaan (consumption tax) adalah suatu model ekonomi antarabangsa yang dibawa oleh badan-badan seperti IMF, mendesak sesebuah negara supaya mengubahsuai sistem percukaian domestik dan akur kepada kehendak mereka. Malaysia juga tidak tertinggal dalam tunduk pada desakan ini, dengan kepimpinan yang tidak cukup berani untuk menentang arus dan mempelopori polisi pembangunan yang pro-rakyat dan bukannya pro-kapitalis .

Maka GST bukanlah suatu takdir ekonomi yang tidak boleh dielakkan, tetapi lebih merupakan hasil keputusan kepimpinan negara untuk tunduk kepada model ekonomi antarabangsa yang mesra pada pemodal.

Tolak GST! Tolak hegemoni ekonomi kapitalis!

(oleh Sivarajan)

Jelajah Bantah GSTGabungan Bantah GST telah memulakan kempen jelajah untuk mengedar risalah dan menyebarkan maklumat tentang kesan-kesan GST kepada orang ramai sejak bulan September yang lalu.

Satu kempen pengedaran risalah telah diadakan di negeri Selangor pada 6 September dengan anggota-anggota Gabungan mengedar risalah di sekitar Banting dan Jenjarum.

Satu lagi kempen jelajah bantah GST diadakan di Negeri Sembilan pada 28 September yang lalu. Rombongan kereta Gabungan Bantah GST telah mengunjungi tempat-tempat di sekitar Negeri Sembilan seperti Bahau, Kuala Pilah,

Tampin dan Seremban. Kempen ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan di tempat-tempat yang dikunjungi.

Page 5: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 2014 5ISU RAKYAT

Orang Asli didakwa kerana pertahankan tanah adat

Waktu lebih kurang 9 pagi. Kelihatan ramai orang berlegar di perkarangan Mahkamah Majistret Gua Musang. Melihatkan pemakaian topi yang dianyam daripada daun di kepala, memang sudah menampakkan jati diri mereka sebagai orang asal.

Hari itu bertarikh 8 September 2014, hari Isnin, telah diputuskan berlangsungnya perbicaraan kes pergaduhan antara orang asal kaum Temiar dengan pekerja migran yang terjadi pada Februari yang lalu. Walaupun cuma 3 orang yang akan dibicarakan, tetapi lebih 20 orang dari lain-lain perkampungan telah bersama-sama hadir membawa semangat solidariti kepada rakan seperjuangan mereka.

Orang asal Kampung Kuala

Tahu itu bukan sahaja diserang oleh lebih kurang 100 orang pekerja migran, malah telah dinafikan hak mereka untuk membuat laporan di Balai Polis Lojing. Mereka juga turut direman oleh pihak polis dan dituduh di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana rusuhan. Kesemua pekerja yang menyerang mereka merupakan pekerja kepada All Green Agritech, sebuah syarikat dari Singapura yang

diberi kontrak untuk menguruskan projek ladang rakyat.

Maka dari sini timbulnya persoalan di kepala:

- Apa gunanya undang-undang dan penguatkuasa jika yang menjadi mangsa ditindas dan dinafikan hak untuk menuntut pembelaan?

(oleh Shazni Bhai)(Akan bersambung di keluaran akan datang)

Peneroka Kampung Veerasamy Dapat Geran Tanah

Kampung Veerasamy merupakan satu kawasan peneroka bandar yang terletak di Jalan Lintang, Sungai Siput (U), Perak. Seramai 54 buah keluarga telah tinggal di sini selama 30 tahun. Setakat ini, kerajaan negeri Perak masih belum memberikan hak milik tanah kepada sesiapa pun. Mengikut pengalaman perjuangan peneroka bandar di mana PSM Sungai Siput melibatkan diri, biasanya peneroka bandar akan diusir oleh pemilik tanah swasta atau kerajaan pada suatu masa nanti. Pampasan bagi peneroka selalunya dalam bentuk kewangan atau rumah gantian di kawasan yang lain.

Akan tetapi, senario berlainan pula bagi peneroka Kampung Veerasamy. Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput telah memberikan Borang 5A kepada 29 orang peneroka Kampung Veerasamy berdasarkan plot rumah yang sedia ada tanpa memplotkan semula. Fungsi Borang 5A lebih kurang sama dengan invois; jumlah bayaran harus dibayar oleh peneroka dan geran asal tanah akan dikeluarkan kepada peneroka dalam tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan undang-undang.

Namun begitu, walaupun peneroka sudah membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan, tetapi geran asal tanah masih tidak diberikan kepada peneroka sehingga hari ini. Peneroka mengadu bahawa mereka telah menunggu geran asal selama dua tahun. Kini, PSM Sungai Siput sedang membantu peneroka yang sudah pun membuat pembayaran untuk mendapatkan geran

tanah asal. Bagi peneroka yang belum menerima Borang 5A, PSM akan berjuang bersama mereka sehingga berjaya mendapatkan pengiktirafan berkenaan.

Pemberian geran tanah kepada peneroka bandar di tempat tinggal asal adalah pendirian yang ditegaskan oleh PSM selama ini. Ini kerana kebanyakan peneroka adalah golongan yang berpendapatan rendah, dan mereka tidak mampu membina rumah baru di tempat lain. Sekiranya mereka mendapat geran hak milik untuk tanah yang didiami sekarang, mereka hanya perlu membayar premium geran tanah, dan membayar cukai tanah tiap-tiap tahun.

Jika peneroka diusir dan diberikan pampasan dalam bentuk kewangan, atau rumah gantian, maka tempat tinggal asal akan dibina kedai atau rumah baru yang bakal dijadikan kawasan “spekulasi” pasaran hartanah. Tindakan “spekulasi” biasanya memberi dua kesan kepada masyarakat, iaitu sebahagian besar keuntungan yang dibayar oleh pembeli akan dinikmati oleh pemaju yang semakin kaya; manakala buruh-buruh kasar atau kontraktor dalam projek pembinaan berkaitan hanya mendapat sebahagian kecil daripada keuntungan itu. Jurang perbezaan antara kaya dan miskin masih tidak dapat diselesaikan. ##Pemuda Sosialis tegas

tuntut pendidikan percuma

Pemuda Sosialis telah membuka kaunter mempromosi kempen pendidikan pendidikan percuma di dua lokasi baru-baru, dalam usaha menggerakkan kempen yang dimulakan oleh Gerakan Menuntut Pendidkan Percuma (GMPP).

Satu kaunter dibuka pada 2 Ogos yang lalu di Pasar Seni, Kuala Lumpur, untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kempen pendidikan percuma yang diperjuangkan oleh Pemuda Sosialis dan GMPP. Pemuda Sosialis juga membuka kaunter kempen pendidikan percuma semasa Karnival 'Gempaknya My Community', di kawasan perumahan PPR Beringin, Jinjang, pada 24 Ogos yang lalu.

Anggota Pemuda Sosialis telah menjalankan aktiviti mengutip tandatangan untuk petisyen menuntut pendidikan percuma, di

samping mengedar risalah dan lencana kempen pendidikan percuma kepada pengunjung di kaunter.

Pemuda Sosialis akan membuka kaunter yang serupa di lokasi-lokasi lain untuk menggerakkan kempen menuntut pendidikan percuma. Pemuda Sosialis juga akan menyertai “International Student Movement” (ISM), satu jaringan antarabangsa aktivis-

aktivis pelajar untuk menyelaraskan protes dan perjuangan menentang pengkomersialan dan penswastaan pendidikan. Pemuda Sosialis merancang untuk turut serta dalam aksi serentak menentang pengkomersialan pendidikan di seluruh dunia bersempena dengan Minggu Aksi Sedunia (Global Week of Action) pada 17 hingga 22 November akan datang. Pemuda Sosialis akan mengadakan satu aksi di Kuala Lumpur pada masa itu, dan berharap gerakan-gerakan pelajar dan anak muda di Malaysia juga dapat bersama dalam usaha memperjuangkan pendidikan percuma di Malaysia.

(oleh PKS.Kesavan, Pemuda Sosialis)

SOSIALISME 2014

DUNIA DALAM PERGELUTANImperialisme & Penentangan Abad ke-21

21-23 NovSek Men ConfucianKuala Lumpur

Yuran pendaftaran: RM 25 seorang; RM 10 untuk pelajar Untuk pendaftaran, sila hubungi 03-22747791 / 019-3055906ataue-mel: [email protected] / [email protected]

antara topik yang akan dibincangkan:

Perang Dingin Baru?

Timur Tengah - Perang & Agama

Iklim Dunia dalam Krisis

Anarkisme & Marxisme

Fron Popular & Fron Bersatu

Gerakan Pekerja

Kebangkitan Semula Kuasa Kiri

Daftarlah sekarang

Page 6: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 20146 ISU RAKYAT

Empangan Mega Hancur Kehidupan Orang Asal

oleh Suresh Kumar

Pada 10 September yang lalu, apabila Persidangan Antarabangsa tentang Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy World Asia Conference) berlangsung di Kuala Lumpur, sejumlah hampir 100 orang yang kebanyakannya daripada masyarakat orang asal telah mengadakan protes di hadapan Pusat Konvensyen KLCC, iaitu

tempat persidangan antarabangsa tersebut diadakan. Kelihatan mereka yang berprotes membawa sepanduk yang tertulisnya slogan seperti “empangan menghancurkan rakyat” , “hormati hak orang asal”, “selamatkan sungai kita”, “empangan mega adalah pembunuhan beramai-ramai (genocide)”, “jahanam empangan (damn the dam)” dan sebagainya yang mencerminkan suara hati masyarakat orang asal di

Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menentang pembinaan empangan mega yang menjejaskan hutan, sungai, alam sekitar dan juga kehidupan mereka.

Protes ini adalah untuk mengecam tindakan syarikat-syarikat pembekal tenaga elektrik di Malaysia yang kini sedang berlumba-lumba untuk membina empangan hidroelektrik sebagai sumber elektrik. Elit-elit korporat yang terlibat dalam projek pembinaan empangan mega seperti Sarawak Energy dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah antara peserta dalam persidangan

tersebut, di mana mereka cuba memberi pelbagai alasan untuk memujuk orang ramai menerima projek-projek empangan mega mereka yang mengancam kehidupan masyarakat orang asal.

Antara kumpulan masyarakat orang asal yang hadir adalah mereka yang diancam oleh projek empangan seperti Empangan Baram dan Empangan Murum di Sarawak,

Empangan Kaiduan di Sabah dan Empangan Ulu Telom di Pahang. Mereka yang berhimpun di situ telah dengan jelasnya mengatakan bahawa jangan menghancurkan rezeki dan kehidupan orang asal atas nama “tenaga boleh diperbaharui”!

Wakil-wakil daripada kumpulan orang asal yang hadir dalam protes ini telah memberikan ucapan dengan membawa mesej bahawa pembinaan empangan mega bukan jawapan kepada pembekalan tenaga di Malaysia. Antara kumpulan-kumpulan yang telah mengambil bahagian dalam protes ini ialah SAVE Rivers dari Sarawak, wakil penduduk Kampung Teriang (Penampang, Sabah) dan juga penduduk Pos Lanai (Pahang). Pada penghujung protes, suasana di hadapan Pusat Konvensyen KLCC dimeriahkan dengan sebuah lagu perjuangan masyarakat orang asal yang memberikan inspirasi untuk terus berjuang yang dinyanyikan secara bersama oleh semua peserta protes ini.

Satu memorandum telah diserahkan kepada wakil Sarawak Energy Board (SEB). SEB adalah salah satu penganjur konvensyen ini. SEB terlibat dalam projek membina Empangan Baram yang penuh dengan kontroversi tetapi masih berdegil untuk meneruskannya. Malah SEB juga mempunyai perancangan untuk membina 15 lagi empangan di Sarawak pada masa hadapan!

Masyarakat orang asal yang dijejaskan oleh pembinaan Empangan Baram telah mendirikan khemah sekatan (blockade) untuk memperjuangkan hak mereka sejak Oktober tahun lepas dan masih berterusan.

Suresh Kumar

Tinjauan kes: Apa yang PELIK tentang Empangan Ulu Telom?Penduduk Pos Lanai di Pahang sedang berdepan dengan pembinaan Empangan Ulu Telom yang dijangka akan mula dibina pada tahun 2017. Apakah yang anda perlu tahu mengenai Empangan Telom yang bakal dibina ini?

Bilangan kampung Orang Asli yang akan terjejas:7 buah

Ini adalah empangan ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Empangan Kenyir & Temengor.

Jarak dari bandar Kuala Lipis: 70kmJenis empangan: tambakan (rockfill) dengan ketinggian 105meter

Kuasa elektrik dijana: 132MW

Siap dibina pada tahun: 2021

Bilangan penduduk yang perlu dipindahkan: 5000 orang

Keluasan hutan yang akan tenggelam: 7600 hektar

Persoalan Orang Asli di Pos Lanai adalah mengapakah empangan seluas 7600ha yang hanya akan mampu menjana 132MW perlu dibina?

Pembinaan empangan ini akan menimbulkan masalah-masalah berikut kepada masyarakat Orang Asli:

1. Struktur dibina di atas kawasan kubur orang asli tanpa sebarang perbincangan

2. Tidak pasti sama ada perlu berpindah akibat projek empangan

3. Sungai tercemar dengan tanah dari projek empangan

4. Pembinaan terowong air mungkin mengakibatkan pembanjiran

5. Tanah adat orang asli akan dirampas untuk pembinaan menara voltan tinggi

6. Pembalakan secara berleluasa

7. Pencemaran udara dengan habuk

8. Hilang pendapatan akibat tiada hasil hutan

9. Pampasan yang akan diberi tidak memadai dengan kehilangan hutan

Page 7: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 2014 7EKONOMI

Apakah Alternatif untuk Sistem Neoliberal?Pada 21 September yang lalu, Gabungan Kiri telah menganjurkan satu sesi diskusi khas di Kuala Lumpur, untuk berbincang tentang cara-caranya mengendalikan dan membalas serangan neoliberal yang sedang menekan rakyat biasa di negara kita. Empat kertas kerja telah dibentangan dan diikuti dengan sesi perbincangan terbuka. Ahli panel yang telah membentangkan kertas kerja adalah Dr. Terence Gomez, Anas Abdul Jalil, Azlan Awang dan Dr. Jeyakumar Devaraj.

Ahli panel dan para peserta telah membincangkan secara mendalam implikasi dasar-dasar ekonomi neo-liberal, konteks sejarah kemunculan dasar neo-liberal, bagaimana dasar-dasar neo-liberal mengganas di negara kita, alternatif untuk menggantikan dasar neo-liberal, cabaran untuk membina alternatif dan sebagainya.

- Sistem ekonomi “pasaran bebas” di mana barangan dan perkhidmatan keperluan rakyat dihasilkan dan diedarkan oleh syarikat-syarikat swasta, adalah sistem yang terbaik untuk menyempurnakan keperluan rakyat.

- Keperluan asas rakyat juga, seperti perumahan, pendidikan, perubatan, air dan elektrik, boleh disampaikan kepada rakyat dengan lebih lancar dan murah oleh syarikat-syarikat swasta berbanding dengan kerajaan.

Oleh kerana itu, perkhidmatan yang dibekalkan oleh kerajaan harus diswastakan untuk mempertingkatkan lagi prestasi ekonomi negara.

- Terlalu banyak bantuan kebajikan boleh melemahkan semangat rakyat dan jadikan mereka malas. Bantuan

hanya untuk mereka yang benar-benar uzur.

- Beban cukai terhadap golongan kaya harus diturunkan supaya hasrat mereka untuk melabur dan memperkembangkan bisnes mereka tidak diperlemahkan.

- Sistem ekonomi neoliberal adalah penjamin utama untuk demokrasi dan kebebasan rakyat.

Kepercayaan Karut Neoliberal

Anas Abd Jalil

Pembahagian Pendapatan Negara Malaysia Gaji kepada 9.1 juta pekerja yang menerima gaji (Termasuk 1.4 juta kakitangan kerajaan)

28%

Pendapatan petani, nelayan, peladang, bisnes kecil (Termasuk pemilik gerai, dan kedai kecil – 3.6 juta orang)

10%

Subsidi yang diberi kepada rakyat

5%

Untung bersih syarikat-syarikat

57%

Azlan Awang

Bahagian gaji yang diterima oleh pekerja di Amerika Syarikat adalah 56.9% daripada keseluruhan pendapatan negara itu. Tetapi hanya 28% di Malaysia. Ini bermakna pekerja di Malaysia tidak dapat menikmati kekayaan negara, jauh kurang berbanding dengan Amerika Syarikat.

Golongan politik kiri telah mengemukakan banyak tuntutan untuk menyelesaikan krisis masyarakat kita. Sememangnya tuntutan-tuntutan ini bertentangan dengan pendekatan neo-liberal. Antaranya:

1. Rawatan murah tetapi berkualiti tinggi di hospital kerajaan. Untuk mencapai ini adalah perlu untuk menyekat perkembangan hospital swasta yang menyebabkan penghijrahan doktor kerajaan ke hospital swasta.

2. Pendidikan percuma sehingga ke tahap universiti.

3. Pencen sebanyak RM 300 sebulan untuk semua

warga mas yang berumur 66 tahun ke atas yang tidak menerima pencen kerajaan ataupun bantuan Perkeso.

4. Pembekalan rumah berukuran 800 kaki persegi untuk setiap keluarga yang tidak memiliki rumah sendiri dengan kos di bawah RM 50,000.

5. Tambung pemberhentian kerja (retrenchment fund) untuk pekerja yang kehilangan kerja oleh kerana kegawatan ekonomi.

6. Menaikkan cukai terhadap untung korporat daripada 25% (kadarnya sekarang) ke 30%. Batalkan cukai GST.

Dr. Kumar, Ahli Parlimen Sungai Siput merangkap AJK Pusat PSM, telah berhujah bahawa tuntutan untuk pencen warga tua dan pendidikan percuma sehingga universiti adalah munasabah dan adil kerana pekerja negara ini sedang berkorban untuk membangunkan negara ini. Pekerja kita sedang menerima gaji yang amat rendah kerana kerajaan telah mengatakan bahawa gaji yang lebih tinggi akan menjejas daya saing negara kita di pasaran dunia. Itulah

sebabnya bahagian pendapatan negara yang diterima oleh pekerja Malaysia adalah hanya 28%.

Oleh kerana kekayaan negara kita (yang dicipta oleh peluh pekerja dan petani kita) tidak dapat diagihkan kepada mereka melalui gaji yang lebih tinggi, apakah salahnya kita

kembalikan kekayaan negara kepada rakyat kita melalui program seperti pendidikan percuma, rawatan perubatan yang berkualiti, tabung pemberhentian kerja dan pencen warga tua?

Dr Kumar menegaskan bahawa tuntutan-tuntutan ini tidak boleh disamakan dengan permintaan sedekah. Ini kerana kekayaan yang dituntut adalah sebahagian daripada hasil tenaga kerja dan peluh rakyat kita. Subsidi untuk perkhidmatan

Kita bukan meminta sedekahasas hanya kaedah untuk memulangkan kepada rakyat sebahagian daripada kekayaan yang dicipta oleh rakyat kita. ##

Page 8: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 20148 FOKUS

Akta Hasutan Mengganas!!!

Ops Lalang 2.0?Berapa ramai orang boleh didakwa dan dipenjarakan di bawah akta zalim oleh kerajaan yang takut sangat pada kritikan rakyat?

Kerajaan UMNO-BN nampaknya begitu terdesak sejak kebelakangan ini untuk cuba melenyapkan kritikan terhadapnya dengan menggunakan akta-akta represif seperti Akta Hasutan untuk mendakwa para aktivis sosial dan pembangkang di mahkamah dengan niat untuk memenjarakan mereka semua ini. Adakah rejim UMNO-BN cuba melancarkan satu tangkapan besar-besar seperti Operasi Lalang tahun 1987? Apa yang begitu ditakutkan oleh UMNO-BN?

Walaupun Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan pada Julai 2012 bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan, tetapi selepas dua tahun, Akta Hasutan bukan sahaja belum lagi dihapuskan, malah digunakan dengan lebih berleluasa lagi ke atas mereka yang mengkritik kerajaan.

Penangkapan dan pendakwaan ke atas ramai orang dengan menggunakan Akta Hasutan dan akta-akta zalim yang lain baru-baru ini, merupakan usaha terbaru rejim UMNO-BN untuk menimbul kembali suasana ketakutan yang wujud semasa zaman Mahathir.

Dua orang aktivis anak muda, Safwan Anang dan Adam Adli telah disabit di bawah Akta Hasutan baru-baru ini, dengan hukuman penjara 10 bulan dan 12 bulan masing-masing. “Kesalahan” dilakukan oleh mereka yang menyebabkan mereka akan meringkuk dalam penjara sekiranya kalah dalam proses rayuan adalah mereka menyeru rakyat Malaysia bangkit menentang kerajaan UMNO-BN yang berkuasa melalui cara penipuan dan muslihat semasa pilihanraya.

Antara mereka yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan pada tahun ini adalah Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), N. Surendran (Ahli Parlimen Padang Serai), Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh), Azmi Sharom (Profesor undang-undang di Universiti Malaya), RSN Rayer (ADUN Seri Delima), Wan Ji Wan Hussin (pendakwah bebas), Hassan Karim (Naib Pengerusi PKR Johor), dan juga Ali bin Abdul Jalil (aktivis sosial yang anti-fasis). Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Haris Ibrahim (aktivis sosial ABU), Tamrin Ghafar (ahli politik) dan Hishamuddin Rais (aktivis sosial) turut didakwa di bawah Akta Hasutan pada tahun lepas.

Sementara itu, ada juga orang didakwa di bawah Kanun Keseksaan

disebabkan oleh kenyataan yang dibuat oleh mereka, seperti Mohammad Nizar Jamaluddin (ADUN Changkat Jering , bekas Menteri Besar Perak), Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan) dan Wong Hoi Cheng, seorang penulis bebas yang hanya menulis dalam twitter dengan mengatakan bahawa Ketua Polis Negara seperti Heinrich Himmler (seorang pemimpin Nazi yang mengetuai organisasi separa tentera SS). Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar telah mengarahkan orang bawahannya menyiasat orang yang mengkritiknya di laman twitter.

Polis juga melakukan penangkapan besar-besaran semasa sambutan kemerdekaan di Pulau Pinang, dengan menahan seramai 154 orang anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS), selepas mengeluarkan kenyataan bahawa PPS yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang itu adalah pertubuhan yang haram. Penangkapan dan pemangsaan PPS juga dilihat sebagai satu tindakan oleh kerajaan UMNO-BN untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, pada 31 Ogos yang lalu, telah menyifatkan tindakan penangkapan besar-besaran adalah sesuatu tindakan yang menyalahguna kuasa. Arutchelvan juga menyoal sama ada Najib cuba menunjukkan dirinya pada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamed bahawa dia juga boleh bertindak zalim seperti Mahathir. Baru-baru ini, Mahathir telah menegur bahawa Najib lemah dan tidak menyokong Najib. Berkemungkinan juga pentadbiran Najib mengambil langkah yang drastik untuk memukul pembangkang demi menonjolkan dirinya juga boleh keras seperti Mahathir.

Adam Adli (tengah) bersama ibu bapanya di Mahkamah Kuala Lumpur pada 19 September yang lalu. Adam dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan di bawah Akta Hasutan.

Apa itu Akta Hasutan?Akta Hasutan 1948 diperkenalkan oleh pihak British semasa zaman penjajahannya ke atas Tanah Melayu. Akta Hasutan diperkenalkan sewaktu pihak British mengumumkan darurat dan dijadikan satu undang-undang untuk menyekat perkembangan politik anti-penjajah pada masa itu.

Akta Hasutan tidak digubal dalam Parlimen, tetapi oleh penjajah British. Namun, akta zaman penjajah ini telah dikekalkan walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga hari ini. Ini memang sesuatu yang amat pelik. Lebih-lebih lagi, pihak yang memperkenalkan akta tersebut, iaitu British itu sendiri, telahpun memansuhkan akta hasutan di negaranya. Pendakwaan terakhir untuk kesalahan menghasut di Britain adalah pada tahun 1972.

Mengikut Akta ini, adalah menjadi satu kesalahan untuk melalukan apa-apa yang menghasut ataupun menyebut kata-kata yang

menghasut. Di bawah akta ini, “kecenderungan menghasut” adalah, antara yang lain, kecenderungan membangkitkan perasaan benci atau tidak suka terhadap mana-mana Raja atau kerajaan, mengembangkan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk, atau tidak suka di kalangan rakyat dan menyoal peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, takrifan “kecenderungan menghasut” dalam Akta ini adalah terlalu luas. Ini telah menjadikan Akta ini amat mudah digunakan untuk mendakwa sesiapa yang mengkritik kerajaan, kerana sebarang jenis kritikan terhadap kerajaan boleh ditafsir sebagai menghasut. Begitu juga pihak pemerintah boleh menggunakan alasan seseorang itu “mengatakan apa-apa yang orang lain tidak suka” untuk mendakwanya di bawah Akta Hasutan. Jelasnya sekali, akta ciptaan penjajah ini memang merupakan suatu alat politik yang amat berguna kepada kerajaan yang takut pada kritikan dan bantahan

rakyat terhadap dasar-dasarnya yang anti-rakyat.

Jika seseorang itu didapati bersalah atas kesalahan menghasut, orang itu boleh dikenakan hukuman maksimum denda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan bagi kesalahan yang kemudiannya, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun.

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang sekarang, pernah disabit kesalahan menghasut dan dipenjarakan pada tahun 1998 untuk selama 18 bulan (dibebaskan selepas 12 bulan), kerana beliau hanya mengkritik Peguam Negara dalam suatu kes rogol gadis bawah umur yang melibatkan Ketua Menteri Negeri Melaka pada masa itu. Profesor Azmi Sharom, seorang pensyarah undang-undang di Universiti Malaya, didakwa di bawah Akta Hasutan baru-baru ini,

hanya kerana mengkritik keputusan mahkamah berkenaan dengan krisis politik di Perak. RSN Rayer, ADUN Seri Delima di Pulau Pinang, didakwa dengan hanya kerana beliar mengeluarkan kata-kata “UMNO celaka” semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Page 9: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 2014 9FOKUS

Ali Abdul Jalil, seorang aktivis anak muda yang melibatkan diri dalam banyak aksi massa, telah ditahan dan didakwa di Mahkamah Seksyen Selayang pada 8 September yang lalu. Ali didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana komennya dalam facebook yang mengkritik institusi raja. Sejurus selepas Ali dibebaskan di bawah ikat jamin di Mahkamah Selayang, beliau ditangkap semula oleh polis dan didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk 2 lagi tuduhan di bawah Akta Hasutan. Ali telah ditahan di Penjara Sungai Buloh untuk 15 hari sebelum diikat jamin dan ditangkap semula untuk dibawa ke Johor untuk kes-kes lain yang juga didakwa di bawah Akta Hasutan. Ali telah dipukul oleh pegawai penjara semasa dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh. Setelah beberapa kali penangkapan

semula, Ali akhirnya dibebaskan secara ikat jamin di Nusajaya, Johor, pada 29 September yang lalu.

Penangkapan dan pendakwaan yang berulang-ulang ke atas Ali Abdul Jalil, adalah satu tindakan yang cuba menghalang anak-anak muda daripada menyuarakan kritikan mereka terhadap sebarang ketidakadilan.

Namun, masih ada ramai anak muda melakukan aksi solidariti menuntut pembebasan Ali semasa beliau ditahan reman. Badan hak asasi

antarabangsa, Amnesty International, juga menyenaraikan Ali sebagai tahanan naluri dan menuntut pembebasannya.

Ali Abdul Jalil

Ali Abd Jalil dibebaskan pada 29 September lalu.

Dalam keadaan Akta Hasutan digunakan secara berleluasa, satu gabungan masyarakat sivil telah ditubuhkan bagi mengadakan kempen seluruh negara untuk menamatkan ancaman terhadap kebebasan bersuara, kebebasan akademik dan kebebasan akhbar di bawah Akta Hasutan.

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) telah dilancarkan pada

15 September yang lalu di Kuala Lumpur. Gerakan ini mendapat sokongan daripada 128 buah organisasi masyarakat.

Tuntutan GHAH adalah:

1. Mansuhkan Akta Hasutan

1948.

2. Gugurkan semua

pendakwaan yang sedia ada

dan bebaskan semua yang

dihukum di bawah Akta

Hasutan.

3. Tidak ada Akta gantian

dengan peruntukan yang

sama zalim.

Di samping itu, Majlis Peguam Malaysia dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 19 September yang lalu, telah meluluskan usul untuk memansuhkan Akta Hasutan dan mengadakan perarakan berjalan kaki secara aman bagi membantah akta zalim yang sedang mengganas ini.

Jika kerajaan yang zalim mahu rakyat membisu dengan terus menggunakan Akta Hasutan, maka rakyat yang sedar perlu membantah akta-akta zalim sebegini dengan lebih hebat lagi. ##

GHAH Ditubuhkan

PSM Perak telah menganjurkan satu himpunan nyala lilin membantah Akta Hasutan di Ipoh pada 13 September yang lalu.

Protes Bantah Akta Hasutandi sana sini

Kumpulan mahasiswa di Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan satu protes solidairiti untuk Azmi Sharom di kampus UM pada 10 September yang lalu. Selain mahasiswa-mahasiswi UM, himpunan ini juga dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswi dari universiti yang lain, pensyarah-pensyarah yang prihatin dan juga para aktivis sosial yang menuntut pemansuhan segera Akta Hasutan yang ketinggalan zaman ini.

Sekumpulan anak muda telah mengadakan satu protes flashmob untuk bersolidariti dengan Ali Abdul Jalil dan juga membantah Akta Hasutan, pada 28 September yang lalu, di sepanjang Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Satu flashmob membantah Akta Hasutan juga diadakan di Temerloh, Pahang, pada 28 September yang lalu.

Page 10: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 201410 ISU PEKERJA

Agensi kerajaan tak bayar gaji minima

Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) menerima banyak aduan terhadap kontraktor-kontraktor buruh yang membekalkan pekerja seperti pembersih dan pengawal keselamatan di sekolah, hospital, pejabat daerah, dan lain-lain lagi kerana gagal mematuhi Akta Gaji Minima. Adakah mereka akan didakwa di mahkamah? Selepas lebih 5 dekad, baru setahun lalu kerajaan membuat undang-undang Gaji Minima RM900. Ertinya, satu jam kerja, nilai pekerja kita hanya RM4.33. Kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak lagi teruk, satu jam hanya RM3.85. Sarapan pagi lagi mahal!

Kenapa kerajaan buat undang-undang tapi dia sendiri tak ikut? Inikah yang dikatakan kepimpinan melalui teladan? Menurut undang-undang Gaji

Minima ini, jika majikan gagal melaksanakannya, mereka boleh didenda RM10, 000 untuk atau hukuman penjara maksima 5 tahun.

Walaupun akta ini sudah diperkenalkan sejak Januari

2013, penguatkuasaannya hanya dilakukan pada Januari 2014, iaitu selepas begitu banyak tekanan daripada aktivis-aktivis dan kumpulan pekerja. Masih ada banyak masalah dengan penguatkuasaan kerana pekerja-pekerja migran tidak dibayar gaji minima, ada pekerja tempatan pula tidak lagi menerima elaun-elaun kedatangan, elaun shif dan sebagainya.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh JERIT di sekolah-sekolah kerajaan sekitar Kajang, daripada 11 sekolah di sana, pekerja-pekerja pembersihan (cleaners) di 9 buah sekolah tidak dibayar gaji minima. Gaji mereka masih dalam lingkungan RM700 hingga RM850. Mereka juga tidak ada caruman KWSP dan PERKESO. Manakala di Sungai Siput pula, ramai di kalangan pegawal keselamatan di sekolah-sekolah

masih mengambil gaji di bawah paras RM 900.

“Bagaimana kami nak naikkan gaji jika kerajaan tidak tingkatkan peruntukan untuk kontrak kami?” – Inilah keluhan kontraktor-kontraktor apabila pekerja memfailkan kes di Jabatan Tenaga Kerja.

Baru-baru ini, satu aksi telah diatur oleh PSM Sungai Siput pada 10 September yang lalu untuk membawa isu gaji pengawal keselamatan di sekolah-sekolah ini kepada perhatian Jabatan Pendidikan Perak. 24 jam selepas aduan dibuat, Jabatan Pendidikan Perak telah memanggil satu

perjumpaan tergempar bersama 600 kontraktor sekolah. Dana disalurkan serta-merta supaya semua pengawal keselamatan sekolah di seluruh Perak menikmati kenaikan gaji yang dijanjikan.

Syabas kepada PSM Sg. Siput yang berani menyoal dan membela nasib pekerja. Kita ada tanggungjawab untuk memastikan agensi-agensi kerajaan dan kontraktor-kontraktor buruh tidak mengambil kesempatan. Bagi pekerja yang masih belum mendapat Gaji Minima, sila hubungi kami di talian 012-5061357 atau 010-2402159.

(oleh Sivaranjani)

Gaji Minima Untuk Pengawal KeselamatanPada 9 September yang lalu, Pejabat Ahli Parlimen Sungai Siput bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) Perak telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Pendidikan Perak di Ipoh. Surat bantahan tersebut telah mengungkitkan isu di mana pengawal keselamatan yang berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan Malaysia tidak menerima upah mengikut tetapan gaji minima.

Lebih daripada 10 orang pengawal keselamatan sekolah di kawasan Sungai Siput telah membawa masalah mereka kepada Pejabat Ahli Parlimen Sungai Siput baru-baru ini. Mereka mengadu bahawa gaji pokok mereka masih di bawah RM900 walaupun polisi gaji minima telah diperkenalkan sejak 1 Jan 2013.

“Masalah ini disebabkan oleh kegagalan Kementerian Pendidikan mengkaji semula

kontrak yang diberikan sebelum pelaksanaan gaji minima,” demikian katanya Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput merangkap AJK Pusat PSM.

24 jam selepas aksi ini, Jabatan Pendidikan Perak telah memanggil satu perjumpaan tergempar bersama dengan 600 orang kontraktor sekolah. Dana disalurkan serta-merta supaya semua pengawal keselamatan sekolah di seluruh Perak menikmati kenaikan gaji yang dijanjikan. Nampaknya aksi bantahan rakyat memang merupakan satu cara yang berkesan untuk memastikan kerajaan menunaikan apa yang dijanjikan.

Negara yang paling teruk untuk pekerja

PSM, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Persatuan Sahabat Wanita Selangor telah mengadakan satu sidang akhbar bersama pada 17 September yang lalu, dengan membentangkan laporan yang mengejutkan ramai tentang keadaan pekerja di 161 buah negara, di mana negara kita, Malaysia, digolongkan dalam kategori “negara yang paling teruk untuk pekerja”!

Laporan yang mengandungi pendedahan tersebut disediakan oleh Persekutuan Kesatuan Sekerja Antarabangsa (International Trade Union Confederation, ITUC) yang dianggotai oleh 325 kesatuan sekerja di 161 buah negara di seluruh dunia, merentasi 5 benua, dengan jumlah keahlian seramai 176,000,000 orang pekerja.

Kajian yang dijalankan tersebut dikenali sebagai ITUC Global Rights Index (Indeks Hak Sedunia), merangkumi kajian pencabulan hak pekerja di 139 buah negara dalam tempoh 12 bulan dari April 2013 hingga Mac 2014. Dasar kajian ini menilai standard hak pekerja

dari aspek hak bekerja, kebebasan menubuhkan dan menyertai kesatuan sekerja, hak untuk membincangkan perjanjian kolektif, hak melancarkan mogok dan sebagainya.

Negara-negara yang dikaji kemudiannya diberikan markah indeks dari 1 hingga 5 bergantung kepada tahap pematuhan negara tersebut dalam aspek menjamin hak

pekerja. Kajian ini mengambil pendirian bahawa hak pekerja adalah hak sejagat dan tidak seharusnya dipengaruhi oleh status pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Maksudnya ialah negara yang kebelakangan dari segi pembangunan ekonomi tidak dikecualikan daripada mematuhi standard hak pekerja yang sepatutnya. Jika sebuah negara diberikan indeks 5, maka ianya adalah sebuah negara yang amat teruk sekali dalam menjamin hak pekerja universal ini, dan indeks 1 adalah yang paling baik dalam menjamin hak pekerja.

Dalam kes Malaysia, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu sendiri mempunyai pelbagai peruntukan undang-undang yang menyekat hak pekerja.

Selain meneliti perundangan, ITUC juga mendapatkan maklumbalas melalui kajian soal-jawab yang dihantar kepada 325 organisasi di 161 negara untuk mendapatkan gambaran sebenar secara

praktikal keadaan hak pekerja di negara masing-masing.

Indikator ini akan mengukur sejauh manakah pencabulan hak pekerja secara praktis dan ketidakpatuhan perundangan buruh negara untuk menjamin hak asasi pekerja.

Berikut adalah hasil kajian ITUC mengikut markah indeks: 1 – Pencabulan hak pekerja yang jarang: 18 buah negara termasuk Denmark dan Uruguay2 – Pencabulan yang berulang kali: 26 negara termasuk Jepun dan Switzerland3 – Pencabulan hak pekerja kerap berlaku: 33 negara termasuk Chile dan Ghana4 – Pencabulan yang sistematik: 30 negara termasuk Kenya dan Amerika Syarikat5 – Tiada Jaminan hak pekerja: 24 negara termasuk Malaysia, Belarus, Bangladesh and Qatar5+ - Langsung tiada jaminan hak pekerja

akibat sistem perundangan negara yang tidak berfungsi: 8 buah negara termasuk Republik Afrika Tengah dan Somalia.

Laporan penuh kajian ini boleh diperolehi di: http://www.ituc-csi.org/IMG/pdf/survey_ra_2014_eng_v2.pdf

Hasil kajian ITUC ini menggambarkan situasi sebenar warga pekerja di Malaysia, di mana negara kita masih mengamalkan dasar buruh murah dan gaji minima yang amat tidak mencukupi, tiada tabung pemberhentian kerja, sistem kontraktor yang menjejaskan hubungan pekerja-majikan dan merampas segala hak pekerja, pekerja migran yang dilayan teruk dari semua segi sehingga berlakunya banyak kes kematian buruh migran, pemangsaan ahli kesatuan dan juga undang-undang pekerja terus dilonggarkan bagi menyenangkan majikan mengupah dan pecat pekerja.

(sambung di m/s 14)

Page 11: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 2014 11ISU RAKYAT

DERITA IBU TUNGGALSIAPA YANG PEDULI?

Sepintas lalu:

Sara seorang ibu tunggal, berumur 36 tahun dengan 3 orang anak, berumur antara 1 tahun hingga 6 tahun. Meena yang berumur 37 tahun, mempunyai lima orang anak, dari 2 tahun hingga 15 tahun. Selain daripada umur yang sama, kedua-dua orang ibu ini terpaksa menjaga anak-anak dan keperluan hidup tanpa suami.

Suami salah seorang ibu ini bergantung kepada arak sehingga tidak dapat menjaga keluarga, mahupun beli susu untuk anak bongsunya. Dia sudah keluar masuk penjara 3 kali, belum lagi kira kekerapannya di lokap polis. Suami yang seorang lagi di penjara untuk lapan tahun. Ada banyak lagi persamaan, bukan saja dari segi latar belakang dua orang ibu ini, tetapi juga keluarga mereka sendiri, iaitu, tidak pernah ke sekolah, mula kerja semasa berumur belasan tahun. Begitu jugalah nasib adik-beradik mereka serta ibu bapa. Sekarang nasib yang seakan-akan sama menimpa anak-anak mereka, dari segi persekolahan dan penderitaan yang dialami.

Sara dan Meena adalah antara 831,860 ibu tunggal (2.9% daripada jumlah penduduk) di Malaysia mengikut banci 2010. Jika mengikut taburan negeri, Selangor mempunyai bilangan ibu tunggal yang terbanyak, iaitu 125,393 orang, diikuti dengan Johor (108,324 orang) dan Perak (87,710 orang).

PSM telah menjalankan satu kajian tentang ibu tunggal pada Februari 2014 hingga Jun 2014. Kajian ini meliputi kawasan bandar serta luar bandar dan bertujuan untuk memahami masalah ibu-tunggal. Hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakan ibu tunggal menghadapi masalah-masalah berikut:

1. Pendapatan yang rendah dan tidak stabil

Pendapatan yang diterima daripada pekerjaan adalah rendah. 64% daripada ibu tunggal yang ditemubual menerima pendapatan di bawah RM 700. Bagi mereka yang tidak menerima gaji bulanan, pendapatan ini bergantung kepada jumlah hari bekerja. Ada yang bekerja di kedai makan, ada yang kutip siput. Pendapatan juga bergantung kepada keadaan cuaca, kesihatan mereka dan anak-anak mereka.

Pendapatan yang rendah dan tidak stabil bertambah teruk jika mereka ada kanak-kanak yang kecil, yang membebankan ibu-ibu dari segi:

- Perumahan: pendapatan ini tidak mencukupi untuk menampung sara hidup. Sewa rumah atau pembayaran balik pinjaman menelan sebahagian besar daripada perbelanjaan. Dalam kajian ini, 15 keluarga membayar sewa antara RM201 hingga RM300 sebulan manakala 8 keluarga membayar sewa antara RM301-400 sebulan.

- Antara mereka yang membeli rumah, ada yang tidak dapat membayar hutang dan

mengakibatkan rumah dilelong. Pembayaran balik RM350, daripada gaji sebanyak RM900 adalah terlampau tinggi bagi seorang seorang ibu tunggal yang berkerja di kilang dan mempunyai anak-anak kecil.

Ada ibu yang cuba mengatasi keperluan tempat tinggal dengan cara pindah-randah secara kerap kerana hutang sewa rumah yang tinggi.

Mereka juga tidak dapat membayar bil elektrik dan bil air, sehingga sering mengalami bekalan dihentikan/putuskan, terutamanya, bekalan eletrik. Selain itu, ibu-ibu ini terpaksa memisahkan keluarga mereka dengan menghantar anak-anak mereka untuk tinggal bersama dengan beberapa orang ahli keluarga yang lain, misalnya, seorang dengan nenek, seorang lagi dengan emak saudara.

2. Pendapatan, pemakanan dan penjagaan anak

Selepas pembayaran untuk tempat tinggal, baki wang yang ada tidak cukup untuk menyediakan makanan yang seimbang.

Adanya seorang ibu yang hanya dapat memberikan kopi O dan teh O kepada anak-anak mereka, termasuk yang berumur 2 tahun. 70% daripada keluarga ibu tunggal dalam kategori ini. Dengan harga susu dan tepung milo yang tinggi, minuman ini adalah di luar kemampuan keluarga yang ditemubual dalam kajian ini. Ada yang mampu hanya air kosong. Yang dapat minum milo adalah kanak-kanak daripada 9 buah keluarga. Hanya 2 keluarga memberi susu untuk anak mereka; satu menerimanya sebagai bantuan.

Walaupun adanya seorang ibu menerima gaji sebanyak RM1600 sebulan (tinggal di bandar) dan menerima bantuan dari masjid, ibu tersebut mengatakan bahawa dia hanya sekadar dapat menyara hidupnya. Ada ibu yang dapat RM700 sebulan selepas tolak kos petrol untuk van sekolah dan juga terima bantuan RM400 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dia jarang sekali dapat masak ikan dan ayam. Dan dia mengadu bahawa dia tidak dapat menghantar anak-anaknya untuk tuisyen.

Seorang lagi ibu, iaitu tukang jahit, juga mengadu bahawa tidak dapat hantar anak-anaknya untuk tuisyen walaupun dapat bantuan RM200 dari JKM. Dia menerima RM 600 melalui

kerja menjahit.

Rumusan tentang isu pemakanan keluarga ibu tunggal dalam kajian:- 4% daripada ibu-tungal dapat memberi buahan setiap hari- 50% masak sayur setiap hari,- 28% ibu tunggal masak ikan sekali sebulan - 38% ibu tunggal masak ayam sekali sebulan

Masalah penjagaan kanak-kanak juga dipikul dengan sedikit bantuan keluarga dan kawan-kawan, seperti di dalam Jadual 1.

Tiada seorang ibu menyatakan bahawa anak-anak meraka dijaga oleh pusat penjagaan kanak-kanak. Beberapa ibu terpaksa meninggalkan kanak-kanak tanpa penjagaan oleh sesiapa. Kumpulan ini terdiri daripada 7 keluarga. Ada ibu, terutamanya yang berkerja di kedai makan yang membawa anak-anak mereka ke tempat kerja. Ada pula yang dijaga oleh nenek atau saudara lain. Ada juga anak yang dijaga oleh kakak atau abang, yang antara umur 10 hingga 14 tahun, di mana terdapat 5 keluarga dalam kumpulan ini.

3. Bantuan JKM

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah terhad walaupun pendapatan ibu tunggal adalah rendah. Antara ibu yang ditemubual, hanya 18 keluarga dapat bantuan JKM. 7 keluarga menerima bantuan daripada keluarga mereka masing-masing, 5 daripada pihak lain, 3 dapat bantuan PERKESO dan satu keluarga menerima pencen. Sebagai contoh, untuk pendapatan kurang daripada RM300, antara 10 keluarga, 4 menerima bantuan JKM, 1 dalam bentuk barangan, 1 menerima pencen (pendapatan =0),

3 keluarga tidak menerima bantuan dan ada yang bantuan diberhentikan.

4. Masalah Pengangkutan

Pengangkutan ke sekolah adalah mahal, dan ini menelan lagi pendapatan ibu tunggal, serta bantuan yang diterima, jika ada. Kos

Jadual 1: Penjagaan kanak-kanak mengikut umur ibu tunggal

Penjagaan Kanak-kanak oleh

Umur ibu Sendiri

Orang dewasa dalam keluarga

Sudah dewasa

Anak lain dalam keluarga

Ibu sendiri

Tiada maklumat Jumlah

26-30 0 4 1 0 3 1 9

31-40 6 13 2 4 7 3 35

41-50 1 1 3 1 1 8 15

>50 0 0 0 0 0 2 2

Jumlah 7 18 6 5 11 14 61

pengangkutan ke sekolah yang terendah dalam kajian ini adalah RM15.00 sebulan; puratanya adalah RM50 hingga RM60. Kos pengangkutan ke hospital juga tinggi. Contohnya, seorang ibu yang menghadapi kanser darah terpaksa membayar RM22 untuk teksi (ulang alik – RM 44.00). Kos pengangkutan ke pejabat JKM untuk membuat aduan tentang tidak menerima bantuan atau bantuan terhenti, adalah tinggi. Tambang teksi adalah sebanyak RM30.00.

5. Pemisahan keluarga

Pendapatan yang rendah dengan kos sara hidup yang tinggi ditambah pula dengan suami dalam penjara/pusat pemulihan, memaksa beberapa ibu untuk meninggalkan anak-anak mereka dengan beberapa keluarga lain. Ada yang tidak dapat menyewa rumah, tidak mampu memastikan anak-anak mereka bersekolah serta tidak dapat beri makanan.

Kesimpulan: Masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal adalah berkaitan dan berpunca daripada pendapatan yang rendah, kekurangan bantuan dan menghadapi masalah seperti kekurangan perumahan dan kos hidup yang tinggi. Kualiti hidup keluarga ini terjejas. Ini tidak boleh diterima. Tindakan sewajarnya mesti diambil untuk memenuhi keperluan hidup keluarga ibu-ibu tunggal.

Selepas perbincangan semasa Jawatankuasa Nasional PSM pada 7 September yang lalu, antara cadangan yang dikemukakan dan akan ditujukan kepada pihak kerajaan oleh PSM adalah: a. Tubuhkan koperasi untuk ibu tunggal.b. Bantuan modal untuk perniagaan kecil.c. Perumahan disediakan oleh Majlis Perbandaran pada kadar sewa yang rendah.d. Pusat asuhan komuniti untuk kanak-kanak.e. Kaji semula semua bantuan oleh JKM dan naikkan jumlah bayaran daripada JKM.f. Memberi keutamaan kepada ibu tunggal dalam program ‘MyHome’.

(oleh Veronica Retnam)

Page 12: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 201412 ANTARABANGSA

Referendum Scotland: Sistem Westminster Digugat

Tahun 2014 menandakan 700 tahun selepas Pertempuran Bannockburn, iaitu satu pertempuran penentuan dalam Peperangan Kemerdekaan Scotland Pertama, yang menyaksikan tentera Scotland di bawah pimpinan Robert I menewaskan tentera Inggeris yang mempunyai bala tentera yang lebih ramai. Pertempuran yang berlaku pada 23-24 Jun 1314 tersebut memberikan kemenangan muktamad kepada Scotland sehingga mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan Inggeris.

700 tahun selepas Pertempuran Bannockburn, rakyat Scotland telah berada di satu lagi persimpangan sejarah pada 18 September yang lalu, apabila referendum kemerdekaan berlangsung di Scotland. Walaupun keputusan referendum tidak berpihak kepada mereka yang menuntut kemerdekaan dan Scotland akan terus kekal dalam gabungan United Kingdom (UK) setakat ini, tetapi politik radikal yang tercetus semasa kempen referendum tersebut telah menggegarkan pemerintah British.

Sebanyak 3.6 juta pengundi Scotland telah keluar mengundi dalam referendum, dengan peratusan mengundi mencecah 84.59%, bukan sahaja rekod tertinggi dalam sejarah Scotland, tetapi juga peratusan mengundi yang tertinggi dalam sejarah

pilihanraya negara Britain. Peratusan mengundi tertinggi untuk pilihanraya umum Britain adalah 83.9% pada tahun 1950, dan tidak pernah melebihi paras 80% dalam pilihanraya dalam 60 tahun yang lepas. Peratusan mengundi untuk pilihanraya Parlimen Scotland yang terakhir pada tahun 2011 hanya 50.4%. Oleh itu, peratusan mengundi yang begitu tinggi ini menggambarkan semangat tinggi rakyat Scotland untuk melibatkan

dalam proses politik yang menentukan nasib mereka pada masa hadapan.

Soalan untuk kertas undi dalam referendum kali ini amat ringkas dan jelas, iaitu “patutkah Scotland menjadi sebuah negara merdeka?”, dan pengundi hanya perlu pangkah “ya” atau “tidak”. Keputusan akhirnya adalah sebanyak sebanyak 1,617,989 orang mengundi untuk menyokong kemerdekaan, bersamaan dengan 44.7% undi, manakala 2,001,926 orang menolaknya, bersamaan dengan 55.3%.

Sejurus selepas keputusan referendum diketahui, Alex Salmond, pemimpin Parti Nasional Scotland (SNP) yang berkempen untuk kemerdekaan telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan meneruskan jawatannya sebagai pemimpin parti dan juga Ketua Menteri Scotland. Namun, seramai 1.6 juta orang telah mengundi untuk menyokong kemerdekaan Scotland, merupakan satu dorongan yang kuat kepada gerakan politik di Scotland yang menuntut kemerdekaan. Memang tidak dijangka undi sokong boleh begitu tinggi, kerana pendapat menyokong kemerdekaan Scotland selama ini ketinggalan banyak dalam tinjauan pendapat.

Hanya apabila dekat dengan tarikh referendum, iaitu lebih kurang 2 minggu sebelum hari mengundi, pendapat pro-kemerdekaan telah mendahului pendapat yang membantah untuk kali pertama, sehingga mencetuskan kepanikan pihak pemerintah Westminster yang berpusat di London. Ketiga-tiga parti besar di UK, iaitu Parti Konservatif dan sekutunya dalam gabungan parti pemerintah, Parti Liberal Demokrat, serta parti pembangkang utama, Parti Buruh, telah menghantar pemimpin mereka untuk bergegas ke Scotland dan menggunakan segala cara yang boleh untuk merayu supaya pengundi Scotland menolak kemerdekaan. Pemimpin parti-parti aliran utama Westminster ini cuba memujuk rakyat Scotland dengan taktik menimbulkan ketakutan tentang situasi tidak menentu jika merdeka, dan juga mempermainkan sentimen kesedihan untuk meraih sokongan. Ada juga pemimpin yang menjanjikan kuasa otonomi yang lebih banyak untuk Scotland. Pada saat-saat genting sebelum mengundi, Parti Buruh telah menghantar mantan Perdana Menteri yang berasal dari Scotland, Gordon Brown, untuk menyelamatkan keadaan, dan slogan politik terakhir Parti Buruh sebelum mengundi adalah “tidak berbaloi untuk mengambil risiko”.

4 daripada 32 kawasan mengundi yang paling miskin, kebanyakan pengundi menyokong kemerdekaan, menunjukkan bahawa rakyat bawahan yang dipinggirkan oleh penguasa di London memang mengharapkan kemerdekaan dapat membebaskan diri mereka daripada kemiskinan dan pemerasan. 4 kawasan ini adalah bandar terbesar di Scotland, Glasgow (53.5% undi “ya”), bandar keempat besar Dundee (57.3%), West

Dunbartonshire yang terletak di barat luar bandar Glasgow (54%) dan North Lanarkshire yang terletak di timur Glasgow (51.1%). Kawasan ini selama ini adalah kubu kuat Parti Buruh yang menolak kemerdekaan, tetapi sekarang semuanya menyokong kemerdekaan. Apa rakyat bawahan Scotland merasakan adalah, selepas 307 tahun Scotland bergabung dalam UK, rakyat telah dihantui oleh masalah de-industrialisasi, pengangguran, kemiskinan dan putus asa akibat daripada dasar ekonomi neo-liberal yang dibawa oleh pemerintah yang berpusat di Westminster, London. Rakyat mengundi “ya” untuk Scotland yang merdeka, kerana mereka sudah mual dengan sistem Westminster yang didominasi oleh parti-parti yang pro-kapitalis, dan mereka ingin mempertahankan kebajikan rakyat seperti sistem NHS (Perkhidmatan Kesihatan Nasional) daripada terus dihakis.

Apa yang menarik tentang kempen menuntut kemerdekaan Scotland yang terbaru ini adalah, ia bukannya didominasi sepenuhnya oleh parti aliran utama Scotland seperti SNP, tetapi ia adalah usaha daripada gerakan akar umbi yang membawa politik radikal. Pemimpin SNP Alex Salmond pun hanya menitikberatkan isu-isu kelas seperti NHS apabila dekat dengan hari mengundi, hasil desakan hebat daripada rakyat bawahan.

Gerakan radikal yang menuntut kemerdekaan untuk Scotland juga tidak berlandaskan fahaman nasional sempit. Gerakan ini tiadanya agenda politik yang anti-imigran, malah menuntut supaya Scotland tidak terlibat dalam perang kapitalis, menolak dasar yang mengutamakan kepentingan korporat besar, menentang rasisme, menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menentang pemerasan. Ribuan rakyat bawahan Scotland dapat merasai bahawa mereka adalah sebahagian daripada politik Scotland untuk kali pertama semasa kempen berlangsung, dan mereka telah menyedari bahawa rakyatlah yang menjadi penggerak kepada masyarakat untuk masa hadapan. ##

Himpunan Iklim Rakyat: Inilah Permulaan…

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengadakan satu persidangan iklim pada 23 September yang lalu di ibupejabat PBB di New York. Dua hari sebelum itu, iaitu pada 21 September yang lalu, ratusan ribu rakyat dari lebih 150 buah negara telah turun ke jalanraya dan berarak, dengan tuntutan pada pemimpin dunia supaya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim yang semakin serius.

Ini merupakan mobilisasi isu iklim yang terbesar dalam sejarah. Aksi massa tersebut bertujuan untuk mendesak kerajaan-kerajaan di seluruh dunia untuk bertindak segera dalam mengurangkan pencemaran karbon dan menghentikan masalah perubahan iklim, dan bukannya hanya bertikam lidah dalam persidangan demi persidangan sahaja. Gerakan iklim sedunia

sedang mendesak pada pemimpin-pemimpin sedunia supaya mewujudkan satu perjanjian ilklim sedunia yang

mengikat secara undang-undang selewat-lewatnya pada Persidangan Iklim Sedunia yang bakal diadakan di Paris pada Disember tahun hadapan.

Di New York, iaitu bandaraya di mana ibu pejabat PBB terletak, lebih kurang 400,000 orang turun berarak di jalanraya. Di seberang Lautan Atlantik, di bandaraya London, lebih 40,000 orang berdemontrasi untuk keadilan iklim. Di satu lagi hujung Lautan Pasifik, lebih 30,000 orang berarak di Melbourne, Australia. Bandar-bandar besar seperti Berlin, Paris, Rom, Madrid, Jakarta, Delhi, Rio de Janeiro dan banyak lagi telah menyaksikan ramai orang berarak untuk mempertahankan bumi kita daripada ancaman perubahan iklim yang diakibatkan oleh aktiviti ekonomi kapitalis.

Sejak Persidangan Kemuncak Bumi

di Rio de Janeiro pada tahun 1992 sehingga tahun 2012, pengeluaran karbon dioksida telah meningkat sebanyak 48% dalam tempoh 20 tahun walaupun pemimpin dunia asyik berbincang untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon. Walaupun negara China telah memintas Amerika Syarikat (AS) menjadi negara pengeluar gas kabon dioksida terbesar di dunia, tetapi jika dikira mengikut pembebasan gas karbon per kapita, AS masih 3 kali ganda lebih tinggi daripada China.

Negara maju selama ini cuba menggunakan isu perubahan iklim untuk menghadkan pembangunan negara miskin dan menguasai ekonomi negara-negara tersebut, tetapi mereka sendiri tidak mengambil langkah secara serius dan ikhlas untuk mengurangkan pengeluaran karbon, lebih-lebih lagi mereka tidak mahu bertanggungjawab terhadap pembebasan karbon ke atmosfera untuk satu abad yang lepas, apabila negara-negara maju ini membangunkan ekonomi kapitalisnya dengan industri-industri

yang mendatangkan pencemaran hebat.

Persidangan Iklim di Paris pada tahun 2015 adalah tarikh akhir yang penting untuk menyelesaikan krisis iklim. Perarakan raksasa pada 21 September yang lepas hanyalah satu permulaan. Gerakan rakyat untuk menyelamatkan iklim bumi kita ini akan terus memberi tekanan kepada kesemua kerajaan negara untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon, dan melaburkan lebih banyak sumber untuk membangunkan tenaga alternatif yang tidak membahayakan alam sekitar.

Kita memang tidak boleh menyelesaikan krisis iklim, sekiranya kita tidak menggantikan sistem ekonomi kapitalis dengan satu sistem ekonomi yang lebih demokratik dan mesra alam. Oleh yang demikian, perjuangan menyelamatkan bumi kita daripada kehancuran krisis iklim juga merupakan perjuangan untuk menentang sistem kapitalis! ##

(Gambar-gambar Himpunan Iklim Rakyat sedunia di m/s 16)

Page 13: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 2014 13SEJARAH

SEGMEN TOKOH KIRI: Siri Pejuang Anti-Penjajah (3)

PAHLAWAN TRADISIONAL ANTARA KELOMPOK RADIKAL TERAWAL MENENTANG PENJAJAH BRITISH(bersambung dari Edisi Sep-Okt 2014)

TOK JANGGUT

Haji Mat Hassan Bin Munas merupakan seorang ulama dan pendekar sufi yang pernah menjadi murid bersama Tok Kenali kepada Tok Ku Paloh dan beliau juga adalah murid kepada Sheikh Wan Ahmad Al-Fathani semasa menuntut di Mekah.

Kebangkitan menentang Birtish di Kelantan semakin memuncak selepas tahun 1909 apabila Kelantan dipindahkan daripada pemerintahan Siam kepada Inggeris menurut perjanjian Inggeris-Siam (Bangkok). Ekoran ini, British melantik seorang penasihat di Kelantan untuk menasihati Sultan Muhammad IV dalam semua perkara kecuali adat istiadat dan agama Islam.

Seperti yang berlaku di Pahang dan Perak, penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai. Mulai tahun 1910, perubahan mengejut telah diperkenalkan oleh penasihat British dengan menggunakan pegawai-pegawai melayu dari luar negeri Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturan tersebut. Tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan di daerah Pasir Putih, Kelantan, pada tahun 1915 semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV. Kebangkitan ini dipimpin oleh Tok Janggut bersama-sama Engku Besar Tun Ahmad Jeram, Penghulu Adam, Haji

Said dan Che Ishak Merbol, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman dengan menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih untuk menentang peraturan baru dan British.

Tok Janggut, Engku Besar, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan serangan 3 penjuru ke atas Pasir Putih pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama 3 hari. Mereka membakar pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Mereka kemudiannya menubuhkan kerajaan sementara. Pada 9 Mei 1915, pasukan British tiba di Pasir Putih tetapi gagal menangkap pemimpin yang terlibat. Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut. Hadiah $500 ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar. Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Said dibakar. Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir Putih. Hal ini memaksa Major Borton bersama 50 orang anggota polis Sikh, Gurkha dan 7 orang Eropah datang ke Jeram pada 24 Mei 1915 untuk menjejaki kedudukan Tok Janggut dan

pengikutnya.

Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Papuh akhirnya bertempur dengan pasukan British. Dalam pertempuran ini, beberapa orang

pengikutnya terbunuh termasuk Tok Janggut. Engku Besar Jeram yang tercedera diselamatkan oleh Awang Deraman ke Reman, Thailand. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu setelah diarak, mayat beliau digantungkan dengan kepala ke bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bharu selama satu jam

sebelum dimakamkan di Pasir Putih.

EVALUASI 'KETULENAN' PERJUANGAN PAHLAWAN-PAHLAWAN TERSEBUT

Apabila berbicara tentang soal siapa pahlawan/tokoh/pejuang kemerdekaan yang tulen, kerap kali bayangan sosok yang berjuang ke arah membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah oleh kuasa penjajah yang mencengkam minda, fizikal, spiritual dan moral dalam bidang politik, ekonomi juga sosial akan terpapar di fikiran. Namun, jika diteliti kembali susur galur para pahlawan-pahlawan tradisional ini, kesemuanya berlatarbelakangkan “istana” atau

bangsawan dan cetusan kebangkitan perjuangan mereka menentang penjajah secara asasnya bercirikan nilai-nilai psikologikal feudalisme di mana wujudnya pemikiran dan jiwa yang setia melulu kepada sosok yang lebih tinggi darjatnya. Nilai-nilai ini berpokok pangkal daripada masyarakat Melayu tradisional dahulu yang didoktrinkan dengan asuhan taat setia kepada Raja dan Sultan. Jika dinilai dari segi matlamat perjuangan mereka ke arah memulihkan kewujudan sistem pemerintahan raja yang mutlak, maka banyak pula persoalan yang boleh ditimbulkan dalam konteks kini. Demikianlah kalau kita lihat kepada matlamat pokok perjuangan Tok Naning di Melaka, Dato Bahaman/Mat Kilau/Tok Gajah di Pahang, Dato Maharajalela di Perak, dan juga Tok Janggut di Kelantan dalam penentangan mereka melawan kuasa kolonial Inggeris di negeri masing-masing. Apa yang jelas dilihat, ciri-ciri jiwa kebangkitan pahlawan-pahlawan pejuang bangsa dalam abad ke-19 dan awal abad ke-20 dalam menentang kuasa kolonial Inggeris masih di selang-seli dengan penghayatan mereka terhadap nilai-nilai psikologikal feudalisme dan dokongan mereka terhadap sistem pemerintahan raja yang mutlak. Perjuangan demikian walaupun cocok dalam konteks budaya Melayu pada masa itu akan tetapi ianya amatlah meleset kalau dilihat dalam konteks prinsip keadilan dan kemerdekaan itu sendiri. ##

Sarawak: Menuju Kemerdekaan?oleh Sean Ho

Selepas 51 tahun bersama Malaysia, pelbagai masalah-masalah wujud di Sarawak, maka lahirnya perasaan tidak puas hati, kecewa dan marah dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Demi menjaga kepentingan politik golongan elit masing-masing, perasaan ini telah dimanipulasi dan ditukar kepada sentimen anti-Malaya (Semenanjung Malaysia), di mana masalah seperti kemiskinan, kekurangan pembangunan infrastruktur asas dan pergelutan politik dimanipulasikan dan ditujukan kemarahan dan ketidakpuashatian tersebut bukan sahaja ke arah kepimpinan Persekutuan Malaysia malahan juga Malaya secara keseluruhan.

Sentimen ini dipermainkan oleh pelbagai pihak. Golongan nasionalis yang memanipulasi dan menukarnya menjadi sentimen nasionalis untuk memisahkan Sarawak dari Malaysia dan menyeru rakyat Sarawak menolak parti politik yang bukan berasal daripada Sarawak. Golongan yang kedua pula cuba memainkan sentimen ini, dan menujukan masalah yang ada ke arah kepimpinan BN serta mempromosikan agenda politik mereka. Golongan ketiga, pemimpin BN Sarawak, seperti Adenan Setam yang mainkan sentimen ini dengan kenyataan seperti Sarawak adalah sebuah negara, Sarawak harus melindungi hak Sarawak dan baru-baru ini, Adenan keluar kenyataan bahawa Sarawak menolak UMNO dan juga parti Pakatan Rakyat.

Ketiga-tiga golongan yang hanya ingin menjaga kepentingan politik mereka ini, ingin mendapatkan atau mengukuhkan sokongan politik mereka. Adenan Setam ingin menunjukkan bahawa dia mampu melawan hegemoni kerajaan persekutuan UMNO dan menunjukkan imejnya yang lebih berani berbanding pemimpin BN sebelumnya. Disebabkan Adenan sebelum ini tidak disangka akan

menjadi pengganti kepada Taib Mahmud, selepas dia menjadi Ketua Menteri, terdapat juga khabar angin yang Adenan hanya Ketua Menteri sementara sahaja. Oleh itu, kenyataan-kenyataannya, dilihat sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi dan menunjukkan bahawa dia adalah pemimpin yang lebih kuat dan berani.

Golongan nasionalis di Sarawak, hanya semata-mata mempermainkan perasan benci terhadap Malaya dan ingin memisahkan Sarawak daripada Malaysia. Golongan nasionalis membawa mesej “Sarawak for Sarawakian”, tetapi golongan ini meraihkan pemerintahan Brooke di Sarawak. Mereka menolak bukan sahaja kepimpinan Persekutuan Malaysia, tetapi juga parti politik seperti PKR, DAP dan PAS dengan alasan menolak parti politik dari Malaya dan menyokong parti tempatan. Tetapi yang disokong hanyalah parti Barisan Nasional tempatan yang rakus dan korup. Adakah impian nasionalis Sarawak sekarang untuk terus dipimpin oleh politikus korup?

Akan tetapi, golongan nasionalis ini makin mendapat sokongan daripada orang ramai dan sering mempermainkan isu otonomi minyak. Sehingga suatu tahap, parti Pakatan Rakyat dilihat telah terikut-ikut dengan permainan mereka ini dan seolah-olah menyetujui agenda nasionalis Sarawak. Ini akan menyebabkan Pakatan Rakyat

menyimpang daripada tertumpu pada isu rakyat dan musuh utama.

Persoalannya, adakah masalah yang wujud di Sarawak adalah berpunca daripada kerajaan persekutuan Malaysia? Adakah dengan keluar dari Malaysia, masalah di Sarawak akan selesai?

Melihat pada konteks sejarah, Sarawak pada zaman James Brooke hanya tertumpu di kawasan sekitar Kuching dan Samarahan. Disebabkan kawasan tersebut kekurangan sumber bumi untuk dieksploitasi, maka keluarga Brooke memperluaskan kawasan jajahan secara berperingkat dan kawasan terakhir yang ditakluki keluarga Brooke adalah di Baram pada tahun 1940-an.

Pada zaman “rajah putih”, Brooke tidak terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi dijalankan oleh kapitalis-kapitalis yang dibawa masuk ke Sarawak seperti Borneo Company Limited, Shell dan lain-lain. Peranan Brooke lebih kepada faksilator untuk memudahkan golongan kapitalis barat mengeksploitasi sumber alam Sarawak.

Pada zaman itu, kapitalis Barat seperti Borneo Company Limited bertindak sebagai sebuah syarikat yang memonopoli kegiatan ekonomi di seluruh jajahan Sarawak. Untuk memudahkan pengeksploitasian sumber alam, Brooke telah menghadkan pengerakan suku kaum Sarawak yang nomad. Hasil bumi Sarawak dibawa ke negara barat untuk memenuhi kepentingan negara asing, tetapi orang tempatan tidak mendapat apa-apa. Keadaan ini telah memaksa orang tempatan akur dan tunduk kepada kapitalisme yang dibawa oleh Brooke.

Kini seringkali kita mendengar yang kekayaan Sarawak disalurkan ke Malaya, dan sebab itu Malaya membangun manakala Sarawak mundur. Adakah ia benar? Ini sering dijadikan

alasan untuk menyalahkan kerajaan persekutuan dan juga mainkan sentimen rasisme yang benci pada orang Malaya. Tapi apakah kebenaran sebaliknya?

Situasi sekarang sama seperti pada zaman pemerintahan Brooke dan British, di mana hasil bumi Sarawak seperti minyak, kayu balak dan kelapa sawit semuanya dieksport ke luar negara untuk dijadikan bahan mentah bagi negara-negara maju dan bukan untuk kegunaan rakyat sendiri.

Dalam situasi ini, yang untung bukannya negara pengeluar bahan mentah, tetapi adalah kapitalis-kapitalis yang menjual-beli bahan mentah. Negara pengeluar seperti kita, sering ditindas oleh kapitalis global kerana harga bahan-bahan mentah ini tidak dikawal oleh negara pengeluar sebaliknya oleh pasaran dunia yang dikawal oleh kapitalis-kapitalis gergasi. Pemerintah yang meraihkan kapitalisme tidak mengambil kisah kerana mereka mendapat keuntungan dan sokongan daripada kaum kapitalis. Yang menjadi mangsa adalah rakyat marhaen yang bekerja untuk mendapatkan hasil-hasil bumi dan pertanian.

Sarawak mengeksport kayu balak yang diambil dari hutan. Hutan itu milik orang asal di Sarawak. Adakah pemilik sebenar tanah itu mendapat apa-apa keuntungan daripada penjualan kayu tersebut? Tentunya tidak sekali. Orang asal tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan tanpa mendapat kelulusan daripada kerajaan. Manakala syarikat besar seperti Rimbunan Hijau, Taa Ann dan Shin Yang dengan begitu mudah mendapat kelulusan daripada kerajaaan.

Untuk menjalankan sebarang aktiviti pertanian atas tanah sendiri, orang asal terpaksa mendapatkan kelulusan EIA (Environmental Impact Assessment). Bayangkan betapa susahnya rakyat yang miskin untuk mendapatkan kelulusan seperti itu, berbanding dengan syarikat kapitalis gergasi.

(sambung di m/s 14)

Page 14: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 201414 SENI

(sambung dari m/s 13)

Oleh itu, adalah menjadi agenda kapitalis untuk menjadikan tempat yang kaya dengan sumber asli seperti Sarawak terus mundur, kurang membangun dari segi ekonomi dan infrastruktur serta kemiskinan yang berterusan, agar kaum kapitalis dapat terus menindas, mengeksploitasi sumber alam dan tenaga kerja. Ini menjadikan Sarawak terus berharap dan bergantung pada kaum kapitalis global.

Ekonomi Sarawak terlalu bergantung pada pengeksportan bahan mentah. Ini menjadikan Sarawak bergantung pada syarikat multi-nasional serta turut dipengaruhi oleh polisi kapitalis terutamanya berkaitan dengan minyak, kelapa sawit dan juga kayu balak.

Disebabkan kaum elit politik di Sarawak

mempunyai hubungan rapat dengan kapitalis tempatan dan juga peringkat dunia, kerajaan melalui dasar awamnya dan undang-undangnya telah mengekalkan tahap gaji pekerja sentiasa murah dan mudah diperolehi di dalam pasaran buruh.

Masalah ekonomi dan sosial seperti kemiskinan di Sarawak bukannya berpunca daripada kekurangan royalti minyak ataupun sebab kekayaan Sarawak disalurkan ke Malaya. Tetapi berpunca daripada sistem kapitalisme yang diagung-agungkan selama ini. Dengan mencapai kemerdekaan dalam sistem kapitalisme tidak akan mengubah keadaan malah berkemungkinan akan menjadi lebih teruk bagi rakyat marhaen. Apakah pengakhirannya jika kita mencapai kemerdekaan semasa kapitalisme masih bermaharajalela? ##

Rintangan Seni tampak seperti arca dan lukisan merupakan seni yang agak asing dalam lingkungan apresiasi seni kelas pekerja khususnya. Mungkin seni jenis ini tidak bersifat seperti seni filem atau muzik yang mempunyai daya tarikan melalui visual yang bergerak dan lenggok melodi, atau seni arca dan lukisan lebih mendapat tempat di hati masyarakat bandar kerana keujudannya yang banyak di galeri-galeri seni yang mana tidak kedengaran premis sedemikian di perkampungan atau perumahan di kawasan perindustrian. Untuk menghayati seni arca dan lukisan, memerlukan daya pengamatan yang dalam supaya hasil karya boleh dilihat dari pelbagai perspektif yang berbeza. Kelas pekerja zaman kini tidak lagi seperti dahulu, bukan sahaja ditekan dari segi kewangan malah masa, tenaga, dan ruang. Oleh demikian, tiada lagi kesempatan untuk mengamati bahan bacaan dan seni, lebih menyedihkan ramai di kalangan pekerja terperangkap dengan televisyen.

Ilham Setelah karya-karyanya ditolak daripada dipamerkan di Pameran Seni M50 anjuran Balai Seni Visual Negara (BSVN) tanpa diberi

sebarang surat tunjuk sebab, artis Tan Zi Hao telah mendapat ilham untuk menghasilkan karya (RINTANGAN)M50 sebagai satu tindak balas.

Selaras dengan 1MCAT (Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia), Pameran Seni M50 telah diadakan untuk menyambut ulang tahun Malaysia ke-50. Berikutan dengan kontroversi yang melanda karya artis J Anu “I is for idiot”, kesemua hasil karya yang lain juga telah ditolak. Artis Tan Zi Hao yang dijemput dengan rasmi juga turut menerima nasib yang sama.

Publika, selaku penganjur bersama

telah memintanya untuk tidak menghebohkan perkara ini bagi mengelakkan situasi yang kontroversi ini menjadi lebih keruh. Sehingga kini, Tan Zi Hao masih belum menerima surat yang menerangkan tentang sebab penolakkan daripada BSVN.

Apa yang ingin dinyatakan dalam

Rintangan(M50)?

Berbaris-baris pohon kelapa sawit sepanjang laluan lebuh raya yang seperti tiada penghujungnya telah menjadi suatu “rintangan” kepada lanskap Malaysia. Rintangan in telah diraikan dalam montaj wang kertas RM50 kita. Pertindihan yang ironik antara ladang kelapa sawit dan isyarat tangan “Merdeka” Tunku Abdul Rahman menggambarkan dilema pasca kolonial; sebuah negara yang merdeka namun masih bergantung kepada sisa-sisa kolonial demi menjamin kemerdekaan

ekonomi. Di zaman apabila wang mendahului segala perkara, negara telah dijual; tanahnya dikomersialkan, alam dikorban, budaya diniagakan sebagai produk pelancongan, dan wawasan kita – dipecahkan dan dihalang.

Karya ini pernah dipamerkan di Galeri Run Amok, Pulau Pinang. Hasil karya Tan Zi Hao yang lain boleh dilihat di http://www.tanzihao.net/

Cerminan masyarakat Salah satu perkara yang mewajarkan seni arca dan lukisan untuk terus dihasilkan ialah ia merupakan cerminan dari keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya, dan sejarah sesuatu masyarakat menurut pandangan pengkarya. Dengan kata lain ia merupakan buah fikiran pengkarya seperti juga buku kepada penulis. ##

(sambung dari m/s 10)

Maka, PSM dan JERIT berpandangan bahawa:

1. Pada ketika Perdana Menteri ingin bersaing dan menjadikan negara kita sebuah negara maju pada tahun 2020, adalah amat memalukan apabila Malaysia diklasifikasikan sebagai negara yang paling teruk untuk warga pekerja. Malaysia ingin menjadi ekonomi dunia pertama dengan indeks hak pekerja dunia ketiga!2. Tidak bermakna bagi Perdana Menteri untuk berusaha ke arah negara berpendapatan tinggi jika hak asasi majoriti warga pekerja masih dicabul.3. Malaysia merupakan negara yang teruk berbanding dengan Indonesia, Myanmar, Thailand dan Singapura di Asia Tenggara. Apakah kepimpinan yang Malaysia ingin tunjukkan apabila ianya mempengerusikan badan ASEAN tahun hadapan dengan rekod indeks hak pekerja yang teruk? 4. Kerajaan Malaysia lebih berminat menarik pelaburan asing dan memberikan pelbagai insentif kepada pemodal yang melabur dan membuka kilang di Malaysia, tetapi bersedia mengadaikan warga pekerja untuk diekspoiltasi demi keuntungan.

Justeru, organisasi-organisasi yang mengendalikan isu-isu pekerja menuntut supaya:

1. Gaji sara hidup (living wage) untuk semua pekerja.2. Kerja yang bersesuaian (decent work) dengan masa kerja yang berpatutan3. Menghentikan pemangsaan pimpinan kesatuan sekerja. Membenarkan penubuhan kesatuan secara automatik.4. Mewujudkan tabung pemberhentian kerja. 5. Pastikan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, pampasan dan pemulihan.6. Menubuhkan badan khas untuk mengendalikan isu kerja dan kebajikan pekerja migran di bawah Kementerian Sumber Manusia.7. Undang-undang pekerja perlu dirombak semula selaras dengan standard hak pekerja universal. ##

Page 15: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 2014 15IDEOLOGI

Kenapa Manusia Tamak?· Bagaimana masyarakat kelas bermula?· Berapa lama manusia wujud sebelum masyarakat berpecah

mengikut kelas dan apakah punca perpecahan tersebut?· Kumpulan masyarakat mana yang menjadi kelas pemerintah dan

kenapa?· Apa itu Cara pengeluaran Asiatik?

(Bersambung dari edisi Sep-Okt 2014)

Perpecahan masyarakat mengikut kelas telah wujud tidak lebih dari 10,000 tahun iaitu daripada 100,000 tahun sejak manusia moden wujud di planet ini. Ertinya 99% tempoh kewujudan manusia, tidak ada masyarakat kelas.

Isu utama dalam perjuangan kelas sejak berzaman-zaman adalah perjuangan terhadap lebihan pengeluaran (surplus) yang dihasilkan oleh pekerja-pekerja. Cara lebihan ini diperuntukkan - dirampas - bergantung kepada cara pengeluaran berbeza yang bermula dari sektor pertanian. Perubahan ini menjadi asas untuk transformasi lengkap kehidupan sosial.

Pertanian, tidak seperti memburu, lebih berbentuk aktiviti individu. Dengan bekerja lebih keras, hasil akan bertambah. Selain itu, revolusi pertanian - melibatkan penggunaan haiwan untuk membajak, yang biasanya dikendalikan oleh lelaki. Ini secara langsung menurunkan darjat perempuan kepada hanya menguruskan hasil yang dibawa oleh lelaki, di rumah. Peranan wanita dalam pengeluran secara langsung berkurang. Lelaki pula mahu memindahkan harta mereka kepada waris lelaki. Dalam masyarakat primitif bersifat komunis, keturunan seseorang dikesan daripada talian ibu, tetapi kini ia bertukar kepada bapa.

Kemajuan dalam pertanian meningkatkan produktiviti buruh dan sekaligus membolehkan pembahagian tenaga kerja untuk pelbagai aktiviti, termasuk pengeluaran bahan-bahan buatan daripada tembikar dan besi. Ertinya revolusi pertanian membawa kepada revolusi teknologi dan perubahan dalam struktur sosial secara keseluruhan.

Cara Pengeluaran Asiatik (AMP)

Cara Pengeluran Asiatik atau Asiatic Mode of Production (AMP) merujuk

kepada elemen struktur di kalangan jenis masyarakat khas zaman pra-kapitalis. Antara ciri-cirinya: (a) ketiadaan pemilikan sendiri ke atas alat produksi; (b) organisasi secara kolektif (ekonomi, politik dan ideologi) kelas pemerintah dalam negara bersifat despotik (zalim); (c) organisasi kolektif kelas pekerja yang diperintah di kalangan masyarakat desa atau perkampungan.

Contohnya, di kedua-dua Mesir dan Mesopotamia, kelas pemerintah seolah-olah muncul dari strata tinggi paderi atau imam, berada di atas golongan masyarakat biasa. Ini kerana golongan paderi mempunyai masa lapang untuk merekabentuk kalendar yang membolehkan peramalan kedatangan banjir di Sungai Nil, dan mengembangkan kira-kiraan untuk membangunkan kerja-kerja pengairan yang dirancang secara berpusat dan ia menambahkan lagi hasil pengeluaran pertanian. Peranan golongan paderi Mesir dalam matematik dan astronomi bukanlah satu kebetulan, tetapi kerana keperluan pengeluaran.

Seperti mana yang berlaku dalam semua era pra-kapitalis, kelas pemerintah mempunyai hak milik

ekonomi ke atas alat pengeluaran (tanah), misalnya mereka merampas lebihan buruh (lebihan kerja yang dibuat oleh seorang buruh untuk menghasilkan pengeluaran yang lebih banyak dari apa yang diperlukannya), manakala kelas pekerja yang diperintah tidak “dibebaskan” daripada alat pengeluaran (tanah) tetapi mereka mempunyai milikan langsung ke atas tanah, seperti hak bekerja di atas tanah. Di kalangan masyarakat di mana AMP sangat dominan, bagaimanapun, lebihan buruh dirampas secara kolektif oleh kelas pemerintah. Manakala, petani sekadar memiliki tanah dengan syarat mereka menganggotai komuniti desa atau kampung. Perampasan lebihan buruh ini adalah dalam bentuk cukai penghargaan, dibayar kepada kerajaan oleh semua komuniti agraria atau pekan.

Pegawai-pegawai kerajaan tidak mempunyai hak mewarisi kedudukan mereka, tetapi mereka dilantik (dan dipecat) oleh pihak berkuasa yang berkedudukan tinggi. Orang paling atas (Yang Berkuasa) dalam dalam hirarki pemerintah, dianggap sebagai wakil Tuhan. Pegawai-pegawai kerajaan berfungsi sebagai ejen yang melaksanakan segala arahan Yang Berkuasa. Selagi masyarakat bawahan membayar cukai penghargaan, mereka diberi kebebasan (yang terhad) oleh kerajaan pusat. Empayar-empayar Asia, seperti China, Russia dan Empayar Uthmaniyyah sehingga lewat kurun ke-18 ataupun India di bawah pemerintahan Moghul, AMP sangat dominan.

Marx membentuk konsep

AMP pada tahun 1850-an, sejajar dengan pemikiran Kapital dan Alat Produksi Kapital. Dalam satu manuskrip yang pertama diterbitkan pada 1939-1941, untuk memahami ciri-ciri khusus yang membezakan Kapital dari semua bentuk kekayaan yang lain atau cara bagaimana produksi (sosial) berkembang, beliau menerangkan “bentuk produksi yang mendahului produksi kapitalis.” Dalam analisa ini beliau membezakan “cara pengeluaran Asia” daripada bentuk pengeluaran pra-kapitalis yang lain. Contohnya, penghambaan (slavery) ada tetapi ia bukanlah alat pengeluaran yang dominan. Begitu juga, feudalisme di negara-negara Barat, melihat lebihan buruh dirampas oleh tuan tanah bukannya kerajaan pusat. Katanya, AMP menawarkan penjelasan kenapa struktur masyarakat Asia tidak berubah walaupun dinasti pemerintahan (serta pencerobohan) berubah banyak kali. Teori AMP ini masih diperdebatkan dan dianggap tidak saintifik oleh golongan tertentu.

Analisa sejarah menunjukkan bahawa pembubaran AMP (bersama dengan ketidakstabilan politik empayar-empayar di Asia, peperangan dan penghijrahan manusia secara beramai-ramai serta perkembangan perdagangan kapitalis dunia dan sebagainya), mungkin menyusul ke arah yang berbeza-beza.

Apabila tamadun berkembang, ternyata kesannya akan menular ke seluruh tempat, sama ada melalui perang atau perdagangan. Negara Mesir umpamanya sentisa bergantung kepada negara-negara luar untuk perdagangan, dan ini merangsang kemajuan tamadun di Crete (pulau terbesar di Greek dan ramai penduduk) dan terus memberi dorongan besar kepada masyarakat pedagang di sepanjang pantai Greek untuk maju ke hadapan. Di sini kita dapat lihat bagaimana ketamadunan membawa kepada pemilikan harta persendirian dan menggalakkan pengumpulan harta tak terhingga oleh individu.

(bentuk masyrakat lain akan bersambung di edisi berikut.)

(Diterjemah dari artikel tulisan Mick Brooks dan rujukan lain dari laman web, oleh Letchimi Devi)

Page 16: Sosialis (Okt Nov 2014)

Okt-Nov 201416 GALERI

Ruangan Informasi

46.2

42.5

40.0

34.0

43.0

35.6

37.9

36.7

50.9

Malaysia

Singapore

Thailand

Indonesia

Philippines

Vietnam

Cambodia

Laos

Papua

Gini Index

13 14 17 20 15 19 18 19 12

35 37 36 37 35 38 36 3632

52 49 47 43 50 43 46 45 56

Bottom 40% Middle 40% Top 20%

Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan yang paling teruk di Asia

Indeks Gini: semakin besar angkanya, semakin lebar jurang antara yang kaya dengan yang miskin

Pengagihan kekayaan mengikut kategori pendapatan (20% terkaya, 40% pertengahan dan 40% termiskin) - 40% rakyat termiskin di Malaysia dapat 13%, sedangkan 20% terkaya menikmat 52% kekayaan!

Cuaca buruk - bukan lagi isu tempatanbaca lanjut

di m/s 12

London, UK

New York, USBerlin, Jerman

Barcelona, Sepanyol

Sydney, AustraliaJakarta, Indonesia

Sudut Komik“Pencapaian”

Amerika Syarikat di bawah Obama

Protes bantah empangan megabaca lanjut di m/s 6