soalan waj 3106 jawapan hanan.doc

Upload: nurul-afina

Post on 03-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 soalan WAJ 3106 jawapan HANAN.doc

    1/6

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAUjian Akhir Kursus

    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (SEKOLAH RENDAH)

    Semester 3

    HUBUNGAN ETNIK

    NO. KOD : WAJ 3106 TARIKH: APRIL 2010

    ANGKA GILIRAN: MASA : 1 JAM 30 MINIT

    PUSAT :

    ARAHAN KEPADA CALON.

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian:Bahagian A : 3 soalan strukturBahagian B : 2 soalan esei

    2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, dan satu soalan dalam Bahagian B

    3. Jawab soalan:Bahagian A pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan.Bahagian B pada kertas jawapan yang disediakan.

    4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dandiserahkan di akhir peperiksaan.

    5. Masa tambahan 10 minit diberi untuk membaca soalan sebelum menjawabkertas soalan ini.

    UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

    BAHAGIAN NO. SOALAN /MARKAH JUMLAH

    A(30

    markah)

    1a 1b 2a 2b 3a 3b

    B(20

    markah)

    4 5

    JUMLAH KESELURUHAN

    KERTAS INI MENGANDUNGI 6 HALAMAN BERCETAKDAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

    Kertas jawapan yang tidak diserahkan apabila peperiksaan tamat tidakakan diperiksa oleh pemeriksa.

  • 7/28/2019 soalan WAJ 3106 jawapan HANAN.doc

    2/6

    No. Kod : WAJ 3106 Angka Giliran :________________________

    BAHAGIAN A(30 markah)

    Jawab semua soalan dalam bahagian ini

    1a) Bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang pelbagaietnik, perpaduan merupakan satu konsep terpenting dalam elemen kestabilanpolitik

    a) Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan ciri-ciri utama bagisesebuah masyarakat

    (i) Berkelompok iaitu kumpulan manusia yang hidup bersama disesuatu tempat dengan aturan dan cara tersendiri.

    (ii) Mengalami perubahan iaitu berupaya mewujudkan masyarakatberilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia

    [ 2 markah ]

    b) Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Rumuskan 2 ciri pentingbagi sesuatu budaya(i) Diwarisi iaitu budaya terus berkembang dan terus dicipta

    mengikut kesanggupan masyarakatnya.

    (ii) Berubah-ubah iaitu budaya dipadankan apabila berlakupertembungan dengan pengaruh luar.

    [ 2 markah ]

    c) Kenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan

    Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yangmenyatukanpadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiapanggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersamaserta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

    [ 1 markah ]

    SULIT2

  • 7/28/2019 soalan WAJ 3106 jawapan HANAN.doc

    3/6

    No. Kod : WAJ 3106 Angka Giliran :________________________

    1b) Kenalpasti 5 usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untukmemupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum

    (i) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untukmenangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan

    masyarakat di Negara ini.

    (ii) Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk membentuk masyarakatyang bersatu padu

    (iii) Penubuhan Sekolah Wawasan sebagai pendekatan alternative untukmemupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional.

    (iv) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk meningkatkansemangat patriotsme dan memupuk perpaduan kaum.

    (v) Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) untukmenggalakkan hubungan yang baik antara kaum di sekolah.

    [ 5 markah ]

    2a) Demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang dipilih oleh kebanyakannegara di dunia selepas Perang Dunia Kedua. Nyatakan ciri-ciri demokrasi

    (i) Kerajaan atau pemerintah di pilih oleh rakyat

    (ii) Sistem beraja diamalkan mengikut perlembagaan.

    (iii) Rakyat bebas memilih perwakilan dan boleh bersuara

    (iv) Boleh mengamalkan budaya dan agama masing-masing

    (v) Kabinet berfungsi sebagai badan penggubal dasar Negara.

    [ 5 markah ]

    2b) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 antaranya mengandungiunsur tradisional sebagai kontrak sosial yang dipersetujui bersama antaraetnik Melayu, China dan India. Kenalpasti unsur tradisional tersebut.

    (i) Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu mestilah digunakan untukmaksud-maksud rasmi namun bahsa lain juga dilindungi.

    (ii) Agama Persekutuan iaitu Agama Islam sebagai agama rasmiPersekutuan.

    (iii) Kedudukan istimewa orang Melayu meliputi jawatan dalam

    perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dll.

    SULIT3

  • 7/28/2019 soalan WAJ 3106 jawapan HANAN.doc

    4/6

    No. Kod : WAJ 3106 Angka Giliran :________________________

    (iv) Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pelbagaibidang kehidupan di Malaysia.

    (v) Pemerintahan Beraja iaitu raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiappemerintahan dan pentadbiran negeri.

    [ 5 markah ]

    3a Nyatakan 5 asas hubungan etnik dalam konteks agama

    (i) Berkenal-kenalan iaitu mewujudkan hubungan mesra dan salingmengenali antara satu sama lain.

    (ii) Persefahaman iaitu saling memahami antara satu sama lain terutamadalam masyrakat majmuk.

    (iii) Bekerjasama iaitu mewujudkan hubungan social yang memantapkankehidupan bermasyarakat

    (iv) Persaudaraan iaitu pertalian yang rapat atas dasar beriman danbertaqwa (Islam Hadhari)

    (v) Berkasih sayang iaitu satu sifat kemanusiaan yang patut disemai dandibajai dalam sanubari setiap anggota masyarakat

    [ 5 markah ]

    3b Hubungan Etnik: Peranan Kerajaan dan Masyarakat

    A. Huraikan 2 peranan masyarakat bagi memastikan matlamat RukunTetangga tercapai

    (i) Mengukuhkan semangat kejiranan seprti amalan kunjungmengunjung, bersukan, rekreasi dan kebajikan.

    (ii) Mewujudkan kursus kepimpinan, ceramah keagamaan dan

    meningkatkan ekonomi penduduk setempat

    [ 2 markah ]

    B. Rumuskan 3 peranan kerajaan dalam bidang pendidikan dalam kontekshubungan etnik

    (i) Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat pra

    sekolah hingga ke university yang menggunakan satu bahasaperantaran (Bahasa Malaysia).

    SULIT4

  • 7/28/2019 soalan WAJ 3106 jawapan HANAN.doc

    5/6

    No. Kod : WAJ 3106 Angka Giliran :________________________

    (ii) Pendidikan dan aktiviti ko kurikulum yang menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendokong kepada pencapaian perpaduan Negara.

    (ii) Pendidikan Sepanjang Hayat iaitu program pendidikan yang dijalankanoleh oleh pelbagai agensi dan pihak luar untuk memupuk perpaduan

    nasional.

    (iii) Penyertaan semua kaum dalam acara sukan, kebudayaan, social,khemah kerja dan sebagainya

    [ 3 markah ]

    SULIT5

  • 7/28/2019 soalan WAJ 3106 jawapan HANAN.doc

    6/6

    No. Kod : WAJ 3106

    BAHAGIAN B(20 markah)

    Jawab satu soalan dalam bahagian ini

    4. Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiabertujuan untuk menyelesaikan masalah sosioekonomi dan projekpembangunan.

    Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesanbagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan serta cintakepada negara dan mengeratkan perpaduan nasional.

    Huraikan dengan jelas sejauh manakah kenyataan tersebut benardengan sokongan bukti-bukti yang sahih

    [ 20 markah ]

    5 Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Britishmenyebabkan pembangunan tidak seimbang antara kawasan bandar dan luarbandar, dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kelompoketnik.

    Berdasarkan kenyataan di atas, cerakinkan kesan-kesan yang akantimbul sekiranya tindakan-tindakan mengatasi jurang ekonomi ini tidak diatasioleh kerajaan.

    [ 20 markah ]

    6