soalan tugasan 2

6
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL SOALAN TUGASAN 2 : KAJIAN KES CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DI MALAYSIA Encik Rizman, seorang pentadbir di sebuah jabatan kerajaan dan isterinya Puan Normi, seorang pekerja di syarikat swasta memperoleh pendapatan bagi tahun taksiran 2010 masing-masing sebanyak RM95,000.00 dan RM70,800. Mereka mempunyai empat orang anak. Anak sulung mereka, Shahrul berumur 25 tahun, sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di sebuah universiti luar negara. Anak kedua, Linda berumur 19 tahun dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi di Pulau Pinang. Anak ketiga, Zarif dan adiknya, Hartini sedang menuntut di sekolah menengah. Encik Rizman telah membayar premium insuran nyawa sebanyak RM7,500 selain membayar zakat sebanyak RM3,500 pada tahun 2010. Beliau telah melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh dengan belanja sebanyak RM1,350 pada tahun yang sama. Selain itu, Encik Rizman juga telah membuat tabungan bulanan sebanyak RM250 seorang ke dalam skim SSPN bagi anak ketiga dan keempat bagi tahun 2010. Encik Rizman juga telah membayar premium insurans perubatan untuk keluarga sebanyak RM500 sebulan. Pada bulan November 2010, ibu beliau selamat menjalani pembedahan di Hospital Ampang Puteri dan kos perubatan sebanyak RM10,500 telah ditanggung oleh Encik Rizman. Encik Rizman telah menyumbang derma sebanyak RM2,000 kepada sebuah pertubuhan amal bagi rawatan penyakit kanser. Puan Normi juga telah membayar premium insurans pendidikan sebanyak RM250 sebulan setiap seorang untuk anak ketiga dan anak bongsunya. Pada tahun yang sama juga, Puan Normi telah membuat caruman KWSP sebanyak RM4,800 serta membayar zakat berjumlah RM2,200. Puan Normi telah melanjutkan pengajian Sarjana pada tahun yang sama dalam bidang Teknologi Maklumat di UUM dengan yuran tahunan sebanyak RM3,500 yang dibayarnya sendiri. Sebagai seorang pelajar yang berdedikasi, Puan Normi telah membelanjakan RM1,250 untuk membeli buku-buku rujukan bagi memudahkan pembelajaran beliau. Puan Normi juga menanggung belanja perubatan bapanya yang menghidap penyakit jantung sebanyak RM200 sebulan. Encik Rizman dan isterinya Puan Normi telah memilih untuk melakukan taksiran secara berasingan. Mereka juga telah bersetuju untuk memberikan pelepasan semua anak di bawah taksiran Encik Rizman. Anda dikehendaki merujuk maklumat mengenai Cukai Pendapatan bagi individu di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai panduan. Sila ambil tindakan-tindakan berikut: i) Kirakan jumlah cukai yang kena dibayar oleh Encik Rizman. Tunjukkan semua pengiraan mengikut format yang ditetapkan. 1 194707

Upload: sharfielaz

Post on 01-Dec-2015

338 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN TUGASAN 2

GMGF 2033DASAR DAN ANALISIS FISKAL

SOALAN TUGASAN 2 : KAJIAN KES CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DI MALAYSIA

Encik Rizman, seorang pentadbir di sebuah jabatan kerajaan dan isterinya Puan Normi, seorang

pekerja di syarikat swasta memperoleh pendapatan bagi tahun taksiran 2010 masing-masing sebanyak

RM95,000.00 dan RM70,800. Mereka mempunyai empat orang anak. Anak sulung mereka, Shahrul

berumur 25 tahun, sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di sebuah universiti luar negara.

Anak kedua, Linda berumur 19 tahun dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi di

Pulau Pinang. Anak ketiga, Zarif dan adiknya, Hartini sedang menuntut di sekolah menengah.

Encik Rizman telah membayar premium insuran nyawa sebanyak RM7,500 selain membayar zakat

sebanyak RM3,500 pada tahun 2010. Beliau telah melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh

dengan belanja sebanyak RM1,350 pada tahun yang sama. Selain itu, Encik Rizman juga telah

membuat tabungan bulanan sebanyak RM250 seorang ke dalam skim SSPN bagi anak ketiga dan

keempat bagi tahun 2010. Encik Rizman juga telah membayar premium insurans perubatan untuk

keluarga sebanyak RM500 sebulan. Pada bulan November 2010, ibu beliau selamat menjalani

pembedahan di Hospital Ampang Puteri dan kos perubatan sebanyak RM10,500 telah ditanggung oleh

Encik Rizman. Encik Rizman telah menyumbang derma sebanyak RM2,000 kepada sebuah

pertubuhan amal bagi rawatan penyakit kanser.

Puan Normi juga telah membayar premium insurans pendidikan sebanyak RM250 sebulan setiap

seorang untuk anak ketiga dan anak bongsunya. Pada tahun yang sama juga, Puan Normi telah

membuat caruman KWSP sebanyak RM4,800 serta membayar zakat berjumlah RM2,200. Puan Normi

telah melanjutkan pengajian Sarjana pada tahun yang sama dalam bidang Teknologi Maklumat di

UUM dengan yuran tahunan sebanyak RM3,500 yang dibayarnya sendiri. Sebagai seorang pelajar

yang berdedikasi, Puan Normi telah membelanjakan RM1,250 untuk membeli buku-buku rujukan bagi

memudahkan pembelajaran beliau. Puan Normi juga menanggung belanja perubatan bapanya yang

menghidap penyakit jantung sebanyak RM200 sebulan.

Encik Rizman dan isterinya Puan Normi telah memilih untuk melakukan taksiran secara berasingan.

Mereka juga telah bersetuju untuk memberikan pelepasan semua anak di bawah taksiran Encik

Rizman. Anda dikehendaki merujuk maklumat mengenai Cukai Pendapatan bagi individu di laman

sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai panduan. Sila ambil tindakan-tindakan berikut:

i) Kirakan jumlah cukai yang kena dibayar oleh Encik Rizman. Tunjukkan semua pengiraan

mengikut format yang ditetapkan.

ii) Kirakan jumlah cukai yang kena dibayar oleh Puan Normi. Tunjukkan semua pengiraan

mengikut format yang ditetapkan.

iii) Cetak maklumat yang relevan daripada laman sesawang tersebut sebagai Lampiran.

1 194707

Page 2: SOALAN TUGASAN 2

GMGF 2033DASAR DAN ANALISIS FISKAL

PENGELASAN DATA UNTUK TAKSIRAN CUKAI SECARA BERASINGAN

Bil Encik Rizman Puan Normi

1) Pegawai Kerajaan Pekerja Swasta

2)Jumlah Penggajian Bagi Tahun 2010

= RM95,000

Jumlah Penggajian Bagi Tahun 2010

= RM70,800

3)

Empat orang anak :

Anak Pertama (Shahrul) : 25 tahun

- Sarjana di luar negara

Anak Kedua (Linda) : 19 tahun

-Matrikulasi Pulau Pinang

Anak Ketiga (Zarif)

-Sekolah Menengah

Anak Keempat (Hartini)

-Sekolah Menengah

Premium Insurans Pendidikan

Anak Ketiga = RM3,000

Anak Keempat – RM3,000

4) Premium Insuran = RM7,500 Caruman KWSP = RM4,800

5) Zakat = RM3,500 Zakat = RM2,200

6)Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

= RM1,350

Yuran Pengajian Sarjana = RM3,500

7)

Tabungan SSPN

Anak Ketiga = RM3,000

Anak Keempat = RM3,000

Pembelian Buku Rujujan – RM1,250

8) Premium Insurans Perubatan = RM6,000 Perbelanjaan Perubatan Bapa = RM2,400

9)Kos Perubatan Pembedahan Ibu

= RM10,500

10) Sumbangan Derma = RM2,000

2 194707

Page 3: SOALAN TUGASAN 2

GMGF 2033DASAR DAN ANALISIS FISKAL

PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN ENCIK RIZMAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2010

Data (RM) (RM)

Penggajian Tahun 2010 95,000

Pendapatan Agregat 95,000

Tolak : Sumbangan Derma 2,000

Pendapatan Berkanun 93,000

Tolak : Pelepasan

a) Individu 9,000

b) Kos Perubatan Pembedahan Ibu

(Terhad Kepada RM5,000)

5,000

c) Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

(Terhad Kepada RM500)

500

d) Tabungan SSPN

(Terhad Kepada RM3,000)

3,000

e) Pelepasan Anak

Anak Pertama 4,000

Anak Kedua 1,000

Anak Ketiga 1,000

Anak Keempat 1,000

f) Insurans Nyawa Dan KWSP

(Terhad Kepada RM6,000)

6,000

g) Insurans Pendidikan Dan Perubatan

(Terhad Kepada RM3,000)

3,000

Jumlah Pelepasan 33,500

3 194707

Page 4: SOALAN TUGASAN 2

GMGF 2033DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Jumlah Pendapatan Bercukai 59,500

PENGIRAAN CUKAI KENA DIBAYAR OLEH ENCIK RIZMAN

Data (RM) (RM)

Jumlah Pendapatan Bercukai 59,500

Berdasarkan Jadual Kadar Cukai :

50,000 pertama = RM3,325

9,500 @ 19% = RM1,805

3,325

1,805

Cukai Pendapatan 5,130

Tolak : Zakat 3,500

Cukai Kena Dibayar 1,630

Maka, berdasarkan pengiraan yang telah dibuat, jumlah cukai yang kena dibayar oleh Encik Rizman

ialah RM1,630.00 sahaja.

4 194707

Page 5: SOALAN TUGASAN 2

GMGF 2033DASAR DAN ANALISIS FISKAL

PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN PUAN NORMI BAGI TAHUN TAKSIRAN 2010

Data (RM) (RM)

Penggajian Tahun 2010 70,800

Pendapatan Agregat 70,800

Tolak : Pelepasan

a) Individu 9,000

b) Perbelanjaan Perubatan Bapa

(Terhad Kepada RM5,000)

2,400

c) Yuran Pendidikan

(Terhad Kepada RM5000)

3,500

d) Pembelian Buku

(Terhad Kepada RM1,000)

1,000

e) Insurans Nyawa Dan KWSP

(Terhad Kepada RM6,000)

4,800

f) Insurans Pendidikan Dan Perubatan

(Terhad Kepada RM3,000)

3,000

Jumlah Pelepasan 23,700

Jumlah Pendapatan Bercukai 47,100

5 194707

Page 6: SOALAN TUGASAN 2

GMGF 2033DASAR DAN ANALISIS FISKAL

PENGIRAAN CUKAI KENA DIBAYAR OLEH PUAN NORMI

Data (RM) (RM)

Jumlah Pendapatan Bercukai 47,100

Berdasarkan Jadual Kadar Cukai :

35,000 pertama = RM1,525

12,100 @ 12% = RM1,452

1,525

1,452

Cukai Pendapatan 2,977

Tolak : Zakat 2,200

Cukai Kena Dibayar 777

Maka, berdasarkan pengiraan yang telah dibuat, jumlah cukai yang kena dibayar oleh Encik Rizman

ialah RM777.00 sahaja.

6 194707