soalan hikayat awang kamaruddin, kertas o' level 2002 hingga 2008

34

Click here to load reader

Upload: rozaiman-makmun

Post on 14-Jun-2015

5.313 views

Category:

Education


14 download

DESCRIPTION

Slaid ini mengandungi petikan soalan bahagian Hikayat Awang Kamaruddin dalam kertas peperiksaan O' Level dari tahun 2002 hingga 2008. Terdapat juga analisis ringkas jenis soalan dalam bentuk jadual.

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2002

4) “Iya dangankusanak, mengakuntahku alah. Ambiltah dayangku, Dang Kasuma itu. Saja, baik-baik pelihara olehmu. Aku, hindaku menyuruh semberanakan. Jangan dibuatkan permainan saja. Asuhtah dangsanak, asuh pelihara macam ulah mengasuh memelihara badan nyawa diri sendiri. Anu.., anu.., bila.., bila kau beranak bini-bini dangansanak, namai anakmu itu nama dayangku, Dang Kumala.”

[m/s : 10]a) Siapakah penutur konteks di atas dan apa

hubungannya dengan Dang Kasuma?b) Siapakah ‘dangankusanak’ dan siapakah pula

Dang Kumala dalam konteks di atas?c) Nyatakan dengan ringkas peristiwa yang

berlaku sebelum konteks di atas diucapkan.d) Apakah yang berlaku selanjutnya selepas

pertuturan di atas diucapkan?

Page 2: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2002

5) Huraikan dengan ringkas bahagian-bahagian cerita yang bersangkutan denganpetikan-petikan berikut:

a)ada yang menjadi burung Si Marak

Jantan,ada yang menjadi burung Si

Marak Nuri,ada yang menjadi

burung Si Jamba Wali,terbang sekapai sekampung,sekapai sekampung terbang

[hlm. 61]

b) tiga kalidi bahu kiri,tiga kali di bahu kanan,tiga kali di dahi,selajur didudukkanselajur ditimbangkan.

[hlm. 99]

c) langir peninggalan ayahnya,Lamang Labai,langir bertapa akan,sembilan tahun,sembilan bulan,sembilan hari;jangkanya bongkas sehari ini.

[hlm. 22]

Page 3: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2002

6)Antara sifat-sifat yang terdapat dalam sastera Melayu Lama ialah kesaktian, kegagahan, kecantikan dan lain-lain. Terangkan dengan ringkas dengan memberikan contoh yang sesuai tentang unsur-unsur kesaktian yang terdapat pada watak-watak berikut:

a) Dang Kasumab) Awang Kamaruddinc) Tuan Puteri Si Raksasa

Page 4: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2003

4)“Dui kamu yang di dalam, kalau ibumu benar keturunan baik-baik, kalau kamu benar asal pancir dari ayahku, kalau kamu benar tapaan ayahku sedari lahir, dalam Pinang Si Gangga Wari di tepi laut; jangantah sopan, jangantah malu, kalau kamu benar maka jangantah lagi lalai jangantah lagi leka, bongkastah kamu, jangkanya sudah sehari ini.”

[m/s : 90]a) Siapakah penutur dan di mana kata-kata itu dituturkan dan siapakah lagi yang hadir di situ?

b) Apakah perkara yang dilakukan oleh penutur selepas kata-kata di atas?

c) Nyatakan dengan ringkas unsur dan barang-barang kesaktian yang diperlukan penutur serta terangkan bagaimanakah barang-barang tersebut digunakan dalam peristiwa yang berkaitan dengan konteks di atas.

Page 5: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2003

5) Hikayat Awang Kamaruddin merupakan ‘adat istiadat’ dan ‘budaya’ setempat khususnya tentang majlis perkahwinan yang dijalankan. Berikan gambaran jelas mengenai pakaian pengantin dan perjalanan majlis perkahwinan antara Awang Kamaruddin dengan Dang Siti Noralam.

6) Huraikan watak dan perwatakan bagi watak-watak berikut:a) Dang Kasumab) Dang Siti Noralamc) Raja Muda Indera Bongsu

Page 6: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2003

4) “Dui, awangku, bungaku, anak seorang! Apa kian akan kaukatakan awangku?”“babu! Gerak umur sudah datang kediaku. Sakitnya babu hinda dapat ditahan, hinda dapat disandang. Rasa-rasaan tampik indung batisku, menyahut pedih di hulu hati di jantungku, membalas belah di puncak kepalaku. Maka terberuah sila panggungku. Hinda tetap tegakku di puncak keris.”“Gara-gara siapa kian awangku?”“babu, tersingkap sudah tersiah sudah kesaktian rambat mahligai. Kumbang dari subarang mendatangi sudah kembang di tapak tangan bigar di hujung jari.”

[m/s : 37]a) Siapakah yang berdialog dan apakah hubungan mereka

serta di manakah konteks itu dituturkan?b) Apakah yang dimaksudkan penutur dengan ‘Gerak umur

sudah datang kediaku’ itu? Jelaskan bagaimana perkara itu terjadi kepadanya?

c) Jelaskan maksud ‘tersingkap sudah tersiah sudah kesaktian rambat mahligai’ itu? Di manakah mahligai tersebut?

d) Ceritakan peristiwa yang berlaku selepas kata-kata di atas?

Page 7: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2003

5) Hikayat Awang Kamaruddin memaparkan kehidupan berkeluarga dan berjiran dengan baik dan harmoni selepas kematian Lamang Labai. Berdasarkan keluarga Awang Kamaruddin berikan gambaran jelas bagaimana kewujudan kenyataan di atas.

6) Perisitwa dalam Hikayat Awang Kamaruddin berlaku di beberapa tempat dan negeri. Berdasarkan kenyataan itu huraikan peranan watak-watak di bawah mengikut tempat mereka berada:

a) Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di negeri Jawa.

b) Dang Kumala ketika berada di negeri Jawa.c) Awang Sukaim ketika di Sinarubai, di negeri Jawa

dan di Gunung Maha Biru.

Page 8: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2004

4) “Babu, lain juga kataku. Bukan kata membilang hari, bukan kata membilang bulan.”Menyahut babunya Dang Kasuma, “Dui awangku, bungaku. Apa kian akan kaukatakan?”“Lain jua ke diaku, babu. Bercerita benartah babuku ke diaku. Adakah lagi adiku? Selain dayangku Dang Kumala?”“Iya awang, ada. Ada lagi adimu lain mama di negeri lain. Sultan Bongsu yang kakak, Tuan Puteri Kumala Bongsu yang adi.”“Iya babu, padah akan bila ada. Tunjuk akan, aku menghaga. Bandar mana, negeri mana pebaik, aku menghaga.”

[m/s : 85]a) Siapakah ‘ke diaku’ itu? Di manakah kata-kata itu

dituturkan dan apakah hubungan mereka berdua?b) Apakah yang telah dilakukan oleh ‘ke diaku’ sebelum pergi

untuk mendapatkan Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu?

c) Di manakah Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu tinggal? Bagaimanakah ‘ke diaku’ pergi ke sana dan membawa mereka balik ke Sinarubai?

d) Nyatakan dengan jelas bagaimanakah ‘ke diaku’ membuka tapaan ayahnya di Sinarubai?

Page 9: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2004

5) Huraikan dengan jelas bahagian-bahagian cerita yang bersangkutan dengan petikan-petikan berikut:

a) mangkuk tiga taguk,kenyang bertarap-tarap,wujud jahat menjadi baik,wujud lemah menjadi tabah.

[hlm. 56]b) jadi tegap ke didia,

baik mulih jatinya lamatah ia.

[hlm. 57]

6) Huraikan watak-watak berikut dengan ringkas tetapi jelas.

a) Awang Kamaruddinb) Si Bujang Laila Bongsuc) Tuan Pemagat Baginda Bongsu Indera Sakti

Page 10: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2004

4. Bismillah, bukanku menapakkan tangan dangankusanak, aku yang bertapak, kata Awang Kamruddin dalam hati. Maka tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti pun terus ditapakkannya ke ubun-ubun Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Tatkala hampir pada ubun-ubun Tuan Puteri bongsu Kumala Jawa cepat-cepatlah dilapisnya dengan hujung jari manisnya. Maka hujung jari manisnya yang datang ke ubun-ubun Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, bukannya tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

“Iya dangansanak, kutapak sudah,” katanya. Maka didudukkannya Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti ambit kiri Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Ia sendiri duduk ambit kanan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.

“Dangsanak, kau mendudukkan ini salah,” kata Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

[m/s : 51]

Page 11: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2004

a)Bila dan di manakah peristiwa di atas berlaku?b)Apakah muslihat Awang Kamaruddin melapis

tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan jari manisnya ketika dia menapakkan tangan pengantin lelaki itu ke ubun-ubun pengantin perempuan.

c)Ceritakan persediaan Awang Kamaruddin sebelum turun ke tanah untuk menyahut cabaran Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti?

d)Nyatakan dengan ringkas tiga tempat perkelahian antara Awang Kamaruddin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan bagaimana perkelahian itu berakhir?

Page 12: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2004

5. Hikayat Awang Kamaruddin menceritakan beberapa pengembaraan watak utamanya iaitu Awang Kamaruddin untuk menyelesaikan masalah peribadinya. Ceritakan dengan jelas peristiwa pengembaraan Awang Kamaruddin mencari Dang Siti Noralam yang lari merajuk sehingga Dang Siti Noralam dapat dibawa balik ke Sinarubai.

6. Ceritakan dengan ringkas mengenai watak-watak di bawah ini:

a) Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawab) Tuan Puteri Si Raksasac) Dang Kumala (adik Awang Kamaruddin)

Page 13: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2005

4) “Ke mana tujunya? Ke manatah tujunya?“Entah! Padah Awang Sukaim, ia berdudun ke tanah subarang. Lari,” kata Awang Si Mutaram.

Maka Awang Kamaruddin pun susah hati: “Mun sudah miyatu, laritah benar dayangku itu. Jauh hatinya.”

“ya, nda ulahnya,” kata Dang Kasuma. “Kau mengucap akan hari aku menyuruh akan dahulu. Beripil jamu. Rambutnya buntak macam janggut bubuk, macam janggut gandum. Lanjak perulahan laginya damit. Iya, baik kau turut akan.”

[m/s : 75]

a) Ke manakah perginya ‘dayangku’ itu?b) Mengapakah ‘dayangku’ bertindak sedemikian?c) Jelaskan, apakah yang dilakukan oleh ‘dayangku’

selepas itu?d) Ceritakan, berjayakah ‘Kau’ bertemu dengan ‘dayangku’

dan bagaimana serta apakah kesudahannya?

Page 14: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2005

5) Dalam Hikayat Awang Kamaruddin didapati plot ceritanya berunsurkan pengajaran dan boleh dijadikan sebagai iktibar serta teladan kepada pembaca. Berdasarkan maksud di atas dengan memberi contohnya sekali, jelaskan kenyataan ini.

6) Huraikan watak dan perwatakan berikut:a) Anggayan Damitb) Dang Siti Noralamc) Raja Muda Indera Bongsu

Page 15: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2005

4)“Dui kamu yang di dalam, kalau ibumu benar keturunan baik-baik, kalau kamu benar asal pancir dari ayahku, kalau kamu benar tapaan ayahku sedari lahir, dalam Pinang Si Gangga Wari di tepi laut; jangantah sopan, jangantah malu, kalau kamu benar maka jangantah lagi lalai jangantah lagi leka, bongkastah kamu, jangkanya sudah sehari ini.”

[m/s : 90]a) Siapakah yang bertutur dalam petikan di atas? Kepada siapakah kata-kata itu ditujukan?

b) Bagaimanakah ‘penutur’ itu boleh sampai ke tempat ‘kamu’? Jelaskan.

c) Berjayakah ‘penutur’ melaksanakan maksudnya di atas? Nyatakan cara dan kesudahannya.

d) Apakah yang berlaku kepada ‘si penutur’ setelah selesai melaksanakan tugasnya?

Page 16: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2005

5)Hikayat Awang Kamaruddin memaparkan unsur nilai-nilai murni menerusi watak-wataknya. Huraikan kenyataan ini dengan memberikan contoh-contoh.

6)Bincangkan:

a) Klimaks Hikayat Awang Kamaruddin. Berikan contoh dan alasan kamu.

b) Unsur-unsur pengaruh di dalam Hikayat Awang Kamaruddin. Berikan contoh sebagai sokongan jawapan kamu.

Page 17: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2006

4) “Dui awangku, bungaku. Hinda ada dayangku di dalam. Ke manatah tujunya?”

“Nda lagi ada akan dihunjar-hunjar bu. Jauh hatinya. Dangan lari ke hulu, ke tanah subarang, ke hulu Negeri Jawa, arah Anak Hantu.”

[m/s : 74]

a) Siapakah yang berdialog dalam konteks di atas, apakah hubungan mereka dan di manakah kata-kata itu dituturkan?

b) Apakah perkara yang terjadi sehingga penutur mencari dayangku itu?

c) Nyatakan sebab dayangku lari ke tanah subarang.

d) Ceritakan dengan ringkas apakah yang terjadi selepas itu?

Page 18: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2006

5) Jelaskan mengenai perkara berikut dan peranannya dalam Hikayat Awang Kamaruddin: a) Ajung.b) Anak Batu Pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

c) Pinang Si Gangga Wari.

6) Antara pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam Hikayat Awang Kamaruddin ialah ilmu pengetahuan dan cita-cita sangat penting untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Huraikan dengan ringkas kebenaran faktor-faktor tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada hikayat tersebut.

Page 19: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2006

4)“Bismillah aku membongkas, bukanku membongkas apa, aku membongkas ajung awangku; awangku akan ke tanah subarang bermain perang.”

[m/s : 29]a)Siapakah penutur kata-kata di atas dan di

manakah tempatnya?b)Perihalkan keadaan ajungku itu.c)Bagaimanakah ajungku itu membawa awangku ke

tanah subarang?d)Apakah yang dimaksudkan penutur dengan kata

‘awangku akan ke tanah subarang bermain perang’ itu?

Page 20: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2006

5) Plot dalam Hikayat Awang Kamaruddin dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian menceritakan tentang perkahwinan. Jelaskan sruktur plot bahagian tengah yang menceritakan tentang perkahwinan Awang Kamaruddin dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.

6) Hikayat Awang Kamaruddin memaparkan banyak watak termasuk Awang Kamaruddin. Menurut pandangan kamu, sesuaikah Awang Kamaruddin menjadi watak utama protagonis dalam hikayat tersebut? Berikan alasan-alasan yang sesuai daripada hikayat berkenaan sebagai menyokong pendapat kamu itu.

Page 21: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2007

4)“Dayangku, bungaku,” katanya dengan sangau-sangau manis suara. Tidurtah pulang kau di dalam ini. Jikalau tidur, jagatah dari Bantal Suraga. Jikalau bangun, banguntah dari Bantal Anggunan.”

Maka tatkala kedatangan itu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sedang berbedak berpacar di dalam panggau, kerana esok harinya ia akan pengantin. Maka ia pun menyahut, “Munku nda salah dengar, kakakku Raja Muda,” katanya.

“Iya, aku dayangku.”

“Masuktah kak, ke mari. Bila ada hati kan naik, baiktah naik.”

[m/s: 33]

Page 22: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2007

a)Bilakah kata-kata itu dituturkan dan siapakah ‘aku’?

b)Selain ‘aku’ siapakah lagi yang datang bersamanya ke situ dan apakah hubungan mereka?

c)Apakah hasrat ‘aku’ datang ke tempat Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan apakah muslihatnya mengakui dirinya sebagai Raja Muda itu?

d)Ceritakan dengan ringkas peristiwa yang berlaku selepas petikan di atas.

Page 23: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2007

5)Dalam Hikayat Awang Kamaruddin berbagai-bagai perkara dapat kita temui, antaranya ialah tema, perutusan dan salah satu yang amat ketara ialah pancaran nilai-nilai murni. Jelaskan tiga nilai murni berkenaan dan berikan petikan cerita yang berkaitan dengannya sebagai penyokong hujah kamu itu.

6)Watak Raja Muda Indera Bongsu dalam Hikayat Awang Kamaruddin, digambarkan sebagai ‘watak natural, pipih dan statik’. Berikan pendapat kamu dengan menyertakan contoh-contoh yang bersesuaian daripada hikayat tersebut.

Page 24: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2007

4) “Iya dayangku, bungaku, dayangku adi seorang. Apa kiranya fikirmu dayangku? Aku ini menghasil akantahku penyuruhan babku dengan dayanku, orang di Bukit Surau, Dang Siti Noralam, anu ulungannya ke diaku lagi damit dahulu, kini besar sudah; akan kahwintahku ini dengan dayangku itu.”

[ms 73]

(a) Siapakah Aku dan babuku dalam petikan di atas?(b) Siapakah pula dayangku itu dan apakah jawapannya

terhadap kata-kata aku?(c) Apakah yang berlaku selepas itu?(d) Bagaimanakah Aku dapat berkahwin dengan Dang Siti

Noralam itu?

Page 25: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2007

5) Beberapa unsur kesaktian dipaparkan dalam Hikayat Awang Kamaruddin. Unsur kesaktian itu bukan hanya digunakan oleh satu watak malah digunakan juga oleh watak lain. Jelaskan dua unsur kesaktian itu dan caranya digunakan.

6) Huraikan dengan jelas watak-watak berikut:(a) Dang Kasuma(b) Dang Kumala(c) Dang Siti Noralam(d) Tuan Puteri Si Raksasa

Page 26: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2008

4) “Sudah diperiksa pertenungan perguruan diri?” kata Dang Kumala.“Sudah dang. Sedikit pun nda cala-calanya, sedikit pun nda ada cacat-cacatnya,” katanya.“Iya, baiktah sudah itu.”“Bah dang, memohontah aku keluar berjalan sementara awal.”“Iya, baiktah. Baik-baik saja kak.”“Iya.”“Jaga keselamatan.”“Iya.”

[ms 27]

Page 27: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2008

(a) Siapakah kak dalam dialog di atas dan di manakah dialog itu dituturkan?

(b) Apakah maksud penutur dengan ‘sudah diperiksa pertenungan perguruan diri?’ dan mengapakah ia perlu bagi kak?

(c) Ke manakah tempat yang hendak dituju oleh kak dan pakah tujuannya ke sana?

(d) Jelaskan langkah-langkah atau usaha-usaha yang dilakukan oleh kak seterusnya sehingga dia berjaya mendapat apa yang dihajatinya.

Page 28: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Jun 2008

5) Dalam Hikayat Awang Kamaruddin, Lamang Labai telah melarikan Dang Kasuma dari Pangkalan Tunan ke Bukit Sinarubai dan mengurung Dang Kasuma di dalam rumahnya. Mengapakah Lamang Labai berbuat demikian? Jelaskan kesan-kesan atau perkara-perkara yang berlaku akibat dari perbuatannya itu.

6) Huraikan perwatakan bagi watak-watak berikut:

(a) Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti(b) Awang Sukaim(c) Dang Kasuma(d) Tuan Puteri Si Raksasa

Page 29: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2008

4) “Dui awangku, bungaku! Matitah pakah Awangku Tanjung Keinderaan,” kata Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai.“Babu, hinda. Balik sudah ia,” kata Awang Kamaruddin.“Iya awang, jangan dimatihi benar.”“Iya babu, hinda. Iya, sipun jua berperang.”“Iya, kebilangan bunyinya awangku di Tanjung Keinderaan, besar-besar di pertapaan. Mengapa tersingkir jua berperang?”

[ms 76]

(a) Siapakah Awangku Tanjung Keinderaan?(b) Bila dan di manakah peristiwa di atas berlaku?(c) Jelaskan peristiwa yang berlaku sebelumnya sehingga terjadi

dialog di atas.(d) Mengapakah Awangku Tanjung Keinderaan tewas kepada

Awang Kamaruddin?

Page 30: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Soalan HAK dalam kertas O Level Nov 2008

5) Huraikan latar istana yang terdapat dalam Hikayat Awang Kamaruddin.

6) Huraikan perwatakan bagi watak-watak berikut:(a) Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.(b) Dang Siti Noralam.(c) Lamang Labai.

Page 31: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Analisis Soalan O LevelTahun Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6

Nov2002

Soalan konteksHlm 10 - ketika LL mengaku kalah

Cerita/peristiwa berdasarkan petikan bahasa berirama

Watak dan kesaktiannya

Jun2003

Soalan konteks hlm 90 - ketika AK membuka tapaan di Pinang Ganga Wari

Gambaran pakaian pengantin dan majlis perkahwinan AK dan DSN

Watak dan perwatakanDang Kasuma, DSN dan RMIB

Nov2003

Soalan KonteksHlm 37 ketika TPBBIS bungkas menghadap TPSR minta izin ke Jawa

Gambaran keharmonian keluarga Awang Kamaruddin

Peranan watak berdasarkan latar tempat tertentu: TPBBIS di Jawa, DK di Jawa, Awang Sukaim di Sinarubai, Jawa & Gunung Maha Biru

Jun2004

Soalan Konteks hlm 85 ketika AK bertanya kepada babunya tentang adik-adiknya yang ditapakan ayahnya

Cerita/peristiwa berdasarkan petikan bahasa berirama

Watak dan perwatakan AK, SBLB, TPBBIS.

Page 32: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Analisis Soalan O LevelTahun Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6

Nov2004

Soalan konteksHlm 51 - ketika AK menapakkan tangan TPBBIS ke ubun-ubun TPBKJ

Cerita/peristiwa ketika AK mengembara mencari DSN

Watak dan perwatakan TPBKJ, TPSR dan Dang Kumala

Jun2005

Soalan konteks hlm 75 - ketika AK bersusah hati kerana DSN lari kerana merajuk hati

Penjelasan tentang pengajaran dan teladan berdasarkan plot cerita HAK

Watak dan perwatakanAnggayan Damit, TPBKJ, DSN dan RMIB

Nov2005

Soalan KonteksHlm 90 ketika AK membuka tapaan adiknys di Pinang Ganga Wari

Huraian tentang nilai-nilai murni HAK berdasarkan watak-wataknya.

Bincangkan klimaks HAK.

Unsur pengaruh dalam HAK.

Jun2006

Soalan Konteks hlm 74 ketika Dang Kasuma Mata menyedari kehilangan anaknya, DSN.

Jelaskan peranan / peralatan:Ajung, Anak Batu Pertapaan TPBBIS, Pinang Si Ganga Wari

Huraian tentang pengajaran HAK dengan memberikan contoh/peristiwa yang sesuai.

Page 33: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Analisis Soalan O Level

Tahun Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6

Nov2006

Soalan Konteks hlm 29 - ketika Dang Kasuma membungkas Ajung untuk AK berperang ke Jawa

Ceritakan struktur/susunan plot bahagian tengah - perkahwinan AK dengan TPBKJ

Persoalan - pandangan pelajar tentang kesesuaian watak AK sebagai watak utama protagonis.

Jun2007

Soalan konteks hlm 33 - ketika AK menyamar menjadi RMIB untuk menjumpai TPBKJ

Penjelasan tentang 3 nilai murni dengan petikan cerita/peristiwa yang sesuai.

Watak dan perwatakanRMIB

Nov2007

Soalan KonteksHlm ketika AK menyatakan hasratnya untuk mengahwini DSN kepada ibunya Dang Kasuma

Huraian tentang dua unsur kesaktian yang terdapat dalam HAK

watak dan perwatakan Dang Kasuma, Dang Kumala, Dang Siti Noralam dan TPSR

Page 34: Soalan Hikayat Awang Kamaruddin, Kertas O' Level 2002 hingga 2008

Analisis Soalan O Level

Tahun Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6

Jun2008

Soalan konteks hlm 27 - ketika Awang Kamaruddin menjumpai Dang Kumala, meminta restu untuk pergi berperang.

Penjelasan tentang punca dan kesan tindakannya melarikan Dang Kasuma.

Watak dan perwatakan:TPBBIS, Awang Sukaim, Dang Kasuma, TPSR.

Nov2008

Soalan konteks hlm 76 - ketika Awang Kamaruddin selesai berperang dengan Tuan Pemagat lalu kembali ke Istana Besae di Jawa dan disambut oleh TPPIMS.

Huraian tentang latar istana.

Watak dan perwatakan:TPBBIS, DSN dan Lamang Labai.