seminar majlis ilmu 2019 resolusimajlisilmu.gov.bn/sitecollectiondocuments/2019/... · silsi/ah...

3
SEMINAR MAJLIS ILMU 2019 RESOLUSI 1. Balai khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah lambang ketamadunan dan kekayaan warisan Islam yang menyantuni manuskrip dan berbagai artifak Islam bernilai tinggi. 2. Kesungguhan dan keprihatinan tinggi seorang raja mu'min lagi soleh terhadap kelestarian peradaban ummah sehingga terbinanya balai ini wajar disyukuri sebagai nikmat agung dari Ilahi yang membawa keberkatan kepada bumi Darussalam. 3. Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah berpotensi menjadi hab pusat pengkajian manuskrip Islam global yang akan membongkar pelbagai disiplin ilmu terutamanya keunggulan keilmuan Islam yang terpendam di balik lembaran-Iembaran naskhah manuskrip yang berharga. 4. Pemberigaan mengenai kepentingan manuskrip kepada khalayak khasnya para belia dan pelajar perlu dipergiatkan agar masyarakat berupaya memahami keperluannya demi pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara. 5. Pembudayaan aktiviti penyelidikan dan pengkajian dalam kalangan ahli akademik dan pelajar pengajian tinggi sangat perlu digembleng. Ini kerana masih banyak manuskrip yang belum dijejaki sekalipun sebahagiannya berada dalam jangkauan dan sudah lama tersimpan kemas di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 6. Perkongsian mengenai dapatan kajian daripada para sarjana yang berkepakaran dalam bidang manuskrip Nusantara telah menyatakan bahawa naskhah penulisan manuskrip Melayu Jawi mengandungi nilai-nilai 1

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEMINAR MAJLIS ILMU 2019

RESOLUSI

1. Balai khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah lambang

ketamadunan dan kekayaan warisan Islam yang menyantuni manuskrip

dan berbagai artifak Islam bernilai tinggi.

2. Kesungguhan dan keprihatinan tinggi seorang raja mu'min lagi soleh

terhadap kelestarian peradaban ummah sehingga terbinanya balai ini

wajar disyukuri sebagai nikmat agung dari Ilahi yang membawa keberkatan

kepada bumi Darussalam.

3. Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah berpotensi menjadi hab

pusat pengkajian manuskrip Islam global yang akan membongkar pelbagai

disiplin ilmu terutamanya keunggulan keilmuan Islam yang terpendam di

balik lembaran-Iembaran naskhah manuskrip yang berharga.

4. Pemberigaan mengenai kepentingan manuskrip kepada khalayak khasnya

para belia dan pelajar perlu dipergiatkan agar masyarakat berupaya

memahami keperluannya demi pembangunan dan kemajuan bangsa dan

negara.

5. Pembudayaan aktiviti penyelidikan dan pengkajian dalam kalangan ahli

akademik dan pelajar pengajian tinggi sangat perlu digembleng. Ini kerana

masih banyak manuskrip yang belum dijejaki sekalipun sebahagiannya

berada dalam jangkauan dan sudah lama tersimpan kemas di Balai

Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

6. Perkongsian mengenai dapatan kajian daripada para sarjana yang

berkepakaran dalam bidang manuskrip Nusantara telah menyatakan

bahawa naskhah penulisan manuskrip Melayu Jawi mengandungi nilai-nilai

1

penting antaranya nilai kepimpinan yang terhentuk berdasarkan

pengalaman zaman berzaman. Perkara ini perlu diketengahkan kepada

generasi baru agar mereka dapat mempelajari dan menelaah ketinggian

tamadun silam dan sentiasa memelihara jati diri bangsa.

7. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, aktiviti penyelidikan terhadap

tinggalan sejarah seperti manuskrip dan artifak negara perlu

dipertingkatkan. Ini kerana manuskrip hasil karangan orang Brunei masih

banyak yang belum diteroka dan dikemukakan kepada umum. Meskipun

terdapat penelitian dilakukan seperti terhadap manuskrip Hukum Kanun,

Silsi/ah Raja-Raja Berunai dan Hikayat Awang Semaun, namun kajian dan

penerbitannya perlu terus diusahakan dalam skala lebih besar dan ilmiah.

8. Keperluan untuk menyediakan dana dan kemudahan sebagai galakan dan

sokongan kepada penelitian manuskrip Alam Nusantara yang masih

berselerak di merata tempat. Selain penerokaan kepada manuskrip yang

baharu, pencarian juga berfungsi untuk mendapatkan naskhah manuskrip

yang bermutu dan berkualiti.

9. ~epentingan menjalin hubungan dan jaringan di peringkat serantau dan

antarabangsa dengan para pakar dan pihak berkepentingan seperti

perpustakaan di Barat dan Eropah untuk sama-sama rnelaksanakan dan

memperkasa kegiatan penyelidikan manuskrip.

10.Penjagaan naskhah-naskhah manuskrip bukanlah perkara yang boleh

dikesampingkan. Ini kerana pemuliharaan khazanah ini akan menjamin

ketahanan dan kebolehrujukan dalam tempoh masa yang lama. Para

pengkaji tidak dinafikan sangat bergantung kepada kualiti naskhah yang

2

mereka harapkan dapat menjamin ketepatan dan kesahan yang autentik

terhadap suatu dapatan daripada analisis yang dijalankan.

11.Pendekatan moden sesuai dengan teknologi tinggi terkini telah

menyumbang kepada kemudahcapaian naskhah-naskhah manuskrip di

seluruh dunia. Antaranya dengan cara digitalisasi dan seterusnya

dikongsikan dalam alam maya. Meskipun demikian, kehadiran naskhah

manuskrip asal masih dituntut bagi menjamin keabsahan sumber yang

digunakan.

12.Pusat-pusat terjemahan antara yang perlu ditubuhkan di Negara Brunei

Darussalam untuk menjadi pemangkin bagi rnengembang dan

menyebarluaskan kajian manuskrip. Ini adalah bagi membantu para

pengkaji untuk memastikan tiada salah tafsir terhadap manuskrip khasnya

yang menggunakan bahasa asing. Dalam pada masa sama, kurikulum

seperti ilmu Filologi dapat dibentuk dan diserapkan dalam kursus-kursus di

institusi pengajian tinggi.

3