hikayat awang kamaruddin bab 1

27
SINOPSIS HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Upload: rozaiman-makmun

Post on 14-Jun-2015

3.191 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

Pendidikan Kesusasteraan Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

SINOPSISHIKAYAT AWANG

KAMARUDDIN BAB 1 :

KHABAR KEELOKAN

Page 2: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

Lamang Labai mendengar khabar dari kawan-kawannya bahawaada seorang gadis cantik bernama Dang Kasuma dan dia teringinuntuk memilikinya. Lalu dia pun mengintai-ngintai di sebuahPapatan titian dekat dengan Tamu Pangkalan Tunan lalu mengukirbermacam-macam lukisan di atas tanah. Lukisan itu dibacakan ilmupenuduh burung, agar berjaya menawan hati Dang Kasuma.Apabila Dang Kasuma dan kawan-kawannya melintasi lukisantersebut, Dang Kasuma telah terpukau dan akhirnya Lamang Labaiberjaya melarikan Dang Kasuma lalu membawanya pulang ke BukitSinarubai. Orang tua-tua datang memujuk Lamang Labai agarmenyerahkan kembali Dang Kasuma. Lamang Labai tetap berkerastidak mahu menyerahkan Dang Kasuma kerana inginmemperisterikannya. Akhirnya Lamang Labai berperang denganAnggayan Damit. Anggayan Damit telah tewas.

Page 3: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

Sebelum mati, dia sempat berwasiat agar Lamang Labai menjagaDang Kasuma dengan sebaik-baiknya serta menyuruh LamangLabai menamakan anak lelaki Lamang Labai dan Dang Kasumadengan nama Awang Kamaruddin dan anak perempuan puladinamakan Dang Kumala. Apabila adik Anggayan Damit, iaitu DangKumala mengetahui abangnya telah mati dibunuh oleh LamangLabai, dengan perasaan yang terlalu sedih, Dang Kumala memintaLamang Labai membunuhnya. Mahu tidak mahu, Lamang Labaipun terpaksa menunaikan permintaannya. Akhirnya Lamang Labaipun mengahwini Dang Kasuma. Mereka memperolehi dua oranganak, seorang anak lelaki dinamakan Awang Kamaruddin danseorang lagi anak perempuan, diberi nama Dang Kumala. AkhirnyaLamang Labai pun meninggal dunia kerana sakit selepas dimintamenataki sebuah Luagan yang bernama Luagan Tetanam.

Page 4: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

PERISTIWA-PERISTIWAPENTING

HIKAYAT AWANGKAMARUDDIN

BAB 1 :KHABAR KEELOKAN

Page 5: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

1. Lamang Labai memiliki kekayaan yang sederhana serta mempunyaiberbagai-bagai ilmu keduniaan yang telah dipelajari daripada Raja Jin TujuhSeperadian.

2. Lamang Labai mendengar cerita berkenaan seorang gadis yang sangat cantikbernama Dang Kasuma.

3. Lamang Labai menarik perhatian Dang Kasuma menggunakan ilmu penuduhburung dan melarikannya ke rumahnya di Bukit Sinarubai.

4. Peperangan berlaku antara Lamang Labai dan Anggayan Damit.

5. Anggayan Damit tewas dan sempat berwasiat kepada Lamang Labai sebelummati.

6. Dang Kumala, adik Anggayan Damit sedih lalu meminta bunuh kepadaLamang Labai lalu mati.

7. Lamang Labai dan Dang Kasuma berkahwin dan mempunyai dua oranganak.

8. Lamang Labai jatuh sakit lalu meninggal setelah menataki Luagan Tetanam.

Page 6: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

WATAK-WATAKDALAM

HIKAYAT AWANGKAMARUDDIN

BAB 1:KHABAR KEELOKAN

Page 7: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

Di dalam bab 1 Hikayat Awang Kamaruddin,ada disebutkan beberapa watak. Di antarawatak-watak itu adalah :

• Lamang Labai• Anggayan Damit• Dang Kasuma• Raja Jin Tujuh Seperadian [termasuk Jin Betara

Guru, Jin Betara Kala, Jin Betara Wisnu]• Awang Kamaruddin• Dang Kumala (adik Anggayan Damit)• Dang Kumala• Orang tua-tua.

Page 8: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

PERWATAKANLAMANG LABAI

DALAMBAB 1

Page 9: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

• Suami Dang Kasuma serta ayah kepada Awang Kamaruddindan Dang Kumala.

• Tinggal di Bukit Sinarubai.

• Dia mempunyai kekayaan yang sederhana iaitu memilikikawasan padi bukit, beberapa jenis kebun buah-buahan, danladang kelapa yang sangat luas.

• Badannya hitam dan terdapat kurap yang timbul-timbul.

• Dia menuntut berbagai-bagai ilmu keduniaan daripada RajaJin Tujuh Seperadian.

• Antara ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu besi-besian, ilmusenjata, ilmu kebal, ilmu persilatan, dan ilmu guna-guna iaitumengenai dengan perempuan.

• Memiliki sikap suka menolong orang-orang kampung sepertimenataki sesuatu tempat baru untuk bercucuk tanam.

Page 10: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

• Sikap negatifnya seperti keras hati, tidak suka bertolak ansurcontohnya menculik tunangan orang dan tidak mahu menyerahkannya.

• Pandai melukis pelbagai lukisan di atas tanah sehingga Dang Kasumaterpesona melihatnya kerana Lamang Labai telah membubuh ilmupenuduh burung bagi tujuan memukau Dang Kasuma.

• Dalam peperangan berjaya menewaskan Anggayan Damit tetapibersedia menunaikan wasiat Anggayan Damit untuk menamakan anakmereka dengan Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.

• Dia menunaikan permintaan adik Anggayan Damit bernama DangKumala supaya dia dibunuh setelah mengetahui Anggayan Damit mati.

• Berjaya mengahwini Dang Kasuma dan hasil perkahwinan mempunyaidua orang anak yang bernama Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.

• Jatuh sakit setelah menataki Luagan Tetanam dan akhirnya meninggaldunia.

Page 11: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

PERWATAKANANGGAYAN DAMIT

DALAMBAB 1

Page 12: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

• Tunangan Dang Kasuma dan dijangkakan tinggal sekampungdengan Dang Kasuma.

• Terkenal kaya dan lebih kaya daripada Lamang Labai dengandigambarkan semua perkakasnya di rumah diperbuat daripadaemas. Memiliki harta sebanyak 7 gedung di darat dan 7 gedungdi laut.

• Pemuda yang kacak, berkulit putih dan susuk badan yangmenarik.

• Tidak kesampaian kahwin dengan Dang Kasuma kerana direbutoleh Lamang Labai.

• Berfikir sebelum bertindak contohnya berunding dengan orangtua-tua terlebih dahulu untuk meminta balik Dang Kasumadaripada Lamang Labai yang telah menculiknya.

Page 13: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

• Mempunyai 3 jenis senjata seperti Lamang Labai iaitu lembingtujuh sekambaran, keris aluk sembilan dan pedang sulindayanserta baju tiga lapis yang ditenun oleh ibunya.

• Mempunyai ilmu persilatan yang tinggi dan tidak kuranghebatnya dengan Lamang Labai.

• Mati ditikam oleh Lamang Labai. Sebelum mati, sempatberwasiat agar Lamang Labai mengasihi Dang Kasuma danmenamakan anak-anak mereka Awang Kamaruddin & DangKumala.

Page 14: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

PERWATAKANDANG KASUMA

DALAMBAB 1

Page 15: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

Digambarkan seorang gadis yang cantik.

Pada awalnya tunang kepada Anggayan Damit.

Mudah tertarik dengan lukisan yang dibacakan ilmu penuduh burungoleh Lamang Labai.

Berjaya dilarikan oleh Lamang Labai dan dibawa ke Bukit Sinarubai.

Berpaling kasih dari Anggayan Damit kepada Lamang Labai denganilmu penuduh burung.

Berkahwin dengan Lamang Labai dan melahirkan dua orang anakbernama Awang kamaruddin & Dang Kumala.

Page 16: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

PERWATAKANDANG KUMALA

[ADIK ANGGAYAN DAMIT]DALAMBAB 1

Page 17: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

Ζ Adik kepada Anggayan Damit.

Ζ Meminta bunuh kepada Lamang Labai apabilamengetahui abangnya Anggayan Damit dibunuh olehLamang Labai kerana menganggap hidupnya tidakberguna lagi setelah melihat abangnya mati.

Page 18: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

LATAR TEMPATDALAM

HIKAYAT AWANGKAMARUDDIN

BAB 1

Page 19: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

1. Bukit Sinarubai Tempat tinggal Lamang Labai. Lamang Labai membawa

Dang Kumala ke Bukit Sinarubai setelah melarikannya.

2. Gadung Batu Di Bukit Si Guntang Tempat tinggal Raja Jin Tujuh Seperadian. Tempat

Lamang Labai berguru dengan Raja Betara Kala, RajaBetara Guru dan Raja Betara Wisnu untuk menuntutberbagai-bagai ilmu keduniaan.

3. Luagan Tetanam Selepas menataki Luagan Tetanam, Lamang Labai jatuh

sakit lalu meninggal dunia.

4. Pangkalan Tunan Kawasan tamu yang sering dikunjungi oleh Dang

Kasuma. Sebelum sampai ke Pangkalan Tunan, adasebuah titian (Papatan Titian Jalan Setapak) digunakanuntuk menyeberangi Pangkalan Tunan. Di kawasan inilahLamang Labai melarikan Dang Kasuma sewaktu DangKasuma dan kawan-kawannya hendak ke tamu.

Page 20: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

LATAR MASADALAM

HIKAYAT AWANGKAMARUDDIN

BAB 1

Page 21: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

Latar Masa di dalam bab ini tidakdinyatakan dengan jelas.Namun demikian, latar masayang boleh difahami dalam bab 1ialah sambat-sambat (pagi-pagi),dua bulan, selepas perkabungan40 hari, berlaku di zaman dahulukala.

Page 22: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

LATAR WAKTUDALAM

HIKAYAT AWANGKAMARUDDIN

BAB 1

Page 23: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

• Latar waktu keseluruhan penceritaan dalambab 1 ialah waktu siang. Waktu siangtermasuklah waktu pagi, tengah hari danpetang. Peristiwa-peristiwa sepertipeperangan, penculikan, perjalanan danperkahwinan berlaku pada waktu siang.

• Waktu siang ini cuma diterangkan denganayat “maka hayam pun sudah berkukuak”dan “tinggi sudah matahari”.

Page 24: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

LATAR BUDAYA /MASYARAKAT / SOSIAL

DALAMHIKAYAT AWANG

KAMARUDDINBAB 1

Page 25: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

» Masyarakat Kedayan pada zaman dahulu hidup berjiran, kaya(Anggayan Damit), berilmu (Lamang labai & Anggayan Damit) dansuka bertamu.

» Penduduk-Penduduk kampung mahu berunding terlebih dahulusebelum membuat sebarang tindakan. Contohnya, beberapa orangtua pergi ke rumah Lamang Labai untuk memujuk supaya DangKasuma dikembalikan kepada Anggayan Damit. Setelah LamangLabai berkeras tidak mahu mengembalikan Dang Kasuma barulahAnggayan Damit mengambil tindakan memerangi Lamang Labaiuntuk mempertahankan hak dan maruah.

» Walaupun kaya tetapi Lamang Labai tidak sombong malah mahumenolong orang kampung menataki luagan sehingga ia sakit lalumeninggal dunia.

Page 26: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

LATAR PERALATANDALAM HIKAYAT

AWANG KAMARUDDINBAB 1

Page 27: Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1

Peralatan-peralatan yang digunakan di dalambab 1 ialah penuduh burung, pisau pempagi,kindang bertabur, taruk makan kuku, pedangsulindayan, keris aluk sembilan, lembing tujuhsekembaran, si marak jari dan sapu tangansinarumbai.