hikayat langlang buana

9
Hikayat Langlang Buana

Upload: lawanya

Post on 29-Jun-2015

2.177 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 2: Hikayat Langlang Buana

Sinopsis

Pada suatu malam, Yuan Puteri Mandu Ratna Dewi duduk dilingkungi segala dayang dan inag pengasuhnya sambil bercerita tentang mimpi mereka. Tuan puteri memberitahu dayang dan inang pengasuhnya tentang mimpinya tidur berselimutkan bunga yang dikarang. Salah seorang inangnya bergurau kepada tuan puteri bahawa baginda mungkin akan bersuami.

Page 3: Hikayat Langlang Buana

Setelah hari siang, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi barsama-sama dengan dayang-dayang telah pergi ke taman istana. Penunggu tasik meminta Raja Indera Bumaya bersembunyi setelah menyedari kehadiran tuan puteri bersama dengan dayang-dayangnya. Ketika mereka sedang mandi, Raja Indera Bumaya telah turun berjalan ke tepi kolam tanpa disedari sesiapa. Baginda telah menukarkan dirinya sebagai burung bayan yang cantik dan bersuara merdu.

Page 4: Hikayat Langlang Buana

Burung bayan itu hinggap pada tangan tuan puteri. Tuan Puteri terlalu gembira dan dibawanya bayan pulang ke rumah peri. Bayan itu pun terbang ke riba tuan puteri sambil berpantun. Bayan memberitahu tuan puteri tentang Raja Indera Bumaya, iaitu tuannya dalam perjalanan ke negeri tuan puteri. Tuan Puteri kembali ke mahligainya denagn membawa bayan itu. Byan itu telah dimasukan ke dalam sangkar. Setelah hari malam, burung bayan itu dikeluarkan dari sangkar. Tuan Puteri meminta burrung bayan memperlihatkan wajah Raja Indera Bumaya. Selepas itu, burung bayan menukarkan dirinya menjadi burung nuri, kemudian menjadi kalungan bunga, dan menjelmakan dirinya semula.

Page 5: Hikayat Langlang Buana

Kehadiran Indera putera ke mahligai tuan puteri telah didengari oleh mentari dan hulubalang yang berkawal di mahligai tuan puteri itu. Menreka mengkhabarkan kejadian itu kepada ayanhanda tuan puteri iaitu, Raja Bahrum Dewa. Raja Bahrum Dewa amat marah lalu mengarahkan hulubalang dan rakyat megepung mahligai tuan puteri untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Sambil menangis sebagai akibat ketakutan, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah memberitahu Raja Indera Bumaya hal tersebut. Raja Indera Bumaya mencita geliga daripada Raja Johan Syahperi dengan menyeru empat jin untuk menewaskan rakyat dan hulubalang Raja Bahrum Dewa itu.

Page 6: Hikayat Langlang Buana

Selepas mengetahui hulubalang dan rakyatnya tewas, Raja Bahrum Dewa menghantar lebih banyak bala tentera untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Sekali lagi, Raja Indera Bumaya menyeru empat ribu jin untuk berlawan dengan segala raja, menteri, hulubalang, dan rakyat Raja Bahrum Dewa itu. Peperanganyang tercetus antara kedua-dua belah pihak telah menyebabkan banyak rakyat yang terbunuh.

Page 7: Hikayat Langlang Buana

Tema

• Kebijaksanaan dan kehebatan anak raja yang mempunyai kuasa luar biasa dalam usahanya menakluki puteri idamannya.

Page 8: Hikayat Langlang Buana

Persoalan

• Kesungguhan dalam mendapatkan sesuatu yang diidamkan.

• Kebijaksanaan menggunakan akal untuk memperoleh sesuatu perkara yang diingini.

• Sikap manusia yang berbuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang.

• Taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah.

Page 9: Hikayat Langlang Buana