hikayat merong mahawangsa

Upload: siti-baidatul-banissa

Post on 14-Jul-2015

356 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.Isi kandungan[sorokkan]

1 Ringkasan 2 Salinan 3 Senarai raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa 4 Hikayat Merong Mahawangsa Analisa Sejarah 5 Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong) 6 Adaptasi 7 Rujukan 8 Pautan luar

[sunting]Ringkasan Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom. Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan. Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu

menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya, putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah. [sunting]Salinan Tiada siapa yang tahu bila Hikayat Merong Mahawangsa pertama kali dikarang. Pembayang utamanya mungkin terletak dalam mukadimahnya yang berbunyi: "Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, " Sultan Muazzam Shah sebenarnya memerintah dari tahun 11791201. R.O. Winstedt mula-mulanya mengusulkan tahun 1612 sebagai tahun asalnya, namun beberapa sejarawan Kedah meragui anggapan ini kerana sastera Melayu belum berkembang ketika itu. Nampaknya ramai sejarawan berpendapat bahawa manuskrip asli Hikayat ini ditulis pada abad ke-19, apatah lagi sekitar tahun 1821, berasaskan peristiwa pembakaran salinan buku Hikayat ini atas perintah kerajaanSiam pada tahun itu.[1] Ketika itu, negeri Kedah menjadi negeri ufti Siam, oleh itu kerajaan Siam membenci mana-mana tindakan yang kelihatan mencabar kewibawaannya baik dalam negara sendiri mahupun negeri-negeri uftinya.[1] Catatan pusaka Hikayat Merong Mahawangsa masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara sekitar abad ke-19 dan awal abad ke20 sebagai panduan. Antaranya:[1]

1. Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 21 yang merupakan koleksi pertama milikW. Maxwell. Naskhah ini ditulis sepanjang 149 halaman tanpa nombor di setiap halamannya, dan telah diserahkan ke Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Di dalamnya terdapat tanda tangan Maxwell dan catatan Singapore, 1884 M.

2. Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 16 oleh W. Maxwell. Naskhah ini tersimpandi Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Naskhah ini disalin oleh Muhammad Nuruddin bin Ahmad Rajti pada 2 September 1889 M di Pulau Pinang dengan panjang 207 halaman.

3. Sjadjarah Negeri Kedah atau Hikayat Merong Mahawangsa, yang dikenali sebagai versi vonde Wall, No. 201. Naskhah salinan ini ditemukan oleh von de Wal ketika ia di Riau.

4. Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Negeri Kedah. Naskhah ini ditulis di KampungSungai Kallang, Singapura. Di dalamnya tercatat tahun 1876 M. Salinan manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Bodleian, Universiti Oxford, England.

5. Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J. Wilkinson, dicetak batu dalam tulisan Jawiberukuran fulskap oleh Kim Sik Hian Press, No. 78, Penang Street. Versi ini disalin pada 16 November 1898 oleh Muhammad Yusuf bin Nasruddin di Pulau Pinang.

6. Hikayat Merong Mahawangsa versi Sturrock yang diterbitkan dalam Journal of The RoyalAsiatic Society, Straits Branch (JRASSB) No. 72, Mei 1916 M di halaman 37-123, yang dicetak menggunakan tulisan Rumi (tulisan romawi).

7. Hikayat Merong Mahawangsa versi Logan yang merupakan koleksi J.R Logan, kini tersimpandi Perpustakaan Nasional Singapura dengan nombor arkib qMR 8999, 2302 HR. Hikayat Merong Mahawangsa turut dirakam dalam bentuk ulasan historiografi oleh Siti Hawa Haji Salleh, terbitan Universiti Malaya pada tahun 1991.[2] Buku ulasan ini memetik ceritanya dari tiga manuskrip, iaitu Maxwell 16, Maxwell 21, dan Von de Wall 201.[3] [sunting]Senarai

raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tuabermula di sekitar Lembah Bujang. Di antara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:

Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang olehgaruda. Lalu bersinggah di wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.

Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.

Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi KerajaanGangga Negara.

Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.

Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahandanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kakandanya

sulungnya, Raja Siam, setiap kali kakandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.

Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari ke dalam hutan Gunung Jerai dan mangkat di sana selepas diserang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.

Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.

Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah I (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua di dunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

[sunting]Hikayat

Merong Mahawangsa Analisa Sejarah

Merong Mahawangsa dikatakan tidak mula belayar dari Rom kerana pada hemat ahli sejarawan baginda mesti perlu menuruni Afrika Selatan dahulu lalu melalui Tanjung Harapan, Afrika Selatan. Perjalanan ini adalah terlau jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar adalah melalui Teluk Parsi. Maka segelintir sejarawan melihat barangkali baginda bukan dari Rom. Dalam pandangan lain, baginda mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Mercedonia Greek. Pelayaran untuk mewujudkan hubungunan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru dan alternatif sebab selama ini hubungan darat telah ada melalui Laluan Sutera. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh Garuda. Garuda ini dalam hikayat sebagai burung raksasa. Burung ini dikatakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita. Terdapat pandangan menganggap Garuda adalah burung tunggangan Dewa Visnu dalam agama Hindu. Oleh itu ini hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia Tenggara berada di bawah pengaruhnya. Oleh itu, tentera laut benua India atau Sri Lanka telah menyerang Merong Mahawangsa. Baginda Merong singgah di wilayah Lembah Bujang, Langkasuka, Kedah Tua bagi membuka penempatan baru. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu bukan beragama Roman, ini menguatkan lagi baginda tidak datang dari Rom. Lembah Bujang mungkin

didiami oleh Sami Hindu yang tidak berkahwin seperti Bramacahri. Kerana itu kawasan itu dipanggil Lembah Bujang. [sunting]Raja

Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong)

Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Ia dikaitkan dengan dua tempat iaitu Bukit Choras dan Tikam Batu. Di Tikam Batu diceritakan ada sabuah Istana Raja Bersiong di atas bukit dengan air terjun yang menembusi batu sedalam sebatang buluh. Sempena inilah nama Tikam Batu diambil. Raja Bersiong beragama Hindu. Baginda menyembah tokong yang diperbuat daripada emas dan berhala, namun tokong ini telah diambil oleh British dan dibawa balik ke India. Memandangkan baginda Raja Bersiong gemar memakan darah, kemungkinan berhala pujaannya adalahDewa Kali. Mengikut kepercayaan Hindu, dewa ini suka memakan darah dari korban berdarah. Kemungkinan kedua adalah baginda terpengaruh dengan satu kaum gergasi yang pada lagenda di Kedah tinggal di kaki Gunung Jerai. Kaum ini berbadan besar dan tinggi denagn amalan memakan manusia. Saiz yang besar ini mungkin disebabkan banyak protein dalam diet berbanding dengan hanya memakan sayur-sayuran. Apabila rakyat yang mula mengenali Islam dan tidak mahu lagi menyembah Dewa Kali, rakyat telah memberontak menentang Raja Bersiong. Baginda telah lari hingga ke Baling di mana baginda mencabut dan membaling siongnya dan jatuh ke Kampung Siong di Baling. Barangkali baginda juga mungkin memasuki daerah Patani dan hilang di sana. [sunting]Adaptasi Hikayat Merong Mahawangsa telah diadaptasi menjadi lakonan pentas yang pernah dipentaskan di Istana Budaya. Persembahan yang berjudul Hikayat Merong Mahawangsa: A Swashbuckling Epic Adventure yang berbahasa Inggeris ini dipersembahkan oleh Ribbit Edutainment dan disasarkan untuk tontonan seisi keluarga. Pementasan pertamanya berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2009.[4] Selain itu, Hikayat ini juga diadaptasi menjadi filem cetera terbitan KRU Studios yang dijadualkan keluar pada tahun 2010 untuk tontonan pasaran antarabangsa. Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa[5], dan dilaporkan berdialog 70% bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa Melayu klasik.[6] [sunting]Rujukan

1. 1.0 1.1 1.2 Hikayat Merong Mahawangsa : A review by Sejarah Melayu Online, The MalayPress, 2009. Dicapai pada 5 Mac 2010.

2. Siti Hawa Hj. Salleh (1991). Hikayat Merong Mahawangsa, Penerbit UniversitiMalaya. ISBN 9679940373, 9789679940374. URL dicapai pada 5 Mac 2010.

3. Hikayat Merong Mahawangsa, Malay Concordance Project, Australian Naional University.Dicapai pada 5 Mac 2010.

4. [1], Istana Budaya. Dicapai pada 5 Mac 2010. 5. Merong Mahawangsa, Sinema Malaysia. Dicapai pada 5 Mac 2010. 6. Faizal Fauzi. "HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA PERTEMUAN TIMUR & BARAT.",Sinema Malaysia, 13 Jul 2009. Dicapai pada 5 Mac 2010. [sunting]Pautan

luar

Hikayat Merong Mahawangsa Sastera Rakyat Negeri Kedah. Hikayat Merong Mahawangsa - Manuskrip lengkap tulisan tangan di Universiti Kebangsaan Malaysia

Hikayat Merong Mahawangsa di MyManuskrip | Pustaka Digital Manuskrip Melayu Filem Hikayat Merong Mahawangsa (The Malay Chronicles: Bloodlines) trailer film di Laman YouTube

Senarai Kesusasteraan MelayuA-B-C-D-E-F-G-H-I-J-K-L-M-N-O-P-Q-R-S-T-U-V-W-X-Y-Z

Kategori:

Kesusasteraan Melayu

Hikayat Raja-raja PasaiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hikayat Raja-raja Pasai

Hikayat Raja-Raja Pasai atau juga Hikayat Raja Pasai menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara kini yang bernama Pasai. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikan Hikayat Raja Pasai yang berikut ini: Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun

yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga. Artifak seperti makam Sultan Malik al Salih menunjukkan Pasai terletak di Kampung Geudong,Lhokseumawe, utara Aceh, pulau Sumatera, Indonesia. Teks ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huruf jawi pada lembaran lembaran berbentuk buku. Penyelidik menyatakan teks asal ditulis sekitar 1360 m kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak.Isi kandungan[sorokkan]

1 Genre 2 Pembukaan dan PengIslaman Pasai 3 Pasai di bawah Sultan Ahmad Perumudal Perumal 4 Perluasan Kuasa Majapahit 5 Komentar / Catatan tambahan 6 Rujukan

[sunting]Genre Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera sejarah juga disebut sekarang sebagai karya agong. Karya sastera sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi pentadbiran , keadaan sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah negeri, perkembangannya, zaman keemasan , zaman kekalahan dan keruntuhan. Jadi Hikayat Raja-Raja Pasai bukanlah sebuah buku teks sejarah yang murni. Sebaliknya telah dibumbui dengan unsur-unsur sejarah. Unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui objektif dan tujuanpengarang istana ini. [sunting]Pembukaan

dan PengIslaman Pasai

Pasai merupakan negeri pertama memerima agama Islam. Raja Ahmad dan Raja Muhammad hendak membuka negeri Samarlanga. Raja Muhamad mendapat Puteri Betung daripada perdu rebung buluh. Raja Ahmad bernegeri di Balik Rimba . Dia pergi memburu dan berjumpa dengan seorang tua di dalam sebuah surau . Daripada nasihat orang tua di surau itu, Raja Ahmad mendapat anak lelaki yang dibela oleh seekor gajah. Anak itu dinamakan Merah Gajah . Akhirnya Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung. Merah Gajah dan Puteri Betung mendapat anak lelaki iaitu Merah Silau dan Merah Hasun. Merah Gajah mencabut rambut emas Puteri Betung lalu keluar darah pelik berwarna putih. Puteri Betung akhirnya hilang. Raja Muhamad marah lalu membunuh Merah Gajah . Maka

Raja Ahmad melanggar negeri Raja Muhamad dan peperangan terjadi. Kedua-dua raja adik beradik ini terbunuh dalam peperangan. Merah Silau dan Merah Hasun tinggal di Biruan. Merah Silau menahan bubu dan mendapat cacing gelang-gelang yang bertukar menjadi emas dan perak. Merah Silau berkuasa menjinakkan kerbau liar di kawasan tersebut. Merah Hasun marah kerana menyangka abangnya makan cacing gelang-gelang dan bermain dengan kerbau, satu perbuatan yang memalukan maruah raja. Baginda menghalau Merah Silau dari tempatnya. Merah Silau dengan pengikutnya berpindah ke Sungai Pasangan dan ke Hulu Kalang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar dan merestui dia tinggal di Buluh Telang. Malangnya Merah Silau suka sangat bersabung ayam. Megat Sekandar dan Megat Kedah ialah kekanda kepada Sultan Malikul Nasir di Rimba Jerana. Megat Sekandar hendak mengangkat Merah Silau menjadi raja tetapi dibantah oleh Tun Harid Benung. Apabila Merah Silau menjadi raja, Sultan Malikul Nasir menyerangnya dan berlaku peperangan yang panjang. Akhirnya sultan Malikul Nasir melarikan diri ke Kumat. Tetapi di Kumat, Sultan Malikul Nasir diserang oleh Megat Sekandar dan Sultan Malikul Nasir tewas. Hulubalangnya bernama Tun Harid Benung lari ke negeri Barus tetapi ditangkap oleh Raja Barus. Merah Silau menjadi raja di Rimba Jerana. Nabi Muhammad berwasiat kepada para sahabat supaya berdakwah di negeri Samudera setelah baginda wafat. Bawa sebuah kapal dan alat kelengkapan dan ambil seorang fakir di negeri Mengiri untuk mengislamkan seluruh negeri Samudera. Semasa berburu di hutan, anjing Merah Silau yang bernama Si Pasai telah menyalak kuat dan berdakap 7 kali dengan pelanduk . Di atas sebuah bukit ada seekor semut sebesar kucing. Merah Silau makan semut tersebut dan tempat itu dijadikan negeri bernama Semudera. Nabi Muhamad wafat. Syarif yang mentadbir Kota Mekah telah menunaikan wasiat Nabi Muhamad. Syeikh Ismail ditugaskan ke Semudera . Dia singgal di negeri Mengiri . Raja Mengiri bernama Sultan Muhamad seorang keturunan Saidina Abu Bakar . anaknya yang muda menyamar sebagai fakir menumpang kapal tersebut. Kapal itu belayar ke Semudera. Merah Silau bermimpi bertemu dengan Nabi Muhamad . Nabi menumpang dagunya dan menutup mata dengan empat jam. Nabi mengajar mengucap dua kalimah syahadah. Nabi meludah ke dalam mulutnya. Nabi menamakannya Sultan Malikul Saleh , makan hanya binatang halal yang telah disembelih. Dalam masa 40 hari, akan datang sebuah kapal dari Mekah dan hendaklah menerima ajaran Islam yang dibawa. Apabila Merah Silau terjaga dari tidur , Merah Silau mendapati kemaluannya telah bersunat dan mulutnya lancar membaca al Quran 30 juz. Sebuah kapal dari Mekah telah berlabuh di pelabuhan Samudera di Teluk Terli. Syeikh Ismail mengadap Sultan Malikul Saleh dan memintanya mengucap dua kalimah syahadah . Fakir memberi senaskah al Quran dan Sultan Malikul Saleh dapat membaca dengan lancar. Syeikh Ismnail berjaya mengislamkan seluruh rakyat Semudera. Syeikh Ismail menabal Sultan Malikul Saleh menjadi Raja Semudera Darul Salam. Menteri yang bernama Tun seri Kaya diberi nama Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya dengan nama baru Sayid Semayamuddin. Selepas habis tugasan, Syeikh Ismail kembali belayar ke Mekah . Sultan menghadiahkan fidyah ambar, kapur barus,gaharu, cendana, kemenyan, khelembak, cengkeh dan pala]] kira-kira 100 bahara. Fakil Mohamad tinggal di Samudera dengan mengajar agama Islam.

Satu kaum di Samudera enggan memeluk agama Islam . Mereka lari ke hulu Pasangan yang kini dikenali sebagai orang Gaya. Sultan Malikul Saleh berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak gundik Raja Perlak. Seorang Keling dari Benua Keling telah mengerjakan lombong emas di Samudera. Sultan Malikul Saleh mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Sultan Malikul tahir . Negeri Pasai dibuka dan Sultan Malikul Tahir menjadi raja di sana. Sultan Malikul Tahir mendapat dua putera iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur. Sultan Malikul Tahir mangkat. Sultan Malikul Saleh telah menyerahkan cucunya Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali Ghiatuddin dan Sultan Malikul Mansur dijaga oleh Sayid Semyamuddin. Sultan Malikul Saleh merajakan Sultan Malikul Mahmud di Pasai dan Sultan Malikul Mansur di Samudera Darul Salam. Sebelum Sultan Malikul Saleh mangkat, baginda telah berwasiat supaya kedua-dua Perdana Menteri dan kedua-dua cucunya menjalankan pemerintahan dengan adil dan saksama sebagaimana syariat Islam. Kerajaan Pasai enggan membayar ufti kepada Raja Siam sebagaimana dipinta. Panglima perang Siam bernama Talak Sejang telah menyerang Pasai. Siam tewas dan Talak Sejang terbunuh. Sultan Malikul Mahmud mendapat dua putera dan dua puteri . Puteranya bernama Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Semasa Sultan Malikul Mahmud sedang berburu, Sultan Malikul Mansur datang ke Pasai dan mengambil seorang perempuan dari istana Pasai. Sultan Maikul Mahmud memarahi Perdana Menteri Sayid Semayamuddin kerana menyangka tidak menahan perbuatan sumbang adindanya itu. Perdana Menteri Pasai telah meninggal dunia dan diganti oleh Tun Perpatih Tulus Tukang Segara dan mereka merancang membunuh Sayid Semayamuddin. Sultan Malikul Mahmud mengadakan majlis berkhatan anaknya Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan menjemput Sultan Malikul Mansur dan Perdana Menteri Samudera Sayid Semayamuddin. Sebaliknya , Sultan Malikul Mansur ditangkap dan dibuang ke negeri Temiang. Sementara Sayid Semayamuddin dibunuh, kepalanya dibuang ke laut, badannya disula di Kuala Pasai. TetapiAnehnya kepala itu mengikut-ikut perahu Sultan Malikul Mansur. Oleh itu , Sultan Malikul Mansur meminta tubuh Sayid Semayamuddin yang disula itu daripada Sultan Malikul Mahmud untuk dikebumikan di Padang Maya. Setelah insaf, Sultan Mlikul Mahmud menjemput Sultan Malikul Mansur ke Pasai semula. Tetapi dalam perjalanan ke Pasai, Sultan Malikul Mansut telah meninggal dunia di atas makam Sayid Semayamuddin. Sultan Malikul Mahmud semakin hiba dan jatuh sakit. Baginda berwasiat agar puteranya Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai.

[sunting]Pasai

di bawah Sultan Ahmad Perumudal Perumal

Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja Pasai telah kematian Sultan Malikul Mahmud. Seorang jogi dari Benua Keling mengadap baginda dan menggelar Sultan Ahmad itu Perumudal Perumal dan gelaran itu kekal . Sultan Ahmad mendapat 30 orang anak tetapi yang seibu sebapa 5 orang iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Abdul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Sultan

Ahmad mempunyai 4 orang menteri kanan iaitu Tulus Agung Tukang Sekara, Baba Mentuha, Sulaiman Dendang Air dan Tun Syah Ala Kota.

Sultan Ahmad Perumudal Perumal mempunyai nafsu terlampau kerana berahi akan anak daranya sendiri iaitu Tun Takiah Dara dan Tun Medan Peria. Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku, Tun Beraim Bapa membawa dua adik perempuannya itu ke Tukas untuk tinggal bersamanya. Ini menyebabkan Sultan Ahmad semakin marah dan mahu merealisasikan nafsu serakahnya. Empat pendekar Keling datang beradu kekuatan ( gusti ) di Pasai dan berkelakuan samseng. Tun Beraim Bapa yang gagah perkasa , berlatih bersama guru -gurunya di Tukas. Gendang perang dari Tukas mengganggu tidur Sultan Ahmad Perumudal Perumal di Pasai. Baginda marah dan memberitahu Dara Zulaikha Tingkap tentang niatnya mahu membunuh Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa berjaya menewaskan pendekar Keling dan mereka pulang semula ke Benua Keling. Tun Beraim Bapa telah bergurau sakan dengan Tun Fatimah Lempau semasa berada di istana ayahnya di Pasai hingga istana Pasai bergoncang . Sultan Ahmad Perumudal Perumal tersedar dari tidur dan mengatur strategi agar Tun Beraim Bspa dibunuh. Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam di Sungai Pasai dan menyuruh hulubalang menetak sekiranya timbul. Tetapi Tun Beraim Bapa selama kerana timbul serantai jauhnya dari tempat itu. Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa membuang batang yang melekat pada perahu Sultan Ahmad. Tun Beraim Bapa berjaya melepaskan perahu yang tersangkut dan tidak mati lemas. Sultan Ahmad menyuruh Tun Beraim Bapa makan cucur peniaram (beracun) yang dibuat oleh orang Seri. Anjing da ayam yang makan cucur peniaram itu mati keracunan. Dua adiknya Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara yang juga mati keracunan kerana makan cucur peniaram. Mereka dikebumikan di Bukit Fudul Allah. Tun Beraim Bapa yang tidak mahu derhaka , telah makan cucur peniaram yang beracun itu lalu jatuh sakit. Tun Beraim Bapa yang kepanasan telah menyelam di Lubuk Turai. Seekor ular lembu telah dapat ditangkap dan dimakan tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Lalu Tun Beraim Bapa melontar lembing dan lembing itu tercacak di antara kubur dua adiknya. Tun Beraim Bapa akhirnya mati dan dikebumikan di mana lembing itu tercacak. Sultan Ahmad amat gembira dengan kematian anaknya itu. Semasa Sultan Ahmad Perumudal Perumal tidak ada, Tun Abdul Jalil memerintah kerajaan Pasai.

[sunting]Perluasan

Kuasa Majapahit

Tuan Puteri Gemerencang anak Ratu Majapahit telah menyuruh Tun perpatih melukis potret anak-anak raja , termasuk Tun Abdul Jalil. Melihat potret itu, tuan puteri rasa berahi amat dan mahu menemuinya. Ayahnya menghantar Tuan Puteri Gemerencang ke Pasai untuk menemui Tun Abdul Jalil. Tetapi Sultan Ahmad cemburu mendengar hal itu lalu membunuh Tun Abdul Jalil. Tuan Puteri Gemerencang mendapat malumat Sultan Ahmad telah membunuh Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Dia meomohon pada allah agar karamkan ghurabnya di Jambu air supaya dia dapat bertemu dengan Tun Abdul Jalil. Doanya dimakmulkan Allah.

Ratu Majapahit marah tidak terkira apabila mendapat tahu puterinya Puteri Gemerencang mati lemas di Jambu Air, negara Pasai. Ratu Majapahit mengerah pendekar-pendekar menyerang Pasai dan Pasai alah. Sultan ahmad Perumudal Perumal lari ke Menduga, 15 hari perjalanan di hujung Pasai. Dalam perjalanan balik ke Majapahit, askar Majapahit menawan Jambi dan Palembang serta membawa balik ramai tawanan perang dan para ulama. Ratu Majapahit mengerah Perdana Menteri , Patih Gajah Mada menakluk semua negara jiran , tunduk dan membayar ufti ke Majapahit. Kerajaan Periaman enggan berbuat demikian Ratu Majapahit mahu berlaga kerbau dengan kerbau Periaman dengan pertaruhan ' Jika kerbau Majapahit kalah orang Jawa akan memakai kain cara perempuan. Sebaliknya jika kerbau Periaman kalah , kerajaan Periaman takluk di bawah Majapahit'. Patih Suatang dan Patih Ketemenggungan menggunakan taktik kotor bagi menewaskan Majapahit dalam laga kerbau itu. Mereka mempertaruhkan anak kerbau kecil yang lapar susu berhari-hari lamanya. Semasa hari laga kerbau, kerbau Periaman menghisap pelirkerbau Majapahit kerana ia lapar susu. Majapahit diisytiharkan kalah dan dijamu dengan air buluh rencong. Semasa pesta jamuan perpisahan itu, ramai askar Majapahit telah ditikam dengan buluh rencong . Kerajaan Periaman ditukar nama menjadi Minangkabau yang bermaksud 'menang laga kerbau'.

[sunting]Komentar

/ Catatan tambahan

Zaman gemilang kerajaan Pasai semasa Tun Beraim Bapa menjadi pahlawan. Keruntuhan Pasai kerana faktor peribadi Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang bernafsu serakah hingga sanggup menodai anaknya sendiri. Kematian Tun Abdul Jalil membuat tunangnya Puteri Gemerencang membunuh diri di Jambu Air, Pasai. Ratu Majapahit menyerang dan menewaskan Pasai kerana menuntut bela. Jika Tun Beraim Bapa masih ada, tentu Pasai dapat dipertahankan. Kehebatan Tun Beraim Bapa disebut dalam ungkapan: Wah anakku Beraim Bapa, jikalau ada ia, jika Jawa se Jawanya, jika Cina se Cinanya, jika Keling se Kelingnya , tiada mau melawan si Beraim Bapa. Dalam Seminar Sejarah masuknya Islam ke Indonesia, pada 17-20 Mac 1963 A Hashmy mencatatkan ketetapan telah dibuat bahawa Islam masuk ke Indonesia oleh pedagang/ pendakwah dari Arab sekitar 7-8 masehi . Negara pertama memeluk Islam ialah Pasai / Pase / Aceh Utara kerana persamaan mazhab shafie. Hikayat Raja-Raja Pasai terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan ahmad Perumudal perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit. Negeri Pasai / Samudera dan Perlak yang terletak di Sumatera Utara ( Acheh) digelar Serambi Mekah kerana orang yang hendak mengerjakan haji terlebih dahulu singgah di Acheh dan belajar di madrasah dan masjid di Acheh. Sultan Malikul Salih memerintah Samudera-Pasai mulai 1267 . Nama lainya ialah Malik al Salih , Merah Silu , Merah Silau , Mara Silu, Muerah Silu .

Kerajaan Samudera Pasai dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera Darussalam atau Sumatera. Lokasi kerajaan ini ialah di sekitar Kampung Geudong, Lhokseumawe, Aceh. Ahli Pelayaran Maghribi bernama Ibnu Batutah sempat mengunjungi Pasai pada 1346 masehi. Ketika di China, Ibnu Batuta mendapati kapal Pasai berlabuh di China untuk membayar ufti. Inskripsi Cina mencatatkan kerajaan Pasai menghantar ufti ke China setiap tahun. Sultan Pasai pernah mengirim utusan ke Quilon , benua kecil India ( Keling) pada 1282 kerana urusan diplomasi dan perdagangan.

R.O. Winstedt menjangka Hikayat Raja Pasai selesai ditulis pada abad ke-15, Amin Sweeney berpendapat abad ke-14, dan A.H. Hill mengatakan di antara tahun 1383 M hingga 1390 M manakala Hooykaas mendakwa bahawa Hikayat ini seawal-awalnya dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir Hikayat Raja Pasai yang diusahakan oleh R. Jones (1987) tercatat: Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam. Tamat hari Isnin, kepada hari dua puluh sa, kepada bulan Muharam, sanat za Hijratul Nabi 1230 Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapu (pu) nagari Demak nagari Bagor, warsa 1742. Tarikh yang tercatat pada bahagian akhir Hikayat Raja Pasai ini bukanlah bermakna penulisan pertama cerita tersebut, melainkan merupakan salinan daripada beberapa salinan cerita yang terdahulu. Penyalinan ini juga memperlihatkan bahawa ketika itu kesusasteraan Melayu tersebar luas di seluruh Nusantara.

[sunting]Rujukan

Mustafa Mohd Isa , 'Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih' JMK312, PJJ PPLK USM , 1994 Hikayat Raja-Raja Pasai, Kuala Lumpur, Fajar Bakti, 1987 Raffles Malay No.67, Royal Asiatic Society, London

Perlawanan atas Hegemoni Jawa Rencana mengenai hubungan Jawa-Luar Jawa menggunakan sumber-sumber hikayat lama, salah satunya Hikayat Raja-raja Pasai. Awalnya dimuat di harian Republika.(Inggeris)Dispersing God's shadows: Reflections

on the translation of Arabic political concepts into Malay and Indonesian

(Inggeris)Bibliografi di Malay Concordance

Project