hikayat awang kamaruddin bab 1 : khabar keelokan

28
SINOPSIS HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Upload: rozaiman-makmun

Post on 14-Jun-2015

1.640 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

SLIDE UNTUK MENGAJAR

TRANSCRIPT

Page 1: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

SINOPSIS HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 :

KHABAR KEELOKAN

SINOPSIS HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 :

KHABAR KEELOKAN

Page 2: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Lamang Labai mendengar khabar dari kawan-kawannya bahawa

ada seorang gadis cantik bernama Dang Kasuma dan dia

teringin untuk memilikinya. Lalu dia pun mengintai-

ngintai di sebuah Papatan titian dekat dengan Tamu

Pangkalan Tunan lalu mengukir bermacam-macam lukisan di

atas tanah. Lukisan itu dibacakan ilmu penuduh burung,

agar berjaya menawan hati Dang Kasuma. Apabila Dang

Kasuma dan kawan-kawannya melintasi lukisan tersebut,

Dang Kasuma telah terpukau dan akhirnya Lamang Labai

berjaya melarikan Dang Kasuma lalu membawanya pulang ke

Bukit Sinarubai. Orang tua-tua datang memujuk Lamang

Labai agar menyerahkan kembali Dang Kasuma. Lamang Labai

tetap berkeras tidak mahu menyerahkan Dang Kasuma kerana

ingin memperisterikannya. Akhirnya Lamang Labai berperang

dengan Anggayan Damit. Anggayan Damit telah tewas.

Page 3: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Sebelum mati, dia sempat berwasiat agar Lamang Labai

menjaga Dang Kasuma dengan sebaik-baiknya serta

menyuruh Lamang Labai menamakan anak lelaki Lamang

Labai dan Dang Kasuma dengan nama Awang Kamaruddin dan

anak perempuan pula dinamakan Dang Kumala. Apabila

adik Anggayan Damit, iaitu Dang Kumala mengetahui

abangnya telah mati dibunuh oleh Lamang Labai, dengan

perasaan yang terlalu sedih, Dang Kumala meminta

Lamang Labai membunuhnya. Mahu tidak mahu, Lamang

Labai pun terpaksa menunaikan permintaannya. Akhirnya

Lamang Labai pun mengahwini Dang Kasuma. Mereka

memperolehi dua orang anak, seorang anak lelaki

dinamakan Awang Kamaruddin dan seorang lagi anak

perempuan, diberi nama Dang Kumala. Akhirnya Lamang

Labai pun meninggal dunia kerana sakit selepas diminta

menataki sebuah Luagan yang bernama Luagan Tetanam.

Page 4: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 :

KHABAR KEELOKAN

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 :

KHABAR KEELOKAN

Page 5: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

1. Lamang Labai memiliki kekayaan yang sederhana serta mempunyai berbagai-bagai ilmu keduniaan yang telah dipelajari daripada Raja Jin Tujuh Seperadian.

2. Lamang Labai mendengar cerita berkenaan seorang gadis yang sangat cantik bernama Dang Kasuma.

3. Lamang Labai menarik perhatian Dang Kasuma menggunakan ilmu penuduh burung dan melarikannya ke rumahnya di Bukit Sinarubai.

4. Peperangan berlaku antara Lamang Labai dan Anggayan Damit.

5. Anggayan Damit tewas dan sempat berwasiat kepada Lamang Labai sebelum mati.

6. Dang Kumala, adik Anggayan Damit sedih lalu meminta bunuh kepada Lamang Labai lalu mati.

7. Lamang Labai dan Dang Kasuma berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

8. Lamang Labai jatuh sakit lalu meninggal setelah menataki Luagan Tetanam.

1. Lamang Labai memiliki kekayaan yang sederhana serta mempunyai berbagai-bagai ilmu keduniaan yang telah dipelajari daripada Raja Jin Tujuh Seperadian.

2. Lamang Labai mendengar cerita berkenaan seorang gadis yang sangat cantik bernama Dang Kasuma.

3. Lamang Labai menarik perhatian Dang Kasuma menggunakan ilmu penuduh burung dan melarikannya ke rumahnya di Bukit Sinarubai.

4. Peperangan berlaku antara Lamang Labai dan Anggayan Damit.

5. Anggayan Damit tewas dan sempat berwasiat kepada Lamang Labai sebelum mati.

6. Dang Kumala, adik Anggayan Damit sedih lalu meminta bunuh kepada Lamang Labai lalu mati.

7. Lamang Labai dan Dang Kasuma berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

8. Lamang Labai jatuh sakit lalu meninggal setelah menataki Luagan Tetanam.

Page 6: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

WATAK-WATAK DALAM

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1:

KHABAR KEELOKAN

WATAK-WATAK DALAM

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1:

KHABAR KEELOKAN

Page 7: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Di dalam bab 1 Hikayat Awang Kamaruddin, ada disebutkan beberapa watak. Di antara watak-watak itu adalah :

• Lamang Labai• Anggayan Damit• Dang Kasuma• Raja Jin Tujuh Seperadian [termasuk Jin Betara

Guru, Jin Betara Kala, Jin Betara Wisnu]• Awang Kamaruddin• Dang Kumala (adik Anggayan Damit)• Dang Kumala• Orang tua-tua.

Page 8: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

PERWATAKAN LAMANG LABAI

DALAM BAB 1

PERWATAKAN LAMANG LABAI

DALAM BAB 1

Page 9: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

• Suami Dang Kasuma serta ayah kepada Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.

• Tinggal di Bukit Sinarubai.

• Dia mempunyai kekayaan yang sederhana iaitu memiliki kawasan padi bukit, beberapa jenis kebun buah-buahan, dan ladang kelapa yang sangat luas.

• Badannya hitam dan terdapat kurap yang timbul-timbul.

• Mempunyai kekayaan yang sederhana iaitu hasil daripada sawah padi, kebun yang ditanami berbagai-bagai jenis buah.

• Menuntut berbagai-bagai ilmu keduniaan daripada Raja Jin Tujuh Seperadian.

• Antara ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu besi-besian, ilmu senjata, ilmu kebal, ilmu persilatan, dan ilmu guna-guna iaitu mengenai dengan perempuan.

• Memiliki sikap suka menolong orang-orang kampung seperti menataki sesuatu tempat baru untuk bercucuk tanam.

Page 10: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

• Sikap negatifnya seperti keras hati, tidak suka bertolak ansur contohnya menculik tunangan orang dan tidak mahu menyerahkannya.

• Pandai melukis pelbagai lukisan di atas tanah sehingga Dang Kasuma terpersona melihatnya kerana Lamang Labai telah membubuh ilmu penuduh burung bagi tujuan memukau Dang Kasuma.

• Dalam peperangan berjaya menewaskan Anggayan Damit tetapi bersedia menunaikan wasiat Anggayan Damit untuk menamakan anak mereka dengan Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.

• Menunaikan permintaan adik Anggayan Damit bernama Dang Kumala supaya dia dibunuh setelah mengetahui Anggayan Damit mati.

• Berjaya mengahwini Dang Kasuma dan hasil perkahwinan mempunyai dua orang anak yang bernama Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.

• Jatuh sakit setelah menataki Luagan Tetanam dan akhirnya meninggal dunia.

Page 11: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

PERWATAKAN ANGGAYAN DAMIT

DALAM BAB 1

PERWATAKAN ANGGAYAN DAMIT

DALAM BAB 1

Page 12: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

• Tunangan Dang Kasuma dan dijangkakan tinggal sekampung dengan Dang Kasuma.

• Terkenal kaya dan lebih kaya daripada Lamang Labai dengan digambarkan semua perkakasnya di rumah diperbuat daripada emas. Memiliki harta sebanyak 7 gedung di darat dan 7 gedung di laut.

• Pemuda yang kacak, berkulit putih dan susuk badan yang menarik.

• Tidak kesampaian kahwin dengan Dang Kasuma kerana direbut oleh Lamang Labai.

• Berfikir sebelum bertindak (tidak terburu-buru) contohnya berunding dengan orang tua-tua terlebih dahulu untuk meminta balik Dang Kasuma daripada Lamang Labai yang telah menculiknya.

Page 13: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

• Mempunyai 3 jenis senjata seperti Lamang Labai iaitu lembing tujuh sekambaran, keris aluk sembilan dan pedang sulindayan serta baju tiga lapis yang ditenun oleh ibunya.

• Mempunyai ilmu persilatan yang tinggi dan tidak kurang hebatnya dengan Lamang Labai.

• Mati ditikam oleh Lamang Labai. Sebelum mati, sempat berwasiat agar Lamang Labai mengasihi Dang Kasuma dan menamakan anak-anak mereka Awang Kamaruddin & Dang Kumala.

Page 14: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

PERWATAKAN DANG KASUMA

DALAM BAB 1

PERWATAKAN DANG KASUMA

DALAM BAB 1

Page 15: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Digambarkan seorang gadis yang cantik.

Pada awalnya tunang kepada Anggayan Damit.

Mudah tertarik dengan lukisan yang dibacakan ilmu penuduh burung oleh Lamang Labai.

Berjaya dilarikan oleh Lamang Labai dan dibawa ke Bukit Sinarubai.

Berpaling kasih dari Anggayan Damit kepada Lamang Labai dengan

ilmu penuduh burung.

Berkahwin dengan Lamang Labai dan melahirkan dua orang anak

bernama Awang kamaruddin & Dang Kumala.

Page 16: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

PERWATAKAN DANG KUMALA

[ADIK ANGGAYAN DAMIT] DALAM BAB 1

PERWATAKAN DANG KUMALA

[ADIK ANGGAYAN DAMIT] DALAM BAB 1

Page 17: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Adik kepada Anggayan Damit.

Meminta bunuh kepada Lamang Labai

apabila mengetahui abangnya Anggayan

Damit dibunuh oleh Lamang Labai kerana

menganggap hidupnya tidak berguna lagi

setelah melihat abangnya mati.

Page 18: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

LATAR TEMPAT DALAM

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

BAB 1

LATAR TEMPAT DALAM

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

BAB 1

Page 19: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

1. Bukit Sinarubai Tempat tinggal Lamang Labai. Lamang Labai

membawa Dang Kumala ke Bukit Sinarubai setelah melarikannya.

2. Gadung Batu Di Bukit Si Guntang Tempat tinggal Raja Jin Tujuh Seperadian. Tempat

Lamang Labai berguru dengan Raja Betara Kala, Raja Betara Guru dan Raja Betara Wisnu untuk menuntut berbagai-bagai ilmu keduniaan.

3. Luagan Tetanam Selepas menataki Luagan Tetanam, Lamang Labai

jatuh sakit lalu meninggal dunia.

4. Pangkalan Tunan Kawasan tamu yang sering dikunjungi oleh Dang

Kasuma. Sebelum sampai ke Pangkalan Tunan, ada sebuah titian (Papatan Titian) digunakan untuk menyeberangi Pangkalan Tunan. Lamang Labai melarikan Dang Kasuma sewaktu Dang Kasuma dan kawan-kawannya hendak ke tamu.

Page 20: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

LATAR MASA DALAM

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

BAB 1

LATAR MASA DALAM

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

BAB 1

Page 21: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Latar Masa di dalam bab ini tidak dinyatakan dengan jelas. Namun demikian, latar masa yang boleh difahami dalam bab 1 ialah sambat-sambat (pagi-pagi), dua bulan, selepas perkabungan 40 hari, berlaku di zaman dahulu kala.

Page 22: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

LATAR WAKTU DALAM

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

BAB 1

LATAR WAKTU DALAM

HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

BAB 1

Page 23: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

• Latar waktu keseluruhan penceritaan dalam bab 1 ialah waktu siang. Waktu siang termasuklah waktu pagi, tengah hari dan petang. Peristiwa-peristiwa seperti peperangan, penculikan, perjalanan dan perkahwinan berlaku pada waktu siang.

• Waktu siang ini cuma diterangkan dengan ayat “maka hayam pun sudah berkukuak” dan “tinggi sudah matahari”.

Page 24: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Peralatan-peralatan yang digunakan di dalam

bab 1 ialah penuduh burung, pisau pempagi,

kindang bertabur, taruk makan kuku, pedang

sulindayan, si marak jari dan sapu tangan

sinarumbai.

Peralatan-peralatan yang digunakan di dalam

bab 1 ialah penuduh burung, pisau pempagi,

kindang bertabur, taruk makan kuku, pedang

sulindayan, si marak jari dan sapu tangan

sinarumbai.

Page 25: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

LATAR BUDAYA / MASYARAKAT / SOSIAL

DALAMHIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

BAB 1

LATAR BUDAYA / MASYARAKAT / SOSIAL

DALAMHIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

BAB 1

Page 26: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

» Masyarakat Kedayan pada zaman dahulu hidup berjiran, kaya (Anggayan Damit), berilmu (Lamang labai & Anggayan Damit) dan suka bertamu.

» Penduduk-Penduduk kampungnya mahu berunding terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Contohnya, beberapa orang tua pergi ke rumah Lamang Labai untuk memujuk supaya Dang Kasuma dikembalikan kepada Anggayan Damit. Setelah Lamang Labai berkeras tidak mahu mengembalikan Dang Kasuma barulah Anggayan Damit mengambil tindakan memerangi Lamang Labai untuk mempertahankan hak dan maruah.

» Walaupun kaya tetapi Lamang Labai tidak sombong malah mahu menolong orang kampung menataki luagan sehingga ia sakit lalu meninggal dunia.

» Masyarakat Kedayan pada zaman dahulu hidup berjiran, kaya (Anggayan Damit), berilmu (Lamang labai & Anggayan Damit) dan suka bertamu.

» Penduduk-Penduduk kampungnya mahu berunding terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Contohnya, beberapa orang tua pergi ke rumah Lamang Labai untuk memujuk supaya Dang Kasuma dikembalikan kepada Anggayan Damit. Setelah Lamang Labai berkeras tidak mahu mengembalikan Dang Kasuma barulah Anggayan Damit mengambil tindakan memerangi Lamang Labai untuk mempertahankan hak dan maruah.

» Walaupun kaya tetapi Lamang Labai tidak sombong malah mahu menolong orang kampung menataki luagan sehingga ia sakit lalu meninggal dunia.

Page 27: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

LATAR PERALATAN DALAM HIKAYAT

AWANG KAMARUDDIN BAB 1

LATAR PERALATAN DALAM HIKAYAT

AWANG KAMARUDDIN BAB 1

Page 28: HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN

Peralatan-peralatan yang digunakan di dalam bab 1 ialah penuduh burung, pisau pempagi, kindang bertabur, taruk makan kuku, pedang sulindayan, si marak jari dan sapu tangan sinarumbai.

Peralatan-peralatan yang digunakan di dalam bab 1 ialah penuduh burung, pisau pempagi, kindang bertabur, taruk makan kuku, pedang sulindayan, si marak jari dan sapu tangan sinarumbai.