usman awang

22
Usman Awang Ke Makam Bonda Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena dalam rahap Dua tangan kaku berdakap Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini kurasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan Senyum kemboja mengantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabadian Insan kerdil mengadap Tuhan Begitu bakti kami berikan Tiada sama bonda melahirkan Kasih bonda tiada sempadan

Upload: af-tifevolika

Post on 29-Jun-2015

978 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Usman Awang

Usman Awang 

Ke Makam Bonda 

Kami mengunjungi pusara bondaSunyi pagi disinari suriaWangi berseri puspa kembojaMenyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepiLalang-lalang tinggi berdiriDua nisan terkapar matiHanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihatMesra kasih bonda menatapSedang lena dalam rahapDua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesuPernah dulu mengucupi dahikuKini kurasakan kasihnya lagiMeski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkanTiada lagi lalang memanjangAda doa kami pohonkanAir mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kamiMeninggalkan makam sepi sendiriDamailah bonda dalam pengabadianInsan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikanTiada sama bonda melahirkanKasih bonda tiada sempadanKemuncak murni kemuliaan insan

Page 2: Usman Awang

Usman Awang 

Gadis Dan Ayat Suci 

Suara yang manis dalam bisik daun-daunBeralun lagu Tuhan di sayap angin malamRedup menyusup di bawah langit bertirai sepiGadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci

Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnyaDi mana lagu dan suara menjangkau pulaSemakin tinggi, meninggi tak tercapai mataDisaputnya langit di atas awan berarakGema merdu meresap mengocak ke bintang terserak

Lalu melayah menurun mengusap puncak gunungMelayang manis mencapai bukit-bukit gundulMenurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucukDari ranum dalam kembang-kembang segar senyumAh, merendah pula ia meratai bumi Tanahair

Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)Membawa para malaikat menjengah dada manusiaHidup yang damai dari keyakinan dan cintaBerdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

Suara yang manis dalam bisik daun-daunGadis cacat dan ayat suci beralunMeski tidak melihat, malah itulah pulaKesuciannnya syurga hidup perdamaian manusiaBerdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

( 1950 - Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara, DBP 1991)

Page 3: Usman Awang

Usman Awang 

Melayu 

Melayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenakaBudi bahasanya tidak terkiraKurang ajarnya tetap santunJika menipu pun masih bersopanBila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalahKecut takut kerana benarJanji simpan di perutSelalu pecah di mulutBiar mati adatJangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:Jawa itu Melayu, Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu,Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua MelayuMamak dan Malbari serap ke MelayuMalah mua'alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautanMelorongkan jalur sejarah zamanBegitu luas daerah sempadanSayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnyaKias kata bidal pusakaAkar budi bersulamkan dayaGedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorakTerlalu ghairah pesta temasyaSedangkan kampung telah tergadaiSawah sejalur tinggal sejengkal

Page 4: Usman Awang

Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telagaTangan masih memegang taliSedang orang mencapai timbaBerbuahlah pisang tiga kaliMelayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universitiMasih berdagang di rumah sendiriBerkelahi cara MelayuMenikam dengan pantunMenyanggah dengan senyumMarahnya dengan diamMerendah bukan menyembahMeninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhanSetia dan sabar tiada sempadanTapi jika marah tak nampak telingaMusuh dicari ke lubang cacingTak dapat tanduk telinga dijinjingMaruah dan agama dihina janganHebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekaliSilaturrahim hati yang murniMaaf diungkap senantiasa bersahutTangan diulur sentiasa bersambutLuka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkanSelaga yang ada sanggup diberikanSehingga tercipta sebuah kiasan:"Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makanKera di hutan disusu-susukanAnak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satuMasihkan tunduk tersipu-sipu ?Jangan takut melanggar pantangJika pantang menghalang kemajuan;Jangan segan menentang larangan

Page 5: Usman Awang

Jika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinanJika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksanaMemegang tali memegang timbaMemiliki ekonomi mencipta budayaMenjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang 

Dari Bintang Ke Bintang 

Ketika mata saling menyapa senyum berbungaTasik hati mu mencecah jiwaku mesraBetapa debar dada kurnia alam kasih bertakhtaKau datang tanpa suara, menjamahku tanpa sabda

Subur laksana ladang petani di lereng gunungRanum menguntum dalam wujud rasa maha agungMata yang memberi hati ini penuh menantiKureguk kasih menghadapi hidup seluruh berani

Kini kulihat kepalamu tersandar di jinjang pelaminRambutmu tersanggul terandam mengilau di cahaya lilinGemersik kainmu membisikkan bahagia malam pengantinMelimpah tumpah bahagia dalam tawa teman keliling

Ketika malam kulihat matamu pada bintangSenyummu melambai di gemilang sinar bulanDari bintang ke bintang kunantikan lagumuHanya kerdipan dalam bisu suara hatiku bimbang

Jika aku berdiri di muka jendela hati terlukaBulan sedang mengintai di balik awan kusapaAngin yang datang dari pelaminmu kutanyaIa bisa mengabarkan saat adinda sedang bahagia

( 1960 - Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara, DBP 1991)

BIOGRAFI DATO’ DR. USMAN   AWANG

Page 6: Usman Awang

Julai 31, 2009

Bak kata pepatah Melayu, “harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan

nama.” Biarpun hampir sedekad beliau pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran

karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. Semasa hayatnya, beliau

terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifi k. Tongkat Warrant, Adi

Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. Beliau yang

dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Dato’ Usman Awang.

Meniti Ranjau Kehidupan

Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman

Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili,

Kota Tinggi, Johor Darul

Takzim. Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang

nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang

menerima pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak

mengizinkannya mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah

Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun melanda

Malaya pada tahun 1942, Usman Awang memerah keringat sebagai seorang anak tani di

Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di

Singapura.

Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi ‘budak

pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi

selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu,

Page 7: Usman Awang

Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada

tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di

Melaka.

Melangkah ke Dunia Persuratan Melayu

Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di

Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu

beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman

Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar

Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah

Mastika selepas itu.

Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan.

Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jawatan pertamanya ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa.

Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan

Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan

Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Antara Karya Hebat

Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan

penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu

dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, ia

acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang

upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam

Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel

penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga

dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera,

Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda

dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang

Pahlawan – Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.

Petikan esiswa Ogos 2009

 2 Komen |   Biografi Penyair, Usman Awang | Tagged: Biografi Usman Awang, Usman Awang |   Pautan Kekal 

 Dikirim oleh Haniey

Page 8: Usman Awang

Prosa Air   Mata Mac 19, 2008

Bahawasanya air mata

tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh…

tidak pula memilih waktu untuk menitis…

Air mata adalah kepunyaan bersyarikat…

dipunyai oleh orang-orang melarat yang tinggal

di dangau-dangau yang buruk oleh tukang sabit yang masuk

ke padang yang luas dan ke tebing yang curam,

dan juga oleh penghuni-penghuni gedung-gedung yang permai

dan istana-istana yang indah.

Bahkan di situ lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis.

Luka di jiwa yang mereka hidapkan, dilingkung oleh tembok dinding

yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan

oleh orang luar atau yang mereka ketahui hanya

senyuman saja,

padahal senyum itu penuh dengan kepahitan

~ Usman Awang

 2 Komen |   Usman Awang |   Pautan Kekal  Dikirim oleh Haniey

Usman Awang permata Melayu yang sukar   diganti Februari 12, 2008

Oleh: AZMAN ISMAIL

USMAN Awang. Nama ini tidak hanya sebahagian daripada khazanah keilmuan Melayu.

Tetapi ia juga merupakan permata intelektual yang dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum

di negara ini.

Dalam sejarah kepengarangannya, Allahyarham berkarya bukan hanya di atas nama kaum

Melayu semata-mata tetapi juga merentas sempadan etnik dan sistem kepercayaan – atas

nama kemanusiaan serta kesejagatan.

Page 9: Usman Awang

Persoalan besar yang sentiasa diutarakan olehnya ialah bagaimana pengarang menjadi

lidah masyarakat dalam menyuarakan hak, rasa, pandangan dan kepentingan mereka

kepada kelompok yang berkuasa.

Bagaimanapun, Allahyarham tidak meletakkan ‘perjuangan’ masyarakat bawahan dalam

wacana konflik. Sebaliknya ia disampaikan melalui ketajaman pena dan kehalusan kata.

Sebagai pembaca, kita jangan mengharapkan pemikiran Allahyarham diterapkan dalam

karya-karya berbau penentangan dan kekerasan. Sebaliknya, keadilan dituntut melalui

kejernihan akal rasional.

Sesekali bila membaca karya-karya Allahyarham sama ada genre puisi, novel mahupun

drama pentas, ia akan mengingatkan kita pada Justice is Conflict, karya Stuart Hampshire.

Dalam erti kata, sama seperti Hampshire, Usman berpandangan bahawa kejernihan akal

rasional dalam memperjuangkan keadilan adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat.

Oleh itu, karya-karya Allahyarham setia mendukung semangat persahabatan sebagaimana

jiwa kemelayuan itu sendiri. Menikam dalam kelembutan kata-kata dan kepetahan bermain

bahasa.

Seperti yang diungkapkan oleh penulis, Zaen Kasturi, Allahyarham merupakan permata

intelektual Melayu yang lahir atas semangat kesedaran untuk memperjuangkan masa depan

dan jati diri bangsanya.

“Kata-kata dalam puisinya adalah lambang Melayu sejati yang cinta akan akarnya.

Keterpesonaannya tertancap kukuh pada alam yang melahir, membesar dan

mendewasakannya.

“Jiwa puisinya adalah jiwa Melayu tulen. Cintanya tidak mengenal batas. Daripada nelayan

dan buruh kasar

sehinggalah Melayu yang menduduki kepimpinan tertinggi, dia menegur menerusi kata-kata

lembut dan menusuk,” katanya.

Zaen berpendapat, membaca karya Allahyarham, terutama puisi-puisinya, kita tidak berasa

marah atau terhina akan tegurannya itu.

Malahan seharusnya berterima kasih kerana dia memberikan kita rasa untuk berfikir bahawa

kita harus menjadi Melayu yang kenal peribadi sendiri.

Page 10: Usman Awang

Oleh hal yang demikian itu, karya-karya Allahyarham akan tetap subur sebagai khazanah

bangsa yang begitu berharga. Memang Allahyarham adalah sebutir permata di dalam

kesusasteraan tanah air yang sukar dicari ganti.

Hari ini, setelah enam tahun pemergiannya, perjuangan dan idealismenya dalam

memartabatkan bahasa, kesusasteraan dan kemanusiaan sentiasa hidup dan mekar

mewangi.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mohamad

Mokhtar Abu Hassan berkata, ‘kekuatan’ utama Allahyarham ialah unsur kritikan sosial

dalam karya-karyanya.

Allahyarham dalam beberapa karyanya melontarkan kritikan terhadap kepincangan-

kepincangan dalam birokrasi serta terhadap segelintir pemimpin yang tidak jujur.

Namun, teguran tersebut dilontarkan dalam kerangka pemikiran Melayu yang sentiasa

berlapik dan bersopan. Kehalusan kata sentiasa menjadi keutamaan kepada Allahyarham.

“Semangat untuk membela nasib orang Melayu dalam karya-karya Allahyarham cukup kuat.

Ia ditulis dalam bahasa yang mudah tetapi memadai untuk menyedarkan semua pihak.

“Inilah kelebihan yang ada pada beliau. Dengan bahasa yang mudah, ringkas tetapi padat,

karya-karyanya mampu menegur banyak pihak secara halus serta berlapik,” katanya.

Di sisi lain, Mohamad Mokhtar berpendapat karya-karya Usman membuktikan Allahyarham

berfikiran jauh dalam melihat pelbagai isu khususnya berkaitan dengan masa depan orang

Melayu.

Kebanyakan isu yang diutarakan tidak hanya menggambarkan situasi semasa. Sebaliknya

juga idealisme untuk memajukan orang Melayu pada masa depan.

“Pandangan-pandangan seperti ini tidak banyak ditemukan dalam penulis-penulis Melayu

yang sezaman dengan Allahyarham. Apa yang diutarakan adalah isu semalam, hari ini dan

masa depan.

“Saya rasa ini kekuatan utama dalam karya-karya Allahyarham. Ia membuktikan Usman

seorang pengarang yang berpandangan luas meskipun tidak mempunyai pendidikan tinggi,”

tambahnya.

Page 11: Usman Awang

Pandangan-pandangan Zaen dan Mohamad Mokhtar sebenarnya hanyalah contoh kecil

daripada segudang jasa Allahyarham dalam memartabatkan bahasa, sastera dan masa

depan orang Melayu sendiri.

Bagaimanapun, berapa ramai barangkali antara penyanjung, peminat dan pengagum Usman

yang terus mengingati makna sebenar 29 November dalam erti kata `pergi sebutir permata

keilmuan Melayu?’

Usman tidak hanya sekadar pengkarya besar yang pernah dilahirkan oleh sebuah negara

bernama Malaysia tetapi juga seorang pemikir agung yang merentasi zamannya.

Ketika meletus peristiwa permogokan Utusan Melayu pada Oktober 1961, Allahyarham dan

teman-teman seperjuangan menunjukkan harga diri yang tinggi demi masa depan bahasa

dan orang Melayu.

Di Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50), suara Allahyarham begitu lantang memperjuangkan

maruah bahasa Melayu. Begitu juga ketika Peristiwa Keranda 152. Peranannya telah

membangkitkan kesedaran kepada banyak pihak supaya tidak memperlekehkan bahasa

kebangsaan itu.

Ketika kampus universiti di negara ini bergolak, Allahyarham turut meletakkan dirinya dalam

peristiwa berkenaan. Beliau menunjukkan keprihatinan sebagai seorang manusia yang

hidup dan sedar kepada persekitarannya.

Kesimpulan ringkas, pengkaryaan dan perjuangan Allahyarham sentiasa dekat dengan dunia

nyata, dan di mana perlu menyatakan pendirian melalui tulisan yang beralas tetapi tetap

mengesankan.

Kini sudah beberapa tahun Allahyarham meninggalkan kita. Namun, ketajaman pena dan

kehalusan bahasa beliau tidak pernah mengikuti jasadnya. Ia terus subur, sesubur jasanya

yang ditabur demi kelangsungan bangsa Melayu dan negara Malaysia.

 1 Komen |   Artikel, Biografi Penyair, Usman Awang |   Pautan Kekal  Dikirim oleh Haniey

Uda Dan Dara ~ Usman   Awang Disember 26, 2007

Page 12: Usman Awang

Uda dan dara

Bersumpah keramat cinta

Wajah seri terukir

Berbiduk hilir kasih

Uda dan dara

Bersanding tak berpelamin

Tempat yang berwali

Di laut malam saksi

Daraku nantikan abang

Emas ringgit membakar kita

Uda hamba tunggu angin lalu

Uda dan dara

Bersanding di pusara

Nisan yang bersabda

Keramat kisah cinta

~ Usman Awang

“Berat kupikul sakit kutanggung, ibu, tetapi Dara hanyalah satu tak dapat ditukar ganti, tak

dapat dijual beli. Jika begini penanggunganku kerana Dara, maka relalah hamba

menerimanya.” 

 2 Komen |   Usman Awang | Tagged: Usman Awang |   Pautan Kekal  Dikirim oleh Haniey

Pahlawan Kemerdekaan ~ Usman   Awang Ogos 21, 2007

(Kepada Pahlawan Pahang)

PAHLAWAN

jika hilangmu tanpa pusara

jika pusaramu tanpa nama

jika namamu tanpa bunga

penjajah mengatakan engkau derhaka

maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Page 13: Usman Awang

Gema seabad silam

Inggeris datang meredah Pahang

bersama peluru bersama senapang

membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah

bukan sarap hilir ke kuala

bukan rakit mudik ke hulu

arus merahnya menjulang mayat

pahlawan bangsa pahlawan rakyat

tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!

Untukmu derita untukmu penjara

bukan bintang tersemat di dada

semangatmu api negara berdaulat

namamu terukir di jantung rakyat.

~ Usman Awang

(Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP)

 18 Komen |   Puisi Patriotik, Usman Awang | Tagged: Usman Awang |   Pautan Kekal  Dikirim oleh Haniey

Salam Benua ~ Usman   Awang Ogos 14, 2007

I

MEREKA memisahkan kita

pasport visa wilayah segala tempoh nama

mereka merompak kita dengan undang-undangnya

peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya

kita dipaksa memilih salah satu

dan kita mesti memilihnya

tiada jalan lain

II

Page 14: Usman Awang

Telah saudara pilih senapang dan peluru

banyak pemimpin memilih dollarnya

untuk ini saudara membasahi baju

rumput-merah sungai-merah

tangis anak-anak

darah rakyat tertindas

III

Saudara memerah kaktus melumat batu

menjadikannya minuman makanan

gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya

anak-anak kecil menyandang senapang

saudara menghitamkan langit menyelubungi

saluran minyak

setengahnya menyanyi di penjara

untuk pembebasan Palestin

IV

Kami bertatih di sawah semakin kering

petani-petani mulai menebang hutan dara

permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam

ketenangan yang di belakangnya memangkas kami

yang sedikit ini sedang belajar

dari tiap pengalaman saudara

dan pengalaman sendiri

kami memampatkan gerhana bulan mei

pada tujuan tempat

nusantara ini

V

Salam

tanpa visa

pasport

golf

warna

Page 15: Usman Awang

kemanusiaan rakyat

seluruh benua

Usman Awang

1970

English Translation:

Greetings to the Continent

I

They separate us

the passports visas frontiers all names for barriers

they rob us with their laws

sending bullets wrapped in dollars

forcing us to choose

and choose we must

there is no other way

II

Friend, you have chosen guns and bullets

many leaders prefer their dollars

for this you must soak your clothes

red grass, red river

children’s weeping

the blood of the exploited

III

You squeeze cactus and grind stones

to make food and drink

girls toil decorated in dust

little children sling on their weapons

you darken the sky with exploding pipelines

others sing in prisons

for the freedom of Palestine

IV

Page 16: Usman Awang

We strive in drying rice fields

daring peasants have begun to clear the virgin jungle

small beginnings in a cloudlike calmness

a calmness that nips us in the bud

we the few are still learning

from all your experiences,

and our own

we shall consolidate the May eclipse

at the true target

of this archipelago

V

Greetings

without visa

passport

golf

colour

to humanity, people,

of all continents.

Usman Awang

1970

(Translated by Muhammed Hj Salleh)

 4 Komen |   Usman Awang | Tagged: Usman Awang |   Pautan Kekal  Dikirim oleh Haniey

Korban Tanah Air ~ Usman   Awang Ogos 10, 2007

Biar dia telah pergi

Atau gugur ke persada ibu

Yang…takkan kembali

Meninggalkan bakti dan jasa

Page 17: Usman Awang

Dia hanya seorang mata-mata

Atau perajurit yang berbakti

Meninggal bingkisan jasa

Pada bangsa dan ibu pertiwi

Dia gugur di medan perjuangan

Di tengah-tengah hutan belantara

Atas kuburnya ditabur kembangan

Disiram dengan air mata

Kekasih yang menuggu dia

Putus cinta…bisikan jiwa

Usman Awang

1984

 2 Komen |   Usman Awang |   Pautan Kekal  Dikirim oleh Haniey

Dunia Yang Senyum ~ Usman   Awang Ogos 9, 2007

(Surat Buat Khrushchev dan Eisenhower dalam Pertemuan)

Siapa pun juga kita, merah atau apa warna,

Dan di mana juga berada, mengenal bahagia neraka.

Tuan bisa mengeti kerana dunia kepunyaan bersama.

Di antara kita dan dunia yang mesti hidup,

Ada dua manusia dalam satu denyut,

Kuasa yang besar padanya segala terpaut.

Keliling kita udara pecahan atom,

Kilang-kilang kawah api bukan untuk senyum;

Ke mana berlindung bila muntah suaranya meraung?

O dengarlah harapan yang banyak ditumpahkan,

Suara cinta-damai tebang bersayap membumbung.

Page 18: Usman Awang

Jadikanlah senapang itu kecapi dan gitar

Petiklah, bukan candit bedit yang pelurunya bergegar.

Gantilah bom-bom itu dengan bola mainan anak-anak,

Panggillah pemuda dan gadis-gadis menari

Di tangan mereka bunga-bunga warna-warni

Dunia yang senyum bakal kita miliki.

Usman Awang

1959

 2 Komen |   Usman Awang | Tagged: Usman Awang |   Pautan Kekal  Dikirim oleh Haniey

Pak Utih ~ Usman   Awang Ogos 8, 2007

I

Punya satu isteri mau dakap sampai mati,

Lima anak mau makan setiap hari,

Teratak tua digayuti cerita pusaka,

Sebidang tanah tandus untuk huma.

Kulit tangan tegang berbelulang,

Biasa keluarkan peluh berapa saja,

O Pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,

Meski dalam sembahyang doa berjuta,

Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,

Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,

Wang dan ayam dara diikat bersilang.

II

Di kota pemimpin berteriak-teriak,

Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,

Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,

Page 19: Usman Awang

Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.

Ketika kemenangan bersinar gemilang,

Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,

Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,

Ayam panggang yang enak di depan,

Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,

Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?

Usman Awang

1954

English Translation

Father Utih

I

He has one wife – whom he embraces until death

five children who want to eat everyday

an old hut where an inherited tale is hanging

a piece of barren land to cultivate.

The skin of his hands is taut and calloused

accustomed to any amount of sweat

O Father Utih, the worthy peasant.

But malaria comes hunting them

even though he offers a million prayers

and Mother Utih calls the village medicine man

for magic formulas, curses repeatedly chanted.

The medicine man with his reward goes home

with money and a pullet tied together.

II

Page 20: Usman Awang

In towns the leaders keep shouting

of elections and the people’s freedom

of thousand-fold prosperity in a sovereign state

a golden bridge of prosperity into the world hereafter.

When victory brightly shines

the leaders in cars move forward,

their chests thrust forward

O! the beloved subjects wave their hands.

Everywhere there are banquets and festivities

delicious roast chicken is served

chicken from the village promised prosperity.

Father Utih still waits in prayer

where are the leaders going in their limousines?

Usman Awang

1954

(Translated by Adibah Amin)

 3 Komen |   Usman Awang | Tagged: Usman Awang |   Pautan Kekal  Dikirim oleh Haniey

Mahkota Cinta ~ Usman   Awang Ogos 6, 2007

Ladang kita air mengalir di segala liku

tanaman subur menghijau dan rumput-rumput baldu

ia datang matanya bintang suaranya lagu

membawa khabar mesra salam dari ibu

Kucintai tanah ini kerana kami di sini

rumah kecil tapi telah didirikan oleh lelaki

teguh dan keramat seperti gunung besi

ladang tercinta, kubenam hati di sini

Page 21: Usman Awang

Tumbuh segala kasih berbuah berbunga

ladang comel sekarang milik kita bersama

akan lahir manusia baru sudah bernama

setia, putera kasih mewarisi mahkota cinta!

Usman Awang

1966

( Dipetik dari Antologi Puisi Bintang Mengerdip, DBP )

http://penyair.wordpress.com/category/usman-awang/

http://www.angelfire.com/ns/imnogman/imnogman/UsmanAwang_Puisi.html