soalan forum

2
Sebagai guru cemerlang, apakah pendapat anda tentang bagaimana kualiti pelajar dapat mencerminkan kecemerlangan sesebuah institusi itu sendiri? Terima kasih yang saudari pengurusi majlis yang arif dan tidak kurang petahnya. Berbalik pada persoalan tadi, bagi pendapat saya, kualiti pelajar itu sendiri amatlah mencerminkan kecemerlangan sesebuah institusi. Jika kita melihat dari segi institusi sendiri, 10 peratusnya terdiri daripada pihak pengurusan, 20 peratus terdiri daripada pendidik yang arif lagi bijaksana dan selebihnya adalah pelajar. Jika runtuhnya kualiti dan sahsiah pelajar- pelajar ini, maka tiada guna lagi sesebuah institusi tersebut. Tuan puan yang saya kasihi, Seperti yang kita tahu, pelajar pelajar sekarang atau lebih dikenali sebagai generasi y telah didedahkan kepada institusi pendidikan seawal umur 4 tahun lagi iaitu di peringkat pra sekolah, sekolah menengah dan seterusnya di peringkat institusi pengajian tinggi. Pendidikan Cemerlang, Modal Insan Gemilang . Di sini kita dapat memahami bahawa kualiti pelajar di pengaruhi oleh pendidikan yang terbaik. Pendidikan yang baik pula datangnya daripada seorang pendidik samaada guru ataupun pensyarah yang berdedikasi dan cukup tegas dalam mendidik pelajar-pelajarnya. cuba kita renungi baris baris akhir sebuah sajak karangan dato a. Samad said yang berbunyi Jika hari ini siapa saja perosak bangsa Bermula dengan kegagalan guru kita Cuai mengasuh generasi kita Adakah terdapat perbandingan dari aspek kualiti pelajar di sekolah berasrama penuh(sbp) dan sekolah harian biasa? Terima kasih kepada pengurusi atas soalan yang di ujarkan. Sebenarnya terdapat pelbagai perbezaan di antara kualiti pelajar di sekolah berprestasi tinggi dan sekolah harian biasa. Takrif sekolah berprestasi tinggi itu sendiri juga adalah sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. MATLAMAT utama Kementerian Pelajaran ialah untuk menjadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi

Upload: nadya-dieey

Post on 17-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aa

TRANSCRIPT

Sebagai guru cemerlang, apakah pendapat anda tentang bagaimana kualiti pelajar dapat mencerminkan kecemerlangan sesebuah institusi itu sendiri?Terima kasih yang saudari pengurusi majlis yang arif dan tidak kurang petahnya. Berbalik pada persoalan tadi, bagi pendapat saya, kualiti pelajar itu sendiri amatlah mencerminkan kecemerlangan sesebuah institusi. Jika kita melihat dari segi institusi sendiri, 10 peratusnya terdiri daripada pihak pengurusan, 20 peratus terdiri daripada pendidik yang arif lagi bijaksana dan selebihnya adalah pelajar. Jika runtuhnya kualiti dan sahsiah pelajar- pelajar ini, maka tiada guna lagi sesebuah institusi tersebut.Tuan puan yang saya kasihi,Seperti yang kita tahu, pelajar pelajar sekarang atau lebih dikenali sebagai generasi y telah didedahkan kepada institusi pendidikan seawal umur 4 tahun lagi iaitu di peringkat pra sekolah, sekolah menengah dan seterusnya di peringkat institusi pengajian tinggi. Pendidikan Cemerlang, Modal Insan Gemilang. Di sini kita dapat memahami bahawa kualiti pelajar di pengaruhi oleh pendidikan yang terbaik. Pendidikan yang baik pula datangnya daripada seorang pendidik samaada guru ataupun pensyarah yang berdedikasi dan cukup tegas dalam mendidik pelajar-pelajarnya. cuba kita renungi baris baris akhir sebuah sajak karangan dato a. Samad said yang berbunyi Jika hari ini siapa saja perosak bangsa Bermula dengan kegagalan guru kitaCuai mengasuh generasi kitaAdakah terdapat perbandingan dari aspek kualiti pelajar di sekolah berasrama penuh(sbp) dan sekolah harian biasa?

Terima kasih kepada pengurusi atas soalan yang di ujarkan. Sebenarnya terdapat pelbagai perbezaan di antara kualiti pelajar di sekolah berprestasi tinggi dan sekolah harian biasa. Takrif sekolah berprestasi tinggi itu sendiri juga adalah sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. MATLAMAT utama Kementerian Pelajaran ialah untuk menjadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah kebangsaan. Pebezaan yang ketara yang terdapat diantara sekolah berprestasi tinggi dan sekolah biasa adalah dari segi kawalan masanya yang agak teratur dan pembelajarannya yang agak kompleks berbanding sekolah harian biasa. Selain itu, di sekolah sbt, terdapat juga guru2 yang amat cemerlang contohnya cikgu akram iaitu cikgu yang menggubal soalan2 dan sebagainya. Ini banyak mempengaruhi kualiti pelajar2 yang dihasilkan. Manakala sistem pendidikan di sekolah harian biasa adalah lebih fleksibel dan mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.Hadirin sekalian, Walaubagaimanapun, sistem pendidikan negara kita yang dipraktikkan di sekolah harian biasa di Malaysia tidak kurang hebatnya. Sistem pendidikan kita terbukti cemerlang dalam melahirkan individu yang kompetitif dan dinamik bagi mewarisi kepimpinan negara. Sekadar menyebut beberapa contoh, menerusi transformasi pendidikan, kita mampu menghasilkan lebih ramai pelajar pintar sepertiNur Amalina Che Bakri, lebih ramai atlit muda sepertiDato Nicol Ann David, lebih ramai tokoh belia sepertiZuraidi Komari, malah lebih ramai idola remaja sepertiImam Muda Asyraf. Justeru itu, kualiti pelajar yang dihasilkan adalah bergantung kepada diri pelajar itu sendiri lalu ia dapat mengharumkan nama sesebuah institusi samaada dari segi pendidikan mahupun dalam bidang kokurikulum.